Kelab Greenboc |
- Bukan Nik Aziz Yang Kata, Tapi Tindakan Najib & BN Yang Jadikan Rakyat Sebagai Haiwan
- ‘Ini Kalilah’ Gelombang Terkuat Dalam Sejarah Tukar K’jaan Sabah
- Deepak Saman Najib RM100juta & Dakwa Najib Kenal Altantuya & Flora Ong
- [WAKE-UP CALL] Boikot Restoran Mamak!
- [VIDEO & BERGAMBAR] Treler Negara Berkebajikan Disambut Meriah
- Dasar Syaitan Dikenali Tak Reti Bahasa, Simbah Cat Merata-rata
Bukan Nik Aziz Yang Kata, Tapi Tindakan Najib & BN Yang Jadikan Rakyat Sebagai Haiwan Posted: 23 Feb 2013 12:15 AM PST Syang dibuat oleh Perdana Menteri dan timbalannya terhadap Mursyidul Am PAS dijawab oleh penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus (gambar). Beliau berkata, Tuan Guru Nik Aziz bukan kata penerima BR1M itu seperti haiwan tetapi menjadikan penerimanya seperti haiwan. "Sebenarnya apa yang kita dengar dalam video clip bukan Tok Guru kata kepada penerima BR1M seperti haiwan, cuma Tok Guru kata orang yang memberikan BR1M tulah cuba menjadikan orang yang menerima seperti haiwan. "Umpama bagi makan, lepas tu sembelih. "Maknanya jahatnya orang nak bagi bantuan bila perlu sahaja, bila jauh dengan pilihanraya tak hulur pun bantuan," kata Ustaz Azhar dalam kuliahnya di Masjid Pengadang Baru dekat sini. Beliau ditanya, "apa komen ustaz mengenai Tuan Guru Nik Aziz kata orang yang ambil BR1M ni seperti haiwan?" Ini ekoran tuduhan Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyidin Yasin bahawa Tuan Guru Nik Aziz menganggap penerima BR1M ini haiwan. Bagi Ustaz Azhar, ini semua punca mencari pembalahan, "Ni buah cari baloh." Sehubungan dengan itu, beliau meminta semua pihak berhati-hati dengan sebarang laporan media. "Jadi lening (sekarang ini) kene hati-hati lah banyak putar belit dan spin berita nak nak musim mengundi ni. "Yang tak pernah nampak muka pun dan kerap masuk kampung dah. Tujuan ape? Nak tolong ke untuk kepentingan tertentu? "Jadi kene bijoklah, jangan percaya tanpa selidik," tegas penceramah bebas dari Terengganu yang sangat terkenal itu. Baru-baru ini, Tuan Guru Nik Aziz berkata, "Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. "Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami.Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu, mana datang. "Jadi kalau kita beri barang kepada orang, beri RM10, RM50 (orang akan datang ambil). "Ini bukan cara Islam, (cara) Islam ialah beri ilmu kepada manusia," kata Tuan Guru Nik Aziz. Analogi haiwan Sementara itu, para pengguna laman sosial mula menyebarkan analogi mengenai kenyataan kedua-dua pemimpin Umno itu ketika mereka mengulas isu ini. Berikut adalah analogi itu: Seorang atok memarahi dua orang cucunya, Ali dan Abu yang suka bergaduh... Atok: Korang ni macam anjing dengan kucing.. pantang jumpa asyik nak bergaduh.. Ali: Sampai hati atok cakap kami haiwan... Abu: Ali! Itu peribahasa la samdol! |
‘Ini Kalilah’ Gelombang Terkuat Dalam Sejarah Tukar K’jaan Sabah Posted: 22 Feb 2013 10:01 PM PST Sokongan rakyat Sabah terhadap Pakatan Rakyat jauh lebih hebat berbanding gelombang penukaran kerajaan negeri sebelum ini, kata bekas pemimpin Umno negeri itu. Bekas Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Ahmad Shah Tambakau yang mengisytihar menyertai KEADILAN minggu lalu menyifatkan gelombang 'Ini Kalilah' tidak dapat disekat oleh Umno. "Apabila Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing keluar BN dan sokong Pakatan, sambutan masyarakat Kadazan Dayak Murut begitu kuat. "Masa saya masih dalam Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (Berjaya) pada 1985 pun tidak sekuat ini," katanya kepada Keadilan Daily. Beliau bersama-sama Yapin Gimpoton mengisytihar menyertai KEADILAN ketika lawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sabah pada hari pertama Tahun Baru Cina pada 10 Februari lalu. Bekas Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Keningau itu bertekad membawa obor semangat perubahan itu ke setiap pelusuk masyarakat pedalaman di Sabah. "Berdasarkan pemerhatian, sekitar Pantai Barat Sabah dan pedalaman sudah tolak Umno. Kali ini, rakyat Sabah sudah berani lawan Umno secara terbuka. "Ternyata mereka sedia, Sabah tidak kisah untuk tukar kerajaan. Kerajaan ini zalim, kita tukar sahaja," katanya. Kata Ahmad, rakyat Sabah bukan saja mahu menukar kerajaan negeri, bahkan berhasrat menukar kerajaan Persekutuan berikutan jemu dengan janji BN. "Rakyat tolak Umno BN seperti kita menangkan Berjaya dan selepas itu rakyat tukar pula kepada Parti Bersatu Sabah (PBS)," katanya. Beliau juga tidak peduli dengan tohmahan konon penyertaannya dalam KEADILAN kerana mahu menjadi calon, sebaliknya fitnah itu dijadikan pembakar semangat untuk menghumbankan Umno. Ahmad kecewa lantaran tabiat rasuah di kalangan pemimpin Umno semakin buruk dan menjadi-jadi hingga menyebabkan kemarahan rakyat. "Ramai pemimpin Umno Sabah terlibat skandal aliran wang haram, kebas balak, rampas tanah. Banyak sangat rasuah tapi ada pihak buat tidak tahu sahaja," katanya. Beliau juga kesal kerana pemimpin Umno BN langsung tidak mempeduli isu pembelaan rakyat Sabah. "Sudah lama kita buat perhati perkembangan politik Sabah. Bermula apabila Wilfred bawa isu Hak Tanah Adat ke Parlimen tetapi tiada perkembangan sehingga beliau keluar BN. "Pada masa sama, kita tengok bagaimana KEADILAN buat kerja, banyak yang dibongkar untuk kebaikan rakyat," katanya. |
Deepak Saman Najib RM100juta & Dakwa Najib Kenal Altantuya & Flora Ong Posted: 22 Feb 2013 07:10 PM PST Seorang lagi nama wanita keluar dari Deepak hari ini KUALA LUMPUR: Satu lagi nama baru keluar dari ahli perniagaan, Deepak Jaikishan hari ini yang dikaitkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu Flora Ong. Deepak berkata, Najib mengenali dan mempunyai hubungan rapat dengan kedua-dua wanita iaitu Altantuya Shariibuu dan Flora Ong. Deepak juga mendakwa Najib memberikan sokongan kewangan kepada kedua-dua wanita ini. Pampasan untuk anak Antantuya Deepak hari ini berjanji akan memberikan semua pampasan yang beliau perolehi dari tindakan samannya ke atas Datuk Seri Najib Razak kepada anak dan keluarga wanita Monggolia yang dibunuh dengan kejam, Altantuya Shariibuu. Ini kerana, merekalah mangsa sebenar dari kematian wanita dari Monggolia ini, kata Deepak kepada Harakahdaily. "Saya berjanji akan memberikan seluruh pampasan yang bakal saya perolehi dari saman ini kepada anak yatim yang ditinggalkan Altantuya dan keluarganya. "Biarkan kebenaran terdedah (melalui saman ini)," tegas Deepak dalam kenyataannya. RM100 juta saman Deepak hari ini memfailkan saman RM100 juta ke atas Najib Razak kerana mendakwa beliau sebagai orang yang tidak berkredibeliti. Beliau juga mengaitkan adik beradik Najib dalam kes ini iaitu Nazim dan Johari Razak di samping isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. Ini kerana, kata beliau, ketiga-tiga mereka mempunyai kaitan secara langsung dengan kes pembikinan akuan bersumpah kedua yang dibuat oleh P Balasubramaniam. -HD Ulasan GB Mahathir pernah meminta Najib untuk tidak melayan dakwaan Deepak, kerana Mahathir sendiri tahu bahawa Najib tidak akan mampu menafkan kebenaran. Najib hanya sedar memberi helah bahawa Deepak tidak berkredibiliti. Siapa Najib untuk membuat judgement sedemikian? Jika ada sekalipun keraguan terhadap kredibiliti Deepak, maka ia hendaklah dikemukakan di mahkamah dan hakim mahkamah menentukan samada Deepak berkredibiliti atau tidak. Sepertimana yang GB selalu ungkapkan, hukum kebenaran dan keadilan akan tetap mengambil tempatnya, Najib bakal terhumban ke gaung yang dalam jika apa yang didakwa oleh Deepak itu benar. |
[WAKE-UP CALL] Boikot Restoran Mamak! Posted: 22 Feb 2013 03:33 PM PST Jom Boikot Restoran Mamak!!!!!! Berita 18,000 restoran mamak bantu jentera BN dalam PRU 13 nanti telah mengundang tindak balas sepantas kilat dari rakyat. Jika berita ini benar maka bersedialah untuk restoran maka seluruh Malaysia kena boikot, Bila sudah tunjuk kepartian dalam berniaga maka sudah pasti hanya mengharapkan para ahli, penyokong dan pendokong UMNO saja menjadi pelanggannya. PARA PENGUSAHA RESTORAN MAMAK DISELURUH MALAYSIA PERLU MEMBUAT PERAKUAN SAMA ADA BERITA INI SAHIH ATAU SENGAJA DIPUTAR BELITKAN OLEH MEDIA LIDAH BIAWAK RASMI UMNO. -omakkau Ulasan GB Bilangan rakyat yang menyokong PR adalah lebih ramai dari penyokong BN - ini dibuktikan melalui keputusan PRU12 pada 2008 dimana BN menang hanya kerana bilangan kerusi dan bukan bilangan pengundi di samping kerusi-kerusi "simpanan tetapnya" dari Sabah dan Sarawak. (dan jangan lupa BN juga dibantu oleh ramai pengundi hantu sewaktu PRU12 dahulu) Maka terlalu bodoh jika ada peniaga yang masih hendak menyokong BN. Buktinya apa yang terjadi ke atas Restoran Ikan Bakar Sekinchan - rakyat memboikotnya lalu bankrap dan tutup kedai. |
[VIDEO & BERGAMBAR] Treler Negara Berkebajikan Disambut Meriah Posted: 22 Feb 2013 06:40 AM PST Rakyat setempat teruja treler Negara Berkebajikan. Bayan Baru: Pengunjung sekitar tapak perniagaan up-town Bandar Perda di sini teruja dengan treler Jelajah Negara Berkebajikan PAS yang dijadikan pentas ceramah dalam masa yang singkat. Konvoi jelajah yang tiba di destinasi kedua pada pukul 10.30 malam tadi selepas Manjoi, Perak memberi peluang kepada penduduk sekitar untuk melihat lebih dekat keistimewaan treler tersebut. Dalam pada itu, pihak Badan Bertindak Hapuskan Tol Jambatan Pulau Pinang (Hapus) turut mengambil kesempatan untuk berucap di pentas ceramah treler itu. Pengerusinya, Zolkifly Md Lazim berharap rakyat Pulau Pinang terus mengekalkan pemerintahan Pakatan Rakyat demi pembelaan yang lebih terjamin. Malah menurut beliau lagi, Hapus akan terus berjuang untuk menuntut agar kerajaan menghapuskan tol jambatan Pulau Pinang dan bukannya bertindak menyambung terus konsesi. "Rakyat Pulau Pinang perlu terus mengekalkan pentadbiran yang ada sekarang demi kesejahteraan yang berkekalan. "Dengan tindakan ini saja kehidupan kita akan terus terjamin, pembelaan rakyat terus diutamakan sepenuhnya," kata beliau. Zolkifly yang bangga kerana dapat berdiri di atas pentas treler jelajah yang menjadi kebanggaan PAS itu merasakan ia merupakan satu isyarat jelas Pakatan Rakyat akan tampil sebagai Kerajaan Pusat pada pilihanraya umum nanti. Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Bayan Baru, Dzulfahmi Abu Bakar menghargai anggota konvoi jelajah itu dan komitmen mereka merupakan pemangkin kepada kejayaan PAS pada pilihanraya nanti. Beliau yang mahu setiap anggota jentera PAS dan rakyat terus memberi sokongan kepada konvoi jelajah yang singgah di setiap daerah dan negeri. Katanya, dengan adanya konvoi jelajah itu, PAS dapat mendekati rakyat dan menyampaikan segala maklumat yang perlu diketahui mereka.
|
Dasar Syaitan Dikenali Tak Reti Bahasa, Simbah Cat Merata-rata Posted: 22 Feb 2013 04:05 AM PST Pantai Kundur: Satu laporan polis telah dibuat berhubung sabotaj yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Sebanyak 4 papan iklan billboard Tawaran Pakatan Rakyat dirosakkan dengan balingan cat dan spray berwarna merah. Laporan polis dibuat oleh Ust Mohd Noor Omar, Penyelia PAS DUN Pantai Kundur. -fb Rakyat Dihati Kami Ulasan GB Agaknya pihak syaitan yang dikenali ini mahu kita doakan agar tangan-tangan yang menyimbah cat dan membuat kerosakan itu supaya dikudungkan segera oleh Allah swt. Kepada petugas PR, dicadangkan agar billboard yang didirikan supaya dilapikan dengan plastik supaya ianya boleh dicuci selepas disimbah cat dan seumpamanya. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan