DIALOG RAKYAT |
- Adun Umno b’tahu penerima BR1M supaya undi BN
- Pemuda PAS: `Jangan campur urusan Pakatan’
- Shila Amzah: Saya tidak hilang, cuma cari ketenangan
- Setiawangsa, Antara Lesu Dan Selesa Untuk Menang PRU13
- Terengganu Dan Kemelut Kemiskinan
- Pas saran BN beri Nasha tiket tanding PRU13
- 2 suspek kes rompak maut, motosikal terbabas
- Pierre Andre bertunang dengan gadis dari Johor
- Najib menipu dalam terang
- Ameerah Santuni Pengundi Tiong Hua
- Ops Tampal Jalan baiki 293,925.53 meter persegi jalan sepanjang Jan 2013
- Samseng Syaitan Dikenali Menjadi-jadi: Papan Kempen Calon PAS Merlimau Pula Disabotaj
- 70 samseng Umno guna treler untuk halang Anwar temui rakyat Kuantan
- Anwar bela 7 pemimpin Islam Bangladesh, gesa henti perbicaraan
- Tunku jika masih hidup tentu kecewa dengan kemunduran Malaysia – Kit Siang
- 10,000 berhimpun di Tasik Pedu untuk ‘Rali Selamatkan Bumi Kedah’
- Putrajaya lebih penting daripada jadi calon, kata Zuraida kepada wakil PKR Sabah
- Shafie: Panel disiplin langkah terbaik kekang sabotaj
- Kebenaran akan terserlah, kata Deepak kepada Dr Mahathir
- Selangor tunggu laporan MPS berhubung isu kondominium Batu Caves
- Masa depan Khalid gelap dikala PKR menyiapkan senarai calon Selangor, kata sumber
- Johor bakal milik Pakatan Rakyat selepas PRU13
- Bagi MCA, kenal Psy baru boleh jadi pemimpin
- Saya setuju ke mahkamah, bagaimana Najib - Deepak
- Cabut bendera: Perantau tolak budaya samseng
Adun Umno b’tahu penerima BR1M supaya undi BN Posted: 10 Feb 2013 03:46 PM PST Mereka merasa sangat gembira dan bertepuk tangan, kata Adun Nusa Jaya, Datuk Aziz Sapian. PETALING JAYA: Seorang wakil rakyat Umno di Johor mengatakan bahawa penerima skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) perlu menyokong BN dalam pilihan raya umum ke 13 nanti. "Saya memberitahu penerima BR1M di kawasan saya iaitu DUN Nusa Jaya bahawa mereka mesti mengundi BN. "Wang yang diberikan kepada kamu semua ini merupakan wang BN, jadi kamu semua kena mengundi BN. "Mereka merasa sangat gembira dan bertepuk tangan," katanya yang juga Ketua Umno bahagian Gelang Patah. Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pemberian skim BR1M di Gelang Patah. BR1M merupakan bantuan kerajaan kepada golongan yang kurang berkemampuan untuk mengurangkan beban mereka. Bagaimanapun, seorang wakil rakyat lain memberitahu, beliau tidak memaksa penerima BR1M mengundi BN atau sebaliknya. "Saya mudah sahaja, kita beri kepada semua yang layak menerimanya tanpa mengira sama ada penyokong kerajaan atau tidak. "Tetapi saya percaya mereka tahu membuat penilaian, BN atau pembangkang yang lebih banyak membantu rakyat," tambahnya. | ||||||||||
Pemuda PAS: `Jangan campur urusan Pakatan’ Posted: 10 Feb 2013 03:43 PM PST Urusan siapa menjadi Perdana Menteri adalah urusan kepimpinan Pakatan Rakyat, kata Nasrudin Hassan. PETALING JAYA: Pemuda PAS mengingatkan ahli parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim supaya tidak mencampuri urusan Pakatan Rakyat dalam menentukan jawatan Perdana Menteri. Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan berkata, sesiapapun yang bukan dari Pakatan Rakyat tidak boleh mencampuri urusan Pakatan Rakyat. "Urusan siapa menjadi Perdana Menteri adalah urusan kepimpinan Pakatan Rakyat." "Orang lain boleh beri cadangan tetapi tidak ada kuasa menentukannya. Serah kepada Pakatan Rakyat untuk memmbuat keputusan," tambahnya lagi. Nasrudin mengulas kenyataan Zahrain yang mengatakan beliau mendapat maklumat bahawa Tengku Razaleigh Hamzah kemungkinan menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri selepas Pakatan Rakyat menang pilihan raya umum ke 13. Zahrain memberi alasan majlis syura PAS menolak Anwar sebagai pemimpin berikutan kontroversi penggunaan kalimah Allah yang ditimbulkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Bagaimanapun, dilaporkan Tengku Razaleigh, tokoh veteran Umno yang kini ahli parlimen Gua Musang tetapi rapat denganpembangkang terutama PAS menafikan dakwaan tersebut. | ||||||||||
Shila Amzah: Saya tidak hilang, cuma cari ketenangan Posted: 10 Feb 2013 03:35 PM PST SELEPAS pulang ke pangkuan keluarga setelah hampir seminggu gagal dihubungi, penyanyi Patah Seribu, Shila Amzah terkilan dengan tindakan ayahnya, ND Lala membuat laporan polis mendakwa dia hilang. Shila juga menegaskan, dia tidak melarikan diri, sebaliknya hanya mencari ketenangan. Semalam, ND Lala membuat laporan polis setelah gagal menemui anak gadisnya itu. Tengah hari tadi polis Kajang mengesahkan Shila sudah ditemui dengan selamat oleh bapanya. Shila menjelaskan serba sedikit tentang perkembangan dirinya dalam status laman mikro Twitter yang dikemas kini petang tadi. "Awak tidak tahu apa yang telah saya lalui. Saya tidak melarikan diri. Saya cuma perlukan ketenangan fikiran, jauh dari orang-orang ini. "Kenapa saya tak boleh? Beritahu saya," tulis Shila pada jam 4.32 petang tadi. Shila juga menegaskan sekali lagi bahawa dirinya tidak hilang. "Sekali lagi, Sha tak hilang," tulisnya lagi. Melalui tweetnya juga, Shila difahamkan kini berada di Pulau Pinang bagi persembahannya pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional (BN), esok. "Saya suka berada di Pulau Pinang... terasa seperti di rumah," tulisnya jam 10.04 malam tadi. Juara Asian Wave ini juga tidak bersetuju dengan tindakan ND Lala yang membuat laporan polis berhubung kehilangannya. "Laporan polis itu memang tidak seharusnya berlaku. Sigh (mengeluh)," tulisnya dalam mesej terbaru sekitar jam 10.20 malam. Berhubung kehilangannya, Shila dikatakan hanya menghantar satu pesanan kepada keluarganya yang mengatakan dirinya selamat. Namun, penyanyi ini menafikannya melalui interaksi dengan peminat. "Lebih baik jika awak menghubungi ibu bapa. Setiap ibu bapa akan melakukan perkara yang sama. Mereka cuma risaukan awak. Selamat, berada di rumah," tulis @dalyna88. Shila membalas, "saya melakukannya setiap hari." | ||||||||||
Setiawangsa, Antara Lesu Dan Selesa Untuk Menang PRU13 Posted: 10 Feb 2013 03:32 PM PST Benarkah Dato' Sri Zulhasnan Rafique tidak akan dicalon semula mewakili BN dalam PRU13 nanti? Zulhasnan yang mula ditonjolkan sebagai calon winnable dalam PRU10 pada tahun 1999 menggantikan Datuk Dr Kamal Salih (kini Tan Sri) telah mewakili Parlimen Wangsa Maju selama sepenggal; sebelum dipindahkan ke kawasan parlimen yang baru iaitu Parlimen Setiawangsa selama dua penggal, pada PRU11 tahun 2004 dan PRU12 tahun 2008.
Nama Dato' Ahmad Fauzi Zahari, Naib Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa kini merupakan 'calon menanti' sekiranya Ahli Parlimen yang sedia ada Dato' Sri Zulhasnan Rafique tidak dicalonkan semula. Legasi Zulhasnan yang menang hatrik selama tiga penggal selama ini bakal diteruskan oleh Fauzi Zahari setelah nama beliau dikatakan telah mendapat restu daripada pucuk pimpinan parti untuk bertanding dalam PRU13. Tanpa memperkecilkan kehebatan calon-calon lain seperti Datuk Seri Halim Samad, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa, Puan Hairunnisha Ismail, Ketua Wanita UMNO Bahagian, Azmi Badarudin, Ketua Pemuda UMNO Bahagian dan Seriwani Sabtu, Ketua Puteri UMNO Bahagian; rasanya UMNO Bahagian Setiawangsa yang dipimpin oleh Zulhasnan Rafique tidak mempunyai banyak masalah untuk memberikan laluan meniti kemenangan kepada Fauzi Zahari kali ini. Sekiranya perkhabaran ini benar, Fauzi Zahari yang pernah mengetuai Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dan kini menjawat jawatan Setiausaha Kerja BN Wilayah Persekutuan akan berentap dengan Ibrahim Yaacob yang disebut-sebut bakal dicalonkan semula oleh PKR di Setiawangsa.Ibrahim Yaakob yang juga Ketua Staf pejabat Anwar Ibrahim dikatakan tidak disenangi oleh sebahagian daripada penyokong Pakatan Rakyat, terutamanya PAS di Setiawangsa.
Menjelang PRU13 yang pasti diadakan dalam bulan Mac 2013 ini, rasanya kesinambungan mengekalkan kerusi BN di Parlimen Setiawangsa bukanlah suatu jangkaan yang mudah diperkatakan, kerana ia banyak bergantung kepada persediaan jentera pilihan raya di setiap 17 PDM dan 5 lagi Bilik Gerakan dalam P.118 Setiawangsa, terutama yang membabitkan keyakinan rakyat akar umbi terhadap Barisan Nasional. Lambakan isu-isu nasional begitu ketara sekali menghimpit parti-parti yang bertanding menjelang pilihan raya di kawasan-kawasan bandar seperti di Setiawangsa, berbanding dengan kawasan-kawasan pedalaman di luar bandar seperti di Pendang, Kedah, di Permatang Pauh, Pulau Pinang mahupun di Pekan, Pahang. Isu-isu seperti kes moral peribadi Anwar Ibrahim di pihak Pakatan Rakyat dan begitu juga dengan kes moral yang membabitkan Rosmah Mansor yang dilihat bagaikan liabliti kepada UMNO/BN begitu terkesan di kalangan warga metropolitan kerana sumber maklumat dan pancaran lasernya begitu pantas menghangatkan cuaca politik semasa tanahair. Segala himpunan mega rakyat samada di pihak Pakatan Rakyat mahupun di pihak UMNO/BN semuanya mudah terlekat di hati rakyat kerana semuanya tertumpu di Kuala Lumpur. Memanipulasikan maklumat dengan tujuan untuk mengaburi pengundi akar umbi di kampung-kampung pedalaman luar bandar dengan menggunakan propaganda media arus perdana bagaikan tidak lutsinar kepada warga kota di Kuala Lumpur. Sebab itu apabila Utusan Malaysia mahupun TV3 dan yang seangkatan dengannya melaporkan Himpunan Kebanglkitan Rakyat anjuran Pakatan Rakyat di Stadium Merdeka kononnya hanya berjumlah 30,000 orang, sedangkan ia lebih berganda daripada itu; begitu juga apabila Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak yang hanya disambut dalam lingkungan 5,000 orang sekembalinya dari Davos dan juga Palestin, tetapi media arus perdana melaporkannya secara berganda melebihi 10,000 orang; maka warga kota menjadi keliru kerana media alternatif seperti laman-laman blog dan juga laman sosial facebook begitu pantas memaparkan imej yang berbeza seperti yang dilaporkan. Justeru itu, Parlimen Setiawangsa tidak dapat mengelakkan diri daripada tempias sedemikian. Setiawangsa walaupun dianggap kawasan selamat kepada UMNO/BN malah Setiawangsa juga dikategorikan sebagai 'zon putih' berbanding dengan beberapa kawasan parlimen lain di Wilayah Persekutuan ada yang kelabu malah ada juga yang hitam. Mungkin juga Setiawangsa selama ini dianggap putih dan mudah menang kerana kawasan pilihan raya ini memiliki 'fix deposit' pengundi-pengundi pos dari Angkatan Tentera@ATM dan juga Polis@PDRM yang berlebihan jika dibandingkan dengan kawasan pilihan raya yang lainnya. Dianggarkan lebih 14,000 pengundi pos terdapat di dalam P.118 Setiawangsa pada PRU12 2008. Sebab itu apabila Zulhasnan Rafique mengalami kekalahan dalam pengiraan jumlah undi mengikut daerah peti-peti undi dalam PRU12 tahun 2008 yang lepas, namun setelah dicampurkan dengan bilangan undi pos, jelas memperlihatkan kekurangan undi pada UMNO/BN itu dapat ditampung dengan kekuatan jumlah undi pos sehingga Zulhasnan daripada UMNO/BN menang dengan majoriti besar 8,134 undi. Dalam PRU12, Dato' Sri Zulhasnan Rafique daripada UMNO/BN memperolehi 25,489 undi, berbanding dengan Ibrahim Yaacop daripada PKR yang meraih undi 17,355 undi. Pengiraan awal di peringkat peti-peti undi pada masa itu, Zulhasnan mengalami kekurangan lebih kurang 1,800 undi berbanding dengan calon PKR. Jelas terbukti wujudnya undi protes yang tidak memihak kepada Zulhasnan walaupun beliau pada masa itu merupakan seorang Menteri Wilayah Persekutuan dan juga Pengerusi BN Wilayah Persekutuan. Saya melihat kapasiti beliau sebagai seorang Menteri pada masa itu tidak patut beliau boleh kalah dengan undi rakyat seperti yang telah diperolehinya. Banyak program rakyat yang dijalankan oleh beliau sebelum PRU12, namun usaha dan kerja kerasnya masih tidak berbaloi apabila majoriti rakyat yang mengundi tidak memihak kepadanya.Undi pos dianggap telah menyelamat jangka hayat BN di Setiawangsa. Apakah jumlah pengundi di kalangan anggota Polis dan juga Angkatan Tentera yang hanya berbaki sekitar 11,000 orang sekarang ini di Parlimen Setiawangsa memungkinkan BN boleh menang selesa kali ini? Jika ditanya di kalangan orang-orang kuat UMNO di Setiawangsa, memperlihatkan tahap keyakinan mereka untuk BN mengulangi kemenangan dalam PRU13 ini begitu tinggi. Namun diingatkan UMNO/BN tidak harus terpesona dengan unjuran yang dibuat, kerana pihak Pakatan Rakyat juga mempunyai keyakinan yang sama untuk menumpaskan BN kali ini. PKR begitu kerap mengadakan program-program mendekati rakyat sejak akhir-akhir ini, malah tahap keceriaan bendera-bendera mereka juga semakin menenggelamkan bendera dacing yang masih kurang kelihatan di lokasi-lokasi strategik. Walaupun saya percaya keadaan ini mungkin akan berubah selepas pembubaran parlimen nanti, namun saya mengharapkan mood untuk menang hendaklah disemarakkan secara berterusan oleh pihak UMNO/BN. Hendaknya, komponen BN yang lain seperti MCA, MIC dan PPP di Setiawangsa janganlah mereka bersikap dingin untuk menghangatkan gerak kerja menawan hati rakyat yang mereka wakili. Jikalau MCA Parlimen Wangsa Maju dilihat tidak supportive bersama UMNO untuk menawan semula Wangsa Maju dari PKR, maka diharapkan MCA di Parlimen Setiwangsa tidak mengikuti perangai buruk rakan mereka di Wangsa Maju itu. Pengundi Cina sekitar 35 peratus di kawasan Parlimen Setiawangsa harus digerakkan segera untuk mengekalkan momentum kemenangan BN dalam PRU13. Keraguan terhadap kecenderungan pengundi Cina yang masih tidak memihak kepada MCA bakal merebahkan keyakinan BN untuk mencipta kemenangan yang lebih besar berbanding PRU12 yang lalu. Manakala kekuatan 56 peratus pengundi Melayu di Setiawangsa bukannya 100 peratus milik UMNO. Pengundi Melayu yang menyokong UMNO dengan pengundi Melayu yang pro PKR dan PAS akan menyaksikan betapa rumitnya untuk menyatukan hati-hati mereka supaya tidak menyokong Pakatan Rakyat. Pertambahan mendadak pengundi-pengundi di kalangan orang muda juga dilihat menjadi faktor untuk memungkinkan mana-mana parti boleh menang dalam pilihan raya kali ini. Justeru, saya berharap 'Setiawangsa' boleh mengekalkan momentum zon kemenangan kali ini, bukannya terus diulit mimpi yang lesu akibat terlalu selesa untuk menang. Di antara kelesuan yang dialami dengan keselesaan untuk menang di Setiawangsa, jangan sampai ditenggelami dek ombak yang berada di hadapan kita semua. Sindrom politik 'Bangau Oh Bangau' jangan sekali-kali diciplak oleh pencatur politkus UMNO untuk menghancurkan kekuatan yang telah dibina. Bakal-bakal calon seperti Dato' Ahmad Fauzi Zahari seharusnya memiliki ciri-ciri 'mesra rakyat' dan tidak terlalu mengharapkan kebergantungan dicatur oleh orang lain. Kekuatan syaksiah diri yang dimiliki hendaklah menjadi ikutan yang disenangi oleh rakyat akar umbi bukan untuk dibenci. | ||||||||||
Terengganu Dan Kemelut Kemiskinan Posted: 10 Feb 2013 03:26 PM PST TULISAN saya mengenai penderitaan akibat kemiskinan Siti Azma Mohd Zain, seorang ibu tunggal yang terpaksa tinggal di sebuah 'rumah kotak' bersama dua anaknya di Kampung Limbung, Paka, mendapat banyak reaksi pelbagai pihak khususnya daripada kalangan warga Teerengganu sendiri. Rumah usang beliau yang tiada kemudahan asas air dan elektrik, juga sering digenangi air setiap kali berlaku hujan akibat atap rumah bocor. Namun inilah realiti penderitaan dan kesempitan kehidupan golongan miskin di seluruh negeri Terengganu. Golongan miskin ini kebanyakannya terpaksa memeras tulang empat kerat mereka untuk mencari rezeki halal buat mengisi perut anak-anak dan keluarga yang terlalu daif. Mereka juga terpaksa berhadapan dengan kenaikan kos hidup dan barangan keperluan harian seperti minyak, gas, gula serta tepung yang terlalu membebankan golongan bawahan ini. Ya, cubalah anda bayangkan, sebagai contoh, kesempitan hidup insan petani yang tidak punya kerja tetap dan menyara hidup keluarga dengan hanya melakukan kerja-kerja kampung serta bercucuk tanam. Nelayan pula, terpaksa meredah lautan untuk pergi menangkap ikan tetapi apabila tiba musim tengkujuh, punca rezeki mereka ini kembali ke daratan. Ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Nasib insan seperti ini turut dikongsi bersama oleh hampir 20,000 keluarga lain yang dikategorikan sebagai miskin di seluruh Terengganu. Ya, amat sukar untuk digambarkan, negeri yang menghasilkan lebih separuh keluaran petroleum negara dan mendapat hasil lebih RM2 bilion setiap tahun, masih wujud terlalu ramai individu dan keluarga terlalu miskin untuk menyara kehidupan harian mereka. Cubalah tinjau kehidupan golongan ini dari Kemaman sampai ke Besut, bagaimana peritnya mereka mengharungi kehidupan harian bagi menyara anak-anak dan keluarga. Realitinya masih terlalu ramai lagi rakyat jelata yang tersepit dengan kemelut kemiskinan seperti yang dilalui oleh Siti Azma dan keluarganya. Namun kemiskinan serta penderitaan rakyat Terengganu masih jauh daripada dapat diatasi. Apapun, taraf kemiskinan rakyat adalah antara negeri yang termiskin di Malaysia walaupun ada yang mendakwa bahawa kadar kemiskinan negeri Terengganu dikatakan telah menurun dengan drastik dari tahun 2004 yang berkadar 15.4 peratus, kepada kadar 2.6 peratus pada akhir tahun 2011. Persoalannya, apakah kadar kemiskinan ini tepat bagi negeri Terengganu? Dan apakah ia relevan dengan kos kenaikan sara hidup yang terpaksa dibebani oleh setiap penduduk Terengganu? Mengikut statistik, keluarga-keluarga miskin dikategorikan sebagai golongan miskin oleh kerajaan Terengganu iaitu mereka yang berpendapatan di bawah paras kemiskinan iaitu RM529.50 ke bawah sebulan. Kadar ini adalah berbeza dengan 'kadar kemiskinan' (poverty level) Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdan Menteri (JPM) yang meletakkan bahawa 'kemiskinan' adalah RM731 setiap isi rumah seramai lima orang manakala indeks 'kemiskinan tegar' adalah RM419 setiap isi rumah seramai lima orang. Bagi saya indeks yang diguna pakai ini tidak sesuai langsung bagi negeri Terengganu yang kaya. Malahan ia tidak mencerminkan kedudukan sebenar penduduk miskin yang masih terlalu tinggi di seluruh negeri. Sebagai contohnya, kerajaan negeri Selangor telah megambil langkah menaikkan indeks kemiskinan kepada RM1,500 setiap isi rumah menjadikan kadar kemiskinan negeri tersebut naik daripada 1.1 peratus kepada 22 peratus dengan mengambil kira kemiskinan bandar yang meruncing akibat kenaikan kos sara hidup. Malahan sekiranya diteliti bagi setiap tahun sahaja, kerajaan negeri Terengganu memperuntukkan sejumlah RM50 juta 'Dana Khas Bantuan Hari Raya' kepada sejumlah 150,000 warga miskin seluruh negeri Terengganu. Sekiranya dinisbah jumlah penerima bantuan hari raya seramai lebih 150,000 orang yang terdiri daripada golongan termiskin dengan jumlah penduduk Terengganu, maka kadar kemiskinan di negeri ini akan mencecah lebih 15 peratus daripada kalangan rakyat Terengganu. Begitu jugalah dengan persoalan bantuan 'wang ehsan' dan 'subsidi' yang terus-menerus disalurkan kepada rakyat Terengganu yang miskin ini. Apakah dengan hanya bantuan RM100 atau RM200 kepada setiap isi rumah, sudah cukup bagi kerajaan pimpinan Menteri Besar, Ahmad Said menggangap ia sebagai pembelaan kepada rakyat? Dan, apakah cara begini boleh dianggap sebagai menepati sasaran bagi membantu ribuan warga miskin yang ada di seluruh negeri Terengganu? Ya, inilah nasib si miskin yang ada di negeri 'Darul Iman' ini. Siapakah yang akan menjadi pembela kepada mereka ini? Apakah mereka akan terus menerus diikat untuk bergantung kepada belas kasihan 'wang ehsan' yang ditaburkan sedangkan mereka tidak mampu keluar daripada kemelut kemiskinan ini? Si miskin akan terus merempat di himpit kemiskinan, manakala si kaya yang sedang memunggah hasil kekayaan yang ada di negeri 'penyu bertelur' ini akan terus kenyang dan hidup dikelilingi serba kemewahan. | ||||||||||
Pas saran BN beri Nasha tiket tanding PRU13 Posted: 10 Feb 2013 03:18 PM PST KOTA BHARU – Barisan Nasional (BN) disaran beri peluang kepada bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang jika parti itu berminat dan memerlukan bekas orang nombor dua Pas itu. Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, BN terutama Umno tidak harus mengetepikan Nasharudin dalam pilihan raya ini kerana beliau sudah bekerjasama dengan parti itu sejak 2008 lagi. Antaranya, beliau didakwa pernah cuba melobi untuk menubuhkan kerajaan gabungan Pas dengan Umno di Selangor dua hari selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12). "Nasharudin kelihatan seperti begitu cuba untuk membantu Umno dalam pelbagai hal hingga ketepi kepentingan Pas sendiri. Kerana itu, jika benar Umno perlukan dia, buka peluang untuk dia bertanding di mana-mana kerusi atau beri laluan di Bachok," katanya pada sidang media di Kota Darul Naim, semalam. Husam berkata, pengguguran Nasharudin daripada Majlis Syura Ulama Pas bukan disebabkan kerjasamanya dengan Umno, tetapi ketidakhadirannya dalam beberapa mesyuarat Majlis Syura dan Pas Pusat. "Kalau dia nak, dia boleh merayu semula. Saya cadangkan dia kembali, tetapi dengan syarat, dia mesti patuh pada peraturan dan hadir mesyuarat seperti biasa. Dia bukan Umno tapi semua kerja yang dilakukan adalah untuk membantu Umno. "Kalau kita kahwin dan isteri main kayu tiga, dayuslah kalau kita tidak tegur perbuatan dia," katanya. Menurutnya, pendekatan Pas adalah menepati matlamat untuk menukar dasar kerajaan yang zalim. | ||||||||||
2 suspek kes rompak maut, motosikal terbabas Posted: 10 Feb 2013 03:16 PM PST SEREMBAN – Usaha dua penjenayah melarikan diri dari dikejar polis gagal apabila kedua- duanya maut setelah motosikal berkuasa tinggi dinaiki mereka terbabas selepas Plaza Tol Lebuh Raya Port Dickson - Seremban, dekat Mambau, semalam. Dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, penjenayah berusia 21 dan 27 tahun baru selesai menyamun kedai kek di Batu 6 Telok Kemang dan Lukut, Port Dickson sebelum larikan diri ke arah Seremban. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Abd Wahab Harun berkata, sebaik saja kejadian samun itu, polis menerima maklumat orang awam menyebabkan polis bertindak mengesan kedua-dua suspek terbabit. "Polis mendapat maklumat kejadian itu dilakukan dua lelaki yang menunggang motosikal berkuasa tinggi warna hitam, menggunakan nombor pendaftaran palsu. "Jadi, kita telah buat hebahan kepada semua petugas untuk bertindak dan mengesan kedua suspek yang dipercayai berada tidak jauh daripada lokasi kejadian" katanya. Menurutnya, jam12.45 tengah hari, suspek berjaya dikesan di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) lebuh raya berkenaan sebelum kereta peronda polis, anggota cegah jenayah serta anggota trafik menghampiri suspek. "Bagaimanapun, kedua suspek terus memecut laju motosikal mereka untuk melarikan diri selepas menyedari kehadiran anggota polis. "Polis terus mengejar suspek selama beberapa minit sebelum motosikal ditunggangi suspek terbabas lalu melanggar pembahagi jalan di susur ke Mambau," katanya. Abd Wahab berkata, salah seorang suspek maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi tercampak dalam longkang, bagaimanapun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ). "Hasil pemeriksaan kita menjumpai dua bilah parang panjang pada beg sandang salah seorang suspek. "Selain itu, kita turut menjumpai barang kes yang dilaporkan hilang iaitu sebuah telefon bimbit berjenama iphone 4 dan Samsung SII," katanya. Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan Seksyen 395 Kanun Keseksaan. | ||||||||||
Pierre Andre bertunang dengan gadis dari Johor Posted: 10 Feb 2013 03:14 PM PST PENGARAH dan pelakon, Pierre Andre selamat bertunang dengan seorang gadis dari Johor, semalam. Akhir tahun lalu, Pierre telah dikhabarkan akan bertunang bulan ini. Pierre mengikat tali pertunangan dengan Nurhidayah yang bukan dalam kalangan orang seni. Metrowealth International Group (MIG) milik penerbit terkenal, Mejar (K) David Teo, telah berkongsi gambar sekitar pertunangan anak dramatis terkenal, Khatijah Tan itu di laman sosial Facebook. "Tahniah buat Pierre Andre telah melangsungkan pertunangan pada hari ini (semalam). Nurhidayah dari Johor berjaya mencuri hati Pierre. Semoga bahagia," tulis Facebook MIG Online itu. Sebelum ini, ketika menerima Anugerah Yasmin Ahmad dalam Anugerah Skrin lalu, Pierre telah memberi ucapan yang disifatkan sebagai ucapan terbaik yang pernah keluar dari mulut seorang anak seni. | ||||||||||
Posted: 10 Feb 2013 05:04 AM PST
Kesian rakyat ditipu oleh Najib, sejak mengepalai jentera PRU 2008 dia menipu dalam terang! Rujuk posting saya bertarikh May 17, 2010 yang menjelaskan penipuan Najib mengenai tawaran harga minyak klik sini dan tonton video ini bagi yang masih belum jelas penipuan dalam terang Najib http://www.youtube.com/watch?v=ZfYHwJB7ums&feature=player_embedded http://www.youtube.com/watch?v=9hyAd128nGw&feature=player_embedded Itupun nak bagi lagi ka? (tolong sebarkan link posting ini ) | ||||||||||
Ameerah Santuni Pengundi Tiong Hua Posted: 10 Feb 2013 04:49 AM PST Editor BuletinProgram ini diadakan serentak seluruh negara dengan mensasarkan kawasan awam seperti hentian bas, hentian keretapi, pasar pagi dan tempat letak kereta pusat membeli belah. Program ini adalah manifestasi kepada semangat muhibbah antara kaum yang perlu dipupuk di kalangan rakyat Malaysia terutama generasi muda hari ini. Arahan kepada seluruh jentera Ameerah dan muslimat muda di setiap negeri untuk memulakan edaran jam 3 petang bagi mengambil peluang bertemu dengan teman-teman dari kaum Tiong Hua yang pulang ke kampung halaman atau yang keluar membeli belah bagi persediaan sambutan tahun baru mereka. Terdapat juga jentera negeri yang memulakan edaran sejak awal pagi lagi. Sambutan yang sangat menggalakkan diterima dari rakan-rakan kaum Tiong Hua sepanjang edaran dijalankan. Mereka sangat gembira dan teruja menerima buah tangan dari kami malah ada beberapa negeri yang terpaksa menamatkan program lebih awal. Tidak sampai 40minit mereka telah kehabisan buah limau untuk diedarkan. Ameerah Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada seluruh jentera Ameerah di setiap negeri yang telah berjaya menjayakan program pada hari ini. Memandangkan Gelombang Oren ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan, Ameerah akan melancarkan Gelombang kedua, Gelombang Epal Hijau dalam masa yang terdekat. Fareedah Samad Pengerusi Ameerah Malaysia | ||||||||||
Ops Tampal Jalan baiki 293,925.53 meter persegi jalan sepanjang Jan 2013 Posted: 10 Feb 2013 04:46 AM PST KEADILAN DAILYOps Tampal Jalan yang dilaksanakan kerajaan negeri untuk membaiki jalan dan menampal jalan-jalan berlubang di seluruh Selangor termasuk jalan persekutuan telah berjaya menampal sejumlah 293,925.53 meter persegi sepanjang Januari 2013. Daripada jumlah ini, jalan dalam kawasan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) paling banyak ditampal dengan sejumlah 51,476 meter persegi atau 18 %, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) sejumlah 45,365.93 meter persegi atau 15 peratus manakala Majlis Perbandaran Klang (MPK) dengan 28,152.40 meter persegi atau bersamaan 10 %. Pihak berkuasa lain, Majlis Bandaraya Shah Alam (24,064 meter persegi), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (24,389.20 meter persegi), Majlis Perbandaran Subang Jaya (27,530.61 meter persegi), Majlis Perbandaran Sepang (4,643 meter persegi), Majlis Perbandaran Selayang (25,441 meter persegi), Majlis Daerah Kuala Langat (6,627.44 meter persegi), Majlis Daerah Kuala Selangor (20,515.95 meter persegi) dan Majlis Daerah Sabak Bernam (17,439.34 meter persegi). Bagi bulan Februari, sejumlah 100,710.16 meter persegi jalan berlubang telah ditampal setakat 5 Februari lalu yang mana 20 peratus daripada jumlah ini melibatkan jalan-jalan dalam kawasan Majlis Daerah Hulu Selangor. Rakyat Selangor digalakkan membuat aduan dengan menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2824, dan juga menghubungi talian yang disediakan PBT kawasan masing-masing. Setiap aduan ini akan diambil tindakan segera dan setiap aduan akan direkodkan untuk kita mengambil tindakan susulan. Kita berharap rakyat mengambil peluang ini untuk bersama-sama membantu kerajaan negeri meningkatkan mutu kemudahan awam demi keselesaan bersama. Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor | ||||||||||
Samseng Syaitan Dikenali Menjadi-jadi: Papan Kempen Calon PAS Merlimau Pula Disabotaj Posted: 10 Feb 2013 04:38 AM PST KELAB GREENBOC Sedang Negara Malaysia sedang meraikan Tahun Baru Cina; Merlimau pagi ini dikejutkan dengan papan kempen calon PAS Merlimau, Tuan Haji Yuhaizad Abdullah telah ditumbangkan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Papan iklan itu terletak diatas tanah persendirian di Kampung Kilang Berapi, Merlimau dan hanya memaparkan Tawaran Pakatan Rakyat dan tiada unsur provokasi kepada mana-mana pihak. Namun, parti politik tertentu ini merasa terancam sehingga tergamak mengupah samseng untuk membuat kacau dengan menumbangkan papan kempen terbabit. Tuan Haji Yuhaizad menyatakan kebimbangan beliau kerana sejak akhir-akhir ini, banyak kes keganasan keatas penggerak dan penyokong Pakatan Rakyat berlaku. Ini dikuatkan lagi dengan kenyataan Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam selaku presiden PESAKA yang mengatakan, "Saya tidak boleh kawal pesilat-pesilat saya dari bertindak". Kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib yang sering membayangkan keganasan bakal berlaku sekiranya BN tumbang telah melahirkan bibit-bibit tindakan ganas daripada penyokong mereka. Sehubungan itu, Tuan Haji Yuhaizad bersama Sdr Aminuddin Abdul Jalil, Ketua Pemuda PAS Kawasan Jasin telah membuat laporan polis di Balai Polis Merlimau dan berharap pihak polis bertindak profesional dengan menyiasat dan mendakwa pihak-pihak yang cuba mencetuskan keganasan dan huru-hara di Merlimau. -ii | ||||||||||
70 samseng Umno guna treler untuk halang Anwar temui rakyat Kuantan Posted: 10 Feb 2013 04:31 AM PST KEADILAN DAILYPAHANG : Siri Jelajah Merdeka Rakyat bersama Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negeri kelahiran Datuk Seri Najib Razak, sekali lagi diganggu kumpulan samseng.Rombongan yang dalam perjalanan ke tapak ceramah di Felda Bukit Kuantan, Pahang dihalang empat treler dan beberapa kereta yang merentangi jalan raya. Bercakap kepada Keadilan Daily, Bendahari Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pahang, Wan Mohd Zulkifly, berkata kejadian berlaku sekitar jam 5 petang. "Sekumpulan 70 samseng kemudian mengepung enam kenderaan kami. Lokasi kejadian hanya kira-kira satu kilometer dari lokasi ceramah. "Hanya selepas 30 minit, tiga kenderaan termasuk satu yang membawa Anwar dapat lolos dengan bantuan beberapa penduduk kampung berdekatan. "Alhamdullilah, tiada kejadian tidak diingini berlaku," kata Penyelaras Jelajah Merdeka Rakyat Pahang itu. | ||||||||||
Anwar bela 7 pemimpin Islam Bangladesh, gesa henti perbicaraan Posted: 10 Feb 2013 04:29 AM PST Aliff Fikri KUALA LUMPUR : Kerajaan Bangladesh digesa supaya menghentikan perbicaraan berat sebelah dan bermotif politik terhadap tujuh pemimpin kumpulan Islam, Jamaat Islam, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Kami bimbang dengan perbicaraan yang dijalankan dengan cara melanggar piawaian antarabangsa. Justeru kami mendesak agar perbicaraan dijalankan mengikut prosedur yang betul. "Kehendak keadilan, kedaulatan undang-undang dan waran perbicaraan yang adil, suspek diberi hak penuh, kemudahan membela diri dan tidak tertakluk kepada proses yang asasnya cacat," katanya pada kenyataan media hari ini. Tujuh pimpinan Jamaat Islami dibicara di Tribunal Jenayah Antarabangsa Dhaka atas tuduhan terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai dan jenayah terhadap kemanusiaan semasa perang 1971 pembebasan menentang Pakistan. Pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa turut menyelar penahanan, tuduhan dan perbicaraan berkenaan berikutan ia bermotif politik yang bertujuan menyekat pimpinan Jamaat Islami dari menyertai pilihan raya Bangladesh. Mengecam ketidakadilan terhadap mereka, Anwar berkata, perlindungan yang seperti yang tertera dalam perlembagaan mesti dipatuhi. "Perlindungan itu mestilah terpakai sama rata kepada ahli-ahli pembangkang. Mereka tidak harus dianiaya kerana perbezaan politik," katanya. | ||||||||||
Tunku jika masih hidup tentu kecewa dengan kemunduran Malaysia – Kit Siang Posted: 10 Feb 2013 04:19 AM PST Roketkini.com KUALA LUMPUR: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, jika Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman masih hidup sudah tentu dia kecewa apabila melihat keadaan Malaysia mundur berbanding kemajuan yang dicapai Korea Selatan sekarang. Katanya, kekecewaan itu bukan sahaja dalam konteks demokrasi dan tadbir urus yang baik, perkembangan ekonomi, kemajuan teknologi, pembangunan modan insan, seni dan budaya, malah dalam bidang sukan yang Korea Selatan jauh mendahului Malaysia dalam setengah abad lalu. "Selaku Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman ketika itu mengadakan pertandingan Pestabola Merdeka sempena sambutan Hari Kebangsaan dan pada tahun 60-an dan 70-an, dengan aksi bintang bola sepak terkenal negara seperti Soh Chin Aun, R Arumugam, Isa Bakar, Santokh Singh, James Wong dan Mokhtar Dahari, menyaksikan pasukan kebangsaan tidak sukar untuk mengalahkan Korea Selatran. "Malaysia juga memenangi pingat gangsa pada Sukan Asia 1974 dan layak ke Olimpik Moscow pada 1980. Bagaimanapun, hari ini, Malaysia hanya menduduki tempat ke-158 daripada 207 negara, berbanding Korea Selatan di tempat ke-34 senarai FIFA dan memenangi pingat gangsa dalam bola sepak sukan Olimpik London 2012," katanya dalam perutusan Tahun Baru Cina 2013, dan Pengiraan Detik 62 Hari ke PRU-13, hari ini. Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, malah Tunku Abdul Rahman pasti sedih kerana Malaysia ketinggalan jauh di belakang Korea Selatan dalam kemajuan ekonomi dan pendemokrasian untuk menamatkan hagemoni politik UMNO dengan mewujudkan sistem dua perikatan yang akan membawa keamanan dan kuasa politik bergilir-gilir mengambil tempat melalui peti undi. Beliau berkata, hari ini adalah ulang tahun ke-110 kelahiran Bapa Malaysia iaitu dua hari sebelum Tahun Baru Cina atau dua atau tiga minggu sebelum pembubaran Parlimen bagi membolehkan PRU-13 diadakan. "Tunku Abdul Rahman pernah berkempen untuk DAP dan Gagasan Rakyat pada PRU 1990, 23 tahun lalu dan berharap mewujudkan penggiliran kuasa daripada UMNO/BN kepada Gagasan Rakyat dan memperkenalkan sistem dua perikatan di Malaysia. "Saya masih ingat Bapa Malaysia yang berusia 87 tahun ketika itu bertegas mahu berkempen untuk DAP dan Gagasan Rakyat serta berucap di dewan masyarakat Batu Lanchang di Pulau Pinang meskipun dia tidak begitu sihat. "Oleh itu cara terbaik untuk memperingati ulangtahun kelahirannya Tunku ke-110 adalah memenuhi impian dan kehendaknya pada PRU 1990 pada PRU-13 nanti untuk memperkenalkan sistem dua perikatan dan meletakkan asas demokrasi yang kukuh untuk Malaysia mencapai satu tahap baru perkembangan ekonomi dan pembangunan dengan melakukan perubahan politik dan demokratik pertama dalam tempoh 56 tahun. "Hanya pada waktu itu Malaysia boleh mula merapatkan jurang dengan Korea Selatan dalam semua bidang. Tidak akan ada cara lebih baik untuk meninggalkan kesan pada Tahun Baru Cina 2013. Saya mengucapkan kepada semua rakyat Malaysia selamat menyambut Tahun Baru Cina," katanya. Menurut Kit Siang, pada hari kedua Tahun Baru Cina pula bintang pop Korea Selatan, Psy yang video "Gangnam Stylenya' ditonton lebih satu bilion (rekod terkini: 1.27 bilion) di Youtube, dijemput ke Pulau Pinang untuk menjadikan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak satu acara yang julung kali dan bersejarah. "Rakyat Malaysia sepatutnya bergembira dengan persembahan Psy, tetapi sebelum dan selepas berhibur, mereka perlu memikirkan nasib negara sepanjang setengah abad lalu yang menjadikan Malaysia jauh ketinggalan berbanding Korea Selatan yang kini sebuah negara kaya walaupun ketika mencapai Kemerdekaan pada 1957, Malaysia tiga kali ganda lebih kaya daripada Korea Selatan," katanya. Daripada data International Monetary Fund, 1980 adalah tahun terakhir Malaysia memperoleh KDNK perkapita lebih tinggi iaitu US$1,769 berbanding Korea Selatan hanya US$1,689. Selepas itu, Korea Selatan jauh meninggalkan Malaysia selepas berlakunya proses pendemokrasian di negara itu pada 1987 yang mana ekonomi Korea Selatan mencapai satu tahap baru dalam inovasi dengan anjakan terakhir dalam ruang ekonomi yang maju, terkeluar daripada "perangkap pendapatan pertengahan" yang mana Malaysia masih bergelut untuk melepaskan diri. Magnitud perubahan nasib antara Malaysia dan Korea Selatan boleh dilihat daripada data KDNK perkapita untuk kedua-dua negara bagi setengah abad lalu daripada data Bank Dunia dan International Monetary Fund, iaitu: Dalam setengah abad daripada 1960 hingga 2012, KDNK per kapita malaysia meningkat 35 kali ganda, sangat kecil berbanding peningkatan 148.5 ganda KDNK per kapita Korea Selatan ketika itu. Sejak 1987, Korea Selatan melalui dua peralihan kuasa yang aman dan berjaya melalui peti undi di antara dua perikatan politik apabila calon oposisi memenangi pilihan raya presiden menewaskan calon perikatan pemerintah – pertama kalinya pada 1998 di bawah Kim Dae-jung dan kedua ketika di bawah Lee Myung-bak pada 2007. Menurutnya, bolehkah Malaysia mengambil langkah pertama untuk proses pendemokrasian pada PRU-13 dengan mewujudkan peralihan kuasa dengan memindahkan Kerajaan Persekutuan di Putrajaya daripada UMNO/BN kepada kerajaan Pakatan Rakyat.- Roketkini.com | ||||||||||
10,000 berhimpun di Tasik Pedu untuk ‘Rali Selamatkan Bumi Kedah’ Posted: 09 Feb 2013 04:03 PM PST THE MALAYSIAN INSIDER KUALA NERANG — Kira-kira 10,000 orang termasuk pelajar, belia dan anggota badan bukan kerajaan (NGO) berhimpun di Charuk Batang Padi, Tasik Pedu, bagi melihat sendiri keadaan kawasan gondol akibat pembalakan berleluasa. Kerajaan negeri Kedah bagaimanapun memberi alasan pembalakan itu bertujuan membina ladang rakyat. Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pedu Datuk Mahdzir Khalid berkata masyarakat dapat melihat sendiri apa yang berlaku di kawasan hutan hujan itu, yang dahulunya kawasan hijau sebelum digondol, adalah demi kepentingan kerajaan negeri. "Sepanjang pentadbiran lapan Menteri Besar Barisan Nasional (BN) di Kedah, belum pernah berlaku penggondolan di kawasan itu," kata Mahdzir kepada pemberita pada majlis "Rali Selamatkan Bumi Kedah" hari ini. "Ini adalah kawasan sensitif kerana ia berhampiran dengan Tasik Pedu. Kawasan hutan ini adalah hutan hujan bernilai tinggi, mana-mana MB pun tak pernah ambil balak di kawasan ini kerana ia adalah kawasan tadahan hujan." Sementara itu, Pengerusi Jalinan Gelombang Merah merangkap Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir (gambar) berkata alasan kerajaan negeri Kedah untuk membina ladang rakyat di kawasan itu tidak boleh diterima. "Tahun lepas kita lihat Putera William dan isterinya pergi ke Lembah Danum, Sabah, bagi melihat keindahan flora dan fauna di situ," katanya. "Itu membuktikan bahawa kawasan hutan dapat menarik pelancong asing dan mereka sanggup bayar berapa sahaja untuk masuk hutan dan menghayati alam sekitar." Mukhriz berkata ladang rakyat cuma alasan kerajaan negeri, kononnya mahu menarik pelancong dan mereka sanggup menebang pokok tualang, kapas dan lain-lain yang bernilai tinggi bagi menjana pendapatan negeri. Sementara itu, wakil pelajar Nur Azwa Syazwani Awang Besar, 18, berkata masyarakat seharusnya menjaga alam sekitar dengan penuh kasih sayang kerana ia khazanah negara. "Apabila pembalakan berlaku secara berleluasa, apa akan jadi pada flora dan fauna. Bukan hanya hidupan hutan sahaja yang terjejas tetapi masyarakat juga terkena tempias," katanya. — Bernama | ||||||||||
Putrajaya lebih penting daripada jadi calon, kata Zuraida kepada wakil PKR Sabah Posted: 09 Feb 2013 04:00 PM PST KUALA LUMPUR — Berikutan perletakan jawatan 14 ahli Wanita PKR Sabah Khamis lalu, Zuraida Kamaruddin mengingatkan ahli parti untuk setia kepada impian Pakatan Rakyat (PR) untuk menawan Putrajaya daripada berebut untuk menjadi calon dalam pilihan raya akan datang. Ketua Wanita PKR (gambar) itu mengakui kepada The Malaysian Insider masih lagi terdapat rasa tidak puas hati dalam pemimpin PKR Sabah terhadap kemungkinan mereka tidak akan dicalonkan. Namun beliau menjelaskan ia dilakukan kerana parti itu telah memperuntukkan kerusi bagi sekutu terbaru PR, Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS). "Saya tak boleh kata langsung tiada (rasa tidak puas hati). Namun mereka perlu bersikap rasional. Adakah mereka nak berada di sini untuk jangka masa pendek atau panjang?" katanya dalam panggilan telefon dari Sabah petang semalam. "Demi kepentingan menentang Barisan Nasional (BN) dan Umno, apa yang kami lakukan adalah meletakkan yang terbaik," tambahnya. APS dipimpin oleh Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing, bekas timbalan presiden komponan BN, Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), dan PPPS diketuai Ahli Parlimen Beaufort dan bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Lajim Ukin. Kedua-dua mereka meninggalkan BN tahun lalu bagi membentuk pakatan bersama PR, yang kini sedang menyelesaikan pemhagian kerusi antara DAP, PKR dan PAS, dan bakal menjadikan pembangkang di Sabah dalam situasi yang huru-hara. Winnie Juani, yang merupakan Naib Pengerusi Wanita PKR Sabah, ketua sayap Penampang meninggalkan parti itu Khamis lalu bersama 13 lagi pemimpin bahagian. Beliau berkata kepada The Malaysian Insider tidak mempunyai sebab khusus, sebaliknya hanya mahu merehatkan diri daripada kehidupan politik yang sibuk. Juani, 52, turut berkata beliau meninggalkan parti itu kerana kepimpinan tidak mengesahkan sama ada beliau akan bertanding Moyog, kerusi Dun di bawah BN dalam Parlimen Penampang. Zuraida berkata beliau ada bercakap dengan Juani selepas perletakan jawatan mengejut itu, namun menghormati keputusan berkenaan. "Beliau kata mahu berehat dan memberi keutamaan kepada keluarga. Ada yang tidak boleh menahan tekanan perlukan masa ... Jadi biar mereka berehat, kita tidak kekurangan pemimpin dan calon wanita," katanya. Zuraida bagaimanapun tidak mengesahkan wujudnya spekulasi Juani meninggalkan PKR disebabkan isu pencalonan namun berkata kepentingan PR adalah menwan Putrajaya dan setiap ahli seharusnya mengetepikan kepentingan peribadi mereka. "Tapi jika mereka mahu berehat kerana tidak puas hati dengan perkara ini, kami hormatinya," katanya. Zuraida menambah Juani "keseorangan dalam membuat keputusan", dan menegaskan PKR dan PR, sama ada di peringkat nasional mahupun Sabah, tidak terkesan dengan perletakan jawatan itu. Bagi menggantikan Juani, Setiausaha Wanita PKR Sabah, Esther Otion telah dipertanggungjawabkan melihat perkara itu. "Bahagian kami kukuh dan kami akan memastikan jentera terus bekerja," katanya. Moyog adalah satu daripada dua kerusi Dun di bawah Parlimen Penampang dan secara tradisinya merupakan kubu kuat BN. Penampang dikuasai Presiden UPKO Tan Sri Bernard Giluk Dompok, sementara Ketua Penerangan partinya, Datuk Donald Peter Majuntin adalah Adun Moyog dan Ketua MCA Sabah, Datuk Edward Khoo merupakan Adun Kapayan. Berikutan perletakan jawatannnya itu, Juani berkata beliau didatangi "wakil pembangkang" dan mempelawanya menyertai mereka, namun menegaskan keputusannya akan bersama dengan mereka yang mengikutinya meninggalkan PKR. Terdapat dua lagi pembangkang di Sabah, — Parti Maju Sbah (SAPP) diketuai Datuk Yong Teck Lee dan Parti Pembaharuan Negeri (STAR) diketuai oleh Datuk Dr Jeffrey Kitingan. Perbincangan kerusi antara PR dan kedua-dua parti belum menemui penyelesaian, namun memandangkan pilihan raya semakin hampir, pertikaian itu dijangka akan dapat diselesaikan. | ||||||||||
Shafie: Panel disiplin langkah terbaik kekang sabotaj Posted: 09 Feb 2013 03:57 PM PST THE MALAYSIAN INSIDER KUALA SELANGOR — Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini menyambut baik langkah menempatkan wakil Jawatankuasa Dispilin di bahagian-bahagian Umno bagi mengekang perbuatan khianat dan sabotaj dalam parti. Beliau berkata, penubuhan jawatankuasa khas itu menunjukkan keseriusan Umno untuk mengatasi masalah tersebut ke peringkat akar umbi sebelum menjelang pilihan raya umum akan datang. "Tidak semua tempat (bahagian) berlaku perkara ini, hanya ada segelintir anggota (Umno) yang sanggup melakukannya...tindakan menempatkan wakil jawatankuasa itu merupakan langkah terbaik bagi mengelak parti disabotaj. "Pelaksanaan itu diambil berdasarkan pengalaman terdahulu yang mana ada anggota yang tidak dipilih sebagai calon merasa kecewa dan tidak memangkah parti sehingga menyebabkan kekalahan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program mesra rakyat di sekitar Parlimen Kuala Selangor, di sini. Beliau diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang bersetuju untuk melantik seorang wakil Jawatankuasa Dispilin di bahagian-bahagian Umno. Najib membuat kenyataan itu selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, semalam. Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, anggota Umno tidak perlu bimbang dengan pelaksanaan jawatankuasa itu kerana ia bertujuan menjaga kebajikan parti. "Mereka yang bimbang terhadap pelaksanaan itu hanyalah anggota yang buat kerja tidak baik," katanya. Sementara itu, Mohd Shafie berkata kementeriannya menyokong hasrat kerajaan untuk menambah jumlah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi menjaga kebajikan masyarakat terutamanya golongan di pedalaman yang hidup serba kekurangan. "Bagi pihak kementerian serta kabinet, kami juga ada berbincang dan bercadang untuk menambah jumlah ini daripada RM500 kepada RM1,000, namun perkara itu tertakluk kepada kemampuan kerajaan. "Sekiranya ada kemampuan, tahun depan kita tambah lagi," katanya. Terdahulu, Mohd Shafie beramah mesra dan bersarapan bersama penduduk setempat di Sekolah Menengah Puncak Alam sebelum melakukan lawatan ke beberapa rumah penduduk bagi menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai dan keperluan harian. — Bernama | ||||||||||
Kebenaran akan terserlah, kata Deepak kepada Dr Mahathir Posted: 09 Feb 2013 03:55 PM PST KUALA LUMPUR — Deepak Jaikishan berkata beliau mengaharapkan kebenaran akan terserlah berhubung beberapa siri pendedahannya terhadap pemimpin Barisan Nasional (BN) dalam respon balas terhadap kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggesa dakwaan-dakwaan Deepak diabaikan. Usahawan karpet kontroversi, yang membuat pelbagai dakwaan, memberikan maklum balas melalui SMS, disebalik pendedahan beliau, pihak berkuasa masih lagi tidak mengambil sebarang tindakan. "Bagaimanapun, hingga hari ini, polis masih lagi tidak mengambil tindakan terhadap pecah amanah Raja Ropiah ... atau rasuah berkenaan perjanjian tanah di Bukit Raja yang didedahkan secara terbuka di mahkamah, kenapa?" katanya melalui khidmat penan ringkas. Beliau (gambar) merujuk kepada dakwaannya sebelum ini bahawa Ketua Wanita Umno Selangor Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah telah melakukan jenayah pecah amanah dalam perjanjian tanah bernilai jutaan ringgit. Awal hari ini, Dr Mahathir menasihati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya mengabaikan dakwaan-sakwaan Deepak, walaupun usahawan karpet itu berkata akan terus melakukan pendedahan. "Atau, adakah mereka sekali lagi mendakwa 'demi Tuhan' apabila mereka diarahkan untuk bersumpah dan bercakap benar termasuk disiasat MACC dan Polis?" katanya merujuk kepada Suruhanjaya Penjegahan Rasuah Malaysia (SPRM). "Kita semua maklum perkara itu TIDAK AKAN berlaku, namun saya masih berpegang kepada nasihat Tun M dan berharap kebenaran dan keadilan akan berlaku dalam pentadbiran baru Malaysia," katanya. Rabu lalu, Deepak mahu dirinya diberikan imuniti di bawah Akta Perlindungan Saksi sebelum mendedahkan lebih banyak lagi skandal pemimpin tertinggi negara. "Saya akan hantar surat kepada Peguam Negara (Gani Patail) bagi memohon imuniti serta menyerahkan dokumen rahsia sulit yang saya miliki ini," kata Deepak. "Dalam surat tersebut, saya akan dedahkan secara terperinci tentang skandal yang melibatkan pemimpin tertinggi dalam negara." Pertemuan Deepak dengan pemimpin PAS, Datuk Mahfuz Omar, itu merupakan yang pertama sejak Mahfuz menawarkan diri menjadi perantara bagi usahawan karpet itu dan kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) untuk mendapatkan imuniti pada bulan lalu. Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga menyatakan kesediaan meluangkan masa untuk Deepak bagi mendengar permohonan itu. Deepak sebelum ini mengakui beliau telah membantu mendapatkan penyiasat persendirian P. Balasubramaniam bagi menukar akuan bersumpah pertama berhubung pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaaribu, termasuk mencari dua peguam untuk mendraf akuan baru. Majlis Peguam juga sedang menjalankan siasatan berkenaan identiti peguam yang terlibat dan kemungkinan berlakunya kesalahan dalam proses mendraf akuan bersumpah Balasubramaniam berkenaan pembunuhan Altantuya itu. Misteri menyelubungi identiti peguam Balasubramaniam yang merangka akuan bersumpah kedua bertarikh sehari selepas SD pertama pada 3 Julai 2008 berkenaan dengan pembunuhan Altantuya dimana dua anggota polis Unit Tindakan Khas (UTK) yang telah dijatuhkan hukuman bunuh. | ||||||||||
Selangor tunggu laporan MPS berhubung isu kondominium Batu Caves Posted: 09 Feb 2013 03:50 PM PST CHERAS, — Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kerajaan Selangor masih lagi menunggu laporan lengkap daripada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) sama ada berlakunya pelanggaran peraturan oleh Dolomite Corp Bhd dalam pembangunan projek kondominium mewah 29 tingkat di kawasan ibadat masyarakat Hindu di Batu Caves. Abdul Khalid menegaskan, pihak kerajaan negeri telah mengarahkan MPS untuk mengemukakan semua laporan dan permohonan, termasuk langkah-langkah yang dibuat Dolomite dalam permohonan mereka membangunkan projek tersebut yang telah menimbulkan bantahan banyak pihak. "Kerajaan negeri telah minta pihak berkuasa Selayang untuk mengemukakan semua laporan mengenai permohonan dan juga langkah-langkah dibuat Dolomite dalam permohonan mereka. "Perkara ini juga akan dibentangkan dalam mesyuarat perancang negeri Selangor," katanya kepada pemberita di sini, dan menambah, "kerajaan Selangor belum terima apa-apa laporan daripada MPS setakat ini." Pemaju projek Kondominium Batu Caves Park Avenue semalam dalam kenyataannya berkata syarikat berkenaan masih belum menerima sebarang notis pembatalan projek berkenaan, sekaligus menggesa kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor menyemak semula keputusan untuk membatalkan projek tersebut. Pengarah Urusan Dolomite Lew Choong Keong berkata, syarikat berkenaan kecewa dengan tindakan kerajaan negeri yang membatalkan projek tersebut tanpa sebarang notis ataupun perbincangan dengan pemaju. "Kami sangat kecewa dengan keputusan menteri besar untuk membatalkan projek tersebut berdasarkan alasan keselamatan dan perlindungan alam sekitar. "Lebih menyedihkan, dua kali percubaan kami untuk berjumpa menteri besar untuk menunjukkan kajian kami sebelum pengumuman itu dibuat tidak dilayan," katanya. Pembangunan projek tersebut menimbulkan kontroversi apabila ia dikatakan akan mengancam kedudukan gua Batu Caves yang menempatkan kuil Hindu kerana struktur gua itu didakwa akan terancam kerana ia merupakan struktur batu kapur. Projek dengan nilai RM248 juta yang menempatkan 293 unit juga didakwa akan memberi ancaman kepada patung Dewa Murugan tertinggi di dunia yang terletak di kaki gua tersebut. Lew menjelaskan, telah terdapat sekitar 100 pembeli yang telah menandatangi perjanjian jual beli (SPA) yang mengharapkan kerajaan Selangor menarik balik keputusan tersebut. Syarikat perunding kejuruteraan bebas G&P Geotechnic Sdn Bhd dalam penjelasannya mengkelaskan projek berkenaan sebagai projek yang "tidak membahayakan". | ||||||||||
Masa depan Khalid gelap dikala PKR menyiapkan senarai calon Selangor, kata sumber Posted: 09 Feb 2013 03:49 PM PST Kepimpinan PKR setakat ini tidak mahu mengesahkan sama ada Abdul Khalid akan terpilih untuk mempertahankan kerusi dewan undangan negeri (Dun) itu, dengan kemarahan yang semakin meningkat di kalangan penduduk tempatan yang dikatakan melihat ahli politik itu sebagai wakil rakyat "tidak hadir". The Malaysian Insider difahamkan kepimpinan PKR pada satu masa, memikirkan untuk menggugurkan Abdul Khalid sebagai calon Ijok kerana kebimbangan menteri besar itu akan kalah di kerusi Dun tersebut. "Penduduk tempatan melihat beliau sebagai wakil rakyat tidak hadir, beliau tidak pernah turun padang jadi timbul persepsi. Kadangkala kami faham kedudukan beliau sebagai MB tetapi orang-orang beliau juga tiada di kawasan, jadi sukar untuk bekerja di bawah," kata seorang pemimpin tertinggi PR kepada The Malaysian Insider. Isu pengguguran Abdul Khalid bermula selepas ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pada Oktober tahun lepas Abdul Khalid akan mempertahankan kerusi parlimen Bandar Tun Razak, tetapi tidak menyatakan tentang kerusi Ijok. Pengumuman menyemarakkan syak wasangka bahawa parti itu merancang untuk menggantikan Abdul Khalid dengan timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali, yang kononnya bersaing untuk jawatan tersebut. Timbul juga cakap-cakap tentang untuk menenangkan Abdul Khalid, Anwar menjanjikannya jawatan persekutuan sekiranya PR berjaya merampas Putrajaya. "Adakah beliau menyatakan Abdul Khalid akan bertanding di Ijok? Tidak. Anda boleh membuat kesimpulan sendiri," kata seorang pemimpin PKR dengan syarat namanya tidak disiarkan. Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang merupakan salah seorang yang berada dalam jawatankuasa senarai calon menafikan khabar angin tersebut sebagai tidak berasas tetapi tidak mengesahkan sama ada rancangan parti untuk merombak semula barisan kepimpinan negeri Selangor termasuk menggugurkan Abdul Khalid. "Saya sangat sedar dengan setiap butiran dan tiada tentang itu. Jawatankuasa calon parti yang dipengerusikan oleh Anwar masih lagi melibatkan pemimpin diperingkat negeri tentang perkara ini," katanya kepada The Malaysian Insider apabila diminta pengesahan tentang rancangan PKR untuk menggugurkan Abdul Khalid daripada Ijok. Khabar angin yang merangsang tentang penyingkiran Abdul Khalid adalah masalah yang melanda jentera PKR tempatan. Sumber memberitahu Abdul Khalid tidak mampu untuk berkempen dengan berkesan berikutan permusuhan berterusan antara beliau dan kakitangan utama kempen, yang kononnya telah meninggalkan jentera sehingga hampir lumpuh. Terdapat cakap-cakap pemimpin tempatan enggan bekerjasama selepas Abdul Khalid menolak permintaan untuk "bayaran" sebagai balasan terhadap kesetiaan mereka, serta dakwaan kelemahan Abdul Khalid dalam berkomunikasi serta "keangkuhan" menyebabkan tercetusnya perselisihan. | ||||||||||
Johor bakal milik Pakatan Rakyat selepas PRU13 Posted: 09 Feb 2013 03:44 PM PST
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yakin Johor akan menjadi milik Pakatan Rakyat selepas Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) nanti. Jelas beliau, ini akan menjadi kenyataan apabila melihat tsunami politik dan sokongan yang diberikan rakyat terhadap Pakatan yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Menurut beliau lagi, 12 kerusi parlimen akan turut menjadi milik Pakatan Rakyat apabila rakyat di beberapa kawasan khasnya luar banda dan kawasan pinggir bandar mahukan suatu perubahan. "Saya yakin jika adanya lonjakan undi Melayu pada tahap 35 hingga 45 peratus termasuk sokongan undi bukan Melayu pada PRU13 nanti Johor menjadi milik Pakatan Rakyat. "Walaupun ada beberapa tempat yang masih menjadi kubu Umno tapi itu dalam dalam lingkungan yang kecil kerana di tempat-tempat lain sokongan dari kaum Melayu sudah melebihi 30 peratus," jelas beliau lagi. Salahuddin turut memberitahu khususnya di kawasan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) kaum Melayu terus terpinggir dan mahukan perubahan, apabila kehidupan mereka terkesan akibat dari tindakan kerajaan negeri yang membangunkan WPI tanpa memikirkan nasib mereka. "Kini masyarakat Melayu di WPI bukan lagi Melayu kelahiran Johor, sebaliknya ramai yang datang memiliki rumah di WPI adalah dari negara jiran. "Boleh dikatakan Umno membela Melayu di Johor sebenarnya hanya indah khabar dari rupa, kaum Melayu di sini hidup tidak menentu malah tanah rumah yang mereka diami bukannya milik mereka sendiri," sambung beliau lagi. Jelas beliau lagi, perubahan di Johor pasti menjadi kenyataan jika kelompok Melayu bandar dan kawasan pinggir tekad melakukan perubahan. Di samping, katanya sokongan yang diberikan pengundi Cina yang secara terang menolak kerajaan Umno Barisan Nasional di Johor. | ||||||||||
Bagi MCA, kenal Psy baru boleh jadi pemimpin Posted: 09 Feb 2013 03:43 PM PST
Senator MCA Chew Lee Giok berkata dengan tidak mengenali siapa Psy, Nik Aziz – yang diangkat sebagai 500 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia oleh badan berprestij Timur Tengah - Royal Islamic Strategic Studies Center – dikatakan "sangat kurang pengetahuan mengenai perkara semasa, standard dunia dan trend antarabangsa." "Presiden Amerika Syarikat Barack Obama telah menari 'Oppa Gangnam Style' yang telah menjadi tarian popular dunia secara mengejut," kata setiausaha agong Wanita MCA, yang jelas teruja dengan undangan BN kepada penyanyi popular dari Korea Selatan untuk membuat persembahan di Pulau Pinang. "Bukan sahaja Nik Aziz tidak tahu siapa Psy, beliau juga keliru dengan jantina Psy samada lelaki atau wanita. Beliau juga bertanya mengapa kita mendengar sebuah lagu di dalam bahasa yang kita tidak faham. "Macammana beliau boleh menjadi pemimpin negara?" tegas Chee dalam satu kenyataan yang dilaporkan di laman parti beliau. Chee sedang memberikan reaksi kepada satu laporan berita mengenai respon Nik Aziz ketika diberitahu mengenai konsert Psy di Pulau Pinang, yang rata-rata dilihat sebagai usaha terakhir MCA untuk mendapatkan kembali sokongan kepada BN daripada kalangan pemuda Cina di negeri tersebut. Nik Aziz telah memberikan reaksi bahawa Psy harus menutup aurat – bahagian tubuh badan yang perlu ditutupi berdasarkan ajaran Islam. Di dalam Islam, terdapat aurat lelaki dan perempuan, tapi senator MCA itu mungkin beliau tidak sedar bahawa lelaki juga ada auratnya, sejajar dengan kenyataan-kenyataan partinya sebelum ini yang menunjukkan kejahilan mereka terhadap agama persekutuan negara ini. "Nik Aziz hanya mengharapkan wanita perlu 'ditutup', menunjukkan bahawa minda beliau adalah ke arah kemunduran, dan beliau 'out of touch' dengan dunia ini. Bagaimana beliau boleh menerajui negara ke arah membangun," tambah Chee lagi dalam menempelak Menteri Besar Kelantan itu. Kemudian, Chee cuba mengheret isu itu sebagai 'hak bukan Islam yang termaktub di dalam perlembagaan.' "Jika Pakatan Rakyat berkuasa di peringkat persekutuan, pemikiran feudal sedemikian, yang tidak membawa kebaikan kepada kepelbagaian kaum dan budaya negara kita akan dilaksanakan kepada bukan Islam. Dalam melakukan ini, hak bukan Islam yang dilindungi Perlembagaaan Persekutuan akan terancam," tambah beliau. Tak tahu Psy, apa masalahnya? Sementara itu, ramai pembaca Malaysiakini yang memberikan respon kepada kenyataan Nik Aziz berkata tiada apa-apa yang perlu dimalukan jika tidak mengenali Psy. "Jika Nik Aziz tidak tahu siapa Psy, saya tabik pada beliau… Beliau tidak dicemarkan oleh apa yang digilakan dunia ini," kata seorang komentar. "Tiada apa yang perlu dimalukan jika seseorang itu tidak mengikuti perkembangan sensasi di Korea, menyanyi Gangnam Style, menaiki kuda secara imaginasi. Tanyalah Perdana Menteri Umno mengenai bakat terlindung beliau!" kata seorang lagi. "Apabila datang ke dunia musik, Nik Aziz ketinggalan. Tapi apabila datang kepada harta persendirian, Nik Aziz tidak mempunyai apa-apa. Seorang yang jujur dan ikhlas dan fokus kepada rakyat dan negeri dan beliau mahu memastikan syaitan yang dikenali dikeluarkan," kata seorang yang menggunakan nama 'Mushiro'. Seorang lagi pula dalam komentarnya berkata kegilaan pada Psy dan tariannya hanya sementara. "Tahukah anda wahai Nik Aziz, sensasi global ini dilihat sebagai separa-Tuhan. Semua mesti kata mereka mencintai beliau atau pernah melihat beliau. Jika tidak, mereka akan dilabel sebagai Ah Beng dan Ah Lian. Tapi semua orang ini tidak sedar bahawa mereka sedang dihipnotasikan. Saya rasa tidak mengapa, biarkan. Mereka ini akan membesar seperti kita yang membesar melihat Beatles, the Bee Gees, the Moonwalk, Justin Bieber dan sekarang Gangnam style." | ||||||||||
Saya setuju ke mahkamah, bagaimana Najib - Deepak Posted: 09 Feb 2013 03:39 PM PST
Namun katanya, isunya adalah adakah pihak polis sedia membawa segala dakwaannya ke mahkamah dan bersediakan Datuk Seri Najib Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, adik Najib, Nazim Razak sedia ke mahkamah menjadi saksi. Beliau juga menyebut, apakah "pihak lain juga akan datang sebagai saksi bila sapina dikemukakan atau menjadi 'demi god' bila diminta mengangkat sumpah dan bercakap benar atau ketika disiasat polis atau SPRM." "Kita semua tahu, ia tidak akan berlaku," tegas Deepak dalam kenyataannya yang dihantar kepada media hari ini. Deepak dipercayai mengulas nasihat Tun Dr Mahathir agar Najib jangan melayan semua dakwaan Deepak terhadapnya. Katanya, Najib tidak perlu membuang masa untuk menyangkal dakwaan yang dibuat oleh Deepak terhadapnya dan keluarganya. "Beliau tidak perlu menjawabnya," kata Dr Mahathir dalam satu sidang akhbar di Cheras hari ini. Beliau berkata sebagai perdana menteri, Najib akan berdepan dengan pelbagai tuduhan sepertimana yang pernah dialaminya semasa menerajui kerajaan dahulu. Ditanya lebih lanjut mengenai dakwaan Deepak itu, Dr Mahathir berkata tuduhan seperti itu sepatutnya dibawa ke tempat yang betul, seperti mahkamah, yang boleh memutuskan perkara itu. | ||||||||||
Cabut bendera: Perantau tolak budaya samseng Posted: 09 Feb 2013 03:37 PM PST
KUALA LUMPUR: Rakyat Terengganu di Perantauan (Perantau) menolak sekeras-kerasnya sebarang bentuk budaya samseng yang diamalkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab khususnya di negeri Terengganu yang terkenal dengan kekayaan budaya dan sopan santun. Demikian tegas Setiausaha Perantau, Suhaimi Embong ketika diminta mengulas perbuatan khianat lebih kurang 200 tiang bendera parti politik tertentu telah dicabut dan dibuang ke dalam anak sungai dalam Dun Teluk Pasu. "Saya mewakili Perantau ketika melihat gambar insiden tersebut yang tersebar di Facebook dan Buletin Online berasa amat terkilan kerana budaya samseng seperti ini masih berlaku di negeri terengganu yang amat terkenal dengan budaya kesopanannya," tegas beliau. Beliau turut memberi ingatan kepada pihak yang mengamalkan budaya samseng itu bahawa rakyat Terengganu di perantauan senantiasa memantau pergerakan dan tindak tanduk samseng mereka dari jauh, tidak akan membiarkan kampung halaman mereka tercemar dengan tindakan samseng itu. Menurut beliau, rata-rata rakyat Terengganu yang berada di luar amat jelek dengan budaya samseng seperti itu. Beliau menyeru semua perantau pulang dan mengundi untuk perubahan dalam menunaikan tanggungjawab masing-masing. "Setiap daripada kami ini memegang satu undi, kami hanya akan mengundi mereka yang membawa keamanan dan kesejahteraan," ujar beliau. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan