Anak Sungai Derhaka |
- Edie Hamid cipta lagu 'Bo La Weiii' bagi bantu UMNO rampas Kelantan.. ini lagunya.. dengarkan!
- Runtuh lagi!! Kali ini Jejambat di Cyberjaya pula.. (updated)
- Gara-gara dkritik hebat oleh penyokong Pakatan Rakyat..Salih Yaacob merajuk
- Video rakaman 'Siapa Arah Bunuh Altantuya?' kini tersebar!! Saksikan!!
Edie Hamid cipta lagu 'Bo La Weiii' bagi bantu UMNO rampas Kelantan.. ini lagunya.. dengarkan! Posted: 28 Feb 2013 06:50 AM PST Melodinya sedap dan menarik sekali, aku dah dengar enam kali.. tetapi awas lirik dan mesejnya jelas mempunyai agenda politik untuk mengubah pemikiran majoriti rakyat Kelantan yang sejak sekian lama menyokong PAS. myMetro melaporkan - "Saya tidak berniat mempersendakan sesiapa, tetapi lagu ini hanyalah menyeru orang Kelantan berubah ke arah kebaikan," kata pencipta lagu dan penyanyi Eddie Hamid, 50, mengenai lagu nyanyian terbarunya, Bo La Wei. Lagu itu dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sempena Himpunan Perdana Anak-Anak Kelantan di Bukit Jalil pada 17 Februari lalu dan disambut meriah 15,000 pengunjung yang hadir. Eddie berkata, dia gembira apabila lagu Bo La Wei yang bermaksud 'cukup-cukuplah sudah' itu menerima pujian dan menjadi pilihan ramai pendengar sejak ia dimuat naik di YouTube sejak minggu lalu. Menurutnya, sehingga kini lagu ciptaannya bersama komposer Datuk Mohamad Supardi Md Noor itu menerima 15,870 capaian pengguna YouTube. Bagaimanapun, dia mengaku turut menerima kritikan segelintir pihak serta dimaki beberapa individu yang menyifatkan lagu terbabit berunsur politik. "Bagi saya, lagu itu tidak mempersendakan mana-mana parti politik, tetapi bertujuan menyeru orang muda terutama penduduk Kelantan membangunkan diri. "Saya sudah menetap di ibu kota selama 28 tahun, jadi saya menyelami kemahuan dan perubahan yang mereka inginkan. Maka, lagu ini bertepatan dengan kehendak orang muda," katanya yang menyifatkan lagu itu sebagai karya yang memberi kesedaran ~ MyMetro Itu apa yang dikatakan oleh Eddie Hamid.. Beliau berkata "Bagi saya, lagu itu tidak mempersendakan mana-mana parti politik, tetapi bertujuan menyeru orang muda terutama penduduk Kelantan membangunkan diri. Jadi korang nilaikan akan kebenaran kata-katanya itu dalam video di bawah ini.. Ini liriknya.. Bo la weiii (3x) Bo la weiii (8x) Ore Kelate, mari kito renung, tilik dan pande Staro mano nasib kito maso depe, kalu takdok perubahe Lamo benar kito dok nati tengok tehe sobar Oghe ramai puak demo tak hira, janji sokmo tiap penggal Bo la weiii (8x) Dok acu cubo, sapa loni kito takdok gapo-gapo Perit sengoti sapa putih anok mato, baik kito alih raso Kalulah gini tokleh silap serupo dulu-dulu lagi Toksir kena tipu acap-acap kali, pilihlah hok tunai janji Serabuk dale perut kena tubik cari make Demo ni sikit rabuk tok mikir ko ore Kelate Buko paip air tengok-tengok air kuning Jange key nak minum, nak mandi pun raso rusing Bo la weiii (8x) Tok Pa : Adik kakok sekalian. Marilah kita satukan barisan, sama-sama buat perubahan untuk masa depan yang cemerlang. Berilah peluang kepada kami membuat jasa dan bakti. Janji akan tetap kita tepati demi Darulnaim yang dicintai. Habis bukit bukau demo sodok demo jual Sapa ke Ladang Rakyat demo kutip demo gada Dengar pulok khabar demo gomo tanah bandar Oghe muda sesal pade bola pun demo gaha Sapa sudoh tiko kito bangun bangkit asal Pakat kito kira hok lama kito tukar Buat perubahe lebih molek lebih comel Supo tempat oghe, anak cucu pun tupey seney Bo la weiii (8x) Bo la weiii (8x) Apa pendapat anda?? adakah ianya tiada agenda politik? Tidak menyindir pihak tertentu? Tidak berkempen untuk UMNO? |
Runtuh lagi!! Kali ini Jejambat di Cyberjaya pula.. (updated) Posted: 28 Feb 2013 01:14 AM PST CYBERJAYA, 28 Feb — Sebuah jejambat berhampiran Taman Sains Selangor di Cyberjaya runtuh hari ini, yang mana merupakan salah satu lagi insiden melibatkan projek awam di dalam negara. Dalam laman mikro Twitter, orang ramai telah mengedarkan gambar-gambar jejambat tersebut yang kelihatan terpotong dua bahagian. Difahamkan, tiada mangsa yang tercedera daripada insiden tersebut. Minggu lepas, media melaporkan bumbung stadium di Kuala Terengganu juga runtuh semasa kerja-kerja membaiki runtuhan terdahulu sedang berjalan. Jejambat tersebut telah ditutup daripada pengguna sejak November tahun lalu merupakan jalan keluar daripada Lebuhraya Elite (KM P2.4) menghala kearah SSP2. Ianya dimiliki oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), manakala jalan di bawahnya adalah laluan Lingkaran Putrajaya yang dikendalikan oleh PLUS Malaysia Berhad. Saluran paip sepanjang jejambat tersebut juga terputus dua semasa runtuhan. Pada 9 Disember 2012, PLUS mengeluarkan kenyataan dilamannya mengumumkan lencongan lalu lintas telah diaktifkan bagi laluan Lingkaran Putrajaya dibawah jejambat untuk memudahkan kerja pemeriksaan dijalankan. Kesesakan sering berlaku sekitar kawasan tersebut apabila pemandu memperlahankan kenderaan mereka untuk melihat jejambat yang runtuh tersebut. Seramai 10 pegawai PLUS dan beberapa pengawal keselamatan daripada bilik pameran PKR berhampiran jejambat tersebut berkumpul sekitar kawasan tersebut. SSP2 merupakan projek hartanah PKNS yang dikatakan bakal menjadi bandar solar pertama di Malaysia ~ The Malaysian Insider |
Gara-gara dkritik hebat oleh penyokong Pakatan Rakyat..Salih Yaacob merajuk Posted: 27 Feb 2013 11:27 PM PST Penyampai radio, pelawak serta pengacara terkenal, Salih Yaacob, 52, dilaporkan oleh Utusan Malaysia mengambil keputusan untuk menarik diri daripada dunia hiburan ekoran penyebaran sketsa pendek berjudul Buku Jingga di laman YouTube. Sketsa tersebut merupakan satu daripada video yang diterbitkan dalam siri Bangkang dari Longkang. Sketsa pendek berdurasi kira-kira tiga minit yang memaparkan situasi di sebuah ceramah parti politik itu turut disertai seorang lagi rakan pelawaknya, Nabil Ahmad. Kesannya, Salih mendapat kritikan meluas daripada pihak penyokong parti pembangkang, bahkan stesen radio Sinar FM turut diugut untuk diboikot. "Saya sangat kecewa dan meminta maaf kepada peminat. "Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat dalam bidang hiburan selepas ini. Soal kerjaya sebagai penyampai radio pula saya serah semuanya kepada pihak pengurusan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini. Laporan dan video yang memaparkan sketsa Buku Jingga itu boleh ditonton di SINI Siri Bangkang dari Longkang turut membarisi pelawak Afdlin Shauki, Sathiya, Harun Salim Bachik, Adlin Aman Ramlie, Sharifah Shahira, Harith Iskander, Douglas Lim, dan Johan Raja Lawak yang menyentuh pelbagai isu semasa termasuklah isu Buku Jingga, Gaji Minimum, dan BERSIH. Setakat ini hanya Nabil dan Salih Yaacob yang menerima tempias kerana terbabit dalam siri Bangkang dari Longkang. Bagaimana pula respons masyarakat terhadap pelawak lain yang turut mempersenda PR dalam pelbagai isu? Tonton video-video tersebut di ( SINI ) dan nilailah fitnah dan sindiran yang dilakonkan oleh mereka.. ~ DCM |
Video rakaman 'Siapa Arah Bunuh Altantuya?' kini tersebar!! Saksikan!! Posted: 27 Feb 2013 08:01 PM PST Sebelum itu.. pihak Radio Bangsar memohon maaf kepada semua pendengar-pendengar yang mengikuti siaran langsung mereka semalam, kerana terdapat gangguan teknikal yang menyebabkan siaran terputus-putus. Menurut Hishamuddin Rais, Radio Bangsar mengalami kesesakan traffik yang luar biasa dan ianya bermula ketika P.I. Bala menaiki pentas. Jumlah pendengar yang direkodkan oleh mereka ialah melebihi 60,000 orang pendengar ketika itu.. bukti sila lihat di ( SINI ) Siaran ulangan akan disiarkan pada jam 1.00 tengahari dan juga 9.00 malam ini.. Selain dari gangguan teknikal pada sebelah petangnya sebelum program bermula, beberapa orang petugas Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) telah ditahan dan dibawa ke balai Polis untuk menjalani ujian air kencing. "Tak tahu apa kesalahan mereka.. samada mereka penagih dadah atau pengedar dadah.. hanya mereka yang tahu" kata Chegu Bard. Bagaimanapun ianya dipercayai sebagai cubaan untuk menakut-nakutkan penganjur dan juga orang ramai.. Berikut adalah rakaman video program tersebut yang telah dilakukan oleh Pihak Free Malaysia Today.. Video-video ini didedikasikan buat beberapa orang Datuk-datuk dari UMNO yang call aku tengah malam semalam meminta aku cari sampai dapat... SAKSIKAN Siapa arah bunuh Altantuya!! |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan