Blog-list Malaysia |
- 'I Love New PM' - Anwar Disambut Meriah Di Rumah Terbuka Tahun Baru
- PRU 13 - Pakatan 145 Kerusi BN 77 Kerusi
- Kali Ini TV3 Tak Bohong..
- TAKUT BERTEMBUNG DENGAN DSAI, NAJIB RAZAK DATANG AWAL KE RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA
- Ceramah 4 Jeneral ATM Bersama Pakatan Malam Tadi..
- DRAMA PANAS - Lakonan Bodoh Fathul Bari Dan Umno Selangor
- Panas - Ezam Sesumpah Debat Sorang2 Atas Lori Ikan
- Treler Jelajah Negara Berkebajikan PAS hampir siap
- Video Samseng Umno Pekan Gertak Budak-Budak
- Umno Makin Sawan.. Ini Buktinya..
- Ekonomi Negara Dalam Bahaya, Hutang KDNK 53%
'I Love New PM' - Anwar Disambut Meriah Di Rumah Terbuka Tahun Baru Posted: 16 Feb 2013 11:35 PM PST KAJANG 17 FEB: Ketibaan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke majlis Tahun Baru Cina anjuran Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) disambut dengan plakad 'I Love New PM' (Saya Sayang Perdana Menteri Baru) Plakad yang disediakan untuk menyambut Datuk Seri Najib Razak itu diubah suai sebelum dijulang beberapa pengunjung di Kolej New Era hingga menarik perhatian orang ramai. Pengunjung berkenaan, Jimmy Wong, 34, berkata, rakyat bosan dengan pentadbiran Umno BN dan berharap sempena sambutan tahun baru kali ini, Perdana Menteri bertukar dan bukan lagi dari BN. "Saya tak takut atau malu untuk bawa plakad ini. Apa salahnya. Sebab yang pilih Perdana Menteri adalah rakyat," katanya yang memakai t-shirt Bersih. "Tiga kilang – Lynas (Kuantan), Bukit Koman dan (Rapid) Pengerang, mesti ditutup," kata Jimmy yang lebih menekankan kepada isu alam sekitar. Bagaimanapun, Najib Razak datang sejam awal hingga mencetus persoalan sama ada Perdana Menteri itu berbuat demikian kerana tidak berani bertembung atau bertentang mata dengan Ketua Umum KEADILAN itu. Kira-kira 5,000 hadir ke majlis jamuan Tahun Baru Cina Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) di Kolej New Era, Kajang. Anwar yang tiba bersama Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah diiringi Adun Kajang, Lee Kim Sin dan disambut Pengerusi Dong Zong, Yap Sin Tian, turut dikerumuni rakyat yang mahu bersalaman. Turut hadir Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua dan Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli. |
PRU 13 - Pakatan 145 Kerusi BN 77 Kerusi Posted: 16 Feb 2013 10:36 PM PST |
Posted: 16 Feb 2013 09:12 PM PST Seorang pembantu rumah warga Indonesia ditahan polis untuk siasatan selepas perbuatannya melambung anak majikannya berusia empat bulan sehingga terjatuh dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV). Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supt Abdul Aziz Ahmad berkata, peniaga berumur 42 tahun itu membuat laporan polis kira-kira 9 pagi Jumaat. Katanya, perbuatan pembantu rumah berumur 24 tahun itu ditonton majikannya itu menerusi komputer ribanya ketika sedang minum di sebuah restoran di sini kira-kira 7.45 pagi. "Majikannya melihat perbuatan itu yang berlaku di ruang tamu di rumahnya di Bukit Setongkol, dekat sini," katanya ketika dihubungi Bernama pada Jumaat. Katanya, peniaga itu bergegas pulang dan membawa bayi lelakinya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk pemeriksaan dan didapati mengalami lebam di tangan dan cedera di kaki kirinya namun keadaannya dilaporkan stabil. "Wanita itu kini ditahan untuk siasatan lanjut," katanya |
TAKUT BERTEMBUNG DENGAN DSAI, NAJIB RAZAK DATANG AWAL KE RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA Posted: 16 Feb 2013 07:24 PM PST Seperti diramal dan diduga, Najib Razak akan berusaha keras menggelak dari bertebung bertemu muka dengan bakal PM ke- 7 Malaysia DENGAN IZIN ALLAH SWT, DSAI dirumah Terbuka Tahun Baru Cina 2013 anjuran Dong Jiao Zong di New Era College, Seksyen 10, Jalan Bukit, Kajang Selangor sebentar tadi. Najib datang awal kira-kira jam 9.45 pagi bersama sama dengan para pemimpin MCA/Gerakan, Chua Soi Lek dan Koh Tsu Koon. Timbalan Presiden MCA dan Ketua Pemuda MCA juga kelihatan. Beliau seolah-olah dikepung oleh para pengawalnya agar tiada usaha untuk menemukan mereka berdua. Tun Dr Mahathir tidak kelihatan difahamkan tidak menerima jemputan sebab pernah memaki hamun Persatuan ini sebagai lebih teruk dari Komunis. Jadi peluang rakyat mau melihat kedua pemimpin ini bertemu muka dan seterusnya akan berlakunya perdebatan kecil menjadi hampa sama sekali. - Sumber |
Ceramah 4 Jeneral ATM Bersama Pakatan Malam Tadi.. Posted: 16 Feb 2013 05:48 PM PST KUALA LUMPUR 17 FEB: Hanya perubahan di peringkat kerajaan Persekutuan dapat mendedahkan pelbagai penyelewengan berkaitan pembelian kelengkapan ketenteraan, kata Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab.Pengerusi Majlis Perundingan Keselamatan Tentera KEADILAN itu mengajak semua anggota tentera termasuk pesara supaya melakukan perubahan politik demi kebaikan negara."Ada 250,000 bekas pesara tentera di negara ini. Semuanya harus bersama melakukan perubahan. Hanya melalui perubahan politik, segala salah laku Umno BN melibatkan ketenteraan, dapat didedah."Kes seperti Scorpene, pembelian helikopter dan banyak lagi sehingga hari ini tidak ada jawapannya. Masa depan negara dan generasi akan datang bergantung pada PRU 13. "Kalau mahukan jawapan, ayuh bersama-sama menyumbangkan undi kepada Pakatan Rakyat kerana kita boleh membongkar segala penyelewengan selama ini," katanya.Beliau berkata demikian depan lebih 3,000 rakyat dalam program Siri Jelajah Merdeka Rakyat bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Rekreasi, Keramat Wangsa, malam tadi. Ia turut disertai tiga lagi bekas pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid (Darat); Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid (Laut) dan Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad (Kagat).Dalam pada itu, Hadi turut mencabar Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya mendedahkan dalang sebenar dalam skandal kehilangan enjin jet F-SE pada 2007."Sebelum tiba, saya dapati banyak risalah fitnah mengenai ketenteraan disebar. Jangan cuba cabar kesabaran saya. Saya tidak gentar dan takut. Jangan cuba bermain fitnah."Saya cabar Zahid Hamidi dan Panglima Tentera Udara (Diraja Malaysia) beritahu, siapa hilangkan enjin jet itu? Saya mahu menteri jawab, saya cabar jawab," katanya. ~keadilandaily |
DRAMA PANAS - Lakonan Bodoh Fathul Bari Dan Umno Selangor Posted: 16 Feb 2013 04:00 PM PST KRONOLOGI KISAH PALING TAK CERDIK - ARAHAN FATHUL BARI DI TAMAN EQUINE ?? •Jam 9.30pm, YB Satim mula bicara. Serangan pada Kerajaan Negeri bermula. Termasuklah auta2 yg disorak penyokong Umno lebih kurang 150 orang. Agak lucu bila dia menipu ahlinya yg berkitab Utusan mengatakan bila Umno jatuh, gereja terbesar di Asis Tenggara dibina di Selangor (padahal KL), Selangor kalah kes saman ibu tunggal (padahal kes belum bicara cuma bantahan ditolak) dan mcm2 lagi. Simpati pada penyokong Umno yg dibodohkan seburuk ini. •9.45pm, giliran guest of honor, UFB berucap. Tak sampai 5 minit, seorang kanak2 sekolah rendah bagi note pada dia ada "ustad PAS" nak berdebat diatas pentas. UFB "nampak" (atau buat2) terkejut, tapi setuju. •9.50pm, "Ustad Redza" yg mengaku ahli PAS sejak habis SPM @ 1992, naik pentas. Saya terkedu...tak sangka ada "ahli PAS yg berani". Tapi ehhhh...macam dah tersedia restrum utk "Ustaz Redza". Terus berucap, terus belasah Umno itu ini dlm hujah yg lemah, kurang sopan dan mcm bagi bola tanggung. •9.55pm to 11.15pm, "Ustaz Redza" dibelasah tanpa menjawab, tp terus menyoal spt dgn soalan ntah apa2...rasa malu jadi ahli PAS masa tu. Ada kala dia menyampuk UFB yg tak habis cakap dgn nada "biadap". Giler punya "Ustaz PAS"...Saya mula suspicious. Belek2 gambar yg snap awal tadi..ehhh..."Ustaz Redza" lah ustaz yg diatas pentas bersama YB Satim, dll sblm program bermula. Sahabat bagi tau "CELAKA, DEPA BERLAKUN UTK KONONYA WAKIL PAS LUNYAI DITALA UFB". Haha...lakonan kantoi! 10.45pm: "Ustad Redza" yg mengaku tak tengok berita dan baca suratkhabar mengakui apa yg UFB cakap adalah benar dan tiba2 MENGAKU DIRINYA BODOH LALU BERIKRAR MENYOKONG NAJIB dan UMNO. Ehhhh...jam2 tu jugak ubah fikiran..Dari tak pandai berhujah, terus petah menghentam TGNA, TGHH, Anwar, dll....Bersorak mcm sarkis PWTC penyokong UMNO. Geli hati dibodohkan pemimpin sendiri. 11.20pm, habis "drama debat"..."Ustaz Redza" duduk dipentas bersama UFB, YB Satim, dll....ehhhh...mcm dah sedia tempat utk "Ustaz Redza" dan "Sheik Khairie" (yg mengaku Ketua Penaja Cawangan PAS Taman Equine - legally tak sah lagi) yg kononnya menyerbu prog Umno utk membelasah UFB. Lihatlah, betapa tonggang-langgang dan busuknya lakunan arahan YB Satim. Betapa penipunya ulama muda UFB yg sanggup melakunkan "drama debat" ini (Dr MAZA ajak debat, lari lintang pukang...) Sumber FB Talib Harun |
Panas - Ezam Sesumpah Debat Sorang2 Atas Lori Ikan Posted: 16 Feb 2013 06:57 AM PST "DEBAT" RAKYAT semalam 15hb Februari 2013, di Padang Rekreasi Rakan Muda, Taman Seri Andalas dihebohkan kepada satu dunia adalah antara Penaung Waris Malaya, Ezam Md Nor lawan Presiden JATI Hasan Ali. Tapi malangnya "pedebat" dari JATI, Hasan Ali tak nampak batang hidung. Maka terpaksalah Ezam Md Nor berdebat seorang diri diatas lori 3 tan bawa ikan. Kelmarin dulu Ezam dengan Noh Omar "berdebat" atas lori ikan yang sama. Pengacara "debat" tidak memberitahu alasan dan punca mengapa Hasan Ali enggan datang untuk berdebat dengan Ezam Md Nor. Adakah dia merasakan pentas "debat" tidak sesuai dengan statusnya sebagai Presiden NGO Tiga Jalur, JATI yang "memperjuangkan" Islam, Melayu dan Raja.. Wallahuakhlam Bissawab. Kehadiran orang ramai pada amatan dan pandangan mata Omakkau ialah sekitar 150-200 orang kebanyakkannya ialah budak-budak dari Waris Malaya yang berpakaian Baju T warna putih dimana Ezam adalah Penaungnya. Kalau beginilah cara UMNO berdebat maka istilah debat perlu digubal semula dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Dalam kamus UMNO debat maknanya dua orang berhujah tanpa ada bangkangan. - omakkau |
Treler Jelajah Negara Berkebajikan PAS hampir siap Posted: 16 Feb 2013 06:29 AM PST KUALA LUMPUR: PAS bersedia dengan program Jelajah Negara Berkebajikan apabila treler yang digunakan bagi program tersebuat siap sepenuhnya Rabu depan. Tinjauan Harakahdaily di Kampung Melayu Subang mendapati treler tersebut sudah melebihi 90 peratus siap dan hanya proses persiapan terakhir yang melibatkan kerja-kerja luaran sahaja. Manakala bagi persiapan pentas dan berkaitan teknikal telah siap sepenuhnya. Treler Jelajah Negara Berkebajikan itu hanya memerlukan kurang 30 minit proses pemasangan bagi menjadikannya lengkap untuk pentas penceramah. Jelajah Negara Berkebajikan akan memulakan perjalanan sulungnya ke Pendang, Kedah bagi program ceramah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Treler Jelajah Negara Berkebajikan PAS diselia sepenuhnya di bawah Jabatan Pilihraya PAS Pusat (JPP). |
Video Samseng Umno Pekan Gertak Budak-Budak Posted: 16 Feb 2013 05:20 AM PST |
Umno Makin Sawan.. Ini Buktinya.. Posted: 16 Feb 2013 04:32 AM PST Dikhabarkan 10 ribu banner gila talak UMNO untuk bersatu dengan PAS agar PAS keluar daripada Pakatan sedang giat dicetak di kilang sekitar Ampang & Pandan. Aikss!!! Bukan ke UMNO kata PAS 'parti ajaran sesat' ?? UMNO sudah jadi gila babi! heh heh.. Hari ini facebooker mendedahkan gambar banner yang menyatakan hasrat UMNO bersatu dengan PAS berbunyi "Bersatu itu indah." dengan memaparkan bendera UMNO di sebelah kiri dan bendera PAS di sebelah kanan. Tulisan "BERSATU ITU INDAH" pula terletak di antara kedua-dua bendera tersebut. UMNO telah berusaha keras untuk memujuk PAS bersatu dengan mereka. Pelbagai individu dan kumpulan dihantar untuk berunding dengan TGNA. Namun segalanya sia-sia apabila PAS menolak semua cadangan itu. Apabila semua usaha memujuk PAS untuk bersatu gagal. Umno terus menekan PAS dengan pelbagai cara. Umno menggunakan agama untuk menarik keyakinan orang-orang Islam dengan memburukkan PAS dengan pelbagai kata nista, PAS parti ajaran sesat, syiah, wahabi, yahudi dan sebagainya. Kekalutan isu nama ALLAH yang diperbesar oleh media adalah satu cerita bodoh di pihak UMNO kerana isu itu memakan diri mereka sendiri. Hanya pencacai bangang sahaja yang terus memainkan isu tersebut. Bagi yang terang hati isu itu selesai apabila Majlis Syura PAS menyatakan pendirian PAS. Kebodohan pencacai terserlah apabila bukti-bukti dilampirkan penyokong PR menunjukkan kalimah Allah telah lama diluluskan untuk digunakan oleh orang-orang kristian. Surat kebenaran menerbitkan injil berbahasa melayu yang ditandatangani Najib juga disebar untuk menjelaskan situasi sebenar. Rata-rata blog dan media sosial milik penyokong umno masih memainkan isu ini seolah-olah mereka di pihak yang benar. Jelas sekali mereka ini jenis putar belit yang sukar mendapat hidayah. Setelah bersalah mereka terus mengakkan kesalahan itu sebagai satu kebenaran dengan melempar pelbagai tuduhan kepada PAS. Ada juga blogger pro umno yang terus terang mengharapkan PAS bersatu dengan UMNO atas nama melayu. demi masa depan melayu. hak istimewa orang-orang melayu dan sebagainya. Blogger ini lebih bermaruah... Selagi TGNA berkeras dengan syarat yang ditentukannya maka impian UMNO tidak akan kesampaian. - wasukalu.com |
Ekonomi Negara Dalam Bahaya, Hutang KDNK 53% Posted: 16 Feb 2013 04:00 AM PST BANDAR TUN RAZAK, 16 FEB: Langkah Kerajaan Pusat menetapkan kadar nisbah hutang negara Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada angka 53 peratus merupakan satu tindakan yang berani tetapi membahayakan ekonomi negara, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Menurutnya, kadar nisbah tersebut tidak boleh melebihi pada kadar 53 peratus itu ditetapkan oleh Menteri Kabinet BN sendiri sekaligus menunjukkan kerajaan sendiri menyedari kadar peningkatan hutang negara yang semakin membimbangkan. Beliau yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata demikian ketika sidang media Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Wilayah Persekutuan tengahari tadi. Jelasnya, penetapan kadar nisbah sama juga dibuat ketika mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia. "Saya rasa angka itu ditetapkan oleh Kabinet BN yang mengatakan tidak boleh lebih 53 peratus, menunjukkan BN sendiri rasa lebih pada itu adalah dalam keadaan yang bahaya. "Ini menunjukan kadar 53 peratus itu BN berani dalam keadaan yang bahaya dan saya rasa masa Tun Dr Mahathir pun menetapkan angka tersebut. "(Sekarang) untuk beliau(Mahathir) mengatakan ini adalah angka yang tidak betul, saya ingat dia sudah lupa dengan keputusan yang dia sudah buat," kata Abdul Khalid yang sebelum itu disahkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak yang dimenangi pada 2008 itu. Dr Mahathir dalam satu kenyataannya kepada media sebelum ini mengatakan nisbah hutang negara kepada KDNK pada tahap 53 peratus yang dialami negara pada masa ini masih menunjukkan ekonomi yang sihat. Terdahulu, dalam Majlis Sambutan Tahun Baru Cina yang diadakan di sini seramai hampir 5,000 hadirin membanjiri padang bola sepak Taman Bukit Anggerik Cheras. Turut kelihatan dalam majlis tersebut, dramatis terkenal tanah air, Abu Bakar Juah yang sempat mendapatkan autograf Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim di poster kalendar tahun 1999 koleksi miliknya yang memaparkan peristiwa tercetusnya gelombang reformasi tahun sebelumnya. Selain itu turut memeriah majlis tersebut ialah Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Nor Mohamad. http://www.selangorku.com/?p=23021 |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan