Selasa, 12 Februari 2013

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


PANAS - Dr Asri Dan Dr Juanda Akan Bertanding PRU13 Atas Tiket Pakatan

Posted: 11 Feb 2013 09:19 PM PST


Menurut maklumat, Dr. Juanda Jaya yang baru-baru ini dikesan telah mengadakan pertemuan dengan Hishamuddin Rais, akan bertanding di Perlis di bawah bendera PKR. Manakala Dr. Asri Zainal Abidin pula akan bertanding di Pulau Pinang.



LAPORAN TEPAT OLEH MEDIA SINGAPURA MENGENAI KONSERT PSY

Posted: 11 Feb 2013 05:51 PM PST



Dr M dikritik kerana berpura-pura lupa terlibat dalam Projek IC

Posted: 11 Feb 2013 03:36 PM PST

KUALA LUMPUR, — Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menuduh Tun Dr Mahathir Mohamad berpura-pura lupa apabila menafikan penglibatannya dalam "Projek IC" yang membawa pendatang tanpa izin di Sabah.

"Saya rasa Dr Mahathir boleh kata beliau tidak bertanggungjawab atas apa yang telah dilakukan.

"Saya rasa dia sudah nyanyuk. Dia hanya ingat perkara baik seperti KLCC," kata ahli jawatankuasa eksekutif pusat DAP Anthony Loke kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada Menara Berkembar Petronas, projek mega di bawah pentadbiran Dr Mahathir.


Bekas perdana menteri yang berulang kali dituduh mengetuai "Projek IC", inisiatif yang dijalankan pada 1980an di mana kewarganegaraan Malaysia didakwa ditukar dengan undi kepada Barisan Nasional, dan beliau menafikan perkara demikian dilakukan, sebaliknya berkata ianya mengikut proses undang-undang.

Beliau mendakwa pemberian kewarganegaraan di Malaysia mempunyai tempoh yang tertentu, selain syarat-syarat lain.

"Saya bersetuju kita boleh beri kewarganegaraan kepada mereka yang tinggal di negara ini dalam tempoh tertentu dan layak menjadi warganegara," kata beliau apabila ditanya wartawan semasa melancarkan buku di Universiti Malaya.

Namun Dr Mahathir berkata sekiranya ini benar, beliau tidak mengawal sepenuhnya apa yang dilaksanakan semasa beliau menjadi perdana menteri.

"Apa yang terjadi di sana, saya tidak boleh dipersalahkan," katanya lagi. "Arahan diberi kepada mereka untuk memberi kewarganegaraan kepada mereka yang layak."

Loke berkata mustahil bagi Dr Mahathir selaku perdana menteri tidak menyedari operasi ini.

Pengakuan di dalam inkuiri Suruhanjaya Diraja (RCI) menunjukkan bahawa pemimpin peringkat atasan terlibat dengan "Projek IC", termasuk orang kanan Dr Mahathir, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub.

Namun begitu, sungguhpun pendedahan projek tersebut dibuat, Dr Mahathir, yang pernah menjadi perdana menteri Malaysia selama 22 tahun, terus menafikan tuduhan tersebut. Beliau kemudian menuduh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahum yang menjadi timbalan beliau ketika itu

Anwar juga menafikan pembabitan beliau dalam "Projek IC".

"Apa kredibiliti beliau selaku perdana menteri mengatakan beliau tidak mengetahui projek tersebut?

"Saya bolehlah menggelarkan beliau sebagai perdana menteri yang tidur, seperti penggantinya Abdullah?" kata naib presiden PAS Salahuddin Ayub, merujuk kepada pengganti Dr Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Beliau seharusnya bertanggungjawab," kata ahli parlimen Kubang Kerian itu.

Menurut satu pendedahan , sebanyak 100,000 kad pengenalan biru dikeluarkan kepada pendatang di Sabah pada tahun 1993. Selain itu, mereka juga menerima resit dari JPN yang berupa dokumen sementara membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya negeri 1994.

Minggu lalu, pegawai Cawangan Khas (SB) DSP Badaruddin Ismail memberi keterangan bahawa bekas pengarah JPN menjual 16,000 resit bernilai lebih RM1 juta untuk membenarkan pendatang di Sabah mengundi.

Namun bekas ketua menteri Sabah, Tan Sri Harris Salleh, yang mentadbir negeri tersebut dari 1976 hingga 1985 antara mereka yang terawal menghadapi inkuiri, menolak kewujudan "Projek IC".

Sabah mempunyai hampir sejuta pemilih yang berdaftar — 926,638 secara tepatnya, dalam laporan pada Jun oleh akhbar berbahasa Inggeris The Star.

Naib presiden PKR, Chua Tian Chang berkata sama ada Dr Mahathir terlibat atau tidak akan ditentukan oleh pengundi Sabah pada pilihan raya akan datang.

"Saya ingat sejarah akan mencatatkan apa penemuan yang RCI cari, Mahathir salah atau tidak, akan dicatat dalam sejarah.

"Apa yang berlaku di Sabah adalah satu realiti, sama ada beliau nak bertanggungjawab atau tidak, kita semua akan menjawabnya dalam pilihan raya kelak," katanya lagi.

Pemerhati berpendapat RCI mungkin mengubah keadaan di Sabah dengan berpihak kepada pembangkang dalam usaha BN memastikan kubu kuat gabungan pemerintah tersebut bertahan dari pengaruh PR.

Kedua-dua Sabah dan Sarawak adalah kunci BN dapat mempertahankan Putrajaya pada pilihan raya 2008 dengan keputusan pilihan raya hanya menang dengan majoriti mudah.


Isu Air - Khalid Ibrahim Sedia Debat Dengan Calon MB Selangor

Posted: 11 Feb 2013 05:52 AM PST

KUALA SELANGOR, 11 FEB: Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersedia untuk berdebat mengenai isu air Selangor dengan mana-mana calon Menteri Besar Selangor daripada Umno-BN.

Menurut Abdul Khalid, dengan mengadakan debat, masyarakat Selangor akan mendapat manfaat dengan membuat penilaian dan perbandingan di antara cara pengurusan perkhidmatan air Selangor oleh Pakatan Rakyat Selangor and Umno-BN.


"Baguslah kalau (Datuk Seri) Noh Omar mahu berdebat, kalau dia bakal Menteri Besar, kita boleh berdebat," ujar beliau dalam sidang media di Kampung Bukit Badong di Bestari Jaya pagi tadi.

Pengurusan perkhidmatan air di Selangor adalah antara isu utama yang akan menentukan gagasan mana akan berjaya memerintah negeri pada pilihanraya akan datang.

Dalam lima tahun pentadbiran, 92 peratus pengguna domestik di Selangor telah mendapat faedah daripada skim air percuma 20 metre padu.

Di samping itu, kenaikan tarif tarif air sebanyak 52 peratus yang diminta oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dalam tempoh itu, telah berjaya disekat oleh pentadbiran Abdul Khalid.

MP Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar dilaporkan mencabar Abdul Khalid untuk berdebat dengan beliau dalam isu air Selangor.

Perebutan jawatan Menteri Besar di kalangan pemimpin Umno-BN Selangor terus hangat apabila beberapa nama disebut bakal menyandang kerusi itu sekiranya Umno-BN berjaya merampas semula pentadbiran Selangor dari Pakatan Rakyat.

Selain Noh yang kini Timbalan Ketua Umno Selangor, nama lain yang turut disebut adalah Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, Adun Permatang, Sulaiman Abdul Razak dan Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman.


Video Najib Dimalukan Di Pulau Pinang

Posted: 11 Feb 2013 04:19 AM PST




Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum Psy memulakan persembahan mengakhiri ucapannya dengan melaungkan kepada hadirin..

"Are you ready for Psy???".. "YES!!" jawab warga Pulau Pinang yang hadir ke konsert yang menyaksikan Psy membuat persembahan lebih kurang hanya 15 minit itu..

Empat kali beliau mengajukan soalan yang sama.. dan empat kali jawapan yang sama diberikan oleh hadirin..

Tetapi bila beliau melaungkan "Are you ready for BN??" kepada rakyat Pulau Pinang.. jawapan yang diterimanya ialah "NOOOOOOOO!!!".


Tiada ulasan: