DUNIACACAMARBA |
- [Gambar] Antara Bas/Treler/Lori Kempen DAP, PKR, PAS, dan AMNO...Bandingkan!!!
- [Gambar] Kopi KUAT Pun Jadi Gula-gula Politik Barisan Najib?
- [Gambar] Orang AMNO Mungkin Anggap Gambar Ini Rekayasa
- [Gambar Panas] Acara Minum "Jus Buah" Libatkan Pemimpin AMNO
- [Gambar] Isteri Mana yang Sanggup? Kalau Suami, Banyak yang Sanggup!!!
- [Gambar] Dia BUAT, Patutlah Dia ULAS Begini!
- Penjelasan tentang Gambar Pemimpin Pas dengan BN
- [Video dan Gambar] Rakyat Malaysia, Dengarlah RINTIHAN Rakyat di Negeri NAJIB!
[Gambar] Antara Bas/Treler/Lori Kempen DAP, PKR, PAS, dan AMNO...Bandingkan!!! Posted: 21 Feb 2013 05:07 AM PST DAP PKR PAS UMNO
Siapa sangka, parti yang kaya raya, mendakwa mempunyai ahli lebih daripada 3 juta orang, hanya mampu menyediakan lori ikan untuk ayam tambatannya berdebat sesama mereka. Walaupun gagal menarik perhatian rakyat, sekurang-kurangnya jagalah maruah Mat Ezam dan geng dengan menyediakan bas/lori yang lebih canggih dan hebat daripada milik PKR, DAP, dan PAS. P/s: Jika BN dan pencacainya mampu membayar PSy lebih RM2 juta, apalah sangat untuk menyediakan bas atau treler yang canggih untuk Mat Ezam dan geng! | ||||
[Gambar] Kopi KUAT Pun Jadi Gula-gula Politik Barisan Najib? Posted: 21 Feb 2013 04:24 AM PST Selepas kicap dan sos yang ditaja oleh Tamin, kopi kuat pula menjadi gula-gula politik BN. Siapa yang taja? Ha ha ha! Banyaklah rakyat yang akan menjadi power! Tetapi awas, adakah kandungan kopi ini selamat diminum? P/s: TM berharap PR tidak akan meniru cara ini. Kalau mahu bagi gula-gula politik, janganlah cetak lambang atau logo parti. Berilah sumbangan itu secara ikhlas. Lagipun, majoriti rakyat tidak boleh digula-gulakan lagi seperti yang berlaku suatu ketika dahulu. | ||||
[Gambar] Orang AMNO Mungkin Anggap Gambar Ini Rekayasa Posted: 21 Feb 2013 03:40 AM PST | ||||
[Gambar Panas] Acara Minum "Jus Buah" Libatkan Pemimpin AMNO Posted: 21 Feb 2013 01:01 AM PST Menurut laporan, majlis yang menghidangkan jus buah itu diadakan bersempena dengan penerbangan sulung AirAsia X ke Shanghai. Penerbangan dari Kuala Lumpur itu mendarat 20 minit lebih awal di Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong. Majlis itu dihadiri Pengerusi, AirAsia X, Tan Sri Rafidah Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif, Azran Osman-Rani, dan Pengarah, Dato' Fam Lee Ee. Klik di sini dan di sini untuk maklumat lanjut tentang isu ini. Berita berkaitan dengan majlis di atas boleh dibaca di sini. - DCM P/s: Jus buah dan pemimpin Amno memang sukar dipisahkan!!! Tidak percaya? Googlelah! Ha ha ha! | ||||
[Gambar] Isteri Mana yang Sanggup? Kalau Suami, Banyak yang Sanggup!!! Posted: 20 Feb 2013 10:00 PM PST | ||||
[Gambar] Dia BUAT, Patutlah Dia ULAS Begini! Posted: 20 Feb 2013 08:00 PM PST | ||||
Penjelasan tentang Gambar Pemimpin Pas dengan BN Posted: 20 Feb 2013 07:16 PM PST [HD] KUALA LUMPUR: Pelbagai spekulasi cuba diwujudkan pihak tertentu terhadap beberapa keping gambar membabitkan pimpinan PAS bersama pemimpin BN yang tersebar di internet sejak beberapa hari lalu. Antaranya gambar Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Majlis Syura Datuk Nik Zawawi Nik Salleh serta Setiausaha Politik Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang sedang berbual dengan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek di sebuah hotel. Sebenarnya, gambar tersebut adalah gambar yang diambil ketika kesemua mereka menyertai Persidangan Antarabangsa Parti Politik Asia (ICAPP) kali ke-7 di Baku, Azerbaijan pada 22 hingga 23 November 2012 yang lalu. ICAPP adalah satu persidangan yang menjemput semua parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang untuk turut serta dalam persidangan tersebut. Selain Malaysia, negara lain yang terlibat adalah Armenia, Bangladesh, Cambodia, China, India, Indonesia, Iran, Iraq, Japan, Kazakhstan, Republic of Korea, Kyrgyzstan, Laos, Lebanon, Malaysia, Maldives, Mongolia, Nepal, Pakistan, Papua New Guinea, Philippines, Russia, Sri Lanka, Syria, Tajikistan, Thailand, Turkey dan Vietnam. Turut menjadi wakil PAS selain tiga pemimpin dalam gambar tersebut adalah adalah Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Bagaimanapun beliau tidak ada dalam gambar tersebut, tetapi dilihat ada dalam gambar-gambar lain di persidangan tersebut. Chua Soi Lek pula hadir mewakili BN bersama Datuk Seri Shahidan Kassim. Dalam persidangan itu, Datuk Mustafa Ali telah diberi penghormatan untuk berucap mewakili PAS. Mustafa ketika diminta menjelaskan gambar itu berkata, ianya perbualan biasa dan tiada apa yang perlu dipolemikkan. "Kami deligasi dari Malaysia ditempatkan di hotel yang sama. Jadi ada kalanya bertembung dan berbual lah. "Kalau tak silap saya, gambar itu diambil oleh pembantu Chua Soi Lek sebab kami semua ada dalam gambar itu," katanya sambil ketawa. Versi Kemas Kini: Simbol 1Malaysia? Sementara itu, satu lagi gambar yang turut hangat diperkatakan adalah gambar Nik Zawawi bersama Shahidan, Soi Lek dan beberapa orang lagi rakyat Malaysia. Apa yang menjadi kontroversi adalah apabila kesemua mereka dalam gambar itu menunjukkan jari telunjuk yang menyerupai 'tarade mark' 1Malaysia yang digagaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib seawal menjadi Perdana Menteri pada 2009. Gambar itu sekaligus diambil kesempatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab membawa persoalan adakah Nik Zawawi 'mesra' Umno dan sudah menerima gagasan 1Malaysia Najib. Sebenarnya, gambar tersebut diambil ketika Nik Zawawi menyertai Persidangan Centrist Asia Pacific Democrats International (CAPDI) kali ke-6 di Phnom Penh, Cambodia pada Disember 2010. Selain Nik Zawawi, turut mewakili PAS menyertai persidangan tersebut ialah Naib Ketua Pemuda PAS Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss dan Setiausaha Politik Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Menjelaskan simbol tangan tersebut, Raja Ahmad berkata, ianya bukan isyarat 1Malaysia seperti yang difitnah pihak tertentu, sebaliknya adalah simbol "One Nation Political Parties" yang merupakan trade mark kepada persidangan tersebut. "Itu lambang kebersamaan semua parti dalam persidangan itu. Tiadak ada kena mengena dengan 1 Malaysia pun. "Ianya sebagai menunjukkan bahawa semua parti politik seluruh Asia Pasifik bersatu untuk politik yang matang dan bersih dan sederhana," katanya kepada Harakahdaily. Beliau juga menjelaskan, hanya tiga parti yang menjadi tradisi dijemput pihak penganjur ke persidangan itu iaitu PAS, Umno dan MCA. P/s: Begitu? Gambar-gambar tersebut di sini. Harap-harap tiada agenda lain! | ||||
[Video dan Gambar] Rakyat Malaysia, Dengarlah RINTIHAN Rakyat di Negeri NAJIB! Posted: 20 Feb 2013 05:30 PM PST |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan