Selasa, 5 Februari 2013

dollah yankee

dollah yankee


Mari kita rejam BN !

Posted: 05 Feb 2013 06:57 AM PST

 

Pengundi-pengundi muda melayu@bumiputra kebanyakan yang semuanya dah kena cucuk hidung dengan umno/BN. Mereka-mereka ini lah yang senang nak jaga sebab mereka ini semua hanya akan ikut dan angguk saja apa yang pemimpin mereka suruh buat. Kalau Mahyudin atau KJ atau Hishamudin suruh mereka terjun ke-dalam 'tong taik' mereka dengan serta merta akan terjun, bukan saja terjun siap akan menyelam lagi sampai ke dasar.

Yang buat BN pening kepala dan sakit perut sekarang ini ialah pengundi-pengundi muda yang terdiri dari bukan melayu. Mereka -mereka ini lah yang sedang merejam BN ke-dalam 'tong taik' tadi. Mereka-mereka ini yang dibebani dengan kos sara hidup yang tinggi, 'income keluar tak balance dengan income masuk', mereka ini juga sudah bosan dengan indek rasuah di Malaysia, yang bosan dengan salah guna kuasa yang berleluasa dan lain-lain lagi yang menyebabkan mereka ini lah yang sedang usung bendera PAS ke sana-sini, mereka ini juga lah mahu Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya dan membetulkan keadaan yang sudah 'bengkok' teruk.

Anak-anak muda melayu yang menganggur, yakni yang sudah 'graduate' tapi tak dapat kerja, yang hanya berharap nak kerja dengan gomen, mereka-mereka ini lah yang 100 peratus dibelakang BN/umno, dibelakang Najib dan dibelakang Mahyudin, dibelakang KJ berbanding dengan anak-anak muda bukan melayu yang lebih 'independent' yang tidak mengharap kepada apa-apa bantuan dari Najib dan BN yang menyebabkan mereka tidak akan mensia-siakan peluang yang ada untuk menukar gomen sekarang kepada Pakatan Rakyat.

Jadi kepada anak-anak muda bangsa melayu berubah lah, berfikir lah macam anak-anak muda bangsa asing agar suara anda semua tidak diperlekehkan. InsyaAllah !!!

dollah yankee -
Ini kali lahh !!!




Tiada ulasan: