DIALOG RAKYAT |
- Inilah manifesto ditunggu-tunggu rakyat terutama Sabah & S’wak
- Pembantu rumah ditahan reman
- PKR Perlis nafi Pas 'halang' Juanda tanding
- Filipina hantar kapal bawa pulang kumpulan penceroboh
- Jamin peralihan kuasa aman, Anwar tabik bekas tentera
- PR sedia gempur BN: Tiba masa rakyat lawan penguasa korup
- Pakatan selesai runding lebih 700 kerusi
- Manifesto PR tumpu empat teras utama
- 3 maut, 15 cedera bas ekspres terbabas dekat Bukit Tagar
- Lebih 16,000 pelajar kelas pertama tidak perlu bayar pinjaman PTPTN
- Guan Eng: Teras manifesto bukti Pakatan layak ganti BN
- Mat Sabu: Pakatan sudah ada nama calon PM
- Najib telah langgar Ikrar Integriti Pilihan Raya: Kit Siang
- Penampilan Yassin buat kejutan di Konvensyen PR
- Bantuan OKU, tutup Lynas & naik caruman tentera antara tawaran Pakatan
- PRU 13 pertempuran antara rakyat & kebatilan Umno – Azmin
- DAP pastikan undi Cina untuk KEADILAN & PAS
- Harga Hartanah Rumah Johor Naik 40% (Purata) Sejak 2006. 80% Aset di Iskandar Malaysia Milik Orang Asing!
- Musa yakin BN Sabah akan menang besar lagi
- 'Moga kematian Sugumar yang terakhir di tangan polis'
- Sumpah PI Bala: SD1 yang benar
- Pekerja Yazid Sufaat mengaku tak bersalah tuduhan subahat
- Pakatan tumpu usaha kurangkan beban rakyat
- Najib Kata BR1M RM500 Cukup Untuk Rakyat Makan Setahun!
- Rakyat sekarang ini bijak, boleh 'menyelam air dalam tunggak'
Inilah manifesto ditunggu-tunggu rakyat terutama Sabah & S’wak Posted: 25 Feb 2013 03:08 AM PST Oleh Norutul Ilham SHAH ALAM : Manifesto Rakyat: Pakatan Harapan Rakyat ditawar Pakatan Rakyat hari ini merupakan janji yang ditunggu-tunggu rakyat untuk merubah masa depan dan kebajikan mereka, kata Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing. Penganalisis manifesto sempena Konvensyen ini menyifatkan tawaran itu sebagai 'anugerah' dan harapan baru negara. "Inilah perubahan kepada Malaysia. Peluang dinanti-nantikan rakyat yang ditekan. Tawaran manifesto ini adalah impian rakyat dan harapan itu menjelang tiba untuk satu gagasan. Rakyat terima dan sanjung apa yang ditawarkan kepada Sabah Sarawak," katanya. Beliau bercap pada Konvensyen Pakatan Rakyat ke-4 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini hari ini. Wilfred berkata, manifesto BN tidak memfokuskan kebajikan rakyat, bahkan diulang-ulang dan tidak pernah ditunai, seperti 'Janji Ditepati'," kata Wilfred. "Manifesto Pakatan pula sangat cantik. Saya dah bertahun-tahun dengan BN, setiap manifestonya sama, Ini tunjukkan kerajaan bermasalah," katanya. Menurut Wifred, rakyat Sabah sedia menghumbankan Umno dari bumi negeri di bawah bayu itu dalam Pilihan Raya Umum ke 13. "Tempoh hari tengok bagaimana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dimalukan di Pulau Pinang, jadi dia datang ke Tuaran, dia tidak tanya rayat adakah bersedia dengan BN kerana takut dibalas 'tidak'…," katanya. Wifred turut membidas sikap tidak bertanggungjawab Umno BN yang gagal menunai janji menjamin keselamatan Sabah Sarawak selepas bergabung 50 tahun lalu. "Isu pendatang tanpa izin (PTI) dan kemasukan orang asing di Lahad Datu amat membimbangkan. Kerajaan gagal kawal negara. Senator Australia (Nick Xenophon) ditangkap dan dihantar pulang, tapi berlainan pula apabila 100 pengganas masih boleh tinggal di Lahad Datu. "Apabila berjaya tawan Putrajaya, Pakatan akan bersihkan pengundi, pulangkan royalti 20 peratus kepada rakyat dan naikkan infrastruktur seperti di Semenanjung," katanya. | ||||
Posted: 25 Feb 2013 03:06 AM PST KOTA BHARU - Akibat mendera anak majikan, seorang pembantu rumah warga Indonesia ditahan reman selama empat hari bermula semalam, bagi membantu siasatan polis berhubung kejadian terbabit di Jalan Bayam di sini. Tindakan wanita berusia 41 tahun itu disedari majikannya sejak 5 bulan lalu selepas melihat kesan lebam-lebam di badan anak perempuan bongsunya, yang berusia setahun tiga bulan. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, wanita terbabit yang mula diambil bekerja melalui ejan yang sah sejak 2009 lagi, disambung kontrak bekerja memandangkan sikap rajinnya melakukan kerja-kerja rumah dan akan tamat kontrak Oktober tahun ini. "Majikannya hanya sedari anaknya didera pembantu rumah itu selepas melihat kesan lebam di badan anaknya, lalu bertanya kepada wanita terbabit namun dia memberi alasan kanak-kanak itu terkena bucu meja ketika bermain. "Curiga dengan penjelasan itu, majikannya pada malam kelmarin mengambil keputusan memasang kamera video digital untuk disorokkan dalam bilik pembantu rumahnya. "Tindakannya itu didorong selepas melihat aksi rakaman bayi berusia empat bulan didera pembantu rumah di Kuantan yang disiarkan dalam televisyen baru-baru ini," katanya. Azham berkata, kira-kira jam 10.30 malam selepas balik dari luar, pasangan itu masuk ke dalam bilik mendapatkan kedua-dua anak mereka dan dalam masa yang sama mengambil semula kamera video yang disorokkan dalam bilik. "Mereka terkejut bilamelihat rakaman itu, dengan aksi wanita terbabit yang sedang menjahit manik di baju sambil mencubit, malah memperlakukan anak mereka dengan kasar selepas dia merengek," katanya. Tindakan pasangan suami isteri itu berjaya merakam aksi pembantu rumah mereka itu yang melakukan penderaan terhadap anak mereka yang turut ditinggalkan bersama abangnya, berusia dua tahun. Bagaimana pun, abangnya itu tidak diapa-apakan oleh wanita itu. "Pasangan itu membuat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu dan pembantu rumah itu ditahan pada malam itu juga," katanya. Azham berkata, kes terbabit disiasat di bawah seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak. | ||||
PKR Perlis nafi Pas 'halang' Juanda tanding Posted: 25 Feb 2013 03:05 AM PST SHAH ALAM – Pengerusi PKR Perlis, Mohammad Faisol Abdul Rahman menafikan dakwaan mengatakan wujud perebutan kerusi antara parti itu dan Pas di Perlis susulan desas-desus mengatakan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya akan bertanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Faisol yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR Perlis menyifatkan khabar angin itu tidak berasas, malah dakwaan mengatakan Pas tidak membenarkan tokoh agama itu bertanding di Perlis atas tiket PKR juga tidak benar sama sekali. Katanya, beliau percaya perkara tersebut sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu yang bermotifkan politik. "Khabar angin itu tidak benar sama sekali, setakat ini saya tidak pula dimaklumkan tentang hal itu. "... tidak timbul isu perebutan kerusi di Perlis antara PKR dan Pas, saya difahamkan rundingan itu masih berjalan di peringkat pusat," bercakap kepada Sinar Harian Online. Menurut sumber dalaman Sinar Harian Online, Pas dikatakan cuba menghalang tokoh ulama itu daripada bertanding atas tiket PKR di Perlis susulan khabar angin mengatakan Juanda akan menyertai PKR, bukannya Pas sebelum beliau diturunkan dalam gelanggang pilihan raya umum kali ini. Sinar Harian Online difahamkan Pas cuba memonopoli ketiga-tiga kerusi Parlimen di Perlis walaupun mereka tewas pada tahun 2008. Perlis mempunyai tiga kerusi Parlimen dan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri. "Sebab itu, Pas berebut tiga kerusi itu dan mungkin agak terkilan apabila Dr Juanda yang berlatarbelakangkan agama tidak tertarik untuk menyertai Pas," kata beliau. Juanda antara nama yang disebut-sebut, berpotensi untuk bertanding di Kangar bagi menggantikan calon PKR, Tunku Abdul Rahman Tunku Ismail yang tewas kepada calon Barisan Nasional, Datuk Seri Mohd. Radzi Sheikh Ahmad lima tahun lalu. Minggu lalu, Sinar Harian Online membawa laporan Juanda dan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin antara tokoh ulama akan bertanding kali ini. | ||||
Filipina hantar kapal bawa pulang kumpulan penceroboh Posted: 25 Feb 2013 03:03 AM PST SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Kerajaan Filipina telah menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota, termasuk 30 pengawal bersenjata, yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari. Kapal yang bernombor AT296, belayar dari Bongao, Tawi-Tawi ke perkampungan Tanduo di Lahad Datu dan berlabuh di tepi pantai sementara rundingan dengan kumpulan itu berlangsung malam ini. Jabatan Hal Ehwal Luar (DFA) Filipina dalam satu kenyataan berkata, pemberitahuan mengenai penghantaran kapal itu telah disampaikan kepada Kedutaan Malaysia di Manila semalam. Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina Albert F. del Rosario dalam satu kenyataan menggesa seluruh kumpulan itu agar pulang ke rumah mereka dan keluarga, "sekalipun pada masa yang sama kami sedang berusaha menyelesaikan isu-isu utama yang mereka timbulkan". "Sila lakukan ini demi keselamatan anda sendiri," katanya. Mengenai kapal berkenaan, Rosario berkata: "Kami amat mengambil berat tentang kehadiran lima wanita dan beberapa orang awam dalam kumpulan itu, dan kami menggesa mereka segera menaiki kapal dan pulang ke tanah air." Menurut kenyataan itu, di atas kapal berkenaan ialah pemimpin Islam-Filipino, serta sukarelawan dan petugas perubatan. Pada 12 Februari, bot yang mengangkut lebih 100 lelaki bersenjata yang memakai pakaian celoreng tentera mendarat di pantai Lahad Datu. Kumpulan itu menuntut supaya mereka diiktiraf sebagai Tentera Diraja Sultan Sulu, dan tidak mahu warga asal Sulu di Sabah dihantar pulang ke Filipina. Askar itu telah bertahan di kampung itu sejak dua minggu lepas, dan Kerajaan Malaysia memberikan mereka masa hingga Jumaat lepas (22 Feb) untuk meninggalkan negara ini. Bagaimanapun, tarikh penamat itu dilanjutkan selama 48 jam selepas kerajaan Filipina memohon lanjutan empat hari hingga Selasa atas alasan Manila sedang berusaha memujuk kumpulan itu supaya membatalkan pendirian mereka. - Bernama | ||||
Jamin peralihan kuasa aman, Anwar tabik bekas tentera Posted: 25 Feb 2013 02:58 AM PST Oleh Sidiqin Omar SHAH ALAM : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin, perubahan pentadbiran selepas PRU 13 berlangsung secara aman berikutan jaminan pegawai tertinggi tentera termasuk berpangkat jeneral. "Bila (Lt Jen (B)) Datuk Ghafir (Abdul Hamid) (bekas Timbalan Panglima Tentera Darat) dan belasan tokoh-tokoh besar tentera sebut tentang profesionalisme bahawa tentera tunduk kepada Raja, undang-undang dan negara, ia menjamin untuk membantu peralihan. "Strategi yang dirancang untuk pastikan perubahan berlangsung secara aman. Mewakili rakan-rakan Pakatan Rakyat, saya tabik hormat pada mereka," kata Anwar sambil memberi tabik kepada bekas pimpinan tertinggi tentera yang hadir ke Konvensyen Pakatan Rakyat, hari ini. Selain Ghafir, turut hadir ke konvensyen itu Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid dan aktivis Pertubuhan Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (Pahlawan). "Kita yakin kita mampu tawan Putrajaya. Untuk itu jaminannya adalah kita menang dengan kerusi yang cukup. Kita sekarang ini berlawan dengan orang yang kasar dan tamak haloba," kata Anwar. "Isu yang penting ialah orang yang 'penuh temboloknya' tak mampu melepaskan (kuasa) dengan mudah. Kita belajar dari pengalaman Bangladesh apabila pemimpin parti Jemaat-Islami dituduh atas kesalahan tahun 1971," katanya memberi peringatan. Dalam pada itu Anwar berkata, penyertaan bekas tentera termasuk mantan jeneral merungkai aspek baru dalam dasar pertahanan negara. "Keselamatan negara tak boleh dikompromi. Pembelian senjata yang terbaik ialah tanpa rasuah dan komisen adalah sesuatu yang mesti dilaksanakan," tegasnya. Beliau berkata, Pakatan Rakyat tidak akan mengamalkan politik balas dendam meskipun sekian lama didera, disekat suara dan ramai pemimpinnya dipenjara. "Kita akan ambil kuasa untuk bawa agenda rakyat, bùkan berhasrat untuk membalas dendam. Yang perlu dibuat ialah mengambil balik apa yang telah dicuri," kata Anwar. | ||||
PR sedia gempur BN: Tiba masa rakyat lawan penguasa korup Posted: 25 Feb 2013 02:54 AM PST Roketkini.com SHAH ALAM: Pakatan Rakyat (PR) sudah bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) bagi memacu perubahan membawa rakyat menumbangkan kerajaan korup Barisan Nasional (BN). Dengan pelbagai kerosakan dan salah guna kuasa dilakukan BN, tanpa perubahan kuasa politik Malaysia dalam pilihan raya kali ini, negara mungkin menghadapi risiko yang memudaratkan rakyat. Dalam ucapan Ketua Jentera Pilihanraya PR pagi ini di Konvensyen Pakatan Rakyat ke-14, wakil gabungan parti PAS, PKR dan DAP bersepakat untuk menyelaras gerak kerja parti di setiap peringkat menghadapi pelbagai kemungkinan kempen jahat BN. Menurut Ketua Jentera Pilihanraya PAS, Dr Hatta Ramli, jentera kempen pilihan raya parti itu sudah lama digerakkan dan sedia untuk bertempur habis-habisan. Mengingatkan masa depan negara ditentukan oleh rakyat Malaysia, beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mahu proses pilihan raya akan datang ini tidak dicemari pengundi hantu dan menguatkan usaha mengurangkan manipulasi pengundian pos. "Kami ambil berat kerana kami sudah berkempen selama lima tahun jadi kami tidak mahu kempen selama dua minggu berakhir dengan penipuan. Ahli Parlimen Kuala Krai itu juga mengingatkan agar semua komponen PR bersiap sedia walaupun PR mempunyai krisis keyakinan dengan badan pilihan raya. Ketua Pengarah Pilihanraya Kebangsaan DAP, Tan Kok Wai, pula beliau mahu PRU-13 nanti menjadi satu tarikh bersejarah yang diingati rakyat Malaysia. "Hari itu adalah hari berakhirnya hayat BN dan bermulanya budaya politik baru PR yang mengamalkan dasar kerajaan yang bersih, telus dan beramanah. "Untuk mencapai matlamat ini, PR bukan sahaja perlu mengalahkan BN tetapi juga perlu menang dengan majoriti jelas. Untuk memenuhi hasrat ini kami perlu mendekati rakyat dengan perspektif baru," ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Cheras. Justeru, Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP itu mengingatkan kempen PR kali ini bukan sekadar melawan BN tetapi disifatkan sebagai perjuangan rakyat melawan BN. "Seluruh jentera kempen pilihan raya PR perlu menjadi satu entiti di setiap peringkat," katanya. Ketua Jentera Pilihanraya PKR, Azmin Ali pula berkata, pilihan raya kali ini adalah masa paling baik untuk mengangkat kerajaan baru PR di Putrajaya. "Hari ini kita lihat rakyat Malaysia bertambah yakin dengan PR. Rakyat dilihat meletakkan harapan yang tinggi untuk bersama PR. "Lihat saja PRU 2008, kita dapat saksikan bagaimana orang Cina dan India secara terang mengibarkan panji-panji PAS. Belum pernah sebelum ini anak muda Melayu di bandar dan di desa berani mengibarkan bendera DAP," ujar beliau yang juga Timbalan Presiden PKR. Senada dengan pimpinan lain, Azmin mengakui PRU-13 merupakan pertempuran di antara elit penguasa dan rakyat justeru beliau turut mengingatkan agar PR tidak melakukan kesilapan. Konvensyen Pakatan Rakyat ke-14 adalah konvensyen bersejarah di mana manifesto pilihan raya bertemakan Pakatan Harapan Rakyat dilancarkan mendahului manifesto BN. -Roketkini.com | ||||
Pakatan selesai runding lebih 700 kerusi Posted: 25 Feb 2013 02:52 AM PST SINAR HARIAN SHAH ALAM - Kepimpinan PKR-DAP-Pas selesai mengadakan rundingan mengenai pembahagian lebih 700 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan Parlimen untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU13), kata Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Dr Hatta Ramli. Beliau berkata, kesemua parti bersedia menghadapi PRU13 yang akan diadakan tidak lama lagi dengan memastikan setiap kerusi ditandingi dibuat atas formula satu lawan satu. "Sebanyak 798 kerusi Dun dan Parlimen akan ditandingi Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya umum kali ini yang merangkumi 222 kawasan Parlimen manakala selebihnya kerusi Dun. "Daripada 798 kerusi ini, pembahagian kerusi untuk lebih 700 kerusi selesai dirundingkan," katanya ketika memberi amanat pada Konvensyen Pakatan Rakyat Keempat di sini hari ini. Pada pilihan raya umum 2008, Barisan Nasional (BN) gagal memperoleh majoriti dua pertiga kerusi Parlimen apabila PKR memenangi 31 kerusi, DAP 27 dan Pas 23. Dari segi negeri, PR berjaya menguasai lima negeri iaitu Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan mengekalkan Kelantan. Bagaimanapun, tujuh anggota Parlimen daripada PKR memutuskan untuk keluar parti selepas pilihan raya itu dan menjadi wakil rakyat bebas manakala BN mengambil alih Perak setelah tiga Adun (dua daripada PKR dan seorang daripada DAP) keluar daripada parti masing-masing dan menjadi wakil rakyat bebas. Hatta berkata pihaknya akan memberi penerangan kepada pengundi pos di luar negara untuk memastikan proses pengundian berjalan lancar dan teliti. Ketua Jentera Pilihan Raya DAP Pusat, Tan Kok Wai berkata, jentera PKR-DAP-Pas akan bergerak sebagai satu entiti iaitu sebagai PR menjelang pilihan raya umum di mana aktiviti berkempen akan diselaraskan di setiap peringkat pusat, Parlimen dan negeri. Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PKR Pusat, Azmin Ali berkata, PR kini berada pada pecutan terakhir menjelang pilihan raya umum. - Bernama | ||||
Manifesto PR tumpu empat teras utama Posted: 25 Feb 2013 02:13 AM PST SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) hari ini mengumumkan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang memberi tumpuan ke atas empat teras utama, yang dilihat merangkumi semua segmen masyarakat. Empat teras utama tersebut adalah Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat. Manifesto ini diumumkan oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli; Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dan Naib Pengerusi DAP, M Kulasegaran. Rakyat Bersaudara Dalam teras Rakyat Bersaudara, PR memfokuskan kepada beberapa bahagian, antaranya setiap isteri layak menerima Caruman Wanita Malaysia sebagai jaringan keselamatan sosial menjamin kebajikan mereka. Di bawah caruman ini, suami wajib di sisi undang-undang mencarum mengikut kadar pendapatan antara RM10 hingga RM100 sebulan dengan syarat caruman ini boleh dikeluarkan isteri dalam keadaan tertentu seperti penceraian, musibah, kemalangan dan genap umur 50 tahun. Kerajaan juga menyumbang RM50 sebulan kepada setiap isteri dan caruman ini akan diuruskan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial. Selain itu, PR akan meluaskan Skim Bonus Warga Emas yang telah dilaksanakan di Pulau Pinang ke seluruh negara, dengan memberi bonus RM1,000 setiap tahun kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas. Dalam teras ini juga, PR akan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (Gabungan Sekolah Menengah Cina) atau UEC bagi tujuan kemasukan institusi pendidikan tinggi dan kelayakan bagi tujuan permohonan kerja. Ekonomi Rakyat Dalam teras Ekonomi Rakyat, PR mengulangi janji-janji yang telah diumumkan sebelum ini, antaranya setiap keluarga di negara ini akan membawa pulang pendapatan isi rumah sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan selepas penggal pertama pemerintahan PR di Putrajaya. PR turut mengulangi janji gaji minimum dengan setiap pekerja akan dibayar sekurang-kurangnya RM1,100 sebulan. Selain itu, PR mengumumkan cukai rakyat diselaraskan demi kesaksamaan antara pendapatan tinggi dan sederhana. Jalur pendapatan akan dilebarkan agar kadar cukai 26 peratus hanya mula dibayar bagi pendapatan boleh cukai melebihi RM400,000 ke atas berbanding RM250,000 sekarang. Kesejahteraan Rakyat Teras ketiga, PR bertekad menurunkan harga minyak sejurus selepas PR berjaya menawan Putrajaya. Selain itu, caj elektrik diturunkan dengan PR menyalurkan subsidi berjumlah RM25 bilion terus kepada rakyat. Penghapusan tol secara berperingkat juga dimasukkan dalam manifesto ini, seperti yang dijanjikan dalam Buku Jingga, dengan pembiayaan operasi lebuhraya ditampung dana RM5 bilion. Selain itu, PR juga akan menghapuskan cukai eksais kereta berjumlah 70 peratus sekarang dalam tempoh lima tahun. Apa yang menarik dalam manifesto ini, PR berjanji akan menghapuskan Sistem Perlaksanaan Automatik (AES) dan membatalkan saman yang telah dikeluarkan. Kerajaan Rakyat Dalam teras terakhir, antara intipati menarik adalah PR akan menghapuskan semua undang-undang yang menyekat kebebasan media terutamanya Akta Percetakan dan Penerbitan dan prosedur perlesenan media. Berikut empat teras utama manifesto Pakatan Rakyat :- 1) Rakyat Bersaudara - Menghapus diskriminasi - Mengiktiraf sumbangan wanita dan warga emas - Merangkum semua aliran pendidikan - Mengembalikan hak Sabah Sarawak seperti Perjanjian 1963 - Hak tanah dan kebajikan Orang Asli dipelihara - Kehormatan amalan agama 2) Ekonomi Rakyat - 1 juta peluang pekerjaan untuk rakyat - Perkongsian produktiviti yang adil melalui gaji minimum - 1 juta tenaga kemahiran terlatih dari kalangan lepasan sekolah - Reformasi pendidikan merangsang ekonomi - Membudayakan perkongsian bijak kesatuan sekerja, majikan dan kerajaan - IKS dan inovasi teras ekonomi negara - Pelarasan percukaian rakyat demi kesaksamaan - Ekonomi lestari - Membela ekonomi dan kebajikan prajurit - Memberdayakan usahawan teksi - Pelaburan R&D mencecah 5 peratus dari KDNK - Pengangkutan awam nadi ekonomi negara - Memecah monopoli merancakkan persaingan 3) Kesejahteraan rakyat - Mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat dengan menurunkan harga dan menghapuskan monopoli - Merombak dasar automotif untuk mengurangkan bebanan rakyat - Perumahan selesa dan mampu milik untuk semua - Pendidikan percuma untuk semua, hapus PTPTN - Hapus AES, batal saman AES - Keadilan untuk warga Felda - Keselamatan rakyat - Kemudahan kesihatan asas percuma dijamin - Membina jaringan keselamatan sosial rakyat 4) Kerajaan rakyat - Reformasi institusi Islam dan keagamaan - Pakej pengajian dan perkhidmatan baru penjawat awam - Pilihan raya yang bersih, adil dan telus - Reformasi institusi kehakiman, Pejabat Peguam Negara, SPRM dan PDRM - Reformasi Parlimen - Kebebasan media dan mengembalikan amanah kepada pengamal media - Memansuhkan Auku dan menjamin kebebasan akademik - Memansuhkan semua undang-undang antirakyat - Dasar Banteras Rasuah Negara (DEBARAN) | ||||
3 maut, 15 cedera bas ekspres terbabas dekat Bukit Tagar Posted: 25 Feb 2013 02:10 AM PST [DIKEMAS KINI] HULU SELANGOR - Tiga maut manakala 15 cedera apabila sebuah bas ekspres terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya di Kilometer 420.2 Lebuh Raya Utara Selatan, arah ke utara, dekat Bukit Tagar di sini, jam 3.30 pagi tadi. Bas yang dalam perjalanan dari Skudai, Johor ke Sungai Nibong dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas. Mereka yang maut dalam kemalangan pada pukul 3.10 pagi itu ialah Mohd Zamri Rani, 42, berasal dari Kedah, Mohd Ainul Fauzi Mohd Aman, 25, dari Simpang Renggam, Johor Baharu dan seorang penumpang wanita yang belum dikenal pasti. Ketua Polis Derah Hulu Selangor Supt Norel Azmi dipetik Bernama berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu bas berkenaan gagal mengawal kenderaan itu sebelum melanggar pembahagi jalan. "Bas ekspres yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju utara itu dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan mengakibatkan pembahagi jalan itu tertusuk ke dalam bas," katanya. Beliau berkata, pemandu bas berkenaan cedera dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan, manakala 13 penumpang lain tidak cedera. | ||||
Lebih 16,000 pelajar kelas pertama tidak perlu bayar pinjaman PTPTN Posted: 25 Feb 2013 02:08 AM PST SINAR HARIAN Pengerusi PTPTN Datuk Ismail Mohamed Said berkata pelajar terlibat dikecualikan membayar pinjaman mereka selepas PTPTN menukarkan status pinjaman itu kepada biasiswa. "Sehingga 31 Januari tahun ini, kerajaan melalui PTPTN telah menukar pinjaman sebanyak RM450.47 juta kepada biasiswa bagi menghargai kesungguhan pelajar terbabit yang memperolehi ijazah kelas pertama. "Bagaimanapun mereka yang berjaya dan mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama itu perlu tampil membuat permohonan untuk menukarkan status pinjaman kepada biasiswa di mana-mana cawangan PTPTN," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat IMalaysia (BRIM) kepada 1,066 orang bujang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jenderak, Kuala Krau, dekat sini, hari ini. Beliau berkata pihak PTPTN tidak menetapkan tempoh untuk pelajar terbabit mengemukakan permohonan bagi menukarkan status pinjaman mereka itu kepada biasiswa. Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata seramai 17,317 peminjam telah membuat bayaran balik sekali gus dengan kadar potongan diskaun sebanyak 20 peratus sejak 1 Okt tahun lepas sehingga 31 Jan tahun ini membabitkan diskaun berjumlah RM62.11 juta. "Selain itu seramai 953 peminjam yang disenaraihitamkan turut menyelesaikan hutang mereka sekali gus membabitkan pembayaran berjumlah RM5.1 juta," katanya. Ismail yang juga anggota Parlimen Kuala Krau berkata PTPTN memperuntukkan RM4.24 bilion untuk diagihkan kepada pelajar pada tahun ini. "Daripada jumlah itu sebanyak RM2.9 billion diperuntukkan kepada 501,414 pelajar sedia ada, manakala selebihnya kepada 211,098 pelajar baharu," katanya. Beliau berkata sehingga 31 Jan lepas, PTPTN telah meluluskan pinjaman kepada 2.15 juta pelajar membabitkan peruntukan sebanyak RM48.27 bilion. - Bernama | ||||
Guan Eng: Teras manifesto bukti Pakatan layak ganti BN Posted: 25 Feb 2013 02:04 AM PST SHAH ALAM - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yakin manifesto Pakatan Rakyat (PR), yang diumumkan hari ini, mampu menggulingkan kerajaan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Beliau berkata, pembentangan manifesto hari ini, yang standard membabitkan tiga komponen utamanya, memberi hala tuju baru, yang mampu memberi rangsangan kepada rakyat untuk bersama PR mengubah kerajaan. "Masa sudah tiba selama 56 tahun kita tunggu, adakah kita berani untuk bangkit menggulingkan kerajaan yang zalim, rakus dan merompak kekayaan negara dan rakyat? "Namun untuk menggulingkan kerajaan BN ini belum tentu, tapi kita cuba sedaya upaya dengan membentangkan manifesto dan memberi hala tuju baru kepada rakyat. "Perkara ini akan merangsang rakyat bersama kita untuk mengubah kerajaan pada PRU13," kata beliau ketika berucap pada Konvensyen PR Keempat di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) hari ini di sini. PR mengumumkan manifesto PRU13 dengan menumpukan empat teras utama iaitu Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat. Mengulas lanjut, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, untuk membangunkan negara rakyat perlu memilih PR sebagai kerajaan baru pada PRU13. Guan Eng berkata. Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang terbaik untuk menjadi perdana menteri dan menunaikan harapan rakyat dan mengemudi negara. "Kalau mahu negara terus untung, Anwarlah yang terbaik untuk menjadi perdana menteri. Kita kembalikanlah Anwar menjadi perdana menteri," katanya. | ||||
Mat Sabu: Pakatan sudah ada nama calon PM Posted: 25 Feb 2013 02:03 AM PST SHAH ALAM - Pemimpin kanan Pakatan Rakyat (PR) menyatakan calon perdana menteri pihaknya, jika memenangi Pilihan Raya Umum ke-13, telah dimuktamadkan, namun masih menunggu masa yang sesuai untuk diumumkan. Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, calon perdana menteri bukan satu masalah besar bagi PR tetapi nama individu terbabit akan diumumkan pada masa yang sesuai kelak. "Kita sudah 'set', hanya tunggu masa mahu umumkannya... tapi yang pasti saya tidak tersenarai sebagai (calon) perdana menteri," katanya pada pemberita di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini di sini. | ||||
Najib telah langgar Ikrar Integriti Pilihan Raya: Kit Siang Posted: 25 Feb 2013 01:55 AM PST Roketkini.com KUCHING: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah melanggar Ikrar Integriti Pilihan Raya yang ditandatanganinya pada Rabu lalu iaitu sepanjang 15 hari Tahun Baru Cina, termasuk secara terbuka mengkhianati pirnsip 1Malaysia dan menggunakan agama mengapi-apikan bahawa "satu undi untuk PAS kepada satu undi perpecahan umat Islam dan satu undi untuk DAP adalah satu undi kepada penindasan terhadap umat Islam seluruhnya". Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, pembohongan Najib di Kuala Terengganu semalam bahawa PAS adalah boneka DAP adalah bercanggah dengan pembohongan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kepada pengundi Cina bahawa DAP "hanyalah sisa-sisa politik dalam bayangan PAS". Katanya, sikap tidak jujur, hipokrit dan oportunisme tidak berprinsip itu terbukti melanggar Ikrar Ingeriti Pilihan Raya TI untuk menjunjung prinsip "kebenaran, integriti, tatalaku beretika dan akauntabiliti". "Arahan bersifat memecahbelah dan perkauman kerana menayangkan secara eksklusif filem 13 Mei, Tanda Putera, kepada 3,000 peneroka Felda walaupun Kabinet membuat keputusan pada November lalu, seperti yang didedahkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, bahawa filem itu "tidak sesuai" untuk ditayangkan kerana "berat sebelah" dalam menggambarkan rusuhan 13 Mei 1969. "Ini melanggar "tadbir urus yang baik serta ketelusan" Ikrar Ingeriti Pilihan Raya TI dan sepanjang15 hari sejak 9 Februari lalu Najib sibuk berkempen untuk memenangkan dirinya dan UMNO/Barisan Nasional (BN) sehingga tidak dapat meluangkan masa melawat Lahad Datu Sabah untuk mendapatkan maklumat terus mengenai ketakutan dan kebimbangan penduduk terhadap pencerobohan 150 pasukan bersenjata Sulu. "Najib juga sepatutnya menjelaskan kepada rakyat mengapa terdapat kelompongan keselamatan yang begitu serius dan mengapa polis dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan bukannya tentera dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang ditugaskan menguruskan krisis "pendudukan" militan Sulu itu," katanya ketika berucap pada bengkel pilihan raya DAP Sarawak di ibu Pejabat DAP Kuching, di sini, semalam. Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, Najib juga melanggar prinsip "Rakyat Didahulukan" Ikrar Ingeriti Pilihan Raya "Mendukung dan memberi keutamaan kepada kepentingan rakyat secara keseluruhan". Katanya, ini bermakna Najib tidak jujur apabila melaporkan tiga hari lalu meniru laman web cybertrooper UMNO/BN dakwaan palsu bahawa kumpulan pemikir British Economist Intelligence Unit (EIU) menolak Pakatan Rakyat sebagai cabaran besar buat BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Menurutnya, ini termasuk perbelanjaan mewah RM3.5 juta untuk menjemput bintang K-Pop Korea pada Rumah Terbuka Tahun Baru Cina BN di Pulau Pinang, 11 Februari lalu dan perbelanjaan lain yang tidak dikira termasuk memasang 10,000 bendera 1Malaysia di seluruh negeri Pulau Mutiara itu yang sehingga kini tiada pengumuman mengenai kos projek itu adalah bukti politik wang yang merosakkan menjelang PRU-13 nanti. Katanya, Najib mungkin tidak sedar dalam Ikrar Ingeriti Pilihan Raya TI itu yang beliau berikrar untuk tidak "terbabit dengan amalan rasuah dalam apa jua cara" kerana politik wang ketika pilihan raya adalah akar kepada berleluasanya rasuah, kronisme dan penyalahgunaan kuasa dalam negara. "Najib juga mempertikai pemimpin DAP dan PR tidak menandatangani ikrar itu sedangkan sebelum ini mereka menuduh BN dengan bermacam perkara, termasuk rasuah, salah guna kuasa dan amalan kronisme. "Sebaliknya Najib usah mempertilkai iltizam saya memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa setelah mendedikasikan hampir setengah abad hidup saya dalam politik Malaysia, tetapi persoalannya sama ada iltizam saya memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa itu akan menjadi jenaka dan penghinaan sekiranya saya menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya itu selepas Najib," katanya Menurut Kit Siang, Najib perlu ikhlas dan serius dalam menandatanangi ikrar itu yang menetapkan empat prinsip yang perlu menjadi perhatian ketika PRU-13 nanti iaitu:-
"Amat sesuai, relevan dan penting sama ada Najib menandatangani ikrar itu terutama dengan kehadiran Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud, watak besar dalam kempen memerangi rasuah antarabangsa, meningkat atau menjatuhkan malah memusnahkan kewibawaan dan legitimasi Ikrar Ingeriti Pilihan Raya itu. "Ini adalah selepas mempertimbangkan bahawa Malaysia, di bawah empat tahun pemerintahan Najib, paling korup berbanding Perdana Menteri sebelumnya sepanjang 56 tahun usia negara mengikut Indeks Persepsi Rasuah (CPI) TI," katanya. – Roketkini.com | ||||
Penampilan Yassin buat kejutan di Konvensyen PR Posted: 24 Feb 2013 09:33 PM PST
SHAH ALAM: Penampilan penyanyi popular Yassin dan rakan-rakannya dengan dua lagu tema Pakatan Rakyat menjadi kejutan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat hari ini. Dengan lagu 'Menuju Putrajaya' dan 'Reformasi', Yassin yang juga bekas anggota kumpulan nasyid Brothers itu memukau para peserta konvensyen di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini. Kedua-dua lagu ini adalah pertama kali diperdengarkan kepada umum sempena konvensyen hari ini. Sebelum ini video klip lagu Reformasi nyanyian beliau ini telah dilancarkan oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) sebagai lagu rasmi kempen mereka ke seluruh negara. Ia juga dijangka bakal menjadi siulan anak-anak muda khususnya dikongsi di laman-laman sosial dan radio internet walaupun bakal di black out dari tv dan radio tradisional. Yasin juga telah secara rasminya dilantik sebagai duta terbaru PKR bagi mempromosikan parti tersebut kepada anak muda. | ||||
Bantuan OKU, tutup Lynas & naik caruman tentera antara tawaran Pakatan Posted: 24 Feb 2013 09:26 PM PST KEADILAN DAILYSHAH ALAM : Pakatan Rakyat hari ini mengumumkan beberapa tawaran dalam manifesto bertema 'Pakatan Harapan Rakyat' mengandungi dasar bersama Pakatan untuk membantu ekonomi rakyat.Manifesto ini dibacakan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli pada Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-4 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pagi ni. Berikut antara yang diumumkan: 1. Mewujudkan 1 juta peluang pekerjaan baru untuk rakyat dengan mengurangkan kebergantungan buruh asing secara berperingkat. 2. Memperkenal gaji minima RM1,100 sebulan. 3. Melatih 1 juta lepasan sekolah yang tidak melanjutkan pelajaran. 4. Membina 5 universiti dab 25 sekolah vokasional 5. Tabung inovasi IKS RM500 juta, menyelaras cukai rakyat- kadar cukai tertinggi 26% untuk cukai pendapatan hanya mula dibayar bagi pendapatan boleh cukai melebihi RM400,00 berbanding RM250,000 sekarang. 6. Henti operasi Lynas, kaji semula RAPID dan kaji undang-undang pembalakan. 7. Memperuntukkan RM500 juta untuk Tabung Usahawan Kecil Prajurit, kenaikan caruman LTAT dari 15% ke 20%, dividen RM2000 setahun kepada bekas prajurit tidak berpencen. 8. Memberi permit terus kepada pemandu teksi 9. Pengangkutan awam percuma kepada golongan berbeza upaya, tambah bilangan bas, merangka untuk membina sistem keretapi laju antara bandar. 10. Memecah monopoli dengan mewujudkan Suruhanjaya Anti Monopoli, Suruhanjaya Kontrak Awam untuk menilai perjanjian awam seperti IPP dan konsesi berat sebelah, tender terbuka, membubar 1MDB, melupuskan pegangan kerajaan dalam GLC. Untuk kandungan penuh manifesto, KLIK INI. | ||||
PRU 13 pertempuran antara rakyat & kebatilan Umno – Azmin Posted: 24 Feb 2013 09:24 PM PST Oleh Sidiqin Omar SHAH ALAM : Jentera Pakatan Rakyat perlu bersiap-siaga untuk mara ke medan tempur sebagai satu saf yang rapi dan tersusun sebaik Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) diumumkan, kata Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPRP) KEADILAN, Mohamed Azmin Ali. "Pertempuran kali ini adalah di antara rakyat dan elit penguasa. Antara yang mempertahankan hak dan yang melindungi kebatilan. "Kita telah berada di pusingan terakhir. Saya optimis dalam pertempuran kali ini kemenangan akan bersama rakyat. "Kerana itu kita tidak boleh melakukan kesilapan kerana ia mengkhianati cita-cita perubahan dan sengaja mengkhianati amanah rakyat Malaysia," katanya ketika menyampaikan amanat Ketua Jentera Pilihan Raya pada Konvensyen Pakatan Rakyat keempat di Pusat Konvensyen Shah Alam, hari ini. Timbalan Presiden KEADILAN itu berkata, Pakatan Rakyat bukan sekadar untuk muafakat PRU 13, namun bertunjang hasrat untuk melaksanakan perubahan. Justeru, tema manifesto 'Pakatan Harapan Rakyat' adalah cita-cita rakyat Malaysia yang bersaudara. "Dari Perlis sampai ke Sabah, petani, nelayan, guru, usahawan hinggalah para Jeneral, kini semuanya bersama Pakatan Rakyat," kata Azmin. Tambahnya, kepimpinan Pakatan Rakyat yang bersih, tidak rasuah dan menolak perkauman sempit memacu kemakmuran negara dan istiqamah dalam perjuangan adalah aset. "Kebijakan yang digarap melalui Buku Jingga, Belanjawan Pakatan Rakyat dan hari ini kita luncurkan manifesto bersama. Dokongan kuat rakyat Malaysia membuktikan bahawa Pakatan Rakyat akan menerajui PRU 13 dengan agenda kita," katanya. "Saya dengan tekad dan berani menyatakan Pakatan Rakyat bersedia untuk mentadbir. Ayuh kita mara ke Putrajaya dengan iltizam untuk melakar masa depan baru demi Malaysia yang gagah," kata Azmin disambut tepukan hadirin. | ||||
DAP pastikan undi Cina untuk KEADILAN & PAS Posted: 24 Feb 2013 09:22 PM PST Oleh Aisha Geoffrey SHAH ALAM : Pengerusi Biro Pilihan Raya DAP, Tan Kok Wai menjamin, KEADILAN dan PAS mendapat sokongan padu pengundi Cina di semua kawasan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13). "Pengundi Cina adalah kekuatan kita (DAP). Justeru kita akan memastikan dan membantu parti gabungan Pakatan Rakyat iaitu KEADILAN dan PAS untuk mendapat hak kepercayaan pengundi Cina, tidak kira di mana-mana kawasan," kata Ahli Parlimen Cheras itu. Kok Wai menyampaikan amanatnya dalam Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-4 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam, dekat sini, hari ini. Menurutnya, menjelang PRU 13, Pakatan Rakyat perlu bergerak dan berkempen sebagai satu entiti dengan semangat kerjasama dan saling membantu untuk menang. "Untuk mencapai matlamat memulakan budaya politik baru selepas PRU 13, Pakatan Rakyat perlu mengalahkan BN dan mesti mendapat kemenangan besar dan membanggakan," katanya. "Untuk itu, Pakatan mesti bersatu dalam berkempen meliputi aspek idea dan mesej, dan memastikan jentera masing-masing berkempen sebagai satu entiti," katanya. Kata Kok Wai, dengan cara itu, rakyat yakin Pakatan bersatu dan berkhidmat untuk semua kaum seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. "Kita juga perlu yakinkan rakyat bahawa 'peperangan' kali ini bukan saja perjuangan Pakatan melawan BN, tetapi untuk ke arah Malaysia yang lebih baik. "Beritahu pemimpin kerajaan sekarang bahawa undi kami tidak ternilai, dan undi rakyat bukan untuk dihina," tegasnya disambut tepukan kira-kira 1,500 perwakilan. | ||||
Posted: 24 Feb 2013 09:18 PM PST Sebelum ini, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DYMM) pernah mencetus kontroversi yang apabila mengatakan rakyat Johor lebih miskin daripada rakyat Kelantan (DI SINI). Semuanya disebabkan masalah pemilikan hartanah dikalangan rakyat di Johor terutamanya membabitkan kawasan di sekitar Wilayah Pembangunan Iskandar dan Wilayah Ekonomi Johor Selatan. Itu dahulu….. Sekarang ia telah dikenali dengan Iskandar Malaysia :
Hartanah Iskandar Malaysia Johor : Pemaju, Pemain Hartanah VS Rakyat Johor!Dan yang menarik perhatian kami apabila melihatkan kenyataan terbaru daripada KGV International Property Consultant mengenai perkembangan terbaru hartanah di Iskandar Malaysia.
Pastinya berita kenaikan harga hartanah kediaman di Johor menjadi satu kemanisan di halwa telinga kalangan pemaju & pemain hartanah. Tetapi tidak kepada rakyat Johor yang masih tercari-cari kediaman & memiliki hartanah sendiri di sekitar Iskandar Malaysia, Johor. Walaubagaimanapun, "tahniah" kami ucapkan kepada rakyat Singapura kerana berjaya memiliki hartanah di negeri Johor. Jikalau di Singapura ada masalah kekurangan tanah sehingga menyebabkan kerajaan Singapura bertegas sehingga menyebabkan pemilikan hartanah di sana diperketatkan. Tetapi itu bukan masalah besar kepada rakyat Singapura dek kerana ada alternatif selain daripada itu. Terima kasih kepada kerajaan Malaysia & Johor yang berbesar hati membuka ruang dan peluang utnuk mereka beli rumah dan melabur pasaran hartanah di Johor. Dengan kelebihan….
Pelaburan Hartanah di Iskandar Malaysia Johor VS Thailand?Bukanlah satu masalah besar untuk rakyat Singapore melabur di Iskandar Malaysia, Johor. Kalau di Malaysia expatariat dilihat mudah untuk memiliki hartanah di Malaysia termasuklah di Iskandar malaysia Johor tetapi tidak di Thailand walaupun expatariat juga agak ramai diThailand. Tetapi bezanya di sini, kerajaan Thailand :
Malaysia? Kerajaan berbesar hati utnuk tawarkan MM2H (Malaysia My Second Home) (KLIK SINI BUTIRANNYA) kepada orang asing. Itu sebablah ramai berebut untuk mengambil kemudahan pakej MM2H ini, walaupun hakikatnya ia gunakan rumah tersebut sebagai kediaman hujung minggu sahaja. Lokasi rumah di Horizon Hills, East Ledang, Leisure Farm Resort, Medini menjadi "lokasi permainan" orang Singapore melabur di Iskandar Malaysia. Pembelian 3, 4 biji rumah sekaligus perkara biasa. Realitinya projek-projek di Nusajaya sasaran pasarannya adalah melibatkan rakyat Singapore. Walaubagaimanapun, kepada rakyat Johor Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DYMM) ada inisiatif tersendiri untuk membantu anda memiliki rumah di sekitar Iskandar Malaysia :
P/S : Bagaimana berminat? Apa kata rakyat Johor atau yang tinggal di tinggal bekerja di Johor ketika ini mengenai situasi harga rumah di Iskandar Malaysia, Johor? Berjaya memilikinya? Berapa harganya? | ||||
Musa yakin BN Sabah akan menang besar lagi Posted: 24 Feb 2013 09:10 PM PST Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman yakin BN Sabah akan meraih kemenangan besar dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti seperti yang dicatatkan dalam pilihan raya umum 2008. Beliau berkata walaupun BN dijangka menghadapi tentangan hebat daripada parti pembangkang pada pilihan raya umum kali ini namun dengan kesepaduan dan kesefahaman yang amat jitu, pastinya BN Sabah mampu mengulangi kecemerlangan itu. "Saya lihat semangat penyokong kita termasuk Wanita BN Sabah berkobar-kobar untuk turun padang bagi memastikan kemenangan calon BN. "Saya yakin, dengan ada kesepaduan dan kerjasama semua termasuk Wanita BN yang bekerja siang dan malam untu memantapkan jentera pilihan raya, InsyaAllah kita memperolehi kemenangan besar di Sabah," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program "Gelombang Biru" Wanita BN Negeri Sabah di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Likas, dekat Kota Kinabalu hari ini. Turut hadir Pengerusi Wanita BN Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak. Pada pilihan raya umum 2008, BN Sabah pimpinan Musa hampir menyapu bersih 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 25 kerusi Parlimen apabila hanya kalah di kerusi DUN Sri Tanjung di Tawau dan kerusi Parlimen Kota Kinabalu. Mengenai saranan Wanita BN agar lebih ramai wanita diberi peluang diketengahkan sebagai calon BN pada pilihan raya umum akan datang, Musa yang juga Pengerusi BN negeri berkata perkara itu diserahkan kepada pucuk pimpinan BN untuk menentukannya. "Tentu sekali ada di kalangan wanita yang menjadi calon BN di Sabah, namun jumlahnya kita serahkan kepada YAB Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk memutuskannya," katanya, sambil menambah BN negeri menghargai sumbangan dan peranan dimainkan Wanita BN dalam membantu memperkasakan jentera pilihan raya BN. Mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyamakan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan haiwan, Musa berkata kenyataan itu telah menimbulkan kemarahan kerana menghina rakyat yang memerlukan bantuan. "Pemberian BR1M 1.0 dan BR1M 2.0 dibuat dengan niat baik Perdana Menteri kita iaitu untuk menolong atau meringan beban rakyat. Kita patut bersyukur mempunyai seorang pemimpin yang baik hati dan berjiwa rakyat," katanya. Mengenai pengumuman peruntukan projek pembangunan di beberapa kawasan di Sabah yang dibuat semasa lawatan Najib dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke negeri ini baru-baru ini, Musa berkata amalan seumpama itu sudah lama dipraktikkan dan bukan hanya menjelang pilihan raya umum. "Sebelum ini pun Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sering mengumumkan peruntukan yang diminta oleh rakyat terutama di tempat-tempat yang mereka lawati," katanya. Terdahulu, dalam ucapannya, Musa mengingatkan rakyat Sabah agar tidak terpedaya dengan kempen pembangkang yang terus mengkritik kerajaan semata-mata untuk meraih sokongan rakyat. "Pembangkang hanya pandai berbohong dan menipu rakyat. Saya harap rakyat bijak menilai dan seterusnya menyokong BN pada pilihan raya akan datang," katanya. Bernama | ||||
'Moga kematian Sugumar yang terakhir di tangan polis' Posted: 24 Feb 2013 09:07 PM PST Satu majlis berjaga dan memasang lilin diadakan malam semalam bagi memperingati tragedi kematian bekas pengawal keselamatan Sugumar Chelladuray yang didakwa mati dipukul empat orang polis di Hulu Langat bulan lalu. 30 wakil pertubuhan masyarakat sivil dan pemimpin Pakatan Rakyat mengadakan majlis selama kira-kira 30 minit itu di kawasan Little India, Pulau Pinang dan berjaya mencuri tumpuan pengunjung kawasan itu yang membeli belah. Naib presiden PKR, N Surendran memulakan majlis dengan mengumumkan bahawa majlis itu diadakan serentak dengan acara sama di Kuala Lumpur demi mencari keadilan buat Sugumar yang mayatnya kini dipercayai kian mereput dalam bilik mayat. "Keluarganya tidak dapat menyempurnakan acara akhir kematian Hindu buat Sugumar kerana masih menanti bedah siasat kedua oleh ahli patologi forensik yang bebas," katanya sambil memegang sebatang lilin untuk memperingati kematian mendiang, genap sebulan lalu. "Apa yang perlu dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak adalah membenarkan Dr Pornthip Rojanasunand untuk hadir ke Malaysia bagi melakukan bedah siasat," katanya sambil diperhatikan beberapa pegawai Cawangan Khas yang sibuk merakam ucapannya. | ||||
Sumpah PI Bala: SD1 yang benar Posted: 24 Feb 2013 09:05 PM PST Penyiasat persendirian P Balasubramaniam bersumpah bahawa pengakuan berkanun pertamanya bertarikh Julai 2008 yang mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu adalah pengakuan sebenar. Balasubramaniam yang mengalirkan air mata ketika tiba di KLIA petang ini menyatakan sumpah tersebut sambil memegang satu kitab Hindu Bhagavad Gita dan menegaskan bahawa pengakuan berkanun yang dibuat untuk membatalkan pengakuan pertama adalah tidak benar. "Saya mengaku dengan kitab suci ini bahawa SD pertama adalah benar dan tiada yang benar melainkan yang benar. Saya meminta maaf kepada anda semua bahawa SD kedua adalah tidak benar," katanya. SD pertamanya mengandungi butiran mengenai interaksinya dengan beberapa personaliti menjelang hari kematian Altantuya. Antaranya, beliau mendakwa Najib mempunyai hubungan rapat dengan Altantuya. Sehari selepas itu, beliau bagaimanapun menarik balik SD tersebut dan mendakwa beliau membuat pengakuan berkanun pertama itu dalam keadaan dures. Beliau kemudiannya meninggalkan Malaysia dan mendakwa pengakuan pertama adalah pengakuan sebenar dan SD kedua pula dibuat dalam keadaan dures. Balasubramaniam kini kembali ke Malaysia untuk berkempen untuk Pakatan Rakyat. Katanya, beliau akan mendedahkan lebih banyak maklumat mengenai pembunuhan Altantuya sedikit masa lagi. Balasubramaniam ketika ditanya berkata beliau tidak akan cuba mendapatkan kerjasama Deepak Jaikishan, ahli perniagaan yang terlibat dalam menyediakan SD kedua. Beliau sedia untuk bekerjasama sekiranya Deepak datang mencarinya, namun beliau tidak akan mencari Deepak, katanya. | ||||
Pekerja Yazid Sufaat mengaku tak bersalah tuduhan subahat Posted: 24 Feb 2013 09:04 PM PST Individu ketiga yang ditahan bersama bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Yazid Sufaat hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur atas dakwaan bersubahat menggalakkan keganasan. Muhammad Hilmi Hasim membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Kamardin Hashim selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah. Muhammad Hilmi, 33, yang merupakan pekerja kepada Yazid, 49, didakwa melakukan kesalahan itu untuk memajukan suatu ideologi dan perbuatan itu diniatkan untuk mengugut orang awam di Syria. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Bukit Ampang, Ampang antara 8.30 pagi dan 10.30 pagi, pada 1 Ogos hingga 20 Okt 2012. Dia didakwa mengikut Seksyen 130G (a) Kanun Keseksaan (Akta 574) dibaca bersama Seksyen 109 kanun yang sama membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan. Barisan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria, Ishak Mohd Yusoff dan Mohd Dusuki Mokhtar manakala tertuduh diwakili peguam Amer Hamzah Arshad dan New Sin Yew. - Bernama | ||||
Pakatan tumpu usaha kurangkan beban rakyat Posted: 24 Feb 2013 09:01 PM PST Pakatan Rakyat hari ini mendedahkan kandungan manifesto bertemakan 'Pakatan Harapan Rakyat' yang menumpukan kepada usaha untuk mengurangkan beban rakyat bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang. Dokumen berkenaan dibentangkan bersama oleh tiga pemimpin utama Pakatan - Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, Ahli jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad dan Naib Presiden DAP M Kulasegaran. Rafizi dalam pembentangannya berkata, Pakatan berjanji untuk mengenakan cukai pendapatan untuk paras RM4,000 dan bukannya RM2,500 seperti pada masa sekarang. Sekiranya Pakatan Rakyat memerintah, gabungan parti pembangkang itu juga akan meningkatkan pendapatan isi rumah sehingga RM4,000 bagi mengurangkan kesenjangan ekonomi. Selain itu, katanya, Pakatan Rakyat berjanji akan menghentikan serta merta operasi kilang nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan jika berjaya menang dan menawan Putrajaya. Katanya lagi, Pakatan Rakyat juga akan mengkaji semula fasa-fasa pelaksanaan RAPID di Pengerang. Pakatan Rakyat akan turut mereformasikan semua undang-undang sedia ada berkait dengan pembalakan dan kawal selia aktiviti pembalakan, katanya. "Dasar ekonomi Pakatan Rakyat mensyaratkan kesinambungan lestari alam sekitar dan menitik beratkan kemaslahatan rakyat sebelum kelulusan diberikan. "Makanya, secara prinsipnya sebarang aktiviti ekonomi yang melibatkan radiasi yang membahayakan orang ramai atau apa-apa kegiatan yang dikira merosakkan alam sekitar tidak akan diluluskan oleh kerajaan Pakatan Rakyat baik diperingkat negeri dan persekutuan," manifesto itu dipetik. Selain itu, Pakatan akan menaikkan caruman kerajaan ke dalam Lembaga Tabung Angkatan tentera dari 15 peratus kepada 20 peratus untuk menjamin masa depan perajurit. Pakatan juga akan menghapuskan sistem permit teksi yang diberikan kepada syarikat tertentu dan permit teksi akan diberikan terus kepada pemandu teksi, tambahnya. | ||||
Najib Kata BR1M RM500 Cukup Untuk Rakyat Makan Setahun! Posted: 24 Feb 2013 04:12 PM PST KUALA TERENGGANU – Presiden Umno, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dengan bangganya memaklumkan kepada para hadirin, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 yang diberikan adalah cukup untuk 'makanan' satu tahun. Beliau yang juga Perdana Menteri Malaysia berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah kira dengan bantuan BR1M sebanyak RM500 itu setiap isi keluarga akan memperolehi sejumlah RM41.60 sebulan. Menurut Perdana Menteri, dengan duit RM41.60 itu telah cukup untuk membeli sekampit beras 10 kilogram, lima kilogram minyak masak, gula, tepung dan lain-lain. "Bantuan Rakyat 1 Malaysia…RM500 tuan-tuan akan dapat. Kalau RM500 kita (kerajaan) telah kira, dalam sebulan dapat RM41.60 dan dapat beli sekampit beras 10 kilo (kilogram), minyak masak lima kilo, gula, tepung dan lain-lain lagi. "Maknanya, kalau kita (rakyat) hendak beli makanan untuk kita dan keluarga kita cukup untuk 12 bulan (satu tahun) yang akan datang. Inilah kerajaan yang membela rakyat, kerajaan Barisan (BN)," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Pelancaran Program Jelajah Janji Ditepati Peringkat Negeri Terengganu di Dataran Shah Bandar, Kuala Terengganu, hari ini, Sabtu 23 Februari [Gambar - Buku "Janji Ditepati" yang diedarkan oleh PM dan MB kepada orang ramai akhirnya tidak dipedulikan oleh rakyat, bersepah dibuang orang] Bahkan, katanya bantuan BR1M 2.0 juga adalah lebih baik dari BR1M 1.0 kerana turut diagihkan kepada orang bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan RM2,000 ke bawah. Beliau turut mengambil terjemahan al-Quran yang menyebut tentang pendustaan terhadap agama, menghina anak yatim serta tidak memberi makan orang miskin. "Tahukah kamu tahu orang yang mendustakan agama, orang yang mengherdik anak yatim dan tidak menganjurkan, memberi makan orang miskin". Ini firman Allah dalam al-Quran. Maknanya, kalau kita tidak tolong orang miskin dosa besar. Kalau kita sebagai sebuah kerajaan tidak bantu rakyat dosa besar. "Nabi Muhammad SAW dalam sabdanya, 'Kalau kita bantu orang-orang miskin seumpama fisabilillah, seumpama kita solat malam tidak henti-henti dan berpuasa secara berterusan'. Itu Rasulullah kata. Maknanya, apa?...maknanya BR1M lah. "Saya hendak beritahu tuan-tuan, BR1M 1.0 dan kini BR1M 2.0 diagih kepada 4.3 juta isi keluarga dapat faedah seluruh negara. "BR1M 2.0 lebih baik dari BR1M 1.0 sebab kita tambah orang bujang. Orang bujang umur 21 tahun ke atas, pendapatan RM2,000 ke bawah dapat juga separuh BR1M iaitu RM250," jelasnya dihadapan 5,000 hadirin. | ||||
Rakyat sekarang ini bijak, boleh 'menyelam air dalam tunggak' Posted: 24 Feb 2013 04:04 PM PST ASPAN ALIAS Nampaknya politik semakin hari kian kotor. Rupa-rupanya kuasa ini boleh menjadikan seorang manusia itu hilang pertimbangan dan hilang segala keperibadian untuk mendapat atau mengekalkan kuasa. Barulah semua sedar termasuk diri saya ini, yang politik itu adalah kuasa dan kuasa itu adalah politik. Ramai manusia di dalamnya tidak berlandaskan kepada moral dan sedikit nilai ketuhanan yang merupakan ciri-ciri asas manusia yang mukmin. Menjadikan komen TGNA sebagai mengatakan penerima BRIM itu adalah haiwan merupakan satu permainan politik yang tidak terkira hina dan aibnya. Ia sedang dilakukan oleh pimpinan UMNO dan penyokong-penyokong mereka seperti melalui saluran-saluran TV perdana. Pelakon-pelakonnya termasuklah seorang Perdana Menteri dan seorang lagi Timbalannya. Kedua-dua pemimpin ini yang datang dari keluarga yang baik-baik itu telah hilang segala ciri-ciri manusia yang sedang mencari kehidupan sebagai seorang mukmin. Mereka ini telah mencalarkan keperibadian baik keluarga mereka semata-mata kerana politik. Semuanya ini adalah kerana kemahuan nafsu mereka untuk mengekalkan kuasa politik yang merupakan perkara yang terenak bagi mereka yang bermain poliik yang tidak berlandaskan kepada ciri-ciri keagamaannya. Najib terlupa yang beliau adalah seorang anak kepada sebuah keluarga yang baik dan Muhyiddin dengarnya adalah dari keluarga yang berimejkan agama yang kuat. Tentunya tindakan kedua-dua pemimpin terbesar negara ini merupakan tindakan yang menjatuhkan nama ibu bapa mereka dengan memutar belitkan kata-kata orang lain dengan begitu hina dan aib sekali. Kedua-kedua pembesar negara ini tidak mahu mengambil kaedah memperbaiki diri untuk mendapatkan sokongan. Sebaliknya mereka memilih untuk melakukan perkara keji untuk mendapatkan kepentingan politik peribadi dan parti mereka yang kian hari kian menjunam imejnya di mata rakyat itu. Benarlah kata-kata perbidalan, 'yang baik itu untuk yang baik dan yang buruk itu untuk yang buruk' sahaja. Benarlah apa yang dijanjikan oleh Najib yang beliau dan UMNO akan lakukan apa sahaja (at all cost) untuk mempertahankan Putrajaya. Tentulah ia termasuk melakukan kerja sebegini hina dan aib itu bagi menjamin Putrajaya itu dapat di pertahankan. Dengan janji-janji itu Najib bukannya bertindak untuk kebaikan rakyat dan negara beliau sebaliknya untuk kuasa semata-mata. Sesungguhnya sangat hebat pengaruh dan ajaran sesat politik Dr Mahathir ini, iaitu 'lakukanlah apa sahaja asalkan berkuasa'…..tebalkan muka walaupun setebal tembok di tepi jalan. TGNA jelas mengatakan pihak yang memberi BRIM itu seolah-olah hendak menjadikan manusia negara ini sebagai haiwan dengan memberikan makan dan selepas di beri makan manusia-manusia ini akan di sembelih seperti haiwan belaan. Itu maksud TGNA. Blog ini pun telah mengatakan perkara yang sama seminggu yang lalu yang menganggap UMNO mahu menjadikan kita semua sebagai haiwan belaan. TGNA tidak mengatakan mereka yang menerima BRIM itu sebagai haiwan. Itu sebabnya rakyat sudah sedar yang mereka hendak dijadikan kita semua ini sebagai binatang belaan dan mereka menolak UMNO itu dengan hebat sekali sehinggakan UMNO hampir menjadi parti yang dipandang seperti haiwan kurap di tepi jalan sahaja. UMNO mahukan orang ramai seperti kerbau pembajak sawah yang luas dengan memberikan rumput-rumput dan rumbai sebagai makanan mereka (kerbau). Akhirnya hasil padi itu di masukkan kedalam kepuk padi bagi tikus-tikus gemuk memakannya dan kerbau itu disembelih untuk di jadikan rendang hari raya. Kenyataaan maksud TGNA yang mengatakan UMNO cuba untuk menjadikan manusia sebagai haiwan dengan memberi BRIM itu di putar belitkan dengan mengatakan penerima BRIM itu adalah seperti haiwan. Kerja memutar-belitkan kata-kata Tok Guru itu dilakukan oleh Najib dan Muhyiddin sendiri. Betul lah, dan benarlah Najib ini sebagai seorang yang menepati janji-janjinya. Janjinya untuk melakukan apa sahaja untuk mempertahankan Putrajaya itu benar-benar beliau lakukan walaupun dengan menjadikan rakyat seperti lembu dan haiwan belaan itu. Najib dan Muhyiddin masih berfikir yang rakyat sekarang ini masih naïf dan tidak dapat membaca niat sebenar mereka dalam isu ini. Ketahui lah yang rakyat sudah pandai 'menyelam air dalam tunggak'. Mereka (rakyat) tidak boleh diperbodohkan lagi….. Aura UMNO itu sekarang sudah jatuh menjunam dan ia akan menjatuhkan penyokong-penyokong mereka sendiri….percayalah! |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan