Khamis, 7 Februari 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Tuduh tanpa bukti.. Akhirnya Pemuda PERKASA memalukan diri sendiri..

Posted: 07 Feb 2013 05:49 AM PST


SEKUMPULAN pemuda, dalam satu pertemuan dengan Exco Phee Boon Poh petang tadi, gagal mengemukakan bukti mengenai Kerajaan Negeri Pulau Pinang dituduh menyeleweng sejumlah dana dari kutipan kempen 'Hari Tanpa bag Plastik Percuma'.

Jurucakap kumpulan itu, "Yaacob Bebas" (gambar tengah) berdalih, pihaknya menuduh Kerajaan Negeri menyeleweng dana tersebut selepas Boon Poh mendedahkan data berwajib yang disahkan oleh Audit Kerajaan Negeri.

"Saya bukan kata Kerajaan Negeri Pulau Pinang tipu duit rakyat (kutipan kempen Hari Tanpa bag palstik), kita nak kata ada 'kemungkinan'," dalih Yaacob di Komtar, George Town.

Ketua Pemuda Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Pulau Pinang, Razuan Mohd. Azudin dan seorang temannya turut hadir mewakili kumpulan tersebut.

Lebih 10 wartawan turut hadir sebagai saksi perbincangan dua hala yang dipengerusikan oleh Boon Poh, Exco Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar.

Boon Poh menjelaskan, kutipan bayaran kempen "Hari Tanpa Bag Plastik Percuma" pada setiap Isnin dilancarkan sejak 1 Julai 2009.

"Sesiapa yang hendak menggunakan bag plastik dikehendaki untuk membayar sebanyak RM0.20 bagi tiap-tiap bag plastik. Ini hanya dikenakan di pusat membeli-belah sahaja," ujar beliau sambil meminta kerja sama daripada semua pihak untuk menjayakan kempen kehijauan alam itu.

Bermula pada 1 Januari 2010, Boon Poh berkata, polisi kemampanan alam itu dilanjutkan selama tiga hari, iaitu pada hari Isnin, Selasa dan Rabu.

"Selain dari pasar awam, perniagaan kedai, kecil dan penjaja, dikehendaki mengutip bayaran sebanyak RM0.20 bagi tiap-tiap bag plastik yang dikeluarkan," ujarnya.

Sebagai langkah integriti, beliau berkata, Kerajaan Negeri telah mengarahkan semua kutipan oleh kumpulan yang disyaratkan dikehendaki dibayar melalui cek di atas nama Akaun Bendahari Negeri Pulau Pinang.

Malah, katanya, resit rasmi darii Jabatan Kewangan Negeri akan dikeluarkan bagi tujuan itu.

Selepas itu, katanya lagi, semua kutipan itu akan dipindahkan ke Akaun Amanah 57019 untuk Program Pembasmian Kemiskinan Tegar.

"Semua data kutipan dan perbelanjaan diaudit oleh Audit Dalaman, Audit Kerajaan Negeri dan Audit Negara.

"Kalau Kerajaan Negeri menipu duit kutipan ini, sila kemukakan bukti untuk menolak data-data yang saya bawa dari auditor ini.

"Mereka kata mereka sokong (undi) Pakatan Rakyat. Tetapi, sebelum pilihan raya (umum) 2008, Pakatan Rakyat pun tak ada lagi. Kalau Pakatan Rakyat pun masih tak wujud, bagaimana mereka sokong Pakatan Rakyat," tegas Boon Poh.

Sumber Kerajaan Negeri mendedahkan, RM182,980.20 berjaya dikutip pada tahun 2009 sempena kempen itu, diikuti, RM298,056.00 (2010), RM894,716.60 (2010), RM894,716.60 (2011) dan RM1,230, 493.40 (2012).

Manakala, jumlah pembayaran untuk Program Pembasmian Kemiskinan Tegar bagi tahun 2009 berjumlah RM1,881,770, diikuti RM2,310,887 (2010), RM2,262,035 (2011) dan RM2,518,180 (2012).

"Keseluruhan kutipan dari bulan Julai 2009 hingga (tahun) 2012 berjumlah RM2,606,246.20. Jumlah pembayaran untuk program basmi miskin tegar pula berjumlah RM8,972,872.

"Dia ('Yaacob Bebas') kata Kerajaan Negeri ada buat penipuan duit rakyat, apabila saya minta kemukakan bukti, dia tak mahu jawab," ujar Boon Poh.

Tiga wakil kumpulan tersebut sehingga akhir pertemuan dengan Exco dilihat tidak membawa apa-apa data bagi membuktikan tuduhan mereka kononnya Kerajaan Negeri menyeleweng duit dana tersebut.

Sejarah tercipta di Pulau Pinang dan Najib terpaksa berjanji lagi..

Posted: 07 Feb 2013 02:09 AM PST


Nampaknya Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksalah turun ke Pulau Pinang untuk menabur janji yang baru pula...

Ini kerana janjinya yang dibuat pada awal Disember 2012 yang lalu iaitu akan membina sebanyak 20,000 unit rumah mampu milik jika Barisan Nasional (BN) berjaya menawan semula pulau tersebut pada pilihan raya nanti telah dilaksanakan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang..

"Kita akan laksanakan tidak kurang daripada 20,000 unit rumah mampu milik," kata Najib semasa ucapan perasmian Jelajah Janji Ditepati di Universiti Sains Malaysia.

Beliau berkata janji perumahan itu tidak bersyarat dan membuktikan BN sebuah kerajaan yang mengambil berat tentang Pulau Pinang.

Dia kata janji itu tak bersyarat tapi perlu memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional Pulau Pinang.. apa tah dia cakap ni..

Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat hari ini telah mengumumkan akan membina 19,172 Unit Perumahan Mampu Milik diseluruh negeri Pulau Pinang..

Sekaligus mencipta sejarah sebagai negeri paling banyak membina rumah Mampu Milik berbanding dengan mana-mana Kerajaan Negeri terutamanya yang ditadbir oleh UMNO/BN..

Berikut adalah teks ucapan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng semasa pelancaran pendaftaran Perumahan Mampu Milik di Komtar..

Pertama sekali saya ingin mengalu-alukan anda semua ke majlis pelancaran yang ringkas tetapi bermakna bagi melancarkan pendaftaran minat untuk 1,840 rumah mampu milik di 2 kawasan iaitu Jalan SP Chelliah (1,320 units) di pulau dan Bandar Cassia, Batu Kawan (520 unit) di tanah besar. Pelancaran hari ini adalah permulaan kepada program bercita-cita besar RM500 juta Rumah Mampu Milik yang dijalankan kerajaan negeri Pulau Pinang melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) untuk membina 19,172 unit di seluruh Pulau Pinang, termasuklah di bahagian pulau.

RM500 juta ini dapat disediakan berikutan penjualan tanah kerajaan melalui tender terbuka. Kami mahu melakukan lebih lagi untuk Pulau Pinang dengan menjalankan usaha paling besar berbanding mana-mana kerajaan negeri dengan membina 19,172 unit rumah mampu milik. Kerajaan negeri ingin menegaskan bahawa 1,840 unit pertama akan dibina oleh pemaju swasta dan PDC, yang mana akan dikira berasingan.

Kerajaan negeri tidak membina apa-apa rumah tetapi membinanya melalui PDC mengikut model yang sama dengan kerajaan Persekutuan yang tidak membina rumah secara terus tetapi melalui agensi mereka, Syarikat Perumahan Awam Negara(SPAN). Ini menolak serangan tidak berasas oleh sesetengah pihak tidak bertanggungjawab bahawa kerajaan negeri tidak membina satu pun rumah kos rendah.

Pagi ini, saya dengan sukacita memaklumkan bahawa sejumlah 1,320 unit rumah pangsa kos sederhana rendah dan pangsapuri mampu milik akan dibina di Jalan SP Chelliah sahaja. Ini terdiri daripada 770 unit pangsapuri 700 kaki persegi kos sederhana rendah RM72,500 sebuah, 303 unit pangsapuri 800 kaki persegi berharga RM200,000, 165 unit pangsapuri 900 kaki persegi berharga RM300,000 dan hanya 82 unit pangsapuri 1000 kaki persegi berharga RM400,000. Saya ingin menekankan bahawa pangsapuri bernilai RM400,000 terdiri daripada 6.2% daripada keseluruhan 1,320 unit di Jalan S.P. Chelliah.

PDC telah menetapkan dasar ini dari segi bilangan, saiz dan harga unit sebagai keperluan minimum di dalam Permintaan Cadangan (RFP) dengan tender terbuka yang berdaya saing untuk membangunkan projek rumah mampu milik Jalan SP Chelliah mengikut maklumbalas daripada beberapa pemaju. Dalam erti kata lain, sistem tender terbuka berdaya saing yang diamalkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang membolehkan PDC memberikan lebih banyak kepada rakyat Pulau Pinang berdasarkan konsep 'Harga Rizab'. Setakat ini 17 syarikat telah menghantar tawaran.

Memandangkan program Rumah Mampu Milik dijalankan oleh PDC, saya telah mengarahkan Dato Rosli Jafar untuk mematuhi julat harga dan garis panduan yang ditetapkan kerajaan Negeri. Dato Rosli telah mengikut harga siling yang ditetapkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Belanjawan 2013 September lalu iaitu RM72,500 hingga RM400,000 di kawasan bandar dan RM 72,500 hingga RM220,000 di kawasan luar bandar.

Sememangnya siling harga RM400,000 ditetapkan untuk kawasan bandar seperti George Town dan siling harga RM 220,000 untuk kawasan luar bandar seperti Batu Kawan. Saya kesal apabila kerajaan negeri dan arkitek profesional seperti Dato Rosli telah diserang dengan penipuan melalui media kawalan BN bahawa hanya pangsapuri RM400,000 sahaja yang dibina. Mereka yang bukannya profesional pun mahu bercakap seperti seorang arkitek. Biarlah arkitek profesional melakukan kerja mereka.

Jelas, adalah okey untuk Perdana Menteri melakukan sedemikain tetapi tidak okey untuk kerajaan negeri mengikut apa yang telah dilakukan Perdana Menteri. Hari ini rakyat Pulau Pinang dapat melihat terbongkarnya penipuan mereka kerana kebanyakkan rumah berharga antara RM72,500 hingga RM220,000. Malah juga tidak benar bahawa PDC akan mengaut keuntungan daripada program ini memandangkan ini ialah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat PDC.

Untuk Bandar Cassia, Batu Kawan, keseluruhan projek akan memperlihatkan lebih daripada 11,800 unit rumah mampu milik dibina dalam tempoh 10-15 tahun. Buat masa ini, untuk Bandar Cassia Fasa 1, Batu Kawan, akan terdapat 149 unit pangsapuri 800 kaki persegi kos sederhana rendah RM72,000 sebuah. Akan terdapat 98 unit 900 kaki persegi berharga RM168,000 dan 273 unit 1,000 kaki persegi berharga RM220,000 untuk pendaftaran.

Bagaimanapun, fasa seterusnya bergantung kepada permintaan pasaran, PDC bercadang untuk meningkatkan secara berperingkat bilangan harga berpatutan pada RM168,000 lebih daripada 60%. Apa yang penting adalah keazaman PDC untuk membina rumah mampu milik dengan kualiti terbaik di Malaysia.

Projek Batu Kawan akan direka oleh Surbana International Consultants, yang bertanggungjawab terhadap rumah HDB Singapura yang terkenal di serata dunia. Apa yang kita nampak pada perumahan awam di Singapura dari segi kualiti, rekaan dan konsep harapnya akan ada di Batu Kawan dalam tempoh beberapa tahun.

Saya mengalu-alukan orang ramai untuk mengambil peluang mendaftar bagi rumah mampu milik di Komtar Concourse, MPSP Office di Bandar Perda dan pejabat PDC, Bayan Baru bermula hari ini sehingga 7 Mac 2013, dari 9 pagi – 5 petang setiap hari, termasuklah pada cuti umum ketika Tahun Baru Cina ini.

Sesiapa dengan pendapatan seisi rumah bulanan tidak melebihi RM3,500 adalah layak untuk memohon unit kos sederhana rendah, manakala mereka yang pendapatan seisi rumah bulanan melebihi RM3,501 layak untuk memohon pangsapuri mampu milik. Saya dengan sukacitanya melancarkan pendaftaran bagi rumah mampu milik di Jalan SP Chelliah dan Bandar Cassia, Batu Kawan. Terima kasih.

Kesimpulannya ialah rakyat Pulau Pinang tidak perlu menukar Kerajaan yang ada kerana projek yang dijanjikan oleh Najib itu kini dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri..

Dan Najib terpaksalah menjanjikan sebuah janji yang baru pula....

TV3 nih.. Nak menipu pun agak-agaklaa...

Posted: 06 Feb 2013 10:44 PM PST

Meskipun telah beberapa kali kantoi kerana menyiarkan laporan yang tidak benar untuk memburukkan Pakatan Rakyat sekaligus memperbodohkan Melayu.

TV3 yang semalam telah diakui oleh Nazri Aziz sebagai media tunggangan UMNO/BN (baca di SINI), sekali lagi cuba memperbodohkan Melayu.

Kali ini mengenai isu 'Kalimah Allah'.. TV3 melaporkan kononnya semalam ada 20 orang ahli PAS membuat demonstrasi membantah PAS tentang isu kalimah Allah di Pahang.

Malangnya kerana menyangka semua Melayu yang menonton laporan beritanya itu terdiri dari Melayu-melayu yang boleh diperbodohkan dengan begitu mudah seperti macai-macai UMNO..

TV3 telah melaporkan 20 orang Ahli PAS itu datangnya dari PAS Ranting Jerantut, Pahang.. tengok image yang aku ambil dari MiLo SuaM di bawah ni..


Agak-agaklah nak menipu pun, mengaku ahli PAS, tapi tak tahu bahawa PAS sudah lebih 20 tahun tidak menggunakan perkataan ranting.

Nampak sangat menyamar jadi ahli PAS kah kah kah...

Buat pengetahuan pembaca, sebutan "ranting" bagi mewakili cawangan PAS pernah digunakan 20 tahun dahulu.

Kini hanya KEADILAN yang menggunakan sebutan "ranting".

Jadi kepada wartawan atau pemberita TV3, lain kali kalau nak buat berita tipu macam ni, ingat jangan gunakan sebutan "ranting".

Ceramah PAS hambar di Parit Buntar?.. Macai UMNO nak perbodohkan siapa ni?

Posted: 06 Feb 2013 05:40 PM PST


Jika pemimpin mereka masih mahu memperbodohkan orang-orang  Melayu kononnya hanya Melayu dalam Umno itu sahaja yang Melayu...

Blogger-blogger upahan mereka juga membawa agenda yang sama iaitu juga memperbodohkan Melayu namun skop mereka lebih kecil iaitu memperbodohkan Melayu yang membaca Blog mereka sahaja..

Biarpun mereka menyedari bahawa bukan Blog mereka sahaja yang ujud di alam cyber ini, Blogger Pro UMNO masih cuba memperbodohkan pembaca mereka..

Seperti biasa yang mereka lakukan dari dulu hingga sekarang, berbekalkan beberapa keping gambar di awal program ceramah Pakatan Rakyat (gambar di atas), mereka menyebarkan cerita kononnya 'Ceramah PAS hambar di Parit Buntar'..

Berikut adalah sedikit laporan dan gambar suasana sebenar di ceramah PAS yang diadakan di Parit Buntar itu..


Tanpa t-shirt dan makanan percuma, ceramah anjuran Pakatan Rakyat Parit Buntar tetap mendapat sambutan hebat dari penduduk di Parit Buntar.

Terkini, ceramah mantan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Manis, Dato' Ariff Sabri Abdul Aziz yang menarik kehadiran lebih 2000 orang di Batu 7 , Kuala Kurau.


Ketua Penerangan Pas Parit Buntar Fakhrurrazi Haji Khalid berkata, lebih menarik ceramah ini diadakan di kawasan yang dianggap kubu kuat Umno Parit Buntar.

" Kehadiran Dato' Zambry Kadir ke Parit Buntar baru-baru ini tidak sedikit pun mengurangkan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat.

" Buktinya, kehadiran orang ramai mendengar ceramah Dato' Ariff pada malam ini walaupun tiada t-shirt dan makanan percuma diberi" katanya.

Sementara itu, Dato' Ariff yang merupakan bekas orang kuat Umno Pekan telah membongkar banyak isu berkaitan ketuanya sendiri iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.

" Kita sudah memberi Umno 55 tahun memerintah dan perkara terpenting yang mereka lakukan ialah menakutkan orang Melayu supaya berfikiran kalau Umno tidak ada Melayu akan hancur, kalau Umno tidak ada, raja-raja Melayu akan musnah dan jika Umno tidak ada, maka Islam akan tergugat.

" Maka pencapaian terbesar Umno ialah menakutkan dan membodohkan orang Melayu. Kedua perkara ini menghamba abdikan minda orang Melayu. Di mana maruah suatu bangsa jika minda nya dipenjara? " katanya.

Beliau meminta rakyat menolak dakyah Umno yang menjual nama bangsa untuk kepentingan peribadi.

"Tidak benarlah apa yang didakyahkan oleh Umno jika UMNO tewas, Melayu akan rugi.



" Kita mesti nyahkan dari kepala kita, tanggapan bahawa hanya Melayu dalam Umno itu sahaja yang Melayu. Sedangkan Umno di depan orang Melayu, laung hidup Melayu tapi belakang orang Melayu mereka rompak dan samun harta benda orang Melayu" katanya.. ~ Dilaporkan oleh PASPB


Tiada ulasan: