DIALOG RAKYAT |
- Anwar: PR Mara Lebih Dahsyat Daripada PRU 2008
- Senarai Daftar Pengundi SPR Adalah Bersih? Benarkah Malaysia Ada “Kilang Pengundi Hantu”?
- NFC & skandal RM30 juta anak Nong Chik bukti Umno bobrok – Izzah
- Perumahan polis daif, guna wang sendiri baiki kerosakan
- Peserta demo di Maran dipercayai turut berdemo di Kemaman
- Pemuda PAS Sedia Kerjasama Mengesan 'Pendemo' Jahat
- PRU13: Mahasiswa mahu lawan Najib di Pekan
- Kehilangan Yahya sukar dicari ganti – Pemuda PAS
- Ramah Mesra MB-PEKIDA Jadi Medan Hasutan Dan Fitnah
- Bekas Tentera DiKurnia Anugerah Kesal, DiNafikan Bantuan RM1000
- 9 Parlimen Johor bakal dibolot Pakatan
- ‘Ahli PAS’ pijak gambar Guan Eng, cukuplah
- LTAT: Kerabat terkejut dengan pendedahan Deepak
- Pesawat Ringan Terhempas
- Pemuda PAS ucap takziah kepada keluarga Azli Paat
- Yazid Sufaat, pekerja ditahan di kantin mahkamah
- Razaleigh akan dilantik Penaung R-5
- Deepak Bom Najib Lagi: Yakin 90% Pegawai Najib Ada Semasa Altantuya Dibunuh
- SAMM Lapor SPRM Kes Anugerah Kontrak Prai Power Plant RM2.57 Billion
- PR Kedah ikrar sumbang 15 kerusi
- PAS akan sokong Deepak pohon dilindungi sebagai saksi
- Putrajaya beri kebenaran Dr Pornthip terlibat dalam autopsi Sugumaran
- Koo Ham: 'Kami sedia jumpa Speaker di mahkamah'
- Nasharudin sudah terima surat dilucut anggota Majlis Syura
- Kelayakan Piala Asia: Harimau Malaya hilang taring
Anwar: PR Mara Lebih Dahsyat Daripada PRU 2008 Posted: 07 Feb 2013 04:31 AM PST PETALING JAYA : Pakatan Rakyat (PR) bersama kekuatan jentera parti siap sepenuhnya menghadapi pilihan raya tahun ini dan hanya menunggu tiupan wisel pembubaran parlimen daripada Perdana Menteri. Perkara itu dinyatakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjangkakan kemaraan gagasan pembangkang jauh lebih dahsyat daripada pilihan raya 2008 yang lalu. "Ura-ura pilihan raya ini sering diperkata hampir setiap bulan sejak kebelakangan ini, bagi kami, PR lama bersedia dari segi muafakat untuk menjejak Putrajaya," katanya. Mengulas lanjut berhubung kesediaan PR menghadapi pilihan raya, Anwar yakin PRU kali ini memberi tamparan yang begitu kuat buat Umno-BN untuk terus mempertahankan tampok pemerintahannya yang sudah menjangkau usia 55 tahun mentadbir negara. "Mutakhir ini, kegiatan Umno-BN itu lebih terdesak dan lebih kasar dan media hanya mampu memfitnah. "Saya sering menasihatkan kepimpinan PKR dan Pakatan Rakyat untuk terus menumpukan perhatian kepada agenda dengan menunjukkan kecurangan yang mereka (Kerajaan Pusat) lakukan kerana semua itu dipadamkan oleh media perdana daripada pengetahuan rakyat," jelas Anwar. Baru-baru ini, Jawatankuasa Penilaian Pilihan Raya Muslim Eropah memaklumkan pengakuan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa media perdana di negara ini sememangnya menjadi alat kepada kerajaan. Menerusi temubual secara ekslusif bersama TVSelangor, Anwar turut menjelaskan walaupun berdepan dengan permainan kotor Umno-BN, PR yakin akan menang besar berdasarkan keyakinan dan sokongan rakyat terhadap gagasan itu. Ditanya mengenai pembahagian kerusi di antara komponen PR, Anwar menjelaskan ia telahpun siap 95 peratus. | ||||
Senarai Daftar Pengundi SPR Adalah Bersih? Benarkah Malaysia Ada “Kilang Pengundi Hantu”? Posted: 07 Feb 2013 04:26 AM PST Senarai daftar pengundi SPR : Terbaru, pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof ada mengatakan senarai daftar pengundi adalah bersih dan beliau memberikan jaminan proses Pilihanraya Umum ke 13 (PRU ke 13) akan jadi yang terbaik. Nah…..di manakah kebenarannya? Senarai Daftar Pengundi : Antara Langkah & Usaha Yang Dilakukan SPR?
Kami lebih berminat untuk menyentuh di Sabah terlebih dahulu disebabkan pelbagai isu yang timbul berkaitan senarai daftar pengundi di Sabah apatah lagi dengan meletusnya konspirasi & sindiket peringkat tertinggi negara melibatkan "projek IC Sabah". Di Sabah ceritanya cukup menarik untuk diketahui rakyat Sabah amnya dan rakyat Malaysia umumnya. Kerajaan Malaysia telah meminda satu Akta Kesalahan Pilihan Raya terhadap seksyen 9A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2002). Apa kesannya?
Kenapa mahu dipinda? Itu semua berbalik kepada sejarah. Pada 2002 dalam kes Likas di Sabah, di mana hakim membatalkan keputusan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Likas dengan alasan daftar pengundi SPR didapati penuh dengan penipuan. Siapa kata? Mahkamah kata? Sebab apa? SPR gagal menyelesaikan isu daftar pemilih dan menganggap SPR cuai dalam menjalankan perkerjaan mereka. Jadi, perlukah kami mempercayai bulat-bulat (100%) apa yang dikatakan oleh SPR Malaysia bahawa daftar pengundi SPR adalah bersih? Tidak sama sekali….. Akhirnya semakan daftar pengundi yang telah dibuat menunjukkan beberapa kemusykilan disebalik senarai daftar pengundi yang ada ketika ini. Hasilnya adalah seperti berikut : Senarai Daftar Pengundi Masalah Ada Lagi Pengundi Hantu?Sila klik kanan pada setiap gambar untuk lihat paparan yang lebih jelas Kami ingin bertanya di sini, wujudkan kilang pengundi di Malaysia?
Adakah secara kebetulan atau disengajakan? Kemudiannya kami dapati, alamat untuk 90% daripada para pemilih tersebut tidak lengkap. Sekiranya alamat rumah anda adalah "\N", kerja-kerja biasa seperti menghantar surat, mengutip cukai pintu dan cukai tanah akan menjadi mustahil. Bahkan, kewujudan pemilih ini boleh dipersoalkan lagi kerana butir alamat mereka tidak boleh didapati daripada KP mereka. Dan sekali lagi kami ingin bertanya, Adakah ini kebarangkalian yang keterlaluan kerana terdapat ramai orang yang memiliki nama yang sama, nama bapa yang sama serta tarikh lahir yang sama dan mendaftarkan diri sebagai pengundi di tempat-tempat yang berhampiran? Adakah secara kebetulan atau disengajakan? Persoalannya sekarang ini, adakah JPN telah mengeluarkan 2 Kad Pengenalan dan juga adakah penipuan telah berlaku dalam pendaftaran 2 orang pemilih tersebut? | ||||
NFC & skandal RM30 juta anak Nong Chik bukti Umno bobrok – Izzah Posted: 07 Feb 2013 04:17 AM PST Oleh Aisha Geoffrey KUALA LUMPUR: Skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), isu kontrak RM30 juta yang dianugerah kepada anak Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin dan banyak lagi penyelewengan Umno simbol ketamakan dan kebobrokan pemimpin parti itu, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar. Beliau mengulas keyakinan Nong Chik, Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai bahawa skandal NFC yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil tidak akan menjejaskan peluangnya untuk merampas semula kerusi Parlimen Lembah Pantai dari KEADILAN. "Semua pendedahan tentang penyelewengan adalah refleksi kepada BN, dan Nong Chik adalah simbol kepada BN. Dari situ rakyat boleh nilai kewibawaan dan integriti beliau," kata Naib Presiden KEADILAN itu. 17 Mei lalu, Keadilan Daily melaporkan, Kementerian Belia dan Sukan menganugerahkan kontrak bernilai RM30 juta kepada Istijuara Sdn Bhd bagi projek memasang dan menyelenggara kelengkapan latihan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar, Johor. Turut dilampir salinan surat tawaran rasmi daripada Kementerian Belia dan Sukan kepada Istijuara bertarikh 24 Ogos 2010 yang menunjukkan anak Nong Chik – Raja Farhana salah seorang daripada dua pengarah syarikat itu. Nong Chik yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, dalam kenyataannya pagi tadi turut menuduh Nurul Izzah kononnya lebih suka mengkritik berbanding berkhidmat untuk rakyat. "Macam biasalah, ia hanya serangan negatif Umno yang menafikan hak saya untuk berkhidmat kepada rakyat. Mereka nafikan hak saya mendapat peruntukan RM2 juta setahun, penggunaan dewan, dan kerjasama dari DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur), juga akses kepada media," tempelak Nurul Izzah. "Pembuli seperti Nong Chik guna taktik kotor untuk serang saya. Dia juga menyalahgunakan kuasa sebagai menteri memacakkan bendera BN di Lembah Pantai secara haram," tegasnya. "Apa yang saya pegang ialah integriti dan amanah, itu paling penting. Walaupun dinafi hak, saya masih boleh menjalankan tugas dengan menggunakan elaun yang saya terima untuk berkhidmat kepada rakyat," katanya. Pada pilihan raya umum lalu, Nurul Izzah membuat kejutan apabila menewaskan Shahrizat dan menawan kerusi Parlimen Lembah Pantai dengan kelebihan majoriti sebanyak 2,895 undi. Kini, kerusi itu bakal ditandingi Nong Chik sekalipun terpalit dengan skandal anaknya yang mendapat tender kontrak berbilion ringgit, selain isu rampasan tanah Kampung Baru. | ||||
Perumahan polis daif, guna wang sendiri baiki kerosakan Posted: 07 Feb 2013 04:14 AM PST Oleh Sidiqin Omar KUALA LUMPUR : Ketika kerajaan memperuntuk RM591 juta dalam Bajet 2013 untuk menaik taraf keselamatan, keadaan rumah kakitangan dan anggota polis di Markas Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA) di Batu 9, Cheras, kekal daif. Tinjauan Keadilan Daily mendapati, masalah paling kritikal di perumahan PGA Cheras yang berusia 30 tahun itu ialah kerosakan lif. Di lokasi itu, hanya satu daripada tiga lif di blok G19 rosak, menyebabkan penghuni terpaksa menunggu lama atau menggunakan tangga. "Orang hamil pun terpaksa guna tangga. Macam mana kalau berlaku kecemasan? Bayangkan waktu lif rosak, ada orang nak bersalin? "Ada kes suami terpaksa dukung isteri yang baru bersalin naik ke atas," kata seorang anggota polis yang lebih 15 tahun menetap di perumahan PGA Cheras dikenali sebagai Nor. Naik tangga 15 tingkat Katanya, setiap 17 blok flat Markas Briged Tengah, PGA Cheras antara 10 hingga 15 tingkat mengalami masalah sama. Setiap tingkat ada 10 unit rumah, dengan purata 100 keluarga bagi setiap blok. "Beribu-ribu orang tinggal di sini, memang bermasalah," kata Nor. Mengikut seorang lagi anggota yang dikenali sebagai 'Vel', seorang wanita keguguran akibat terlalu kerap menggunakan tangga kerana lif rosak. "Ada perempuan hamil dua bulan, gugur sebab tak larat. Pegawai yang ulang alik cuma sampai ke padang kawad. Nampak bersih di luar, yang dalam tak nampak. "Hanya ganti 'body' sahaja. Motor dan bahagian dalaman tak dibaiki. "Peruntukan baiki ada, 'maintenance' (senggara) ada. Tapi duit pergi mana? Akhirnya kami terpaksa ambil 'spare part' buat sendiri," katanya. Markas Briged Tengah PGA di Batu 9, Cheras menempatkan Batalion 4 PGA, Batalion Khas 19 PGA dan Unit Simpanan Persekutan (FRU). | ||||
Peserta demo di Maran dipercayai turut berdemo di Kemaman Posted: 07 Feb 2013 03:35 AM PST
Ramli (empat dari kanan) bersama ahli PAS selepas membuat laporan polis hari ini. MARAN: Pengarah Briged Keselamatan PAS Pahang, Ramli Abdul Rahman, hari ini membuat laporan polis di ibu pejabat polis di sini berikutan perhimpunan provokasi dipercayai didalangi Umno di perkarangan masjid As-Syakirin, di sini petang semalam. Katanya, perhimpunan sekitar 20 orang individu yang mengaku kononnya penyokong PAS itu, dipercayai orang yang sama yang berdemo di Kemaman, Terengganu kelmarin dan bergerak ke seluruh negara untuk tujuan yang sama. Tambahnya, kumpulan yang menyamar penyokong PAS ini yang dipercayai diupah, menjerit dan memekik kononnya bagi menyelamatkan kalimah Allah dengan jelas mengaitkannya sebagai agenda PAS dan DAP sedangkan Umno sebagai penyelamat. "Petang semalam kira-kira pukul 5.30 petang sekitar 20 orang telah membuat himpunan provokasi di masjid daerah dan mereka dilihat membawa sepanduk yang mempunyai logo PAS. Mereka juga memijak gambar Lim Guan Eng dan bendera DAP. "Malam tadi peristiwa itu telah disiarkan melalui Buletin Utama TV3, Astro Awani dan akhbar Utusan Malaysia hari ini. "Kami menafikan sekeras-kerasnya penglibatan ahli-ahli PAS atau Pakatan Rakyat dalam insiden ini malah tidak tahu menahu langsung, sebaliknya hairan bagaimana media Umno boleh berada di situ," katanya selepas membuat laporan. Turut hadir Naib Yang Dipertua PAS Maran Shaharuddin Omar, Setiausaha Kawasan Mohd Nor Saleh, Ketua PKR Maran Boestamin Bakar dan kira-kira 20 penyokong. Ramli yang juga ahli jawatankuasa PAS Maran berkata, mereka memandang serius terhadap penyamaran dan penggunaan logo PAS oleh individu yang tidak bertanggungjawab dipercayai didalangi oleh ahli Umno. "Pihak kami juga kesal dengan tindakan TV3, Awani dan Utusan Malaysia yang telah menyiarkan berita ini tanpa usul periksa atau merujuk terlebih dahulu kepada PAS. "Laporan dibuat hari ini untuk meminta pihak polis menyiasat tentang penyamaran yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab itu bagi mengelak berlaku kejadian yang tidak diingini terutama ketegangan antara kaum dan agama," katanya. Sementara itu Ketua Penerangan PAS Pahang, Suhaimi Saad, kesal isu kalimah Allah dipolitikkan begitu sekali oleh pihak yang hanya mahu memporak-perandakan keamanan bagi tujuan pilihan raya. Serentak dengan itu, katanya, PAS Pahang akan mengambil tindakan undang-undang termasuk menyaman mana-mana individu yang menyamar sebagai ahli PAS. | ||||
Pemuda PAS Sedia Kerjasama Mengesan 'Pendemo' Jahat Posted: 07 Feb 2013 03:31 AM PST Editor Buletin 1-Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) menafikan tindakan dan demo yang diadakan di perkarangan masjid Tengku Tengah Zaharah seperti yang tersiar dalam akhbar pada semalam, dan pada hari ini di Masjid Sultan Ahmad di Kemaman dilakukan oleh ahli dan penyokong PAS. Tiada arahan dan bukan ajuran PAS. DPPNT percaya himpunan tersebut adalah satu lakonan musuh politik PAS dan PR yang hanya mahu memecah belah PR dan menimbulkan suasana tidak aman dalam negara ini. 2- DPPNT mendesak pihak keselamatan bertindak segera menahan golongan yang menghina pemimpin negeri/ketua menteri yang dipilih oleh rakyat. Ketua menteri yang dilpilih melalui sistem yang sah/demokrasi. Golongan ini juga menghina dan mempertikaikan sistem demokrasi yang diamalkan dalam negara. 3- Mendesak pihak keselamatan menjejaki dan menyiasat pihak penganjur dan peserta demo yang mempermainkan isu sensitif yang boleh menggugat keamanan dan mencetuskan kemarahan dan permusuhan antara rakyat pelbagai kaum dan agama. 4- DPPNT berpandangan, jika pihak keselamatan boleh mencari golongan yang memijak gambar Perdana Menteri, pihak keselamatan juga mesti adil dalam isu ini. Demikian juga, pihak keselamatn sedang menjejaki ibubapa yang membawa anak di HKR, maka pihak keselamatan juga mesti menjejaki pihak yang yang terlibt dalam demo ini. 5- Pihak DPPNT sedia memberi kerjasama kepada pihak keselamatan untuk mengesan mereka yang terlibat ini demi memastikan kerja jahat mereka dapat dibongkarkan. DPPNT percaya siasatan yang adil dan maklumat yang tepat mesti diperolehi rakyat bagi mendokong semangat demokrasi. YB Ustaz Mohd Nor Hamzah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu | ||||
PRU13: Mahasiswa mahu lawan Najib di Pekan Posted: 07 Feb 2013 03:29 AM PST
KUALA LUMPUR: Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) mengumumkan mahu bertanding pada PRU13 nanti menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Parlimen Pekan. "Keputusan bertemu satu lawan satu dengan Datuk Seri Najib merupakan ekspresi kemuncak penolakan mahasiswa terhadap kerajaan Umno BN," kata Pengerusi GM13, Syis Abdul Kadir pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH), dekat sini hari ini. Syis berkata, mereka akan mengumumkan calon mahasiswa tersebut selepas Najib mengumumkan pembubaran parlimen. "Kita sudah ada tiga hingga lima calon dan akan dimuktamadkan dan akan mengumumkannya selepas Perdana Menteri mengumumkan pembubaran parlimen," katanya. Menurut beliau juga, mahasiswa tidak kisah untuk bertanding atas tiket apa sekalipun namun mereka mementingkan isu yang akan dibawa. "Kami mahasiswa membawa isu anak muda iaitu pendidikan percuma, dan kami juga memahami jerit perih ibu bapa yang menanggung anak mereka belajar. "Jadi inilah masanya mahasiswa mendekati dan memahami masalah rakyat keseluruhannya," katanya. Sehubungan itu tambahnya, sebagai langkah awal GM13 akan melancarkan Kempen 'Mahasiswa Turun Pekan' pada 11 hingga 17 Februari ini. "Justeru kami mengalu-alukan sokongan orang ramai sama ada dari sudut sokongan tenaga sukarelawan, kewangan, material dan lain-lain dalam menjayakan kempen ini," katanya. | ||||
Kehilangan Yahya sukar dicari ganti – Pemuda PAS Posted: 07 Feb 2013 03:26 AM PST
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan takziah kepada Datin Alisah Ali, isteri Datuk Yahya Sulong di atas kematian almarhum semalam. "DPPM menyifatkan pemergian almarhum ke rahmatullah sebagai kehilangan besar kepada negara dan kehilangan beliau sukar dicari ganti," kata Ketua DPPM, Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan. Sepanjang hidupnya, kata beliau almarhum adalah seorang yang komited dalam membantu menaikkan industri hiburan dan menjadi pelawak popular dan disegani sejak tahun 1980-an lagi. "Dengan pengalaman beliau yang luas dalam bidang lakonan terutama dalam bidang komedi telah melonjakkan nama beliau sebaris dengana artis popular yang lain. "Wajarlah nama beliau diangkat sebagai seniman berbakat dan berjasa besar kepada dunia hiburan," katanya lagi. Malah, ujar Nasrudin lagi dalam kunjungan wakil DPPM ke rumah almarhum beberapa bulan yang lepas, beliau banyak menasihatkan pemuda agar sentiasa berusaha menjalani kehidupan dengan cara yang baik serta meningkatkan kehidupan menjadi insan berguna kepada agama, bangsa dan negara. "Beliau juga berkongsi kebimbangan terhadap generasi muda yang mudah hanyut dengan budaya liar yang di bawa masuk dari barat," ujarnya. Sehubungan itu, ujarnya DPPM mendoakan agar keluarganya tabah menghadapi ujian yang melanda serta mendoakan semoga roh almarhum ditempatkan sebagai golongan orang-orang yang soleh dan diredhai di sisi-Nya. | ||||
Ramah Mesra MB-PEKIDA Jadi Medan Hasutan Dan Fitnah Posted: 07 Feb 2013 03:24 AM PST Skuad BO KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said telah menjadika perjumpaan ramah mesra bersama Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) cabang Kuala Terengganu sebagai satu majlis politik dan penyebaran fitnah. Pada majlis tersebut yang diadakan pada Isnin 4 Februari, berlangsung di Dewan Besar Wisma Darul Iman, sebuah buku dan CD berunsur 'hasutan' telah diedarkan kepada para peserta. Skuad BO yang turut sama dalam Majlis itu melaporkan, Ahmad Said juga mengambil kesempatan 'menagih simpati dan melancarkan kempen' serta cuba meraih sokongan bagi mengahadapi pilihanraya umum ke-13 yang semakin hampir. Salah seorang yang berpangkat Paduka Ayahanda yang ditemui mendakwa, PEKIDA yang asal penubuhannya bagi mengimbangi kongsi gelap, kini dimanupulasi oleh pemimpin Umno sebagai perisai dan benteng. [Gambar kanan bawah - dua buah buku berunsur hasuta dan fitnah yang diedarkan dalam majlis ramah mesar MB-Pekida] "PEKIDA yang asal penubuhannya pada tahun 1983 itu dikatakan adalah untuk mengimbangi pengaruh 'kongsi gelap' walaupun begitu ramai yang maklum kini, "bahawa objektif tersirat pada asal kelahirannya (dimanupulasikan) semata mata sebagai perisai dan benteng kepada Umno,"ujarnya yang tidak mahu dikenali. Majlis tersebut juga telah dijadikan 'platform' untuk memburuk-burukkan parti-parti pembangkang dengan tayangan video yang berunsur hasutan dan Ahmad Said juga telah 'memberi umpan' kwangan sebanyak RM50,000. "Umno menggunakan peluang dengan sebaik mungkin untuk menambat hati dan menghasut ahli-ahli PEKIDA supaya menyokong dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Umno dan Barisan Nasional. "Peruntukan sebanyak RM50 ribu diumpankan sebagai tanda ikat taat setia dalam memastikan kemenangan kepada umno,"ujar Paduka Ayahanda itu lagi Namun demikian, menurutnya, sudah ramai dikalangan ahli PEKIDA yang telah sedar dan muak dengan janji-janji manis Umno, kononnya mahu membela bangsa Melayu dan agama Islam. Beliau menyeru supaya semua ahli-ahl PEKIDA bersatu dan berjuang bersama pihak yang benar-benar mahu memartabatkan Islam sebagai jalan kehidupan demi merealisasikan nama murni pertubuhan PEKIDA dan juga memperjuangkan moto murni "Amar maaruf, Nahi mungkar" | ||||
Bekas Tentera DiKurnia Anugerah Kesal, DiNafikan Bantuan RM1000 Posted: 07 Feb 2013 03:22 AM PST Wartawan BuletinKUALA NERUS - Seorang bekas anggota tentera, Koperal (B) Hassan Bin Abdullah, 55, mempertikaikan tindakan pihak yang berkenaan, menafikan hak beliau dari menerima pemberian RM1,000 wang sagu hati kepada veteran tentera yang telah bersara tanpa berpencen. Beliau telah berkhidmat selama 16 tahun dengan Rejimen 506 Askar Wataniah, bermula pada tahun 1979 dan telah bersara pada tahun 1995. Menurutnya, tugas kebaktian beliau dalam perkhidatannya adalah sebagai jurulatih kawat dan jurulatih senjata dan mewakili anggota tetara dai kawasn Timur dalam beberapa pertandingan menembak di peringkat nasional. Namun begitu, beliau dinafikan hak apabila beliau mendaftarkan diri untuk menerima pemberian wang saguhati RM1000 di Wisma Darul Iman pada Selasa 5 Februari. Katanya, beliau diberitahu, tidak boleg menerima sumbangan itu kerana telah berhenti dari perkhidmatannya secara tidak terhormat. [Gambar - Pak Hassan menunjukkan gambar dan pingat yag dianugerahkan kepaada beliau] "semalam pada 5hb saya dipanggil oleh (untuk menerima) sumbangan sumbangan veteran tidak berpencen 1 Malaysia, saya tidak menerima apa-apa surat panggilan kecuali SMS sahaja....dia kata hanya memerlukan kad pengenalan, "setelah disemak sehingga jam 2 petang apabila keluar surat (semakan) dia kata saya tidak layak untuk menerima kerana (didapati) berhenti dengan cara tidak terhormat kesalahan salah lalu,"ujarnya ketika ditemui di rumah, hadapan Kem Seberang Takir, dekat sini, pada Rabu 6 Februari. [Lihat Video] Beliau menafikan pernah disabitkan dengan apa-apa tindakan kerana melakukan apa-apa kesalahan sepanjang perkhidmatannya bahkan menerima anugerah kerana berkhidmat dengan cemerlang. "saya pun tak tahu salah laku apa.....? seumur saya berkhidmat dalam angkatan tentera selama 16 tahun saya disokong oleh pasukan, pada tahun 1994 saya menerima anugerah pingat PJK.....bererti perkhidmatan saya adalah cemerlang,"tegasnya. Namun begitu katanya, beliau keliru kerana menurut laporan dalam buku kuning iaitu pada muka pertama sijil tamat perkhidmatannya, beliau dilaporkan berhenti mengikut para 48(c), seolah-olah kesalahannya amat berat. Sebaliknya, kata beliau pada mukasurat akhir dalam laporan itu, pegawai pemerintah memberikan ulasan sebaliknya pula. Menurutnya, apa yang beliau pernah ingati, beliau pernah menegur pegawai atasannya yang sering melakukan perbuatan maksiat kepada Allah SWT. Oleh itu, beliau tidak berpuas hati dengan janji-janji kerajaan Malaysia yang berjanji mahu membantu kehidupan bekas-bekas anggota tentera dengan memberikan bantuan kewangan dan memberikan tanah tapak rumah atau rumah tanpa syarat. "Kalau lah perkara ini pihak bekenaan tak boleh selesai, pemberian RM1000 tidak boleh selesai apatah lagi nak beri tanah dan rumah! jadi saya rasa terkilan...sebab bukan saya seorang, ramai yang masih susah macam saya,"ketanya. Beliau menyarankan, untuk kebaikan semua anggota yang bersara tidak berpencen, Jabatan Arah dan Pencen Kementerian Pertahanan supaya tidak mengikut sangat kehendak-kehendak pegawai daripada Batalion. Katanya, Jabatan sepatutnya turun melakukan siasatan sendiri untuk menyemak apa yang berlaku di peringkat anggota bawahan bagi mendapatkan gambaran sebenar. | ||||
9 Parlimen Johor bakal dibolot Pakatan Posted: 07 Feb 2013 03:13 AM PST Shahbudin Husin Dalam pilihanraya umum akan datang ini, Johor adalah antara negeri yang menjadi tumpuan antara BN dan PR. Sementara BN mengharapkan Johor akan terus kekal sebagai kubu kuatnya, PR pula mensasarkanu untuk merampas beberapa kerusi di negeri itu. Dalam pilihanraya 2008 lalu, Johor adalah antara negeri yang menyumbang banyak kerusi kepada BN, selain Sabah dan Sarawak. Dengan hanya kekurangan 30 kerusi berbanding BN dalam pilihanraya lalu, PR kini sedang melipatgandakan usaha merobek sebanyak mungkin kerusi di ketiga-tiga negeri itu bagi membolehkannya menawan Putrajaya. Sabah dan Sarawak memang diketahui gelora politiknya. Masalah dalaman di kedua-dua negeri itu hampir pasti memberi harapan cerah kepada berlakunya angin perubahan. Cuma yang agak kurang kedengaran geloranya ialah Johor. Selama ini ia terkenal dengan kubu kuat UMNO dan BN sehingga menjadi ungkapan popular bahawa songkok pun jika bertanding atas tiket BN pasti akan memperolehi kemenangan. Tetapi selepas tsunami politik 2008, Johor pun terkena tempiasnya. Walaupun dalam pilihanraya 2008, Johor masih menyumbang banyak kerusi kepada BN, senario menjelang pilihanraya ke 13 ini seperti menampakkan suasana yang berbeza. Selain faktor perubahan yang mula meresap dalam sanubari setiap rakyat sekarang ini, faktor pengundi Cina yang selama ini menjadi penentu kepada kekuatan BN di Johor juga tidak lagi memihak kepada BN. Sementara pengundi Melayu Johor turut kelihatan mahu berubah dengan ketara melalui beberapa program Pakatan Rakyat yang mendapat sambutan hangat, kedudukan pengundi Cina pula tetap menampakkan angin perubahan yang konsisten sebagaimana yang berlaku di negeri-negeri lain juga. Seorang pemimpin UMNO Johor memberitahu, sambutan dengan kehadiran ribuan rakyat dalam beberapa demo seperti protes mengenai tanah dan Himpunan Hijau yang menyaksikan kehadiran ribuan orang adalah isyarat jelas bahawa benteng kekuatan UMNO Johor bakal runtuh kali ini. Di Johor katanya, jika pembangkang dapat mengumpul dua atau tiga ribu orang pun sudah dikira kuat dan mampu menyesakkan nafas UMNO. Faktor lain yang turut mampu menyumbang kepada kemenangan beberapa kerusi Parlimen di Johor kepada PR ialah kehadiran beberapa tokoh utama mereka yang bakal bertanding di negeri itu. Selain Salahuddin Ayub daripada PAs dan Chua Jui Meng daripada PKR yang bakal mengetuai kekuatan PR untuk menggempur Johor, tokoh veteran DAP Lim Kit Sianf juga dikhabarkan bakal bertanding di salah satu kerusi Parlimen di negeri itu. Kehadiran tokoh-tokoh besar ini dan mungkin disertai beberapa tokoh lain yang dikenali ramai yang akan mewakili PR, tidak dapat dinafikan bahawa UMNO dan BN tidak boleh lagi berada dalam zon selesa dalam pilihanraya akan datang ini. Seorang lagi pemimpin UMNO Johor membayangkan bahawa sekurang-kurangnya 9 kerusi Parlimen yang selama ini dikuasai oleh BN akan jatuh ke tangan PR dalam pilihanraya pilihanraya nanti berikutan arus perubahan yang melanda sekarang ini. Sambil menyebutkan nama kerusi-kerusi yang bakal tumbang dan berada dalam keadaan kritikal itu, beliau juga menghuraikan bahawa faktor perubahan di kawasan-kawasan terbabit bukan melanda di kalangan pengundi bukan Melayi tetapi juga di kalangan pengundi Melayu sendiri. Sementara faktor perubahan di kalangan pengundi Cina dan bukan Melayu sudah difahami asasnya, faktor perubahan di kalangan pengundi Melayu pula disebabkan beberapa faktor domestik, yang antaranya ialah kecewa dengan pimpinan UMNO negeri mentadbir negeri itu. Apa yang berlaku di Pasir Gudang di mana beberapa Ketua UMNO Cawangan menutup bilik gerakan pilihanraya kerana kecewa dengan Menteri Besar, Ghani Othman yang gagal menunaikan janji berhubung pemilikan tanah adalah masalah yang bakal membawa beban kali ini. Asasnya kerana masalah pemilikan tanah itu bukan saja berlaku di Pasir Gudang, malah di banyak bahagian lain di negeri itu. Ada pemimpin UMNO Johor yang melihat masalah itu bakal menjadi isu yang melarat-larat jika gagal ditangani dengan sebaiknya. Sehingga ini, Ghani Othman dilihat masih membisu dan tidak mahu menjawab berkenaan perkara itu. Ia sudah tentu sesuatu yang mengecewakan bagi kebanyakan rakyat Johor. Ini kerana, selain masalah tanah itu, Ghani juga turut dibebankan dengan pelbagai masalah lain sebagai Menteri Besar terutama berkaitan hubungannya yang terlalu memberi keistimewaan kepada seorang tauke Cina yang bernama Lim Kang Ho. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Lim Kang Ho dikatakan menguasai majoriti kontrak dan perniagaan yang melibatkan kerajaan negeri itu. Hubungan Ghani dengan Lim Kang Ho ini bukan saja mejadi percakapan di kalangan rakyat biasa, malah juga di kalangan ahli dan penyokong UMNO sendiri. Mereka kelihatan kecewa kerana Ghani terlalu memberi keistimewaan kepada seorang tauke dan seakan melupakan kepentingan rakyatnya sendiri. Dengan pelbagai faktor yang berlaku di Johor kebelakangan ini dan pemimpin UMNO negeri itu sendiri membayangkan bahawa sekurang-kurangnya 9 kerusi Parlimen BN bakal tumbang dalam pilihanraya akan datang dan tidak banyak usaha yang dilakukan oleh BN untuk memperbaiki keadaan, kedudukan UMNO dan BN Johor sebagai kubu terkuatnya bakal berakhir tidak lama lagi. Jika Johor gagal dipertahankan sebagai benteng kekuatan UMNO dan BN, usaha melakar perubahan ke seluruh negara bukanlah sesuatu yang mustahil lagi. Penulis pernah menjadi wartawan beberapa akhbar di tahun 80an dan 90an, pernah juga berkhidmat di MARA. Pada tahun 1996-2000 menjadi Setiausaha Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan, Pemuda Umno Malaysia dan 2004-2008 menjadi Naib Ketua Pemuda dan AJK Umno Bahagian Wangsa Maju. Telah menghasilkan dua buah buku politik bertajuk Najib PM Terakhir…dan Kesilapan-Kesilapan Najib.Beliau memiliki laman blog di shahbudindotcom.blogspot.com | ||||
‘Ahli PAS’ pijak gambar Guan Eng, cukuplah Posted: 07 Feb 2013 03:11 AM PST
TEMERLOH: PAS Pahang menafikan laporan lidah Umno Utusan Malaysia hari ini mengenai penglibatan ahlinya dalam demonstrasi di pekarangan Masjid As-Syakirin, Maran. "Perlakuan yang dilakukan oleh remaja upahan membawa bendera PAS dan memijak gambar Lim Guan Eng dan bendera DAP jelas suatu tindakan terdesak Umno dalam menghadapi PRU13," kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily. Kata beliau, saban hari, pelbagai pembohongan yang dilakukan oleh mereka dengan liputan media Umno ternyata satu sandiwara provokasi bagi mencetuskan kebencian antara kaum menjelang PRU13. PAS Kawasan Maran, kata Tuan Ibrahim, telahpun membuat laporan polis pada pagi ini. "Kita harap pihak polis bertindak, kerana bukti bergambar mereka yang terlibat dapat membantu penyiasatan. Kita akan mengikuti secara dekat kes ini, dan mengharapkan siasatan segera dijalankan," tegas Ketua Penerangan PAS Pusat itu. PAS Pahang, katanya akan mengadakan perbincangan dengan pihak guaman bagi meneliti kes itu untuk melaksanakan tindakan perundangan ke atas beberapa individu yang terlibat kerana melakukan pembohongan, mencemar nama baik parti dan tindakan provokasi. "Untuk Umno, cukuplah main isu-isu provokasi. Ramai lagi rakyat Pahang ini yang merana tiada air paip, jalan sempit berbahaya dan tidak berlampu pada waktu malam dan pelbagai masalah tanah yang perlu diberikan perhatian," katanya lagi. | ||||
LTAT: Kerabat terkejut dengan pendedahan Deepak Posted: 07 Feb 2013 03:06 AM PST
KUALA LUMPUR: Kelab Kebajikan Rangkaian Bekas Anggota Tentera Malaysia (Kerabat) melahirkan rasa terkejut dengan pendedahan yang dibuat oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan semalam berkaitan salah guna dana anggota tentera dalam kes pembelian Astacanggih Sdn Bhd. Sehubungan dengan itu, Pengerusinya, Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar (gambar) berjanji akan memperjuangkan perkara ini dan akan menggerakkan ahli kelabnya bagi memperjuangkan isu ini. Dalam pertemuan Deepak Jaikishan dengan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar semalam, beberapa dokumen berkaitan penyelewengan ini didedahkan. Sehubungan itu, Mahfuz menggesa Pengerusi Boustead Holdings Berhad tampil memberikan penjelasan berhubung pembelian Astacanggih Sdn Bhd milik ahli perniagaan, Deepak Jaikishan. Beliau berkata, penjelasan itu penting kerana pembelian tersebut didakwa melibatkan wang Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang sepatutnya digunakan untuk kebajikan anggota tentera. Mahfuz berkata, dokumen yang ditunjukkan oleh Deepak kepada beliau amat mengejutkan tentang jenayah penyelewengan oleh pemimpin negara. (Mahfuz dan rakan-rakannya melihat dokumen yang ditunjukkan Deepak semalam) "Oleh itu saya minta pengerusi Bousted tampil ke depan dan jelaskan siapa sebenarnya yang mengarahkan beliau membeli syarikat milik Deepak ini yang membawa kerugian besar kepada kepentingan anggota dan bekas tentera. "Saya minta beliau tampil sebelum dikambing hitamkan," kata Mahfuz. "Saya akan gerakkan anggota kelab saya untuk memperjuangkan hal ini. Sebagaimana yang saya sebutkan sebelum ini, penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat hal ini sangat perlu," kata Kolonel Nazari. Beliua masih yakin, inilah caranya untuk merungkai semua ini agar pihak yang terlibat dibawa ke muka pengadilan. "Apa guna kami berjuang untuk negara selama ini jika kepentingan dan kebajikan kami pun tidak dijaga dengan baik," kata beliau. | ||||
Posted: 07 Feb 2013 03:03 AM PST KL TODAY MELAKA: Sebuah pesawat ringan yang dipandu oleh juruterbang pelatih berusia 20 tahun terhempas di hadapan blok pangsapuri Cheng Heights, berhampiran persimpangan trafik Pulau Gadong dekat sini. P.Derenessroo, yang memandu berseorangan berjaya menyelamatkan diri dalam insiden yang berlaku pada pukul 11.56 pagi Khamis. Terdahulu Derenessroo yang memandu pesawat ringan, Piper 28, telah menghubungi pusat kawalan traik di Lapangan Terbang Batu Berendam bagi memaklumkan masalah enjin yang berlaku pada pesawatnya. Sebaik sahaja beliau selesai membuat laporan berkenaan, pesawat itu terhempas. | ||||
Pemuda PAS ucap takziah kepada keluarga Azli Paat Posted: 07 Feb 2013 02:59 AM PST
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan takziah kepada keluarga almarhum Azli Paat (gambar), pemenang Anugerah Perdana Menteri Best of the Best APICTA 2012 yang telah menghembuskan nafas terakhir semalam akibat demam panas. Ketua DPPM, Nasrudin Hassan menyifatkan pemergian almarhum ke rahmatullah semalam adalah suatu kehilangan besar kepada negara. Katanya, almarhum Azli dikenali sebagai seorang yang berbakat besar dan amat berjasa kepada negara khususnya dalam bidang ICT dan amat sukar bagi negara melahirkan insan cerdik sepertinya. "Kepakarannya dalam bidang tersebut diiktiraf oleh kerajaan dan beliau juga menjadi kebanggaan kepada negara malah diperingkat antarabangsa," ujarnya kepada Harakahdaily. Justeru, kata beliau DPPM merasakan amat wajar generasi muda hari ini mencontohi keperibadian dan sumbangan yang almarhum taburkan demi membangunkan teknologi maklumat di negara ini. Antara jasa besar almarhum adalah mengasas DAPAT SMS dan MySMS 15888 yang mengubah cara orang awam dan organisasi berkomunikasi di antara satu sama lain. Beliau juga mencetus idea mewujudkan RakanCop di mana orang awam dapat bekerjasama dengan pihak polis bagi mencegah jenayah sebelum ia terjadi. Beliau juga menjadi panel penceramah mengenai teknologi maklumat di stesen radio Bernama Radio 24 sejak 2007. "DPPM mendoakan semoga keluarga almarhum tabah menghadapi ujian ini. Semoga almarhum ditempatkan sebagai insan soleh dan diredhai di sisi-Nya," ujar Nasrudin lagi. | ||||
Yazid Sufaat, pekerja ditahan di kantin mahkamah Posted: 07 Feb 2013 02:53 AM PST
KUALA LUMPUR: Tangkapan ke atas Yazid Sufaat dan pekerjanya, Mohd Hilmi Hasim sekali lagi memperlihatkan hak asasi rakyat Malaysia terus dicabuli. "Tidak cukup dengan enggan membebaskan 23 orang baki tahanan ISA, hari ini kerajaan telah membenarkan undang-undang rimba seperti Akta Kesalahan Keselamatan terus menzalimi rakyat," ujar Penyelaras Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Syukri Razab dalam satu kenyataan. Hal ini, katanya menunjukkan selepas pemansuhan ISA, rakyat Malaysia masih diancam undang-undang drakonian yang persis seperti ISA iaitu Akta Kesalahan Keselamatan (langkah-langkah khas). Berikut ialah kenyataan beliau. Yazid Sufaat seorang bekas tahanan ISA telah ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) di Kantin Mahkamah Tinggi Jalan Duta jam 12.30 tengah hari ini. Beliau ditahan bersama pekerja beliau Mohd Hilmi Hasim. Tangkapan dibuat sekumpulan polis dari Bukit Aman yang diketuai oleh Pegawai Penyiasat Inspektor Mani. Menurut Pegawai Penyiasat, Yazid bersama pekerjanya ditahan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Kesalahan Keselamatan atas tuduhan mempromosikan kegiatan keganasan. Yazid Sufaat merupakan bekas tahanan ISA yang ditahan pada disember 2001 dan dibebaskan pada Disember 2008. Kini beliau menjadi pengusaha kafeteria di kantin Mahkamah Tinggi Jalan Duta. Sebaik ditahan, pihak polis membawa Yazid dan pekerjanya ke kediaman Yazid di Taman Bukit Ampang untuk digeledah. Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Peguam Fadiah Nadwa Fikri yang sedang berada di kediaman Yazid, sehingga jam 4 petang Polis masih menggeledah. Peguam juga dimaklumkan bahawa Yazid dan Hilmi akan ditahan selama 48 jam atau dua hari menggunakan peruntukan Seksyen 5 (2) Akta yang sama. Seksyen 5 (2) juga memboleh pihak Polis menangguhkan hak orang yang ditahan untuk mendapat khidmat konsultasi guaman sehingga 48 jam dari tempoh ditahan. Walaubagaimanapun pihak Polis masih belum memaklumkan balai Polis tempat Yazid dan pekerjanya akan ditahan Akta Kesalahan Keselamatan (langkah-langkah Khas) yang diluluskan parlimen pada Julai 2012 merupakan akta ganti kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Akta ini memberi kuasa besar kepada pihak Polis untuk menahan orang yang dituduh sehingga 28 hari untuk tujuan siasatan tanpa melalui proses mahkamah. Orang yang dituduh juga boleh untuk tidak dibenarkan bertemu peguam dalam tempoh 48 jam atau dua hari selepas ditahan. Selain menafikan hak tertuduh untuk mendapatkan pembelaan di mahkamah, Akta ini juga memberi ruang untuk pihak Polis membuat tangkapan secara wewenangan berdasarkan Klausa 4 (1). Klausa ini turut memberi kuasa kepada pihak Polis untuk membuat penangkapan tanpa waran. Suaram mengutuk tindakan Pihak Polis yang melakukan tangkapan menggunakan undang-undang yang membelakangkan Hak Asasi Manusia. Hak untuk mendapat pembelaan secara adil di mahkamah merupakan hak eksklusif setiap rakyat Malaysia. Hak ini juga dijamin dalam Perlembagaan dan Kanun Acara Jenayah yang mewajibkan pihak Polis membawa orang yang tertuduh ke mahkamah dalam tempoh 24 jam selepas ditahan untuk mendapat pembelaan. Tangkapan ke atas Yazid dan Hilmi ini sekali lagi memperlihatkan hak asasi rakyat Malaysia terus dicabuli. Tidak cukup dengan enggan membebaskan 23 orang baki tahanan ISA, hari ini kerajaan telah membenarkan undang-undang rimba seperti Akta Kesalahan Keselamatan terus menzalimi rakyat. Hal ini menunjukkan selepas pemansuhan ISA, rakyat Malaysia masih diancam undang-undang drakonian yang persis seperti ISA iaitu Akta Kesalahan Keselamatan (langkah-langkah khas). Suaram mendesak pihak Polis agar menghentikan sebarang tangkapan atau penyiasatan di bawah Akta Zalim ini. Suaram juga menggesa pihak Kerajaan Malaysia agar Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) dimansuhkan segera. | ||||
Razaleigh akan dilantik Penaung R-5 Posted: 07 Feb 2013 02:44 AM PST KL TODAY KUALA LUMPUR: Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (Royalti) akan melantik bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai penaung sebuah gerakan yang lebih besar iaitu R-5. Menurut Presiden Royalti atau R, Nazri Deraman berkata, gabungan yang dikenali sebagai R-5 itu adalah gabungan seluruh rakyat dari negeri-negeri pengeluar minyak iaitu Kelantan, Sabah, Sarawak, Terengganu dan Pahang. "Sebelum ini kita bentuk R sebagai Ngo sahaja, kali ini kita akan tubuhkan gerakan yang lebih besar. Jika di peringkat luar negara dikenali sebagai Opec," katanya dalam sidang media di hadapan bangunan KLCC tengah hari tadi. Nazri berkata, Tengku Razaleigh turut bersetuju dengan cadangan untuk menubuhkan R-5 dan akan mempertimbangkan secara mendalam untuk menyertainya. Jelasnya, R telah mengadakan perbincangan hampir tiga jam bersama Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang di kediamannya di Langgak Golf di sini, semalam. Sehubungan itu, Nazri turut menjelaskan Petronas masih gagal memberi maklum balas terhadap memorandum dan surat yang telah dihantar pada 10 Januari sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat lepas. Antara kandungan memorandum yang diserahkan kepada CEO Petronas, iaitu tuntutan royalti terhadap negeri pengeluar minyak khususnya Kelantan yang tertunggak sebanyak RM12 bilion, mendesak agar Petronas buat bayaran tunai kepada negeri pengeluar minyak seperti mana dalam perjanjian. Malangnya, kata beliau, pada 3 November 2013 Petronas telah menjelaskan royalti kepada kerajaan negeri melalui kerajaan Persekutuan. "Ini menunjukkan Petronas engkar dengan perjanjian yang ditandatangani pada 9 Mei 1975, sepatutnya Petronas membayar terus kepada negeri pengeluar minyak. Kita minta dia bayar terus ke negeri terbabit termasuklah Kelantan," katanya. R juga, ujarnya meminta Perdana Menteri memberi maklumat tepat terhadap pertindihan telaga minyak di lokasi Medan Bertam PM307 antara negeri Pahang dan Terengganu. "Hasil kajian yang dibuat oleh R lokasi PM307 itu adalah milik negeri Terengganu, Petronas harus nyatakan maklumat dengan tepat kepada rakyat," katanya. | ||||
Deepak Bom Najib Lagi: Yakin 90% Pegawai Najib Ada Semasa Altantuya Dibunuh Posted: 07 Feb 2013 02:42 AM PST KELAB GREENBOC Ahli perniagaan kontroversi, yang mendedahkan kaitan Datuk Seri Najib Razak dan isteri dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, Deepak Jaikishan mendakwa hampir 100 peratus yakin ada pegawai Perdana Menteri semasa wanita Mongolia itu dibunuh. "Saya 90 peratus yakin, pegawai dan pengawal keselamatan Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor berada di lokasi Altantuya dibunuh," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, bersama pemimpin parti itu, tengahari tadi. Ditanya lanjut berkenaan dakwaannya itu, beliau menjelaskan keyakinan tersebut berasas hubungan baik dengan Rosmah yang dianggap sebagai kakak. "Memang saya tidak ada di tempat kejadian tetapi berdasarkan hubungan rapat saya dengan keluarga Perdana Menteri, saya yakin saya kenal mereka yang terlibat," kata Deepak. Ditanya lagi bagaimana beliau mengenali pegawai terlibat sedangkan beliau tiada di tempat kejadian, Deepak sekali lagi menegaskannya. "Walaupun saya tiada di situ, saya pasti 90 peratus," katanya. Beliau turut mempersoal kehadiran pegawai terbabit di tempat Altantuya dibunuh. "Jika dilihat secara logik, apakah tujuan pegawai-pegawai perdana menteri dan isteri berada di lokasi pembunuhan seorang warga asing jika ia tidak berkaitan tugasan mereka," kata Deepak. Altantuya dibunuh secara kejam pada 2006 di kawasan hutan di Puncak Alam. Kepalanya ditembak dan selepas itu badannya diletupkan dengan bom C4 yang biasa digunakan anggota tentera dalam operasi mereka. Dua pegawai polis yang menjadi pengawal pengiring Perdana Menteri dibicarakan dan didapati bersalah dalam kejadian itu dan dijatuhkan hukuman bunuh. Beberapa bulan lalu, Deepak dalam siri pendedahannya mendakwa beliau terlibat dalam membantu Najib dan Rosmah dalam menyiapkan akuan bersumpah kedua P Balasubramaniam (PI Bala) yang menafikan pengakuan dalam SD 1 dibuat penyiasat persendirian itu. Kematian Altantuya terus dikaitkan dengan skandal pembelian kapal selam Scorpene melibatkan komisen lebih RM500 juta dibayar kepada syarikat milik rakan baik Perdana Menteri, Abdul Razak Baginda. Dalam pertemuan bersama Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar itu, Deepak turut membawa bukti-bukti penglibatan Perdana Menteri dan isteri dalam beberapa penyelewengan khazanah dan harta negara. Antara isu ditimbulkan Deepak adalah bukti campur tangan Najib dalam pengambilalihan secara paksa Astacanggih Sdn Bhd, syarikat miliknya oleh Boustead Holdings Berhad dan penjualan lapangan terbang di Sungai Besi oleh Lembaga Tabung Angkatan Malaysia (LTAT). Selain itu, beliau menyentuh salah guna kuasa tentera oleh Menteri Pertahanan, Datuk Zahid Hamidi dan mendakwa didalangi oleh Perdana Menteri. "Saya ada surat-surat dan semua dokumen Akta Rahsia Rasmi (OSA) yang sah, mereka tak boleh lawan kebenaran," tegas usahawan permaidani itu. Menurutnya, selepas siri pendedahan 'top-secret' olehnya, beliau berkali-kali ditekan memaksanya mendapat jaminan imuniti bagi membolehkan lebih banyak pendedahan membabitkan pemimpin nombor satu negara. Beliau hari ini berjaya mendapatkan sokongan daripada PAS dan peguamnya bagi tujuan itu selepas pertemuan kira-kira satu jam. Pertemuan itu turut dihadiri Penolong Setiausaha PAS, Dr Syed Azman Syed Nawawi, Ahli Jawatankuasa PAS, Dr Dzulkefly Ahmad dan Asmuni Awi yang juga peguam. Asmuni menyatakan kesediaan menulis surat kepada Peguam Negara bagi membolehkan Deepak mendapat imuniti di bawah Seksyen 2 (b) yang memberi perlindungan kepada saksi. -KD | ||||
SAMM Lapor SPRM Kes Anugerah Kontrak Prai Power Plant RM2.57 Billion Posted: 07 Feb 2013 02:40 AM PST KELAB GREENBOC Putrajaya: Penyelaras Kebangsaan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)mengenai proses penganugerahan tender pembinaan stesen janakuasa elektrik, Prai Power Plant kepada syarikat asing, Samsung Engineering& Construction. Beliau membuat aduan tersebut di pejabat SPRM di sini semalam. Badrul Hisham menyerahkan laporan setebal 20 muka surat yang mengandungi beberapa dokumen termasuk bukti proses pemberian tender bagi membantu siasatan. Selain itu, beberapa keping gambar yang menunjukkan pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak serta anaknya dengan Presiden Samsung untuk melobi di Korea Selatan turut diserahkan. Dalam laporannya, Badrol Hisham mempersoalkan nilai kontrak yang diberikan kepada Samsung dengan harga yang amat tinggi, RM2.47 bilion sekaligus mengenepikan syarikat tempatan lain yang mempunyai pengalaman sama. Beliau mendakwa, Prai Power Plant yang berkapasiti 100 megawatt sama seperti kemampuan Manjung Power Plant namun kosnya tidak keterlaluan seperti Prai. Beliau turut mendakwa, Samsung sama sekali tidak ada dalam sembilan syarikat pembida yang disenarai pendek dalam jawatankuasa tender. `Pengkhianatan ekonomi' Antara pembida tersenarai adalah Sime Darby Power Sdn Bhd, Gentinf Sanyen Power Sdn Bhd, usaha sama Malakoff Corp Bhd dengan Petronas Power serta Mitsubishi Group dan usaha sama YTL Power International Bhd dengan Marubeni Corp of Japan. "Membiarkan projek bernilai tinggi hanya dimonopoli tanpa perkongsian syarikat tempatan adalah pengkhianatan kepada ekonomi negara. "Semua ini merupakan persoalan yang perlu dileraikan dan memerlukan respon daripada pihak terbabit. "SPRM perlu ambil tindakan tegas sama ada mengheret pesalah yang membazirkan wang rakyat atau membersihkan pihak terbabit dengan menyatakan tiada salah guna kuasa berlaku," katanya. Samsung Engineering & Construction pernah terlibat dalam beberapa projek mega di Malaysia, antaranya pembinaan menara kedua KLCC. Namun rekod menyatakan pembinaan tersebut hampir sepenuhnya menggunakan khidmat kontraktor Korea Selatan dan luar negara yang dipilih sendiri, malah langsung tidak ada perkongsian dengan syarikat tempatan. -FMT | ||||
PR Kedah ikrar sumbang 15 kerusi Posted: 06 Feb 2013 03:57 PM PST KL TODAY KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat Kedah berikrar akan menyumbangkan 15 kerusi kawasan parlimen kepada Pakatan Rakyat dalam usaha membentuk kerajaan persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata jentera ketiga-tiga parti di negeri itu komited untuk menjadikan 15 kerusi dari negeri itu sebagai penyumbang pertama Pakatan Rakyat ke Putrajaya. "Atas nama PAS dan Pakatan Rakyat, kita berikrar 15 kerusi Kedah adalah penyumbang pertama pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat pada pilihan raya nanti," katanya kepada Harakahdaily. Menurutnya, Pakatan Rakyat negeri ini dijangka mampu mengekalkan 11 kerusi parlimen yang dimenangi pada PRU 2008 lalu dan yakin menambah empat lagi kerusi yang kini dikuasai BN. "Seluruh jentera Pakatan Rakyat kini sedang berkerja ke arah itu iaitu untuk mendapatkan 15 kerusi parlimen bagi membantu Pakata Rakyat ke Putrajaya," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena. Sebelum ini beliau yang juga pernah melontarkan ikrar tersebut ketika berceramah di hadapan 50 ribu hadirin ketika Karnival Kedah Sejahtera Peringkat Pokok Sena 31 Januari lalu. Turut serta dalam ceramah itu sebelum ini termasuk Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Menteri Besar Datuk Seri Ustaz Azizan Razak. Pada PRU 2008 lalu, Pakatan Rakyat Kedah telah menguasai 11 daripada 15 kerusi parlimen di negeri itu dengan enam kerusi dimenangi PAS dan lima lagi oleh PKR. Kerusi yang dimenangi PAS adalah Padang Terap, Pokok Sena, Pendang, Jerai, Sik dan Baling. PKR pula menang di Kuala Kedah, Merbok, Sungai Petani, Padang Serai serta Kulim Bandar Baharu manakala BN pula menang di empat kerusi iaitu Langkawi, Jerlun Kubang Pasu dan Alor Setar. | ||||
PAS akan sokong Deepak pohon dilindungi sebagai saksi Posted: 06 Feb 2013 03:54 PM PST MALAYSIA CHRONICLE KUALA LUMPUR- PAS akan menyokong surat permohonan Ahli Perniagaan, Deepak Jaikishan untuk mendapatkan perlindungan di bawah Akta Perlindungan Saksi bagi membolehkannya membuat beberapa pendedahan penting. Deepak akan menulis surat kepada Peguam Negara (AG) memohon perlindungan saksi (imuniti) bagi membolehkan beliau membuat pendedahan berhubung penyelewengan melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri. Beliau hari ini berjaya mendapatkan sokongan daripada PAS dan peguamnya bagi tujuan itu selepas pertemuan kira-kira satu jam di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut. Pertemuan dihadiri Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Penolong Setiausaha, Dr Syed Azman Syed Nawawi, ahli jawatankuasa PAS, Dr Dzulkefly Ahmad dan Asmuni Awi yang juga peguam. "Kami telah meneliti segala dokumen yang Deepak ada. Berdasarkan dokumen-dokumen itu, kami bersetuju untuk memberikan sokongan kepada permohonan Deepak untuk mendapatkan imuniti bagi mendedahkan segala dokumen ini," kata Mahfuz Omar dalam sidang media hari ini. Deepak dalam sidang medianya berkata, beliau sangat memerlukan imuniti itu untuk membolehkan dia mendedahkan segala dokumen yang beliau ada. "Penglibatan saya dengan pasangan Perdana Menteri sangat mendalam dan melibatkan 'top secret'. "Saya minta bantuan PAS dan Pakatan Rakyat kerana saya yakin kerajaan BN tidak akan memberi perlindungan kepada saya selepas saya dedahkan semua penyelewengan itu," kata beliau pada sidang media sejurus selepas pertemuan. Peguam PAS, Asmuni Awi pula berkata, beliau juga akan menulis surat kepada AG bagi menyokong permohonan imuniti tersebut. Menurutnya, Deepak berhak mendapatkan imuniti bagi membuat pendedahan kerana berdasarkan kenyataannya, beliau bekerjasama dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor kerana terpaksa. "Imuniti itu sudah terkandung dalam Akta Perlindungan Pemberi Maklumat di bawah Seksyen 2 (b) di mana Deepak dikira layak mendapatkan perlindungan kerana Deepak bagitahu dia lakukan semua tugas atas arahan, bukan sukarela. "Saya pun akan tulis surat kepada AG selepas Deepak berbuat demikian," katanya. Sementara itu, Deepak memberitahu, beliau juga akan mengadakan sidang media di Singapura dan Dubai selain mengadakan siri jelajah untuk membuat pendedahan. "Saya pilih Dubai Dan Singapura kerana media arus perdana di Malaysia tidak mahu melaporkan pendedahan ini," katanya.-harakahdaily | ||||
Putrajaya beri kebenaran Dr Pornthip terlibat dalam autopsi Sugumaran Posted: 06 Feb 2013 03:52 PM PST MALAYSIA CHRONICLE PUTRAJAYA, — Kementerian Kesihatan telah memberi kebenaran untuk Dr Pornthip Rojanasunand (gambar) melakukan autopsi kedua ke atas mayat C Sugumaran yang didakwa mati dipukul polis. Peguam keluarga Sugumaran N Surendran dan Latheefa Koya memberitahu wartawan tentang kebenaran kerajaan untuk ahli pathologi Thailand itu terlibat selepas mesyuarat bersama pegawai Kementerian Kesihatan di sini hari ini. "Mereka telah bersetuju sekarang," kata Surendran dalam sidang akhbar hari ini. Peguam PKR itu menambah, beliau kini sedang menunggu surat rasmi dari Kementerian Kesihatan, yang dikatakan akan dikeluarkan hari ini. Surendran memberitahu, Kementerian Kesihatan juga bersetuju untuk menyediakan kemudahan yang sepatutnya di hospital kerajaan kepada Dr Pornthip. Dr Pornthip adalah ahli forensik Thailand yang memantau bedah siasat kedua Teoh Beng Hock untuk mencari kesalahan dalam kematian misteri ahli DAP itu di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor. Dr Pornthip yang juga merupakan pengarah Institut Sains Forensik Thailand, terkenal di Thailand kerana seringkali bertengkar dengan kerajaan sewaktu kempen anti dadah bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra pada tahun 2003. Surendran memberitahu Isnin lalu Dr Pornthip bersetuju untuk melakukan bedah siasat kedua ke atas mayat Sugumaran. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengarahkan laporan forensik mengenai kematian Sugumaran selepas dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet minggu lepas. Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai diarahkan untuk memantau laporan forensik selepas Datuk Seri G Palaneval yang juga menteri di jabatan perdana menteri membangkitkan perkara tersebut dalam mesyuarat Kabinet. Beberapa saksi yang melihat Sugumaran rebah di tepi jalan berhampiran rumahnya di Hulu Langat pada 23 Januari telah menuduh polis yang menangkap Sugumaran memukulnya ketika tangan pegawal keselamatan itu masih bergari. Polis telah menafikan tuduhan tersebut dengan mengatakan bedah siasat dijalankan oleh Hospital Serdang mengatakan Sugumaran mati kerana serangan jantung. Surendran memberitahu The Malaysian Insider selepas sidang akhbar hari ini akan membawa Dr Pornthip datang secepat mungkin akan tetapi tidak memberi tarikh secara spesifik. Kematian Sugumaran dikaitkan dengan banyak lagi kes kematian yang didakwa melibatkan polis seperti kematian Chang Chin Te awal tahun ini, A Kugan dan R Gunasegaran pada 2009, serta kematian pelajar sekolah Aminulrasyid Amzah pada 2010 dan beberapa kematian dalam dua tahun ini Kumpulan Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Penahanan Sewenang-wenang 2010 (United Nations Working Group on Arbitrary Detention 2010) melaporkan pada 2011 bahawa antara 2003 hingga 2007, terdapat 1,500 tahanan mati ketika ditahan pihak berkuasa. Majlis Peguam, badan bukan kerajaan dan beberapa ahli politik dari kedua belah pihak telah menuntut agar Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) ditubuhkan semanjak tahun 2006. Bekas ketua polis negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan juga menggesa penubuhan badan alternatif untuk memantau polis akan tetapi beliau dengan tegas menolak IPCMC yang beliau dakwa tidak adil kepada polis.-themalaysianinsider.com | ||||
Koo Ham: 'Kami sedia jumpa Speaker di mahkamah' Posted: 06 Feb 2013 03:46 PM PST IPOH – "Itu cara dia, biarkan sahaja, kami bersedia untuk mempertahankan diri." Itu reaksi Pengerusi DAP Negeri, Datuk Ngeh Koo Ham berhubung saman yang difailkan oleh Speaker Dun Perak, Datuk R Ganesan terhadap lima pemimpin DAP negeri, semalam. Koo Ham berkata, pihaknya tidak terkejut dengan tindakan diambil Timbalan Pengerusi MIC Negeri itu kerana ia sudah menjadi satu kebiasaan bagi mana-mana pemimpin menutup isu daripada dijadikan bahan kempen terutama menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Menurutnya, tiada perkara yang perlu dikhuatirkan kerana pihaknya yakin sepanjang isu berkenaan digembar-gemburkan, tiada unsur tuduhan dibuat terhadap pemimpin itu. "Januari lalu kita sudah menerima surat (tuntutan mohon maaf) daripada mereka dan kita sudah serahkan perkara ini kepada peguam untuk tindakan lanjut," katanya. Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP, V Sivakumar berkata, pihaknya tidak pernah membuat kenyataan terbuka berhubung isu itu sebaliknya terus menyerahkan perkara berkenaan kepada polis. "Masa dapat barang itu (DVD dan helaian kertas), kita tidak sebut pun dalam konteks ucapan samada dia terlibat atau tidak, saya Cuma tengok dan terus serah kepada polis. "Kalau begitu tindakan Ganesan, kita lihat dan serah sahaja kepada mahkamah," katanya. | ||||
Nasharudin sudah terima surat dilucut anggota Majlis Syura Posted: 06 Feb 2013 03:39 PM PST SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Surat rasmi pemecatan Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa, sebagai anggota Majlis Syura akhirnya sampai ke tangan beliau semalam selepas dipecat kira-kira dua minggu lepas. Beliau berkata, bagaimanapun timbul sedikit tanda tanya apabila surat berdaftar itu bertarikh 14 Januari tetapi hanya diposkan pada 30 Januari seperti yang tertera pada sampulnya. "Sah secara hitam putih saya bukan anggota Majlis Syura Ulama Pas Pusat lagi. Hari ini baru sampai (surat tersebut)," katanya dalam rancangan Soal Jawab yang disiarkan di TV3 malam tadi. Rancangan itu dikendalikan Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima ,Datuk Ahmad Talib. Bekas timbalan presiden Pas itu berkata, surat tersebut antara lain menyebut pemecatannya diputuskan pada mesyuarat Majlis Syura yang berlangsung pada13 Januari lepas kerana melanggar beberapa ketetapan yang dibuat majlis berkenaan. "Saya tak tahu apa yang saya langgar, mungkin sebab saya buat beberapa kenyataan media secara terbuka dan pendirian saya dalam isu-isu terkini berbeza dengan pendirian parti," katanya. Ditanya sama ada beliau masih merupakan anggota Pas, Nasharudin berkata, wujud sedikit konflik mengenai perkata itu berdasarkan kenyataan berbeza oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. "Mursyidul Am kata dengan pemecatan daripada Majlis Syura Ulama, saya automatik dipecat sebagai ahli tetapi presiden kata saya masih ahli. Ini pun saya tahu daripada media kerana tiada kenyataan rasmi daripada parti. Tapi kalau ada surat pemecatan sebagai ahli Pas, saya tunggu. Mungkin tiga minggu lagi baru sampai," jelasnya. Sementara itu, Nasharudin menjelaskan bahawa sehingga hari ini beliau tidak pernah menerima sebarang jemputan untuk menyertai Umno meskipun telah dua kali bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam lawatan ke Makkah dan Gaza. "Perdana Menteri tidak pernah ajak saya... tiada langsung keluar daripada mulut Perdana Menteri untuk ajak saya masuk Umno," tegasnya. - Bernama | ||||
Kelayakan Piala Asia: Harimau Malaya hilang taring Posted: 06 Feb 2013 03:36 PM PST SINAR HARIAN MALAYSIA menampilkan persembahan hambar pada pusingan kelayakan Piala Asia 2015 apabila kalah 2-0 kepada Qatar pada perlawanan pertama Kumpulan D di Stadium Al-Sadd, Doha, Qatar, semalam. Skuad Harimau Malaya, yang membuka kempen tanpa kelibat beberapa pemain utama termasuk penyerang Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd Safee Sali, nyata gagal menandingi setiap gerakan pantas pasukan lawan yang menerima jolokan 'The Maroon'. Peluang terbaik untuk skuad negara menjaringkan gol pembukaan hadir pada minit ke-20 namun tandukan Mohd Amri Yahyah hasil hantaran silang oleh Mohd Khyril Muhymeen Zambri dari sebelah kanan padang sedikit tersasar dari pintu gol pasukan tuan rumah. Bersambung separuh masa kedua, kedua-dua saling berbalas serangan, namun Qatar terlebih dahulu berjaya berada di depan pada minit ke-54. Gol tersebut berpunca daripada sepakan percuma yang diambil oleh Khalfan Ibrahim yang terkena barisan pertahanan negara sebelum membias ke sebelah kanan pintu gol Malaysia yang dikawal Mohd Khairul Fahmi Che Mat. Kelekaan barisan pertahanan negara pada minit-minit akhir permainan membawa padah apabila skuad bimbingan Fahad Thani itu menambah gol kedua menerusi jaringan pemain gantian, Yusef Ahmed. Rajagobal dijangka memanggil semula kapten pasukan Johor Darul Takzim FC, Safiq Rahim, yang digantung satu perlawanan, bagi memperkuatkan jentera tengah skuad Harimau Malaya menjelang aksi kedua kumpulan D menentang Yemen pada 22 Mac ini di Stadium Shah Alam. Sementara itu dalam satu lagi perlawanan kumpulan D, Bahrain mengalahkan Yaman 2-0 di Stadium Sharjah, Emiriah Arab Bersatu (UAE). Dua gol pasukan bimbingan Gabriel Metralla itu dijaringkan oleh pemain pertahanan, Faouzi Aaish pada minit ke-49 dan penyerang, Saad Al Amer pada minit ke-85. Mereka akan melayan pasukan Qatar pada perlawanan kedua Kumpulan D di Stadium Nasional Bahrain di Manama pada 22 Mac ini. Barisan Pemain: MALAYSIA: Khairul Fahmi Che Mat, Mahalli Jasuli, Mohd Asraruddin Putra Omar (Amiridzwan Taj Tajudin), Mohamad Fadhli Mohd Shas, Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak (kapten), K.Reuben, Mohd Shakir Shaari, Mohd Khyril Muhymeen Zambri (Abdul Hadi Yahya), Azammuddin Mohd Akil, Mohamad Ashari Samsudin (Norfarhan Muhammad), Mohd Amri Yahyah. QATAR: Qasem Burhan, Abdelkarim Hassan (Mohamed El Sayed), Ibrahim Majed, Ibrahim Al Ghanim (kapten), Khalfan Ibrahim, Talal Al Bloushi, Abdulaziz Al Sulaiti, Khaled Muftah, Hamid Ismaeil, Hasan Al Haydos (Yusef Ahmed), Sebastian Suria (Magid Mohamed). Pengadil: Faghani Alireza (Iran) Berikut keputusan perlawanan Kumpulan D: Qatar 2 MALAYSIA 0 Bahrain 2 Yaman 0 - Bernama |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan