Selasa, 12 Februari 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Tolak BN: Najib tidak temui tarikh bubar parlimen

Posted: 12 Feb 2013 04:58 AM PST

Harakahdaily,
 
KUALA LUMPUR: Keupayaan BN untuk menang PRU13 semakin kabur setelah Datuk Seri Najib Tun Razak dimalukan sempena sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina BN di Pulau Pinang yang diadakan di padang Kolej Han Chiang semalam apabila hadirin menjawab tidak bersedia untuk BN.

"Nampaknya persembahan rap Korea Gangnam Psy tidak boleh menjadi ubat pelali untuk rakyat menyokong BN," kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.


Katanya, rakyat masih tidak menerima BN lagi walaupun Najib menggunakan strategi suap kepada pengundi menjelang pilihanraya.

Sekarang, ujarnya BR1M sedang rancak diberi kepada rakyat untuk kali kedua, setiap pelajar sekolah diberi RM100 manakala pelajar universiti mendapat RM200 duit buku, duit telefon tangan RM250, BR1M kepada orang bujang RM250 dan empat tayar teksi.

Menurutnya, fenomena yang berlaku di Pulau Pinang terhadap Najib sebagai tanda aras BN sudah parah, seolah-olah Umno dihinggapi penyakit kritikal seperti jantung, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya.

"Keadaan ini menyebabkan tarikh pilihanraya tidak ditemui lagi oleh Najib," ujarnya

Buku Black Rose difotostat di Terengganu

Posted: 12 Feb 2013 04:49 AM PST

Harakahdaily,


KUALA TERENGGANU: Kerana tidak cukup bekalan, buku Black Rose yang menceritakan pendedahan yang dibuat oleh saudagar permaidani, Deepak Jaikishan kini terpaksa difotostat  di sini.

(Buku Black Rose versi fotostat yang dijumpai di Kuala Terengganu)

Ini kerana, minat yang sangat tinggi di kalangan pembacanya di negeri ini untuk mendapatkan buku itu.

Buku yang memaparkan kisah Deepak yang memecahkan cerita di belakang tabir Akuan Bersumpah Kedua (SD) P Balasubaramaniam itu kini menjadi buku yang paling sensasi.

Seorang bekas pegawai kanan kerajaan telah membeli buku itu dan menghadiahkannya kepada seorang Pengerusi JKKK di tempatnya tinggal.

"Saya letak dalam sampul dan memberikanya secara senyap-senyap kepada beliau agar dia tahu apa cerita sebenarnya," kata beliau.

Seorang bekas kerani yang kini berumur hampir 60 tahun telah membaca buku itu sehingga habis sampai terlupa untuk memasak hari itu.

Semua ini kisah benar yang bukan rekaan untuk melariskan buku ini.

Menurut penerbitnya di Kota Bharu, ia akan dicetak semula untuk memenuhi permintaan dari pembaca.

Projek IC: Agenda jatuhkan PBS, Umno masuk Sabah

Posted: 12 Feb 2013 04:45 AM PST

Tarmizi Mohd Jam & Arif Atan,


MUKADIMAH: Rahsia  sebenar "Projek IC Biru Sabah" yang hangat didengar  Suruhanjaya Diraja (RCI) di Kota Kinabalu Sabah kini dibongkar apabila Harakah diperkenalkan kepada Mat Swadi Awi (gambar), anak  Semenanjung keturunan Bawean (Boyan) berasal dari Ipoh, Perak mendedahkan satu persatu modus operandinya.

Beliau bertugas di Sabah sebagai  Pengurus Cawangan Bank Pembangunan  Malaysia  Bhd. (BPMB)  pada  tahun 1985-1988 dan diberi peranan penting  oleh Tun Datu Mustapa Datu Harun dengan sokongan padu Kuala Lumpur untuk  merangka  "grand  design" dan seterusnya mengetuai operasi  "Projek  IC" ini.

Walaupun namanya diutarakan kpeada RCI tetapi beliau tetap tidak dipanggil. Kenapa?

Ikuti butiran lanjut DATO' TARMIZI MOHD JAM dan ARIF ATAN membongkar projek ini daripada "arkitek" sebenar yang dinaungi Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu. Foto MOHD NASIR SUDIN.

Kami difahamkan saudara orang kuat Tun Abdullah Ahmad Badawi sejak sekian lama dan di kalangan   Umno saudara terkenal sebagai "gurka setia" akar umbi Pak Lah   sehingga ke saat ini. Boleh ceritakan sedikit bagaimana saudara  boleh akrab dengan Pak Lah dan sedia diwawancara oleh kami   daripada Harakah?


MAT SWANDI AWI: Saya  mula  berkenalan  dengan  Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) sejak  tahun 1978.  Apabila saya dipinjamkan  (seconded) dari Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) ke Jawatankuasa Pemandu (JKP), Bahagian Penyertaan Bumiputera, Unit Penyelarasan  Perlaksanaan, Jabatan Perdana  Menteri Pulau Pinang  untuk membantu Bumiputera yang tertekan dengan sifat anti-Melayu,  anti  DEB dan anti Kerajaan Pusat dan Kerajaan Gerakan pada masa  itu. Pada   masa itu gandingan 2M - Mahathir Musa Hitam  amat hebat dan  digeruni   kawan dan lawan.

JKP yang dipengerusikan  oleh Ketua  Pengarah ICU, iaitu allahyarham  Dato' Mohd.  Saffian Abd. Majid dan dianggotai oleh semua ketua-ketua   pengarah agensi Kerajaan Pusat seperti   MARA, UDA, Bank Pertanian  Malaysia, MARDI, MIDF, BPMB, dll bertindak sebagai  badan penyelaras   kepada  semua agensi-agensi pusat  ini dalam usaha membantu   Bumiputera P. Pinang dalam segala aspek, seperti pembangunan  usahawan, urusan pinjaman bank sekiranya ada karenah dari bank-bank   yang berkenaan,  pembangunan hartanah, seminar-seminar   keusahawanan, membantu usahawan-usahawan Bumiputera mendapatkan   kontrek, pengagehan rumah-rumah yang dibangunkan oleh Penang  Development Corporation (PDC) kepada Bumiputera yang mahu  membelinya dan sebagainya.

Ini kerana  aktiviti-aktiviti  penting  ini  memerlukan  seorang  pegawai yang   tahu  dalam aspek  banking dan pembangunan usahawan, rezeki badan    saya  terpilih dari kalangan ramai  pegawai yang dikenalapsti dari   agensi-agensi Kerajaan Pusat seperti  MARA,  MIDF, Bank Pertanian dan sebagainya.
Pengarah JKP pada masa itu ialah Mohd. Hanafiah Omar, orang kelahiran  Penang, adik Tan Sri Alias  Omar, orangnya  amat baik. Sayahormat  beliau sampai sekarang walau dah sama-sama  tua ini.

Pada masa itu Tun Abdullah baru menjawat  jawatan sebagai Setiausaha  Parlimen di JPM, orangnya  masih  muda dan  kacak. Beliau yang  dilahirkan dari keluarga yang alim banyak mendidik dan membimbing saya dalam kepimpinan, baik politik atau kemasyarakatan. Teguran-teguran   beliau, kadang-kadang pedas sampai menyusuk kedalam  jantung adalah   ilmu yang saya  warisi sampai ke akhir hayat  saya. Lagi  pedas dan panas  teguran  beliau kepada saya lagi saya suka sebab itu adalah tanda   kasih  sayang  beliau  kepada  saya  supaya  saya  jadi orang.  Ilmu dari Tun  Abdullah ini  tidak  boleh saya  perolehi  dari mana-mana universiti dalam  dunia ini.  Semuanya lahir dari keikhlasan hati beliau.

Begitu  juga  dengan  allahyarham Tun Mustapa Datu Harun, bimbingan,   tunjuk ajar dan teguran  beliau tidak dapat  saya  nilaikan dengan  apa  sahaja  pun. Semoga jasa allahyarham yang banyak mendidik dan  menegur segala kesilapan saya menjadi pahalanya dialam barzah  dan  insyaallah diakhirat  nanti. Semoga Allah SWT menempatkan roh   allahyarham dikalangan hamba-hambaNya yang soleh. Siapalah saya dalam masyarakat dan dalam dunia politik  tanpa Tun Abdullah dan tanpa allahyarham Tun Mustapa.

Sejak Pak Lah diberhentikan secara paksa oleh Mahathir,  Najib dan Muhyiddin, kami difahamkan saudara selalu hadir   dalam ceramah-ceramah Pakatan, mengapa?

Memang  benar.  Sejak  Pak Lah disondol  keluar  oleh  gerombolan  Mahathir, Najib  dan  Muhyiddin yang  tidak  sabar-sabar untuk  mengambil   alih  jawatan  tertinggi  negara  daripada Pak Lah, saya  sudah hilang  hormat  kepada kepimpinan  UMNO sekarang  ini. Mereka memaksa Tun  Abdullah turun  kononnya  Pak Lah lembik,  tak  ada uumppp memimpin,   tak  ada hala tuju, lemah, tidak  konsisten dalam keputusan dan  pendiriannya  dan  macam-macam  lagi.

Mereka anggap mereka adalah  manusia terhebat, terpandai, jauh lebih   hebat  dari Pak Lah dalam memimpin negara dengan   falasafahnya   "transformasi",  semuanya nak ditransform, tetapi seperti mana yang  rakyat  jelata dapat lihat sekarang ini, semua semakin meleset, UMNO  semakin hancur,  semakin  berkecamuk, semakin ditolak  oleh rakyat,   teramat  takut untuk mengadakan PRU.

Bukankah beberapa hari lepas Mahathir akui Najib lebih lemah daripada Pak Lah?

Dr.  Mahathir  (Mohamad) yang bekerja keras sebagai "defacto-PM" mengakui  sendiri secara  umum bahawa Najib jauh lebih lemah dari Pak Lah dan  tidak mampu memimpin  sehingga  Najib  terpaksa  akur dengan  segala   permintaan dari  banyak  pihak, terpaksa membazir  wang rakyat untuk  BR1M1 dan  2,  terpaksa  akur kepada  permintaan untuk membina banyak  tokong dan macam-macam lagi dan ini belum pernah berlaku dalam  sejarah politik negara  kita dimana seorang PM terpaksa  tunduk kepada  "political ransom" sepertimana  yang  dilakukan oleh Najib sekarang ini  diatas macam-macam alasan  kononnya dia amat  perihatin dan rakyat  didahulukan.

Kalau 30 tahun dulu rakyat  bolehlah "diboyok" kata orang  Sabah, tapi  bukan sekarang "ini lagi bah". Orang sudah  boleh  fikir  bah, kau kasi  aku  ambillah, tapi undi sory lah. Di manakah  maruah seorang PM, UMNO dan  Melayu kita sekarang ini yang  terpaksa tunduk  kepada  semua tuntutan.
Mukaddimahnya  sahaja "1Malaysia" ditolak bulat-bulat oleh orang Melayu  sehingga Muhyiddin  terpaksa melaungkan "1Melayu" untuk menyejukkan   hati orang Melayu. Kata orang Sabah kau sudah kena ketulahan bah!

Berbalik  kepada "Projek IC" di Sabah. Mengapa saudara   sedia bersama Harakah untuk membongkar rahsia sebenar operasi ini?

Selama ini saya hanya  mengikuti  perkembangan RCI melalui akhbar-akhbar  samada  secara  "hardcopy" atau melalui  website  mereka  dengan penuh minat. Kadang-kadang  lucu  kerana  rahsia  sebenar "Projek  IC" ini  tidak langsung di ketengahkan,  seolah-olah mahu disorok  daripada pengetahuan umum.

Tetapi  apabila  nama Pak Lah  yang  tidak  pernah  terlibat  dengan  perkara  ini diheret  ke kancah polemik  ini, saya  sebagai  "gurka  setia" yang  terlibat  secara  langsung  dalam  operasi khas ini terpanggil untuk  mendedahkan  rahsia  sebenar  "Projek  IC" ini, sekaligus untuk bersihkan  nama baik Pak Lah.  Apabila sahabat saya Dato' Rameli Buyong  memaklumkan  saya, Harakah sedia mewawancara saya, saya kata OK. Saya ucapkan  terima  kasih kepada Harakah kerana akhbar-akhbar pro-BN sudah  pasti  tidak  berani  mendedahkan  apa  yang  Harakah  mampu buat.

Saudara marah dengan dakwaan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang  meminta RCI  memanggil Pak Lah dan Mahathir  untuk  memberikan keterangan...

Tidak sekali. Dato' Seri Anwar Ibrahim sudah  banyak  kali  mengatakan  bahawa  beliau  tidak  pernah dan tidak langsung  terlibat dengan "Projek  IC"  biru ini  dalam cara atau dalam bentuk apa pun, tetapi Mahathir yang  berdendam  kesumat dengan Anwar terus menerus menghentam dan     mendakwa  Anwar terlibat  dalam  "Projek  IC"  biru walaupun  beliau  mengaku   tidak  ada  bukti.

Sebelum itu Mahathir pun menyalahkan allahyarham Tunku  Abdul  Rahman, dah nyanyuk  betul  Mahathir ni. Dulu dia kata Melayu mudah   lupa. Celupar betul mulutnya, cakap macam orang tak  beriman, main   syok  aje  fitnah sana fitnah sini. Tak takut  azab Allah  SWT dunia  akhirat.  Malah Tun Abdullah  pun  pernah bertanya  kepada saya  dua bulan lepas   samada  Anwar terlibat  dalam "Projek IC" biru ini dulu,  saya dengan  tegas mengatakan Anwar tidak pernah terlibat langsung dalam "Projek IC"   biru ini sebab semua orang UMNO  tahu bahawa Anwar  bukannya "bed  fellow" dengan  allahyarham  Megat Junid  (Megat Ayob) dan  juga    dengan Pak (Tan Sri Aziz  Samsudin) dan  mereka  tidak  pernah sebulu.

Malah allahyarham Tun Mustapa dulu  pun ada  terguris hati dengan  Anwar,  jadi macam mana Anwar nak  terlibat  dalam  "Projek  IC" biru ini. Saya  tak salahkan  Anwar meminta RCI  memanggil Tun Abdullah ke RCI.  Itu mungkin jawapan beliau secara  "impromptu"  atau mungkin  beliau  sengaja menjolok Tun  Abdullah untuk menghentam balik Mahathir.   Biasalah orang politik memancing respons,  apa pun Tun  Abdullah dah  dengan tegas  menafikan pembabitan  dalam  projek  IC  biru  ini.

Tun Abdullah  tidak memerlukan projek macam ini untuk menaikkan nama  baik  beliau.  Semua orang tahu bahawa Tun Abdullah  tak pernah buat  yang  bukan-bukan, beliau  keturunan keluarga  ulama  besar, beliau  banyak beristigfar sebelum melalukan sesuatu itu.


Macam mana  saudara  boleh diberi  kepercayaan  oleh  Tun Mustapa untuk ketuai "Projek IC" ini, sedangkan  saudara  adalah anak Semenanjung?

Saya  diperkenalkan  kepada allayarham  Tun Mustapa Datu Harun oleh  adik allahyarham yang bernama Datu Abdul  Salam yang datang berjumpa  saya memohon pinjaman untuk menyiapkan hotelnya di Kudat  yang  sekian lama terbengkalai sejak USNO dikalahkan oleh Berjaya pada tahun   1976 dengan hanya "super structure"yang siap.

Pada awal perkenalan dengan allahyarham  Tun Mustafa, saya hanya   menceritakan latar belakang dan pengalaman pekerjaan saya, tak  lah  seberapa  sangat  sebab pada  tahun 1986  itu pun saya berumur 36  tahun dan terlalu  banyak  lagi  yang perlu saya pelajari dalam hidup  ini.     Saya juga maklumkan  kepada allahyarham Tun  Mustafa bahawa  saya   adalah gurka akar umbi Tun Abdullah.

Rupa-rupa allahyarham Tun Mustapa  pun menghormati keperibadian dan latar belakang Tun Abdullah dan perbualan semakin rancak sehingga  meliputi isu-isu politik semasa. Agaknya allahyarham Tun Mustafa tertarik   dengan kareer  banking  saya dan mungkin juga  dengan sedikit   pengalaman saya yang belajar mengenai perjuangan serta kepimpinan  politik dari Tun Abdullah, lalu  allahyarham  Tun  mengupas  luas sejarah   perjuangan beliau menentang penjajahan Jepun dulu, sejarah    penubuhan, perjuangan dan kesilapan USNO, masaalah "generation gap"   diantara kepimpinan  vetran USNO dengan generasi muda terpelajar    anak-anak  Melayu, masalah kesukuan diantara Bumiputera Islam,    kepincangan  ahlak  dikalangan sesetengah pemimpin USNO, struktur   organisasi USNO yang  tidak  tersusun  terutamanya  diperingkat bahagian   dan cadangan dan banyak lagi.

Banyak yang saya pelajari  dari  penjelasan allahyarham sambil makan  malam di rumah  allahyarham di Tanjong Aru dan banyak pula "case  studies" yang  boleh  saya  buat  dari  banyak masaalah yang allahyarham   kemukakan  itu.  Saya hanya  memberikan  ulasan dan   cadangan-cadangan  yang saya fikirkan  praktikal dan boleh pula   dilakukan tanpa banyak masaalah.

Allahyarham Tun Mustapa  menunjukkan minat yang mendalam untuk   membawa saya ke jemaah "inner  circle" nya  dan saya  teramat  bersyukur kerana mula diberikan penghormatan untuk memberikan    cadangan-cadangan yang mampu saya hujjahkan dalam beberapa kes   yang  tertentu.

Ujian tugas pertama  yang allahyarham Tun Mustapa berikan kepada saya   ialah membawa seramai mungkin generasi muda terpelajar dari  kalangan   kakitangan Kerajaan Negeri dan Pusat  untuk  menyokong perjuangan  USNO dan untuk menjadi "core supporters" allahyarham.

Bagi saya tugas ini  mudah  sangat  sebab dengan kedudukan saya  sebagai seorang  pengurus bank yang  masih muda dan bertenaga  serta    ramai kenalan,  amat mudah sekali  saya mempelawa generasi  muda   terpelajar  datang berborak-borak  dengan saya selepas pejabat   dan     juga semasa  makan  tengahari,  tambahan  lagi  saya  mempunyai  elaun   keraian.

Disamping   itu  sebagai  ketua  jabatan  agensi  Pusat, saya  kerap   dijemput  untuk  menghadiri   mesyuarat  di  Kementerian Pembangunan  Luar Bandar Sabah, Kementerian Kewangan Sabah, Kementerian  Kebudayaan dan Sukan Sabah dan banyak  lagi  lah. Dari situlah  saya   berkenalan dengan  Shafie Apdal, Marsidi  Manjun, Mustapa   Kula,   Kasitah Gadam, Karim  Bujang, Dr. Yusuf  Yakob, Ansari  Abdullah, Aizah  Mohd. Dun, Sapawi  Ahmad, Yahya Husin,  Mohd.  Nor Mokhtar, Basalie  Ahmad, Datu Nashrun dan  ramai  lagi.

Syukur alhamdulillah buat  pertama kali  saya  dapat  menjemput dan  mengumpulkan sahabat-sahabat  saya di atas dan ramai lagi selain   dari  pegawai-pegawai Kerajaan Pusat dirumah allahyarham Tun  Mustapa  yang  turut dihadiri oleh Tun Sakaran  Dandai, Tan  Sri  Ampong  Puyon, Datuk  Askalani, Railey Jeffery  dan ramai lagi veteran USNO.

Selepas sesi  pertama  ini saya meneruskan dengan sesi perjumpaan   hari  raya dan  sesi-sesi  yang  lain di rumah allahyarham  Tun Mustafa  dengan  ramai  lagi generasi muda terpelajar dan sokongan akar   umbi   allahyarham  Tun  Mustapa semakin baik.

Saya juga diminta oleh allahyarham Tun Mustafa membuat  audit   dibeberapa buah  bahagian USNO, tetapi  akhirnya saya diherdik dan  diumpat oleh kebanyakkan ketua dan AJK bahagian  kerana mereka  yang  tidak  pernah mengalami audit seperti  ini  tidak  boleh menerima  laporan   professional  yang  sistematik dan tidak  boleh  menerima  teguran serta   cadangan yang membina. Dalam pepatah Inggeris  kita  kata  "old  habits  die  hard".

Saya juga berjaya  merayu kepada beberapa  orang  pemimpin veteran    USNO seperti  Karim Ghani  dan Yahya Lampong berhenti dari terus   mengkritik kepimpinan allahyarham Tun  Mustapa sebab masa itu kita   sedang berhadapan dengan tentangan Kerajaan PBS yang berjaya  mengambilalih  kuasa dari Berjaya dalam pilihanraya negeri pada bulan  April 1985 yang memenangi kalau tidak silap mengikut catatan saya   26  dari 48 kerusi DUN.

Saya menjemput pemimpin-pemimpin  veteran USNO yang kritis ini   berbincang dipejabat saya selepas jam 1700. Jadi bilik mesyuarat   bank   saya jadi bilik  perbincangan  politik selepas jam 1700.
Apa yang saya lakukan saya berikan laporan bertulis ringkas kepada  allahyarham Tun Mustapa. Disamping itu apabila masuk waktu saya tetap   istiqomah menunaikan kewajipan saya  sebagai orang Islam yang   tetap   menjaga solat  fardunya, termasuk ketika saya berada  di rumah   allahyarham atau dipejabatnya di bangunan USIA.

Semuanya ini membuat allahyarham Tun  Mustafa semakin selesa dan  semakin yakin dengan saya sehinggalah  beliau  boleh  menceritakan  secara terperinci  kepada saya hubungan  beliau dengan allahyarham  Tunku Abdul Rahman dan allahyarham Tun Abdul Razak  dan macam   mana kita membantu perjuangan Moro. Semuanya ini akan saya  khazanahkan sebagai sejarah bertulis untuk pengetahuan dan  rujukan    anak-anak cucu cicit  saya agar mereka boleh juga menjadi pejuang yang   ikhlas untuk ugama, keluarga, bangsa dan negara,  tetapi tidak boleh  dijadikan sebagai  rujukan awam.

Baiklah, sekarang saudara cerita secara terperinci macam  mana saudara terlibat  dalam perancangan "grand design"  Projek  IC yang kesannya  berlanjutan sehingga sekarang ini.

Sebelum saya menghuraikan perkara ini dengan lanjut, saya ingin   mengimbas sedikit sejarah politik Sabah dari mulaPBS  memenangi   pilhanraya negeri pada bulan April  tahun 1985  itu. Selepas ubahsuai   pejabat cawangan BPMB siap pada awal tahun 1985, kalau  tidak  silap  pada bulan Februari 1985, saya sepatutnya terus berpindah dari Kuala  Lumpur ke Kota Kinabalu  untuk memulakan  operasi pejabat  cawangan   ini.

Tetapi apabila Kerajaan Berjaya yang banyak membantu  saya dalam   urusan penyediaan pejabat cawangan BPMB ini kalah kepada PBS   yang   memenagi 26 dari 48 kerusi DUN, saya pun amat  berat  untuk berpindah  ke Kota Kinabalu sebab  saya tahu PBS ini   anti-Melayu / anti-UMNO / anti-Islam dan anti-Semenanjung sedangkan  pada masa  itu semua kakitangan pejabat  cawangan  bank sudah saya   pilih dan lantik untuk memulakan tugas, hanya tunggu saya membuka   pejabat. Akhirnya  apabila pengurusan bank memberikan kata dua  kepada  saya, saya dalam protes terpaksa juga  terbang ke Kota Kinabalu.

Saya amat kecewa apabila pelanggan-pelanggan KDM yang dulunya   amat  baik berulang  alik dari KK ke KL untuk menguruskan pinjaman  mereka amat  baik  dengan saya tiba-tiba boleh  bersifat   anti-Semenanjong dan menjadi tidak mesra dengan saya. Pagi-pagi buta  saya sudah mendapat  panggilan  telefon  dari  orang-orang KDM  meminta orang Malaya  balik  berambus  sebab  Sabah  boleh  hidup  tanpa  orang  Malaya, bank kau boleh tutup  bah, dan macam-macam lagi  sehingga  saya  terpaksa memasang alat perakam suara untuk saya   berikan  kepada  ibu  pejabat  saya.

Saya  berjumpa  dengan  OCPD KK pada  masa itu (Sup Haji Ishak  Awadan) untuk memohon perlindungan polis. Syukur alhamdulillah  semakin lama  semakin  ramai  kenalan dari kalangan  pelanggan   orang-orang  Melayu kita  termasuk  saudara  Ansari  Abdullah dan   Pandikar Amin Mulia yang saya lantik sebagai panel peguam bank.

Keadaan sosio-politik dan sosio-ekonomi  Sabah sejak PBS memerintah   amat  bercelaru  sehingga banyak "capital  flights" berlaku.

Muluk  Awang Damit (bekas  MP  Labuan) yang bertugas sebagai   pengurus cawangan City Finance Bhd. milik Musa Aman meminta   pertolongan  saya  untuk  mendapatkan pelanggan  untuk  menyimpan / menabung di syarikat  kewangannya. Keyakinan perniaagaan   amat  rendah  sekali. Hidup rakyat hari-hari hanya dipenuhi dengan  cakap-cakap politik  untuk menjatuhkan Kerajaan PBS manakala   kepimpinan PBS terus memperkukuhkan  kedudukan mereka dengan   menaikkan pangkat pegawai-pegawai KDM kejawatan-jawatan penting. Ini  membuat  orang  Melayu semakin marah  kepada PBS.

Ringkas cerita, akibat tentangan hebat gabungan USNO-Berjaya yang   berterusan  yang mengakibatkan tidak  ketentuan dan ketidak   setabilan   politik negeri, PBS terpaksa membubarkan DUN sekali lagi pada bulan  Februari 1986 setelah 10 bulan memerintah dan dalam   pilihanraya   semula  kali ini  PBS menang dengan majoriti 34 dari 48 kerusi DUN dan  kedudukan  mereka semakin kukuh manakala tentangan dari USNOdan    Berjaya semakin rancak lagi.

Pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong USNO-Berjaya     yang terus tidak puas hati dengan kemenangan besar PBS    terus menerus menjolok penyokong masing-masing yang  berakhir   dengan perarakan besar di Kota Kinabalu pada 13 Mac, 1986   yang diketuai oleh Tun Sakaran Dandai yang menyebabkan   rusuhan, letupan bom, pembakaran kedai dan   kenderaan-kenderaan di Karamunsing dan juga menyebabkan  kematian sehingga  menyebabkan perintah  berkurung.

Pada masa itu saya baru keluar dari mesyuarat di Kementerian  Pembangunan Luar Bandar Sabah dan terperangkap di tengah jalan.   Saya kembali  ke pejabat,  menutup  pejabat  dan  mengarahkan semua  kakitangan pulang segera untuk keselamatan diri  mereka. PBS berjaya    menjadi anggota komponen BN kalau tidak  silap pada bulan Jun 1986.

Bagaimanapun keanggotaan PBS dalam BN tidak  juga  mengendurkan   tentangan ahli-ahli USNO dan Berjaya yang  tetap tidak puas  hati dengan  Kerajaan PBS yang dilihat sebagai  anti-Melayu / anti-Islam.

Perniagaan bank saya  tidak  mencapai  kemajuan yang saya   harapkan dan saya terpaksa berpeluh melaporkan masaalah   sosio-politik di Sabah pada masa itu kepada ibu pejabat  saya di Kuala  Lumpur sedangkan saya sebagai pengurus  cawangan BPMB di Pulau Pinang pada  tahun 1980-1983 dimahkotakan sebagai  diantara pejabat cawangan yang  mencapai prestasi  yang terbaik.

Saya  terus diminta oleh allahyarham  Tun Mustapa untuk membantu  memperkuatkan  sokongan akar umbi USNO dengan mendekati    masyarakat KDM, khasnya kaum Dusun sebab ramai  diantara  mereka  yang  berugama  Islam.

Ketika saya sedang  bekerja di pejabat  pertengahan tahun 1987,   allahyarham Tun Mustafa memanggil saya ke London untuk  membincangkan perkara yang amat penting.  Saya kebingungan kerana   saya  tidak mempunyai sebarang alasan untuk mengambil cuti  kecemasan untuk keluar  negara  yang saya  tidak tahu berapa hari pula saya mesti   bercuti.

Saya menjelaskan kepada allahyarham Tun Mustafa kerumitan saya,   tetapi beliau  bertegas demi berjuangan untuk ugama, bangsa dan  negara  saya tidak  ada pilihan dan beliau kata beliau akan   menyelesaikan dengan pengerusi BPMB iaitu allahyarham Tan  Sri  Samad Idris sekiranya BPMB mengambil  tindakan terhadap saya.

Dengan  hati yang berat  dan penuh  serba salah, saya pun melangkah ke  lapangan terbang KK untuk ke London melalui  Singapura.

Sampai di Heathrow, pengurus  MAS London menunggu  saya  dengan pemandu allahyarham Tun Mustapa dan mereka   memberikan "greeting" kepada saya dengan kata-kata aluan  "welcome  to London Mr.  Mat, special  assistant to Tun Mustapa".   Saya ketawa dalam hati dengan gelaran tersebut.

Saya terkejut  bila  pemandu  allahyarham Tun Mustafa mempersilakan   saya naik kereta Rolls Royce nya! Allahyarham Tun Mustapa memberitahu saya bahawa dengan cara apa  pun kita  mesti menjatuhkan PBS dalam  pilihanraya negeri  yang berikutnya pada atau sebelum tahun 1990.  Jadi kita mesti memikirkan sesuatu yang terbaik dan paling berkesan untuk   memperkuatkan sokongan akar umbi USNO, satu daripadanya ialah  dengan menambah undi dari:

• Orang Islam dari kalangan penduduk tetap Filipina yang sudah lama  tinggal di Sabah.
• Tentera dan polis yang bertugas di Sabah tetapi undi mereka belum   dipindahkan ke Sabah dan juga tambahan undi anggota dari Semenanjung.
• Guru-guru, pegawai-pegawai dan kakitangan agensi-agensi Persekutuan  yang  bertugas di Sabah.
• Peneroka-peneroka Felda sekiranya ada yang dipindahkan dari Semenanjung ke Felda seluruh Sabah.
• Sahabat-sahabat kenalan dan semua ahli keluarga saya yang undi mereka dipindahkan ke Sabah.
• Mendaftarkan semua orang Melayu / Bumiputera Sabah sebagai  pengundi.
• Saya yang juga dilantik  sebagai  Ahli  Majlis Tertinggi Dewan Perniagaan  Bumiputera Sabah (DPBS) mesti memastikan semua ahli DPBS  menyokong USNO.

Saya bertanya  kepada allahyarham Tun Mustapa samada gerakan   seperti ini pernah  dilakukan di zaman USNO dan juga di era Kerajaan   Berjaya. Allahyarham Tun Mustafa memaklumkan saya bahawa semasa  era USNO, anak-anak pendatang asing Filipina Islam  yang berkelayakan    professional diberikan kerakyatan dengan mudah dan diberikan   juga peluang  pekerjaan di Sabah.

Ramai juga permastautin tetap Islam Filipino yang sudah lama tinggal di  Sabah diberikan kerakyatan,  tetapi  itu semuanya dilakukan secara  adhoc kerana  di zaman  USNO  tidak ada keperluan untuk  menambahkan kekuatan sokongan  akar  umbi USNO. Semasa era Kerajaan  Berjaya, allahyarham Tun Mustafa mengatakan  ramai  pula  orang  Pakistan  membanjiri  Sabah sehingga  menyebabkan  banyak  masaalah  sosial kerana  ramai  wanita-wanita  termasuk  isteri-isteri  orang  pun naik  syok dengan  lelaki Pakistan ini  yang mancung hidungnya dan   "barangnya" pun  dikatakan lebih hebat  dari lelaki tempatan.

Apabila saya pulang ke Sabah, allahyarham  Tun  Mustapa  mengarahkan  saya  untuk merangka cadangan "grand  design"   operasi khas ini untuk beliau halusi.

Selepas dua hari di  London, saya menalefon  isteri  saya di Kota  Kinabalu untuk bertanyakan khabar anak-anak  yang masih kecil. Saya   terkejut bila  isteri saya memaklumkan saya  bahawa saya  diarah pulang  segera  oleh ibu  pejabat  BPMB di Kuala  Lumpur  untuk  menghadapi   tindakan  tatatertib  kerana  meninggalkan  pejabat tanpa sebab dan  bukannya pula  kerana  tugas rasmi.

Saya memaklumkan  allahyarham Tun  Mustapa mengenai dilema   saya. Allahyarham Tun Mustafa mengarahkan saya segera menghubungi   Ampong  Puyon dan saudara Abu  Bakar  Abbas  (Datuk),  Setiausaha  Agong DPBS untuk  memaklumkan Ampong  Puyon  (Tan  Sri) untuk  segera menelefon  allahyarham Tun Mustafa di  London.  Allahyarham  Tun  mengarahkan Ampong  Puyon  (Tan  Sri)  untuk segera  berjumpa  dengan Tan Sri  Abdul  Samad  Idris,  pengerusi   BPMB  untuk  menyelesaikan  tindakan  tatatertib BPMB  terhadap  saya.

Sekembalinya saya ke pejabat  selepas hampir seminggu  menghilangkan diri di London, surat  tindakan tatatertib sudah   terpapar  diatas meja  saya. Bagaimanapun  walaupun perkara   tersebut telah  diselesaikan oleh kepimpinan tertinggi USNO dengan  pengurusan  BPMB,  ianya  tetap merupakan  titik  hitam  dalam  kareer  banking saya.

Tidak  lama  kemudian  saya  menerima  pula  arahan  untuk  kembali  ke Kuala  Lumpur dengan segera. Saya naik bingung sedangkan   anak-anak saya baru mula bersekolah  di Kota Kinabalu dan   pertukaran sekolah dipertengahan penggal akan menimbulkan banyak masaalah kepada pelajaran anak-anak saya.

Sekali lagi saya  terpaksa memaklumkan   allahyarham Tun Mustapa  yang  naik  berang dengan tindakan BPMB sedangkan   kerja-kerja "part  time" saya membantu perjuangan USNO semakin  rancak dan semakin mendapat sokongan pegawai-pegawai dan    kakitangan Melayu / Bumiputera Islam Kerajaan Negeri dan Pusat,  golongan generasi muda  terpelajar  dan  ahli-ahli DPBS.

Allahyarham Tun Mustapa  dan Ampong  Puyon  (Tan  Sri)  terpaksa berjumpa  sekali  lagi  dengan  pengurusan  tertinggi   BPMB  untuk  membolehkan saya dipinjamkan pula  ke DPBS sebagai  penasihat eksekutif.

Akhirnya saya pun  bertukar baju sebagai penasihat  eksekutif DPBS   dan dengan tanpa  topi  sebagai seorang  banker, saya  pun  semakin  laju menggunaka  kedudukansaya  di DPBS  memperkuatkan lagi  sokongan  akar  umbi  kepimpinan allahyarham Tun Mustapa   dan USNO. Ramai  dikalangan usahawan-usahawan KDM yang  menjadi ahli DPBS.

"Secondment" saya ke DPBS  merupakan  satu  ujian  yang  getir  kepada saya kerana BPMB tidak memberikan saya sebarang gaji,   tetapi bayaran pinjaman  perumahan dan kereta  saya dibekukan  buat  sementara  waktu. DPBS memberikan saya elaun sebanyak   RM700 / bulan  sedangkan gaji saya sebagai  pengurus  cawangan  BPMB Sabah lebih dari RM5,000 / bulan pada  masa itu dengan   semua kemudahan  yang lain.

Hidup  anak-anak  isteri  saya  yang  terpaksa   ikat  perut  memang  merupakan satu  ujian dalam hidup saya, tetapi demi perjuangan, maruah  dan martabat ugama, bangsa dan negara,  saya sanggup melalui  detik-detik  esusahan itu selama lebih dari setahun.

Namun, dengan semangat yang berkobar-kobar untuk memastikan  kemenangan mudah USNO dalam pilihanraya negeri  yang akan datang,   semua perasaan kesusahan  tidak berapa dirasai.  Tambahan pula ramai  penyokong-penyokong  dari  pantai  timur  Sabah  dan dari  daerah-daerah  lain  datang membawa udang, ketam, sotong  dan lain-lain makanan  laut   tanpa putus sehinggakan  tidak  cukup  tempat  dalam  peti sejuk saya.

Tidak  kurang  pula yang datang memberikan  daging  payau,  kijang,   tambadau  dan pelandok  disamping saya  sendiri  yang  kerap  masuk  hutan  dengan kawan-kawan saya.

Saya  kembali  ke Semananjung pada hujung  tahun 1988 apabila   tamat  tempoh "secondment" saya  ke DPBS.  Sahabat-sahabat setia  seperjuangan  saya  seperti  Yahya  Husin,  Shafie  Apdal,  Mustapa Kula,   Abu  Bakar  Abas,  Mohd.  Nor,  Bahari  Aship,  Mohd.  Yunus  Tahir,  Sabdin  Ghani,  Karim  Bujang  dan  ramai  lagi menghantar saya  ke  terminal  Feri  Malaysia.

Kami  berpelukan  sambil  mengalirkan air  mata  sebelum  saya masuk  ke feri  di  dini  hari,  kalau  tidak  silap  jam  0100  pagi.  Semasa dalam  kabin feri, air mata  mengalir  tanpa  saya  sedari sehinggakan  isteri  saya   yang  sibuk  menidurkan  anak-anak  yang  masih  kecil memujuk  saya  supaya  bertenang dan  bersabar.   Terbayangkan segala keseronokan perjuangan untuk mengembalikan  pemerintahan Melayu  dan Islam di Sabah  sejak saya ditugaskan di  Sabah. Terkenang segala pertemuan dan perbicangan dengan   kawan-kawan seperjuangan boleh dikatakan hampir setiap malam  dirumah saya  di Taman Berhwemin, Kepayan.

Terkenang  pesan  kawan-kawan seperjuangan supaya saya terus   berjuang dari KL. Terkenang  keseronokan  mencari  payau  dengan  kawan-kawan  yang sering  kali  disertai  oleh  Prof.  Ustaz  Dato'  Harun  Din.

Bila "Projek IC" ini dimulakan?

Seminggu  selepas  saya  berpindah  balik  ke  KL,  allahyarham  Tun  Mustapa memanggil saya  ke rumah  allahyarham  di  Petaling Jaya.  Beliau merujuk kembali kepada racangan "grand  design" yang sudah  persetujui itu dan  mengarahkan  saya  segera  menubuhkan  pusat  gerakan.

Saya segera  meminta  kebenaran  Datu  Abdul  Salam,  adik allahyarham  Tun Mustapa untuk menggunakan  dan mengubahsuai   pent  house   Hotel  Dashrun  beliau  untuk  bilik gerakan  ini dan beliau  terus mempersetujuinya. Dengan  sumbangan  dana dari allahyarham  Tun  Datu  Mustapa,  saya   membeli  tiga  buah komputer  dan  dua  buah  printer  dot matrix yang  besar dan berkelajuan  tinggi.

Saya  dibantu oleh beberapa  rakan  yang  pernah bertugas dengan   BTN dan  mereka  ini  adalah  anak  didik  Aziz  Samsudin. Untuk   memasukkan  data  kedalam  komputer,  saya  dibantu   oleh  beberapa  orang  operator  sambilan.

Allahyarham Tun Mustapa  juga memaklumkan saya  bahawa  akan   berjumpa  dengan  Nur Misuari  diluar  negara untuk  memastikan   bahawa rakyat Filipina  Islam  yang  diberikan  kad  pengenalan   biru   menyokong  dan mengundi USNO dan  tidak terpikat dengan   umpanan PBS.

Saya diarahkan  bertemu dengan  adik  Nur  Misuari serta beberapa   orang komander  Moro di Lapangan Terbang Subang dimana  mereka   singgah  sebentar (transit) dalam perjalanan  mereka  ke Libya.   Beberapa  orang   anggota  cawangan  khas  termasuk saudara susu  saya yang ditugaskan mengawasi kumpulan  komander Moro   ini     terkejut  besar bila mereka melihat  saya  berjumpa dan berbincang   dengan mereka.

Apa yang diarah Tun Mustafa untuk tindakan segera dalam "Projek IC" ini?

Tun Mustafa mengarahkan  saya...
•  Menyediakan teks "talking  points"  beliau dengan  Dr.  Mahathir  Mohamad  dan  Megat  Junid Megat Ayub.
•  Membuat  temujanji  dengan Tengku Ahmad  Rithaudeen,  Menteri Pertahanan dan  "talking  points"   dengan YBM  Tengku.
•  Menghubungi Ibu Pejabat  SPR.
•  Membuat  analisa  keputusan pilihanraya negeri 1985 dan   1986  dan seterusnya  membuat analisa keperluan  tambahan  undi   yang  diperlukan   disemua  kawasan-kawasan   yang  harus Usno menang kembali tetapi jatuh  ketangan PBS dalam  tahun 1986  serta  membiarkan kawasan  majoriti  KDM seperti Tambunan, Moyog, Kinabalu dan Penampang.   Tambahan undi  pula  dikawasan-kawasan  tumpuan untuk kemenangan   lebih dari 2/3 mestilah komposisinya dari  berbagai  lapisan pengundi   dan tidak hanya dari satu golongan sahaja. Misalnya undi tentera jangan   dilonggokkan di satu  kawasan, pecah-pecahkan  kebeberapa  kawasan   dan  kekurangannya  mesti diambil  dari   guru-guru  Semenanjong   dan  sebagainya.
Kerja  ini  amat  rumit  kerana saya  terpaksa melakukannya sendiri  tanpa  dibantu oleh orang  lain supaya  rahsia besar ini tetap rahsia.
• Mengenalpasti bakal-bakal calon terutamanya  daripada   generasi muda terpelajar untuk  tapisan cawangan  khas.
• Merangka keperluan  dana.
Tugas saya  teramat  berat,  siangnya kerja di BPMB,  lepas jam  1700 bergegas pula  ke  Dashrun  Hotel  memerah otak  dibilik  khas  yang  tidak  boleh  dimasuki oleh orang lain  selain dari Datu Abdul  Salam.

Apa hasi pertemuan Tun Mustafa dengan Tengku  Ahmad  Rithaudeen?

Ringkas  cerita, hasil pertemuan  dengan Tengku  Ahmad  Rithaudeen, empat orang pegawai tinggi dari Kementerian Pertahanan datang  berjumpa  saya  dengan Datu Abdul Salam di Hotel Dashrun. Seorang  major ditugaskan  khas untuk bekerjasama  dengan saya. Pegawai   tersebut amat  baik, amat  aktif dan komited dalam tugasnya. Kami   berjumpa bila-bila sahaja diperlukan  untuk memutuskan sesuatu   yang diperlukan, tidak  kira masa. Di Sabah saya berhubung  dengan Panglima ATM  di Kem Lokawi.

Di  Ibu Pejabat Kontingen Polis  Sabah  saya berhubung  dengan   Commissioner Maulana  Babje dan kemudiannya  kalau tidak silap   dengan Commissioner  (Tan Sri) Rahim Noor yang  menumbuk Anwar   Ibrahim. Saya  bekerjasama rapat dengan OCPD KK Supt. Ishak Awadan.

Saya  diperkenalkan  kepada  Setiausaha  SPR (Tan Sri) Abdul  Rashid  Abdul  Rahman oleh "childhood  family  friend" saya saudara  Zahid  Hamidi.

Bila saudara mula kenal dengan Megat Junid?

Saya   berjumpa  dengan  Megat  Junid  Megat Ayob buat  pertama  kalinya dirumah Tun Mustapa  di  Petaling Jaya,  hanya  perbincangan enam mata  sambil  makan  tengah hari. Kali  kedua saya berjumpa  dan  berbincang dengan   allahyarham  Megat  Junid  di  rumah  allahyarham Tun Mustapa   di  Petaling Jaya bersama  Osu  Sukam (Timbalan  Menteri Kerjaraya   pada masa  itu) dan Datu Abdul  Salam  Datu  Harun,  pun sambil    sarapan tengah hari.

Kali ketiga saya dipanggil seorangdiri berjumpa  allahyarham   Megat Junid di pejabat beliau di Bukit Perdana. Saya sanjung   komitmen  beliau. Orangnya  berani, amat  disayangi oleh allahyarham  Tun Mustapa.

Apa tindakan saudara untuk menjayakan "Projek IC" ini?

Saya berulang alik  dari KL ke KK  boleh  dikatakan setiap  minggu  membawa berkotak-kotak  borang kuning SPR  dengan  penerbangan akhir supaya  tidak kelihatan  oleh umum bila kotak-kotak  SPR itu diturunkan  oleh  Yahya  Hussin dan  anggota-anggota cawangan khasnya dan dibawa  terus kerumah saya di Taman Berhwemin,  Kepayan.

Sahabat-sahabat  seperjuangan  setia saya  seperti Shafie  Hj  Apdal,  Sapawi  Ahmad,  Karim  Bujang,  Datuk  Dr. Hasbullah, Utuh  Usbah, Mohd. Yunus  Tahir,  Abu  Bakar  Abas, Bahari  Aship dan  ramai lagi membantu saya mengagihkan  borang-borang SPR  ini   kepada pembantu-pembantu USNO untuk merekodkan nama-nama   pengundi baru.

Operasi ini dijalankan di rumah saudara?

Rumah saya di  Kepayan menjadi intipan agen-agen PBS. Saya   terpaksa tidur dengan senjata api, pun tidak nenyak  tidur. Malah  kalau mandi pun  barang  tu saya  bawa  sama. Memang membebankan,  tapi  seronok  pula  kerana peluang untuk  berbakti kepada  ugama,  bangsa dan negara bukannya  datang  selalu. Lagi  pun bukannya  semua orang yang  Allah SWT berikan peluang untuk berjihad  seperti  ini.  Bagi saya itu semuanya adalah peluang  dan pengalaman    sekali  sahaja  dalam seumur hidup.

Siapa daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang terbabit?

Saya bekerjasama dengan amat  baik sekali dengan  saudara Abdul  Rauf  Sani  (Dato), pengarah JPN Sabah  pada  masa  itu. Peranan   beliau amat penting sekali. Kerana  saya  bekerja  sepenuh masa di  BPMB, saya tidak ada  masa langsung  untuk terlibat dalam mengenalpasti orang-orang  yang  diberikan IC  biru ini dan langsung  tidak  pernah terlibat dalam  apa  bentuk pun dengan operasi sulit JPN Sabah  atau JPN Pusat.

Di pusat  gerakan  saya  di Kuala Lumpur  veteran-veteran USNO  seperti Ahmad  Awang  dari Tawau, allahyarham Piting dan  ramai  lagi yang sudah meninggal dunia datang membawa ratusan   keping setiap seorang  salinan  photostat  kad pengenalan yang  data-datanya saya  suruh pembantu-pembantu saya masukkan   kedalam komputer. Proses ini dilakukan sepanjang tahun 1989  sehingga bulan  April 1990.

Kemudian apa yang saudara lakukan...

"Print-outs" senarai pengundi-pengundi  baru ini saya kemukakan  sendiri  kepada  ibu pejabat  SPR yang  kebetulan  pula duduk di  Bangunan  BPMB. Jadi  amat  mudahlah  saya berurusan dengan  ibu  pejabat  SPR, khasnya dengan  Abdul  Rashid  Abdul  Rahman   (Tan  Sri). Saya  tabikdiatas komitmen beliau.

Saya juga dapat menjalinkan hubungan sokongan yang amat  baik  dengan kumpulan  gerakan Al-Ar'qam dan  ketuanya yang   bekerjasama dengan saya ialah Ustaz  Halim,  timbalan kepada  allahyarham Ustaz  Ashaari Muhammad. Saya  memohon  sokongan  mereka untuk menyokong USNO. Pada mulanya  mereka  itu OK,  tetapi  lama kelamaan  mereka  juga memohon menjadi calon.

Berapa jumlah pengundi yang berjaya dibuat mellaui "Projek IC" ini?

Seingat saya, lebih kurang  20,000 pengundi  tambahan dapat  disenaraikan dan  diagih-agihkan kekawasan-kawasan yang jadi   tumpuan USNO.  Allahyarham Tun Mustapa  amat  ceria  dengan perkembangan "Projek  IC" biru  ini. Isu  projek  IC  biru  ini akhirnya  terbongkar dan disebut  dalam sidang DUN Sabah.

Moral ahli-ahli dan penyokong-penyokong USNO semakin tinggi. Hotel  Dashrun semakin sibuk dengan ahli-ahli dan  penyokong-penyokong  USNO. Disitulah tempatnya pegawai-pegawai berbagai  agensi Kerajaan  Pusat berkumpul  berjumpa  dengan saya serta  dengan Datu Abdul  Salam. Semakin  ramai  yang  datang melobi   untuk  menjadi   calon  menjelang awal  tahun 1990 kerana  pilihanraya  negeri  akan diadakan  pada  tahun tersebut.

Tidak  kurang  yang  datang mengganggu  saya di BPMB. Jemputan   untuk  makan malam  tidak  putus-putus  saya  terima. Bekalan  ikan kering,  udang, sotong  kering dan macam-macam  lagi  tidak putus-putus saya  terima  dari  Sabah.

Allahyarham Ahmad  Ali  Lope (orang  Ipoh  teman  tu) datang  berjumpa saya di  pejabat  saya di BPMB  bagi  pihak  Musa Aman   untuk  menyatakan  hajatnya untuk  menjadi calon USNO. Saya dan  Datu Abdul  Salam  ditengking oleh allahyarham Tun Mustapa bila  kami  menyampaikan  hajat  Musa  Aman. Ringkas  cerita, kerana  pulus  Musa  Aman  kuat,  akhirnya  Musa  Aman diterima  oleh  allahyarham  Tun  Mustapa  sebagai  calon  USNO, kalau  tidak  di Sibuga.

Kemudian apa terjadi dengan "Projek IC" ini?

Malang menimpa  diri  saya  bila satu hari  Abdul  Rashid  Abdul  Rahman (Tan  Sri) memanggil  saya  turun  kepejabatnya. Saya pun  turun  dan  dibawa  terus  kebilik  khas  dimana  saorang  pegawai  IT nya  membuka  senarai   pemilih baru. Apabila  satu  nombor KP  itu di klik,  saya   terkejut  besar  bila lebih 20 nama  keluar  yang  menggunakan  nombor  KP  yang  sama!

Klik  satu  nombor  KP, begitu  juga  dan apabila sudah kali  jadi  seperti  ini, Abdul  Rashid  dengan  nada yang  kecewa  bertanya kepada  saya  -  "Now,  tell  me  Mat,  which one is  genuine? I can't  do  this  type  of  stupid  job. It's  tiring  and embarassing. If  this  is  the case, I am  going  to  cancell  all". Saya  tekedu, malu  dan tidak  tahu  apa  yang  saya   nak  jawab.  Sia-sia  segala  pengorbanan dan  penat  lelah  saya  selama  ini!

Tindakan saudara...

Saya pun  terus berjumpa  dengan Datu  Abdul  Salam. Saya menghantar nota  bertulis  kepada  allahyarham Tun Mustapa menyatakan kekecewaan  saya. Saya  dipanggil  datang  kerumah allahyarham Tun sekali lagi di Petaling Jaya.  Beliau  memaklumkan  saya supaya  bersabar  kerana  beliau  mahu  membicangkangnya  dengan allahyarham  Megat Junid dan  untuk  menyelesaikannya.

Apa yang berlaku di sebalik satu no IC digunakan ramai orang itu?

Saya membuat risikan sendiri dan akhirnya saya dapati orang-orang   yang diberikan kepercayaan untuk mengenalpasti bakal pengundi  baru menjadikannya sebagai jalan paling mudah untuk mencetak  wang  supaya cepat  kaya. Rupa-rupanya satu nombor KP baru itu dijual  kepada lebih 20 orang dengan bayaran diantara RM200 – RM500 saorang! Kalau  kita andaikan hitung panjang RM300 dikutip daripada  setiap orang, hasil kutipan dari 20,000 orang ialah RM6.0 juta!

Saya memaklumkan perkara ini kepada Ahmad Said (Dato Seri),    pengarah BPR Sabah pada  masa itu dan juga kepada   pegawai-pegawai Bukit  Aman. Akhirnya ramai yang ditangkap  dibawah ISA.

Saya memutuskan untuk terus meninggalkan operasi "Projek IC" biru   ini dan bertekad untuk berehat ambil melanjutkan pelajaran  ke peringkat sarjana. Syukur alhamdulillah, walaupun saya memohon  lewat dan permohonan sudah pun ditutup, dengan rahmat Allah  SWT saya diterima juga untuk melanjutkan pelajaran ke Asian Institue  of Management  (AIM) Manila, Philippines.

Professor yang menemuduga saya didatangkan  khas dari Manila   untuk menemuduga dan menjalankan ujian IQ saya saorang   sahaja di sebuah hotel  dan selesai kertas ujian saya berikan  kepadanya dalam  masa yang singkat, beliau berkata "most  welcome  to AIM, you are a potential distinction candidate". Saya teramat  bersyukur dan esok tiga hari kemudian apabila saya menerima surat  tawaran ke AIM  melalui fak, saya terus memohon kepada  ketua  eksekutif BPMB untuk cuti belajar dengan  bantuan biasiswa  dan   gaji penuh.

Malang  sekali  lagi,   saya   terpaksa  mengambil  cuti  belajar  tanpa  biasiswa  dan  tanpa  gaji.  Nasib  baik  saya   dapat  kelulusan  segera  dari  MARA  untuk  melanjukan  pelajaran  ke  AIM   dengan  bantuan  tiket  kapal  terbang.   Allahyarham  Tun Mustapa  memberikan  saya   USD1,000  yang  saya  tinggalkan  dengan  isteri  pertama  saya  manakala  Datu  Haji Abdul  Salam  memberikan  saya  RM1,000  yang  saya  tinggalkan  dengan  isteri  kedua  saya.  Anak-anak  saya  yang  masih  kecil  terpaksa  saya  tinggalkan.

Saya  tebang  ke  AIM pada  bulan Jun 1990 denga hanya RM500   dalam poket, sedihnya  hanya  Allah SWT yang tahu.  Zahid  Hamidi  menjanjikan bantuan tabung Pemuda UMNO kepada  saya, tetapi   sampai  saya  habis belajar  habuk  pun  tak  ada.

Saya  menyerahkan semua  fail-fail  rahsia  serta disk  3.5" kepada  allahyarham Tun Mustapa dan juga kepada Datu Abdul  Salam  sebelum saya  bertolak  ke Manila.

Syukur  alhamdulillah, apa pun beberapa   orang  generasi  muda  terpelajar  seperti  Yahya  Husin, Dr. Yusuf Yakob, Karim Bujang, Datu  Nasrun dan lain-lain  lagi  dipilih sebagai calon dalam pilihanraya  negeri dalam bulan Oktober 1990. Ramai  yang  kalah kepada PBS.


Jadi apa peranan Tun Mahathir dalam "Projek IC" di Sabah itu?

Semuanya itu adalah agenda terselit Mahathir untuk menjatuhkan Tun Mustafa dan Usno agar Umno mudah dibawa masuk ke Sabah tanpa banyak rintangan daripada Tun Mustafa.

Ini terbukti Mahathir menghina Tun Mustafa dan tidak melantiknya Ketua Perhubungan Umno Sabah apabila Umno diizinkan  masuk, sebaliknya Sakaran Dandai, pak sudara Shafie Apdal Mahathir pilih jadi Ketua Umno Sabah. Sedangkan Sakaran selama duduk dalam Usno hanyalah Timbalan Presiden Usno.

Bagi saya penghinaan terhadap Tun Mustafa sebagai Bapa Kemerdekaan Sabah yang sanggup bubarkan Usno dan bagi masuk Umno ke Sabah adalah penghinaan terhadap rakyat Sabah itu sendiri.

Oleh itu rakyat Sabah, wajib bangun kali ini menolak Umno-BN bulat-bulat. Sejak Umno bertapak di Sabah, keluarga Tun Mustafa dibiarkan jadi melukut di tepi gantang, lagi teruk di era Musa Aman. Yang hanya pentingkan orang Pakistannya. Tidak hairan sekarang, keluarga Tun Mustafa bangkit bersama Pakatan menolak Umno-BN "Ini kali lah".

Maknanya Umno-BN terus menghina orang Sabah?

Penghinaan UMNO-BN kepada rakyat Sabah bukannya hanya kepada  pemimpin agungnya  yang banyak berkorban untuk kemerdekaan Sabah  iaitu allahyarham Tun Mustapa Datu Harun, tetapi diteruskan juga sehingga ke hari ini kepada warga Filipina yang UMNO jadikan "kuda tunggangan" untuk memenangkan UMNO apabila anak penakan Musa Aman yang bernama Kamal Samad dan menggunakan nama palsu Manuel Amalilio menipu lebih daripada 15,000 rakyat miskin Islam di Mindanao dengan skim pelaburan cepat kaya yang dipanggil "Ponzi Scheme".

Kamal ini anak saudara Musa Aman?

Ya. Kamal Samad, anak kepada sepupu Musa Aman lari ke Sabah dengan wang orang miskin Mindanao hampir RM900.0 juta. Oleh itu warga Filipino di Sabah wajib bersimpati dengan nasib saudara mara mereka di Mindanao yang menjadi mangsa penipuan anak penakan Musa Aman dengan menyokong dan mengundi Pakatan Rakyat dalam PRU-13  ini agar keadilan dapat diberikan kepada warga Mindanao yang menjadi mangsa penipuan anak penakan Musa Aman apabila Pakatan Rakyat menguasai Kerajaan Negeri Sabah dan juga Putrajaya.

Apa sebab khusus Mahathir mahu jatuhkan PBS masa itu?

Diantara agenda Mahathir yang meminta allahyarham Tun Mustapa untuk  menjatuhkan PBS dengan apa cara sekali pun ialah kerana Mahathir  tercabar dengan  ura-ura bahawa PBS mahu membawa  Sabah  keluar  dari Malaysia. Buktinya "kambing hitam" PBS yang menjadi mangsa ura-ura   ini ialah pengarah Institute of Development  Studies (IDS) Sabah iaitu   Datuk  Dr. Jeffery Kitingan, adik kepada Datuk Pairin Kitingan ditahan   dibawah ISA.

Mahathir pernah  mengeluarkan amaran  bahawa  tiada  jalan  untuk  sesiapa yang mahu membawa Sabah keluar dari Malaysia dan sesiapa  sahaja  yang mencetuskan cabaran ini akan ditahan di bawah ISA.

Kalau tidak silap lewat  tahun 1994 semasa saya  melawat allahyarham  Tun Mustapa di hospital, allahyarham menangis sambil  berkata kepada  saya bahawa  kalau direnung-renungkan balik  semuanya  apa  yang beliau  lakukan untuk "Projek IC" biru itu dulu dengan saya  ialah agenda tersembunyi  jangka  panjang Mahathir Mohamad  yang mahu membawa   UMNO masuk tanpa ditentang daripada  Tun Mustafa.

Apa sikap Tun Mustafa ?

Tun Mustafa dengan  hati  yang  berat  membubarkan USNO diatas pujukan Mahathir Mohamad dengan penuh harapan  bahawa beliau  akan dilantik secara otomatik sebagai  Ketua Perhubungan UMNO Sabah,  tetapi sebaliknya apa  yang Mahathir  buat  ialah melantik  Datuk Sakaran Dandai (Tun), pakcik kepada Shafie Apdal sebagai  Ketua  Perhubungan UMNO Sabah sedangkan  selama  ini  sebelum  UMNO bertapak di Sabah, Datuk  Sakaran Dandai  (Tun) ialah  Timbalan Presiden USNO.

Dengan air mata  yang mengalir dalam keadaan badan yang sakit, lemah   semangat dan dengan nada perlahan yang  terputus-putus, allahyarham  Tun Mustapa mengatakan kepada saya bahawa  seolah-olah UMNO  meletakkan hujung pedang di atas kepalanya apabila Mahathir tanpa   merujuk kepada  beliau terlebih dahulu melantik Datuk Sakaran Dandai  (Tun) sebagai  Ketua Perhubungan UMNO Sabah sedangkan  beliau  masih  lagi  hidup.

Allahyarham Tun  Mustafa menyifatkan penghinaan Kuala Lumpur ini  terhadap beliau ini sudah keterlaluan saolah-olah beliau dipermainkan   oleh Mahathir sebagai "budak suruhannya" dalam "Projek IC"  biru  dulu. Habis manis sepah dibuang. Rakyat  Sabah  tanpa mengira bangsa, keturunan dan fahaman politik wajib ingat  bahawa tanpa  kesediaan  allahyarham Tun Mustapa membubarkan USNO pada tahun 1991, UMNO tidak  mungkin dapat bertapak di Sabah sehingga ke saat ini.

Penghinaan UMNO  ini  terhadap allahyarham  Tun Mustapa bukannya  hanya  merupakan penghinaan terhadap allahyarham Tun  Mustafa sendiri,  malah ianya  adalah penghinaan kepada seluruh  rakyat  Sabah. UMNO  Sabah sewajibnya memberikan penghormatan  kepada  keluarga besar allahyarham Tun Mustapa dalam menyatupadukan rakyat  Sabah,  khasnya  dikalangan Bumiputera yang berbilang latar belakang  itu, tetapi malangnya kerana terlalu rakus  kuasa  dan angkuh, keluarga   allahyarham Tun Mustapa dibiarkan  seperti melukut ditepi  gantang.

Bagaimana dengan sikap pemimpin Usno yag lain...?

Shafie Apdal yang  keluarganya  memang  orang kuat USNO dulu pun  membiarkan keluarga  allahyarham Tun Mustapa,  apa lagi Musa Aman  orang Pakistan yang tidak sedarkan diri yang dia dulu melalui  allahyarham Datuk Mohd. Ali Lope menyusun  jari 10 menyembah nak  jadi calon USNO sedangkan dia  dicop sebagai orang Berjaya  sehinggakan saya dan Datu  Abdul  Salam kena marah oleh allahyarham  Tun Mustapa  kerana menyampaikan hajat  Musa  Aman  ini.

Tidak  hairanlah sekarang keluarga besar allahyarham Tun Mustapa  menghidupkan kembali USNO baru walaupun permohonannya tidak  diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia. Saya  tidak hairan  langsung sekarang ini bila bekas ahli-ahli dan penyokong-penyokong   USNO berbondong-bondong menyokong Datuk Lajim Ukim dan Pakatan untuk menolak UMNO dari bumi Sabah dalam PRU13 ini.

Dalam era Najib pula sekarang ini, saya melihat sendiri ratusan orang Indon di kumpulkan dekat flat PKNS di Balakong awal dini hari jam 0400 untuk diberikan sedikit taklimat sebelum mereka dibawa dengan beberapa buah bas kesatu tempat rahsia di Johor dengan bayaran RM200 / orang, katanya untuk menampung sewa bas.


Apakah "Projek IC" seperti di Sabah juga sedang berjalan di Semenanjung?

Di Johor mereka ditarbiah mengapa mereka diberikan kad pengenalan biru/kerakyatan Malaysia secara mudah kerana UMNO yang sedang nazak ini amat  memerlukan sangat undi mereka ini untuk memastikan kemengan UMNO-BN dengan cara apa sekali pun sebab orang-orang  UMNO  ini  mengakui kekuatan tentangan rakyat tempatan terhadap UMNO-BN pimpinan Najib-Muhyiddin Yasin.

Pemegang kad  pengenalan biru  baru  ini  ditakut-takutkan kalau UMNO kalah kepada Pakatan  nanti  kononnya kuasa politik orang Melayu akan hilang di bumi Malaysia dan orang Melayu akan dihina oleh orang Cina. Cerita "Tragedi 13 Mei 1969" ditimbulkan kembali untuk menakut-nakutkan pemegang kad pengenalan Malaysia dari Indon ini. Mereka juga diberikan amaran bahawa kalau mereka tidak mengundi UMNO-BN, SPR boleh kesan undi mereka dan akhirnya kerakyatan Malaysia mereka akan ditarik balik!

Yang teramat  peliknya  sokongan  dan  undi  warga  Indon  ini  ditagih,  tetapi  kebajikan  mereka  tetap dianaktirikan  oleh  UMNO-BN  pimpinan Najib-Muhyiddin  ini.  Perniagaan  mereka  di  Chow Kit, di Jalan Masjid India, di pasar  tani,  pasar  malam,  pasar  borong  dan  di lain-lain  tempat dizalimi  dan barang-barang  perniagaan  mereka  dirampas  dan  dirosakkan oleh DBKL.

Undi  pemegang  kad  pengenalan  "Projek IC" biru  ini  diperlukan  oleh  UMNO-BN,  tetapi pelajaran anak-anak  mereka  kelahiran  Malaysia  dan  bertaraf  warganegara  Malaysia  tetap dianaktirikan oleh UMNO. Mereka tidak diberikan kemudahan pinjaman buku, tiada bantuan pelajaran apabila mendapat  tempat di  IPTA / IPTS!

Warga  keturunan Indonesia  yang baru  mendapat  kerakyatan  Malaysia  hasil  "Projek IC"  biru wajib sedar bahawa mereka ini diperkudakan  dan  diperbodohkan oleh UMNO. Mereka  wajib  menolak UMNO dalam  PRU13 ini dan pastikan Pakatan  menang  besar  untuk  mengembalikan  maruah, martabat  dan  harga diri  rakyat  Malaysia keturunan Indonesia  ini.

Jadi apa persepsi saudara dengan Umno hari ini?

UMNO selepas era Tun Abdullah  sudah  hilang panduan, hilang  pertimbangan, hilang arah  tuju  yang betul dan semakin  terkeluar  dari matlamat  penubuhan dan perjuangan asal UMNO. Orang  yang  dan pencen pun semakin nyanyuk  menjadi nahkoda  kapal UMNO  yang  semakin  bocor dan semakin  terumbang  ambing.

Sudah  terlalu lama UMNO memimpin Kerajaan. UMNO semakin letih  dan  lesu. Saya tetap "sayangkan UMNO". Orang yang sayangkan  kawannya  yang  letih  mesti  membantunya  berehat  secukupnya  supaya  orang yang  cukup  rehat  boleh bangun kembali  dan segar   meneruskan  tugasnya.

Oleh itu, saya yang "sayangkan UMNO" mahu semua rakyat  Malaysia merehatkan UMNO dalam PRU13  ini supaya semua karat  barat UMNO, semua penyakit  kanser UMNO dan semua kuman UMNO dapat  dibersihkan dan sambil  berehat dalam ICU,  UMNO  boleh  melihat  bagaimana gabungan  Kerajaan  baru Pakatan  Rakyat  boleh mampu mentadbir negara  dengan jauh  lebih baik  lagi  tanpa  rasuah, tanpa  keangkuhan,  tanpa  salah guna kuasa, tanpa  membazirkan wang  rakyat, tanpa  AES  yang  mengazlimi rakyat, tanpa PTPTN tetapi biasiswa, tanpa tol, tanpa  harga  bahan api yang tinggi, tanpa  kadar  bayaran letrik yang  tinggi, tanpa bekalan air disabotag oleh UMNO seperti yang  berlaku di Selangor dan tanpa "Imelda RM".

Kalau  kita bandingkan  keluarga  Najib  dengan Anwar  Ibrahim  jauh  berbeza. Kak Wan (Azizah Wan Ismail) dan  semua anak-anaknya  menghidupkan  budaya  Melayu  dan  budaya orang  bersopan  dan  beriman  dengan memakai  tudung.  Apa pun orang  kata  pasal Anwar  Ibrahim, dia mampu  jadi  imam, mampu bagi tazkirah. Bila  taubatnya   diterima  Allah  SWT, dia saolah-olah  kain  putih.  Yang sorang  lagi  tu nak  jadi  bilal  pun  belum tentu.

Apa  pun orang  kata pasal  Azmin Ali,  dia dari  keturunan orang yang  berugama. Kesemua  6  orang  anak-anak  saya di Taman  Melawati  belajar membaca  Al-Qur'an dengan  allahyarham Pak  Ali. Kesemua  6  orang anak-anak  saya merasa rotan Pak  Ali,  tetapi syukur  alhamdilillah semuanya  menjadi orang. Allah SWT kurniakan UMNO dengan  seorang  ulama  sebagai  PM, UMNO tendang  keluar, sebaliknya  'ularma-ularma' yang UMNO pilih sebagai  pemimpin, sekarang ini habis semua  orang  kena belit! Cukuplah, "ini kali lah!"

‘Kau undi aku akan aku berikan kamu ini’

Posted: 12 Feb 2013 04:33 AM PST

Harakahdaily,
 
KUALA LUMPUR: BN akan melakukan apa sahaja asalkan dapat terus melakukan rasuah dan menyalahgunakan kuasa melalui kerajaan yang ditadbirnya.

Bagi penulis politik, Aspan Alias, Najib percaya kepada strategi 'kau undi aku akan aku berikan kamu ini'.

"Dulu dalam beberapa ucapannya di hadapan rakyat bukan Melayu dia bernah berkata 'lu tolong gua, gua tolong lu'. Di sini kita dapat memberikan andaian yang Najib mempunyai kepercayaan yang harta benda serta wang untuk pembangunan itu dipunyai oleh UMNO atau BN," tulisnya.

Tulisan penuh Aspan di dalam blognya http://aspanaliasnet.blogspot.com seperti di bawah.

Beberapa hari yang lepas saya telah menulis tentang sikap Najib dan sikap biasa BN yang mereka hanya menggunakan strategi melukah di tempat yang sempit dan genting. Mereka menggunakan strategi memulas tangan dan memaksa rakyat memilih UMNO dalam setiap pilihanraya. UMNO selama ini tidak mampu untuk kekal jika manusia di negara ini sedang dalam kesenangan.

Hari ini Najib melakukannya sekali lagi di Pulau Pinang. Kalau di Kelantan isu bekalan air bersih menjadi umpan, di Pulau Pinang pula Najib menggunakan isu kesesakan lalu lintas di negeri itu menjadi umpan mereka pula. Ke sana ke sini Najib berjanji bulan dan bintang asalkan sahaja mereka mendapat undi dan terus memerintah secara rasuah dan tidak berintegriti itu. Masakan rakyat Pulau Pinang mahu memberikan sokongan jika mereka tahu UMNO dan BN akan terus melakukan rasuah dalam pentadbirannya tanpa had dan rakyat hanya di berikan sistem LRT.

BN akan melakukan apa sahaja asalkan dapat terus melakukan rasuah dan menyalah gunakan kuasa melalui kerajaan yang ditadbirnya. Najib percaya kepada strategi 'kau undi aku akan aku berikan kamu ini'. Dulu dalam beberapa ucapannya di hadapan rakyat bukan Melayu dia bernah berkata "lu tolong gua, gua tolong lu". Di sini kita dapat memberikan andaian yang Najib mempunyai kepercayaan yang harta benda serta wang untuk pembangunan itu dipunyai oleh UMNO atau BN.

Kenapa Najib tidak menyedari yang rakyat Pulau Pinang merupakan penyumbang terbesar kepada kantung Persekutuan. Pulau Pinang dan Selangor menyumbang 44 peratus dari perolehan negara dan kebetulannya kedua-dua negeri ini adalah negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat.

Sikap tidak malu Najib ini membosankan dan inilah tahap pemikiran seorang pemimpin yang mengaku memimpin negara yang sudah menghampiri tahap negara maju. Di Kelantan rakyatnya telah menandatangani perjanjian dengan Petronas untuk mendapatkan 5 peratus dari hasil minyak dalam perairan Kelantan. Bayaran itu adalah secara tunai dua kali setahun, itu setiap 1hb Mac dan 1hb September setiap tahun. Tetapi setakat ini Kelantan masih tidak menerima bayaran royalti minyak itu. Kerana apa tidak ditunaikan? Jawapannya ialah kerana rakyat Kelantan menolak UMNO yang rasuah dan penyalah guna kuasa itu.

Najib dan BN seolah-olah bersifat seorang pencolek. "Kau undi aku, aku kembalikan wang kamu!". Ini satu tindakan pencolekan yang tidak terkira hinanya apatah lagi ia dilakukan oleh pemimpin yang mengaku diri pemimpin sebuah negara maju. UMNO tidak sedarkan diri siapa mereka itu. Mereka terlupa yang kuasa yang ada kepada mereka itu adalah kuasa pinjaman dan pilihanraya itu hanyalah satu perjalanan untuk memilih siapa yang rakyat yakini.

Maka tidak salah lagi tindakan rakyat hari ini membuat keputusan untuk menolak pimpinan yang berlagak seperti pencolek ini. Sampai bila kita hendak dipaksa membuat itu dan ini oleh kumpulan pencolek yang zalim dan tidak berhati perut itu?

Kita selesaikan masalah ini dalam pilihanraya yang akan datang ini. Selepas pilihanraya nanti saya berharap Pakatan Rakyat tidak akan melakukan apa yang lazim dilakukan oleh BN seperti sekarang ini.

Kita pilih pimpinan dan kerajaan yang lebih 'magnanimous' serta mempunyai unsur keadilan di dalamnya. Buat sementara ini rakyat wajar bersabar sementara menunggu hari keramat itu.

Kita iringi doa dengan usaha yang kita lakukan ini untuk mendapatkan pemimpin yang mengambil kesempatan di atas keresahan rakyat. Rakyat Pulau Pinang tidak sebodoh seperti yang dianggapkan oleh Najib dan pimpinan UMNO itu.

Kita tolak pencolek dan pelukah yang selama ini tidak berhenti memulas tangan rakyat pengundi semua.

Majlis Syura tidak bincang isu PM, dakwaan mengarut

Posted: 12 Feb 2013 04:27 AM PST

Rizal Tahir,

(TG Nik Aziz menggaul Yee Sang bersama tokoh perniagaan Cina Kelantan)

KOTA BHARU: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan berita yang mendakwa PAS berbincang untuk menolak Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, sebagai mengarut.

Menurut Tuan Guru, beliau selaku Pengerusi Majlis Syura Ulama PAS langsung tidak berbincang berhubung perkara itu, malah tidak tahu menahu mengenainya.

"Saya sendiri pengerusinya, tentu saya tahu kalau berbincang, mengarut semua ni,"ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas dakwaan yang mengatakan Majlis Syura Ulama PAS berbincang untuk menolak Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat menang pada PRU-13 nanti.

Beliau berkata ketika ditemui di kediaman  tokoh perniagaan Cina Kelantan Kenny Chua sempena kunjungan Tuan Guru ke rumah-rumah mereka di hari Tahun Baru Cina, di Taman Limau Manis, di sini pagi semalam.

Sebuah akhbar berbahasa Melayu hari ini melaporkan yang sebagai memetik sumber dalaman PAS kononnya Majlis Syura turut berbincang keputusan itu.

Kali terakhir Majlis Syura bermesyuarat adalah 13 Januari lepas dengan dipengerusikan sendiri oleh Tuan Guru Nik Aziz.

Antara yang dicapai dalam mesyuarat itu adalah menggugurkan keahlian Nasharudin Mat Isa sebagai anggotanya.

Baru-baru ini dilaporkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu dengan Timbalan Mursyidul Am Datuk Dr Haron Din. Kononnya dalam pertemuan itu Haron memaklumkan Majlis Syura menolak Anwar sebagai bakal PM.

Dengan penjelasan ini bermakna perkara itu hanya mainan media Umno untuk memecahkan hubungan baik dalam Pakatan bagi memberikan peluang kepada BN semula untuk terus memerintah negara.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pernah mencadangkan agar isu bakal PM hanya akan ditentukan selepas penamaan calon.

Semalam, Tuan Guru Nik Aziz mengunjungi empat pemimpin masyarakat Cina di Kota Bharu sebagai rutin tahunannya bila tiba perayaan itu.

Antara kediaman yang beliau kunjungi Pengerusi Eksekutif SBJ Sdn Bhd, Datuk Tan Liang Chong dan Kenny Chua.

Sempena perayaan Tahun Baru Cina, Tuan Guru turut mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina sama ada di Kelantan atau di seluruh negara dan dunia.

Menurutnya, semoga Allah menyelamatkan kehidupan umat di dunia ini.

Katanya, Islam agama perpaduan, agama menyatu ummah pelbagai bangsa di dunia.

Najib menyundal diri untuk kaun Cina!

Posted: 12 Feb 2013 12:32 AM PST


Oleh sakmongkol AK47 

Ini yang dikatakan kudung kepala Najib. Penyanyi Psy dibawa ke Pulau Pinang dengan kos RM2juta( padan muka artis tempatan- Shila Amzah dibayar berapa?). Najib jadi MC bertanya kepada pengunjung- adakah kamu sedia untuk Psy? Tanya 3 kali dan mendapat jawapan YES. Najib guna saikoloji lama- menahan lukah dipergentingan dan terus bertanya- kamu sedia untuk BN? 3 kali dia tanya dan jawapan yang diterima tentulah memeranjatkan nya. NO jawapan dari pengunjung.

Dan Najib suka sangat akan lukah dan melukah.Nyonya Yen Yen kata orang Melayu suka bergumbira, maka kita bawa Psy supaya Melayu bergumbira! demikianlah bagaimana Cina BN melihat orang Melayu. dan orang Melayu UMNO nak sokong lagi cina BN.

Apa Najib akan buat? Menunda PR13 yang akan membuat rakyat yang mungkin berbelah bagi hari ini, jadi tegas mengesahkan anggapan bahawa UMNO kalah! Anggapan itu akan diterjemahkan mereka jadi reality.Kamu tunda PRU lagi, maka nombor 11 kesukaan Najib yang juga lambang batu nisan akan menguburkan UMNO dan BN.

Apa yang akbar dan macai2 UMNO akan putar belit? Mereka akan kata tidak wajar seorang PM dimalukan. Dan yang ultra Melayu akan kata- lihatlah bagaimana pemimpin Melayu di malukan. Ini bukan soal bukan-Melayu memalukan pemimpin UMNO atau bukan-Melayu memalukan wakil orang Melayu- ini soal rakyat sudah menolak UMNO. Mudah punya cerita. Rakyat bosan apabila pimpinan UMNO Melayu tidak ada perasaan malu dan segan mengakui bahawa wang BR1M adalah duit Najib dan duit UMNO. Duit datang dari mana? Duit itu rakyat yang punya- hasil dari kutipan 1001 cukai yang dikenakan oleh kerajaan. Bukan duit UMNO atau duit bapak mereka.

Najib kena bacalah mood rakya. Rakyat sudah pun menolak UMNO. Orang Melayu sudah tolak UMNO sejak 2008 lagi. Calun UMNO hanya dapat 2 juta undi dari pengundi Melayu yang berjumlah 5.7juta.
jadi suara siapa yang UMNO wakili? UMNO mewakili suara gementar para kroni dan suara cemas segelintir Melayu yang terpilih dan istimewa. Melayu bin Razak, bin Hussin Onn, bin Mahathir, bin Nazri, bin Jamal khir. Rakyat bawahan, semua bersedia untuk mentalqinkan UMNO dalam PRU13 ini.

Dalam tahun 1960an, apabila Khir Johari dan isteri nya, Hajjah Tom memakai pakaian tradisi cina menghias kad ucapan tahun baru- khir dihentam oleh puak2 UMNO dengan teruk. Hari ini Najib suami isteri dan anak meng-adopsi budaya cina- paki baju, anak nercakap Mandarin dan Najib memukul rebana Cina- seluuuruuuuh orang Melayu dalam UMNO kata wah- betapa bagus nya pemimpin parti UMNO. Rupa2 nya bukan Melayu yang masuk DAP yang menyundal dan berkompromi bangsa dan agama, pemimpin terbesar UMNO yang bermukah!

Ini dia hipokrasi yang ditunjukkan oleh UMNO. Di depan kita, pemimpin UMNO seperti Najib berlakon menunjukkan bahawa dialah orang Melayu yang paling mahu berbaik dengan orang Cina. Dan memang orang tahu pun, Najib dan pimpinan UMNO bersekongkol dengan cukong2 Cina membalun kekayaan negara. Dibawah sana, dibelakang kita- pemimpin Melayu menanam bibit2 kebencian antara orang Melayu dengan Cina. Orang bawahan disuruh membenci kaum lain supaya kepentingan puak UMNO akan terjamin.

Bahkan di perhimpunan agung UMNO tahun lalu, puak2 UMNO menyanyikan lagu anak kecil bermain api- meratapi dan menanam rasa insaf apa akan jadi kepada orang Melayu. Apa yang diratapi dan mahu diinsafi sudah pun berlaku sejak Mahathir mengambil alih jawatan perdana menteri. Mahathir mendapat kuasa dengan menjuarai konon nya, ketuanan Melayu- tapi apa yang dibuat sebaik sahaja jadi PM ialah mengujudkan ketuanan Perdana Menteri. Mahathir mengamalkan sifat2 kediktatoran selama 22 tahun. Akibat nya?

Orang Melayu ditakutkan supaya berfikiran dan menerima ianya sebagai suatu kebenaran- bahawa tanpa UMNO, masa depan orang Melayu akan musnah. Kemudian orang Melayu diodohkan. Orang Melayu yang rata2 nya miskin dari orang lain- dihujung tahun seperti yang saya katakan- akan berlari sana sini bergolok bergadai untuk membiayai persekolahan anak. Tapi hari ini, orang Melayu membiarkan askar2 upahan UMNO melakukan tunjuk perasaan MAHU bayar PTPTN. Pakatan menawarkan pendidikan percuma, orang Melayu mengada ngada mahu bayar. Bodoh atau tidak? Siapa yang mendidik orang Melayu berfikiran begini? UMNO.

Kenapa orang Melayu jadi begini? Sebab mereka sudah disintuk limau dan taksub kepada ajaran mursyidul am UMNO dan orang yang boleh berjalan atas air- sheikh Mahathir Muhamad al Kedahi. Di kedah rupa2 nya Tun Mahathir dikenali sebagai Tokcai. Tokcai akan sambut hari jadi nya tidak lama lagi. Yang akan memaulidkan dia ialah siapa lagi kalau tidak Shahrukh Khan. Najib suka Psy, Che Det suka sama Shahrukh. Rosmah pun suka Shahrukh memandangkan adik kesayangan nya, Deepak Jaikishan telah cabut lari.

Dan Tokcai Mahathir menganggap Najib adalah presiden UMNO yang paling bodoh sekali. Dia ingat Pak Lah yang teruk, rupa2 nya Najib seperti kata kawan baik Tun Daim- hasn't got what it takes to run the country. True- he has what it takes to ruin the country!

Bayar artis RM1 juta, mana wasatiyyah Najib?

Posted: 12 Feb 2013 12:27 AM PST


DETIK DAILY

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS menyifatkan, tindakan Dato' Seri Najib Razak membayar kira-kira RM1 juta untuk membawa penyanyi Gangnam Style, Psy ke Malaysia sebagai satu contoh dasar wasatiyyah (Kesederhanaan) beliau.

Bagi ketuanya, Nasrudin Tantawi, daripada membawa seorang artis popular ke Malaysia dengan persembahan hanya semalam, sebaiknya wang tersebut disalurkan kepada pembangunan dan kebajikan rakyat di negara ini.

"Masih ramai rakyat di negara ini yang hidup di bawah paras kemiskinan," kata Nasrudin dalam kenyataannya. BN melakukan cubaan terkini untuk meraih undi daripada masyarakat kaum Tionghoa dengan membawa artis popular Psy dari Korea ke Majlis rumah Terbuka BN Pulau Pinang pada 11 Februari 2013.

Sebelum ini, Najib membawa artis wanita Korea yang dibawa untuk memikat anak muda dengan gaya K-Pop dan pertunjukan paha dan betis mereka.

"Begitu terdesak BN mahu mengembalikan populariti mereka yang jatuh menjunam dengan melakukan apa sahaja hatta terpaksa mengimport artis lain sebagai umpan tarikan mereka," kata Nasrudin.

Kos membawa artis Psy – yang popular dengan lagu Gangnam Style dikatakan bernilai USD300,000 hingga USD400,000 (RM932,100 hingga RM1,242,800) untuk persembahan ringkas dengan lagu yang dirakam dan juga beberapa orang artis iringan.

Sekalipun BN menafikan program itu anjuran mereka dengan mendalihkan syarikat swasta gergasi Mega Ultimate yang membayarnya, rakyat tetap melihat ia merupakan suatu pembaziran. "Apalah malang sebuah syarikat digunakan sebagai proksi untuk membelanjakan duit sejumlah itu hanya untuk menghiburkan rakyat," katanya.

Mungkin inilah nilai Wasatiyyah pada fikiran Najib dan semua pemimpin Umno yang beragama Islam, kata beliau lagi. Membelanjakan RM1 juta bukan suatu nilai yang kecil untuk satu malam dan hanya untuk seorang artis popular.

"Bagi mereka politik dan populariti lebih penting daripada segala-galanya. Biarkan juga para rakyat daripada lelaki dan perempuan, beragama Islam dan bukan Islam bersama-sama menontonnya. Maklumlah, wasatiyyah!" sindir Nasrudin.

Beliau kesal kerana tiada pula respons daripada ulama', cendekiawan dan golongan pembela agama daripada kalangan mereka yang membantah penganjuran konsert ini.

Jika selama ini ada sahaja isu dimainkan terutama yang berkaitan dengan isu agama Islam dan pasti ianya diperbesarkan sehingga berminggu-minggu lamanya dibualkan di media. Pantang ada ruang pasti ada dua tiga kerat 'umat Islam prihatin' bangkit berdemonstrasi, getusnya.

Paksa penerima BR1M undi BN, k’jaan tak ikhlas bantu rakyat

Posted: 12 Feb 2013 12:23 AM PST

Oleh Aisha Geoffrey

KUALA LUMPUR : Memaksa penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) mengundi Barisan Nasional (BN) bukti kerajaan Umno tidak ikhlas bantu rakyat, kata Naib Pengerusi KEADILAN Johor, Hassan Abdul Karim.

RASUAH-POLITIK

"Kita tahu BR1M adalah rasuah kepada rakyat menjelang PRU 13, tetapi dengan memaksa rakyat untuk mengundi BN selepas menerima bantuan bukti mereka memang tidak ikhlas," katanya kepada Keadilan Daily.

Beliau mengulas arahan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nusa Jaya, Datuk Aziz Supian yang memaksa penerima BR1M 2.0 supaya mengundi BN.

Aziz yang juga Ketua Umno Bahagian Gelang Patah berkata, semua penerima BR1M, terutama di kawasan Nusa Jaya perlu menyokong dan mengundi BN dalam PRU 13 kerana wang yang diberikan itu adalah wang Barisan Nasional.

"BR1M adalah peruntukan yang dibentangkan secara rasmi oleh kerajaan dalam Bajet 2013 dan diluluskan Parlimen. Jadi tidak ada keraguan ia adalah wang kerajaan," kata Hassan mengulas kenyataan Aziz.

"Justeru, BN tiada hak langsung untuk mengatakan wang BR1M adalah wang mereka apatah lagi memaksa rakyat untuk mengundi mereka sebagai balasan. Itu kenyataan tidak bertanggungjawab," bidasnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan BR1M 2.0 semasa pembentangan Bajet 2013 di Parlimen pada 28 September dan mula diedarkan 2 Februari lalu.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail sebelum ini mendedahkan BR1M 2.0 menggunakan RM2 bilion peruntukan wang luar jangka bagi tujuan itu.

Peruntukan wang luar jangka juga dikenali sebagai peruntukan kecemasan Perbendaharaan Nagara, yang sepatutnya digunakan pada masa-masa kecemasan seperti selepas berlaku bencana alam dan seumpamanya.

Mat Sabu: 'Arab Spring' mungkin berlaku jika PRU13 diseleweng

Posted: 12 Feb 2013 12:22 AM PST

Wartawan Sinar Harian

Mohamad Sabu
Mohamad Sabu
 
SHAH ALAM – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu  menegaskan, 'Arab Spring' hanya akan berlaku di negara ini jika pilihan raya umum dicemari dengan penipuan pihak-pihak berkepentingan sehingga menimbulkan kemarahan rakyat.

Katanya, keadaan itu tidak mungkin berlaku hanya kerana mana-mana parti politik yang bertanding itu tewas dan tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya.

"Arab Spring itu berlaku kalau berlaku penipuan dalam pilihan raya, tak ada demokrasi, bukan soal kalah, kita dah banyak kali kalah, tak ada masalah, tak ada pun turun ke jalan raya.

"... Pas sendiri dah banyak kali bertanding dan kalah dalam pilihan raya, tapi kita tak turun jalan pun," katanya yang dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan kelmarin yang percaya 'Arab Spring' boleh berlaku di negara ini sekiranya pihak yang kalah pilihan raya umum akan datang tidak puas hati dengan keputusannya.

Pandangan itu diberi susulan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad minggu lalu.

Kata Musa, pihak yang kalah akan menggunakan penyokong-penyokong mereka untuk membuat huru-hara dan rusuhan bagi menjatuhkan kerajaan sebagaimana berlaku di Asia Barat.

Perumahan daif, kebajikan diabai, polis tak nak undi BN

Posted: 12 Feb 2013 12:21 AM PST

Oleh Sidiqin Omar

KUALA LUMPUR : Seorang anggota polis yang lebih 15 tahun menetap di perumahan Pasukan Gerakan Am (PGA), di Batu 9 Cheras dikenali sebagai Nor menyifatkan, pengabaian terhadap kebajikan dan perumahan anggota polis akan dijawab dalam Pilihan Raya Umum ke-13 dengan penolakan Umno BN.

"Hak kami sebagai anggota polis bawahan dinafikan," dedah Nor.
"Hak kami sebagai anggota polis bawahan dinafikan," dedah Nor.

"Kalau ditanya nak undi Umno BN atau siapa? Memang (polis) tak undi BN punya," katanya ketika ditemui.
"Kami tertekan. Kebajikan tak ada. Media tak dibenarkan
masuk atas alasan (kem ialah premis) kerajaan. Tapi kalau (media) interview mana-mana anggota polis sekarang ini, memang semua orang akan komplen.

"Dia (pegawai) orang-orang besar. Kita orang bawah tak boleh buat apa. Saya cuma wakilkan orang dalam. Kalau boleh tolong masuk (dalam media)," kata Nor yang terpaksa mengambil risiko membela ribuan anggota polis yang tidak mampu bersuara.

Tinjauan Keadilan Daily mendapati, masalah paling kritikal di perumahan PGA Cheras yang berusia 30 tahun itu ialah kerosakan lif.

Di lokasi itu, hanya satu daripada tiga lif di blok G19 rosak, menyebabkan penghuni terpaksa menunggu lama atau menggunakan tangga.

Menurut Nor, setiap 17 blok flat Markas Briged Tengah, PGA Cheras antara 10 hingga 15 tingkat mengalami masalah sama. Setiap tingkat ada 10 unit rumah, dengan purata 100 keluarga bagi setiap blok.

Markas Briged Tengah PGA di Batu 9, Cheras menempatkan Batalion 4 PGA, Batalion Khas 19 PGA dan Unit Simpanan Persekutan (FRU).

Pari gergasi 150kg tersangkut di pukat

Posted: 12 Feb 2013 12:11 AM PST

NORHASRAM MOHAMAD

Pari gergasi 150kg tersangkut di pukat
Mohamad Azri (kanan), Nik Mohamad Anaz (dua, kiri) dan rakan bersama ikan pari gergasi yang tersangkut pada pukat, semalam.
 
PASIR PUTEH - Penduduk di sini gempar apabila dua remaja membawa pulang ikan pari seberat 150 kilogram yang tersangkut di pukat yang dipasang di Terusan Semerak berhampiran Tidal Gate Kulim, Gong Datuk dekat sini, semalam.

Ikan 'pari batik' atau nama saintifik himantura uarnak itu menarik perhatian penduduk yang rata-ratanya belum melihat ikan pari sebesar itu.

Mohamad Azri Azmi, 20, berkata, kejadian itu disedari ketika dia bersama rakan, Nik Mohd Anaz Nik Mansor, 17, ke sungai untuk memungut hasil tangkapan jam 7.30 pagi semalam selepas memasang pukat jam 5 petang kelmarin.

Katanya, dia pada mulanya menyangka pukat tersangkut kerana tidak terdaya untuk mengangkatnya ke bot.

"Saya terkejut melihat ikan pari besar tersangkut pada pukat, ketika kami mengangkatnya ke bot, ikan itu menggelepar sehingga bot hampir tenggelam.

"Kami panik tapi terus berusaha menariknya ke tebing kerana tidak mahu ikan itu terlepas begitu sahaja kerana inilah kali pertama ikan sebesar itu tersangkut pada pukat saya," katanya yang tidak menyangka ikan pari sebesar itu berada dalam kawasan air tawar.

Mohamad Azri terpaksa menghubungi ayahnya supaya datang dengan kereta untuk membawa pulang ikan tersebut.

"Ayah saya sampai tidak lama selepas itu dan dengan dibantu beberapa kawan, ikan itu berjaya dibawa pulang ke rumah dengan mengikatnya di atas bonet kereta.

"Saya menganggap ini rezeki keluarga kerana sebelum ini pukat hanya mengena ikan kecil, tidak berbaloi untuk berulang alik sejauh tujuh kilometer dari rumah saya," katanya.

Himantura uarnak hidup dalam habitat pantai dan air payau serta banyak ditemui di antara Afrika Selatan hingga ke Australia itu boleh membesar sehingga dua meter lebar sementara ikan pari yang berjaya ditangkap Mohamad Azri semalam selebar 1.8 meter dan panjangnya tiga meter.

Mengikut senarai merah International Union for the Conservation of Nature (IUCN), Himantura uarnak dari famili Dasyatidae itu diklasifikasikan sebagai haiwan hampir terancam.

Pembangkang lebih ramai menyaman

Posted: 12 Feb 2013 12:10 AM PST

SINAR HARIAN

Mohd Hafarizam Harun
Penasihat undang-undang Umno, Datuk Mohd Hafarizam Harun
 
SHAH ALAM - Trend saman-menyaman dalam kalangan ahli politik sejak pilihan raya umum lalu lebih banyak dibawa oleh pembangkang berbanding pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Umno.

Penasihat undang-undang Umno, Datuk Mohd Hafarizam Harun mengakui kes saman-menyaman fitnah antara pemimpin politik melonjak awal tahun lalu, terutamanya membabitkan pemimpin pembangkang.

Beliau mendakwa, tindakan menyaman ini bukan untuk mempertahankan hak tetapi bertujuan "mendiamkan atau mengugut" pemimpin Umno, selain mahu mendapatkan wang serta mempertikaikan sistem kehakiman negara.

Berdasarkan pengalamannya, katanya, hanya lima kes telah difailkan oleh pemimpin Umno terhadap pembangkang berbanding pembangkang ke atas pemimpin-pemimpin BN dan Umno.

"Memang kita dapat lihat kes saman-menyaman fitnah ini semakin melonjak sejak kebelakangan ini.

"Ini dapat dilihat melalui kes saman-menyaman oleh pemimpin PKR, DAP, dan Pas terutamanya terhadap akhbar Utusan Malaysia berbanding ahli Umno.

"Pandangan saya ialah bukan untuk mempertahankan hak mereka sebagai ahli politik, sebaliknya bertujuan mendiamkan atau mengugut, selain untuk kewangan bagi menampung kos pilihan raya mereka, yang akan datang serta untuk menunjukkan kepada rakyat keputusan mahkamah telah dipengaruhi," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mengulas lanjut, Mohd Hafarizam berkata, seseorang ahli politik itu perlu menganggap kritikan dan cemuhan itu sebagai asam garam di dalam profesionnya.

Bagaimanapun katanya, jika kritikan itu dibuat berdasarkan kes rogol, rasuah, penyelewengan dan sebagainya dalam khalayak ramai, perlu diambil tindakan, tetapinya bukan untuk meraih undi rakyat.

"Ia perlu dipakai hanya apabila kes itu betul-betul fitnah dan mengheret pemimpin sama ada pembangkang atau kerajaan ke kancah penghinaan dalam khalayak ramai atau awam.

"Kalau setakat tidak layak menjadi perdana menteri kerana kes terdahulu melibatkan liwat, menyokong kesamarataan agama dan sebagainya, itu lebih baik ditangani secara politik kerana motifnya jelas untuk meraih undi," katanya.

Kes 'saman politik' makin meningkat

Posted: 12 Feb 2013 12:09 AM PST

Wartawan Sinar Harian

Laporan Khas Saman Politik
Laporan Khas Saman Politik
 
SHAH ALAM -  Pengamal undang-undang, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah mengesahkan jumlah kes saman menyaman ahli politik semakin meningkat sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12).

Menurutnya, ini berdasarkan pengalamannya sendiri mengendalikan pelbagai kes libat ahli politik sejak 2008.

Bagaimanapun, katanya, kebanyakan individu hanya fikirkan kepentingan politik apabila mengambil tindakan saman berbanding untuk mendapatkan keadilan.

"Setiap orang ada hak untuk pertahan kebenaran, tetapi saya tidak lihat itu tujuan utama ahli politik yang mengambil tindakan saman. Sebaliknya, mereka lebih fikirkan kepentingan diri dan politik.

"Dalam hal ini, mereka salah gunakan mahkamah apabila anggap saman satu-satunya jalan untuk selesaikan masalah," katanya.

Katanya, bukannya tiada alternatif lain untuk menyelesaikan masalah seperti bersemuka dan berbincang.

Namun, ingin menonjolkan diri menjadi punca ahli politik lebih gemar mengambil tindakan saman berbanding menyelesaikannya di luar mahkamah.

"Bagaimana hendak berjumpa jika masing-masing ego dan enggan bertegur sapa dengan musuh politik mereka. Sebab itu, mereka lebih rela membawa kes ke mahkamah.

"Apatah lagi orang dalam politik ini suka menjadi bahan perbualan masyarakat. Apabila mereka menang kes saman, dapat menaikkan imej mereka di mata masyarakat," katanya.

Menurutnya, sekiranya dibiarkan berterusan, situasi ini hanya akan melambatkan lagi kelancaran proses mahkamah.

"Semakin ramai orang yang saman menyaman bermakna kes di mahkamah juga semakin bertambah. Sedangkan ada kes yang berpunca daripada isu kecil saja.

"Jika dibiarkan berlarutan, saman bukannya membantu menyelesaikan tapi hanya menambahkan bilangan kes di mahkamah," katanya.

KEADILAN Sabah tubuh j/kuasa perjelas skandal Musa-Amalilio

Posted: 12 Feb 2013 12:05 AM PST

Oleh Aisha Geoffrey

KUALA LUMPUR : KEADILAN Sabah menubuhkan jawatankuasa bergerak di negeri itu bagi memperjelas maklumat berhubung skandal melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan penjenayah dikehendaki, Manuel Karingal Amalilio.

Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, jawatankuasa tersebut akan diketuai Timbalan Setiausaha Agung, Darell Leiking yang sebelum ini turut menyertai misi ke Manila Khamis lalu untuk mendapatkan penjelasan pihak berkuasa di sana berkaitan skandal itu.

Tian

"Darell sudah mula menubuhkan jawatankuasa tersebut, dengan tujuan menyebarkan maklumat jelas mengenai skandal itu kepada penduduk Sabah," kata Tian kepada Keadilan Daily.

"Sekarang pihak berkuasa Filipina sedang menyiasat secara mendalam kes ini. Bagi pihak kita di Malaysia, kita akan terus desak SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan kerajaan Pusat untuk mengambil tindakan," katanya.

Amalilio yang menggunakan nama Mohammad Kamal Sa'aid di Malaysia dikehendaki kerajaan Filipina kerana tuduhan menipu lebih 15,000 individu melibatkan 12 bilion peso (RM895 juta) dan turut dikaitkan sebagai anak saudara kepada Musa.

Setiausaha Dalam Negeri Filipina, Mar Roxas pada 31 Januari lalu melalui laman berita Filipina, ABS-CBN mendedahkan, Musa menggunakan pengaruhnya untuk menghalang deportasi Amalilio ke negara itu.

"Kita ingin Musa jelaskan ke mana wang hampir RM1 bilion itu dibelanjakan? Maklumat kami perolehi, wang itu jelas tidak ada di mana-mana akaun bank di Filipina. Adakah wang itu dimiliki Musa atau untuk dana pilihan raya?" soal Ahli Parlimen Batu itu.

Musa sebelum ini dikaitkan dengan skandal RM40 juta ekoran penangkapan adik angkatnya, Michael Chia di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong ketika membawa wang berkenaan ke Malaysia pada 2009.

"Ini bukan kali pertama Musa terpalit skandal wang. Sebelum ini isu ICAC (Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong) pun beliau tidak jelaskan apa-apa," kata Tian lagi.

Beliau turut menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil tindakan serius isu ini.
"Perdana Menteri tak boleh berdiam diri dan abaikan tuntutan diplomatik dari kerajaan Filipina," katanya.

Pengundi Melayu di rumah Cina senjata Umno makan tuan

Posted: 12 Feb 2013 12:03 AM PST

Oleh Norutul Ilham

KUALA LUMPUR : Penghantaran surat oleh Umno BN mengandungi mesej tahun baru dan butiran mengundi daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sehingga membongkar nama individu yang tiada di alamat tersebut umpama senjata makan tuan.
Zuraida
 Timbalan Pengerusi KEADILAN Selangor, Zuraida Kamaruddin berkata, perkara itu berlaku akibat kerajaan Umno yang terlalu ghairah menagih undi rakyat Selangor, menyebabkan terbongkarnya modus operandi pengundi berbilang kaum di satu rumah.

"Banyak sebenarnya kes nama pengundi Melayu ada di rumah pengundi Cina termasuk rumah orang India.

"Ini dinamakan senjata makan tuan apabila mereka (Umno BN) kononnya mahu dekatkan dengan pengundi, tetapi nama yang dialamatkan itu tidak tinggal di rumah tersebut. Terbukti dakwaan kita bahawa pengundi hantu memang wujud," katanya ketika dihubungi.

Ketua Wanita KEADILAN itu berkata, akibat 'terkantoi' dengan pembongkaran kes tersebut, beliau mendapat maklumat Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamad, menghantar semula surat memohon maaf kepada penghuni rumah yang menerima surat nama tidak dikenali itu.

"Mereka sendiri tahu perkara ini memang benar-benar berlaku, jadi mereka cepat-cepat buat permohonan maaf.

"Bermakna betul dakwaan kita bahawa nama-nama pengundi diletakkan secara beramai-ramai di satu alamat. Mereka akur apa yang berlaku kerana perkara itu terbongkar," kata Ahli Parlimen Ampang itu.
Menurut laporan terdahulu, surat pengundi hantu yang dihantar Najib di Selangor bulan lalu turut memuatkan maklumat pengundian individu tersebut termasuk daerah mengundi, kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen.

Manakala bagi kes terbaru yang didedahkan Setiausaha DAP Selangor, Lau Weng San, surat tersebut dialamatkan kepada nama Melayu di rumah yang dihuni penduduk Cina di Taman Pesara, Kuala Kubu Bharu.

Samseng Umno belasah mahasiswa berkempen di Parlimen Pekan

Posted: 12 Feb 2013 12:01 AM PST

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR : Baru lima hari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mengumumkan bertanding dalam PRU 13 di kawasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pekan, kempen mereka sudah pun diganggu samseng Umno dengan membelasah aktivisnya, Ekhsan Bukhari tengah hari tadi.

Mahasiswa Universiti Industri Selangor (Unisel) itu dibelasah empat samseng Umno selepas mengedar risalah 'Harapan Malaysia' di Kampung Datuk Keramat dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Manis.

ehsan

"Selepas edar risalah, saya dan Fatih Abdul Aziz dan Alif Hafiz masuk ke kereta untuk ke lokasi lain. Tiba-tiba datang tiga lelaki tempatan merampas kunci kereta kami.

"Kemudian, datang tiga orang lagi yang mengaku ahli Umno, memaki kami. Mereka tarik saya keluar dari kereta hingga terjatuh. Mereka serta-merta menendang kepala dan badan yang terbaring di tanah.

"Saya cedera di beberapa bahagian di badan, antaranya siku saya berdarah dan bahagian leher baju koyak," kata bekas Timbalan Presiden Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi) itu ketika dihubungi Keadilan Daily dari sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ekhsan berkata, kereta yang dinaiki mereka turut kemek di bahagian tepi manakala kereta seorang ahli PAS yang menjadi penunjuk arah kemek di bahagian depan.

"Saya hairan, kalau Datuk Seri Najib Razak betul-betul kuat di Pekan, kenapa hantar samseng untuk pukul kami? Kami datang bawa hujah dan idea. Mereka patut lawan dengan cara sama," katanya.
Ketika ini, mereka dalam perjalanan ke balai polis untuk membuat laporan.

Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) sebelum ini membuat pengumuman untuk bertanding di Parlimen Pekan yang disandang Najib Razak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) sebagai ekspresi penolakan mahasiswa terhadap Umno BN.

[VIDEO] Najib Dimalukan Di Seluruh Dunia, Jawapan Jelas Untuknya: NO For BN!

Posted: 11 Feb 2013 11:51 PM PST

KELAB GREENBOC

Video: Najib tanya "Are you ready for BN?" tapi rakyat jawab…

Pulau Pinang: Begitulah nasib BN, walaupun dengan menjemput penyanyi sensasi K-Pop Korea Psy untuk mempersembahkan lagu termashyurnya Oppa-Gangnam Style tapi ia masih tidak cukup untuk menolak kemahuan rakyat untuk menolaknya.

30,000 orang memenuhi kawasan padang Kolej Han Chiang di Pulau Pinang hari ini untuk sambutan Tahun Baru Cina yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Najib turut ditemani bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, pemimpin BN negeri Teng Chang Yeow, Teng Hock Nan, serta menteri pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yen.

Ketika menjemput penyanyi Korea, Najib telah bertanya soalan ini untuk tiga kali berturut-turut: "Are you ready for Psy?"

Soalan itu dijawab dengan hadirin di bawah panas terik dengan laungan 'Yes'.

Kemudian Najib bertanya soalan kedua sebanyak tiga kali berturut-turut.

"Are you ready for BN?"

Apa yang berlaku tidak perlu dihuraikan di sini. Mudah dikatakan, apabila rakyat sudah menolak, buruk padahnya.

Saksikan video di bawah nanti untuk jawapannya! -HD


Rakyat Pulau Pinang bersuara, tetap tak nak BN


GEORGE TOWN, 11 FEB – Warga Pulau Pinang memberi kenyataan jelas nyata kepada Perdana Menteri Najib Razak dalam sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional Negeri Pulau Pinang hari ini apabila menjawab "tidak" ketika ditanya tentang kesediaan mereka untuk menerima Barisan Nasional.

Bukan sekali bahkan tiga kali Najib Razak menerima jawapan 'No!' (Tidak!) daripada hadirin yang berkumpul di hadapan pentas utama dalam sambutan yang menampilkan artis Korea Selatan, PSY yang mempersembahkan lagu popularnya 'Oppa Gangnam Style'.

Najib Razak yang mengambil tempat di tengah-tengah pentas cuba berinteraksi dengan hadirin yang tidak sabar-sabar lagi mahu menyaksikan persembahan secara langsung PSY dan langsung bertanya, 'Are you ready for PSY?' (Anda bersedia untuk PSY?) lalu menerima jawapan positif daripada hadirin yang hadir memakai tshirt berwarna kuning.

Namun apabila beliau bertanya 'Are you ready for BN' (Anda bersedia untuk BN?) hadirin terus menjawab 'No!' (Tidak!) setiap kali soalan tersebut diajukan dengan disambut dengan gelak ketawa mengejek Perdana Menteri yang malang itu.

Rakaman kejadian tersebut tersebar luas di laman-laman sosial sejurus sahaja acara tersebut berakhir dan menerima respon menarik daripada orang ramai yang teruja menyaksikan reaksi berani rakyat Pulau Pinang yang nampaknya sudah serik dan tidak akan menerima BN lagi dalam pilihanraya umum yang semakin hampir.

Klip sepanjang lebih kurang seminit itu telah dimuat naik dan disebarkan menggunakan pelbagai akaun di laman video YouTube.

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dalam akaun Facebook-nya berkata, "Selepas menonton video tersebut, saya rasa amat kasihan kepada Najib. Kroni BN membelanjakan jutaan ringgit untuk menjemput PSY membuat persembahan di rumah terbuka BN Puloau Pinang, tapi nampaknya PSY tidak dapat membantu BN untuk memenangi hati rakyat Pulau Pinang.

"Rakyat telah menghantar mesej yang kuat kepada BN, bahawa mereka akan menerima apa sahaja perkara baik yang ditawarkan, tetapi apa yang mereka mahu sebenarnya adalah jauh lebih rumit, iaitu negara yang lebih bersih, adil dan baik.

"Jika saya Najib, saya akan peluk bantal dan menangis malam ini," katanya.

Penyanyi yang dibawa khas dari Korea itu dikhabarkan menerima undangan untuk membuat persembahan dengan bayaran tidak kurang USD1 juta
– Roketkini

LIHAT VIDEO DI SINI DAN JUGA DI SINI



Bakal Menantu Najib Perlu Diheret Ke Muka Pengadilan

Posted: 11 Feb 2013 11:43 PM PST


KELAB GREENBOC

Kemunculan Daniyar Nazarbayev, warga Kazakhstan bersama Perdana Menteri dan anaknya, Nooryana Najwa ketika menikmati nasi kandar di Pulau Pinang malam kelmarin bukti Datuk Seri Najib Razak sorok bakal menantunya itu di negara ini, kata Fariz Musa.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN itu berkata, kehadiran Daniyar di khalayak mengesahkan dakwaan mengatakan Najib sembunyikan tunang Nooryana, penjenayah paling dikehendaki.

"Najib bukan sahaja menyembunyikan jenayah seperti kes pembunuhan Altantuya (Shaariibuu) tetapi turut melindungi penjenayah. Inilah sebenarnya Najib.


"Sikap diam diri Najib sebelum ini berhubung bakal menantunya sekarang terjawab apabila muncul makan nasi kandar di Pulau Pinang," kata Fariz ketika dihubungi.

Najib yang diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan seorang lagi anaknya, Ashman Razak, menjamu selera selama 40 minit di Nasi Kandar Beratur di Jalan Kapitan Kling, sempena lawatan kerja dua hari ke negeri itu.

Sebelum ini, Daniyar – mengikut laporan New York Post dan media antarabangsa lain, menipu bapa tirinya, Bolat Nazarbayez seunit kondominum mewah berharga AS$20 juta (RM60 juta).

Mengikut media berkenaan, ia berdasarkan dokumen mahkamah yang difail di Mahkamah Agung Manhattan, Amerika Syarikat manakala Daniyar kemudian dilapor menghilangkan diri.

Fariz menempelak tiada tindakan polis terhadap penjenayah itu walaupun media antarabangsa mendedahkan penipuan oleh beliau membabitkan puluhan juta ringgit.


"Selama ini, kita yakin beliau bersembunyi di Malaysia atau lebih tepat di kediaman Perdana Menteri.

"Kita syak beliau menggunakan kedudukan bakal bapa mertuanya itu untuk mengelak dari diambil tindakan oleh pihak berkuasa," ujar Koordinator Jingga 13 itu lagi.

Keadilan Daily sebelum ini juga melaporkan seorang lelaki menyerupai Daniyar sedang menjalani latihan ketenteraan dengan lengkap berseragam seakan-akan tentera Malaysia di kem askar Port Dickson.

Malah beliau turut muncul pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri di Pekan, Pahang, 26 Ogos lalu.

Menurut Fariz, Jingga 13 akan mengadakan perbincangan untuk membuat laporan polis dan menghubungi polis antarabangsa (Interpol) supaya mengambil tindakan lanjut.

"Ia menimbulkan kontroversi bagaimana seorang yang terpalit dengan jenayah antarabangsa seperti itu boleh bergerak bebas dalam negara, malahan di kediaman Perdana Menteri," kata Fariz. -KD

Rakyat Sanggup Keluarkan Wang Saku Sendiri Pasang Bendera Gergasi Di Umbai

Posted: 11 Feb 2013 11:41 PM PST

 
KELAB GREENBOC
 
Bendera gergasi 'Hijaukan Umbai'

UMBAI - Penyokong Pas cawangan Umbai lancar kutipan untuk menjayakan pemasangan beberapa batang tiang bendera gergasi di cawangan itu sebagai usaha menghangatkan lagi kempen Pilihan Raya ke-13 (PRU13) yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Dengan melaungkan program Hijaukan Umbai mereka mula mengutip dana sejak awal Januari lalu bagi menjayakan usaha itu.

Ketua Penerangan Pas Cawangan Umbai, Ahmad Bilal Rahudin berkata, setakat ini sudah hampir RM3,000 berjaya dikutip yang kebanyakannya daripada ahli dan Pemuda Pas cawangan termasuk orang ramai.

Menurutnya, sasaran Pas Umbai adalah untuk menegakkan kira-kira sembilan batang tiang setinggi 22 meter siap dengan bendera gergasi sebesar 60 meter persegi di sekitar kampung berkenaan.

"Setiap batang kosnya kira-kira RM560 dan setakat ini sudah empat batang di pasang di sekitar kampung ini yang dilakukan secara gotong-royong oleh masyarakat Umbai.

"Hasrat kami adalah untuk membangkitkan semangat masyarakat terhadap pilihan raya nanti dan apa yang lebih penting mereka menyokong Pas," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Ahmad Bilal berkata, pada musim pilihan raya lalu mereka hanya memasang bendera secara kecil-kecilan dan berbeza dengan pilihan raya pada musim ini.

"Kita melihat semangat masyarakat masa kini amat berbeza sekali kerana mereka sanggup mengeluarkan bukan sahaja wang saku sendiri malah juga tenaga semata-mata ingin melihat bendera Pas berkibar megah di kampung mereka," katanya. -SH

RAKYAT SUDAH 'SET' DI KEPALA, BERITA DARI TV3 SUKU DAN UTUSAN ADALAH DARI LIDAH SYAITAN

Posted: 11 Feb 2013 11:34 PM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

SEKARANG, SET di dalam kepala otak kita, apa pun berlaku, apa pun mereka kata...kita beritahu mereka, "cukuplah kamu rejim Umno/Bn memerintah negara ini". 

Jelas sekarang mereka teramat panik dengan kebangkitan rakyat.  Bayangkan jika tiada media pencacai yang mereka kawal seperti TV3 suku dan Utusan Meloya, parti yang pernah bekerjasama dengan APCO itu sudah lama ghuyub.  Justeru itu, jangan pelik jika itu sahaja senjata yang mereka ada. 

Mereka mahu main isu apa?  Cuba kita semak semula apa isu-isu yang mereka cuba kemundangkan di telinga rakyat waktu mereka nazak ini.  Isu Hudud?  Semenjak bila Umno menyokong Hudud?  Semua tahu kebanyakan pemimpin Umno sejak merdeka lagi mereka adalah penentang atau penghina Hudud terkenal.  Kita tidak boleh lupa mereka berkata, "Hudud tidak sesuai dilaksanakan di zaman moden", Hudud ini Hudud PAS, bukan Hudud Islam", Jika mahu makan sup tangan, sila datang ke Kelantan", Jika laksana Hudud semakin ramai Umat Islam tidak bekerja kerana tangan dipotong" dan banyak lagi kenyataan-kenyataan yang tidak pernah di'hukum' oleh Majlis Fatwa sebagai apa jua 'Hukum' yang sepatutnya.  Benarkah Umno sokong Hudud?  Selama 50 tahun mereka perintah negara ini, cuba sebut apa tindakan Umno untuk menunjukkan mereka cuba untuk laksanakan Hudud?

Isu 'Kalimah Allah"?  Soalan pertama yang tidak pernah seorang pun di kalangan pemimpin Umno jawab terutamanya Menteri Dalam Negeri adalah "Siapakah yang berkuasa memberi lesen/permit/kebenaran membenarkan Kitab Bible diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu?".  Pemimpin PAS kah?  PKR atau DAP?  Siapa Menteri Dalam Negeri dan apa jawatan beliau di dalam Umno?  Mengapa mahu tuding jari kepada PAS, PKR dan DAP di dalam isu ini jika tidak kerana mahu bermain dengan sentimen agama?  Itu menunjukkan Umno tidak ikhlas untuk memperjuangkan Kalimah Allah. 

Isu air?  Mengapa setelah PR perintah Selangor isu ini timbul?  Timbul projek Langat 2, 3. 4 dan mungkin Langat 5?  Timbul Selangor tiada air sehingga sanggup mengadakan lakonan bodoh rakyat beratur mengambil air di Tanker?  Alasan bodoh lagi bebal oleh Menteri yang sebut kerana dasar PR berikan air percuma, maka krisis air berlaku.  Ertinya, bagi Umno jika dasar itu membantu rakyat maka akan hancurlah negara ini.  Negara akan selamat sejahtera jika dasarnya pemimpin dan kroni dibantu.  Najib berjanji di Kelantan mahu atasi masalah air jika Kelantan diserahkan kepada Umno/Bn.  Najib buat-buat lupa masalah air di Pekan, Pahang dan juga di kawasan kem-kem tentera di Parlimen Pekan tempat yang diwakilinya.  Jangan ingat rakyat sebodoh itu.

Rakyat sudah 'SET', berita TV3 Suku dan Utusan Meloya adalah lidah-lidah syaitan yang akan membantu syaitan yang dikenali.  Itu sahaja.

PM Lawat Johor, Bermesyuarat Dengan Pemimpin Umno Dan BN Negeri

Posted: 11 Feb 2013 11:24 PM PST

MSTAR ONLINE
 
JOHOR BAHRU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memulakan lawatan seharinya ke Johor pada Selasa dengan menghadiri mesyuarat tertutup dengan pemimpin-pemimpin Umno negeri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman yang juga Pengerusi BadanPerhubungan Umno negeri, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang juga Naib Presiden Umno, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latif Ahmad dan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Lain-lain pemimpin Umno Johor yang turut menghadiri mesyuarat dengan Perdana Menteri termasuk Ketua Umno Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan Ketua Umno Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Najib yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) turut mengadakan mesyuarat tertutup dengan pemimpin-pemimpin parti komponen BN Negeri Johor.

Pemimpin BN Negeri yang kelihatan pada mesyuarat termasuk Presiden MCA dan Pengerusi MCA Johor, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Selain mengadakan mesyuarat dengan pemimpin-pemimpin Umno dan BN negeri, beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor juga dijadual menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Johor di Senai, Kulaijaya.

Perdana Menteri juga dijadual menyaksikan majlis cabutan undi Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Nusantara PR1MA di Dewan Raya Bandar Putra, juga di Kulaijaya.

Perdana Menteri dan isteri dijangka berlepas pulang ke ibu negara selepasmajlis itu. - BERNAMA

Penonton ‘Gangnam’ kata ‘No’ pada Najib Razak

Posted: 11 Feb 2013 05:35 PM PST

Saiz Teks: A A A

KEADILAN DAILY

PULAU PINANGb: Ternyata tidak semua yang hadir menyaksikan persembahan artis Pop Korea Selatan, Psy di Pulau Pinang hari ini menyokong BN dan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Ia dibuktikan menerusi satu rakaman video pendek menunjukkan orang ramai mengatakan 'tidak' kepada Najib ketika perdana menteri itu memberi ucapan di majlis tersebut.

CNy Najib

Semasa Najib bertanya  'Are you ready For Psy? (Adakah anda sedia untuk Psy) " ia dikuti dengan sorakan 'yes' di kalangan penonton.

Namun ketika Najib berkata ' Are You ready for BN' (Adakah anda sedia untuk BN?),  penonton beramai-ramai menjawab 'no' dengan kuat.

Ramai di kalangan pengunjung juga dilapor memakai baju berwarna kuning, hijau dan merah- seperti saranan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebelum ini.

Malah ada di antara mereka tanpa segan silu memakai baju perhimpunan Bersih di majlis Rumah Terbuka anjuran BN Pulau Pinang itu.

Seorang daripadanya, Alex Tan, 27 dari Klang berkata kepada Malaysiakini, beliau hadir untuk menyaksikan persembahan Psy dan menyokong Pakatan Rakyat.

BN sebelum ini dikritik hebat kerana membawa masuk artis yang terkenal dengan lagu Oppa Gangnam Style itu dengan bayaran lebih RM1 juta, ketika penyanyi tempatan pula dipinggirkan.

Terdahulu, Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dilapor hadir bersama anak mereka, Ashman dan Nooryana Najwa pada jam 10.48 pagi di padang Kolej Han Chiang.

Mereka disambut persembahan tarian singa dan perarakan Chingay. Najib turut ditemani bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, pemimpin BN negeri Teng Chang Yeow, Teng Hock Nan, serta menteri pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yen.

Mantan Ketua Pemuda Umno & 2 lagi pemimpin Sabah masuk KEADILAN

Posted: 11 Feb 2013 05:24 PM PST

KEADILAN DAILY

SABAH : Beberapa tokoh pemimpin Umno Sabah termasuk mantan Ketua Pemuda Umno Negeri isytihar sertai KEADILAN di majlis yang dihadiri Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sabh 1

Turut berbuat demikian, mantan Ketua Penerangan Umno Tuaran dan bekas Setiausaha Akhbar Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Hajiji Mohd Noor.

Kemasukan itu sempena lawatan Anwar ke Sabah pada sambutan Tahun Baru Cina.

Pengisytiharan itu dibuat pada Majlis Makan Malam Perayaan Tahun Baru Cina anjuran KEADILAN Sabah di Restoran Putera Ballroom, Kota Kinabalu, malam tadi yang dihadiri lebih 1,500 orang.

Selepas itu, Anwar berdialog bersama anak muda dan profesional di Hotel Megah D Aru, Tanjung Aru dalam forum bertajuk Kembalikan Autonomi Sabah.

Sah 3

Panelis lain adalah Pengerusi KEADILAN Sabah, Tamrin Jaini, Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Aziz Bari dan peguam rakyat, Ansari Abdullah.

Terdahulu, pada sebelah petang, Anwar menyampaikan ceramah perdana di Kampung Panginatan, Ranau.

Ketibaan Anwar disambut meriah oleh penduduk dengan laungan 'Ini kalilah!'.

Tamrin, Datuk Seri Lajim Ukin, Datuk Seri Wilfred Bumburing, Senator Maijol Mahap dan Christina Liew turut berceramah.

Diikuti Forum Perdana Suara Anak Sabah (Suasa) di Restoran Pelancongan, Keningau.

Ranau

Sambutan Tahun Baru Cina diteruskan Anwar ke Sarawak pada hari ini.

Program dimulakan dengan ceramah Anwar 'Solusi Baram' di Beluru Bazaar, Beluru, Bakong.
7.00 malam ini, Anwar bersama pemimpin Pakatan Rakyat meneruskan program Makan Malam Gong Xi Fa Cai di Restoran Cina Mega Hotel, Miri.

Acara diakhiri dengan Ceramah Perdana Gong Xi Fa Cai di Waterfront Commercial Centre, Miri bermula jam 8.00 malam.

Ranau 2

Selain Anwar, penceramah dibarisi, Pengerusi KEADILAN Sarawak, Baru Bian, Ali Biju, See Chee How

Dr M dikritik kerana berpura-pura lupa terlibat dalam Projek IC

Posted: 11 Feb 2013 05:16 PM PST


KUALA LUMPUR — Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menuduh Tun Dr Mahathir Mohamad berpura-pura lupa apabila menafikan penglibatannya dalam "Projek IC" yang membawa pendatang tanpa izin di Sabah.

"Saya rasa Dr Mahathir boleh kata beliau tidak bertanggungjawab atas apa yang telah dilakukan.

"Saya rasa dia sudah nyanyuk. Dia hanya ingat perkara baik seperti KLCC," kata ahli jawatankuasa eksekutif pusat DAP Anthony Loke kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada Menara Berkembar Petronas, projek mega di bawah pentadbiran Dr Mahathir.

Bekas perdana menteri yang berulang kali dituduh mengetuai "Projek IC", inisiatif yang dijalankan pada 1980an di mana kewarganegaraan Malaysia didakwa ditukar dengan undi kepada Barisan Nasional, dan beliau menafikan perkara demikian dilakukan, sebaliknya berkata ianya mengikut proses undang-undang.

Beliau mendakwa pemberian kewarganegaraan di Malaysia mempunyai tempoh yang tertentu, selain syarat-syarat lain.

"Saya bersetuju kita boleh beri kewarganegaraan kepada mereka yang tinggal di negara ini dalam tempoh tertentu dan layak menjadi warganegara," kata beliau apabila ditanya wartawan semasa melancarkan buku di Universiti Malaya.

Namun Dr Mahathir berkata sekiranya ini benar, beliau tidak mengawal sepenuhnya apa yang dilaksanakan semasa beliau menjadi perdana menteri.

"Apa yang terjadi di sana, saya tidak boleh dipersalahkan," katanya lagi. "Arahan diberi kepada mereka untuk memberi kewarganegaraan kepada mereka yang layak."

Loke berkata mustahil bagi Dr Mahathir selaku perdana menteri tidak menyedari operasi ini.

Pengakuan di dalam inkuiri Suruhanjaya Diraja (RCI) menunjukkan bahawa pemimpin peringkat atasan terlibat dengan "Projek IC", termasuk orang kanan Dr Mahathir, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub.

Namun begitu, sungguhpun pendedahan projek tersebut dibuat, Dr Mahathir, yang pernah menjadi perdana menteri Malaysia selama 22 tahun, terus menafikan tuduhan tersebut. Beliau kemudian menuduh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahum yang menjadi timbalan beliau ketika itu
Anwar juga menafikan pembabitan beliau dalam "Projek IC".

"Apa kredibiliti beliau selaku perdana menteri mengatakan beliau tidak mengetahui projek tersebut?

"Saya bolehlah menggelarkan beliau sebagai perdana menteri yang tidur, seperti penggantinya Abdullah?" kata naib presiden PAS Salahuddin Ayub, merujuk kepada pengganti Dr Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Beliau seharusnya bertanggungjawab," kata ahli parlimen Kubang Kerian itu.

Menurut satu pendedahan , sebanyak 100,000 kad pengenalan biru dikeluarkan kepada pendatang di Sabah pada tahun 1993. Selain itu, mereka juga menerima resit dari JPN yang berupa dokumen sementara membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya negeri 1994.

Minggu lalu, pegawai Cawangan Khas (SB) DSP Badaruddin Ismail memberi keterangan bahawa bekas pengarah JPN menjual 16,000 resit bernilai lebih RM1 juta untuk membenarkan pendatang di Sabah mengundi.

Namun bekas ketua menteri Sabah, Tan Sri Harris Salleh, yang mentadbir negeri tersebut dari 1976 hingga 1985 antara mereka yang terawal menghadapi inkuiri, menolak kewujudan "Projek IC".

Sabah mempunyai hampir sejuta pemilih yang berdaftar — 926,638 secara tepatnya, dalam laporan pada Jun oleh akhbar berbahasa Inggeris The Star.

Naib presiden PKR, Chua Tian Chang berkata sama ada Dr Mahathir terlibat atau tidak akan ditentukan oleh pengundi Sabah pada pilihan raya akan datang.

"Saya ingat sejarah akan mencatatkan apa penemuan yang RCI cari, Mahathir salah atau tidak, akan dicatat dalam sejarah.

"Apa yang berlaku di Sabah adalah satu realiti, sama ada beliau nak bertanggungjawab atau tidak, kita semua akan menjawabnya dalam pilihan raya kelak," katanya lagi.

Pemerhati berpendapat RCI mungkin mengubah keadaan di Sabah dengan berpihak kepada pembangkang dalam usaha BN memastikan kubu kuat gabungan pemerintah tersebut bertahan dari pengaruh PR.

Kedua-dua Sabah dan Sarawak adalah kunci BN dapat mempertahankan Putrajaya pada pilihan raya 2008 dengan keputusan pilihan raya hanya menang dengan majoriti mudah.

BN Perak tolak jangkaan Pakatan, dakwa pembangkang menang nasib PRU 2008

Posted: 11 Feb 2013 05:13 PM PST


IPOH — Barisan Nasional (BN) Perak menolak jangkaan Pakatan Rakyat (PR) mereka boleh menang sekurang-kurangnya 40 kerusi dari 59 kerusi dewan undangan negeri (Dun), sambil mengatakan kemenangan pembangkang dalam Pilihan Raya 2008 cuma 'menang nasib'.

Mereka mendakwa kemenangan tipis PR tidak akan berulang, terutamanya rakyat Perak kini mengetahui gaya pemerintahan PR.

"Situasi sekarang berbeza, (PR) dalam pilihan raya ke-12 (kemenangan mereka) hanya kerana perpecahan BN," kata Datuk Zainol Fadzi Paharudin kepada The Malaysian Insider.

Ahli dewan undangan negeri Sungai Manik itu mendakwa BN begitu lemah dalam pilihan raya lalu kerana ahlinya kecewa tidak dipilih bertanding dan mengambil keputusan memboikot gabungan itu dan menyokong PR.

"Mereka lupa isu yang dimainkan pada 2008 sudah lapuk," kata setiausaha BN Perak Datuk Ramly Zahari.

Menurut Adun Manong, rakyat kini boleh menilai cara negatif PR memerintah negeri, seperti Pulau Pinang dan Selangor yang sering bercanggah dengan kerajaan persekutuan.

Mereka juga mentertawakan kenyataan PR bahawa rakyat Perak marah dengan krisis perlembagaan pada 2009 apabila tiga Adun Perak mengisytiharkan diri mereka sebagai bebas, dan menubuhkan kerajaan baru oleh BN.

"Krisis itu disebabkan manipulasi pembangkang, rakyat kini sudah dijelaskan, mereka faham mengapa itu berlaku," kata Ramly.

Zainol menafikan pengundi di kawasannya masih marah dengan peristiwa itu, mendakwa rakyat Perak marah kepada PR kerana membebankan mereka dengan kontroversi.

"Mereka bermesyuarat di bawah pokok, negeri lain mentertawakan Perak, mereka (Adun PR) memalukan Perak," katanya lagi.

Adun Chenderiang Datuk Dr Mah Hang Soon mendakwa krisis tersebut berpunca dari masalah dalaman PR, yang menyebabkan tiga ahlinya melompat ke BN.

"Saya minta maaf tapi jika saya adalah seperti mereka (mahu menfapatkan ahli untuk lompat parti), sudah pasti saya malu dengan diri sendiri," kata Dr Mah yang menghentam PR dalam memanipulasi isu tersebut.

Adun MCA  itu yakin rakyat Perak kini sudah memahami situasi politik dan menghargai pemerintahan BN sepanjang empat tahun ini.

"Kini minda mereka sudah jelas," kata Ramly.

Dr Mah mengatakan rakyat Perak, terutamanya masyarakat Cina kini menghargai BN, terutamanya dari segi pembangunan.

"Apa yang penting, kami bekerja keras untuk rakyat, dan mereka tahu," kata ketua pemuda MCA Perak itu lagi.

"Jika rakyat membuka minda mereka, tidak ada satu kawasan pun di Perak untuk pembangkang," kata Ramly lagi.

Dalam pilihan raya 2008, PR memenangi negeri Perak dengan majoriti tipis, dengan 32 kerusi berbanding BN 27. Kemudian, seorang Adun kembali melompat ke BN sementara tiga ahli PR menggelarkan diri mereka sebagai bebas dan menyokong BN.

Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kemudian memohon Sultan Perak Sultan Azlan Shah membubarkan dewan undangan negeri, namun Sultan bertitah agar Nizar dan exconya meletak jawatan.

Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dari Umno kemudiannya dipanggil Sultan untuk menubuhkan kerajaan, dan mengangkat sumpah pada 6 Februari 2009.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan pada Mei 2009 pengambilalihan kuasa itu sebagai "tidak sah", tetapi keputusan tersebut ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada Februari 2010.

Tiada ulasan: