DUNIACACAMARBA |
Budak 12 Tahun Lahirkan Bayi Kembar Posted: 08 Feb 2013 05:25 PM PST
[HM] Buenos Aires: Seorang murid perempuan yang hamil pada usia 11 tahun kini menjadi ibu selepas melahirkan bayi kembar lelaki. Kanak-kanak itu melahirkan anak hanya sebulan selepas menyambut hari jadinya yang ke-12. Berita kelahiran itu tersiar sehari selepas kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun di Mexico melahirkan anak perempuan pada 27 Januari lalu, hari sama kembar lelaki itu dilahirkan di Argentina. Seorang guru di sekolah tempat kanak-kanak itu bersekolah adalah individu pertama yang menyedari bahawa dia sedang hamil sebelum mengambil keputusan untuk memaklumkan kepada ibu kanak-kanak terbabit mengenai kecurigaannya. Polis di bandar Chilecito, 650 batu di barat laut Buenos Aires berkata, mereka menganggap kes itu sebagai penderaan kanak-kanak dan menyoal siasat dua remaja berusia 16 dan 20 tahun. Bayi kembar itu dilahirkan lima minggu lebih awal melalui pembedahan Caesarean dan masing-masing berat 1.6 kilogram. Pihak berkuasa berkata, kakak kanak-kanak itu yang berusia 14 tahun turut melahirkan anak tiga bulan lalu. Penduduk tempatan juga mengadakan kutipan dana khas untuk membantu bapa kepada dua kanak-kanak itu bagi membantunya untuk membesarkan bayi terbabit. Sementara itu, di Mexico polis memburu remaja berusia 17 tahun yang menjadi bapa kepada seorang bayi perempuan selepas dia meninggalkan rumah untuk mencari kerja. Maklumat lanjut mengenai kehidupan ibu baru itu didedahkan, kelmarin apabila ibu dan anaknya dibenarkan meninggalkan hospital di Jalisco. Kanak-kanak yang dikenali sebagai Dafne itu baru berusia lapan tahun ketika dia hamil. - Agensi | ||
Artis dan Rakan Lelaki Positif Dadah Posted: 08 Feb 2013 04:51 PM PST [Bernama] PETALING JAYA — Pelakon dan model, Zarina Anjoulie dan rakan lelakinya sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan positif dadah jenis Methamphetamine Disember tahun lalu. Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 27, dan Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, yang sebelum ini didakwa memiliki dadah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan berasingan di hadapan Majistret Nazri Omran. Kandungan dadah tersebut didakwa terkandung di dalam air kencing Zarina Anjoulie dan Mohamad Fakhruzaim dan mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Narkotik Damansara, dekat sini, antara 8 malam hingga 8.10 malam, 30 Disember tahun lalu. Bagi pertuduhan tersebut, mereka didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda hingga RM5,000 jika sabit kesalahan. Mahkamah membenarkan mereka diikat jamin RM2,000 setiap seorang dan menetapkan 14 Mac untuk sebutan kes. Selain itu mereka juga mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan pindaan, memiliki dua biji pil eramin 5 setiap satu seberat 0.38 gram, di sebuah kediaman di Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, di sini pada 5.30 petang, 30 Disember tahun lalu. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan