Biaqpila |
- VIDEO: TERBUKTI NAJIB SEORANG PELAKON KAH! KAH! KAH!
- Kubu BN di Felda mulai roboh
- KISAH NYATA PASANGAN KEKASIH YANG TERLANJUR
- KEADILAN ke Manila bongkar skandal Musa & penjenayah dikehendaki Filipina
VIDEO: TERBUKTI NAJIB SEORANG PELAKON KAH! KAH! KAH! Posted: 08 Feb 2013 04:00 AM PST |
Posted: 07 Feb 2013 11:00 PM PST BN boleh buat apa sahaja di Felda tanpa sebarang halangan. Aktiviti mereka mendapat kerjasama sepenuhnya dari pengurusan Felda. Bahkan, saya punya bukti, felda luluskan bajet untuk program politik Umno di Felda! Waktu ini bendera BN dinaikkan sebanyak2nya di seluruh pelusuk Felda. Bukan setakat di jalan utama, tapi, sehingga ke lorong jalan perumahan dan di rumah peneroka. Petugas Umno tidak minta izin pun nak naikkan bendera BN di halaman rumah peneroka! Namun, suasana berbeza kepada Pakatan Rakyat. Pengurus Felda arah turunkan bendera PAS dan PR. JKKK di gugusan Lokheng umpamanya, tidak benarkan buat sebarang aktiviti pembangkang sehingga lepas pilihanraya! Ceramah disekat. Bayangkan, pengurusan Felda, JKKK, Relda, Felsco bergabung dengan samseng Umno seawal petang buat roadblock di jalan utama masuk felda untuk halang penceramah dan orang awam ke tempat ceramah. Di Felda Sg Tengi, samseng Umno paksa pemandu kenderaan buka bonet. Bila disoal, untuk apa buka bonet? Kata mereka, mungkin Mazlan Aliman menyorok dalam bonet kereta!!!! Di Felda Teloi Timur, Sik; Polis nasihatkan jangan halang PR dan ANAK nak masuk Felda. Ia hak dalam Perlembagaan Persekutuan. OCPD minta buka laluan. Samseng Umno tidak peduli. Mereka angkuh, bahkan ada samseng mereka ; selamba aje berteriak...... di Felda, kami lebih berkuasa dari polis! Sesungguhnya, gelagat tidak bertamadun ini akan memusnahkan kepercayaan masyarakat Felda kepada BN. Tindak tanduk dan akhlak samseng Umno akan memakan diri mereka sendiri. Di ketika mereka seperti hilang aqal, terjerit2 sambil memaki hamun, Alhamdulillah penyokong PAS dan PR tetap sabar. Hanya berzikir, memohon pertolongan Allah..... Mungkin samseng Umno puashati berjaya menyekat ceramah. Itulah yg dilakukan puak Abu Jahal dan sekutu2nya di zaman Nabi SAW. Namun, adakah mereka boleh menyekat rakyat dari menyokong PAS dan PR? Sebagaimana Islam terus berkembang walau disekat dan dihalang, inshaAllah, masyarakat Felda bukan pak turut kepada samseng Umno yg bersekongkol menyekat PAS dan PR dari memasuki Felda. Hanya segelintir sahaja yang berbuat demikian. Sebahagian besar adalah samseng jalanan dari luar yang mendapat upah menimbulkan situasi tegang. Mereka sengaja mengumpan penyokong PR untuk beradu kekuatan. InshaAllah, PRU 13, pengundi Felda khususnya anak muda akan ' mengajar BN '. Samseng Umno boleh teruskan aksi dan akhlak buruk mereka. Kita bukan bacul, meskipun dizalimi. Kesabaran menghadapi mehnah adalah bukti kemanisan iman, yang mendekatkan kita dengan kemenangan. Yakinlah, semakin ganas samseng Umno, kian dekat BN dikuburkan! FB Mazlan Aliman |
KISAH NYATA PASANGAN KEKASIH YANG TERLANJUR Posted: 07 Feb 2013 08:00 PM PST KISAH NYATA Pasangan KEKASIH Yang TERLANJUR | Firman Allah S.W.T: "Dan janganlah kalian mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." (Al-Israa': 32) Wanita 1 : Betul U sayang I ?? Lelaki : Ye sayang, I tak tipu. Wanita 1 : U nie, jangan laa pegang2 I.. Lelaki: I pegang sikit je sayang.. baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni Wanita 1 : Tak nak laa.. Kalau terlanjur macam mana? Lelaki : Kita kahwin laa.. I jumpa keluarga u .. Wanita 1 : Betul? U nak kahwin dengan I? Lelaki : Betul sayang.. Sumpah.. U diam je.. Jangan cakap apa-apa. I pegang sikit je.. Boleh ye sayang?? Setahun selepas itu. . . Wanita 1 : Sampai hati.. U tipu I.. Dulu U kata nak nak kahwin dengan I.. Tapi bila U dah dapat. U nak kahwin dengan perempuan lain.. Lelaki : I lelaki, U ingat I nak kahwin dengan perempuan yang senang-senang I boleh dapat? I nak perempuan yang suci.. Bukan macam U, yang senang-senang bagi tubuh pada lelaki yang bukan bergelar suami. U ingat I bodoh nak kahwin dengan U? Wanita1: Sampai hati U cakap macam tu, dulu.. Masa U nak, macam-macam janji manis U bagi. Tapi sekarang U salahkan I? Lelaki: I lelaki.. I cuma nak uji U je.. Tapi dah U bagi, I ambil laa. . Wanita1: U memang lelaki tak guna.. I menyesal kenal dengan U.. Lelaki: U menyesal? Tapi I puas.. Jangan lupa datang kenduri I nanti. Wanita1: U akan dapat balasannya nanti . . Lelaki tersebut kemudiannya mendapat jodoh wanita yang diimpikannya.. MALAM PERTAMA LELAKI DAN WANITA YANG BARU DINIKAHINYA. Lelaki: Sayang… I love U so much.. Wanita 2: Me too sayang.. Lelaki: I bertuah kahwin dengan U. Wanita 2 : I pun, sayang.. I ada something nak beritahu kat U.. Lelaki: Apa dia sayang? Wanita 2 : Sebenarnya.. U bukan lelaki pertama yang tidur dengan I.. I pernah tidur dengan semua teman lelaki I.. Untuk suka-suka je.. Cari kepuasan sebelum kahwin.. Tapi bila nak kahwin, I cari lelaki baik macam U untuk jadi suami I.. U tak kisahkan? Lelaki: WHAT?????????????????? (terkejut) Allah S.W.T berfirman, "Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik." (An-Nur':26). queachmad |
KEADILAN ke Manila bongkar skandal Musa & penjenayah dikehendaki Filipina Posted: 07 Feb 2013 05:00 PM PST KUALA LUMPUR 7 Feb: Tiga pemimpin KEADILAN ke Manila malam ini bagi membongkar sejauhmana kebenaran skandal melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan penjenayah dikehendaki penguatkuasa negara itu yang dikaitkan sebagai anak saudara Musa, Manuel Karingal Amalilio. Lawatan sehari itu disertai Naib Presiden, Tian Chua; Timbalan Setiausaha Agung, Darrel Leiking dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat, R Sivarasa. "Ia adalah misi mengumpul fakta. Kita akan berjumpa agensi kerajaan yang terlibat di sana dan para wartawan untuk mengenal pasti beberapa fakta yang agak kabur di media Malaysia," jelas Tian ketika dihubungi. Menurutnya, terdapat desas-desus di Filipina yang kian tersebar mengatakan dana membabitkan 12 bilion peso (RM895 juta) hasil penipuan Amalilio terhadap 15,000 orang untuk kegunaan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13). "Ramai orang di Filipina bercerita tentang perkara ini. Kami putuskan untuk ke sana bagi mengetahui kebenarannya. Jika benar dakwaan itu, ia satu perkara yang sangat serius," katanya. Ahli Parlimen Batu itu mempersoal bagaimana Amalilio atau namanya di Malaysia, Mohammad Kamal Sa'aid boleh memiliki dua kewarganegaraan. "Itu juga membimbangkan…Kita lihat isu ini relevan dengan kerakyatan yang diberi kepada warga asing di Sabah. Berita tersebut mendapat liputan meluas di Filipina. Ia memberi implikasi buruk kepada imej negara dan kerjasama dua hala dengan negara tersebut," tambah Tian. Sivarasa menyifatkan tindakan pihak berkuasa Malaysia yang mengenakan hukuman dua tahun penjara kepada Amalilio kerana memiliki pasport palsu sebagai wayang. "Ia hanya wayang pihak berkuasa Malaysia untuk menghalang Amalilio dari dibawa pulang dan diheret ke muka pengadilan Filipina," kata Ahli Parlimen Subang itu. "Apa motif pihak berkuasa Malaysia? Apa yang cuba disembunyi? Soal hubung kait Amalilio dengan Musa, memang tidak dapat dinafikan lagi. Dana 12 bilion peso itu untuk siapa dan kenapa?" soalnya. "Kita juga ingin tahu apa masalah yang akan dihadapi Musa dan polis Sabah jika Amalilio dihantar pulang? Kita harap dengan misi ke Manila ini akan bantu kita untuk tahu cerita sebenar," kata Sivarasa lagi. 31 Januari lalu, laman web berita Filipina, ABS-CBN menyiarkan kenyataan Setiausaha Dalam Negeri Filipina, Mar Roxas bahawa Musa menyekat ejen Biro Penyiasatan Nasional (NBI) dari membawa individu dikehendaki polis, Amalilio dari pulang ke Filipina. Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim kemudian mendedahkan kepada The Star Filipina bahawa Amalilio adalah anak saudara kepada Musa kerana sepupu sulung Ketua Menteri itu adalah ibu kepada Amalilio. "Ya, ibunya adalah sepupu sulung Musa, nama sebenar Amalilio adalah Kamal bin Said dan dilahirkan di Beaufort, Sabah," kata Anwar kepada akhbar tersebut. KD |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan