Blog-list Malaysia |
- Ketua Umno Tanah Merah Takbur Longgok Wang RM1.2Juta Depan Penduduk
- Markas PKR, PAS di Rembau diceroboh, bendera diturunkan
- Mana Fatwa 'Gangnam Style'? - Dr Asri
- Pakatan Sasar Bina 10 Universiti Dan RM5 Ribu Sara Hidup Pelajar Setahun
- Saya Yakin PR Menang PRU13 - Pakar Strategis Tentera
- Kerana Gangguan Samseng Umno, Ceramah Dihenti Demi Keselamatan
Ketua Umno Tanah Merah Takbur Longgok Wang RM1.2Juta Depan Penduduk Posted: 06 Feb 2013 01:16 AM PST (Ikmal menunjukkan longgokan duit kepada penduduk ladang Kerila, Tanah Merah) TANAH MERAH: "Wang berkenaan adalah jaminan atau bukti kepada penduduk bahawa saya Ketua Umno Bahagian Tanah Merah mempunyai sumber kewangan bagi membantu penduduk di ladang itu. "Saya membawa wang sebanyak itu ke majlis berkenaan bagi menyakinkan penduduk bahawa Umno Tanah Merah di bawah saya bukan menabur janji kosong," kata Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz, dipetik sebuah akhbar hari ini. Semalam seorang penduduk dari Ladang Kerilla, Devandran a/l Vadiveloo, 34, mendakwa beliau melihat pemimpin Umno berkenaan membawa wang yang dibungkus di atas meja ketika menghadiri satu program di Kerilla baru-baru ini. Katanya, perbuatan Ketua Umno Tanah Merah itu secara jelas cuba mengaburi mata masyarakat India dengan menjanjikan sesuatu untuk mereka. "Saya amat terkejut seorang pemimpin Umno mempunyai wang tunai sebanyak RM1.2 juta. Dari mana seorang pemimpin mendapat wang tunai sejumlah itu. "Sebagai mewakili masyarakat India di Ladang Kerilla sangat berharap SPRM membuat siasatan terperinci," ujarnya. Adun Gual Ipoh, Wan Yusoff Wan Mustafa berkata, tidak pernah berlaku sebelum ini ada pemimpin Umno yang didakwa membawa begitu banyak duit untuk dipamerkan kepada orang kampung. Katanya, pada awalnya ketika diberitahu pekerja di ladang berkenaan beliau kurang yakin, namun apabila ditunjukkan bukti bergambar keraguan hilang. Katanya, insiden yang berlaku itu bukan perkara kecil sebaliknya ia melibatkan sesuatu berprofil tinggi, mempamerkan longgokan wang di hadapan penduduk kampung menjelang pilihan raya. "Oleh itu saya berharap pihak berkaitan menyiasat isu tersebut kerana ia membabitkan maruah penduduk kampung," ujarnya di sini. Semalam lebih 50 penduduk dari beberapa kampung di Dun Gual Ipoh membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu Ikmal dan Naib Ketua Umno Tanah Merah, Bakri Mustapa yang didakwa tidak datang mengajar di sekolah. Surat arah kempen Sementara itu dalam perkembangan lain jabatan dan agensi di bawah portfolio agama Jabatan Perdana Menteri difahamkan menerima surat arahan daripada pegawai seorang menteri supaya membantu kempen di sebuah kawasan parlimen di Kedah. Sumber sebuah jabatan berkaitan memberitahu, pihaknya menerima arahan bertulis supaya datang berkempen membantu menteri yang dijangka bertanding di Yan, Kedah. "Bukan lagi arahan secara lisan sebaliknya dibuat secara bertulis," dakwanya. - HarakahDaily |
Markas PKR, PAS di Rembau diceroboh, bendera diturunkan Posted: 05 Feb 2013 10:55 PM PST 6 Feb 2013 – Ahli PKR kesal dan kecewa apabila pihak tidak bertanggungjawab bertindak menurunkan bendera Pakatan Rakyat (PR) di sekitar Durian Daun dan sekitarnya bagi acara rasmi kerajaan, kelmarin Ahlinya, Ramly Jalon, 69, berkata, dia kecewa kerana bendera PR di sepanjang jalan dari persimpangan Kampung Kundur ke Pilin diturunkan sekitar 9 pagi. Ramly yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Durian Daun berkata, lebih mengecewakan lagi apabila bendera PR yang terletak di markas PKR juga diturunkan sesuka hati. "Kita tidak tahu motif sebenar pihak berkenaan menurunkan puluhan bendera PR ini tetapi kita yakin pihak berkenaan tidak mahu bendera PR ini kelihatan semasa acara rasmi pihak kerajaan berlangsung di kampung ini, selain mahu menyatakan kawasan ini tiada pembangkang. "Malah, apa yang kita kesalkan ialah, bendera di tanah persendirian iaitu di markas PR juga diturunkan dan ini jelas menunjukkan pihak berkenaan sesuka hati mencemarkan amalan demokrasi di negara ini," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Markas PKR, dekat sini, petang kelmarin. Sementara itu, Ketua PKR Ranting Pilin, Mohd Daud Manas berkata, dia kecewa kerana PR tidak pernah mengambil tindakan menurunkan bendera mana-mana pihak sekiranya ingin menganjurkan sebarang program di lokasi berkenaan. "Nasib baiklah batang buluh yang digunakan untuk mengibarkan bendera di markas ini diletakkan dengan baik tidak seperti bendera di tepi jalan yang diturunkan dan dibuang ke dalam semak. "Kita sangat kesal dan tidak berpuas hati dengan insiden ini. Malah, kita harap pihak tidak bertanggungjawab berkenaan tidak mengulangi lagi amalan berat sebelah seperti ini," katanya. - sinarharian |
Mana Fatwa 'Gangnam Style'? - Dr Asri Posted: 05 Feb 2013 06:31 PM PST |
Pakatan Sasar Bina 10 Universiti Dan RM5 Ribu Sara Hidup Pelajar Setahun Posted: 05 Feb 2013 02:41 PM PST SHAH ALAM : Dalam tempoh 10 tahun selepas memerintah, Pakatan Rakyat (PR) mensasarkan membina10 buah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dengan anggaran kemampuan menampung kira-kira 100,000 pelajar. Menurut Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, disamping menanggung yuran pengajian, kerajaan yang ditadbir PR juga akan menyediakan biasiswa sebanyak RM5,000 setahun sebagai sara hidup pelajar. "Bertambahnya tempat di IPTA akan melahirkan persaingan sihat sesama Institut Pengajian Tinggi Swasta(IPTS) di negara ini, mereka terpaksa meningkatkan kualiti dan mewujudkan jurusan yang tidak ditawarkan di IPTA bagi menarik minat pelajar . "Pada masa ini terdapat pelajar lulusan IPTS yang tanggung hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), tetapi sukar dapat kerja kerana ijazah kolej swastanya 'tidak laku' dipasaran," kata beliau dalam Konvensyen Antarabangsa Pendidikan di Universiti Selangor (Unisel) pagi tadi. Ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Pendidikan Percuma: Implikasi Kewangan Kepada Malaysia' itu, Rafizi turut berkata langkah PR itu bukan sahaja tidak akan memufliskan negara, malah merupakan suatu pelaburan jangka panjang yang memberi manfaat kepada rakyat dan negara. "Kalau ada yang menganggap membina menara 100 tingkat dengan belanja RM5 bilion itu sebagai pelaburan, kenapa memberi pendidikan percuma tidak dianggap sebagai pelaburan," kata beliau lagi. Menurut Rafizi, melaksanakan pendidikan percuma hanya memerlukan RM6.5 bilion setahun termasuk bayaran balik berjumlah RM2 bilion setahun selama 15 tahun kepada PTPTN. Pada masa ini jumlah hutang PTPTN yang perlu ditanggung adalah sebanyak RM25.9 bilion. Konvensyen dua hari yang dirasmikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu turut menampilkan beberapa ahli akademik dan tokoh muda lain sebagai pembentang kertas kerja. Antara yang terlibat, mantan Profesor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Abdul Aziz Bari, Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ahli Parlimen Balik Pulau, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff. |
Saya Yakin PR Menang PRU13 - Pakar Strategis Tentera Posted: 05 Feb 2013 05:08 AM PST AMPANG: "Saya yakin kali ini Pakatan Rakyat akan menang," kata bekas strategis Angkatan Tentera Malaysia, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafiz Abdul Hamid (gambar). Penegasan itu dibuat beliau ketika memberikan ucapan dalam Himpunan Perdana Ummah Bersama PAS. Datuk Ghafir, bekas Timbalan Ketua Panglima Angkatan Tentera Malaysia itu berkata, semasa pilihan raya 2008, beliau tidak yakin Pakatan boleh menang. "Pada pilihanraya lepas, Pakatan Rakyat mungkin tidak menang. Itu sebab saya tidak mengeluarkan apa-apa statemen. "Tetapi saya begitu yakin kali ini PR akan menang," kata beliau disambut tepukan dan teriakan takbir dari para hadirin. Menurut Datuk Ghafir, mesej ini bukan beliau buat untuk anggota tentera tetapi lebih kepada orang awam. |
Kerana Gangguan Samseng Umno, Ceramah Dihenti Demi Keselamatan Posted: 05 Feb 2013 02:46 AM PST UALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) kecewa terhadap pihak polis yang tidak menghalang gangguan sekumpulan samseng dalam program ceramah malam tadi. Presidennya, Mazlan Aliman berkata, pihak polis hanya memerhati tanpa melakukan apa-apa sewaktu kira-kira 100 orang dipercayai ahli Umno dan Perkasa mengganggu ceramahnya di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor malam tadi. "Saya kecewa polis hanya berdiri di tepi dan membiarkan samseng ini membaling kerusi dan merempuh benteng pasukan Unit Amal. Waktu itu saya baru sahaja naik ke pentas dan memberi salam. "Polis kata ceramah itu program politik dan mereka tak mahu campur," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Mazlan berkata, akibat gangguan melampau itu, pihak penganjur membuat keputusan menghentikan ceramah serta merta bagi menjamin keselamatan orang ramai yang hadir. "Pihak penganjur terpaksa menghentikan program sebab kami risau keselamatan orang hadir. Ada yang bawa keluarga termasuk anak-anak," katanya. Ekoran kejadian itu, pihak penganjur membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor jam empat pagi tadi. Menurut Mazlan lagi, sekatan jalan raya sudah dibuat bermula petang semalam bagi menghalang kenderaan luar masuk ke kawasan Felda. "Mereka dah mula sekat laluan sejak petang sehingga maghrib dan apabila malam, seramai ramai samseng datang buat kacau," katanya. Tak sampai 10 jam adu polis Sementara itu, Mazlan juga kesal kerana peristiwa itu berlaku dalam masa tidak sampai 10 jam selepas perbincangan dengan pihak polis Bukit Aman petang semalam. Memorandum turut diserahkan kepada Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yoosuf yang menyatakan bantahan terhadap sekatan dan halangan masuk ke dalam kawasan Felda untuk sebarang aktiviti termasuk ceramah dan 'Kembara Oren'. "Tak sampai 10 jam kami adu dan minta kerjasama polis, gangguan ini berlaku lagi. Sedangkan kami dah maklumkan kepada polis setiap program yang akan dilakukan," katanya. http://www.kl-today.com/2013/02/ceramah-dihenti-untuk-keselamatan/ |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan