Rabu, 27 Februari 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Rosmah lari dikejar Mahasiswi..

Posted: 27 Feb 2013 08:00 AM PST


Sekumpulan mahasiswi daripada Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM) hari ini telah melakukan protes aman di hadapan Dewan Canselor Tun Abdul Razak (Dectar) terhadap isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Lebih kurang 50 orang mahasiswi telah berkumpul di hadapan dewan tersebut bagi menyatakan protes terhadap penyelewengan yang telah dilakukan oleh isteri pemimpin nombor satu negara itu.

Rosmah yang dikatakan hadir ke UKM bagi merasmikan program bersama mahasiswa UKM telah menerima tekanan hebat apabila sekumpulan mahasiswi telah berkumpul di luar dewan sambil memegang sepanduk dengan mesej menolak penyelewengan dan pembaziran duit rakyat yang didakwa telah dilakukan oleh beliau.


Mahasiswi itu dikatakan telah mula berkumpul di luar dewan pada jam 4 petang sebelum menyambut Rosmah yang dijadualkan akan habis program pada jam 4.30 petang.

Sekumpulan pengawal keselamatan bersama staf kakitangan UKM cuba untuk menghalang protes itu daripada terus berlaku namun ternyata mereka gagal mengekang kehendak mahasiswi tersebut untuk terus melakukan protes secara aman itu.

Walau bagaimanapun, apa yang menghampakan mahasiswi tersebut adalah 'ketakutan' Rosmah untuk bertemu dengan mereka apabila beliau telah dibawa keluar secara senyap-senyap melalui belakang kereta-kereta yang diletakkan di sekitar dewan tersebut.

Rosmah yang hadir ke UKM dengan menaiki kereta Mercedez Benz mewah terpaksa balik dengan kenderaan biasa selepas terpaksa keluar dari dewan secara sembunyi.

"Perkara yang kita mahu hari ini hanya untuk menyatakan hasrat rakyat terhadap Datin Seri Rosmah, namun ternyata beliau begitu takut untuk bersemuka dengan kami.

"Walaupun kami tidak berjaya untuk bersemuka dengan Rosmah pada hari ini, namun kami telah berjaya membuat Rosmah balik dengan cara yang itu. Ini baru permulaan dari kami," tegas Hamiza Hani Omar, Pengerusi Hal Ehwal Siswi ISIUKM merangkap Timbalan Setiausaha Agung Gamis.

~ Harakahdaily

LIVE! Pendedahan PI Bala "Siapa arah bunuh Altantuya"..

Posted: 27 Feb 2013 05:29 AM PST

Live broadcast by Ustream
Oleh kerana audionya kurang jelas untuk mendengarnya lebih jelas sila mute volume pada LIVE streaming di atas dan sila klik di ( SINI )

Siaran Merdeka Rakyat Dibawakan Secara LIVE oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). 

Untuk memastikan kelangsungan siaran, SAMM memerlukan sumbangan anda dan sumbangan boleh disalur terus ke akaun SAMM (Maybank 5550-4111-3224) 

TG Nik Aziz terima BR1M?.. Pencacai UMNO Kantoi lagi!!

Posted: 27 Feb 2013 01:07 AM PST


Gambar diatas telah disiarkan oleh sebuah Blog Pro UMNO dengan tujuan memperbodohkan rakyat Malaysia kononnya TG Nik Aziz juga adalah seorang penerima BR1M..

Oleh itu beliau menganggap TG Nik Aziz juga wajar digelar sebagai binatang kerana menurut pencacai UMNO itu TG Nik Aziz telah menganggap penerima BR1M sebagai binatang.

Malangnya cubaannya untu memperbodohkan rakyat Malaysia akhirnya telah menyerlahkan kebodohan  kebodohan dirinya sendiri..

Baca dulu apa yang ditulisnya tentang gambar yang disiarnya itu..

Apa cer ni beb? Bila dia dapat tak apa pulak nak ambil? Ini bukti dia hanya pentingkan diri sendiri. Melarang ahli-ahli dengan memburuk-burukan penerima BR1M tapi dia ambil tak apa pula?

Video ini menajdi bukti bagaimana Nik Aziz menghina para penerima BR1M sebagai ayam dan lembu malahan orang PAS yang menerimanya turut terpalit sama. Sebagai seorang yang kononnya arif ilmu agama, mengapa mesti kata-kata penghinaan sebegitu digunakan?

Hanya kerana bantuan kerajaan dia sanggup menyatakan sebegitu rupa. Semoga Allah betulkan minda Nik Aziz dari terus ditenggelami sifat politiknya yang bertopengkan syaitan.

Kena ingat ya yang menerima wang BR1M adalah mereka yang berpendapatan rendah. Orang susah dapat duit terus disamakan dengan binatang. Jahanam punya orang tua!

K7L : Nak maki Keris?..baik maki Nik Aziz sebab dia maki orang susah boleh..


Kebodohannya yang pertama ialah meskipun beliau menyokong UMNO/BN beliau sendiri tidak tahu kriteria yang membolehkan seseorang itu menerima BR1M.

Dimana syarat utamanya yang melayakkan seseorang menerima BR1M itu ialah pendapatannya seisi rumah sebulan kurang dari RM3,000.

Manakala kebodohannya yang kedua ialah menyerlahkan sifat bodoh yang ada dalam dirinya dalam menggunakan aplikasi photoshop..

Jelas kelihatan pada gambar tersebut ianya telah di edit..

Kebodohannya yang ketiga pula ialah beliau menganggap semua rakyat Malaysia bodoh sepertinya bila meng'edit' gambar yang mudah ditemui melalui Google..

Tengoklah betapa bodohnya dia..


Apalah malang nasib Najib.. ada cybertrooper pun bodoh - bodoh belaka...

UMNO sapu rumah PPRT untuk dijadikan Bilik Gerakan mereka..

Posted: 26 Feb 2013 10:52 PM PST


Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk memiliki rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Harga pembiayaan di bawah akan diberikan subsidi sebanyak satu pertiga (1/3) daripada kos pembiayaan oleh Kerajaan sementara dua per tiga (2/3) lagi adalah pinjaman tanpa faedah yang berlandaskan konsep Qadr ul – Hassan.

Pemohon mestilah arganegara Malaysia, berumur 18 hingga 65 tahun, berpendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM1,500 sebulan, tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang serta tidak sempurna. Mempunyai tanah atau tapak yang bersesuaian. Berkahwin atau, ibu / bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.

Saya senaraikan syarat-syarat di atas ini yang dipetik dari sebuah laman web pihak berwajib yang menguruskan program PPRT ini dengan cuba meneliti dan mendalami kalau-kalau ada di antara syarat-syarat tersebut yang memenuhi kelayakan untuk ianya diduduki BN sebagai markas pilihanraya. Malangnya saya tidak menemuinya.

Nak kata BN berpendapatan rendah, mustahil! Nak kata BN tidak mempunyai rumah atau mendiami rumah usang, lagi mustahil! Nak kata BN berpendapatan kasar dibawah RM1,500 sebulan, ish! Tak mungkin! Nak kata.... Nak kata... Masih tidak ku temui jawapannya.

Walaupun begitu Umno Jabi telah menjadikan sebuah rumah PPRT di Dun Jabi sebagai rumah BN (baca markas BN). Ini adalah salah guna program bantuan yang sepatutnya diterima oleh mereka yang benar-benar memerlukannya. Sebelum ini kita biasa mendengar rumah PPRT yang didirikan kemudian dijadikan rumah sewa oleh tuan rumah yang sememangnya telah sedia memiliki kediaman selesa. Tapi kenapa masih layak memohon?

Bantuan atau sumbangan yang disasarkan untuk orang ramai yang memerlukan tetapi natijahnya berlegar di kalangan kroni adalah sifir cara Umno bekerja. Sebab itulah Mat said sendiri pernah merungut apabila kurma dan air zam-zam sumbangan Ramadhan berlonggok di rumah Pengerusi JKKK merangkap ketua cawangan Umno sekaligus mengagalkan cita-cita Mat said untuk melihat botol air zam-zam yang terpampang wajahnya sampai ke setiap pintu rumah rakyat Terengganu. Kesian...

Umno adalah Umno dulu, kini dan selamanya. Ada juga masyarakat sekitar yang menyindir... PRU belum lagi, tak kan dah bersiap nak kalah sampai kena belajar bertatih duduk di rumah PPRT.


Dr Azman Ibrahim
Pengarah Majlis Tindakan DUN Jabi
Anggota Perhubungan PAS Negeri Terengganu

Oooo.. patutlah bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh... ini sebabnya rupanya..

Posted: 26 Feb 2013 07:21 PM PST


Laporan dari Bernama ini yang menyebut tentang sebab runtuhnya struktur lama bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA)adalah kerana kontraktornya kurang pengalaman.

Persoalannya di sini ialah mengapa kontraktor yang kurang berpengalaman itu telah dilantik oleh pihak Kerajaan Negeri untuk melaksanakan projek baik pulih yang bernilai RM15Juta itu..

Adakah ketika dipilih pengalaman tidak diambil kira oleh pihak mereka atau kroni lebih diutamakan?

KUALA TERENGGANU: Kontraktor yang bertanggungjawab dalam kerja-kerja membuka kerangka lama bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di sini, didapati kurang pengalaman untuk melakukan kerja itu.

Pengerusi Jawatankuasa Amalan Terbaik Industri Pembinaan (CIBPAC), Jamaluddin Noh, berkata perkara itu ditemui dalam siasatan awal CIBPAC yang menyiasat insiden bumbung SSMZA yang runtuh kali kedua pada 20 Februari lalu.

"Kita masih menjalankan siasatan yang mendalam berhubung kejadian itu dan kita akui terdapat sedikit kelemahan iaitu kontraktor yang terlibat dalam kerja berkenaan tidak mempunyai pengalaman," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau juga berkata kontraktor berkenaan berdepan tindakan tatatertib serta mungkin digantung lesennya jika siasatan lanjut mendapati ada unsur kecuaian kontraktor ketika melaksanakan kerja membaik pulih bumbung stadium berkenaan.

Jamaluddin berkata, tidak ramai kontraktor tempatan yang mampu melakukan kerja membuka semula kerangka bumbung stadium.

Dalam kejadian Rabu lalu, lima pekerja binaan cedera dengan tiga daripadanya parah apabila kerangka lama bumbung SSMZA yang dalam proses baik pulih runtuh.

Kejadian berlaku 11.30 pagi ketika lapan pekerja sedang menjalankan kerja memotong kerangka bumbung lama itu.

Kerja baik pulih berkenaan dilaksanakan kontraktor terbabit sejak tiga tahun lalu dan dijadual siap pada 24 Februari lalu.

Bumbung stadium berharga RM292 juta itu runtuh pada 2009, kira-kira setahun selepas disiapkan dan kerja baik pulih dianggar menelan kos RM15 juta. - BERNAMA

Gambar penyokong UMNO menghadiri mesyuarat tergempar tersebar!!

Posted: 26 Feb 2013 10:08 AM PST

Gambar ini telah dikirimkan oleh seorang sahabat melalui e-mail, katanya ini adalah gambar yang dirakam ketika Ahli-ahli UMNO bersesak-sesak memasuki bilik gerakan untuk menghadiri satu mesyuarat tergempar yang diadakan baru-baru ini.

Menurutnya gambar telah dirakam oleh seorang sahabatnya yang kebetulan melintasi hadapan bangunan pejabat UMNO itu..

Beliau merakamkannya kerana terpegun melihat kelibat sebenar ahli-ahli UMNO Cawangan kampungnya itu..

Gambar menurut beliau adalah gambar sebenar yang tidak diedit sama sekali dan ianya dirakam menggunakan kamera handphone nya sahaja, oleh itu beliau meminta maaf sekiranya kualiti imej kurang jelas..

Tengokleeee.....


Siapalah agaknya yang membocorkan gambar mesyuarat tergempar UMNO Cawangan Padang Landak, Terengganu ini ke dalam FaceBook.

Tiada ulasan: