Khamis, 14 Februari 2013

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Video Adun Pulau Manis, Pekan Maki Hamun Mahasiswa

Posted: 14 Feb 2013 01:02 AM PST

Saksikan bagaimana seorang pemimpin yang kononnya memperjuangkan bangsa Melayu menyambut kehadiran orang dari luar ke kawasannya...



Anwar Tak Pernah Kesiankan Rakyat Sabah

Posted: 14 Feb 2013 12:33 AM PST

PM: Anwar selama jadi TPM tidak pernah kesiankan rakyat Sabah

PAPAR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selama menjadi timbalan perdana menteri dahulu tidak pernah kesiankan rakyat Sabah.

"Sekarang dia buat-buat muka sedih konon dia kesian Sabah tak dapat cukup peruntukan pembangunan," katanya.


Beliau berharap rakyat tidak mudah termakan janji pembangkang yang menurutnya hanya tahu bercakap dan berjanji serta berpura-pura kesian dengan rakyat, khususnya di Sabah sedangkan yang pasti tidak mampu menunaikan apa yang dijanjikan.

"Masing-masing (pemimpin pakatan pembangkang) ada mimpi lain-lain...sebab itu mereka tak boleh menjanjikan masa depan yang lebih terjamin," katanya pada Majlis Bersama Rakyat Parlimen Papar di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata rakyat harus bijak memilih kerajaan yang mempunyai kuasa dan kemampuan untuk menepati janji kepada rakyat.

"Kita (Barisan Nasional) akan sentiasa melakukan perubahan ke arah yang positif dan lebih baik demi masa depan rakyat. Kita tak nak masa depan yang tak tentu dan tak mahu tindak-tanduk kita dipersoalkan oleh rakyat nanti," katanya.

- Bernama


PANAS - Brigadier General, Leftenan Jeneral, Laksamana Pertama angkatan tentera Darat, Laut, Udara sertai Pakatan Rakyat

Posted: 13 Feb 2013 09:36 PM PST

Sekalipun mereka telah bersara, pengaruh, ilmu serta pengalaman mereka pastinya dapat sama membantu Pakatan Rakyat dalam usaha menentang kezaliman regim zalim Umno BN demi menyelamatkan negara Malaysia tercinta daripada terus dirakusi dan rakyat dikhianati.

PERAK 14 FEB: Belum pernah berlaku dalam sejarah negara, pegawai tertinggi tentera termasuk berpangkat jeneral bersama pembangkang bagi memastikan Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya dari Umno BN, secara aman.


Antaranya, Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid (Darat), Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Al-Khatab (Udara), Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid (Laut) dan Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad (Kagat).

Berucap pada Siri Jelajah Merdeka Rakyat di Kampung Gapis, Padang Rengas di sini, Anwar berkata mereka akan hadir program Pakatan pada 16 Februari depan di Kuala Lumpur.

"Mereka bukan sahaja menyokong bahkan memberi jaminan bahawa peralihan kuasa akan berlaku secara aman dan tenteram.

"Penampilan mereka bertujuan menarik sokongan tentera dan bekas tentera bersama-sama menyokong Pakatan demi memastikan nasib dan masa depan lebih cerah untuk semua anggota," katanya.

http://kerajaanrakyat.blogspot.com/2013/02/brigadier-general-leftenan-jeneral.html


Faekah Malukan Noh Omar Lagi..

Posted: 13 Feb 2013 08:25 PM PST

ADEGAN LAWAK -FEKAH MALUKAN NOH OMAR

Kenapa penulis letak lawak dalam isu Fekah Husin S/U Politik MB Selangor ni dengan Menteri Pertanian - DS Noh Omar, nanti anda saksikan sendiri komen yang akhirnya makan DIRI ........

Bernama melaporkan kenyataan DS Noh Omar dan dibalas Twit oleh Fekah yang anda dapat lihat dibawah yang akhirnya menjadikan isu ni semakin panas triba triba isu debat pula yang timbul ...errr...suka lari tajuk ni memang kegemaran mereka kot




Perhatikan apa yang dijawab oleh Fekah pada twit SENAK......kesian si SENAK...terus senak perut tak dapat jawab miahahahahahaha.

Ini pula adegan isu surat dihantar yang dijawab oleh Fekah dan Noh Omar.....





Ok .....nampaknya Noh Omar macam terasa dengan kenyataan Fekah dalam DEBAT sesama sendiri, jadi diulas seperti dibawah ini



Setelah diklik link yang Noh Omar jawab tu yang berada dalam FB BELIAU...inilah yang TERJADI.......

Perang pun bermula....yang peliknya kenapa NOH OMAR diam jeeee








http://www.jomgelakfm.my/2013/02/adegan-lawak-fekah-malukan-noh-omar.html



SPR: Tidak boleh berkempen di kem tentera, berek polis

Posted: 13 Feb 2013 07:22 PM PST

SPR menegaskan anggota tentera dan polis masih lagi bebas dan tiada sekatan untuk mengikuti kempen-kempen yang berjalan diluar kem dan berek.. – Gambar fail


KUALA LUMPUR, 14 Feb – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata faktor "kawasan keselamatan" menyebabkan tiada kelonggaran akan diberi kepada parti-parti politik untuk berkempen dalam kem tentera dan berek polis pada Pilihan Raya 2013, tetapi aktiviti berkempen di sekitar kawasan kem dan berek tidak dikenakan sekatan.

Menurut SPR, peruntukkan undang-undang dalam kem dan berek bukan dibawah bidang kuasa mereka dan kebenaran untuk berkempen adalah hak mutlak kedua-dua agensi penguatkuasa terbabit.

"Tentang berkempen dalam kem tentera dan dalam kawasan berek ibu pejabat polis kontijen (IPK) serta ibu pejabat polis daerah (IPD), SPR akan mendapatkan maklumat tentang undang-undang dan peraturan daripada mereka," kata pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof kepada The Malaysian Insider dalam satu pesanan ringkas semalam.

"Sejak dari dulu lagi tidak boleh berkempen di dalam kem dan berek polis, kalau tidak silap saya," ujar beliau lagi.

Dalam statistik SPR dikeluarkan pada suku tahun 2012, seramai 147,681 orang adalah pengundi yang terdiri daripada anggota tentera, manakala 94,613 orang adalah anggota polis.

Jumlah pengundi dalam kem tentera dan berek polis antara pecahan pengundi yang juga menyumbang kepada kemenangan parti bertanding, sehubungan itu pemimpin daripada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) berlumba-lumba untuk mendapatkan sokongan daripada kedua-dua kelompok tersebut.

Walau bagaimanapun, kedua-dua kelompok pengundi tersebut sebelum ini didominasi oleh BN dan dianggap sebagai deposit tetap kepada pemerintah kerajaan BN sejak dahulu lagi.

Sekiranya larangan kepada parti-parti politik untuk berkempen dalam kem tentera dan berek polis kekal dan tidak mendapat kelonggaran kepada parti politik untuk berkempen, Abdul Aziz menegaskan anggota tentera dan polis masih lagi bebas dan tiada sekatan untuk mengikuti kempen-kempen yang berjalan diluar kem dan berek.

"Tentera dan polis boleh mendengar kempen seperti rakyat biasa diluar kem dan IPK serta IPD.

"Sudah pasti mereka tahu calon yang bertanding melalui kawasan tempat mengundi dan kempen yang berterusan," terang beliau.

Kenyataan pengerusi SPR tersebut dilihat akan memberikan tamparan baru kepada pembangkang terutamanya dalam misi mendapatkan sokongan kuat daripada kedua-dua pasukan keselamatan tersebut, memandangan akses kepada PR sangat terhad dan sering dikekang.

Malahan, hasrat ketua strategi pilihan raya PKR Mohamed Azmin Ali baru-baru ini yang berkata PKR mungkin melancarkan kempennya ke balai polis, kem tentera laut atau mana-mana kem lain juga bakal terhalang dan tersekat dengan kenyataan SPR ini.

Sehubungan itu, PR beralih strategi dengan menggunakan isu terkini unit beruniform tersebut untuk "mendidik" pihak tentera mengenai perkara yang memberi impak kepada mereka, seperti perjanjian kontroversi kerajaan mengenai ketenteraan dan yang terbaru, apabila dana Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) digunakan untuk membeli syarikat penjual permaidani Deepak Jaikishan.

Bagi menarik sokongan pengundi daripada kumpulan anggota polis pula, PR dilihat semakin agresif dalam menarik beberapa bekas pemimpin tertinggi dalam pasukan keselamatan tersebut antaranya ialah penyertaan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari dan bekas Ketua Polis Daerah (OCPD) Slim River Abdullah Omar bersama PAS, serta beberapa pemimpin tertinggi daripada tentera lain.

PRU ke 13 yang perlu diadakan selewat-lewatnya selepas mandat BN berakhir tahun ini dianggap paling sengit dalam sejarah oleh kerana BN yang memerintah Malaysia semenjak 1957 dicabar hebat oleh PR yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS.

Dalam Pilihan Raya 2008, buat pertama kalinya penguasaan tradisi majoriti dua pertiga BN dinafikan dan beberapa negeri BN seperti Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak jatuh ketangan gabungan PKR, PAS dan DAP.

Perak walau bagaimanapun kembali ketangan BN pada tahun 2009 apabila tiga ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PR keluar dari gabungan tersebut. -TMI


Ahmad Maslan Takut Bini..

Posted: 13 Feb 2013 06:01 PM PST


Bini pon tak konfiden dengan laki sendiri.. Yang rakyat konfiden sangat dengan puak2 ni apehal hah??


Tak Logik Penaja Gangnam Style Mahu Rahsiakan Identiti..

Posted: 13 Feb 2013 05:06 PM PST

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengkritik kerajaan Umno BN kerana merahsiakan penaja artis antarabangsa dari Korea Selatan, Psy yang menelan kos hingga RM 2 juta

"Siapakah penaja yang sanggup bayar RM 2 juta tetapi merahsiakan? Bukankah penaja sepatutnya mahu tajaan mereka diketahui bagi mempromosi khidmat atau barangan mereka




"Inilah kali pertama dalam dunia penaja buang duit tetapi mahu merahsiakan," kata Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin dipetik daripada blognya, hari ini

Beliau juga mempersoal tindakan Umno Pulau Pinang sebelum ini mengkritik dan mempertikaikan aktiviti anjuran Kerajaan Pulau Pinang tetapi bersetuju dengan pembaziran itu

"Adakah Umno Pulau Pinang bersetuju membawa artis Korea dengan RM 2 juta untuk menyanyikan satu lagu?" Laporan berita sebelum ini mendakwa Umno-BN membelanjakan RM 2 juta hanya untuk membawa "Psy" mempersembahkan lagu "Gangnam Style" di program rumah terbuka Tahun Baru Cina Kerajaan Persekutuan di Georgetown, Pulau Pinang

Akan tetapi, tujuan Umno-BN untuk meraih populariti daripada persembahan tersebut gagal dan menjadi buah mulut pelayar internet semasa Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan persembahan "Psy" kepada hadirin

"Apabila ditanya adakah yang hadir bersedia untuk Psy, semua serentak mengatakan 'Ya'," kata Badrul Hisham

"… Malangnya apabila dia mengambil kesempatan dengan bertanya adakah bersedia untuk BN? Majoriti yang hadir menjawab 'Tidak'"


Penceroboh Lengkap Bersenjata Dikesan Di Sabah - Apa Motif Zahid Dedahkan Cerita Ini?

Posted: 13 Feb 2013 03:37 PM PST

ATM kesan warga asing ceroboh negara

BAGAN SERAI - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengenal pasti terdapat sekumpulan warga asing disyaki dari Filipina yang memakai tanda celoreng dan berjubah telah melakukan pendaratan di kawasan perairan pantai Lahad Datu, Sabah semalam.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau telah mengarah Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan tindakan segera diambil bagi menentukan pertahanan dan keselamatan negara berada pada tahap maksimum.


"Kita tidak mahu sebarang unsur pendedahan mengenai pertahanan negara berlaku di mana-mana kawasan di negara ini termasuk di Lahad Datu, Sabah," katanya kepada media selepas menerima memorandum menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dan pemimpin kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) oleh 28 NGO Bagan Serai di sini petang tadi.

Dr Ahmad Zahid berkata, pihaknya meminta kerjasama daripada kerajaan negara tersebut untuk menyelesaikan perkara itu.

"Saya akan mengarahkan Panglima ATM mengeluarkan kenyataan rasmi dan terperinci mengenai kejadian itu dalam masa terdekat," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/semasa/atm-kesan-warga-asing-ceroboh-negara-1.130924


Menteri Umno Yang Bodoh..

Posted: 13 Feb 2013 05:31 AM PST

 

Sebab menteri bodoh inilah berbillion wang negara hilang semasa sibodoh ni kerja kat Bank Negara...


Punca Psy Memalukan Najib Telah Dikenalpasti..

Posted: 13 Feb 2013 04:08 AM PST

'Menteri' dipersalah, punca Psy tak gaul yee sang

Seorang 'menteri' telah dipersalahkan kerana menyebabkan suasana yang memalukan apabila artis sensasi Korea Selatan, Psy, tidak naik untuk bersama dengan orang kenamaan di atas pentas menggaul yee sang sebelum membuat persembahan di Pulau Pinang Isnin lalu.

Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong (kiri) - yang menjadi pengerusi penganjuran rumah Tahun Baru Cina BN itu - berkata menteri berkenaan memberitahu pengacara untuk menjemput Psy turut sama menggaul yee sang.


Oleh kerana menteri berkenaan tidak memaklumkannya kepada jawatankuasa penganjur lebih awal, dan oleh itu tidak dapat memberi taklimat kepada penyanyi tersebut - Oh berkata beliau dapat memahami kejanggalan Psy apabila pengumuman mengenainya dibuat.

Oh memberitahu Malaysiakini bahawa syarikat pengurus acara itu mesti mengikuti norma-norm, dan sebagai bintang mega, Psy juga mempunyai "standard yang kita mesti ikut".

"Itu adalah satu cadangan 'ad-hoc' yang menyebabkan kita jadi malu. Saya kemudian bertanya pengacara mengapa dia menjemput Psy naik ke pentas, dan dia menjawab dia berbuat demikian atas arahan seorang menteri."

Walaupun Oh enggan menamakan menteri berkenaan, terdapat tiga orang menteri di atas pentas - Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon; Ahli Majlis Tertingi Umno, Tan Sri Mohamed Yakcop dan Naib Presiden MCA, Datuk Ng Yen Yen.

Akhbar China Press hari ini memetik sumber yang mendakwa bahawa
"seorang pegawai kanan wanita" bertanggungjawab terhadap pengumuman tersebut.

Dalam segmen acara berkenaan, meja dibawa naik ke atas pentas dan pinggan yee sang diletakkan di atasnya.

Pemimpin BN tertunggu-tunggu ketika mereka bertepuk tangan dan
melihat sekeliling, selepas pengumuman pengacara, tetapi akhirnya meneruskan menggaul hidangan tradisional tanpa Psy.

Selepas menunggu Psy selama lima minit, para pemimpin - termasuk Pengerusi BN dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi - meninggalkan pentas.

Ini dirakamkan dalam video, yang telah dimuatnaik ke YouTube dan menjadi bahan jenaka warga internet.

http://www.malaysiakini.com/news/221305


No To BN - Kenyataan 'Cover Malu' BN Penang

Posted: 13 Feb 2013 01:04 AM PST



Ini adalah kenyataan untuk 'cover malu' oleh Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang berikutan insiden 'Yes for Psy, No for BN' yang memalukan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Dalam insiden memalukan yang telah berlaku terhadap Najib itu, Rakyat Pulau Pinang telah memberikan jawapan 'NO' apabila Najib bertanya 'Are you ready for BN??" sebanyak tiga kali.. (lihat di SINI )

Video awal kejadian telah dipertikaikan oleh kebanyakkan macai-macai UMNO termasuk seorang pembaca Berita dari RTM yang mengatakan penyokong Pakatan Rakyat adalah bengong kerana mempercayai video tersebut.

Bagaimanapun mereka sudah tidak mampu lagi untuk mempertikaikan video tersebut bila mana semakin banyak video rakaman dari pelbagai sudut di hadapan pentas dimuat naik ke dalam YouTube.

Baca seterusnya di sini


Tiada ulasan: