. |
Zawawi Buat Isyarat Syahadat 1Malaysia...? Posted: 20 Feb 2013 12:21 AM PST FOTO PILIHAN Iya bukannya apa hanya sekeping gambar biasa saja yang tidak perlu pun menjadi kontroversi. Foto sebegini tidak lebih dari rakaman detik kenangan untuk disimpan dalam album peribadi. Tetapi ia menjadi salah kerana ia melibat individu penting dan orang ada jawatan penting dalam politik. Pulak tu masa gambar ini di publishkan di saat orang semua panas kepala. Kalau Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh bukan setiausaha Majlis Syura lamak PAS yang dianggap sebagai badan tertinggi di dalam PAS tidak ada dalam gambar ini, ia dilupakan begitu saja. Saya juga tidak 'hingin' melayan gambar ini yang dikirimkan kepada saya berkeping-keping ada yang kelabu asap sehingga sukar untuk mengesahkan ia tulen atau tidak. Begitu juga kalau dalam gambar ini tidak ada bekas MB Perlis Shahidan Kassim dan presiden MCA Chua Soi Lek yang mengaku bermukah dan merakam adigen mukahan, tidak menjadi masalah. Kalau setakat seorang lelaki dan tiga perempuan termasuk seorang Cina, ia tidak perlu dikisah. Tetapi kerana ada watak-watak itu yang dianggap tidak relevan untuk digambari dan disusuli pula membuat isyarat syahadat 1Malaysia itulah menjadi masalahnya. Kalau pihak PAS boleh mengeksplotasikan perbuatan dan karektor orang Umno yang seolah cenderong kepada PAS begitu jugalah sebaliknya. 1 Malaysia adalah isyarat shadat Najib Razak. Apa lagi ketika ini ulamak dalam PAS dituduh cuba menjolok kawan seniri ia boleh menyebabkan isyarat dilakukan Zawawi itu untuki menjolok rakan sendiri. Kita tahu dunia politik itu rencam dengan segala macam. Setiap aksi, kata, hatta batuk dalam politik sensitif dan akan diterjemah dengan berbagai tafsiran mengikut kehendak orang yang menterjemahkannya. Justeru hal-hal sebegini (foto) ini bukan perkara enteng boleh diabaikan begitu saja. Nik Zawawi perlu memberi penjelasan tuntas mengenai. Sekeping foto boleh meyebabkan pembangkang yang dibayangkan menang tiba-tiba kalah. Iktibar ke atas kejadian sebgini perlulah diambil kira. Semalam saya telah menghantar satu SMS kepada beliau menerusi PM dalam Faxebook memita beliau jelaskan mengenai foto berkenaan. Tetapi masih belum menerima apa-apa perkhabaran hingga kini. Mungkin beliau belum membacanya atau menganggap ia sebagai spam saja, kerana tidak penting. SMS saya itu tidak lebih sebagai tahi ayam kering saja. Percayalah cerita gambar ini tidak akan berakhir disini saja. Ia akan terus dicakap dan diungkitkan. Apa lagi kalau kebetulan dalam pilihan raya nanti ulamak muda PAS ini turut sama bertanding dalam pilihan raya. Kalau Fatul Bari Mat Jahya boleh memberi penjelasan berhubung perkahwinan 'lari'nya di Siam saya tidak merasa Zawawi merasa begitu kelas untuk tidak menjawab dan memberi penjelasan mengenai gambar ini. Entahlah kalau dia ini yang sekali imblas semacam wajah bekas timbalan presiden PAS itu juga mempunyai fiil dan perangai sama dengan orang itu. [wm.kl.4: 13 pm 04/02/13] | ||||
Siapa Jibrail Disebalik Jibrail Dalam PAS? Posted: 19 Feb 2013 11:37 PM PST MEMBONGKAR CERITA Pertemuan eksklusif di antara Timbalan Mursyidul Am PAS, Dr Haron Din dengan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim beberapa hari sebelum saya meninggalkan negara kerana ke Madinah dan Makkah telah menjadi isu panas dan kontroversi.
Tidak hairanlah sejak beberapa malam lalu sudah ada orang bersolat hajat agar perkara ini - tujuan pertemuan itu - tidak akan menetas menjadi masalah kemudian akhirnya menguburkan harapan rakyat kepada Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan baru yang adil, telus dan saksama. Mereka tidak mahu nyalaan api untuk membakar UBN akan menjadi layu dan terpadam sebelum tiba masanya. Risau juga saya melihat perkembangan hari ini berpunca dari masalah itu kerana ada yang tidak menahan perasaan dan terlebih emosi sampai menangis memikirkan kemalangan dari apa yang meletus kini. "Tolonglah sheikh, kita sayang... kepada semua, dan apa yang dah ada ni colek dah," begitulah rayu dan desah seorang pembaca blog saya. Beliau rujuk kepada konsensus sepadu Pakatan Rakyat sebelum.
Ia juga memberi isyarat bahawa apa-apa yang berlaku termasuk dengan niat busuk tidak boleh disembunyikan kerana akhirnya ia akan terdedah juga kemudian memberi natijah buruk kepada diri sendiri - back fire. Saya sengaja tidak mendedahkan agar orang ramai khasnya penyokong Pakatan Rakyat tidak 'terkanyak' dengan peristiwa itu. Saya tidak terlalu menganggu emosi dan semangat mereka. Biarlah mereka tenang dan terus mengumpul kekuatan rohani dan jasmani untuk menumbangkan UBN tanpa dikacau ganggu. Biarlah air yang tenang terus menjadi tenang dan jernih manakala gunung kekuatan untuk tumbangkan UBN terus tegak kukuh seperti awalnya. Dan kalau mereka mengetahuinya dari sumber lain itu adalah takdir dan inisiatif diri sendiri. Bagaimana pun akhirnya seperti saya katakan dalam intri itu (rujuk sini) buah yang jenis berbau tidak boleh ditusukselindugkan. Apabila ia sudah masak ia akan mengeluarkan baunya dan lendir ketika itu ia tidak dapat disembunyikan lagi. Sesuatu keburukan dan kebatilan itu tidak boleh diselindungkan kerana akhirnya kebenaran akan mengambil tempat. Laksana bangkai yang terdedah maka akan berderulah dubuk datang mengoyak dan mengheretnya menjadi habuan perut mereka. Bau itu kini sudah mengalir keluar dan sudah diecerkan. Ia menyendak ke dalam lubang hidung para pendokong Pakatan Rakyat. Ia sudah mulai membusuk keadaan. UBN sudah mengambil kesempatan menjaja untuk menceritakan Pakatan Rakyat bermasalah. Isu pertemuan dan cadangan itu telah meringankan beban asmara UBN. Jangan salahkan anjing kalau ia menggonggong tulang hanyir. Yang hendak dicari kini atas apa yang berlaku ini, siapa yang boleh dipersalahkan? Siapakah yang patut menerima hukum karmanya. Secara umumnya ia boleh disalahkan kepada kedua individu yang bertemu itu; Anwar dan juga Haron Din. Merekalah yang perlu dipertanggungjawab ke atas tersebarnya rahsia pertemuan itu. Mereka berdualah berhak membuat press release kerana mereka saja yang kamil dan makrifah mengenainya. Tetapi didalam soal ini, kalau Anwar yang menyebarkan ia adalah sebagai protection dirinya. Sebagai seorang manusia sekuat mana jiwanya dia tetap ada kelemahan sesuai sifatnya sebagai makhluk baru. Beliau tidak boleh dipersalahkan kerana bingkisan yang dibawa Haron itu boleh dianggap satu pemungkiran janji dan pengkhianatan. Ia memeranjatkan dirinya kerana dianggap sebagai gunting dalam lipatan. Haron telah memusnahkan konsensus awam. Justeru yang wajar dipersalahkan di sini Haron Ibni Din kerana beliau yang membawa niat itu, yang membuka mulut menyampaikan tujuan itu yang tidak bijak diluah saat Pakatan Rakyat sedang berganding bahu menyeberangi lautan untuk mengapai pulau kemenangan. Tidak salah jika dianologikan apa dilakukan Haron kononnya atas kehendak Majlis Syura Ulamak (MSU) itu seperti membocorkan kapal yang sedang belayar yang mana tujuannya untuk membuang musuh yang ada bersama. Mereka seronok dengan perbuatan itu padahal mereka tidak sedar ia juga membahayakan diri sendiri. Haron Din tidak sedar kalau dia berjaya membocorkan kapal bukan saja Anwar tenggelem tetapi dia, dirinya sendiri akan kelemasan dan tenggelam. Apakah perkataan sesuai untuk dipadankan dengan fiil ini kalau bukan bodoh? Apa hendak dilakukan MSU atau Haron Din itu bukan perkara baru sebenarnya. Ianya sudah ada sejarah dalam Islam lebih 1,400 tahun sebelum ini. Perhatikan apa yang berlaku dalam ritual ibadat di dalam Islam. Sudah berlaku pertukaran kiblat dari masjid al-Aqsa ke masjid Haram di Makkah. Kejadian ini berlaku dalam tahun kedua atau ketiga Hijrah. Kejadian itu memberi isyarat sesuatu yang sudah ditetapkan itu boleh diubah bila keadaan berkehendakkan begitu. Mulanya kiblat orang Islam ialah ke arah masjid al-Aqsa di Baitumaqdis (Palestin) kemudian dipindah ke masjid Haram di Makkah (Arab Saudi). Perpindahan itu ada sebab musababnya. Antaranya kerana Nabi merasa malu dan hina apabila dipersendakan oleh Yahudi kononnya orang Islam meniru kiblat mereka. Nabi berdoa mohon Tuhan memberi petunjuk. Hinggalah pada satu hari semasa Nabi sedang mendirikan solat Zohor (di masjid Qiblatain) bersama beberapa orang kawan Jibrail turun menyampaikan perintah agar Nabi memalingkan diri (kiblat) dari arah masjid al-Aqsa ke masjid Haram. Ketika itu juga Nabi memusingkan badannya mengarah ke Makkah. Barang kali sejarah itu dijadikan iktibar dan diguna pakai atau diambil sebagai justifikasi oleh Haron Din untuk melaksanakan misi gelapnya itu, memberi tahu Anwar bahawa PAS (bukan PAS sebenarnya ahli MSU) telah memindah kiblat sokongan kepadanya sebagai perdana menteri kepada orang lain. Di sini seolah-olah Haron Din seperti Jibrail yang menyampaikan mesej PAS kepada Anwar. Namun secara peribadi saya tidak percaya kalau Haron Din itu adalah batang tubuh Jibrail asal. Pasti ada Jibrail yang lebih Jibrail dari itu dan dialah yang mempunyai agenda mengenai pengubahan 'kiblat' berkenaan. Siapakah dia? Satu sisi Haron Din hanya adalah alat atau hanya Jibrail kecil saja di mana kesalahannya hanya kecil juga. Dia dijadikan utusan kerana dia adalah memanda tua yang dimalu mata. Apa yang perlu disediliki ialah mencari Jibrail yang mempunyai perancangan itu. Jirbail inilah lebih tahu kenapa dan dia tentu ada politiknya tersendiri menggunakan majlis syura ulamak dan Haron din sabagai galang gantinya. Jibrail inilah yang sepatutnya disula. (Dalam catatan lain saya akan cuba mendedahkan siapa Jibrail di dalam PAS). Apapun alasan mesej dan siapa yang empunya idea itu ia sungguh menyenak dan menyedihkan hati Anwar dan seluruh pendokong PKR dan Pakatan yang telah menerima konsensus awal. Mungkin Anwar boleh menerima apa yang disarankan itu atas kapasiti dia seorang pemimpin yang berjiwa besar, bertaraf 'ulul azmi' tetapi bagaimana orang dibawah, dengan penyokongnya. Anwar boleh membujuk Azizah, Nurul Izzah tetapi dia tidak akan berdaya membujuk pemimpin PKR di sekelilingnya. Paling 'rohok' untuk Anwar ialah untuk memberi tahu kepada orang Cina, India, Dayak, Kadazan, Dusun di Sabah dan Sarawak yang sudah sepakat menjadikan dia sebagai 'kiblat'. Juga susah untuknya untuk memberi tahu kepada sekutunya DAP? Anwar atau sesiapa boleh menguasai kelompok sendiri tetapi tidak untuk menguasai kehendak rakyat. Apakah PAS mengira orang DAP juga tidak mahu Anwar menjadi perdana menteri? Kalau begitu apa hal dengan pengisytiharan Lim Kit Siang di beberapa tempat himpunan perdana yang menyebut Anwar bakal perdana menteri? Apakah Lim Kit Siang juga sama munafik dengan beberapa ulamak PAS yang terikut telunjuk Jibrail? Apakah Haron Din atau Jibrail itu tidak mendengar suara hati DAP ini? Pertukaran kiblat atau pun agenda politik Majlis Syura Ulamak itu betapa pun ia baik tetapi ia tetap silap dan salah kerana dilakukan bukan pada waktunya. Sepatutnya mereka atau sesiapa saja tidak perlu melaklukan apa-apa ralat kepada strategi dan tektik perjuangan disaat musuh sudah berada dalam gelanggang. Kalau MSU atau Haron Ibni Din hendak ubah, kenapa tidak dilakukan sebelum ini. Kain atau jubah perlu diangkat sewaktu 'peler' belum dibawa keluar untuk pancut ke mangkuk tandas. Kalau diangkat sesudah kencing, jubah dan kain akan kebasahan dan akan 'hancing perak.' Maaf kasar.. Perbuatan menunjuk peler di hadapan cermin dalam bilik adalah makruh dan ada ketikanya ia boleh menjadi haram! Saya cukup memahami kenapa timbul keraguan dan kebencian kepada Anwar oleh Haron Ibni Din serta mereka kononnya sangat Islami dalam PAS. Mengapa saya bekata begitu, kerana kalau tidak benci, beliau akan membiarkan keputusan lisan bahawa Anwar adalah perdana menteri. Saya boleh baca sebab musababnya. Mungkin kerana Haron Din tidak boleh berkompromi dengan masalah moral yang dipalitkan ke atas Anwar yang dilakukan oleh konspirator Umno. Saya mendapat tahu sejak mula lagi ada beberapa orang telah menonton video lucah yang membabitkan Anwar yang diproduksi oleh Datuk T. Tikit untuk menonton video berkenaan dibayar sendiri oleh anggota tertinggi polis Bukit Aman. Tindakan mereka menonton video ini adalah salah dan tidak menunjukkan mereka sebagai rakan sepemimpinan Anwar dalam Pakatan yang berintegriti. Sepatutnya mereka tidak menonton kerana sudah tahu siapa dia polis dan siapa dia Datuk T. Sebagai kumpulan manusia yang menjadi alat kepada Umno tentulah apa yang hendak dipertontonkan itu sesuatu yang boleh memburukkan keadaan dan menimbulkan kekeliruan di kalangan pimpinan Pakatan Rakyat. Ada sepotong ayat al Quran ia tidak menyebut jangan berzina, tetapi jangan kamu menghampiri zina. Apa erti perkataan JANGAN di sini? Larangan awal itu lebih penting daripada larangan kedua, berzina. Kerana kalau kita patuh kepada larangan jangan menghampiri maka tidak akan berjumpalah kita dengan zina dan tidak terpolotlah dengan zina dan kekeliruan. Seorang berwajah Islami dan ulamak seperti Haron Ibni Din mungkin dia tidak menontonnya. Apakah seorang ulamak (walaupun ada nafsu) bersedia untuk menontonnya bagi dijadikan dalil dan saksi? Apakah kalau dalil dan bukti itu boleh dipercayai. Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menegaskan video berkenaan tidak boleh dijadikan bukti kerana ia plastik bukannya manusia. Sejauh manakah ikhlas kata-kata Abdul Hadi itu dan sejauh manakah ianya valid dalam PAS? Saya menaruh sangka Haron Ibni Din dan juga Abdul Hadi tidak menyaksikan video berkenaan. Tetapi pemimpin kanan lain yang sebelum ini menjadi enjin kepada Unity Government menyaksi video berkenaan. Mungkin mereka akan memberi taaruf kepada Haron Din. Persoalannya apakah Haron Din percaya dan yakin? Kita berandaian Haron Din yakin dengan apa yang ditakrufkan itu. Atau yakin selepas beliau dibekalkan video berkenaan dan menonton sendiri di rumahnya didalam bilik yang dikunci dengan penyelak sebesar betis. Tidak menjadi masalah. Wajar kalau dia merasa Anwar tidak boleh menjadi pemimpin dan imam di dalam sembahyang kerana keperibadiannya sudah kotor berdasarkan apa yang beliau saksikan dan hujah-hujah yang disampaikan kepada beliau oleh agen Umno. Jangan pula Haron Din dibayar sekian jutaan agar mempercayai fitnah itu? Musykilnya kenapa Haron Din tidak membentangkan perkara ini awal-awal lagi kepada PAS. Kenapa dia mempertikaikan akan kredibiliti dan syaksiah Anwar pada saat ini? Kenapa dia hendak membocorkan kapal yang sudah belajar di separuh jalan? Atau pun memang niat beliau begitu mahu memusnahkan perjalanan ke Putrajaya dengan cara begitu. Oh, adalah zalim dan kejinya perbuatan sebegitu. Tindakan Haron Din adalah anti klimeks. Dan bila saya mengingatkan kepada sejarah tahun 1999 mengenai Haron Din tidaklah pula saya musykil sangat. Pada tahun itu beliau sudah dihebuhkan akan bertanding di salah satu kerusi di Perlis. Penglibatannya dalam pilihan raya memberi impak dan pengaruh besar. Penyertaan itu dijadikan aset dan penyuntik semangat. Tetapi apa jadi pada hari penamaan calon? Haron Ibni Din tidak hadir dan tidak menjadi calon. Maka seluruh dunia Malaysia terkejut dan orang PAS jadi lemah semangat. Semangat PAS jatuh mendadak. Berdasarkan kepada sejarah dan chemistry itu saya tidak pelik kalau sekali lagi Haron Ibni Din akan membuat kerja anti klimeks atau menyuntik dadah sebelum tidur? Saya secara peribadi bersetuju dengan pandangan 'sebegitu' mengenai keperibadian Anwar Ibrahim. Tetapi bagi saya soal keperibadian adalah soal beliau dengan Tuhannya. Lagi pun segala macam bukti dan dalil yang dikemukakan tidak dapat disahkan secara mutlak mengikut kehendak undang-undang yang ada. Tuduhan liwat ke atas pembacuh kopi ditolak oleh mahkamah bahawa Anwar tidak bersalah. Apa yang boleh kita boleh bertindak jauh daripada keputusan mahkamah? Mursyidul Am PAS Nik Aziz juga meragui tuduhan itu kerana ia tidak disaksikan oleh mata manusia. Dalam prinsip Islam sesuatu itu boleh diterima benar bila ada empat saksi yang mukhalaf. Pegangan dan kepercayaan Nik Aziz terhadap kes Anwar tidak goyang kerana dia ada substance yang kuat. Kesimpulan dari senario itu PAS telah mengambil keputusan bahawa Anwar tidak terkeluar dari ciri-ciri pemimpin yang boleh diangkat menjadi pemimpin kerana pembuktiannya terhadap kesalahannya samar. Tidak mengapalah sekiranya Haron Din ada pandangan lain dan tetap sangsi terhadap Anwar, kenapa dia tidak bertegas sejak awal. Membuat keputusan menolak Anwar sebelum kapal berangkat menjauhkan pantai? Kenapa? Kenapa? Dan kenapa? Soal Anwar tidak layak menjadi PM kerana isu moral ini sepatutnya dibuat awal-awal. PAS kena mengatakan pendirian awal-awal jangan sampai sesudah menaiki kapal bersama Anwar dan ketika berada di tengah laut baru timbul soal moral dan mengancam Anwar. Ini perbuatan yang keji dan huduh dalam sisi Islam lebih-lebih lagi dibuat oleh orang dianggap berpengetahuan mengenai hal ehwal agama Islam. Perbuatan ini juga satu pengkhianatan dan penganiayaan kepada penyokong yang setia dan taat di belakang. Sedih, hari ini apa yang hendak dilindungi dan dibincang dengan baik dengan menawarkan Anwar perdana menteri selepas dua atau tiga tahun Pakatan memerintah sudah menjadi pengetahuan ramai. Haron Din dan majlis syura sudah menguris hati Anwar, telah menguris hati PKR dan rakyat semua. Kelukaan dan kepedihan itu tidak boleh ditepukan dengan minyak attar dari gaharu keluar Kelantan pun. Cuma ada sedikit saja ruang untuk PAS memulihkan keadaan ini dan mengembalikan kepercayaan umum kepada PAS, Haron Ibni Din bersama majlis syura ulamak kena membuat penjelasan terbuka mengenai perkara ini. Majlis Syura Ulamak kena membuat sidang akhbar mengenai perkara ini. Ia tidak boleh diserahkan kepada Setiausahanya, Nik Zawawi Nik Salleh saja. Sekiranya ianya tidak dijelaskan dan keadaan ini akan dilendekkan, ia boleh menggangu perjalanan ke Putrajaya. Perjuangan yang tidak ditumpu sepenuhnya atau dalam keadaan hati berbolek balik tidak akan menghasilkan kejayaan. Seperti seorang pemanah secekap mana dia mengatur busur panah ke sasaran kalau hatinya terganggu, anak panah boleh melencung ke kiblat lain. Paling dibimbangkan anak panah yang dihala ke sasaran itu akan berpaling dan memanah PAS balik. Kalau ini berlaku ia satu tragedi yang tidak akan diluapakan sampai mati. Apakah Haron Ibni Din dan anggota majlis syura ulamak mengira Umno akan datang membantu? Sebaik-baik penjelasan mengenai perkara ini ialah pada 25 Februari ini sempena majlis perlancaran manifesto Pakatan Rakyat. Perlancaran itu tidak akan bersemangat sekiranya kemelut hari ini masih berterusan. Pada hari itu PAS menerusi Mursyidul Am PAS perlu membuat kenyataan berupa penjelasan dan ikrar umum bahawa Pakatan Rakyat tetap meletakkan Anwar sebagai calon perdana menteri utama! Atau kalau keberatan dan PAS memang tidak 'ambuh' kepada Anwar umumlah yang PAS akan bersama Umno untuk mendepani pilihan raya dan umumlah juga PAS ada tokohnya tersendiri untuk menjadi perdana menteri mengganti Najib Razak. Biarlah jujur, biar jelas dan pengundi tidak akan terkabur dengan permainan politik Machiavelli sesetengah orang dalam parti bernama Islam, PAS. [wm.kl.1:53 pm 20/02/13] * Catatan ini dibuat dengan realistik dan bahasa yang bombastik. |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan