Selasa, 26 Februari 2013

.

.


Mahathir Akui UBN Sudah Kalah?

Posted: 25 Feb 2013 02:50 PM PST

BERITA PAGI                                                                                                                           

Mahathir: Sudah takut.
Semalam seorang kawan dari Sarawak memberi tahu beberapa hari lepas Mahathir Mohamad telah bertemu dengan para setiausaha politik perdana menteri dan menteri di Putrajaya dalam rangka memberi taklimat dan 'arahan-rahan' khusus berhubung pilihan raya. Katanya hampir semua setiausaha-setiausaha politik hadir.

Menurut kawan itu yang mengakui maklumat itu diperolehi dari salah seorang setiausaha politik yang hadir, antara apa yang dijelaskan oleh Mahathir ialah mengenai kedudukan UBN hari ini yang dalam keadaan kritikal dan kalah.

Jelas Mahathir buat masa ini UBN kalah dengan kekurangan 20 kerusi untuk mendapat majoriti mudah 112 kerusi. Ini bererti kerusi yang dimenangi UBN kini hanya sekitar 80 atau 85 kerusi saja manakala Pakatan Rakyat meraih sekitar 130 hingga 135 kerusi.

Angka itu meletakkan UBN kehilangan sebanyak 60 kerusi termasuk di Sabah dan Sarawak.

Pertemuan itu katanya amat-amat sulit sekali.

Kawan itu tidak menyebut pula dari mana Mahathir mendapat angka ini atau pun apakah perkiraannya, tetapi khabarnya ia memeranjat mereka yang hadir. Mahathir sendiri serius dengan angka itu lalu lantas membuat beberapa arahan untuk dibuat tindakan segera.

Menariknya di sini inilah pertama kali Mahathir membuat pengakuan mengenai kedudukan sebenar UBN merosot begitu teruk sekali. Apakah pula tujuan pendedahan maklumat yang boleh melemahkan UBN itu tidak diketahui. Yang pastinya menurut kawan itu seperti mana diberi tahu kawannya, Mahathir kecewa degan perangkaan itu dan membayangkan sesuatu yang tidak mahu disaksikan berlaku dalam pilihan ke -13 itu.

Pendedahan Mahathir ini seakan menyamai dengan apa yang disebut oleh bekas Penglima Tentera Darat, Abdul Gafir Abdul Hamid pada majlis perlancaran manifesto Pakatan Rakyat di Shah Alam semalam. Ghafir memjelaskan sambil meminta rakyat tidak perlu bimbang dengan peralihan kuasa yang berlaku selepas pilihan raya nanti.

Katanya peralihan kuasa akan berjalan dengan selamat dan aman kerana beliau percaya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sangat profesional dan taat kepada raja dan perlembagaan. Penjelasan dan pengakuan Ghafir sebagai bekas anggota tertinggi tentera itu seolah-olah beliau sudah dapat merasai apa yang berlaku nanti.

Mungkin perasaan samalah yang dialami Mahathir sehinggakan beliau berkongsi kesedihan dan bimbang dengan para setiausaha menteri. Namun dalam pada itu boleh jadi tujuan Mahathir berbuat begitu bagi mencabar setiusaha politik itu berkerja lebih kuat lagi bagi memastikan kemenangan UBN lebih besar. [wm.kl.6:44 am 26/02/13]

Tiada ulasan: