Anak Sungai Derhaka |
- BN Pulau Pinang bayar RM2 Juta untuk bawa 'PSY Gangnam Style' ke majlis anjuran mereka?
- Laman web JAWI digodam..
- Kecewa kerana Anwar tak mahu berjumpa dengannya, Musa Hassandakwa PR mahu wujud akta seumpama ISA
BN Pulau Pinang bayar RM2 Juta untuk bawa 'PSY Gangnam Style' ke majlis anjuran mereka? Posted: 03 Feb 2013 03:26 AM PST Menyedari bahawa walaupun dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor mereka tetap akan gagal untuk menghimpun puluhan ribu rakyat ke majlis anjuran mereka tanpa kerahan dan paksaan.. Contoh kerahan yang terbaru sila lihat di ( SINI ). Barisan Nasional Pulau Pinang telah dilaporkan mengambil pendekatan baru bagi memeriahkan majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional di sini pada 11 Feb ini. The Star melaporkan Penyanyi superstar Korea Selatan, Psy telah ditempah untuk membuat persembahan pada sambutan Rumah Terbuka tersebut. Artis tersebut dijangka akan membuat persembahan lagu popularnya Gangnam Style di hadapan kira-kira 60,000 tetamu, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Rumah terbuka tersebut akan diadakan di Han Chiang High School daripada jam 10:00 pagi hingga 1:00 petang..
Dengan membawa masuk artis popular dari Korea itu, majlis tersebut dijangka mendapat sambutan yang luar biasa dari masyarakat Cina. Ini akan membolehkan media tunggangan UMNO/BN menyebarkan propaganda keesokan harinya.. kononnya kehadiran yang ramai itu membuktikan masyarakat Cina Pulau Pinang sudah kembali menyokong Barisan Nasional. Dan gambar Najib sedang berucap dihadapan puluhan ribu yang hadir untuk menyaksikan persembahan Psy akan dimanipulasi sebaik mungkin oleh Media tunggangan UMNO/BN dan para Blogger upahan mereka juga tidak ketinggalan. Psy suatu masa lalu telah dilaporkan meminta bayaran sebanyak USD750,000 atau RM2.3 Juta sahaja untuk mempersembahkan sebuah lagu. Bagaimanapun cadangan dan rundingan untuk membawa artis dari Korea itu berakhir dipertengahan jalan kerana buat masa itu tiada penaja dari negara ini yang sanggup menaja dengan harga begitu rupa.
Menurut Andrew Rebel seorang pengarah di pusat pencarian bakat Impressive Talent Agency dilaman Facebook miliknya, beliau mendakwa bahawa kos untuk membawa penyanyi Psy ke program anjuran Barisan Nasional sempena tahun Baru Cina akan datang ini menjangkau sehingga RM2 juta. Bayaran sebanyak USD 600,000 itu tidak termasuk perkhidmatan jet peribadi, Hotel Suite, body guard, kereta limo dan macam-macam lagi. Maklumat itu diperolehinya daripada YG Entertainment, sebuah syarikat pengurusan artis Kpop di Korea Selatan.
Jika dulu tiada sesiapapun sanggup menjadi penaja untuk membayar sebanyak RM2.3 Juta untuk membawa artis tersebut ke Malaysia, siapa pula yang kini sanggup menaja untuk membawa artis tersebut bagi menjayakan program Barisan Nasional Pulau Pinang itu? Adakah beliau ditaja dengan menggunakan wang rakyat Malaysia yang membayar cukai atau wang milik Barisan Nasional Pulau Pinang sendiri? Berbaloikah membayar RM2 Juta untuk mendengar sebuah lagu sedangkan dalam masa yang sama masih ramai rakyat Malaysia yang kesempitan hidupnya? Contohnya bekas Puteri UMNO ini.. lihat di ( SINI ) | ||||||
Posted: 03 Feb 2013 02:21 AM PST Laman web Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan menjadi sasaran penggodam dalam satu kejadian yang dikesan pada malam tadi. Penggodam berkenaan, yang memperkenalkan diri sebagai Sofea Hana, menukar laman utamanya dengan satu video yang menunjukkan satu syarahan oleh penceramah popular Azhar Idrus. Turut dimuatkan adalah sepotong hadis riwayat Imam Muslim berhubung bahaya fatwa oleh orang jahil. "Bahawasanya Allah tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekali gus dari (dada) manusia, tetapi Allah menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama, maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. "Maka apabila pemimpin yang hahil itu ditanya, mereka akan berfartwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain," hadis itu dipetik. Laman berkenaan bagaimanapun dikesan kembali pada keadaan sedia kala pada kira-kira jam 9 malam tadi. ~ Malaysiakini | ||||||
Kecewa kerana Anwar tak mahu berjumpa dengannya, Musa Hassandakwa PR mahu wujud akta seumpama ISA Posted: 02 Feb 2013 06:30 PM PST Ketika saya berjumpa dengannya di mahkamah, dengan bangga Anwar bercerita kepada saya yang Musa telah berubah hati dan bersedia membantu Pakatan Rakyat. Kononnya Musa akan mendedah berberapa tembelang polis dan kerajaan yang masih menjadi msiteri sebelum ini. Cara Anwar bercerita hari itu beliau yakin sangat dengan madah berhelah Musa itu. "You tahu Musa Hassan pun telah mula berubah," begitulah Anwar membuka cerita. Saya tahu dia mahu menarik perhatian saya. Saat itu kami kebetulan sedang minum di kantin kompleks mahkamah selepas rihat pendengaran bicara satu kesnya. Meja kami berdekatan dan dia datang berdiri di meja kami. "Dia dah tarik saman ke atas saya," sambungnya lagi dengan wajah ceria. Saya tidak memberi respon pantas dan hanya mendengar saja. Entah macam mana hati saya mendidih dengan tiba-tiba apabila mendengar nama Musa Hasan yang terus disebut-sebutnya itu lantas bekata; "saya ingat Pak Sheikh jangan percayakan Musa, dia ada udang di sebaoik batu. Dia nak kenakan Pak Sheikh saja," kata saya. Anwar tercenggang dan mengenyitkan kening macam Ziana Zain seakan tidak percaya dengan apa yang saya katakan. "Jangan mudah percaya Pak Sheikh, dia ada motif," tekan saya lagi dengan lebih tegas. Adik Anwar, Rosli yang berdiri di samping kami terus menyampuk; "aku dah kata dah...," Rosli bersetuju dengan pandangan saya dan dia terus meninggalkan saya bercacangan dengan Anwar. Mungkin Rosli berbulu dengan sikap dan perangai abangnya yang mudah kesian dan percayakan orang itu. "Tetapi... ok la...," Anwar sambung lagi sekaan kurang senang dan cuba menyenangkan saya. "Itu...pun bersama kita," tingkah lagi Anwar sambil memberi isyarat kepada bekas Ketua Pendakwa yang mengendalikan kes liwat II nya dulu dan kini telah bertindak membelanya pula. Anwar mengambil contoh pendakwa itu terhadap apa yang berlaku ke atas Musa Hasan. Bila saya menunjukkan kejengkilan kepada Musa, Anwar jadi serba salah hari itu untuk menceritakan perubahan Musa. Dia tidak senang dengan gelagat saya. Hari itu juga dia menyebut, Musa ada hendak berjumpa dengannya. "Dia nak jumpa saya, tetapi saya suruh jumpa orang lain dululah..." ceritanya menyebabkan saya sekali lagi menegaskan; "lebih baik you jangan layan, bahaya." Saya tidak tahu apakah Anwar jumpa Musa atau tidak. Tetapi dari makluman dalaman saya dapat tahu Anwar tidak berjumpa dengan Musa. Musa terus juga hasratnya hendak jumpa dengan Anwar. Dia meminta bantuan bekas seorang pegawai polis tetapi Anwar tetap tidak mahu berjumpa. Mungkin Anwar menemui petanda baru bahawa tujuan Musa berbaik dengannya itu adalah tektik untuk memecahkan hubungannya dengan rakan dalam Pakatan dan membuat onar dalam PKR. Sepenuhnya sila baca di ( SINI ) Apa yang MSO nyatakan tentang Anwar Ibrahim tidak berjumpa dengan Musa Hassan itu sememangnya benar.. Walaupun beberapa kali Musa Hassan telah menghubungi Anwar sendiri untuk berjumpa beliau kononnya bagi meminta maaf, hasilnya tetap mengecewakan. Setelah gagal.. seperti yang MSO nyatakan orang tengah digunakan untuk memujuk DS Anwar Ibrahim agar meluangkan sedikit masa untuk ditemui oleh Musa Hassan.. hasilnya juga gagal... Itu semua aku dengar dari mulut DS Anwar Ibrahim sendiri dua minggu yang lalu dalam satu pertemuan yang melibatkan hanya empat individu dari PKR Permatang Pauh di Yayasan Aman.. Kerana kecewa akhirnya Musa Hassan menyerlahkan sifat sebenar yang ada dalam dirinya tentang PR... Baca ni... PR didakwa mahu wujud akta seumpama ISA Bukan saja Musa Hassan tetapi berhati-hati dengan Deepak juga Datuk Seri.... |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan