Nuffnang

Pengikut

DUNIACACAMARBA

sumber :-

DUNIACACAMARBA


[Gambar] Zambry, Pegang Bini Siapa, Anak Dara Siapa? Ibu Siapa?

Posted: 07 Feb 2013 05:48 AM PST

Disalin dan ditampal dari FB. Sumber gambar: Sinar Harian 6.2.2013

Juruwang Disamun dan Dirogol 4 Lelaki

Posted: 06 Feb 2013 06:12 PM PST

Sekadar hiasan.


[HM] Gombak: Seorang juruwang menghadapi detik hitam hidupnya apabila dia bukan saja disamun, malah dirogol empat lelaki dalam kejadian berhampiran rumahnya di Desa Jaya, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, wanita berusia 26 tahun terbabit baru pulang dari tempat kerjanya dan sebaik keluar dari kenderaan miliknya Perodua Viva, sebuah van putih berhenti di sebelah kanan kenderaannya sebelum empat lelaki bersenjatakan kayu serta besi memecahkan cermin kereta mangsa.

Menurut sumber, empat lelaki terbabit merampas beg tangan, gelang tangan dan rantai milik mangsa sebelum menariknya masuk ke dalam van berkenaan.

"Mata mangsa diikat menggunakan kain hitam sebelum mangsa dibawa ke sebuah rumah yang tidak diketahui lokasinya.

"Lebih menyedihkan, mangsa dirogol bergilir-gilir oleh empat lelaki berusia lewat 20-an terbabit sebelum diheret semula ke dalam kenderaan mereka untuk dibawa ke mesin pengeluar wang automatik (ATM) dan memaksa mangsa mengeluarkan wang RM1,600," katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian dibawa ke satu kawasan kondominium di Subang Jaya sebelum ditinggalkan di tepi jalan dan dengan dibantu pengawal keselamatan kondominium berkenaan, mangsa dibawa membuat laporan di balai polis berdekatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abd Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan berkata, siasatan lanjut dijalankan.



Budak 9 Tahun Lahirkan Bayi di Mexico

Posted: 06 Feb 2013 04:51 PM PST


Sekadar hiasa. Foto: Photodisc/Getty Image

[Kosmo] BANDAR RAYA MEXICO - Seorang kanak-kanak perempuan yang berusia sembilan tahun telah melahirkan seorang bayi perempuan, kata pihak berkuasa tempatan dan anggota keluarga kanak-kanak berkenaan semalam.

"Kanak-kanak perempuan itu berusia lapan tahun semasa dia mula hamil. Bapa bayi yang dilahirkan itu pula merupakan seorang remaja berusia 17 tahun. Namun, kami masih tidak dapat menemuinya kerana dia telah melarikan diri," kata ibu kepada kanak-kanak perempuan berkenaan.

Seorang pegawai di pejabat pendakwa raya daerah, Jorge Villasenor berkata, pihaknya sedang memburu remaja lelaki itu.

Menurutnya, cerita sebenar perlu diketahui daripada remaja lelaki itu bagi mengetahui sama ada dia hamil kerana dirogol atau disebabkan penderaan seks.

Bayi itu dilahirkan pada 27 Januari lalu di Hospital Zoquipan.

Berat bayi itu ialah 2.7 kilogram.

Kanak-kanak perempuan tersebut bersama anaknya perempuannya dibenarkan keluar dari hospital itu pada hujung minggu lalu. - AFP

Mulut Wanita Dirodok dengan Besi oleh Perogol

Posted: 06 Feb 2013 04:39 PM PST

Insiden rogol yang berleluasa di India mencetuskan protes banyak pihak. Foto: AFP

[SH] NEW DELHI - Pihak berkuasa India menahan lelaki yang dipercayai merodok tekak seorang wanita berumur 22 tahun dengan batang besi dalam cubaan untuk merogolnya, menurut detektif, semalam.

Pegawai polis, Ajay Chaudry memberitahu, insiden itu berlaku di rumah mangsa pada malam Isnin lalu.

"Mangsa diserang dengan batang besi tersebut selepas dia cuba melawan kehendak suspek. Wanita yang mengalami kecederaan teruk di dalam mulut itu berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan," katanya lagi.

Difahamkan, lelaki itu datang ke rumah mangsa atas alasan untuk mengutip bil bulanan elektrik dan cuba untuk memperkosanya selepas mendapati wanita tersebut tinggal bersendirian.

Dalam kejadian berasingan melibatkan satu lagi serangan seksual di negara itu, seorang wanita berumur lingkungan awal 20-an ditinggalkan tanpa perikemanusiaan selepas mangsa  dirogol beramai-ramai di utara Uttarakhand.

Akhbar Hindustan Times melaporkan mangsa diperkosa tiga lelaki dalam keadaan tidak sedar semasa majlis hari lahir di bandar Kashipur.

Menurut akhbar tersebut, polis kini sedang melakukan ujian forensik dan turut mengambil sampel asid deoksiribonukleik (DNA) untuk memastikan pesalah dibawa ke muka pengadilan. - AFP


P/s: Gila!!

 

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT