Kelab Greenboc |
- Lagi Kerja Parti Syaitan Dikenali: Billboard ADUN Sekinchan Disimbah Cat
- Lidah Mahathir Terbelit Di Mahkamah, Beri Keterangan Bercanggah & Alasan "Budak Sekolah"
- [EDISI TERDESAK] Bendera PAS Dikoyak & Dibakar Oleh Samseng Parti "Syaitan Dikenali"
- [VIDEO] Amah Lambung Bayi Dipenjara 20 Tahun
- Menifesto Rakyat : PR Lancar Perang Terhadap Umno-BN
- Halang Senator Australia Tapi Benar Syarikat Australia Bina Lynas
- Sydney Morning Herald: Pengusiran Xenophon Bukti BN ‘Takut’ Kebebasan Demokrasi
Lagi Kerja Parti Syaitan Dikenali: Billboard ADUN Sekinchan Disimbah Cat Posted: 20 Feb 2013 12:18 AM PST Pihak polis digesa menjalankan siasatan segera dan menangkap dalang disebalik perbuatan mengsabotaj papan billboard yang mempromosikan pelancongan di Sekinchan. Adun Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, sebelum ini berlakunya demonstrasi yang didakwa didalangi oleh Umno Sungai Besar yang mengancam untuk mengecat billboard yang ada memaparkan gambar Suee Lim. "Saya kesal dengan cara politik yang dimainkan oleh mereka yang memainkan sentimen perkauman. "Sedangkan niat saya ikhlas untuk mempromosikan produk hasil laut Mentarang yang dijual di sekitar Sekinchan ini," kata Suee Lim dalam sidang media yang diadakan di sini. Jelas Suee Lim, kejadian sabotaj papan tanda billboard itu tidak wajar kerana papan tanda itu adalah bertujuan mempromosikan kawasan Sekinchan sebagai kawasan tarikan pelancongan dalam dan luar negara yang kini sedang giat dipromosikan. "Promosi saya ini adalah untuk mempromosikan Mentarang kepada pengguna jalan raya di sini agar mereka mengetahui kewujudan hasil laut itu dan ini secara tidak langsung menaikkan pendapatan peniaga dan mendapat keuntungan yang lebih," katanya. Tambah Suee Lim, tiga laporan kepada polis dilakukan berhubung kejadian sabotaj itu yang memerlukan tindakan segera polis mengambil tindakan. "Kita sedang menunggu apa tindakan yang akan dilakukan oleh pihak polis untuk melakukan sesuatu," kata Suee Lim. Tambah Ketua Kampung Parit 7 Baroh, Rojikin Sarbini berkata, hanya pihak Majlis yang boleh menjalankan tugas jika ada kesalahan dalam peraturan memasang papan tanda billboard itu. |
Lidah Mahathir Terbelit Di Mahkamah, Beri Keterangan Bercanggah & Alasan "Budak Sekolah" Posted: 19 Feb 2013 10:24 PM PST Dr M akui beri keterangan bercanggah, nafi tak cakap benar Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui dalam perbicaraan kes menipu membabitkan bekas menteri pengangkutan, Dr Ling Liong Sik semalam bahawa beliau telah memberikan keterangan yang bercanggah, tetapi menafikan beliau seorang saksi yang tidak bercakap benar. Memberi keterangan dalam perbicaraan Ling, yang dituduh menipu dalam urusniaga tanah Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Mahathir mengakui beliau telah tersalah menyatakan harga tunai tanah tersebut, iaitu RM25. 82 sekaki persegi (skp), semasa pendengaran tahun lepas. Beliau kemudian membetulkan angka itu kepada RM21 psf semasa pemeriksaan balas oleh Ketua Pendakwa yang juga Timbalan Ketua peguamcara II, Tun Abdul Majid Tun Hamzah apabila perbicaraan di sambung semula semalam. "Saya mungkin telah salah gunakan istilah 'harga tunai', 'harga istimewa' dan 'harga kontrak', tetapi saya perlu akui saya bukan seorang akauntan," kata Mahathir kepada Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Ahmadi Aswani. Bagaimanapun, Tun Majid kelihatan seperti tidak berpuas hati dengan jawapan Mahathir, yang merupakan saksi keempat pembela. Tun Majid berkata, tidak perlu menjadi seorang akauntan, peguam atau doktor untuk memahami perkataan 'tunai'. Malah, katanya, budak sekolah pun tahu perkataan itu, dan menyarankan kepada Mahathir bahawa beliau tidak bercakap benar. Mahathir bagaimanapun menafikannya sambil menegaskan bahawa beliau mungkin telah menggunakan istilah itu secara tidak tepat kerana beliau tiada biasa dengannya. Mantan perdana menteri itu menambah, budak sekolah mungkin memahami 'tunai', tetapi mungkin tidak faham 'harga tunai', 'harga istimewa' dan 'harga kontrak', sambil menambah, beliau mungkin macam mereka pada masa itu. Sementara itu, Bernama melaporkan, dalam prosiding hari ini, Dr Mahathir memaklumkan cadangan harga pembelian tanah bagi projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang dikemukakan Dr Ling adalah lebih rendah berbanding penilaian semula oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH). Dr Mahathir berkata berdasarkan surat bertarikh 29 Jun 2002 yang dihantar Dr Ling kepada beliau, kadar pembelian tanah adalah RM25 skp manakala penilaian semula JPPH pada Okt 2000 ialah RM25.85 skp. Bekas perdana menteri itu juga berkata Dr Ling tidak mengelirukan beliau. Katanya, projek PKFZ adalah perkara mendesak dan Kabinet akhirnya memutuskan untuk membeli tanah itu daripada pemiliknya 2002. "Ia tertangguh lebih tiga tahun. Peguam Negara memberi komen berhubung kemungkinan berlaku tipu muslihat dalam projek ini, ada juga idea berhubung pengambilan tanah secara wajib, dan terdapat banyak rayuan," katanya. Beliau juga berkata Jebel Ali (seorang pelabur) telah menarik diri dan kerajaan kerugian berbilion ringgit. Dr Ling didakwa menipu kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894 yang berasaskan RM25 skp, iaitu RM1,088,456,000 sedangkan beliau tahu JPPH, dalam menentukan nilai kadar RM25 skp, telah mengambil kira kadar kupon/faedah. Dia juga didakwa atas dua pertuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan RM25 skp, iaitu RM1,088,456,000. Ling, yang menjadi Menteri Pengangkutan selama 17 tahun mulai 1986, didakwa melakukan semua kesalahan di tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 25 September dan 6 November 2002. Perbicaraan di depan Hakim Datuk Ahmadi Asnawi bersambung hari ini. -mk |
[EDISI TERDESAK] Bendera PAS Dikoyak & Dibakar Oleh Samseng Parti "Syaitan Dikenali" Posted: 19 Feb 2013 07:25 PM PST Tindakan khianat yang dipercayai oleh penyokong parti tertentu mengoyak dan membakar bendera PAS di Kempas, Johor awal pagi tadi nyaris-nyaris mencetuskan pergaduhan. Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi tadi, beberapa samseng dikatakan menanggal, mengoyak dan membakar deretan bendera PAS yang dipasang di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai di sini di hadapan umum. Tindakan itu kemudiannya cuba dihalang penduduk setempat dan beberpa orang petugas PAS sehingga hampir-hampir mencetuskan pergaduhan. Bagaimanapun tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku apabila orang ramai membantu mententeramkan keadaan. Ekoran tindakan yang bersifat provokasi itu juga, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kempas terhadap salah seorang samseng yang dikenali oleh penduduk itu. Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat ketika mengesahkan kejadian itu berkata, tindakan tidak profesional pihak tertentu itu mencerminkan tahap tidak matang mereka dalam berpolitik. "Politik yang berlaku pada hari ini adalah politik baru yang memfokuskan perlawanan idea bukan provokasi yang jumud. Pemasangan bendera yang sedang berlangsung dengan meriah ini adalah sebagai menyambut saranan demokrasi yang dilaungkan oleh kerajaan Malaysia." "Pihak polis harus mengambil tindakan yang setimpal kepada pihak yang melakukan perbuatan khianat ini dan Umno harus menasihati ahli mereka agar lebih terbuka," katanya. |
[VIDEO] Amah Lambung Bayi Dipenjara 20 Tahun Posted: 19 Feb 2013 04:05 PM PST Kuantan – Amah warga Indonesia yang melambung seorang bayi berusia empat bulan Jumaat lalu, dijatuhi hukuman penjara 20 tahun penjara bagi dua pertuduhan Mahkamah Sesyen, hari ini. Yuliana yang berusia 23 tahun dari Sukarame Acheh itu bagaimanapun dilihat sebak dan menitiskan air mata ketika diminta membuat rayuan sambil mengaku mempunyai dua anak selain tidak mampu membayar denda. Mahkamah terpaksa menunggu beberapa saat sebelum mendengar rayuan tertuduh yang akhirnya berkata 'Saya takut'. Hakim, Mohd Azhar Othman sebelum menjatuhkan hukuman menganggap perbuatan itu boleh menjejaskan keharmonian masyarakat dan mahkamah berpendapat hukuman setimpal perlu kerana kanak-kanak adalah pelapis generasi akan datang. "Perbuatan kamu telah menyebabkan masyarakat menjadi takut dan tidak tenteram apabila meninggalkan anak kepada pembantu rumah," katanya. Bagaimanapun Mohd Azhar memutuskan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak dan dia hanya perlu menjalani hukuman penjara 15 tahun dari tarikh ditangkap. Ketika sesi perbicaraan, satu tayangan rakaman kamera litar tertutup selama lebih tiga minit dipasang selain beberapa bukti bergambar yang ditunjukkan pihak pendakwaan. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya, Nor Azizah Mohamad yang meminta hukuman berat dijatuhkan kerana mempunyai unsur keganasan walaupun kesalahan itu kali pertama bagi tertuduh. "Hukuman berat kepada tertuduh juga boleh memberi pengajaran kepada orang awam supaya tidak mengasari kanak-kanak sewenang-wenangnya," katanya. Melalui pertuduhan pertama, Yuliana melakukan perbuatan menghempas dan melambung seorang bayi sebanyak sembilan kali dan dia mempunyai pengetahuan bahawa perbuatan itu boleh menyebabkan kematian. Bayi terbabit, Mohamed Hareez Mohamed Zamri itu didapati mendapat kecederaan lengan kanan dan kaki kanan. Yuliana didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 307 (1) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama. Bagi pertuduhan kedua, Yuliana didapati melakukan menganiaya seorang bayi kira-kira jam 7.45 pagi di Lorong Bukit Setongkol sehingga menyebabkan kecederaan fizikal kepada bayi itu. Dia melakukan kesalahan di bawah Seksyen 31(91) (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen yang sama iaitu denda tidak lebih RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali. Mengikut fakta kes, pada 7.45 pagi pada hari kejadian, ibu bapa mangsa yang sedang bersarapan di sebuah kopitiam di sini terkejut apabila melihat bayi sulung mereka dilambung dan dihempas pembantu rumah melalui rakaman kamera litar tertutup di telefon bimbit bapa mangsa. Ibu bayi itu, Nina Suraya Sulaiman, 24, terus menghubungi jiran supaya pergi menyelamatkan anaknya sebelum kedua-dua mereka bergegas pulang dan mendapati bayi itu menangis. Bapa mangsa kemudiannya menghubungi polis dan tertuduh ditahan pada 9.15 pagi pada hari sama.-SH |
Menifesto Rakyat : PR Lancar Perang Terhadap Umno-BN Posted: 19 Feb 2013 07:04 AM PST Pakatan Rakyat (PR) akan melancarkan menifesto kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sekaligus mendahului Umno-BN yang sehingga kini masih gagal mengumumkan tarikh pilihan raya. Dengan tema 'Pakatan Harapan Rakyat', menifesto ini dinamakan 'Menifesto Rakyat' menunjukkan PR sudah bersiap sedia melancarkan 'perang' terhadap Umno-BN dalam usaha merubah tampuk pemerintahan negara ke arah yang lebih baik. Menifesto ini diluluskan oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat merupakan menifesto bersama ketiga-tiga parti yang mengandungi empat teras utama iaitu rakyat bersaudara, ekonomi rakyat, kesejahteraan rakyat dan kerajaan rakyat. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam satu sidang media berkata Menifesto Rakyat ini menggabungkan kesemua dasar yang berlandaskan Dasar Bersama Pakatan Rakyat, Buku Jingga dan program-program khusus yang diumumkan melalui Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 dan 2013. "Jawatankuasa Dasar dan Menifesto PR yang dipertanggungjawabkan membangunkan Menifesto Rakyat juga meniliti dan mengambil pandangan dari memorandum dan cadangan yang disampaikan terus kepada pimpinan Pakatan Rakyat untuk digarab di dalam menifesto. "Selain itu pelbagai rundingan diadakan dengan banyak pihak untuk memastikan kepentingan dan kebajikan setiap rakyat dititikberatkan di dalam Menifesto Rakyat. "Pelancaran awal menifesto ini membuktikan komitmen PR untuk memastikan kempen PRU-13 bertumpu kepada persoalan rakyat dan dasar untuk melawan politik perkauman dan fitnah yang dibawa Umno-BN," katanya dalam sidang media di Ibu pejabat PKR. Pelancaran ini akan dibuat pada Isnin, 25 Februari bertempat di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) bermula jam 9 pagi. Jelas Rafizi lagi, proses rundingan dan kajian berlangsung selama 18 bulan bermula September 2011 dan dibentangkan sebanyak dua kali di peringkat tertinggi Majlis Presiden Pakatan Rakyat. Turut hadir sama dalam sidang media ini Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefli Ahmad selaku wakil PAS dan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang mewakili DAP. Sebelum itu, PKR melancarkan 'Institut Rakyat' yang bakal bertindak selaku kumpulan pemikir kajian dasar yang bebas – secara kewangan dan pengurusan – yang akan melengkap dan memyediakan sudut pandang yang seimbang kepada sayap pengurusan parti. Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menjelaskan, institut ini akan menawarkan nasihat bebas dan saranan dasar kepada parti, seiring wawasan Malaysia yang makmur dibawah perkembangan ekonomi yang mapan dan pembangunan yang selaras dengan keharmonian sosial, alam sekitar, etnik dan keagamaan. Pelancaran kumpulan pemikir akan diadakan Khamis, 21 Februari ini, pada jam 3 petang di Hotel Empire Subang Jaya. Bertemakan 'Menuju Malaysia Baru', pelancaran ini akan menampilkan ucapan dasar dari Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta akan membentangkan kertas kerja pertamanya berjudul 'Mengangkat Pendapatan Boleh Guna' pada hari tersebut. |
Halang Senator Australia Tapi Benar Syarikat Australia Bina Lynas Posted: 19 Feb 2013 05:30 AM PST Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) kutuk pengusiran Senator bebas Australia, Nick Xenophon yang pada masa sama, kapitalis Lynas Corporation Ltd dari Australia dibenar buka loji radioaktif di Gebeng, Kuantan. Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih, Datuk Dr Toh Kin Woon (gambar) berkata, tindakan Umno BN itu lambang sikap tidak profesional kerajaan untuk memulihkan integriti sistem dan proses pilihan raya Malaysia. "Bersih 2.0 menjemput beliau bersama delegasinya ke Malaysia untuk meninjau sendiri proses pilihan raya di Malaysia berbanding sekadar mendengar pandangan dari satu pihak sahaja. "Kehadiran Xenophon bukan untuk kepentingan Pakatan sahaja. Beliau bertindak sebagai pemerhati bebas dengan mendapatkan pandangan semua parti politik termasuk komponen BN," katanya pada sidang media di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor hari ini. Kin Woon berkata, pengusiran Xenophon disyaki mempunyai kaitan menjelang pilihan raya umum. "Xenophon tidak patut diusir kerana beliau bukan pendatang haram dan memiliki dokumen sah untuk memasuki Malaysia," katanya. Hadir sama, rakan sejawatnya, Maria Chin Abdullah; Pengarah Eksekutif Pusat Komunikasi Masyarakat (Komas), Arul Prakash dan Pengerusi Badan Bebas Pemantau Pilihan Raya Malaysia (Mafrel), Syed Ibrahim Syed Noh. |
Sydney Morning Herald: Pengusiran Xenophon Bukti BN ‘Takut’ Kebebasan Demokrasi Posted: 19 Feb 2013 04:20 AM PST Pengusiran senator Australia Nick Xenophon minggu lalu menunjukkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak "takut" dengan rakyat Malaysia yang akhirnya mencapai kematangan untuk mencapai kebebasan demokrasi, kata akhbar Sydney Morning Herald hari ini. Pengarah akhbar antarabangsa Peter Hartcher berkata kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN), walaupun memerintah lebih setengah abad, tetapi masih belum membawa negara ke arah demokrasi matang, dan takutkan pilihan raya bersih dan adil yang akan mengugat mereka memegang kuasa. Beliau mengatakan peranan Xenophon sebagai pemerhati antarabangsa sistem pilihan raya Malaysia dan berkempen untuk pilihan raya adil, menyebabkan senator bebas itu diusir dari negara Sabtu lalu. "Puncanya kerana beliau adalah pemerhati antarabangsa berkempen untuk pilihan raya adil dan bersih," kata Hartcher dalam komentarnya hari ini. "Ini bukan ancaman keselamatan kepada Malaysia, tetapi ancaman ke atas parti yang memegang kuasa," katanya, dan mengulangi kenyataan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim: "Dalam pilihan raya adil dan bersih, saya pasti kita akan menang." Xenophon secara terbuka mengkritik kerajaan BN kerana cara mereka mengawal perhimpunan menuntut pilihan raya adil dan bersih pada April melalui kumpulan Bersih 2.0, berkata menurut pemerhatiannya, beliau melihat polis menggunakan kuasa melampau untuk menamatkan apa yang dikatakan protes aman. -TMI
|
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan