DIALOG RAKYAT |
- [VIDEO] Si Penjual Sate Menyamar Ahli PAS Dalam Demo
- Bersih dakwa SPR ‘jahat’ dan ‘tidak bertanggung jawab’
- Laporan Polis; Khianat 'Billboard', Kain Rentang Untuk Jatuhkan Imej PAS
- Bandar Baru Salak Tinggi Lokasi Terbaru Wifi Percuma Selangorku
- Najib Razak Digesa Mohon Maaf Kepada Mahasiswa
- Najib Didesak Gugur Bantahan Agar Dr Porntip Dapat Bantu Keluarga Sugumaran
- Tarif Insurans Kenderaan Naik Mulai Esok
- Gempar: Deepak bongkar SD 3 pengakuan ‘individu’ diarah bunuh Altantuya
- Isu beri wang: SPRM kata tiada kuasa dakwa parti
- Kempen ‘Turun Harga Kereta’ berterusan hingga PRU 13 – Rafizi
- 'Menteri' dipersalah, punca Psy tak gaul yee sang
- Rakyat Sarawak tekad mahu tukar k’jaan, serik ditipu Umno
- Umno BN halang Dr Pornthip bedah siasat Sugumar – Surendran
- SPR kata FCAS belum sah jadi pemerhati p'raya
- Teng kini dakwa ada cubaan ancam nyawa Psy
- Malu punca pengampu Najib sunting video Gangnam Style
- Support4AzrulAzwar diiklan dalam akhbar arus perdana
- “Belanja wang besar tidak menjadikan PM lebih baik” – Gobind
- PRU13: PAS Perak gesa ahli naikkan bendera
- Pengalaman sehari beratur di pejabat Imigresen
- Konvoi motor ke himpunan kedah esok
- ATM kesan warga asing ceroboh negara
- Ali Rustam dicabar pertahan kerusi Dun Bukit Baru
- Calon PM Pakatan diumum 25 Feb?
- Kampung diwakili exco negeri PM terpinggir
[VIDEO] Si Penjual Sate Menyamar Ahli PAS Dalam Demo Posted: 14 Feb 2013 05:54 AM PST KELAB GREENBOC Nama sebenar-nya HASMADI ISMAIL, bukan watak Dr Hasmadi dalam filem "Kasim Selamat" tapi dalam lakonan Demo Zoo Taiping semalam mungkin di-atas arahan director (UMNO Taiping) nama itu ditukar dengan nama RAMLI BIN SUDIN. RAMLI SUDIN menjadi jurucakap dan mengaku sebagai Ahli dan Penyokong PAS Taiping telah membuat Demo semalam. Hasil maklumat yang didedahkan oleh kakitangan director itu sendiri menyatakan HASMADI ISMAIL ini ialah seorang peniaga satay disebuah gerai cina bersebelahan bangunan Kamal Bina di Taman Tasek Taiping. Lakonan beliau kelmarin sebagai RAMLI SUDIN telah mendapat reaksi dari beberapa pimpinan PAS Taiping. Jika benar Hasmadi Ismail ini ahli PAS mengapa perlu menyamar dengan nama Ramli Sudin.. Kisah lakonan Zoo Taiping : Demo Zoo Taiping : UMNO Taiping Jadi Director. __________________________ Penafian Rasmi dari PAS Kawasan Taiping mengenai penglibatan isu Demo Zoo Taiping ini akan disiarkan esok (hari ini). | ||||
Bersih dakwa SPR ‘jahat’ dan ‘tidak bertanggung jawab’ Posted: 14 Feb 2013 05:40 AM PST KUALA LUMPUR — Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 hari ini menyuarakan rasa kecewa terhadap kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang memberi amaran supaya Pengerusi Bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan "tidak merosakkan perjalanan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)." Dalam satu kenyataan hari ini pergerakan badan bukan kerajaan (NGO) itu melihat kenyataan Datuk Wan Ahmad Wan Omar itu "jahat dan tidak bertanggung jawab." "Ini adalah percubaan untuk mengalih pandangan orang ramai tentang pekara-pekara yang ditimbulkan oleh Kumpulan Masyarakat Madani dan pandangan umum tentang perlunya reformasi pilihan raya dilakukan. "Bersih 2.0 merasa amat kecewa dengan kenyataan terbaru dari timbalan pengerusi SPR yang telah menuduh Ambiga (gambar) 'meracuni pemikiran orang ramai dengan perkara-perkara palsu.' "Beliau juga menuduh 'beberapa kumpulan' sedang menanamkan 'ajaran [jangan percaya].' Kami melihat kenyataan ini jahat dan tidak bertanggung jawab," jelas kenyataan tersebut. Wan Ahmad sebelum ini dipetik laporan media arus perdana memberi amaran kepada Ambiga supaya tidak menjadi perosak kepada kelancaran proses PRU 13. Beliau berkata kenyataan bekas Pengerusi Majlis Peguam itu boleh mengelirukan dan menghakis keyakinan rakyat terhadap proses demokrasi di negara ini. Dakwaan Ambiga pengundian pos di luar negara sangat mengelirukan dan meragukan jelas Wan Ahmad adalah nasihat yang salah kepada pengundi, sebaliknya beliau berkata SPR berusaha memberikan hak mengundi serta meringankan beban pengundi yang tidak berkemampuan dari segi masa dan kewangan. "Ambiga membuat andaian mengelirukan dan kenyataannya itu tidak membantu sebaliknya lebih merosakkan sedangkan proses mengundi adalah melalui pelbagai cara sama ada datang sendiri atau melalui pos. "Tindakannya itu menggambarkan beliau tidak faham dengan prosedur dan mekanisme SPR yang dibincangkan dengan panjang lebar dengan Wisma Putra dan kedutaan, sebaliknya membuat kenyataan berasaskan persepsi dan andaian serta cuba meracuni rakyat dengan perkara yang karut," katanya dipetik laporan media. Bersih 2.0 sendiri telah menerima rungutan dari orang ramai, termasuk dari warga di luar negara. Mereka menimbulkan kerisauan tentang pemilihan yang penuh tipu helah termasuk keganasan ketika berkempen hinggalah tentang tatacara mengundi pos yang tidak jelas. "Berhadapan dengan persoalan-persoalan ini, saranan kepada orang ramai agar percaya dan yakin terhadap lembaga SPR agak tidak kena pada tempatnya ... ini kerana kekusutan dan kacau bilau dalam sistem pemilihan itu masih belum diperbetulkan. Tegas pertubuhan gabungan NGO menuntut pilihan raya yang adil dan bersih itu, SPR tidak seharusnya membuat tuduhan melulu tentang kekacauan. "SPR seharusnya menerima hakikat bahawa tuntutan Bersih 2.0 adalah permulaan reformasi sistem pemilihan. "Ini akan memperlihatkan pilihan raya yang akan datang ini sebagai telus, tidak ada penipuan dan syak wasangka," tegas kenyataan tersebut. | ||||
Laporan Polis; Khianat 'Billboard', Kain Rentang Untuk Jatuhkan Imej PAS Posted: 14 Feb 2013 05:35 AM PST Skuad BOMARANG - Satu laporan polis telah dibuat ekoran tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan 'vandalisme' serta merosakkan 'billboard' dan kain rentang PAS di massjid Kampung Rhu Muda dekat sini.Pegawai Pejabat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang Wahab Osman menyifatkan perbuatan 'jahat' itu adalah cubaab pihak tertentu menjatuhkan imej PAS. Beliau berkata, perbuatan khianat tersebut disedari apabila beliau pergi ke masjid Rhu Muda pada jam 9.00 pagi setelah medapat laporan dari para petugas PAS. "pada jam 9.00 pagi saya telah pergi ke masjid Kampung Rhu Muda, aya dapati kain rentang yang dipasang di hadapan majid tersebut telah disimbah cat warna merah dengan cara membaling dengan telur, "saya mengesyakki perkaa ini dilakukan oleh orang yang tidak bertanggungjawab bagi menjatuhkan imen Parti islam SeMalaysia (PAS),"ujarnya ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Darah Marang dekat sini, semalam Rabu 13 Februari. Beliau berkata, laporan polis tersebut dibuat sipaya polis menjalankan siasatan terhadap perbuatan itu dan mengambil tindakan sewajarnya. | ||||
Bandar Baru Salak Tinggi Lokasi Terbaru Wifi Percuma Selangorku Posted: 14 Feb 2013 05:22 AM PST SEPANG : Bandar Baru Salak Tinggi di sini menjadi lokasi baru yang menerima akses internet jalur lebar (WiFi) secara percuma selepas dilancarkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini. WiFi Selangorku ini dipasang di Pusat Penjaja Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi dan merupakan antara 112 lokasi WiFi percuma yang dirancang akan dipasang seluruh Selangor. Abdul Khalid berkata, projek WiFi Selangorku ini menggunakan peruntukan Geran Selangorku sebanyak RM2.74 juta dengan kerjasama syarikat-syarikat swasta yang diadakan melalui tender terbuka. "Pelbagai projek diperuntukan melalui Geran Selangorku seperti projek infrastruktur jalan, gelanggang futsal serta penyediaan WiFi percuma ini supaya kita mahu seluruh rakyat Selangor dapat menikmati kemudahan teknologi maklumat," katanya ketika ucapan perasmian di sini hari ini. Turut hadir pada majlis itu, Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail, Setiausaha Teknologi Maklumat (ICT) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri(SUK), Wahilman Siwar. Abdul Khalid berkata, mulai akhir bulan Mac tahun ini semua kawasan yang dikenalpasti sebagai 'HotSpot' WiFi Selangorku akan siap dipasang. "Kawasan luar bandar akan menjadi tumpuan pemasangan WiFi ini yang juga digunakan untuk menyalurkan maklumat kepada rakyat bagi mendapatkan maklumat mengenai Kerajaan Negeri yang boleh didapati melalui portal TVSelangor(Media Selangorku)," katanya dalam sidang media sejurus selepas perasmian. Sementara itu, WiFi Selangorku ini berkelajuan 2 Megahertz(MHz) dan liputan minima boleh dicapai berkeluasan 200 meter serta had capaian selama 30 minit bagi setiap 100 orang pengguna pada satu-satu masa. Dalam pada itu, Rodziah berkata, kemudahan WiFi ini adalah bagi memastikan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar dapat dikurangkan. "Rakyat semakin bertambah dan kepadatan penduduk memberikan impak kepada Kerajaan Negeri untuk memikirkan sesuatu perkara yang dapat memberi manfaat kepada setiap penduduk di negeri ini dan perkhidmatan WiFi ini merupakan salah satu daripadanya," katanya. Rata-rata penduduk di kawasan itu memberikan reaksi positif terhadap pemasangan WiFi Selangorku di kawasan mereka. Seorang penduduk, Muhardi Yahya, 29, berkata, pemasangan WiFi ini sekurang-kurangnya dapat memberikan kemudahan kepada penduduk di sekitar untuk melayari internet bagi mendapatkan maklumat atau menyelesaikan sesuatu urusan. "Baguslah dah ada internet percuma, bukan semua mampu untuk memasang internet di rumah dan sekurang-kurangnya penduduk di kawasan ini ada suatu kemudahan yang bermanfaat untuk digunakan oleh semua orang," katanya ketika ditemui. | ||||
Najib Razak Digesa Mohon Maaf Kepada Mahasiswa Posted: 14 Feb 2013 05:19 AM PST SHAH ALAM : Datuk Seri Mohd Najib Razak digesa memohon maaf kepada kepada kumpulan mahasiswa ekoran insiden 'keganasan' terhadap kumpulan itu yang berlaku di Parlimen Pekan. Dalam kejadian itu, didakwa sekumpulan ahli Umno bertindak ganas dengan memukul mahasiswa yang juga bekas Timbalan Presiden Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi) Ekhsan Bukhari, ketika selesai mengedarkan risalah 'Harapan Malaysia'. Naib Ketua AMK Malaysia, Azmizam Zaman Huri berkata, insiden keganasan terbaru ini sebagai satu lagi siri kegagalan Najib sebagai Perdana Menteri, dan juga Ketua Umno Bahagian Pekan yang tidak mampu melakukan transformasi. "Kegagalan Najib ini juga dilihat sebagai satu simbol kelemahan pentadbiran beliau yang semakin ditolak oleh rakyat Malaysia," kata Azmizam yang juga Ketua AMK Selangor dalam kenyataan medianya, Azmizam mempersoalkan sekiranya benar Najib diterima oleh majoriti mahasiswa seperti yang didakwa dalam satu kajian, mustahil Perdana Menteri itu goyang apabila berhadapan dengan kempen demokrasi yang dilakukan oleh lima orang mahasiswa sahaja. "Jelas ada kegusaran sebenar yang disembunyikan Najib selaku orang nombor satu Umno yang bukan sahaja goyah di peringkat Nasional, tetapi juga mungkin merasa bahang dibenci di bahagian sendiri. "Najib perlu bertanggungjawab sebagai Ketua Bahagian dan Perdana Menteri untuk mengelakkan kejadian seumpama ini berulang lagi," katanya. Tambah Azmizam, sekiranya kawasan Parlimen yang diwakili Perdana Menteri sendiri tidak selamat untuk satu kempen demokrasi yang bebas, apakah nasib individu atau kumpulan lain yang cuba menjual idea dan hujah terutama ketika bahang PRU 13 semakin hampir. "Adakah ini isyarat penolakan dan sabotaj ahli Umno Bahagian Pekan sendiri terhadap Najib Razak, kerana mustahil mereka yang melakukannya tidak sedar akan impak negatif yang akan terpalit pada imej Najib Razak berikutan insiden ini. "Najib Razak harus segera menyiasat apakah wujud 'gunting dalam lipatan' di bahagian Umno Pekan sendiri," katanya. | ||||
Najib Didesak Gugur Bantahan Agar Dr Porntip Dapat Bantu Keluarga Sugumaran Posted: 14 Feb 2013 05:18 AM PST SHAH ALAM : Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dan kerajaan Malaysia didesak segera memohon kepada Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra untuk menggugurkan bantahan bagi mendapatkan khidmat Dr Porntip Rojanasunan. Ia bagi memastikan khidmat kepakaran Dr Porntip dapat digunakan dalam bedah siasat kedua mencari punca kematian mendiang Sugumaran. Peguam Keluarga Sugumaran yang terdiri daripada N.Surendran, Lateffa Koya dan Sivarasa Rasiah mendesak agar penjelasan dikemukakan oleh Najib dan pihak kerajaan Malaysia berkenaan pembabitan mereka dalam isu ini. "Ekoran komunikasi tersebut, kerajaan Thailand memutuskan supaya Pornthip tidak perlu melakukan bedah siasat tersebut agar tidak menjejaskan hubungan antara kedua buah negara. "Pakar forensik Thai itu sebelum ini telah bersetuju untuk menjalankan bedah siasat kedua terhadap Sugumar selepas ahli keluarga menolak keputusan bedah siasat pertama," dakwa peguam dalam kenyataan media bersama mereka. Jelas mereka maklumat mengenai dakwaan di sebalik penarikan diri Pornthip itu diperolehi mereka secara bertulis baru-baru ini. Katanya, mereka telah diberi maklumat tersebut oleh sumber yang boleh dipercayai dan kami mempunyai keyakinan penuh terhadap kebenaran maklumat tersebut. Sebelum ini, kes berkenaan menimbulkan polemik yang menggemparkan masyarakat ekoran terdapatnya dakwaan mendiang Sugumaran dipukul semasa ditahan polis pada 23 Januari lalu di Hulu Langat. Terdapat dakwaan daripada saksi yang melihat kejadian tersebut yang mendakwa mangsa dibelasah hingga mati dalam keadaan tangannya bergari. | ||||
Tarif Insurans Kenderaan Naik Mulai Esok Posted: 14 Feb 2013 05:15 AM PST SHAH ALAM,: Pemilik kenderaan di seluruh negara bakal berhadapan kenaikkan tarif insurans kenderaan bermula esok 15 Februari 2013. Penstrukturan ini akan melibatkan motosikal, kereta, bas dan teksi dan setiap kenaikan adalah berbeza mengikut risiko kemalangan kenderaan terbabit melalui kriteria rekod kemalangan serta keadaan kenderaan semasa. Wartawan Tv Selangor menghubungi beberapa ejen insurans bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung berita berkenaan. Berdasarkan maklumat yang diberi kenaikan ini sebanyak RM12 bagi setiap RM1,000 nilai insurans yang dibayar pengguna. Bagaimanapun kenaikan ini bergantung kepada syarikat insurans sama ada akan menaikan esok ataupun syarikat boleh menangguhkan sehingga Mac depan. Kenaikan secara berperingkat sehingga tahun 2015 bermula pada tahun 2012 dan ini merupakan tahun kedua kenaikan ini berlaku Berdasarkan laporan beberapa media pada Februari 2011, perkara ini pernah diumumkan sendiri oleh Penolong Gabenor Bank Negara, Abu Hassan Alshari. | ||||
Gempar: Deepak bongkar SD 3 pengakuan ‘individu’ diarah bunuh Altantuya Posted: 14 Feb 2013 03:17 AM PST Oleh Sidiqin Omar KUALA LUMPUR : Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan membongkar akuan bersumpah (SD) ketiga berhubung pengakuan individu yang menerima arahan daripada orang atasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya Altantuya Shaariibuu dibunuh. Bercakap kepada Keadilan Daily, Deepak berkata, individu yang tidak dinamakan itu menyediakan satu SD, dijelaskan Deepak sebagai SD ketiga (SD 3) menyatakan individu tersebut diarah membunuh warga Mongolia itu. Beliau bagaimanapun enggan memberi butiran lanjut mengenai individu berkenaan dan SD 3 tersebut tetapi sedia membongkar secara berperingkat pada masa akan datang. "Ada arahan kepada seseorang oleh orang atas Najib yang mahu supaya beliau membunuh Altantuya. Dan orang itu mengaku dia menerima arahan tersebut dalam akuan bersumpahnya. "SD 3 ini adalah pendedahan terbaru yang belum dilapor," kata Deepak. Deepak secara bertulis kepada Malaysia Chronicle kelmarin berkata, 'seseorang' menyedia satu SD menyatakan, dia diarah membunuh Altantuya oleh orang atasan Najib. Dalam artikel bertajuk 'Order for Altantuya murder came from Najib, Baginda was sexually impotent – Deepak claims' itu, Deepak tanpa menjelaskan SD yang dimaksudkan itu adalah SD 3. Menurut artikel tersebut, Deepak mengulangi penglibatan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam proses membuat SD kedua yang dilakukan penyiasat persendirian, P Balasubramaniam (PI Bala). Dedah Deepak, beliau diarah mengeluarkan 'fakta tertentu dan butiran panas' urusan antara Najib dan Altantuya. Ekoran itu, Ahli Biro Politik KEADILAN, Sivarasa Rasiah mendesak Pejabat Peguam Negara dan polis membuka semula siasatan pembunuhan Altantuya dan merakam kenyataan Deepak. "Tiada tindakan bermakna meneruskan konspirasi menyembunyikan kebenaran," kata Sivarasa dalam kenyataan. Deepak turut mendedahkan, dia membuat pembayaran kepada Najib dan Rosmah daripada 'hasil Glomac Tower kepada sebuah anak syarikat Kuwait Finance House'. "Bukti ini direkodkan oleh Datul Jamidan, Pengarah Kanan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) pada 2011. "SPRM perlu jelaskan segera kepada rakyat Malaysia sama ada dakwaan pembayaran kepada Najib dan Rosmah adalah benar," kata Sivarasa yang juga Ahli Parlimen Subang. "Kami juga menunggu respon SPRM mengenai dakwaan Deepak disokong dokumen bahawa dia memberi hadiah mahal dalam bentuk berlian dan barang kemas untuk Rosmah. "Akhirnya, untuk kali pertama Deepak menyatakan dengan bertulis berita yang melingkari negara sejak pembunuhan yang berlaku pada Oktober 2006 berhubung penglibatan Najib dan isteri dalam pembunuhan Altantuya," kata Sivarasa. Akuan bersumpah pertama & kedua Dalam surat permohonan untuk mendapat imuniti sebagai saksi kepada Peguam Negara semalam, Deepak berkata, beliau langsung tidak terlibat di dalam perbuatan kedua-dua SD bertarikh 1 Julai 2008 dan 3 Julai 2008. Kata Deepak, penglibatannya hanya bermula selepas SD1 muncul apabila beliau dihubungi Rosmah bagi membantu membersihkan nama Perdana Menteri apabila Najib dilibatkan secara langsung dalam SD1. Menurut Deepak lagi, beliau juga tidak kenal rapat dengan Bala. Deepak sebelum ini mendakwa, beliau terlibat dalam pembikinan SD 2 selepas diminta oleh Rosmah. Beliau diminta oleh Rosmah yang dianggap sebagai 'kakak' berbuat demikian selepas Bala membuat sidang media mendedahkan pengakuan bersumpahnya yang pertama. Dalam akuan itu, Bala mendakwa Najib terlibat dalam kematian Altantuya yang dibunuh secara kejam di hutan simpan dekat Puncak Alam pada 2006. Melalui SD 2 yang dibuatnya, Bala menarik balik segala pengakuan beliau dalam SD 1. Deepak berkata, beliau membawa Bala menemui adik Najib, Nazim Razak di sebuah pusat membeli belah di Mutiara Damansara. Dalam pertemuan itu, Deepak berkata, pelbagai janji dibuat oleh Nazim bagi pihak Najib kepada Bala. Ekoran itu, Bala membuat SD 2 yang bercanggah sama sekali dengan SD 1. Ketika SD 1 dan 2 tanpa sebarang siasatan, kini muncul pula SD 3 sebagaimana didedah Deepak. | ||||
Isu beri wang: SPRM kata tiada kuasa dakwa parti Posted: 14 Feb 2013 03:14 AM PST MALAYSIA KINI Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan, tiada peruntukan undang-undang untuk mendakwa parti politik atau organisasi yang memberi wang atau hadiah semasa kempen pilihan raya.Timbalan ketua pesuruhjaya SPRM Sutinah Sutan berkata, calon, ejen dan penyokong bagaimanapun boleh didakwa dengan tuduhan rasuah untuk tindakan sama jika dilakukan demi kepentingan calon terbabit. Sekiranya motif memberi wang atau hadiah oleh calon, ejen atau penyokong kepada pengundi itu adalah untuk meraih kemenangan untuk parti politik tertentu, maka ia bukan satu kesalahan, katanya kepada akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily. "Contohnya, jika kita mahu mendakwa Umno, adakah sejuta anggotanya tampil sebagai plaintif di mahkamah?," katanya. Beliau juga berkata, pengumuman peruntukan kerajaan oleh perdana menteri semasa kempen pilihan raya dianggap sebagai usaha untuk "membantu semua rakyat" dan tidak dilihat sebagai rasuah atau penyalahgunaan kuasa. Jelasnya, pengumuman seperti itu mungkin menyebabkan pengundi menyokong parti yang berkuasa, namun perdana menteri tidak akan mendapat keuntungan peribadi, katanya. Beliau memberi amaran bahawa pengagihan peruntuhan yang bertujuan untuk meraih sokongan peribadi bercanggah dengan Seksyan 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Malah, perbuatan memberi makanan kepada pengundi juga tertakluk kepada interpretasi peruntukan tersebut, malah pengundi juga boleh didakwa dengan tuduhan rasuah. Ketika ditanya, Sutinah juga berkata SPRM tiada rancangan untuk meminda undang-undang tersebut bagi memasukkan parti politik dalam ruang lintup pendakwaan tersebut. | ||||
Kempen ‘Turun Harga Kereta’ berterusan hingga PRU 13 – Rafizi Posted: 14 Feb 2013 03:11 AM PST Oleh Arif Juhani KUALA LUMPUR : Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli yakin, kempen 'Turunkan Harga Kereta' diterima baik rakyat ekoran kempen itu membolehkan lebih ramai memiliki kereta pilihan dengan harga mampu milik. "Saya yakin kempen ini 'melekat' dalam minda rakyat kerana saban hari kita mengulangi janji menurunkan harga kereta selepas menawan Putrajaya. "Rata-rata rakyat menanggung kos sara hidup tinggi, dengan penurunan harga kereta membolehkan mereka fokus untuk memiliki rumah yang selesa," katanya ketika dihubungi. Rafizi berkata, menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13), kempen itu digiatkan melalui papan iklan, grafik, edaran pelekat kempen dan manifesto Pakatan Rakyat. KEADILAN sebelum ini mengedarkan lebih 50,000 pelekat kereta 'Turunkan Harga Kereta' kepada pengguna tol di sekitar Lembah Klang sempena perayaan Aidilfitri, disusuli jelajah kempen ke beberapa negeri antaranya, Pulau Pinang dan Sarawak. Selain pelekat, KEADILAN turut mengubahsuai sebuah kereta yang didermakan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin sebagai kereta rasmi kempen. KEADILAN menurunkan harga kereta melalui kaedah penghapusan cukai eksais secara berperingkat. | ||||
'Menteri' dipersalah, punca Psy tak gaul yee sang Posted: 14 Feb 2013 03:10 AM PST Seorang 'menteri' telah dipersalahkan kerana menyebabkan suasana yang memalukan apabila artis sensasi Korea Selatan, Psy, tidak naik untuk bersama dengan orang kenamaan di atas pentas menggaul yee sang sebelum membuat persembahan di Pulau Pinang Isnin lalu. Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong (kiri) - yang menjadi pengerusi penganjuran rumah Tahun Baru Cina BN itu - berkata menteri berkenaan memberitahu pengacara untuk menjemput Psy turut sama menggaul yee sang.Oleh kerana menteri berkenaan tidak memaklumkannya kepada jawatankuasa penganjur lebih awal, dan oleh itu tidak dapat memberi taklimat kepada penyanyi tersebut - Oh berkata beliau dapat memahami kejanggalan Psy apabila pengumuman mengenainya dibuat. Oh memberitahu Malaysiakini bahawa syarikat pengurus acara itu mesti mengikuti norma-norm, dan sebagai bintang mega, Psy juga mempunyai "standard yang kita mesti ikut". "Itu adalah satu cadangan 'ad-hoc' yang menyebabkan kita jadi malu. Saya kemudian bertanya pengacara mengapa dia menjemput Psy naik ke pentas, dan dia menjawab dia berbuat demikian atas arahan seorang menteri." Walaupun Oh enggan menamakan menteri berkenaan, terdapat tiga orang menteri yang hadir di majlis tersebut - Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon; Ahli Majlis Tertingi Umno, Tan Sri Mohamed Yakcop dan Naib Presiden MCA, Datuk Ng Yen Yen. Akhbar China Press hari ini memetik sumber yang mendakwa bahawa "seorang pegawai kanan wanita" bertanggungjawab terhadap pengumuman tersebut. Dalam segmen acara berkenaan, meja dibawa naik ke atas pentas dan pinggan yee sang diletakkan di atasnya. Pemimpin BN tertunggu-tunggu ketika mereka bertepuk tangan dan melihat sekeliling, selepas pengumuman pengacara, tetapi akhirnya meneruskan menggaul hidangan tradisional tanpa Psy. Selepas menunggu Psy selama lima minit, para pemimpin - termasuk Pengerusi BN dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi - meninggalkan pentas. Ini dirakamkan dalam video, yang telah dimuatnaik ke YouTube dan menjadi bahan jenaka warga internet. | ||||
Rakyat Sarawak tekad mahu tukar k’jaan, serik ditipu Umno Posted: 14 Feb 2013 03:09 AM PST Oleh Aisha Geoffrey KUALA LUMPUR : Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak, Ahmad Nazib Johari berkata, rakyat Sarawak kini yang peka dan memahami keperitan mereka alami sejak lebih 50 tahun lalu tekad lakukan perubahan pada pilihan raya umum nanti. "Banyak kesedaran terutama dari segi ekonomi, termasuk peluang pekerjaan, kos hidup dan gaji minimum begitu jauh beza dengan Semenanjung. Rakyat Sarawak serik ditipu dengan janji manis Umno," katanya ketika dihubungi. Nazib berkata, harapan rakyat Sarawak itu dapat dilihat pada sambutan penduduk Miri yang disifatkannya luar biasa ketika menyambut Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena sambutan Tahun Baru Cina peringkat negeri, Isnin lalu. "Sambutan memang luar biasa, tambah pula Miri merupakan Parlimen merangkumi kawasan bandar terdiri dari masyarakat Tionghua, Cina, Melayu dan Iban," kata Nazib. "Lebih 5,000 hadir dalam ceramah di Waterfront Commercial Centre Miri. Ia perubahan drastik penduduk Miri. Melalui jumlah itu, saya yakin mereka sangat memerlukan perubahan kerajaan," jelasnya. Anwar terus mencipta kegemilangan di Sarawak apabila kunjungan beliau di sana dalam siri Jelajah Merdeka Rakyat mendapat sambutan rakyat segenap masyarakat. Kedatangan beliau di Beluru, Bakong disambut ribuan penyokong dengan pelbagai sepanduk. Sementara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal dalam usahanya menawan hati rakyat Pulau Pinang walaupun membawa masuk penyanyi terkenal Korea, Psy ketika sambutan Tahun Baru Cina, pada hari sama. Beliau malah dimalukan apabila penonton berkata 'No' bila ditanya Najib 'Are you ready for BN?'. | ||||
Umno BN halang Dr Pornthip bedah siasat Sugumar – Surendran Posted: 14 Feb 2013 03:06 AM PST Oleh Aedi Asri KUALA LUMPUR : Tekanan kerajaan Umno BN ke atas kerajaan Thailand menyebabkan pakar patologi, Dr Pornthip Rojanasunan dihalang menjalankan bedah siasat kedua terhadap C Sugumar, dedah peguam keluarga mendiang, N Surendran. "Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hubungi Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra. "Akibatnya, kerajaan Thailand putuskan Dr Pornthip 'tidak patut' buat bedah siasat kedua, supaya 'tidak jejaskan hubungan' antara dua negara. "Maklumat ini diperolehi daripada sumber autoriti yang dipercayai," kata Surendran pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN pagi ini. Naib Presiden KEADILAN itu bagaimanapun tidak dapat mendedahkan sumber tersebut pada masa ini. Dr Pornthip yang sebelum ini terlibat dalam bedah siasat kedua mayat Teoh Beng Hock, sedia bedah siasat mayat Sugumar. Turut hadir pada sidang media itu, Ahli Biro Politik KEADILAN, R Sivarasa; Timbalan Ketua Biro Guaman dan Hak Asasi KEADILAN, S Jayathas dan keluarga mendiang. | ||||
SPR kata FCAS belum sah jadi pemerhati p'raya Posted: 14 Feb 2013 03:01 AM PST Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata Federation of Chinese Association of Sabah (FCAS), yang didakwa berkempen untuk BN, hanyalah NGO biasa kerana pelantikannya sebagai pemerhati pilihan raya masih belum berkuat kuasa. "Pelantikan mereka belum berkuatkuasa lagi. Hanya berkuatkuasa syarat-syarat yang dikenakan bila Parlimen dibubarkan hingga tamat pilihan raya. "Sekarang ini mereka seperti NGO biasa," katanya lagi dalam satu kiriman SMS kepada Malaysiakini. Bagaimanapun, ia tidak bermaksud bahawa FCAS boleh berkempen atau menyatakan sokongan kepada parti tertentu sebelum kempen pilihan raya berlangsung, katanya. "Tidak, mereka bukan parti politik," katanya lagi ketika ditanya lanjut. BERSIH Sabah membuat gesaan berkenaan awal bulan ini berdasarkan laporan akhbar The New Sabah Times yang memetik kenyataan pemimpin FCAS, TC Goh. Goh dalam ucapan sempena Tahun Baru Cina itu, menurut laporan muka depan tersebut, memuji Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman atas prestasi yang ditunjukkan. Beliau turut menggesa masyarakat agar terus menyokong ketua menteri dan kerajaan negeri dalam pilihan raya umum akan datang. Laporan itu diterbitkan sehari selepas SPR melantik FCAS secara rasmi sebagai salah satu daripada tiga pemerhati tempatan dalam pilihan raya umum ke-13 di Sabah dan Labuan. Dua lagi badan yang turut dilantik itu adalah Persatuan Sejarah Malaysia dan Majlis Belia Sabah. | ||||
Teng kini dakwa ada cubaan ancam nyawa Psy Posted: 14 Feb 2013 02:41 AM PST Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow berkata terdapat satu cubaan ancaman terhadap nyawa artis sensasi Korea Selatan, Psy, yang menjadi sebab mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diminta meninggalkan pentas lebih awal selepas acara menggaul yee sang di majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina BN di Kolej Han Chiang Isnin lalu. Beliau berkata pihaknya telah dimaklumkan oleh pihak polis yang mereka menerima maklumat terdapat cubaan ancaman terhadap nyawa Psy dan itulah sebabnya mengapa orang ramai di tempatkan agak jauh dari pentas. Pihak polis juga, tambahnya, terpaksa membuat beberapa pertimbangan segera dan memberitahu pihaknya supaya meminta Najib segera turun dari pentas selepas acara menggaul yee sang, jelas Teng selepas menghadiri rumah terbuka Tahun Cina Gerakan di Jelutong hari ini. Teng berkata adalah tidak benar terdapat cubaan ancaman terhadap nyawa Najib, seperti yang dilaporkan oleh Sinchew Daily, sambil menambah beliau telah "disalah petik". Setiausaha Agung Gerakan itu cuba menjelaskan mengapa Psy, atau Park Jae-sang, tidak menyertai acara menggaul yee sang bersama Najib dan pemimpin BN di atas pentas. Beliau menafikan dakwaan bahawa Psy enggan bersama Najib, sambil menambah bahawa apa yang berlaku pada hari - di mana pemimpin BN kelihatan keliru dan tidak teratur di atas pentas - dengan pengacara merayu kepada Psy untuk menyertai acara tersebut. Sebenarnya, tegas Teng, berlaku beberapa masalah teknikal dan peranan pengacara sepatutnya hanya memperkenalkan Psy dan bukan memanggil artis tersebut naik ke pentas. "Dia (pengacara) kemudian memberitahu saya yang dia mendapat arahan dari seseorang lain untuk berbuat demikian," katanya. [Baca berita Penuh] 1. 'Menteri' dipersalah, punca Psy tak gaul yee sang | ||||
Malu punca pengampu Najib sunting video Gangnam Style Posted: 14 Feb 2013 02:28 AM PST Norutul Ilham KUALA LUMPUR : Pengampu Datuk Seri Najib Razak dipercayai menyunting rakaman video yang memapar adegan Perdana Menteri berkomunikasi dengan penonton konsert Gangnam Style bagi menangkis penolakan secara terbuka rakyat negeri itu terhadap BN. Rakaman itu dikesan dimuat naik dua hari menjadi kejadian itu menjadi hangat dan jenaka segenap lapisan rakyat, malah menjadi muka depan Suara Keadilan edisi 104, sebelum video yang disunting itu disebar melalui facebook khususnya fan page Sayangi Selangor yang didalangi Umno BN. Suntingan itu melibatkan adegan Najib bertanya 'Are You ready For BN?' dan penonton menjawab 'Yes' sedangkan rakaman asli menunjukkan rakyat menyebut 'No' sebanyak tiga kali. Paparan gambar ketika sebutan 'Yes' juga beralih-alih akibat suntingan berkenaan, menyebabkan ramai pengguna internet tidak menyakini kesahihannya sedangkan kedudukan kamera rakaman asli, statik dan tidak berubah-ubah. Mengulas perbuatan itu, Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon, berkata suntingan itu sama sekali tidak akan mengembalikan maruah Najib yang dimalukan rakyat. "Ia hanya menambahkan malu Najib. Tiada gunanya lagi. Semua sudah berlaku, semua rakyat sudah tahu apa yang berlaku. "Video asal jelas menunjukkan betapa beraninya rakyat menolak BN. Untuk apa ada video yang diedit. Banyak media sosial sudah memuat naik rakaman dan ramai orang sudah menyaksikan rakaman asal," katanya kepada Keadilan Daily. Beliau menyifatkan, perbuatan itu menunjukkan Umno BN yang takut dan terdesak untuk meraih undi anak muda menyebabkan mereka terpaksa melakukan perkara tidak masuk akal. "Yang edit video ini tak ubah macam perangai TV3 dan media kawalan Umno suka putar belit fakta. Kesudahannya buat malu diri sendiri kerana rakyat tahu permainan mereka," katanya. Video yang disunting pengampu Umno, KLIK INI. Video asal tanpa sebarang suntingan, KLIK INI. | ||||
Support4AzrulAzwar diiklan dalam akhbar arus perdana Posted: 14 Feb 2013 02:25 AM PST KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR : Gerakan untuk membela Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad, Azrul Azwar Ahmad Tajudin, Support4AzrulAzwar, naik satu tangga lagi melalui iklan yang mereka siarkan dalam akhbar hari ini.Sekurang-kurang sebuah iklan tiga suku muka disiarkan dalam akhbar TheSun hari ini. Iklan bertajuk 'Solidariti bersama Saudara Azrul Azwar Ahmad Tajudin Ketua Ekonomi Bank Islam' itu disiarkan di muka 11 akhbar berkenaan hari ini. Iklan itu memaparkan 59 organisasi yang menyokong penyataan itu di samping 135 individu yang menyokongnya. Di antara organisasi yang menyokong kenyataan iklan ini adalah Aliran, Ikram, Bersih, Mafrel, Gerak, Permas dan sebagainya. Individu yang terlibat menyokong iklan ini adalah 16 orang profesor dan profesor madya, 29 orang doktor, lima datuk dan sebagainya. Azrul Azwar digantung tugasnya oleh Bank Islam berikutan laporan berita yang melaporkan beliau menjangkakan Pakatan Rakyat akan menang tipis dalam pilihan raya umum akan datang. Kenyataan itu dibuat Azrul ketika membentangkan satu kertas kerja dalam satu seminar yang diadakan di Singapura. Ekoran kenyataan itu, Azrul sekali lagi menegaskan beliau bertegas dengan kenyataannya itu berdasarkan analisa yang beliau buat. Azrul berkata, beliau membuat tiga andaian iaitu BN menang besar, BN menang tipis dan Pakatan menang tipis. Iklan yang disiarkan TheSun hari ini memaparkan gambar Azrul dengan kata-kata 'Berani kerana benar, Takut kerana salah'. Iklan ini juga turut memaparkan laman Facebook mereka iaitu 'Support4Azrul Azwar'. – Harakah Daily | ||||
“Belanja wang besar tidak menjadikan PM lebih baik” – Gobind Posted: 14 Feb 2013 02:18 AM PST Roketkini.com KUALA LUMPUR: Era kepimpinan ala Barisan Nasional (BN)-UMNO patut berakhir kerana Malaysia perlukan barisan kepimpinan baru yang berani mendengar dan mendepani segala cabaran serta persoalan yang menjadikan rakyatnya benar-benar yakin terhadap kerajaan yang memerintah. "Datuk Seri Najib Razak sepatutnya mendengar suara rakyat, membelanjakan wang dengan besar tidak akan menjadikan beliau Perdana Menteri yang lebih baik," demikian ujar Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP, Gobind Singh Deo. Walaupun kerajaan mengeluarkan perbelanjaan yang besar dalam mempromosikan konsep 1Malaysia gagasan Perdana Menteri, ia akhirnya menemui kegagalan malah dimalukan dalam konsert Psy di Pulau Pinang baru-baru ini. "Agak ganjil Najib menanyakan soalan itu sebanyak tiga kali dan dijawab untuk kali pertama 'NO', mungkin beliau cuma melakukan yang terbaik baginya. Tetapi, apakan daya, beliau tidak mendengar suara rakyat. "Selama ini rakyat mahu jawapan untuk semua persoalan yang timbul tetapi adakah Najib mendengar dan menjawabnya?" soalnya. Menjelaskan kenyataannya, Ahli Parlimen Puchong itu berkata, antara persoalan yang sehingga kini menjadi keraguan dan tanda-tanya di kalangan rakyat adalah membabitkan hubungan beliau dalam beberapa urusniaga tertentu dan lebih parah lagi apabila ia membabitkan kematian seorang model Mongolia, Altantuya Sharibuu. "Najib berulang kali menegaskan bahawa beliau adalah Perdana Menteri untuk seluruh rakyat Malaysia tetapi gagal membuktikannya. "Apabila timbul persoalan seperti isu kalimah Allah dan ancaman membakar Bible, beliau gagal menanganinya dengan baik," ujar beliau. Malah apa yang mengecewakan, jelas Gobind ialah kegagalan Najib bertindak terhadap individu tertentu yang terang-terang melanggar undang-undang dengan penghinaan terhadap agama dan kaum. "Tiada sebarang tindakan diambil. Kemudian, apabila Tun Mahathir bersuara dan seolah-olah menyokong perbuatan 'hina' itu, Najib terus berdiam," katanya yang juga seorang peguam. Paling menyedihkan tambah beliau, orang yang memainkan api perkauman dan agama ini sanggup merayu kepada rakyat agar memberi majoriti dua pertiga kepada Perdana Menteri (BN) supaya undang-undang boleh diubah dan mereka yang menentang boleh digugur kerakyatan. "Najib telah gagal untuk mendengar. Beliau gagal untuk menghidupkan slogan 1Malaysia yang diwar-warkannya," katanya. Najib juga gagal memahami keperluan rakyat Malaysia yang semakin matang dalam politik di mana selain reformasi ekonomi, Malaysia perlukan sebuah masyarakat yang lebih kukuh dengan nilai moral dan tata sosial yang tinggi. "BN boleh mengabaikan suara rakyat, tetapi mereka perlu ingat bahawa apabila mereka mengabaikan suara rakyat, jangan terkejut jika rakyat sendiri menghukum mereka pada akhirnya," ujar Gobind.-Roketkini.com | ||||
PRU13: PAS Perak gesa ahli naikkan bendera Posted: 13 Feb 2013 10:00 PM PST
KUALA LUMPUR: PAS Perak menggesa ahli seluruh negeri menaikkan bendera PAS di setiap rumah bagi menunjukkan kesediaan PAS negeri menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. Ketua Penerangannya, Dr Ahmad Nuri Al-Amin (gambar) berkata, PAS Perak yakin semua bilik gerakan di setiap Unit Peti Undi (UPU) telah mula digerakkan untuk dihiasi dengan bendera dan logo parti. Katanya, kehangatan bahang PRU13 sudah semakin dirasai dengan melihat Barisan Nasional (BN) juga telah menaikkan bendera mereka termasuk arahan membuka 7,531 Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) di 222 kawasan parlimen seluruh negara sebagaimana yang telah dimaklumkan oleh Datuk Ahmad Maslan, Ketua Penerangan Umno Malaysia. "Situasi ini jelas menunjukkan betapa hampirnya PRU13 dengan pelbagai program yang menyalahgunakan jentera kerajaan telah diadakan dengan lebih kerap bagi meraih undi rakyat," ujarnya dalam satu kenyataan. Beliau berkata, PAS Perak yakin sejarah kejatuhan BN Perak pada PRU12 lalu mampu diulangi kembali kerana BN ternyata gagal menggunakan tempoh selama tiga tahun selepas 'rampasan kuasa' bagi memberi keyakinan kepada rakyat terhadap akauntibiliti dan ketelusan mereka mentadbir negeri tanpa penyalahgunanaan kuasa dan rasuah. "Malah kita di Perak sudah lama menantikan PRU13 ini bagi mengembalikan kuasa rakyat yang telah dirampas selain menunjukkan kita tidak bertindak di luar lunas undang-undang demi mementingkan kuasa seperti dimomok-momokkan oleh BN bahawa PR akan melakukan huru-hara jika kalah di dalam PRU13," katanya. | ||||
Pengalaman sehari beratur di pejabat Imigresen Posted: 13 Feb 2013 09:58 PM PST
(Nasrudin terkejut pejabat Imigresen penuh dengan manusia) KUANTAN: Jam tepat 10.30 pagi, Ketua Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan tiba di Pejabat Imigresen Kuantan bersama anak sulongnya yang sedang menunggu keputusan SPM. Sebagai seorang ayah biasa yang ingin memberikan hadiah bermakna untuk anaknya, Nasrudin juga ingin memberikan yang terbaik buat anaknya, justeru datang ke pejabat Imigresen untuk memohon pasport antarabangsa untuk anaknya. Pasport ini adalah sebahagian hadiah berumrah buat anaknya pada bulan Jun akan datang atas kecemerlangan anaknya dalam Sijil Menengah Agama (SMA). Alangkah terkejutnya Nasrudin dan anaknya dengan keadaan di pejabat Imigresen. Terlalu ramai orang yang terpaksa beratur menunggu giliran untuk mengambil prosedur untuk membuat pasport. Maklumlah hari ini ialah hari pertama bekerja setelah cuti panjang Tahun Baru Cina. Berdiri-berdiri, tiba-tiba 2 jam dah berlalu. Perut Nasrudin dan anaknya mula rancak berkeroncong kerana belum sempat bersarapan dan kini masuk waktu makan tengahari. Melihat ada beberapa warga emas di belakang barisan, Nasrudin mengambil keputusan untuk memberikan laluan kepada mereka dan bergegas ke kantin untuk mengalas perut bersama anak kesayangannya. Setelah makan, mereka kembali beratur di belakang warga emas. Jam 1.30 petang, setelah 3 jam beratur, akhirnya tiba giliran Nasrudin bersama anaknya berurusan di kaunter. Alamak. Nasrudin diberitahu bahawa pemohon yang berusia kurang daripada 18 tahun perlu membawa sijil beranak selain kad pengenalan untuk mendapatkan pasport antarabangsa. (Nasrudin beratur dari pagi hingga ke petang di pejabat Imigresen...pengalaman yang sangat berguna untuknya) Air peluh menitis daripada rambut Nasrudin, namun beliau bersenyum dan bersabar. Dua beranak ini bergegas pulang ke rumah yang jauhnya kurang 25 minit untuk mengambil sijil beranak anaknya. Dalam masa sejam, mereka kembali ke pejabat Imigresen. Jam 2.30 petang, dengan kelengkapan dokumen, Nasrudin dan anaknya dengan penuh harapan bahawa misi mendapatkan pasport akan selesai kali ini dengan kunjungan kedua. Setibanya di kaunter, harapan Nasrudin hancur berkecai. Kaunter permohonan pasport telah ditutup kecuali untuk urusan mengambil passport sahaja masih beroperasi sehingga jam 5.30 pm. "Tak apalah kak. Abah ambil cuti besok, kita datang awal sikit untuk selesaikan urusan pasport," kata Nasrudin sambil tersenyum. Perkara itu mesti disegerakan kerana pihak syarikat travel memerlukan passport lebih awal bagi urusan ziarah dan umrah yang menjadi hadiah Nasrudin kepada anak kesayangannya Kak Long. Begitulah cerita bagaimana sehari suntuk dihabiskan di pejabat imigresen. Bagi mereka yang melihat, apa yang dilalui Ketua Pemuda PAS Pusat adalah sama seperti yang dirasai rakyat jelata. "Mereka juga rakyat biasa. Merekalah Pakatan Rakyat." Pengalaman sehari beratur dan beratur di pejabat Imigresen memberitahu Nasrudin bahawa di sana perlu banyak lagi penambahbaikan yang perlu dilakukan untuk negara. | ||||
Konvoi motor ke himpunan kedah esok Posted: 13 Feb 2013 09:48 PM PST KL TODAY KUALA LUMPUR: Seluruh penyokong Pakatan Rakyat dan juga peminat konvoi motosikal berpeluang menyertai Konvoi Kebangkitan Rakyat di Padang Terap pada 15 Februari (esok). Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria berkata, konvoi sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Kedah itu akan bermula pada jam 3 petang dengan semua peserta konvoi berkumpul di Dataran Putra, Kuala Nerang, Kedah. Peserta konvoi katanya akan bergerak ke Charok Genting Bunga, Empangan Tasik Pedu, Kuala Nerang untuk mendengar amanat pimpinan PAS pada Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan bermula pada jam 4 petang. Katanya lagi, orang ramai diseru hadir beramai-ramai kerana perhimpunan anjuran PAS Kawasan Padang Terap dan Badan Perhubungan PAS Kedah itu merupakan perhimpunan besar yang terakhir sebelum PRU13. Jelasnya lagi, kehadiran semua penyokong dengan berbaju hijau akan menyemarakkan lagi perhimpunan tersebut. | ||||
ATM kesan warga asing ceroboh negara Posted: 13 Feb 2013 09:46 PM PST Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau telah mengarah Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan tindakan segera diambil bagi menentukan pertahanan dan keselamatan negara berada pada tahap maksimum. "Kita tidak mahu sebarang unsur pendedahan mengenai pertahanan negara berlaku di mana-mana kawasan di negara ini termasuk di Lahad Datu, Sabah," katanya kepada media selepas menerima memorandum menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dan pemimpin kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) oleh 28 NGO Bagan Serai di sini petang tadi. Dr Ahmad Zahid berkata, pihaknya meminta kerjasama daripada kerajaan negara tersebut untuk menyelesaikan perkara itu. "Saya akan mengarahkan Panglima ATM mengeluarkan kenyataan rasmi dan terperinci mengenai kejadian itu dalam masa terdekat," katanya. | ||||
Ali Rustam dicabar pertahan kerusi Dun Bukit Baru Posted: 13 Feb 2013 09:43 PM PST MALAYSIA CHRONICLE BUKIT KATIL- Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Yusof Wahab mencabar Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam supaya mempertahankan kerusi Dun Bukit Baru yang disandangnya sekarang. "Ketua Menteri jangan cuba lari dari bertanding di Dun Bukit Baru kalau beliau benar-benar anak jantan. PAS dan rakyat Dun Bukit Baru menunggu beliau di Dun ini. "Dun Bukit Baru sangat sinonim dengan beliau kerana di dalamnya terletak kampung beliau, di sini ramai sanak saudara dan penyokong beliau jadi buat apa beliau hendak bertanding di kawasan lain," ujar Yusof yang juga Penyelia Dun Bukit Baru. Yusof berkata sebagai seorang Ketua Menteri, Mohd Ali sepatutnya bertanggungjawab dengan apa yang berlaku di dalam Dun Bukit Baru di mana masih ramai rakyat yang susah dan miskin yang memerlukan bantuan. "Bila kita turun padang bertemu rakyat, kita jumpa macam-macam kategori orang susah, ada yang miskin, tiada bantuan, cacat anggota akibat kemalangan dan sebagainya. "Ramai di kalangan mereka tidak dapat bantuan, ada yang dapat bantuan tetapi tidak cukup.Mana perginya wang zakat yang ada lebihan, mereka yang seperti inilah yang sepatutnya dapat bantuan tersebut. Sebagai Adun Bukit Baru, Mohd Ali mesti bertanggungjawab," tambahnya. Beliau berkata Mohd Ali juga mesti bertanggungjawab terhadap hutang kerajaan negeri yang sudah mencecah lebih RM850 juta seperti yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini. "Beliau jangan cuba lari ke bertanding di kerusi Parlimen, siapa hendak jawab tentang duit rezab kerajaan negeri yang tinggal RM8 juta sahaja sekarang," ujarnya. Baru-baru ini Mohd Ali dalam kenyataan di media arus perdana menyatakan berminat untuk bertanding di kerusi parlimen. "Saya nasihatkan beliau supaya tidak bertanding di Parlimen sebab tiada jawatan yang sesuai dengan beliau di dalam kabinet, itupun kalau BN menang," kata Yusof.-harakahdaily | ||||
Calon PM Pakatan diumum 25 Feb? Posted: 13 Feb 2013 09:41 PM PST SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) disebut-sebut akan mengumumkan nama calon perdana menterinya pada konvenysen nasional perikatan berusia lima tahun itu pada 25 Februari ini. Difahamkan perkara itu telah diputuskan pada mesyuarat Majlis Pimpinan Presiden PR yang lalu. Bagaimanapun Sinar Harian Online difahamkan kata muktamad berdasarkan perkembangan semasa akan diputuskan pada satu mesyuarat yang dijadual diadakan hari ini. "Memang ada perbincangan bahawa agenda ini (calon perdana menteri) akan diumumkan bersama pengumuman manifesto Pakatan Rakyat. "Tetapi, oleh kerana, lazimnya agenda konvensyen Pakatan Rakyat tumpu pada soal-soal dasar, seperti disaksikan sebelum ini, kami akan bincang semula perkara ini dan beberapa agenda lain," kata seorang pemimpin kanan kepada Sinar Harian Online. Difahamkan perkara itu diputuskan atas andaian dan pertimbangan bahawa kemungkinan pembubaran Parlimen akan diumum minggu akhir bulan ini. "Kita pun belum pasti dan tidak tahu bila Parlimen akan dibubar... jadi kita akan bentang manifesto terlebih dahulu... saya rasa ini lebih penting," kata beliau. PR menganjurkan konvensyen nasional sebagai persiapan terakhir menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Pada dasarnya, mesyuarat PR dikatakan telah bersetuju untuk memberi laluan kepada Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi perdana menteri jika perikatan ini menawan Putrajaya. "Ini keputusan setakat ini walaupun ada beberapa cadangan lain," katanya. Kelmarin, Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dipetik berkata, Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen akan menjadi perdana menteri jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya dalam PRU13. "Pilihan DAP adalah Anwar Ibrahim dan saya fikir pilihan ini akhirnya akan disokong Pas dan PKR kerana Anwar Ibrahim paling layak," katanya. Ahad lalu, media melaporkan Majlis Syura Pas menolak Anwar dilantik sebagai perdana menteri jika PR menang dalam PRU13 dan berkemungkinan melantik seorang pemimpin dari luar pakatan pembangkang. Beliau menyifatkan dakwaan kononnya Majlis Syura Pas menolak Anwar bagi menduduki jawatan berkenaan sebagai satu spekulasi. Laporan media turut dinafikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Ahad lalu. Sebelum ini, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali memberitahu bahawa nama calon perdana menteri pihak PR hanya akan diumumkan selepas penamaan calon. Ini kerana, menurut beliau, sehingga kini tidak tahu siapa yang akan bertanding kelak. Beberapa pemimpin dan perwakilan Pas pada muktamar tahun lalu mencadangkan jawatan itu wajar diberi kepada Presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. | ||||
Kampung diwakili exco negeri PM terpinggir Posted: 13 Feb 2013 09:39 PM PST MALAYSIA CHRONICLE KUANTAN- Siapa sangka kampung yang hanya terletak 15 kilometer atau kurang 20 minit perjalanan berkereta dari pusat bandar ibu negeri Pahang ini, berada dalam keadaan daif dan terpinggir daripada kemajuan. Tetapi inilah hakikatnya yang dideritai kira-kira 1,000 keluarga dengan pelbagai masalah di Kampung Pahang dan Kampung Soi dekat sini. Antara lain, kampung tersebut kerap dilanda banjir sehingga beberapa kali setahun, juga ada penduduk yang tidak menikmati kemudahan bekalan air paip dan elektrik. Dalam tinjauan baru-baru ini, wakil penduduk yang ditemui, Mohamad Yasin, 51, berkata masalah banjir memangnya menjadi fobia kepada penduduk terutama menjelang musim tengkujuh. Beliau yang juga Timbalan Ketua Unit Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuantan berkata, masalah tersebut berpunca daripada sungai dan saliran yang tersumbat menyebabkan air lambat turun kerana tiada penyelenggaraan sejak berpuluh tahun. "Masalahnya bukanlah susah sangat, gali balik dalamkan sungai dalam satu kilometer panjang dan bersihkan sungai sudah boleh selesaikan masalah puluhan tahun. "Tapi apa yang kami kesalkan kemudahan asas bagi mengurangkan risiko banjir tak pernah diselesaikan, sepatutnya JKKK kena mainkan peranan untuk selesai," tegasnya. Kedua-dua kampung tradisi ini berada dalam dua Dewan Undangan Negeri (Dun) iaitu Dun Inderapura dan Dun Tanjung Lumpur, dipisahkan hanya oleh jalan raya utama menuju ke Pekan Bandar Diraja. Kedua-dua Adun merupakan Exco kerajaan negeri. Datuk Shafik Fauzan Sharif (Inderapura) ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan manakala Datuk Wan Adnan Wan Mamat (Tanjung Lumpur) merupakan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan Negeri. Kira-kira 80 peratus penduduk di sini mengusahakan tanaman sayur-sayuran di atas tanah seluas 120 ekar. Hasilnya dipunggah dengan lori setiap hari dijual ke pasar borong Selayang. Menurut penduduk, kampung ini bersejarah tempat kerana menjadi tempat perpindahan penduduk ketika banjir besar yang dipanggil bah merah tahun 1926. Bekas ketua belia kampung berkenaan Azmi Ali, 38, mengeluh kerana tanah diusahakan dengan aktiviti pertanian oleh generasi muda kampung berkenaan tidak berbaloi dan sia-sia. "Ada tanah di situ sudah diteroka dan diusahakan sejak tahun 1980-an oleh 50 orang belia kampung dan diberi lesen Tol, tapi akhirnya diluluskan kepada orang luar. "Pada saya kesan akan datang ialah generasi muda tidak ada tanah, apa lagi jika Kuantan dinaik taraf bandaraya, ke mana orang muda nak pergi?," soalnya. Tambahnya, beliau sendiri bersama beberapa orang pemuda hampung pernah mengusahakan tanah kerajaan seluas empat ekar yang diusahakan, tetapi akhirnya diambil oleh sebuah agensi kerajaan negeri ditanam dengan sawit. "Jadi masa janji rakyat didahulukan? Takkan agensi kerajaan berebut tanah dengan rakyat," keluhnya kesal. Di sebalik kemudahan yang diabaikan, masalah yang turut membelenggu penduduk ialah kerosakan akhlak di kalangan generasi muda kampung berkenaan. Seorang penduduk Khaidir Jaluddin, 46, mengatakan gejala sosial teruk di kampung berkenaan iaitu penagihan dadah, arak, menghidu gam dan judi terutamanya melibatkan kalangan remaja. "Akibatnya kecurian kerap berlaku di sini, sehingga barang-barang berharga milik penduduk di sini pantang alpa sikit, akan dikebas pemuda-pemuda tempatan. "Kuliah-kuliah agama di masjid dan surau pula tak berapa nak hidup, itu menyebabkan budak-budak muda terkena kejutan budaya kemajuan bandar," katanya. Sementara itu, Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Pekan, Syed Anis Syed Husin yang turut mengiringi berkata puncanya ialah kerana kurangnya perhatian dan tanggungjawab kerajaan kepada rakyat, sebab itulah berlaku kepincangan. Tambahnya, masalah yang diutarakan penduduk merupakan kemudahan asas dan tidak sepatutnya berlaku kerana berada di pinggir bandar terbesar di Pahang. "Kemudahan asas seperti itu sepatutnya sudah boleh dinikmati oleh seluruh rakyat memandangkan telah lebih 55 tahun merdeka. "Apakah kerana peruntukan terlalu kurang sedangkan kemudahan asas sepatutnya menjadi keutamaan kepada nasib orang kampung apa lagi kampung ini, di sinilah pengundi tegar mereka. "Begitu juga tanah, merupakan umpama nyawa kepada orang kampung yang mencari rezeki melalui pertanian. Tetapi apabila tidak diberi hak, kehidupan mereka tak terjamin. Tanah sepatutnya menjadi milik rakyat, mereka cuma perlukan seekar ke dua ekar untuk meneruskan kehidupan mereka. Syed Anis berkata, biasanya pemerintah lebih gemar menyediakan hiburan percuma di kampung supaya rakyat lupakan masalah mereka. Katanya, PAS berharap kerajaan memberi perhatian kepada nasib rakyat dan masalah mereka sepatutnya diutamakan. Kerana tanpa mereka kerajaan yang ada ini tidak naik dan mereka memilih kerajaan untuk dipikul amanah menyelesaikan masalah mereka.-harakahdaily |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan