Biaqpila |
TANDA-TANDA BN AKAN KALAH TERUK DI SELANGOR Posted: 27 Feb 2013 07:24 AM PST Nampak gayanya BN akan tewas lagi di Selangor dalam PRU 13 nanti. Melihat kepada laman facebook orang kuat BN Selangor yang selalu dok hantaq sms suruh undi BN pun tiada apa yang boleh dibanggakan daripada komen-komen yang dicatat oleh pengunjung.Semuanya mencerminkan rakyat Selangor dah fed up dengan UMNO BN. Di antara komen makan dalam oleh pengunjung di facebook untuk Laman Rasmi Dato Sri Ir Mohd Zin Mohamed,Ahli Parlimen Sepang merangkap Koordinator BN Selangor & Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri Selangor: Ibrahim Mat Isa Wahai DS Ir Mohd Zin Mohamed.. Dengan ini aku memohon supaya anda hentikan sms ke handphone aku promosi untuk undi BN tu boleh tak? Menyemakkan handphone aku saja lah.. Kami rakyat dah boleh berfikir secara waras siapa yg kami mahu pilih untuk memerintah negeri dan negara ini.. Terima kasih BN.. Semoga parti ini berkubur.. Menyusahkan rakyat!! Feisty Fawn sesapa boleh tolong ajarkan aku untuk dislike page ? keh keh keh Miey Shafa dengan ini saya yakini bn... akan jahanam dan terkubur bersama firaun2 dan lembu2... Holy Flyers sms yg wa trima smlm dari penghantar BN no fon dia :+60192194630 yg brbunyi - Semistinya Barisan Nasional peka dgn keperluan rakyat Pemberian air percuma akan tetap diteruskan demi meringankan beban kos hidup rakyat. Yakini BN. BN ooi !, setelah rakyat tahu membezakan kepimpinan mana lebih telus memperjuangkan nasib rakyat, baru lah BN tahu menyebut "demi meringankan beban kos hidup rakyat", setelah rakyat tahu dan sedar yg BN adalah perompak hasil kekayaan negara yg sepatutnya diagihkan kpd rakyat. sory laa BN, kemarin wa dah hantar posting kat page ni, kan wa dah kata yg wa ni bukan melayu cap kapal layar yg lu org boleh momok2kan, wa ni gererasi IT alaf baru bro, wa pun nak tengok pemimpin BN brlongok longok masuk penjara kerna merompak hak rakyat. penjenayah harus dihadapkan kemuka pengadilan kerna malaysia ada perundangan. muah... muah.. muah... see u in court Kalau hangpa nak tengok lagi komen-komen pedas sila ke sini: Laman rasmi FB Dato Sri Ir Mohd Zin Mohamed |
MUHYIDDIN KEMARUK NAK JADI PM ? Posted: 26 Feb 2013 05:00 PM PST DEY MACHA!!! TERBUKTI PEMIMPIN UMNO KINI MAKIN KEMARUK UNTUK MEMPERTAHANKAN KUASA CAKAP PUN DAH TAK PAKAI OTAK MAIN BEDAL SAJA KAH! KAH! KAH! KALAU TAK KEMARUK TAKKAN LA DEKAT NAK PILIHANRAYA BARU KELAM-KABUT TABOQ DUIT BR1M PASAI PA TAK BAGI DUA TAHUN LEPAS KAH! KAH! KAH! KATANYA PEMBANGKANG SANGGUP BUAT APA SAJA TERMASUK PEMBOHONGAN MELALUI BLOG KAH! KAH! KAH! TAKKAN DENGAN BLOG PUN TAKUT HANGPA ADA TV3SUKU TAK CUKUP POWER LAGI KE BRO? TIAP-TIAP HARI BOLEH HANTAM PEMBANGKANG ATAU HANGPA RISAU PASAI ORANG DAH TAK TENGOK TV3SUKU KAH! KAH! KAH! Muhyiddin: Pembangkang kemaruk ke Putrajaya KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pakatan Rakyat (PR) kini kemaruk untuk ke Putrajaya dan sanggup melakukan apa sahaja bagi memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Oleh itu tegas beliau, manisfeto Pakatan Rakyat, yang dilancarkan semalam, membuktikan mereka akan melakukan apa sahaja tanpa mengkaji kesan tindakan PR. "Mereka tak kaji, tahu bentang sahaja dan tidak fikir bagaimana mereka boleh buat," kata beliau semasa berucap pada sesi lawatan rasmi ke bahagian Parlimen Wangsa Maju dan mendengar taklimat gerak kerja BN Parlimen Wangsa Maju, hari ini. Sebelum itu, Muhyiddin turut menyempurnakan Majlis Penyerahan Baju Uniform kepada kepada pemandu-pemandu teksi kawasan Parlimen Wangsa Maju di Pejabat Penyelaras BN Parlimen Wangsa Maju. Muhyiddin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan BN Wilayah Persekutan berkata, kalau dilihat secara keseluruhan yang dijanjikan, persoalan timbul dari mana sumber pembangkang boleh memperolehi sekiranya semua diberikan secara percuma. Sehubungan itu kata beliau, pembangkang akan sedaya upaya dan berbuat apa sahaja sama ada halal atau haram untuk menumbangkan BN. "Malah pembangkang akan lebih agresif untuk cuba memenangi pilihan raya ini nanti dan menggunakan pelbagai cara termasuk blog untuk melakukan pembohongan," katanya. Dalam pada itu, beliau berkata, kerusi Parlimen Wangsa Maju mesti kembali ke pangkuan BN walaupun berhadapan senario yang sukar pada pilihan raya kali ini. Katanya, tidak kira siapa calon yang bertanding, apa yang lebih penting adalah kemenangan BN di Wangsa Maju, selain Pusat Daerah Mengundi (PDM) perlu bekerja keras memastikan kejayaan BN. "Melihat muka-muka yang cerah di sini, saya yakin BN akan menang di Wangsa Maju dan mesti menang ," katanya. |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan