Sabtu, 9 Februari 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Macai UMNO cabut dan buang bendera PAS ke dalam parit..

Posted: 09 Feb 2013 07:00 AM PST


200 bendera PAS yang dipasang oleh para petugas disepanjang jalan menuju ke tapak Himpunan Kebangkitan Rakyat -PAS Ganti Umno Kali Ke-7 (PGU7.0) telah dicabut dan dibuang merata-rata termasuk dihumban ke dalam anak sungai berhampiran.

Ekoran perbuatan khianat dan jahat pihak yang tidak bertanggungjawab itu, satu laporan polis telah dibuat oleh seorang petugas PAS, Saufi Hashim.

Menurutnya, pada kira-kira jam 6.00 pagi, beliau telah menerima panggilan telefon dari seorang petugas memaklumkan tentang kerosakan dan kehilangan bendera PAS yang dipasang yang bearada di kawasan kampung Jeram Manir.


Katanya, selepas itu, beliau terus ke tempat kejadian dan mendapati 80% daripada daripada bendera yang telah dpasang lewat malam semalam telah musnah.

"Pada kira-kira jam 8.00 pagi, saya telag pergi ke lokasi kejadian dan mendapati bendera PAS telah berada dalam longkang, dalam semak dan dalam parit air (alur),


"Hampir 80% keseluruhannya bendera PAS yang dipasang telah dirosakkan sepanjang jalan Kampung Jeram ke kampung Teluk Pasu,"ujarnya dalam laporan polis yang dibuat.

Menurutnya, kerugian yang dialami adalah sebanyak kira-kira RM1,500, akibat kerosakkan terhadap 200 bendera PAS yang telah dipasang.

Beliau melahirkan rasa kesal kerana menurutnya, sebelum pihak PAS memasang bendera-bendera itu, perundingan telah dibuat degan pihak jawatankuasa keselamatan Umno DUN Teluk Pasu.

~ Buletine Online

Hampir 20,000 hadir menyaksikan debat antara Ezam dan Noh Omar.. Saksikan!!

Posted: 09 Feb 2013 05:11 AM PST


Debat Rakyat anjuran Sekretariat Jom Tolak Pakatan Rakyat yang telah dilangsungkan pada 8hb Februari 2013, di Lapangan Letak Kereta Depan KFC, Taman Alam Megah, Seksyen 28, Shah Alam, Selangor dilaporkan telah mendapat sambutan yang luar biasa.

Debat syok sendiri antara dua pemimpin dari UMNO iaitu Penaung Waris Malaya Senator Ezam Md Nor dan juga Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Haji Noh bin Omar telah menggunakan sebuah lori kecil sebagai pentas.


Menurut sumber debat ini lain dari yang lain kerana tiada pihak yang membangkang hujah yang dikemukakan oleh pihak lawan, hanya menyokong semata-mata..

Atau dalam lain ayat dalam debat ini tiada pembangkang hanya pencadang yang ada..

Kelainan yang ada itu telah berjaya menarik minat orang ramai untuk hadir hingga ianya dilihat mampu mengugat kuasa Kerajaan Negeri yang ada sekarang pada pilihanraya yang akan datang ini...

Saksikan!! puluhan ribu hadir menyaksikan debat syok sendiri itu...


Ramaikan yang hadir tu..

Baguslah dia orang dah belajar buat ceramah atas lori...

Sebab kalau kalah dalam PRU13 nanti senanglah nak buat ceramah..

Sumber info dari Omak Kau

Tiada ulasan: