Biaqpila |
- HEBAT BETOI DEBAT NI BRO
- Masyaallah,Keburukan Tidur Selepas Subuh
- KTMB Jadi Alat Propaganda BN, Tidak Layan PR Sewa Ruang Iklan
Posted: 01 Feb 2013 07:53 AM PST "Debat" JOM TOLAK PAKATAN antara pendebat terhebat, terunggul dan tersohor Noh Omar, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor dengan Presiden NGO Islam, Melayu dan Raja, Tiga Jalur, JATI, Hasaan Aqidah Ali di Sijangkang, Kuala Langat Selangor telah berjalan dengan sambutan cukup "hebat". Hadirin kebanyakannya ialah wanita UMNO. Apa yang jelas "DEBAT HEBAT" tersebut bolehlah dirungkaikan sebagai bukannya JOM TOLAK PAKATAN tetapi lebih merupakan JOM KEKALKAN PAKATAN. Intipati cercaan kedua "pendebat" seperti dijangkakan ialah 1) Kalimah Allah 2) Isu air 3) Janji Warga ibu tunggal tidak dilaksanakan 4) PAS jadi kuda tunggangan DAP. Ingatkan macai-macai UMNO yang berhujah sedemikian rupa...Pemimpin tinggi mereka pun otak lebih kurang sama juga. Rakyat dah muak, jijik dan naik muntah dengar hujah-hujah bertaraf sampah dari pemimpin-pemimpin UMNO. Rakyat secara keseluruhannya sudah bertekad mau melakukan perubahan.. Maukan supaya UMNO menjadi pembangkang selepas PRU 13. Nasihat Omakkau.. cukuplah membuat fitnah...Kedudukkan UMNO pasti akan berubah. ~omakkau wasukalu |
Masyaallah,Keburukan Tidur Selepas Subuh Posted: 31 Jan 2013 08:00 PM PST Saudaraku, ingatlah bahawa orang-orang soleh terdahulu sangat membenci tidur pagi. Berkata Ibnul Qayyim , banyak tidur dapat mematikan hati dan membuat badan merasa malas serta membuang-buang waktu. Beliau rahimahullah mengatakan, "Banyak tidur dapat mengakibatkan lalai dan malas-malasan. Banyak tidur ada yang termasuk dilarang dan ada pula yang dapat menimbulkan bahaya bagi badan." Waktu tidur yang paling bermanfaat yaitu : 1. Tidur ketika perlu tidur. 2. Tidur di awal malam – ini lebih manfaat daripada tidur lewat malam. 3. Tidur di pertengahan siang –ini lebih bermanfaat daripada tidur di waktu pagi dan petang. Apatah lagi pada waktu pagi dan petang sangat kurang manfaatnya bahkan lebih banyak bahaya yang ditimbulkan, lebih-lebih lagi tidur di waktu Asar dan awal pagi kecuali jika memang tidak tidur semalaman. Menurut para salaf, tidur yang terlarang adalah tidur ketika selesai solat subuh hingga matahari terbit. Kerena pada waktu tersebut adalah waktu untuk menuai ghonimah (pahala yang berlimpah). Mengisi waktu tersebut adalah keutamaan yang sangat besar, menurut orang-orang soleh. Sehingga apabila mereka melakukan perjalanan semalam suntuk, mereka tidak mahu tidur di waktu tersebut hingga terbit matahari. Mereka melakukan demikian kerana waktu pagi adalah waktu terbukanya pintu rezeki dan datangnya barokah (banyak kebaikan)." (Madarijus Salikin, 1/459, Maktabah Syamilah) BAHAYA TIDUR PAGI [Pertama] Tidak sesuai dengan petunjuk Al Qur'an dan As Sunnah. [Kedua] Bukan termasuk akhlak dan kebiasaan para salafush soleh (generasi terbaik umat ini), bahkan merupakan perbuatan yang dibenci. [Ketiga] Tidak mendapatkan barokah di dalam waktu dan amalannya. [Keempat] Menyebabkan malas dan tidak bersemangat di sisa harinya. Maksud dari hal ini dapat dilihat dari perkataan Ibnul Qayyim. Beliau rahimahullah berkata, "Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya." (Miftah Daris Sa'adah, 2/216). Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah malas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan malas-malasan pula. [Kelima] Menghambat datangnya rezeki. Ibnul Qayyim berkata, "Empat hal yang menghambat datangnya rezeki adalah:- [1] tidur di waktu pagi, [2] sedikit solat, [3] malas-malasan dan [4] berkhianat." (Zaadul Ma'ad, 4/378) [Keenam] Menyebabkan berbagai penyakit badan, di antaranya adalah melemahkan syahwat. Zaadul Ma'ad, 4/222) -http://bayuborneo.blogspot.com/- suraual-ikhwan |
KTMB Jadi Alat Propaganda BN, Tidak Layan PR Sewa Ruang Iklan Posted: 31 Jan 2013 05:00 PM PST SUBANG JAYA, 31 JAN: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang merupakan sebuah syarikat pengangkutan awam tidak wajar dijadikan alat propaganda Umno-BN dengan hanya menempatkan iklan mempromosikan gagasan itu pada gerabak keretapi. Tindakan tersebut jelas menunjukkan Umno-BN menjadikan KTMB sebagai alat kepentingan politik apabila permintaan DAP Selangor untuk menyewa ruang iklan yang sama bagi DAP dan Pakatan Rakyat (PR) tidak mendapat layanan sama. Menurut Bendahari DAP Selangor, Hannah Yeoh dalam sidang medianya hari ini, pihaknya sebelum ini telah menghantar surat menyatakan minat DAP dan PR untuk menyewa ruang iklan pada koc komuter KTMB. "Pada 8 Januari lalu, kami ada hantar surat kepada Presiden KTMB, Datuk Elias Kadir melalui tangan dan surat itu sudah diterima dengan terdapat akuan penerimaan pada salinan surat itu sebagai bukti penerimaan. "Tujuannya adalah untuk mengadakan pertemuan dengan pegawai bertugas untuk mendapatkan sebut harga tapak iklan dan sebagainya seperti mana BN. "Tetapi malangnya tiada sebarang jawapan dari KTMB," ujar Hannah yang juga merupakan Adun Subang Jaya. Hannah turut mempertikaikan keengganan KTMB menjawab persoalan yang pernah ditimbulkan sebelum ini, iaitu samada KTMB mengenakan sebarang bayaran kepada Umno-BN untuk iklan mereka. Dalam isu sama Hannah turut menempelak Datuk Seri Mohd Zin Mohamed agar lebih bijak membezakan antara jawatan Kordinator BN Selangor dengan Pengerusi KTMB yang kedua-duanya disandang beliau. Dilaporkan sebelum ini bahawa Umno-BN menjalankan propaganda politik mereka menerusi iklan 'Sayangi Selangor' di stesen dan gerabak KTMB. selangorku |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan