DUNIACACAMARBA |
- Pelancong Korea Diperkosa di India
- Ular Jaga ANAK
- Nama Saya "Abcdefgh", Nama Bapa Saya "Xyz"
- [Kemas Kini] Psy Dibayar Lebih RM2 Juta Untuk Persembahan Gangnam Style pada Majlis Tahun Baru Cina BN??
- BN Tempah Penyanyi Gangnam Style Buat Persembahan Sempena dengan Sambutan Tahun Baru Cina 2013
Pelancong Korea Diperkosa di India Posted: 03 Feb 2013 05:00 AM PST
Times of India melaporkan sebuah mahkamah di daerah Umaria, Madhya Pradesh pada hari Sabtu telah menahan Deepak Vishwakarma, pengurus Pusat Peranginan Jungle Inn di Bandhavgarh Tiger Reserve kerana didakwa memberikan dadah dan merogol seorang pelancong Korea Selatan. Vishwakarma, 32, didakwa melakukan perbuatan tersebut selepas membawa mangsa ke safari pada 14 Januari. Tertuduh telah dibawa ke mahkamah dan dia menarik pengakuan awalnya semula. Dia menafikan bahawa dia bersama-sama dengan wanita Korea itu pada 14 Januari dan mendakwa bahawa mereka pergi ke safari pada 15 Januari. Mahkamah membenarkan pihak polis menahan reman tertuduh selepas mangsa mengecamnya dalam satu ujian pengecaman identiti. Tertuduh akan dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan pada 4 Februari. Umaria SP MS Jamra berkata bahawa usaha sedang dilakukan untuk mengenal pasti dan merampas dadah yang dicampurkan tertuduh dalam bir mangsa sebelum merogolnya. Tambahnya lagi, penarikan pengakuan oleh tertuduh tidak memberikan kesan kepada kes kerana mangsa sudah pun mengenal pasti identiti perogolnya. Mangsa akan dihantar ke Aurangabad. Mangsa dibawa ke sini berikutan aduan yang dibuatnya pada hari Khamis lalu. Mangsa turut kehilangan beg serta pasport dan visa di Varanasi selepas kejadian itu. Menurut polis, hal itu sudah dimaklumkan kepada kedutaan Korea Selatan .- DCM/ToI | ||
Posted: 03 Feb 2013 04:00 AM PST [HM] Dongguan: Seorang bapa menemui penjaga sempurna untuk anaknya, seekor ular sawa. Chan Liu meninggalkan anaknya, Azhe, 13, bersendirian dengan ular seberat 100 kilogram itu di kediamannya di Dongguan, selatan China. Ular itu tidak disimpan dalam kandang. Malah Azhe mengejutkan penduduk tempatan dengan sering mengucup dan memeluk ular sepanjang 4.6 meter itu. "Dia begitu berhati-hati dengan saya. Tidak pernah dia membelit saya dengan kuat," kata Azhe.
Dia dilahirkan enam tahun selepas bapanya membawa pulang sebiji telur ular sawa dan menetaskannya. Chan berkata: "Saya sentiasa beranggapan ular adalah haiwan paling cantik dan saya ingin melihat apa yang akan terjadi apabila anak saya dilahirkan. "Selepas yakin ular itu tidak akan mencederakannya, kami mula meninggalkan mereka bersama bersendirian. Mereka kini tidak boleh berpisah." Akhirnya, keluarga itu mula menganggap ular sawa Burma itu sebagai penjaga anak mereka. "Saya tidak fikir penculik berani untuk bergelut dengannya," kata Chan. - DM P/s: Sejinak mana pun haiwan, kita seharusnya sentiasa berwaspada kerana naluri kehaiwanannya tetap ada. | ||
Nama Saya "Abcdefgh", Nama Bapa Saya "Xyz" Posted: 03 Feb 2013 02:00 AM PST
[HM] New Delhi: Seorang pemohon jawatan guru di Uttar Pradesh, mengisi borang secara online untuk mendapatkan jawatan guru dengan menggunakan nama 'Osama bin Laden.' Tidak cukup dengan itu, dia meletakkan Bill Clinton' sebagai nama bapanya. Permohonannya sudah pasti ditolak kerana tidak akan ada orang yang mempercayainya. Tetapi, bukan dia seorang yang berbuat demikian, malah ratusan pemohon turut menggunakan nama palsu yang pelik dengan harapan menarik perhatian pihak berkuasa untuk dipilih mengisi jawatan guru di sekolah di negeri di utara India itu. Seorang pemohon lain, kerana ingin menunjukkan dia boleh berbahasa Inggeris, meletakkan namanya 'Abcdefgh' dan nama bapanya Xyz. Satu permohonan yang diterima pula, menggunakan nama Tuhan Hindu, Jai Sri Ram., dipercayai mungkin untuk menunjukkan dia dapat membantu meningkatkan ajaran agama Hindu di kalangan pelajar di negeri itu. Ada pula pemohon memberikan namanya Farji yang bermakna 'palsu'. Dalam ruang nama bapa, dia meletakkan Farji Singh, yang jika diterjemahkan bermakna Singh Palsu. Dan tidak mengejutkan apabila semua pemohon itu meletakkan kelulusan akademik paling tinggi, dengan markah 100 peratus untuk semua peperiksaan, bagi mencerahkan peluang dipilih mengisi kekosongan jawatan itu. Jurucakap Jabatan Pelajaran Uttar Pradesh berkata, pihaknya menerima jutaan permohonan untuk mengisi 72,825 kekosongan jawatan guru sekolah rendah tetapi hanya 20 peratus daripadanya dipercayai jujur. - DM | ||
Posted: 02 Feb 2013 09:58 PM PST
RM2 juta tidak termasuk jet peribadi, hotel, pengawal peribadi, limo, dan sebagainya! Fuh! Persoalannya, duit siapa yang akan digunakan oleh BN? Duit mereka atau duit rakyat? Berdasarkan maklumat di atas, persembahan Psy untuk sebuah lagu itu menelan belanja sebanyak RM2 juta. Pengguna FB di atas mendakwa memperoleh maklumat tersebut daripada YG Entertaiment, agensi yang mengurus Psy di Korea. Gila!!!! Zed Zaidi, Presiden Seniman merangkap ahli UMNO tidak mahu memberikan komen tentang hal ini? -DCM Laporan awal di sini. Kemas Kini: Menurut ABN News, bayaran bagi sebuah lagu itu bernilai ASD1 juta bersamaan dengan RM3.1 juta. Menurut laporan itu yang dipetik dari blog Lim Kit Siang: Psy is paid RM3mil for Barisan Nasional CNY Open House By Noorsila Abd Majid | 03 FEB 2013 12:19AM ABN News KUALA LUMPUR: South Korean superstar Psy will be performing at Barisan Nasional's Chinese New Year open house in Penang on Feb 11. But the question that's buzzing in everyone's mind is: who's paying for Psy and how much is he paid? According to an industry source, the Gangnam Style hitmaker commands a minimum pay cheque of US1mil (RM3.1mil). That's just for him to horse around to the quirky beats of his phenomenal YouTube hit, "Gangnam Style". Yes, Psy is more expensive than teen pop superstar Justin Bieber, who's paid US1 mil for a full concert in KL. The runaway rap star is expected to perform Gangnam Style in front of 60,000 guests, including Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak. The BN Chinese New Year open house will be held at Han Chiang High School in George Town from 10am to 1pm. P/s: WOW!!!! Pandainya BN urus (bazir) duit!!!! | ||
BN Tempah Penyanyi Gangnam Style Buat Persembahan Sempena dengan Sambutan Tahun Baru Cina 2013 Posted: 02 Feb 2013 04:12 PM PST Dalam berita pendek The Star, akhbar itu melaporkan: Penyanyi superstar Korea Selatan, Psy telah ditempah untuk membuat persembahan pada sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional di sini pada 11 Feb ini. Artis tersebut dijangka akan membuat persembahan lagu popularnya Gangnam Style di hadapan kira-kira 60,000 tetamu, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Rumah terbuka tersebut akan diadakan di Han Chiang High School daripada jam 10:00 pagi hingga 1:00 petang - DCM/The STAR P/s: Berjayakah Gangnam Style mengubah pendirian dan memancing undi pengundi Cina ketika BN sedang terdesak untuk memenangi PRU13 dengan undi yang besar? Berapa juta BN menghabiskan wang (harap-harap wang mereka, bukan wang kita) untuk menempah Psy dan seterusnya membuat persembahan di depan Najib? |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan