DIALOG RAKYAT |
- Rodziah : Taska Di Rumah Bantu Wanita Jana Pendapatan
- PKR timbang letak Tee Keat di Pandan tetapi pilih Rafizi, kata sumber
- Pakatan janjikan 10 menteri wanita di bawah pemerintahannya
- P.Pinang fail kes ke mahkamah desak SPR laksana pilihan raya tempatan
- Pengusiran Xenophon bukti PRU 13 bakal kotor, kata Anwar
- Isu Pencerobohan Lahad Datu Sabah VS Waris Sultan SULU Filipina : Berita Terkini Dari Sabah?
- CUKUPKAH PENJARA KITA SELEPAS PRU 13 NANTI?
- 59 bekas peneroka saman Felda, kes pertama di Melaka
- Nazri Aziz: 'Saya tak minat jadi MB'
- PM: Satu undi untuk PAS bawa kepada perpecahan umat Islam
- Parti komponen BN didakwa tak lebih dari pengemis
- Aktivis nekad teruskan perarakan 'Tidak Berdiam Lagi'
- Aktivis Diganggu Samseng, SUK 'R' Ditahan Polis Selama 10 Minit
- Pelajar Bukan Islam Belajar Di Sekolah Agama Dapat Perhatian
- 230 Haiwan di Zoo Melaka 'Hilang'
- “Huru-hara dan makan ubi kayu” cuma fantasi liar BN
- PAS Kini Sedia Mengatasi Umno - Raja Nazrin [Berserta Teks Penuh]
- Usaha Takutkan Kaum Bukan Melayu Terhadap PAS Gagal
- Najib mahu elak jadi PM terakhir ikut ramalan “Rahman”
- Manifesto Rakyat, kempen awal Pakatan tawan Putrajaya
- Undi PAS wajib untuk bantu Islam
- Kalah 2-3, ATM kekal teraju Liga Super
- Tengku Adnan: Manifesto BN dalam proses 'sentuhan terakhir'
Rodziah : Taska Di Rumah Bantu Wanita Jana Pendapatan Posted: 24 Feb 2013 04:45 AM PST SHAH ALAM : Skim SiKembar bukan sahaja menolong ibubapa berpendapatan rendah menghantar anak ke TASKA, malah telah membuka peluang bagi suri rumah dan ibu tunggal untuk menjana pendapatan dengan membuka taska sendiri. Skim yang memberi RM 100 bagi seorang kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah itu telah mendapat respons positif daripada kalangan wanita yang berminat mengusahakan pusat jagaan secara persendirian di rumah. Oleh itu Kerajaan Negeri telah mengadakan Kursus Intensif Perkembangan Kanak-Kanak bagi pertama kali untuk melatih bakal usahawan, khususnya wanita, untuk memulakan taska mereka sendiri. Nor Suhazianty Saufi, 32, pengasuh kanak-kanak persendirian dari Cheras, Kuala Lumpur memuji langkah Kerajaan Negeri yang membuka peluang untuk surirumah dan ibu tunggal menjalankan taska. "Saya sangat teruja seperti dinyatakan Yang Berhormat (Rodziah Ismail), ia membantu ibu-ibu sebelum menjadi ibu tunggal secara tidak langsung masalah ekonomi keluarga dapat kita atasi daripada awal. "Kursus ini juga bagus kerana ia mengajar kita tentang asas dan membantu kepada pengasuh-pengasuh yang masih belum berdaftar. "Secara tidak langsung memberi ruang kepada kami untuk tahu arah tuju dan apa perlu dibuat sebelum atau selepas membuka taska," katanya apabila ditemui selepas kursus tersebut yang berlangsung selama tiga hari. Jamaliah Lemin, 34, dari Puchong juga sependapat dengan menyatakan ia langkah ke hadapan dalam membantu kalangan ibu bapa dan pengasuh taska di Selangor. "Sangat bagus (untuk ibu bapa) dan dapat menjana lagi pendapatan (pengasuh pusat taska)," katanya yang berhasrat membuka pusat jagaan kanak-kanak di rumah selepas ini. Rodziah selaku Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan menjelaskan kursus itu bagi melayakkan pengusaha taska menjadi pengasuh kanak-kanak berkualiti. "Di Selangor, taska yang mengemukakan permohonan hampir 2,000 tetapi yang diluluskan hanya 300 sahaja. "Maka kita wujudkan Sijil Asuhan Selangor supaya puan-puan atau sesiapa yang memiliki sijil ini akan layak menerima skim bantuan asuhan rakyat ini. "Kita nak cari seramai mungkin untuk menerima manfaat ini kerana setiap tahun kita peruntukkan RM 3 juta. "SiKembar maksudnya kita gabungkan yang anak-anak itu dapat subsidi RM100 dan kita mahu juga pengasuh taska juga dapat manfaatnya," katanya. Selain menambah pendapatan, beliau berkata, kaedah tersebut membuka peluang wanita menjalankan kerja di rumah dan memberikan perkhidmatan kepada masyarakat. | |||
PKR timbang letak Tee Keat di Pandan tetapi pilih Rafizi, kata sumber Posted: 24 Feb 2013 04:41 AM PST KUALA LUMPUR — PKR pernah menimbangkan untuk meletakkan pemimpin MCA Datuk Seri Ong Tee Keat di kerusi akhirnya memilih Rafizi Ramli. The Malaysian Insider difahamkan, pertimbangan tersebut dilakukan selepas pengikut MCA daripada kem Ong "memberikan isyarat" kepada pemimpin PKR tentang kemungkinan Ong bertanding atas tiket PKR, tetapi ianya tanpa pengesahan jelas daripada bekas presiden MCA tersebut menyebabkan parti itu memutuskan tidak memandang serius perkara tersebut. "Kami sebenarnya tidak pernah dengar sendiri daripada mulut beliau (Ong), walaupun penyokongnya telah menyatakan sebagai wakil kepada beliau," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider. "Tapi terdapat petanda jelas ia adalah Ong, ataupun hasrat penyokongnya. Melihatkan ia hanya untuk menguji menerusi penyokong beliau, jadi ia tidak ada sesuatu yang berasas." Sumber itu turut menambah walaupun perkara tersebut dibincangkan pada peringkat kepimpinan, parti memutuskan untuk meneruskan kempen di parlimen Pandan dan kekal dengan Rafizi sebagai calon kerana enggan membuat pilihan calon pada saat-saat akhir. Selain itu lagi, sumber juga memberitahu pada ketika ini isu dibangkitkan terdapat kemungkinan besar Ong (gambar) adalah pilihan utama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai calon di kerusi parlimen Pandan. Ong telah diketepikan selaku presiden MCA oleh Datuk Seri Dr Chua Soi Lek semasa kemelut perebutan kuasa pada 2010, beliau juga merupakan ahli parlimen Pandan selama lima penggal. Namun, awal minggu ini Dr Chua memberitahu media pada sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA bahagian Pandan Ong telah terkeluar daripada senarai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya 2013. Dr Chua sebaliknya berkata MCA bahagian telah mencadangkan peguam berusia 39 tahun Gary Lim yang juga mengetuai biro undang-undang bahagian. Perkara tersebut walau bagaimanapun telah dinafikan apabila kepimpinan bahagian parti mengadakan mesyuarat tergempar pada Jumaat dan menjelaskan mereka tidak pernah memutuskan sebarang nama calon di Pandan dan tidak menghantar nama Lim. Banyak spekulasi sebelum ini mengatakan terdapat kemungkinan Ong mungkin menyertai pembangkang memandangkan beliau kini semakin terpinggir dari rakannya dalam MCA sejak beberapa tahun kebelakangan ini tetapi beliau tidak pernah membuat sebarang pengesahan mengenai perkara tersebut. Apabila dihubungi The Malaysian Insider, Rafizi berkata situasi tersebut sememangnya sudah dijangkakan dan tidak mengejutkan. Apabila ditanya sama ada PKR akan memberikan laluan kepada Ong untuk bertanding atas tiket PR memandangkan personaliti tersebut dilihat sebagai "calon boleh menang", Rafizi berkata isu tersebut pernah dibincangkan tetapi peringkat akar umbi menolak cadangan tersebut. "Perkara ini ada dibincangkan dan dibangkitkan, tapi peringkat akar umbi menolaknya. "Alasan yang diberikan ialah bagi mengelak episod lompat parti Pilihan Raya 2008 berulang lagi, lagipun Ong Tee Keat ini cuba mengambil kesempatan selepas namanya tiada sebagai calon di Pandan," kata beliau lagi. Rafizi juga berkata tiada masalah untuk memberi laluan kepada Ong bertanding dikawasan parlimen tersebut, tapi mengganggap ia suatu perkara yang merugikan kerana jentera PR sudah semakin kukuh disitu dan penerimaan masyarakat ke atas PKR sangat baik. Walaupun berlaku kekeliruan tentang calon yang akan diletak BN di kawasan Pandan, keputusan nampak lebih menyebelahi kepada Ong sebagai calon yang mana disokong oleh beberapa pemimpin kanan Umno memandangkan popularitinya dikalangan penduduk sekitar kawasan tersebut. Nama Rafizi, 35, pada mencuri tumpuan umum ekoran beberapa pendedahan kontroversi antaranya skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), serta sering menjadi penceramah PR diseluruh negara. Perbalahan antara Dr Chua dan Ong berlaku sejak episod perebutan jawatan Presiden MCA pada 2010. Semenjak Dr Chua memegang tampuk kepimpinan MCA, Ong semakin dipinggirkan dalam parti, dan sering diserang oleh penggantinya, yang sejak itu tidak disukai di dalam parti. Dalam Pilihan Raya 2008 lalu, Ong mempertahankan kerusi parlimen Pandan dengan mengalahkan calon PKR, Syed Shahir Syed Mohamud dengan majoriti 2,961 undi. Beliau memperolehi 25,236 undi berbanding lawannya 22,275 undi. Kawasan Pandan adalah kerusi campuran yang mengandungi 55 peratus bukan Melayu dengan pengundi di bawah umur 40 lebih separuh jumlahnya. | |||
Pakatan janjikan 10 menteri wanita di bawah pemerintahannya Posted: 24 Feb 2013 03:01 AM PST Pakatan janjikan 10 menteri wanita jika menang PRU13. — Gambar oleh Saw Siow Feng PETALING JAYA -Pakatan Rakyat (PR) akan melantik sekurang-kurangnya 10 menteri wanita berdasarkan daripada 30 peratus kuota wanita sekiranya berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya 2013 kata Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin baru-baru ini. Zuraida memberitahu, PR akan melaksanakan kuota tersebut disemua peringkat — termasuk dalam 33 jawatan kementerian, wakil di parlimen dan lembaga pengarah korporat — satu langkah untuk memenangi undi wanita yang berjumlah 49 peratus daripada 13.3 juta pengundi. "Pakatan komited untuk melaksanakan 30 peratus disemua peringkat," kata Zuraida dalam satu wawancara bersama The Malaysian Insider di ibu pejabat PKR Khamis lalu. "Kuota ini langkah sementara," tegas beliau apabila ditanya jika polisi tersebut menghina kemampuan wanita. Penganalisis mengatakan pengundi atas pagar wanita akan menentukan keputusan Pilihan Raya 2013 yang dijangka akan menjadi perlawanan sengit. Zuraida memberitahu, pada masa ini, PR mempunyai sembilan orang anggota parlimen wanita, termasuk dirisnya, layak untuk mengisi mana-mana jawatan menteri. Empat dari DAP, tiga dari PKR dan dua dari PAS. Selain Zuraida yang merupakan anggota parlimen Ampang, mereka adalah Chong Eng (DAP — Bukit Mertajam) Fong Po Kuan (DAP — Batu Gajah), Teo Nie Ching (DAP — Serdang), Teresa Kok (DAP — Seputeh), Fuziah Salleh (PKR — Kuantan), Nurul Izzah Anwar (PKR — Lembah Pantai), Siti Zailah Mohd Yusof (PAS — Rantau Panjang), dan Dr Siti Mariah Mahmud (PAS — Kota Raja). Kerusi parlimen titiwangsa terbiar kosong selepas Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali meninggal dunia akibat penyakit barah pada 2011. Terdapat 13 anggota parlimen wanita dari Barisan Nasional (BN). Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah melantik hanya dua orang menteri wanita daripada 30 menteri selepas mengambil alih kuasa iaitu Datuk Seri Ng Yen Yen dari MCA sebagai menteri pelancongan dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dari Umno sebagai menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat. Najib mengambil alih jawatan Shahrizat tahun lalu, selepas jawatan senatornya tidak diperbaharui akibat daripada skandal penternakkan lembu. Menurut statistik daripada Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, hanya 10.4 peratus dari 222 anggota parlimen dan lapan peratus daripada 576 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di seluruh negara adalah wanita. Zuraida mengatakan kerajaan PR akan turut melaksanakan kuota gender bagi memastikan 30 peratus perwakilan wanita dalam Parlimen, sepertimana dokumen Platform Beijing untuk Tindakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengatakan keperluan untuk mencerminkan keperluan dan kebimbangan semua orang dalam sesebuah negara. Pengarah eksekutif Wanita PBB Michelle Bachelet mengatakan Disember lalu kuota diperlukan untuk mempromosikan pengelibatan wanita dalam politik sambil memberitahu hanya satu daripada lima anggota parlimen di dunia adalah wanita. Daripada 33 negara dengan 30 peratus atau lebih anggota parlimen wanita, hanya 28 mempunyai kuota, kata Bachelet. Zuraida bagaimanapun mengakui, PR sukar untuk mencari cukup calon wanita untuk diletakkan sebagai calon dalam pilihan raya akan datang bagi memenuhi kuota 30 peratus, mengatakan PR hanya berjaya mendapatkan 20 peratus. "Wanita masih lagi berfahaman politik bukan bidang mereka, sebagai sesuatu yang kotor. Sebagai ahli politik, kita bertugas berkhidmat untuk rakyat, untuk menjadi wakil kepada rakyat," katanya. Zuraida mengatakan PR bercadang untuk meletakkan lebih kurang 30 peratus calon wanita di kerusi parlimen dan DUN di Selangor dan Sabah, sekurang-kurang dua calon wanita di negeri lain. Wanita akan diletakkan sekurang-kurangnya 15 daripada jumlah 25 kerusi parlimen dan 60 kerusi DUN di Sabah, serta sekurang-kurangnya 14 daripada 22 daripada kerusi parlimen dan enam daripada 56 kerusi DUN di Selangor. Penyandang wanita PR akan mempertahankan kerusi mereka, manakala kebanyakan calon-calon baru wanita akan terdiri daripada golongan profesional muda, kata Zuraida. Zuraida menambah bahawa PR akan meningkatkan kesedaran politik di kalangan wanita dengan menubuhkan sekurang-kurangnya satu Pusat Memperkasakan Wanita di setiap kawasan parlimen. "Akan ada program rakyat seperti latihan ekonomi, perniagaan, program kesedaran kewangan dan politik, dan unit keselamatan sosial, di mana kita mahu wanita membentuk unit-unit sokongan di kawasan masing-masing (untuk berkongsi isu-isu) seperti masalah keluarga," kata Zuraida, menunjukkan terdapat 56 pusat sedemikian di Selangor kini. "Selepas PRU 13, saya percaya kita akan ada lebih (calon wanita)," tambah beliau. Najib mengumumkan sektor korporat perlu mempunyai sekurang-kurangnya 30 peratus wakil wanita dalam lembaga pengarah menjelang 2016. Beliau mengatakan langkah tersebut adalah kesinambungan kepada polisi kerajaan pada 2004 bagi sektor awam yang menyaksikan peningkatan pengelibatan wanita dari 18.8 peratus pada tahun tersebut kepada 32.3 pada 2011. Walau bagaimanapun, pada 2010, hanya 13 peratus, atau 91 wanita, dilantik sebagai ahli lembaga pengarah dalam Perbadanan Kementerian Kewangan, dimana 200 syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, hanya 7.6 peratus wanita dalam lembaga pengarah pada November 2010 dan enam peratus dalam institusi kewangan pada April 2012. Kumpulan wanita mengalu-alukan pengumuman Najib, akan tetapi majikan tidak bersetuju dengan polisi tersebut mengatakan semua jawatan seharusnya diperolehi dengan merit. | |||
P.Pinang fail kes ke mahkamah desak SPR laksana pilihan raya tempatan Posted: 24 Feb 2013 02:58 AM PST KUALA LUMPUR — Kesal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan pusat yang enggan menjalankan pilihanraya kerajaan tempatan, kerajaan DAP negeri Pulau Pinang akan membawa kes Mahkamah Persekutuan untuk mendesak ia dijalankan dengan serta-merta. Menurut Lim, kerajaan negeri tidak mempunyai pilihan lain selain menggunakan saluran tersebut meskipun telah memaklumkan kepada SPR tentang hasrat untuk mengadakan pilihan raya tersebut sejak tahun lalu. "Kerajaan negeri tidak mempunyai pilihan selain membawa kerajaan pusat dan Suruhanjaya Pilihan Raya ke Mahkamah Persekutuan untuk mendesak pemulihan undi ketiga dan pilihanraya kerajaan tempatan untuk Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP)," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini Liim juga mendakwa pilihan raya tersebut yang sepatutnya berkuatkuasa pada 31 Januari 2013 dibawah Enakmen Pilihanraya Kerajaan Tempatan (Pulau Pinang dan Province Wellesley) yang diluluskan pada 2012 tidak dapat berjalan kerana tiada kerjasama daripada SPR. "Walaubagaimanapun kerajaan negeri telah gagal mendapatkan sebarang komitmen daripada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk melaksanakan pilihan raya bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) selaras dengan Enakmen tersebut," kata Lim. Selain itu, Lim berkata langkah membawa isu tersebut ke mahkamah adalah bertujuan untuk mengenepikan seksyen 15 Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang mengatakan pilihanraya kerajaan tempatan di seluruh Malaysia adalah tidak sah. "Kerajaan negeri kini telah mengarahkan peguamnya untuk memohon kepada Mahkamah Persekutuan untuk memberi keizinan bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa seksyen 15 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (sebuah undang-undang persekutuan yang digubal oleh Parlimen), yang memansuhkan pilihanraya kerajaan tempatan di seluruh Malaysia, adalah tidak sah atau tidak berkuat kuasa di Pulau Pinang," ujar Lim lagi. Pada bulan Mei 2012, Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang telah meluluskan Enakmen Pilihanraya Kerajaan Tempatan (Pulau Pinang dan Province Wellesley) 2012, yang memperuntukkan supaya Suruhanjaya Pilihanraya menjalankan pilihanraya kerajaan tempatan di Pulau Pinang. Pada 11 Ogos 2009, Kerajaan Negeri meluluskan usul dalam Dun menuntut Kerajaan Persekutuan menghidupkan kembali pilihan raya kerajaan tempatan. Kerajaan Negeri mendapatkan khidmat panel peguam Tommy Thomas, Yeo Yang Poh dan Malik Imtiaz untuk memberi nasihat tentang hak dan kuasa Kerajaan Negeri mengadakan pilihan raya tempatan. Pada 13 Julai 2009, Kerajaan Negeri menghantar surat kepada Majlis Kebangsaan Pihak Berkuasa Tempatan di bawah Artikel 95A Perlembagaan Persekutuan untuk membincangkan isu pilihan raya tempatan tetapi cadangan itu ditolak. Berdasarkan nasihat panel peguam, Lim menulis surat kepada SPR pada 4 Mac 2010 memintanya mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan berdasarkan Perkara 113(4) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut undang-undang Persekutuan atau negeri boleh memberi kuasa kepada SPR untuk menjalankan pilihan raya selain daripada yang disebut dalam Fasal (1). | |||
Pengusiran Xenophon bukti PRU 13 bakal kotor, kata Anwar Posted: 24 Feb 2013 02:57 AM PST KUALA LUMPUR — Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan isyarat awal kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa Pilihan Raya 2013 akan menjadi yang terkotor, menegaskan pengusiran Senator Australian Nick Xenophon sebagai bukti Barisan Nasional (BN) berhasrat mengekalkan kuasa menerusi penipuan pengundian. Pemimpin utama PKR tersebut dipetik dalam sebuah artikel di media Australia berkata penahanan dan penghantaran semula Xenophon petanda Putrajaya tidak berminat mengadakan pilihan raya bebas dan adil disamping keengganan untuk bekerjasama dengan pemantau antarabangsa yang lantang mengkritik kerajaan supaya memperbaiki sistem pilihan raya Malaysia. Beliau berkata kempen pilihan raya bebas dan adil baru-baru ini yang menarik ribuan rakyat Malaysia ke jalanraya untuk menunjukkan bantahan adalah "usaha yang sia-sia" memandangkan insiden pengusiran Xenophon berbeza sama sekali dengan janji pentadbiran Najib untuk menghormati proses demokrasi. "Hak untuk proses tersebut diiktiraf dalam semua demokrasi. Tiga syarat mesti dipenuhi:. Audit bebas daftar pemilih, tempoh kempen minimum tempoh yang munasabah, dan membenarkan pemerhati antarabangsa di stesen mengundi. "Tindakan pentadbiran Najib minggu lepas menahan dan mengusir Senator Australia Nick Xenophon di Kuala Lumpur untuk bertemu dengan saya dan juga pemimpin kerajaan bagi berbincang cara dan bertujuan memenuhi syarat-syarat yang telah diminta untuk pilihanraya yang bebas dan adil adalah usaha sia-sia," kata Anwar dalam tulisan pendapatnya. Xenophon tiba di Kuala Lumpur pada Sabtu lalu untuk menemui Anwar (gambar), Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapi telah ditahan di Terminal Pengangkutan Tambang Murah, Sepang dan dihantar pulang pada hari sama. Beliau dikatakan sebagai "ancaman kepada negara" dan dihalang daripada memasuki Malaysia dibawah Akta Imigresen 8 (3) kerana senator tersebut telah mengeluarkan kenyataan yang didakwa mencemarkan imej Malaysia. Dalam maklum balas kemelut tersebut, pegawai di pejabat Nazri mengeluarkan kenyataan nama Xenophon tiada dalam senarai delegasi Asutralia yang dikatakan akan melawat. Walaubagaimanapun Xenophon dilaporkan dalam media Australia menegaskan lawatannya ke Malaysia untuk memantau sistem pilihan raya negara adalah "urusan rasmi". Anwar, yang juga merupakan bekas timbalan perdana menteri dengan serta-merta telah mengecam pengusiran tersebut oleh pihak kerajaan Malaysia. "Saya mengecam dengan keras penahanan senator Australia Nick Xenophon di LCCT yang dikatakan mengancam keselamatan nasional dan dilabel sebagai 'musuh negara'. Tuduhan-tuduhan itu adalah tidak berasas," kata Anwar. Menurut Anwar, Xenophon yang melahirkan kebimbangan terhadap pilihan raya akan datang, tidak melanggar sebarang undang-undang mahupun mengancam keselamatan negara. Menurut Anwar, tindakan menahan dan menghantar pulang Xenophon bermotifkan politik dan merupakan salahguna kuasa. Ekoran insiden tersebut, delegasi Australia yang dijadualkan membuat lawatan telah membatalkannya selepas Xenophon diusir. Xenophon merupakan salah seorang daripada delegasi antarabangsa yang terlibat dalam memerhatikan perhimpunan menuntut reformasi pilihan raya anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) pada 28 April tahun lalu. Pengusiran Xenophon menjadi berita utama di Australia, dengan Sydney Morning Herald mengatakan insiden itu menunjukkan pentadbiran Najib "takut" rakyat Malaysia akhirnya mencapai kematangan dalam kebebasan demokrasi. | |||
Isu Pencerobohan Lahad Datu Sabah VS Waris Sultan SULU Filipina : Berita Terkini Dari Sabah? Posted: 24 Feb 2013 02:47 AM PST Kecewa, kecewa dan sangat – sangat kecewa melihatkan perkembangan pencerobohan Lahad Datu oleh penceroboh (waris Sultan Sulu) ini. Terus-terang kami katakan askar kita tiada masalah. Mereka menjalankan tugas dengan sebaiknya atas arahan. Cuma…..kami bermasalah dengan Menteri Dalam Negeri ketika ini yang boleh kami katakan sangat lemah….Mengapa? Datuk Seri Najib Razak, terus-terang kami katakan sepupu Datuk Seri sangat-sangat lemah. Ada lebih ramai lagi pemimpin yang lebih layak menggalas Kementerian ini, mengapa beliau yang dipilihnya? Kami agak musykil sebenarnya pemimpin yang sebegini boleh dipertanggungjawab menjaga satu kementerian yang cukup penting. Sekarang ini beliau telah berikan "baton" pula kepada Wisma Putra untuk menyelesaikannya isu pencerobohan Lahad Datu Sabah ini. Jadi apa peranan beliau jadi Menteri Dalam Negeri? Berita terkini pencerobohan Lahad Datu Sabah….Pencerobohan Lahad Datu Sabah : KDN serah kepada Wisma Putra Lanjut Tempoh Pengusiran
Dalam keadaan pencerobohan Lahad Datu Sabah genting sebegini, masih lagi mahu runding lagi? Boleh pula minta tangguh dan biarkan askar penceroboh Lahad Datu Sabah ini begitu sahaja.
Mengapa apabila dengan rakyat sendiri seperti apa yang berlaku di terhadap kes Memali contohnya semudah itu mereka ditembak mati? Tidak pula untuk kali ini? Mengapa tidak bertindak tegas untuk kes yang terang-terang telah menceroboh kedaulatan dan keamanan negara? Mengapa? Lanjut tempoh dengan harapan pencerobah Lahad Datu Sabah akan menyerah kalah dan mereka akan pulang dengan aman? Adakah itu harapan yang cuba diberikan disebalik isu pencerobohan Lahad Datu Sabah ini? Selepas itu akan akan datang, mereka akan buat lagi….. Adakah ini ada kaitan dengan kegusaran Menteri yang masih lagi tidak memberikan arahan tembak kepada kalangan askar terlatih kita, dek kerana risiko & bahaya lambakan kumpulan Filipina ketika ini yang berkampung di Sabah sejak sekian lamanya "Projek IC sabah" seperti dibongkarkan DI SINI? Dan kepada penceroboh Lahad Datu Sabah oleh penceroboh Sulu ini. Anda perlu fahami jikalau mahu semak sejarah semula, Filipina tiada kena mengena dengan Sabah sekarang.
Punca Pencerobohan Lahad Sabah Oleh Penceroboh Sulu?
Koleksi Gambar Isu Pencerobohan Lahad Datu Sabah VS Waris Sultan Sulu?Jikalau berdegil juga, ada baiknya askar Malaysia tembak sahaja demi keselamatan semua rakyat Sabah amnya. Tidak akan ada pihak akan menyalahkan Malaysia jika kita menembak tentera jiran yang menceroboh jauh ke dalam tanah kedaulatan negara. Ini melibatkan maruah negara. Sudah terlepas masuk ke dalam negara penceroboh yang mengatakan mereka waris raja Sulu sudah dikira penghinaan kepada keselamatan negara Malaysia. Yang menarik perhatian kami mengenai pencerobohan Lahad Datu Sabah oleh waris Sultan Sulu ini apabila kami bandingkan situasi pencerobohan di negara lain :
Apa pandangan anda pula mengenai perkembangan isu pencerobohan Lahad Datu Sabah ini? | |||
CUKUPKAH PENJARA KITA SELEPAS PRU 13 NANTI? Posted: 24 Feb 2013 02:32 AM PST Oleh: WFAUZDIN NSBEKAS Pegawai Penyiasat Persendirian yang juga watak penting di dalam misteri pembunuhan Altantuya, Balasundram akan pulang ke tanahair tidak beberapa lagi. Kepulangan beliau sudah pastinya disambut dengan berbagai rasa dan perasaan oleh beberapa individu. Paling gembira menyambut kepulangan beliau sudah pastinya rakyat yang mahu mendengar beliau kali ini berkata 'benar' tentang isu Altantuya dan tentang tokoh bernama Najib. Balasundram lari ke luar negara setelah membuat dua Akuan Bersumpah, yang mana akuan pertama menggegarkan Najib, kemudian akuan kedua pula melegakan Najib. Namun kelegaan Najib tidak lama kerana Deepak mungkin tidak larat mahu menanggung Balasundram sepanjang Balasundram berada di luar negara setelah 'melegakan' Najib. Kali ini ketentuan Allah tidak boleh dielak lagi. Deepak telah berbunyi, Balasundram pula akan menyusul untuk membuatkan Najib bakal menjadi 'gila' dan 'meroyan' akibat tekanan perasaan. 'Hantu' Altantuya sentiasa muncul di dalam mimpi Najib sehinggakan beliau terlupa tarikh luput Parlimen semakin hampir. Bomoh Rosmah tidak lagi kuat untuk menyelamatkan Najib. Sumpah Najib di Permatang Pauh, sumpah Rosmah yang "tidak kenal" cincin RM24 Juta dan segala beg tangan dan cincin jutaan ringgit itu kini memakan tuan. Rakyat tidak peduli lagi BR1M, TR1M, KR1M atau apa jua 'RIM-RIM" yang bakal Najib umumkan. Rakyat hanya mahu tahu adakah cukup penjara kita untuk menampung tetamu selepas PRU ke 13 nanti? | |||
59 bekas peneroka saman Felda, kes pertama di Melaka Posted: 23 Feb 2013 10:37 PM PST Sidiqin Omar MELAKA: Seramai 59 bekas peneroka Fekda Tun Ghafar Baba, Bukit Senggeh, Jasin memfail saman di Mahkamah Tinggi Melaka untuk mendapatkan perintah deklarasi bahawa plaintif tiada hutang kepada Felda, sekali gus menjadi kes mahkamah pertama melibatkan peneroka melawan Felda di Melaka. "Sebagai bekas peneroka, plaintif ada 'legitimate expectation' untuk mengetahui sama ada terdapat hutang dengan Felda. "Jika ada, bagaimana hutang itu wujud sedangkan plaintif tidak pernah menyertai sebarang program atau rancangan yang diusahakan Felda sejak 2001," katanya pada kenyataan media kepada Keadilan Daily merujuk kes saman pada 20 Februari lalu. Sejak 1997, Kumar berkata plaintif mengurus tanah dengan bantuan Risda, malah Felda pernah menyatakan, Bukit Senggeh tak lagi diurus oleh Felda kerana bekas peneroka sudah dapat hak milik. Beliau berkata, AJK Bertindak juga pernah menulis surat rasmi pada 23 April 2012 kepada pengurus Felda, Tun Ghafar Baba menyatakan 77 bekas peneroka Felda tidak pernah menandatangani perjanjian untuk menanam semula kelapa sawit atau getah. "Plaintif juga meminta pengurus memberi Penyata Pendapatan Tahunan dan Pinjaman Sara Hidup sehingga 2012 tapi hingga ke hari ini tiada jawapan," katanya. Merujuk kes bekas peneroka Chew Ah Kiw yang meninggal dunia, Kumar berkata, waris mendiang pergi ke ibu pejabat Felda di Kuala Lumpur untuk menukar hak milik tanah kepada isterinya. Namun, katanya, penukaran hak milik tidak dapat dilakukan kerana Felda menyatakan mendiang berhutang RM35,581.11. "Ini mencemaskan plaintif lain kerana tanah milik mereka tidak pernah diurus Felda sejak 2001," katanya. Justeru, Kumar berkata, bekas peneroka tiada pilihan lain kecuali menyaman Felda atas kecuaian dan keengganan memberi penyata akaun, hutang bersama dengan butir terperinci kepada plaintif. | |||
Nazri Aziz: 'Saya tak minat jadi MB' Posted: 23 Feb 2013 10:34 PM PST IPOH – "Saya tidak minat menjadi Menteri Besar Perak. Kalau saya jadi Menteri Besar, saya turun pangkat." Itu reaksi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berhubung dakwaan tiga menteri Kabinet mengidam jawatan Menteri Besar Perak sekiranya Barisan Nasional (BN) mengekalkan kepimpinan negeri. Menurutnya, dakwaan itu adalah tidak berasas kerana jawatan menteri lebih 'senior' dan jauh lebih tinggi nerbanding jawatan menteri besar. "Saya, Zahid Hamidi dan Ahmad Husni jauh lebih tinggi dari menteri besar. Jadi menteri besar turun pangkat, saya tidak pernah dengar orang idam nak turun pangkat. "Kami hendak bertanding kerusi Parlimen dan kami harap perdana menteri terus melantik kami dalam jemaah menteri. Kami tidak minat jadi menteri besar," katanya ketika merasmikan bas ekspres ke Cameron Highland di Terminal Amanjaya di sini, semalam. Beliau antara tiga menteri yang dikaitkan dengan spekulasi tersebut selain Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Nazri berkata, mereka yang merupakan 'senior' dalam BN tetap memberi sokongan kepada Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir untuk terus mengekalkan jawatan sedia ada. "Kami terus beri sokongan kepada Zambry kerana beliau akan terus pegang jawatan Menteri Besar Perak selain kredibilitinya membawa banyak pembangunan dan kemajuan di negeri ini. "Kerajaan negeri dan kerajaan pusat datang dari satu parti dan sudah tentu pembangunan berjalan lancar," katanya. Sementara itu, beliau percaya semua calon BN akan mengikut saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mewajibkan semua calon BN menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya. Menurutnya, pembangkang enggan menandatangani ikrar terbabit menunjukkan mereka menyembunyikan sesuatu perkara. "Sampai masa saya sain bagi membuktikan saya tidak terlibat dalam apa-apa jenayah, rasuah mahupun hutang kepada kerajaan," katanya. | |||
PM: Satu undi untuk PAS bawa kepada perpecahan umat Islam Posted: 23 Feb 2013 10:33 PM PST Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata berdasarkan maklumat balas yang diterimanya, rakyat mendambakan masa depan yang cerah di bawah kepimpinan kerajaan BN. "Kesimpulannya (kini), satu undi kepada PKR adalah satu undi yang membawa kerosakan akidah kepada negara. "Satu undi PAS, membawa kepada perpecahan umat Islam dan satu undi DAP adalah satu undi yang membawa kepada penindasan umat Islam," katanya. Perdana menteri berkata sebaliknya satu undi untuk BN adalah bagi mempertahankan umat Islam, keselamatan akidah Islam, perpaduan umat Islam, pembelaan bangsa Malaysia dan untuk mencapai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. "Kerajaan yang ada hari ini mampu nak terus meningkatkan syiar Islam, bangunkan Islam. Bangunkan Islam ini tak boleh bercakap sahaja, tak boleh sekadar bersyarah sahaja tapi mesti mampu buat sesuatu, ambil tindakan, mampu lancar dan laksanakan seperti BN, " katanya. Sebaliknya, Najib berkata PAS yang kononnya memperjuangkan Islam, sanggup berlutut kepada DAP yang jelas memperlekehkan Islam. "Kenapa (Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) pergi rumah dia (Pengerusi DAP Karpal Singh semasa sambutan hari jadi), mana letak prinsip, pergi ke rumah orang yang paling tidak bersetuju (menentang Islam)," katanya. Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan program Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri Terengganu di sini, hari ini yang dihadiri lebih 20,000 rakyat pelbagai lapisan dan kaum. Turut hadir isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said. Sementara itu, perdana menteri menegaskan rakyat perlu sedar dan menolak parti pembangkang yang jelas menghina rakyat yang menerima pelbagai bantuan daripada kerajaan Barisan Nasional (BN). Katanya, apa yang sedang dan telah dilakukan kerajaan adalah satu tanggungjawab dan amanah bagi membela nasib rakyat. "Kalau (pembangkang) tak buat (membantu rakyat), tak apa, (tapi) jangan hina rakyat, ini nak kata rakyat dapat BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) macam ayam makan dedak, kalau tak tolong, tak apa, tak bela, tak apa, tapi jangan hina rakyat," katanya. Perdana menteri berkata sebagai sebuah kerajaan yang beramanah dan bertanggungjawab, kerajaan BN sedar bahawa pembelaan perlu diberikan kepada rakyat selaras dengan keperluan mereka. "Menerusi BR1M sebanyak RM500 (setiap isirumah) itu, kita telah kira dalam sebulan (purata sebanyak) RM41.60, dapat beli sekampit beras 10kg, minyak masak 5kg dan lain-lain. "Maknanya nak beli makanan untuk sekeluarga, cukup untuk 12 bulan," katanya. Katanya kerajaan bukan sahaja memberikan BR1M yang telah memberi manfaat kepada 4.3 juta termasuk golongan muda, malahan bantuan awal persekolahan RM100 untuk setiap pelajar sekolah rendah dan menengah, baucar buku RM250 untuk setiap penuntut institusi pengajian tinggi dan pelbagai lagi jenis bantuan, tidak termasuk subsidi minyak, beras dan sebagainya. Beliau berkata kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai program selaras dengan slogan Janji Ditepati bagi membawa kesejahteraan dan kemakmuran kepada rakyat.- Bernama | |||
Parti komponen BN didakwa tak lebih dari pengemis Posted: 23 Feb 2013 10:28 PM PST Perkembangan terkini yang menyaksikan pertelingkahan terbuka di antara Datuk Seri Chua Soi Lek dan Datuk Seri Ong Tee Keat mengenai pencalonan wakil BN di Parlimen Pandan mempunyai implikasi besar kepada senario politik negara. Walaupun awalnya saya tidak mahu memberikan sebarang reaksi, perkembangan itu bukan sahaja mempunyai kesan di Pandan sahaja. Ia menggambarkan bentuk kerjasama dan autonomi yang wujud di dalam BN dan sikap Umno (sebagai parti yang terbesar) terhadap parti komponennya yang lain seperti MCA. Sudah menjadi amalan di dalam mana-mana pakatan politik bahawa keputusan meletakkan calon itu adalah keputusan parti yang diberi tanggungjawab bertanding di parlimen itu. Sejak sekian lamanya, BN memberi hak dan autonomi kepada Umno, MCA atau mana-mana parti komponennya menilai calon terbaik untuk bertanding di kawasan yang diwakili. Kalau ada perselisihan faham pun mengenai pencalonan seseorang, keputusan dan pendapat parti komponen yang mewakili kerusi itu diberi keutamaan. Itu amalan dulu-dulu di dalam BN tetapi sekurang-kurangnya autonomi untuk menentukan calon dikekalkan di tangan presiden parti komponen di kerusi yang diwakili partinya. Keadaan itu berubah kali ini apabila Datuk Seri Najib Tun Razak memohon agar mandat menentukan calon bagi semua calon BN diserahkan ke tangan beliau. Calon dari parti komponen tidak lagi ditentukan oleh parti komponen, sebaliknya beliaulah yang akan membuat keputusan. Sudah tentu ini satu perubahan besar dalam lanskap politik negara. BN yang sebelum ini menjaja dirinya sebagai satu persefahaman politik pelbagai bangsa yang adil kini tidak lebih dari monopoli Umno. Parti komponennya tidak lebih dari pengemis. Oleh sebab itulah, presiden parti komponen seperti Datuk Seri Chua Soi Lek sendiri sehingga kini masih belum disahkan pencalonannya. Presiden parti komponen yang lebih kecil di Sabah dan Sarawak masih berdebar-debar menunggu sama ada nama mereka dicalonkan atau senarai mereke diterima oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. Keadaan ini bukan sahaja memperlekehkan kedudukan parti komponen di dalam BN – ia merampas kuasa politik yang ada di tangan pimpinan parti komponen untuk menentukan calon. Sebab itulah, pertelingkahan terbuka di antara Datuk Seri Chua Soi Lek dan Datuk Seri Ong Tee Keat bermakna keresahan di kalangan pimpinan pusat MCA bahawa kuasa mereka untuk menentukan calon sudah terhakis ada benarnya. Mungkin sebab itu, Datuk Seri Chua Soi Lek mengambil keputusan untuk menghantar isyarat awal kepada Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tidak memperlekehkan parti-parti komponen BN di mata pengundi. Apabila pertelingkahan ini sudah menjadi perang terbuka, maka penilaian pengundi Pandan mengenai calon BN dari MCA adalah jelas:
Beliau tahu kalau pun BN menang dalam PRU13, majoritinya lebih rendah dan beliau tidak akan berjaya mendapatkan kedudukan dua pertiga di Dewan Rakyat. Ini akan memberi ruang kepada pimpinan Umno yang kurang senang dengan prestasi beliau untuk menuntut beliau meletak jawatan, seperti mana yang pernah dilakukan kepada Tun Abdullah Badawi. Oleh itu, satu-satunya cara untuk beliau kekal berkuasa sebagai Perdana Menteri walaupun ditolak Umno selepas PRU13, adalah dengan memilih sendiri setiap calon di Parlimen yang kesetiaannya tidak berbelah bahagi kepada beliau supaya jika ada undi tidak percaya terhadap beliau di Parlimen, beliau boleh menang walaupun tidak mendapat sokongan majoriti dari Umno sendiri. Sebab ini jugalah, pilihanraya tidak boleh dipanggil sehinggalah Datuk Seri Najib telah berjaya meletakkan semua calon-calon dari Umno dan parti komponen yang setia kepada beliau walaupun ditolak oleh parti masing-masing. RAFIZI RAMLI adalah pengarah strategi PKR | |||
Aktivis nekad teruskan perarakan 'Tidak Berdiam Lagi' Posted: 23 Feb 2013 10:25 PM PST Peserta kembara 'Tidak Berdiam Lagi' meneruskan perarakan jalan kaki untuk meliputi jarak terakhir sejauh enam kilometer walaupun polis memberi amaran bahawa acara tersebut merupakan "perhimpunan haram". Salah seorang aktivis yang menganjurkan acara tersebut Andrew Ambrose berkata, peserta berkenaan nekad meneruskan perjalanan dari Babagon ke Pagansakan di Penampang hari ini. "Peserta sebulat suara menolak ancaman (polis) dan sebulat suara juga mahu menerukan perjalanan," kata Andrew yang menjangkakan mereka akan tiba di Pagansakan pada kira-kira jam 2 petang. Katanya, MP Penampang Tan Sri Bernard Dompok dijangka akan menyampaikan ucapan di majlis penutup di Pagansakan. "Beliau akan melawat kawasan ini dan beliau akan diberi penghormatan berucap kerana beliau pernah mendesak agar RCI Sabah dijalankan," kata Andrew yang juga dikenali sebagai Atama di kalangan peminat lagu rap. Menurut Andrew, yang kini membuat persiapan menyambut peserta kembara di Pagansakan, kembara mereka hari ini turut disertai pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack. Kembara sejauh 60 kilometer dari Tambunan ke Penampang bagi menuntut pilihan raya bebas dan adil itu berlangsung selama tiga hari dua malam bermula 22 Februari lepas. | |||
Aktivis Diganggu Samseng, SUK 'R' Ditahan Polis Selama 10 Minit Posted: 23 Feb 2013 10:23 PM PST Skuad BOMenurut Setiausaha Kerja 'R' Syed Solah Syed Hassan, para aktivis 'R' telah berkumpul di hadapan Pasar Besar Kedai Payang seawal jam 9.00 pagi untuk mendesak Najib Razak supaya kembalikan royalti minyak negeri Terengganu yang telah dirompak. Beliau yang bergerak secara berduaan dengan seorang aktivis Gerakan Mahasiswa Pantai Timur (Gempur), agak terpisah dengan kelompok aktivis lain, dengan tujuan mahu menyampaikan pelekat 'R' kepada Perdana Menteri Malaysia itu. "Saya dan rakan aktivis mahasiswa dari Gempur bergerak di Pasar Payang, tiba-tiba telah didatangi seorang "samseng" yang kurang ajar, lalu meyuruh kami balik........ tidak cukup dengan itu dia nak (cuba) merampas kain rentang yang tertulis "najib perompak royalti " dari kami, "kemudian datang beberapa orang polis, merampas banner tersebut dan menahan saya selama kira-kira 10 mint,"ujarnya ketika ditemui. Beliau berkata, polis tersebut tidak menangkapnya, namun menahan beliau dari terus bergerak beberapa ketika. Ketika itu, katanya, pihak polis telah bertanyakan beberapa soalan, antaranya, mengapa datang ke situ dan mengapa membuat tindakan yang memalukan Perdana Menteri, Najib Razak. Syed Solah berkata kepada polis itu, beliau datang ke situ bukan untuk malukan Perdana Menteri tetapi untuk menuntut hak rakyat Terengganu yang telah dicuri oleh Perdana Menteri. "Kami datang hari ni bukan untuk malukan PM tapi kami nak tuntut hok kami yang telah dicuri PM........mana ada akta yang tidak membenarkan untuk pegang kain rentang sambut PM....... "sepatutnya PM kena (bersikap) terbuka dan bukan ini cara layanan terhadap kami, (hak) kami yang telah dicuri (oleh) PM........,"tegasnya Menurutnya, rakan-rakan aktivis 'R' yang lain turut disorak dan diserbu oleh peyokong-penyokong jelajah janji ditepati BN, namun begitu bantahan terus berjalan di sepanjang jalan kampung Daik menuju ke Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT). Katanya, jalan tersebut adalah laluan 'walkabout' Najib yang berkempen secara berjalan kaki selama 5 minit dari Pasar Besar Kedai Payang ke Hentian Bas MBKT, sebelum mengadakan perjumpaan dengan jentera Umno-BN di Dataran Syahbandar. | |||
Pelajar Bukan Islam Belajar Di Sekolah Agama Dapat Perhatian Posted: 23 Feb 2013 10:17 PM PST KELAB GREENBOC Seorang pelajar cina, Lim Jia Piau Edward, 10 tahun dan bersekolah di darjah empat Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRKJ(C) Tanjong Karang yang telah dihantar oleh kedua ibubapanya untuk belajar di Sekolah Rendah Agama (SRA) Seri Desa Tanjong Karang sejak tahun lalu telah mendapat perhatian daripada Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, Ustaz Mohamad Judi Sarjo. Yang Dipertua (YDP) PAS Tanjong Karang itu telah turun sendiri ke sekolah berkenaan untuk bertemu sendiri dengan pelajar tersebut yang kini sedang belajar di darjah 2. Saya rasa jarang, orang bukan beragama Islam, dihantar oleh kedua ibubapanya untuk belajar di SRA untuk mendalami matapelajaran Islam. Saya terharu dengan keberanian ibubapa pelajar tersebut yang berani menghantar anak mereka untuk belajar di sekolah berkenaan, katanya lagi. Sepanjang saya bertugas sebagai pendidik sebelum bersara lebih setahun yang lalu, belum pernah orang bukan Islam dihantar oleh kedua ibubapanya untuk belajar di sekolah agama. Semoga dengan ini, Allah akan membukakan hidayah kepada kedua ibubapanya... katanya lagi yang juga merupakan bekas Guru Besar di SRA Bukit Belimbing dan telah bersara pada tahun 2011. Saya telah menyemak sendiri bacaan fatihah dan doa-doa yang telah dihafal dan beliau dapat membaca dengan baik sebagaimana pelajar-pelajar beragama Islam yang lain, katanya lagi. Sewaktu ditemui, bapanya Lim Bun Siang dan ibunya, Gan Huey Teng, yang mempunyai perniagaan sendiri di Tanjong Karang, mengakui memang berhasrat untuk menghantar sendiri anaknya untuk belajar di sekolah agama supaya anaknya itu dapat menguasai Bahasa Arab dan Jawi serta mata pelajaran lain dengan baik. -sgburong | |||
230 Haiwan di Zoo Melaka 'Hilang' Posted: 23 Feb 2013 10:10 PM PST Editor BULETINMELAKA - Kes membabitkan kematian seekor beruang hitam dan kuda jantan di Zoo dan Night Safari Melaka mengalami perkembangan baru apabila kira-kira 230 haiwan di zoo itu didakwa "tidak dapat dikesan".Ia disedari pada senarai stoknya pada 1 Januari lalu apabila Jabatan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Malaysia menyerahkan pengurusan haiwan kurungan itu kepada satu usaha sama swasta, kata seorang ahli zoologi. Dr Razeem Mazlan Abdullah, yang juga pengerusi jawatankuasa kecil kebajikan dan etika haiwan bagi pengendali zoo, pembiak, haiwan peliharaan dan persatuan pedagang haiwan liar (P4PHM), berkata senarai haiwan yang 'hilang' itu termasuk beberapa mamalia, reptilia dan burung yang hilang hanya dalam masa dua bulan ia disenaraikan buat kali pertama pada 20 Disember lalu. Antaranya termasuk beruang hitam Malaya, harimau Malaysia, anjing dingo, harimau bintang dan rusa. "Soalan besarnya ialah apa yang berlaku kepada kesemuanya itu dan di mana ia ditempatkan atau dipindahkan," kata beliau, kelmarin. P4PHM ada sejumlah 4,000 anggota individu. Dr Razeem, yang mempunyai pengalaman lebih dua dekad di bidang zoologi, percaya haiwan-haiwan itu mungkin diserahkan kepada zoo dan individu tanpa mematuhi prosedur yang ditetapkan. - The Star. | |||
“Huru-hara dan makan ubi kayu” cuma fantasi liar BN Posted: 23 Feb 2013 09:59 PM PST Oleh Hafiz Zainuddin Bagi Barisan Nasional (BN), negara akan huru-hara dan ekonomi akan tersembam jika Pakatan Rakyat (PR) memerintah. Sehingga ada yang masih percaya, kita akan makan ubi kayu seperti zaman penjajahan Jepun di bawah kerajaan PR. Maka oleh itu, tidak kira samada pemimpin BN itu korup dan jahat sekalipun, parti itu perlu dikekalkan pemerintahannya sehingga kiamat. Sama seperti tahun kegemilangan BN yang lampau, mitos sebegini terus dizikir saban hari biarpun tidak masuk akal waras. Maka, tidak hairanlah jika ada segelintir masyarakat kita yang lebih gemar membaca berita hantu penanggal tersangkut di tiang elektrik daripada membaca berita derita kemiskinan golongan terpinggir di Sabah dan Perak. Akan tetapi, lain pula halnya dengan PR. Dengan pengalaman panjang melayan karenah birokrasi dan dizalimi pemerintah BN, ia tidak menjadikan gabungan oposisi ini lupa diri. PR berpegang kepada prinsip meraikan kepelbagaian pendapat, gabungan oposisi ini percaya dan mahu masyarakat Malaysia dan negara dibebaskan daripada belenggu pembodohan, hegemoni kaum dan agama, rasuah dan salah guna kuasa yang dibudaya kerajaan BN selama ini. PR mahu dasar ekonomi, kebajikan rakyat, kesihatan, keselamatan dan demokrasi diperbaiki. Maka, untuk itu, rakyat harus diyakinkan untuk melakukan tsunami kedua. Merubah pentadbiran Kerajaan Persekutuan BN kepada Kerajaan Persekutuan PR. Jauh panggang daripada api: huru hara sekadar fantasi Mahu atau tidak, mitos huru-hara dan makan ubi kayu yang diiya-iyakan BN itu memaksa kita untuk berfikir sejauh mana kebenaran dakwaan itu berdasarkan fakta. Pertama, apabila PR berjaya membentuk kerajaan di lima negeri pada Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu, negeri itu terus ditadbir seperti biasa, tidak ada kakitangan kerajaan yang dipecat semata-mata kerana perbezaan fahaman politik. Orang yang sama juga sebagai kerani dan pegawai itulah sebagai PTD. Kedua, negeri PR mencipta rekod pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan serta diperakui Jabatan Audit Negara sendiri. Pertumbuhan ekonomi negeri PR jauh lebih tinggi daripada kadar pertumbuhan ketika ditadbir kerajaan BN. Paling penting, negeri semakin makmur malah hutang negeri semakin berkurang. Ketiga, rakyat di negeri PR menerima lebih banyak manfaat seperti air percuma, peluang pekerjaan bertambah, bantuan masuk ke universiti, skim usia emas, khairat kematian, skim mikro kredit untuk peniaga kecil dan pelbagai lagi sehingga ia memaksa BN sendiri meniru dasar kebajikan negeri PR. Langsung, ia memaksa kerajaan Persekutuan BN 'mengorek tabung' dan menambah lagi hutang negara untuk memberi insentif ekspress kepada rakyat seperti BR1M, tayar teksi, kedai murah, baucher buku dan lain-lain. Hanya bersandarkan tiga fakta itu tanpa perlu dipanjanglebarkan lagi, kita tidak dapat melihat bagaimana mungkin huru-hara akan tercetus jika PR memerintah? Atau, sememangnya BN dikejar dosa silam yang mereka lakukan sehingga tercetusnya fantasi liar ini. PR setia pada Malaysia, daulatkan Perlembagaan Persekutuan Himpunan Mansuh ISA, Himpunan Hijau, Himpunan Bersih, Himpunan Kebangkitan Rakyat dan sebagainya bukanlah huru-hara seperti yang dimomok media kawalan BN. Ini adalah hak yang diberikan Perlembagaan Persekutuan kepada rakyat Malaysia. Himpunan aman cuma menjadi kacau bilau apabila pihak keselamatan digunakan untuk kepentingan BN. Lihatlah dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112 baru-baru ini, semuanya berjalan lancar jika tiada kanister yang berterbangan. Melihat kembali sejarah negara, tukang buat kecoh, budaya samseng dan huru-hara dikepalai BN sendiri. Sebagai contoh mudah, lihatlah bagaimana BN meyalahguna kuasa melancarkan kudeta (rampasan kuasa) menggunakan Akta Darurat terhadap Kerajaan Kelantan yang baru dimenangi PAS pada 1978 dan kita juga takkan lupa dengan apa yang berlaku di Perak pada 2009. Mujurlah di sini bukan Afghanistan. Rakyat Perak masih mampu bersabar dan tidak melancarkan 'jihad' ke atas BN. Bagaimanapun, kita juga percaya, ahli biasa BN sendiri (UMNO-MCA-MIC dan lain-lain) dan seluruh rakyat Malaysia amnya mahu negara ini terus berada dalam keadaan aman dan damai, mengamalkan prinsip rukunegara, menjunjung Demokrasi Berperlembagaan dan menumpahkan taat setia ke bawah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Jadi, persoalan mudah telahpun dijawab, kalau bukan PR, gerangan siapa pula yang mahu mencetuskan huru-hara? Hantu susu? – Roketkini.com | |||
PAS Kini Sedia Mengatasi Umno - Raja Nazrin [Berserta Teks Penuh] Posted: 23 Feb 2013 09:57 PM PST KELAB GREENBOC Kuala Lumpur: Pemangku Raja Perak, Tuanku Raja Nazrin Shah bertitah, PAS kini berada dalam satu tahap keyakinan diri yang amat tinggi akan kekuatan politiknya. PAS kini mempercayai pengaruh parti tersebut tidak lagi terbatas di kalangan Melayu tetapi yakin bahawa perjuangan mereka semakin difahami oleh bukan Melayu. "PAS kini berada dalam psyche pemikiran bahawa kekuatan dari segi gerakan politiknya telah mengatasi UMNO, malah menganggap bahawa secara relatif, kekuatan politik UMNO semakin rapuh kerana UMNO telah terlalu lama selesa bergantung pada jentera dan sumber kerajaan. "Suara PAS menyentuh isu urus tadbir negara secara telus, memerangi rasuah, sistem kehakiman yang bebas lagi adil, penguatkuasaan undang-undang secara saksama, membasmi kemiskinan, menangani keruntuhan moral dan jenayah, masalah kos sara hidup yang tinggi, adalah isu-isu popular yang memberikan kelebihan retorik untuk digunakan oleh PAS sebagai senjata ofensif menyerang lawan," titah Raza Nazrin. Baginda bertitah demikian dalam Wacana Perpaduan Ummah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada 19 Februari lepas bertajuk "Perpaduan ummah; harapan, realiti dan cabaran". Harakahdaily diberikan ucapan penuh baginda. Ia akan disiarkan selepas ini. PAS, titah baginda, telah melalui pahit maung perjuangan, era jatuh dan bangun. "Bermula dari sebuah organisasi, terdiri dari kumpulan ulama di dalam UMNO, kemudiannya keluar dari UMNO, memilih untuk mewujudkan entiti politik sendiri," titahnya. PAS telah melakukan pelbagai anjakan untuk kelangsungan perjuangan dan menerokai pelbagai titik perimbangan untuk mengembangkan pengaruh. "Dari organisasi yang amat daif, menumpang ihsan berteduh di bawah bumbung madrasah milik ulama UMNO, dengan berbekalkan mesin taip buruk, PAS hari ini telah muncul sebagai kabilah politik yang menguasai pelbagai teknologi komunikasi moden, di dokong bukan lagi oleh tok guru dan lebai kampung, tetapi oleh barisan profesional dan teknokrat dari pelbagai lapisan dengan pemikiran semakin terbuka, berdaya usahawan tinggi, mengikhtiarkan sumber rezeki secara berdikari," titahnya. Bagi menyahut cabaran ummah, baginda membuat lima cadangan. Pertama: Tidak salah untuk bangsa berada dalam pelbagai kabilah asalkan bangsa mencapai kata sepakat, bersatu pendirian, mempertahan, melindungi dan mengurus perkara-perkara menyentuh hak, maruah serta martabat bangsa Melayu dan Agama Islam, yang sama sekali tidak harus dikompromikan. Bagi usaha meraih sokongan politik bukan lesen membolehkan status bangsa digadaikan, titah baginda. Kedua: Ummah wajib disedarkan bahawa mereka sudah terlalu lama selesa sebagai penduduk majoriti, sudah terlalu lama selesa bersandarkan kekuatan politik, sudah terlalu lama selesa dinaungi kerajaan; hingga ummah tidak lagi memiliki pertubuhan yang bebas lagi berkecuali, secara berani lagi tegas lantang menyuarakan tuntutan ummah. Ketiga: Badan Kehakiman, perkhidmatan awam, pasukan keselamatan hendaklah mengamalkan budaya profesionalisme yang tidak partisan, menyempurnakan tugas secara amanah, adil dan saksama, berpaksikan undang-undang dan peraturan; tegas menegakkan kebenaran – cekal menentang kemungkaran, tidak bersekongkol merestui berlakunya penyelewengan terutama dalam mengurus khazanah, sumber kekayaan dan sumber kewangan negara. Keempat: meningkatkan kegiatan keilmuan dan menambah komponen pengetahuan di kalangan ummah terutama dari segi penghayatan dan amal, agar ummah memiliki iman yang kukuh, yakin berpegang bahawa rezeki, jawatan, pangkat dan kuasa datangnya dari ILAHI, lantas tidak gentar menyuarakan nasihat yang betul dan tidak goyah menyampaikan fakta yang benar, meskipun berhadapan dengan jeneral yang bengis atau menteri yang berkuasa. Kelima: Memahami dan mendalami konsep federalisme berasaskan Perkara 73 hingga 95E Perlembagaan Persekutuan. Sifat kesetiaan kepada Raja hendaklah dicerminkan melalui sifat kesetiaan menyempurnakan tugas kepada Kerajaan yang telah diperkenankan penubuhannya, kata baginda. -HD klik untuk baca | |||
Usaha Takutkan Kaum Bukan Melayu Terhadap PAS Gagal Posted: 23 Feb 2013 09:55 PM PST KELAB GREENBOC Gambar yang di upload oleh Sdra. Kumar Ayavoo. Kelab Penyokong PAS sedang menaikkan bendera parti di kawasan Indian Settlement, Kg Pandan (Parlimen Titiwangsa). 10-20 tahun lalu, kita tidak pernah fikirkan suasana begini akan berlaku. Marilah kita sama-sama jangan khianati perjuangan ini. | |||
Najib mahu elak jadi PM terakhir ikut ramalan “Rahman” Posted: 23 Feb 2013 09:48 PM PST Roketkini.com KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak bakal mencipta rekodnya bagi mengelak menjadi Perdana Menteri UMNO/Barisan Nasional (BN) terakhir yang memenuhi ramalan "Rahman". Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, rekod yang dicapai Najib ialah menjadi Perdana Menteri paling lama tanpa mendapat mandat rakyat, penggal Parlimen paling lama dan dalam dua minggu ini ulang tahun "tsunami politik" 8 Mac 2008 serta Parlimen berkhidmat dalam tempoh penuh lima tahun yang tidak pernah terjadi sebelum ini dalam sejarah Parlimen Malaysia. Katanya, Najib sudah mencapai tiga rekod dan mengelak daripada mencipta rekod keempat memenuhi ramalan RAHMAN sebagai Perdana Menteri UMNO terakhir di Malaysia. "Kemungkinan beliau memenuhi ramalan RAHMAN yang menghantui Najib dan menyebabkan PRU-13 ditangguh sepanjang dua tahun lalu, termasuk yang terbaru untuk membubarkan Parlimen pada 22 Februari. "Watak Hamlet Najib "To Be Or Not To Be" amat luar biasa mengambilkira gambaran hebat yang dipaparkan propagandis UMNO/BN bukan sahaja mengenai kesediaan tetapi keyakinan UMNO/BN akan cemerlang pada PRU-13," katanya dalam kenyataan media Pengiraan Detik 48 Hari ke PRU-13, semalam. Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, Parlimen sepatutnya dibubarkan semalam bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) diadakan dengan pencalonan pada 16 Mac dan pengundian pada 30 Mac. Bagaimanapun, katanya, disebabkan kesilapan demi kesilapan yang terjadi, Najib kurang yakin dengan persediaan PRU-13 dan kemampuan untuk melepasi cabaran mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 31 Januari lalu. "22 Februari sudah berlalu tanpa pembubaran Parlimen, dengan spekulasi tarikh pembubaran dianjak antara 15 dan 21 Mac dengan tarikh pembuangan undi pada minggu pertama atau kedua April (dijangkakan pada minggu kedua supaya ramai pengundi Cina di negeri lain tidak dapat membuang undi kerana mereka dijangka tidak pulang ke kampung sekali lagi selepas pulang minggu sebelumnya bagi menyambut perayaan Qing Ming yang akan diadakan pada 5 April). "Saya dimaklumkan pertama kali mengenai pembubaran Parlimen pada 22 Februari selepas mesyuarat peringkat tertinggi strategis politik Perdana Menteri di Putrajaya pada hari yang sama, dan lima minggu selepas itu, ia menjadi tarikh yang terus dispekulasikan sebagai tarikh paling "hangat" untuk pembubaran Parlimen PRU-13," katanya. Menurut Kit Siang, pada Malaysia Strategic Outlook Conference ke-15 mantan Perdana Menteri paling lama serta menjadi kuasa sebenar di belakang takhta UMNO secara terbuka merumuskan "ujian Mahathir" untuk Najib pada PRU-13 iaitu tidak cukup bagus untuk Najib sekadar menang dan sepatutnya melepaskan jawatan dan memberi laluan kepada Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin jika UMNO/BN tidak memperoleh majoriti dua pertiga di Parlimen. "Bintang Korea K-Pop yang diharap menjadi "senjata rahsia" untuk PRU-13, sekarang "membunuh" niat Najib membubarkan Parlimen pada 22 Februari kerana pelbagai bencana politik dan perhubungan awam daripada jemputan bernilai RM3.5 juta untuk persembahan Psy dan Gangnam Style di Pulau Pinang pada 11 Februari lalu. "Banyak bencana, termasuk "3 Ya untuk Psy, 3 Tidak untuk BN", kemelut lima minit "gaul yee sang", Psy menolak untuk menari Gangnam 1Malaysia Style dengan Najib, Rosmah dan Ng Yen Yen serta dakwaan terdapat ancaman bunuh untuk Psy dan Najib yang tidak masuk akal," katanya. Beliau berkata, sebenarnya, daripada semua negeri di Semenanjung, Najib paling risau mengenai Johor yang memenangkan hanya 24 Ahli Parlimen atau 30% daripada semua 85 Ahli Parlimen BN pada PRU 2008. "Ini sebabnya Johor, bersama Sabah dan Sarawak, dianggap negeri "deposit tetap" UMNO/BN dan siapa yang akan menjadi "dalang" negeri yang akan dapat menentukan siapa berjaya menawan Putrajaya. "Pada pilihan raya umum 2008, Johor kekal menjadi kubu kuat UMNO/BN walaupun calon UMNO/BN kalah teruk di Sepenanjung, hampir kalah semua di Kelantan kecuali Gua Musang dan Jeli, MCA dan Gerakan kalah sepenuhnya di Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; dan MCA kalah sepenuhnya di Selangor kecuali Pandan (Ong Tee Keat) "Pada Pilihan Raya Umum 2008, pemimpin UMNO/BN sangat angkuh dan bongkak mengisytiharkan Johor, Selangor dan Melaka akan menjadi negeri "pembangkang sifar". . Pada PRU-12, BN terlepas di Selangor kepada Pakatan Rakyat dengan memenangi hanya 20 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri; tewas lima daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri di Melaka sementara Pakatan Rakyat memenangi enam daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri di Johor. "Pemimpin UMNO/BN sekali lagi bercakap mengenai "pembangkang sifar" di Johor pada PRU-13, sepertimana pada PRU 1995 dan 1999, dan "pembangkang sifar" menjadi kenyataan pada PRU 2004. "Sama ada Johor akan kembali menjadi negeri "sifar pembangkang" akan ditentukan oleh pengundi Johor, bukannya pemimpin UMNO/BN, negeri atau negara,bukan juga oleh Najib atau Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman. – Roketkini.com | |||
Manifesto Rakyat, kempen awal Pakatan tawan Putrajaya Posted: 23 Feb 2013 04:07 PM PST
Pakatan lebih komited untuk membela rakyat berbanding Umno-BN yang masih belum memperincikan manifesto mereka untuk menghadapi pilihan raya paling sengiot dan paling getir kali ini. Pelancaran "Manifesto Rakyat: Pakatan Harapan Rakyat" ini menandakan bermulanya kempen Pilihan Raya Umum (PRU13) yang ditunggu-tunggu sejak dua tiga tahun kebelakangan ini. Pakatan sangat-sangat mengalu-alukan perdebatan, pandangan dan kritikan sihat berhubung cadangan-cadangan atau tawaran yang dikemukakan di dalam Manifesto Rakyat ini. Pelancaran awal manifesto ini membuktikan juga komitmen Pakatan untuk memastikan kempen pilihan raya umum kali ini tertumpu kepada persoalan rakyat dan dasar untuk melawan politik perkauman dan fitnah yang dibawa BN. Konvensyen keempat Pakatan Rakyat akan berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) Isnin, 25 Februari bermula jam 10 pagi hingga 2 petang. Manifesto yang bakal dibentang pada konvensyen ini adalah kemuncak gabungan dasar bersama Pakatan Rakyat termasuk tawaran baru. Manifesto ini lebih mudah untuk rakyat faham, tidak seperti manifesto BN. Pakatan Rakyat akan mempastikan perkara ini tidak berlaku kepada manifesto Pakatan. Manifesto ini juga mengambil kira penyelidikan bukan sahaja kepada Umno BN, tetapi di seluruh rakyat di negara ini. Manifesto adalah janji Pakatan kepada rakyat dan ia diyakini mampu dilaksanakan oleh Pakatan jika menang dalam PRU13 nanti, termasuk perincian mengikut tahun Pakatan mentadbir seperti lima tahun pertama, 10 tahun dan seterusnya. Pakatan turut menyeru rakyat memilih Pakatan Rakyat pada PRU13 kerana tawaran Pakatan memberi penekanan kepada kesejahteraan rakyat. Berbanding dahulu, rakyat memilih Pakatan kerana mereka tidak suka dengan Umno-BN. Tetapi kali ini sudah tentulah Pakatan mahu mempastikan rakyat memilih kerana tawaran menarik yang ditawarkan kepada mereka. Ia meliputi semua perincian bagi kesenangan rakyat. Dasar Pakatan untuk membela rakyat sangat jelas. Meyakinkan lagi perkara ini, KeADILan mengumumkan Institut Rakyat sebagai tunjang kepada dasar persiapan awal Pakatan Rakyat mentadbir negara. Pengarah Strategi, Rafizi Ramli menyifatkan penubuhan institut itu sebagai landasan untuk memfokuskan dasar Pakatan secara jelas kepada rakyat. Inilah tempat perincian dasar yang dibuat secara rasmi. Pakatan sudah lama membuat penyelidikan mengenai perkara ini tapi tidak secara formal. Perancangan penubuhan institut itu sejak setahun lalu dengan matlamat jelas menjalankan kaji selidik dasar dan pemikir untuk memperkukuh keupayaan kajian dan dasar parti. Penubuhan institut ini sebagai pembentuk dasar dengan pendekatan baru dalam politik. | |||
Undi PAS wajib untuk bantu Islam Posted: 23 Feb 2013 04:00 PM PST KUALA LUMPUR: Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din bertegas mengingatkan umat Islam bahawa mengundi PAS dalam pilihan raya umum diharuskan malah ada masanya menjadi wajib untuk membantu Islam walaupun PAS bekerjasama dengan DAP. Ini kerana kata beliau, jika alasan beberapa orang ulama di Kelantan haram mengundi PAS kerana bersengkokol dengan DAP bagaimana pula dengan Umno yang menentang hudud secara jelas. Beliau menyelar sikap dan pendirian golongan ulama yang mengatakan wajib menyokong Umno sedangkan Umno itu sendiri menentang hudud dan lebih teruk daripada DAP menentang hudud. Katanya, Umno menentang hudud sampai keperingkat Presiden Umno ketika itu (Dr Mahathir Mohamad) dalam tahun 1993 ketika kanun jenayah Kelantan hendak dilaksanakan. Menurut beliau, Mahathir yang juga Perdana Menteri telah memberi surat amaran kepada Menteri Besar Kelantan (Tuan Guru Dato' Abdul Aziz Nik Mat) jika kerajaan Kelantan melaksanakan hudud, kerajaan Pusat akan mengambil tindakan keras. Surat tersebut tambah beliau tidak ditarik sampai ke hari ini dan itu menunjukkan bahawa bukan sahaja pimpinan agung Umno yang menentang hudud malahan orang-orang Umno turut mempermainkan hukuman hudud. "Dulu kita dengar siapa hendak makan sup tangan pergi ke Kelantan. Umno yang memegang kuasa selama 56 tahun, pernahkan mereka mengatakan hendak melaksanakan hudud," soalnya. Tambah beliau, Umno tidak pernah mahu melaksanakan hudud sebaliknya menentang hukuman tersebut. | |||
Kalah 2-3, ATM kekal teraju Liga Super Posted: 23 Feb 2013 03:55 PM PST ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) masih kekal pendahulu Liga Super walaupun kalah mengejut 2-3 dengan Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, hari ini. Keputusan tersebut tidak mengubah kedudukan pasukan kendalian B. Sathianathan itu yang mengumpul 14 mata selepas lapan perlawanan setakat ini. Terengganu pula naik tiga anak tangga - menduduki kesembilan liga dengan mengumpul lapan mata hasil lapan perlawanan setakat ini. Dalam perlawanan itu, Terengganu terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Khairol Ramadan pada minit ke-30. Begitu pun, kealpaan benteng pertahanan Terengganu mengundang padah apabila Marlon James meledak gol penyamaan pada minit ke-75. Terengganu yang tersentak dengan jaringan itu bangkit dan percubaan Ashaari Shamsudin pada minit ke-81 membuahkan hasil apabila berjaya menewaskan penjaga gol ATM untuk gol kedua. Kegembiraan Terengganu tidak bertahan lama apabila Christie Jayaseelan meledak gol penyamaan 2-2 pada minit ke-89. Terengganu yang beraksi di halaman sendiri memastikan tiga mata menjadi milik skuad Penyu apabila Ashaari sekali lagi menjaringkan gol ketiga pada babak akhir perlawanan. Pada aksi seterusnya, ATM akan bertemu Pahang di Stadium Paroi 1 Mac, manakala Terengganu menentang T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, 8 Mac ini. | |||
Tengku Adnan: Manifesto BN dalam proses 'sentuhan terakhir' Posted: 23 Feb 2013 03:54 PM PST SINAR HARIAN PUTRAJAYA - Manifesto pilihan raya Barisan Nasional (BN) kini berada di peringkat 'sentuhan terakhir' dan akan dilancarkan Pengerusi Datuk Seri Najib Tun Razak pada masa yang sesuai. Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata apa yang pasti, setiap janji yang terkandung dalam manifesto tersebut akan ditepati, bukan seperti pembangkang yang hanya memberikan janji kosong. "Sudah pasti janji ditepati, kata dikota, janji dilaksana kerana parti kita BN dari rakyat, untuk rakyat, kerana rakyat. "Apa yang kita janji dalam manifesto kita tunaikan, sebab kita punya kerja ialah untuk memastikan rakyat mendapat apa yang mereka kehendaki," katanya yang juga anggota Parlimen Putrajaya kepada pemberita selepas menyampaikan baucar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 di Kompleks Kejiranan Presint 11 di sini hari ini. Mengenai manifesto pembangkang yang bakal dilancarkan Isnin depan, Tengku Adnan berkata beliau hairan mengapa mereka masih mengeluarkan manifesto sedangkan mereka sendiri mengakui bahawa manifesto bukanlah janji yang harus ditunaikan. "Tak perlu ada manifestolah, sebab kerja mereka hanya menipu. Apa yang dijanjikan di Selangor pun tak dapat ditunaikan sehingga ibu-ibu tunggal semua menyuarakan ketidakpuasan hati," katanya. Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang dipimpin Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini dilaporkan berkata bahawa manifesto pembangkang pada pilihan raya umum lalu, bukanlah janji yang perlu ditunaikan. Mengenai bantuan BR1M 2.0 itu, Tengku Adnan berkata 9,401 penduduk di sini layak menerima bantuan itu dengan kira-kira 5,000 baucar bantuan diserahkan hari ini setelah 3,000 baucar diberikan sebelum ini. Menurut Tengku Adnan penyerahan bantuan itu akan diselesaikan sebelum akhir bulan ini dan mereka yang tidak berkesempatan hadir ke majlis penyampaian itu boleh mengambil baucar itu di Pejabat Wakil Rakyat di Presint 14 pada waktu pejabat. - Bernama |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan