. |
- Apakah Hajat Besar Haron Din Jumpa Anwar?
- Mahathir Mengapa Jelous?
- Yahaya Sulong Kembali Ke Rahmatullah
Apakah Hajat Besar Haron Din Jumpa Anwar? Posted: 06 Feb 2013 06:58 PM PST SPEKULASI Tepatnya malam Isnin lalu Timbalan Mursyidul Am PAS, Dr Haron Din telah mengadakan pertemuan sulit dengan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim. Pertemuan di antara kedua sosok ini jarang berlaku akhir-akhir ini. Haron Din dikatakan kurang mesra rakyat dengan Anwar tidak seperti diawal-awal zaman reformasi lalu. Lantaran itu jarang kelihatan mereka berada atas pentas sama akhir-akhir ini.
Pada pertemuan itu Haron Din dikatakan datang bersendirian manakala Anwar ditemani oleh seseorang yang lain mungkin untuk dijadikan saksi. Pertemuan itu di luar rumah Anwar? Tiada kenyataan akhbar bersama dikeluarkan oleh mereka berdua selepas itu dan ini menguatkan lagi tanggapan ia amat SULIT dan PENTING. Jangan menghiris hati sudahlah... Sekiranya ia atas urusan Pakatan Rakyat sudah pasti pertemuan itu akan melibatkan salah seorang lagi wakil PR iaitu DAP. Tetapi yang nyata tiada wakil DAP. Manakala apabila ia tidak ada kenyataan akhbar bersama dikeluarkan menjadikan pertemuan itu misteri dan penuh tanda tanya. Mustahil kalau pertemuan itu mengenai soal pembahagian kerusi kerana perkara itu sudah dilengsaikan. Formula dipakai dalam pembahagian kerusi adalah PKR 120 atau 122, DAP 40 dan PAS 60 atau 63. Apakah ia mengenai kerusi perdana menteri? Tetapi bukankah secara lisannya Pakatan Rakyat sudah menyetujui Anwar yang akan dilantik menjadi perdana menteri? Atau ada idea baru mengenai jawatan ini? Semasa muktamar PAS di Kota Bharu lalu ada beberapa perwakilan muktamar memberi pendapat bahawa Presiden PAS, Abdul Hadi Awang juga layak menjadi perdana menteri? Apakah mengenai perkara itu? Walaupun ia dinafikan oleh PAS tetapi pandangan itu sesuatu yang sedap untuk diilusikan. Kata Abdul Hadi; syok juga kalau jadi perdana menteri. Persoalan juga timbul apakah kedatangan Haron Din itu membawa mesej daripada bosnya, Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Mursyidul Am atau pun atas inisiatifnya sendiri? Ataupun ia adalah atas permintaan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang? Mungkin sebagai ketua Nik Aziz boleh mengesahkan akan pertemuan ini dalam masa terdekat. Juga timbul persoalan kalau ia mesej parti, kenapa tidak disampaikan sendiri oleh presiden atau diwakilkan kepada Setiausaha Agung, Mustapa Ali yang dianggap layak dan bersesuaian berbanding dengan Haron Din. Atau kerana Haron Din adalah 'memanda tua' maka beliau dihantar kerana Anwar juga menghormati timbalan musryidul am PAS ini? Pertemuan yang berlangsung lebih satu jam dan dihidangkan dengan susu pekat panas, buah-bauhan, kopi 'O' serta sandwis itu bakal menjadi isu kalau ianya tidak ditangani secara telus dan terbuka. Maksudnya tidak menjelaskan apakah tujuan di sebalik pertemuan itu. Adalah tidak elok kalau apa-apa pertemuan yang ada hubung kait dengan Pakatan Rakyat tetapi tidak disertai sama oleh satu lagi fraksi DAP. Lainlah kalau pertemuan itu bersifat terbuka seperti mana pertemuan Nik Abdul Aziz dengan Karpal Singh di rumah pengerusi DAP di Pulau Pinang dua minggu lepas. Tunggulah hasil pertemuan atau buah butir pertemuan itu akan diketahui juga kelak. Dan selok-eloknya tujuan pertemuan eksklusif pada malam hari itu dihebuhkan kepada umum dan tidak baik kalau sampai ia pecah sendiri. Orang politik tidak boleh menyimpan buah berbau di dalam rumahnya kerana lama ke lamaan ia akan merebak juga baunya ke luar. Baik jelas sebelum orang tahu dari sumber lain kerana banyak definasinya nanti. Dalam hal ini sebaik-baik pihak yang perlu mendedahkan ialah Haron Din kerana dia yang mendatangi Anwar Ibrahim maka dia dilihat ada hajat besar. [wmk.kl.10:38 am 07/02/13] | ||
Posted: 06 Feb 2013 06:13 PM PST MEMAYUNG RASA Dari saya sentuh hal ehwal 'orang itu' pagi-pagin ini seperti mana ramai kekawan yang minta saya mengulasnya baik saya sentuh perihal Mahathir Mohamad, tokoh kematu yang tidak pernah sedar diri. Lebih berbaloi kalau saya mengulas mengenai Mahathir setidak-tidaknya kalau dapat 'dosa' ia balik modal kerana kedudukan Matahir yang tinggi dan tidak pernah mahu tunduk ke bumi itu. Lagipun Mahathir kini berada dalam war room, Umno. Menjadi amalan saya, saya tidak suka mencatat mengenai ahli politik kecil atau pun mereka yang berkedudukan tetapi tidak ada nilai buat saya. Orang yang pendek akal politik atau merasa dirinya gah walhal dia tidak gah setara mana pun membuangkan masa saya saja atau kalau ditulis ia akan menghauskan keyboard laptop saja. Bila sebut orang itu saya teringat kata-kata Salentia suatu masa dulu mengenai orang itu. Katanya orang itu tidak layak jadi orang besar atau pun berada ditempat kedudukan sekarang kerana fizikalnya tidak menarik. Dia kelihatan seperti budak dan orang kerdil saja. Maaflah... kalau nak marah, marahkan kepada Salentia yang juga kepada saya dia (Salentia) kerdil moral politiknya. Berbalik kepada persoalan asal, apa yang hendak diperkatakan ialah tentang Mahathir yang marah-marah kepada Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana Mursyidul Am PAS itu mengunjungi Karpal Singh semasa MB Kelantan itu mengadakan lawatan ke Pulau Pinang beberapa hari lepas. Mahathir jelous dengan Nik Aziz yang ke rumah Karpal Singh kemudian sama-sama memakan kek hari jadi Nik Aziz. Kata Mahathir Nik Aziz sanggup pergi ke rumah Karpal Singh untuk sama-sama meraikan hari jadinya (Nik Aziz) tetapi tidak sanggup keluar dri Pakatan Rakyat. Mahathir menyifatkan Nik Aziz lebih sayangkan kepada Karpal Singh dan DAP. Mahathir membuat lawak biawak (gurau biawak) mengatakan Nik Aziz tidak berani meninggalkan Pakatan Rakyat. Dia cabar Nik Aziz meninggalkan Pakatan Rakyat. Soalnya kenapa beliau bersungguh mahu Nik Aziz tinggalkan Pakatan Rakyat? Jawabnya mudah Mahathir tahu kekuatan Pakatan Rakyat kini akan mengugat kekuasaan UBN. UBN tidak akan menang sekiranya PAS, DAP dan PKR bersepadu dalam Pakatan Rakyat. Jadi usaha Mahathir kini dan beliau percaya pakatan itu hendaklah dileburkan. PAS atau Nik Aziz tidak sepertinya yang akan memungkiri janji dan suka memperlecehkan orang. Apa salahnya kalau Nik Aziz mengunjungi Karpal Singh yang merupakan rakan politik dalam Pakatan Rakyat? Mahathir tidak perlu cemburu dan irihati. Nik Aziz ternyata lebih menghormati pendirian Karpal Singh berbanding dengan Mahathir. Meskipun Karpal Singh mengatakan kena langkah mayatnya daulu kalau mahu laksanakan hudud tetapi bagi Nik Aziz kata-kata dan pendirian Karpal Singh lebih bermaruah dari Mahathir. Bagi Nik Aziz dia boleh terima Karpal Singh kerana mungkin merasa wajar kalau Karpal Singh bersikap anti hudud sebab dia bukan Islam yang tidak faham dengan maslahat hukum berkenaan. Sebaliknya Mahathir seorang mengaku Islam jauh lebih tidak faham hudud berbnding dengan Karpal Singh. Karpal membuat pendirian itu kerana mengira perlembagaan persekutuan menjadi penghalang kepada perlaksaan hudud, maka itu beliau berkata kalau sesiapa yang melanggar perlembagaan persekutuan kena langkah dulu mayatnya. Seorang pengawal undang-undang dia teguh berpegangan kepada prinsip undang-undang. Memahami kata-kata Karpal Singh itu hudud akan dapat dilaksanakan sekrianya perlembagaan persekutuan dipindah. Sebaliknya Mahathir sebagai seorang Islam tidak patut menentang hudud. Dengan kuasa yang ada kepadanya sebagai presiden parti dan perdana menteri ketika itu kalau ada sisi-sisi dalam perlemnagaan menghalang perlaksanana hudud Mahathir perlu memidahnya. Beliau patut menggunakan kuasa itu untuk Islam. Tetapi adakah dia kisah? Bukan sahaja bersedia untuk pindah malahan dikirimnya surat mengancam Nik Aziz sekiranya kerajaan Kelantan melaksanakan hudud tunggulah akibatnya. Sikap dan perbezaan itulah menyebabkan Nik Aziz lebih boleh berlunak dengan Karpal Singh berbanding dengan Mahathir. Bagi Nik Aziz pula lebih baik bersahabat dengan orang bukan Islam tulen daripada bersahabat dengan orang Islam yang munafik seperti Mahathir Mohamad. Jadi Mahathir jangan jelous dengan Nik Aziz dan usahlah buat lawak biawak mencabar Nik Aziz meninggalkan Pakatan Rakyat. Dalam kaca mata Nik Aziz sudah pasti Pakatan Rakyat lebih baik daripada Barisan Nasional kerana kepahitan yang dialui dalam BN sewaktu Mahathir menjadi pengerusinya sangatlah memeritkan. [wm.kl.10:11 am 07/02/13] | ||
Yahaya Sulong Kembali Ke Rahmatullah Posted: 06 Feb 2013 05:06 AM PST BALESUNGKAWA Pelawak veteran yang popular di tahun 70-an Yahaya Sulong, 84 telah kembali ke Rahmatullah kira-kira jam 6:00 petang tadi. Beliau meninggal di hospital Kuala Lumpur akibat sakit tua. Tidak pula diketahui bila Allahyarham dimasukkan ke hospital.
Beliau dan isteri Anisah bergembira menerima kedatangan saya bersama isteri dan anak-anak. Beliau berkali-kali bertanya siapa saya, saya hanya menjawab saya adalah peminatnya. Memang beliau tidak pernah mengenali saya dan kami tidak pernah bersua. Insya-Allah sekejap lagi saya akan ziarah jenazahnya di Sentul. Menurut maklumat jenazahnya akan dikebumikan di kampung halamannya di Telok Intan esok. Saya bersama keluarga dan rakan-rakan Fb mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Al Fatihah. [wm.kl.9:04 pm 06/02/13] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan