. |
Konvensyen Terima Anwar Sebagai Perdana Menteri ? Posted: 25 Feb 2013 01:13 AM PST KONVENSYEN PR Walaupun konvensyen ketiga Pakatan Rakyat yang berlangsung di Shah Alam pagi ini tidak membuat pengumuman siapa bakal dilantik menjadi perdana menteri seperti mana diharap-harapkan, tetapi suasana dan mood konvensyen itu menunjukkan para perwakilan seakan sepakat menerima Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri. Mulanya konvensyen itu desas desuskan bakal memuktamadkan Anwar sebagai perdana menteri tetapi tidak dilakukan ekoran ada sedikit masalah apabila ada cadangan nama yang cuba dikemukakan oleh pimpinan tertentu di dalam PAS. Konvensyen berkenaan juga dikatakan terpaksa mengubah agendanya tanpa membuat pengumuman siapa perdana menteri. Berlaku salah faham ini menyebabkan ada pendapat mengatakan konvesnyen berkenaan tidak berjalan selicin yang diharapkan. Bagaimana pun ketegasan dan jaminan oleh Setiauasa Agung DAP, Lim Guang Eng bahawa Anwar akan dilantik menjadi perdana menteri sekiranya Pakatan menang menjawab teka teki itu. "Kakau Pakatan Rakyat menang kita akan melantik Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri," kata Guan Eng ketika menyampaikan ucapan perutusannya disambut dengan tepukkan bergemuruh. Pengumuman itu sebagai pengulangan DAP yang memperakui Anwar akan dilantik sebagai perdana menteri sekiranya Pakatan menang. Sebelum ini sudah beberapa kali penasihat DAP, Lim Kit Siang menyebut Anwar sebagai bakal perdana menteri ke-7. Lebih 1,500 perwakilan terdiri daripada PAS, PKR dan DAP serta pemerhati menghadiri konvensyen yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam. Konvensyen kali ini mendapat perhatian luar biasa di kalangan para ahli dan penyokong Pakatan Rakyat. Soal siapa yang bakal dilantik menjadi perdana menteri bagi pihak Pakatan Rakyat menjadi polemik apabila nama Tengku Razaleigh Hamzah dicadangkan oleh jawatankuasa eksekutif parti seperti mana disebut oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Dr Haron Din. Cadangan dizahirkan Haron Din itu katanya 'tidak sah' kerana ia bukan merupakan keputusan jelas oleh pihak PAS tetapi ia merupakan idea beberap pemimpin tertentu PAS. Haron Dia dikatakan telah memaklumkan cadangan itu kepada Anwar menyebabkan Anwar terpaksa mahukn kepastian. Apabila kecoh kerana cadangan berkenaan menimbulkan kemarahan rakyat, pihak tertentu di dalam PAS termasuk Haron Din yang menjadi perantarannya menafikan, kononnya tidak timbul apa-apa masalah mengenai jawatan perdana menteri. Haron Din pada dalam satu penjelasan menolak desas desus berkenan dan kunjungan Anwar ke rumah beliau sebagai kunjungan kawan kepada kawan. Sementara itu Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang turut sama berucap tidak menyebut soal perdana menteri ataupun mengesah dan menafikan apa yang timbul di sekitar PAS. Bagaimana pun sebuah madah berupah nasihat daripada beliau sebelum menutup ucapan menjelaskan beliau ingin menamatkan kecelaruan berhubungan jawatan perdana menteri. Beliau memberi perumpama kata berbunyi; katanya kacaylah tea atau kopi dengan gula didalam cawangan tetapi jangan sampai cawan pecah. Kata-kata ini membawa maksud keributan didalam PAS atau Pakatan Rakyat boleh dilakukan tetapi jangan sampai berpecah belah. Tambah beliau lagi biarlah alu dan lensung berlaga dan bergaduh tetapi jangan sampai BN yang kenyang. Sebuah lagi patun beliau bermaksud, makan dan ambillah umpan tetapi kail biar tersangkut di leher Barisan Nasional. Anwar pula semasa berucap sama sekali tidak mengulas mengenai polemik siapa PM itu. Beliau yanya mengingatkan apa yang penting perjuangan sekarang ini merupakan kebangkitan rakyat dan pemimpin hanya sebagai pemangkin sahaja. "Perjuangan ini adalah kebangkitan rakyat, pemimpin adalah sebagai pemangkin sahaja," ujarnya maka kita jangan merasa kita kuat atau lebih. Konvensyan yang merupakan majlis ramsmi Pakatan terakhir sebelum pilihan raya itu ditutup dengan bacaan doa oleh Tokguruku Nik Abdul Aziz Nik Mat. Antara intipati doa beliau memohon kepada Allah agar tuhan pintu hati menerima agamanya, Islam. [wm.kl.7:10 pm 25/02/13] | ||
Menghurai Kerinduan Bersama Tokguru Posted: 24 Feb 2013 03:31 PM PST APOLOGIS Petang semalam saya berkesempatan mengunjungi Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di hotel penginapannya di Kuala Lumpur. Semalam adalah hari membawa rezeki dan tuah kepada saya. Tokguru kelapangan dan berada dalam kondisi yang sejahtra dan ceria.
Ada beberapa peristiwa atau iktibar yang dikongsikan dan ini saya anggap sebagai satu rezeki dan tuah buat saya. Sesuatu yang diceritakan membuka selera iman menyebabkan kerinduan kepada Makkah jadi membuak-buak. Menjadikan kunjungan ke Makkah sebelum ini dirasakan tidak lengkap dan 'kecacatan' inilah menyebabkan diri menjadi rindu untuk ke sana. Semalam banyak 'taruk' perbualan. Dari satu 'taruk' (tajuk) perihal Makkah, berjejer ke perihal kemarahan dan rasa keterkilan beliau kepada media massa PB yang terus membuat fitnah tanpa mengira dosa dan pahala. Mengenai kemarahan ini ada saranan dari beliau yang agak vokal atau keras, belum pernah terlepas dari mulutnya. Dan apabila berjumpa dengan beliau tajuk politik tidak akan ketinggalan. Tajuk inilah yang banyak merampas masa perjumpaan semalam. Seperti selalu beliau akan meninjau pendapat dan pandangan saya selaku penulis mengenai peluang dan kedudukan PAS baik di Kelantan maupun di luar Kelantan. Bagaimana pun apa yang menyebabkan saya sebak, pada satu ketika apabila saya menyatakan bahawa tempoh perkhidmatan beliau sebagai MB selam 23 tahun sama dengan tempoh perjuangan Rasulullah, menyebabkan beliau sedikit tersentak dengan berkata; 'comel angka itu', dengan nada perlahan dan sayu... yang membawa maksud seolah-olah beliau juga merasakan bahawa tempoh perkhidmatan setakat itu saja. Ya Allah berikan kekuatan dan kesihatan kepada tokguruku ini! Dan pada ketika lain, apabila saya menyarankan sesuatu yang agak berat untuk dipikul olehnya, beliau lantas mengakui akan hakikat dirinya dengan berkata; "ana ada masalah fizikal ..." apa yang dimaksudnya kesihatannya tidak begitu mengizinkan lagi. Saya terkedu sekejep dan merasakan betapa ruginya sesuatu yang diharapkan saya dan orang lain juga terhalang kerana keadaan fizikal dan usianya. Oh... Tokguru sangat berharap isi perbicaraan dengannya semalam yang sarap dengan saranan dan pandanganya akan ditulis dan dicatat segera oleh saya. "Anta tulis semua itu...," ujar dan harapnya seperti selalu bila bersembang panjang dengan saya dan menyentuh topik-topik penting yang menarik. "Bila agak-agaknya akan tubik?" tanya Tokguru seakan tidak sabar untuk melihat bagaimana saya merakam pertemuan semalam menjadikan saya terpikul satu amanah besar. "Inysa-Allah Subuh esok akan keluar tokguru," kata dan janji saya. Malang, semalam saya terlalu keletihan kerana selepas berjumpa tokguru saya memenuhi dua lagi oppoitmernt, menyebabkan sudah larut malam bahkan menjelang pagi 'muda' baru tiba di rumah. Catatan dan rakaman perjuampaan semalam tidak dapat disiapkan Subuh ini seperti mana dijanjikan. Maaf Insya-Allah hari ini akan saya dahului catatan itu, walaupun hari ini ada peristiwa peting yang juga perlu dilukiskan tetapi demi tokguru saya akan dahulukan memblogkan hasil pertemuan dengannaya sore semalam. Kepada tokguru dipohon maaf kerana saya gagal memenuhi janji semalam. [wm.kl.7:21 am 25/02/13] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan