Anak Sungai Derhaka |
- Gambar bersejarah buat Taib Mahmud yang tidak disiar BERNAMA
- Video Nabil dan Salih Yaacob kutuk Pakatan Rakyat pula tersebar!!.. Saksikan!!
- Video Ng Yen Yen dimalukan oleh rakyat Melaka tersebar!!
- BR1M: Selain Firaun.. Muammar Gaddafi juga beri rakyatnya 500 sebelum tumbang..
Gambar bersejarah buat Taib Mahmud yang tidak disiar BERNAMA Posted: 26 Feb 2013 03:06 AM PST Sabtu lalu 23 Februari 2013, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud telah melakukan lawatan ke Long Lama sebuah Bandar kecil yang terletak di kawasan hulu Baram, Sarawak bagi mengulangi semula janji-janji yang telah dilakukannya 30 tahun lalu. Long Lama masih ketiadaan jambatan yang menghubungkannya dengan Baram selain itu jalanraya yang menghubungkan Bandar tersebut dengan Miri melalui Lapok adalah jalanraya yang paling teruk dalam negeri Sarawak. Dilaporkan bahawa setiap yang hadir untuk mendengar ucapan Taib dalam lawatannya itu telah dibayar RM50 seorang oleh Kerajaan Negeri. Bagaimanapun hari tersebut menjadi hari yang bersejarah buat Taib, bilamana beliau buat pertama kalinya dalam lawatan keseluruh Sarawak telah berhadapan dengan bantahan sekumpulan penduduk pribumi. Kira-kira 70 orang individu menyertai bantahan tersebut di hadapan pejabat MP Baram Jacob Dungau Sagan, yang menganjurkan majlis dihadiri Taib itu. Peserta bantahan tersebut membawa plakad dengan tulisan "Hentikan empangan Baram", "Kembalikan tanah adat kami" dan "Dengar rintihan hami" serta "Kami Perlu IC". Perlu kita ketahui ada ribuan Pribumi di Baram masih tidak diberikan Kad Pengenalan kerana Taib khuatir mereka mungkin akan mengundi menentangnya dalam Pilihanraya. Ada sumber yang mendakwa peserta perhimpunan yang mewakili masyarakat Penan itu menaiki bot selama lapan jam untuk sampai ke lokasi berkenaan. Ini menunjukkan betapa jauhnya mereka dari kawasan itu, namun atas kesedaran dan demi menuntut hak mereka, mereka sanggup mengorbankan masa dan wang ringgit untuk menyuarakannya kerana menyedari penyelewengan yang berleluasa di bawah Kerajaan Barisan Nasional.. Malangnya di Semenanjung ini masih ada yang tidak sedar akan penyelewengan yang berleluasa di bawah Kerajaan Barisan Nasional yang ada.. Buta maklumat atau buta perutkah mereka? hingga menyebabkan mereka meneruskan sokongan meskipun berbagai pendedahan akan penyelewengan dan salah guna kuasa yang dilakukan oleh pemeimpin-pemimpin dalam Barisan Nasional itu, khususnya dari UMNO. Sumber laporan dari e-mail yang aku terima di bawah ini.. Ladies and Gentlemen, | ||||||
Video Nabil dan Salih Yaacob kutuk Pakatan Rakyat pula tersebar!!.. Saksikan!! Posted: 25 Feb 2013 11:54 PM PST Video di bawah merupakan salah satu siri Bangkang dari Longkang yang diterbitkan untuk menyindir beberapa isu semasa yang membabitkan Pakatan Rakyat. Antara isu yang disindir oleh barisan pelawak seperti Afdlin Shauki, Nabil Raja Lawak, Sathiya, Harun Salim Bachik, Adlin Aman Ramlie, Sharifah Shahira, Salih Yaacob, Douglas Lim dan Johan Raja Lawak termasuklah isu Buku Jingga, Gaji Minimum, dan BERSIH. Dalam sketsa di atas, Salih berlakon sebagai pemimpin yang berjanji akan menunaikan segala janji selepas menakluki Putrajaya. Nabil pula dilihat sebagai pembantu Salih. Pemimpin yang digambarkan sebagai pemimpin PR itu digambarkan mendengar dan menulis janji yang dituntut oleh rakyat dalam suatu ceramah. Dalam dialog sketsa Buku Jingga, Nabil dengan jelas menyebut "bos relaks, relaks, janji tak semestinya ditunaikan. Macam yang kita buat di empat negeri tu..." ketika Salih menggelabah kerana telah berjanji macam-macam kepada audiens ceramahnya ~ DCM | ||||||
Video Ng Yen Yen dimalukan oleh rakyat Melaka tersebar!! Posted: 25 Feb 2013 08:18 PM PST Setelah tersebarnya dua video tentang kejadian yang amat memalukan Najib sebagai seorang Perdana Menteri kini tersebar pula satu video, Menteri kabinet Najib pula dimalukan oleh rakyat Melaka pula.. Menteri Pelancongan Dr. Ng Yen Yen juga menerima nasib yang sama dengan Najib apabila beliau menggunakan pentas untuk sambutan Chap Goh Mei untuk menyampaikan ceramah politiknya di Melaka. Video Najib dimalukan di Pulau Pinang itu sila lihat di ( SINI ) dan ( SINI ) Dalam kejadian itu beliau dilaporkan telah berkata " Arah tuju negara kita adalah ditangan rakyat, Kami yakin dengan rakyat Melaka kerana anda semua tahu siapa yang bekerja untuk rakyat".. Naib Presiden MCA itu juga telah membandingkan pengharaman sambutan hari Valentine dan juga loteri yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri PAS Kelantan dan beliau meminta rakyat Melaka menghargai apa yang Ali Rustam telah lakukan untuk Melaka. Beliau meminta para hadirin agar bersetuju dengan kenyataannya itu dan menggesa mereka berkata 'Yes' dan dalam masa yang sama beliau menjanjikan Kerajaan BN akan mengadakan satu sambutan Chap Goh Meh yang lebih besar dan meriah jika BN menang Pilihanraya yang akan datang.. Dan majoriti hadirin telah menyambutnya dengan 'NO....' Beliau tidak kecewa begitu saja.. malah cuba memburukkan Kerajaan Pulau Pinang dan Kedah pula yang menurutnya sangat teruk sekarang kerana diperintah oleh PAS dan DAP.. dan bertanya adakah hadirin bersetuju dengannya? Jawapan dari hadirin lantang dan jelas.. "No! No! No!".. Sekali lagi BN dimalukan.. kali ini oleh rakyat Melaka dari berbagai golongan usia.. Lebih malang buat Ng Yen Yen.. pasukan Tarian Singa pun buat bodoh saja bila beliau mengarahkan gendang dipukul... Saksikan!! | ||||||
BR1M: Selain Firaun.. Muammar Gaddafi juga beri rakyatnya 500 sebelum tumbang.. Posted: 25 Feb 2013 04:30 PM PST Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mengumpamakan bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) oleh kerajaan BN dengan tindakan Firaun di Mesir,, TETAPI tahukah anda bahawa Muammar Gaddafi, Diktator Libya yang telah terkorban juga mengambil pendekatan yang sama.. Dalam Konvensyen Pakatan Rakyat yang telah berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam semalam Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumpamakan bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) oleh kerajaan BN dengan tindakan Firaun di Mesir yang menurutnya memberi kekayaan demi menyesatkan pemikiran rakyat. Hadi yang membacakan kutipan ayat daripada Al-Quran itu menceritakan semula kisah Nabi Musa berhubung sikap Firaun yang cuba "membodohkan rakyat" itu. "Cerita BR1M ini bukan cerita baru. Al-Quran sudah menceritakan lebih lima enam ribu tahun yang lalu, Firaun telah (agih) BR1M," katanya sambil diringi gelak ketawa perwakilan. Beliau menceritakan bahawa Nabi Musa pada awalnya meminta Allah menjelaskan mengapa Firaun diberi kekayaan yang banyak. "Nabi Musa berdoa wahai Tuhan kami, mengapa engkau beri kepada Firaun, kekayaan yang melimpah ruah. Dengan kekayaan itu, digunakan untuk menyesatkan rakyat bukan untuk membela rakyat," katanya. Seterusnya, beliau menceritakan pula mengenai keangkuhan Firaun yang mendakwa berkuasa untuk memberi nikmat kepada rakyat berkenaan. "Firaun telah mengarahkan rakyat Mesir, dikumpul beramai-ramai, dan Firaun berucap. Tidakkah aku menjadi pemerintah berkuasa di Mesir ini? "Sungai-sungai yang mengalir di kampung-kampung, ini adalah projek aku. Di bawah penguasaan aku. "Aku (Firaun) yang bagi. Satu lagi projek aku (Firaun). Al-Quran berkata maka Firaun menjadikan rakyat ringan (meremehkan) akal dan membodohkan rakyat," katanya diiringi ketawa yang menggamatkan dewan konvensyen ~ sebahagian dari laporan oleh Malaysiakini Sebelum ini telah dilaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan bangganya di Terengganu telah berkata Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 yang diberikan adalah cukup untuk 'makanan' satu tahun. Menurut Perdana Menteri, dengan duit RM41.60 itu telah cukup untuk membeli sekampit beras 10 kilogram, lima kilogram minyak masak, gula, tepung dan lain-lain. "Bantuan Rakyat 1 Malaysia…RM500 tuan-tuan akan dapat. Kalau RM500 kita (kerajaan) telah kira, dalam sebulan dapat RM41.60 dan dapat beli sekampit beras 10 kilo (kilogram), minyak masak lima kilo, gula, tepung dan lain-lain lagi. ~ Laporan penuh sila baca di ( SINI ) Berbalik kepada persoalan di atas "tahukah anda bahawa Muammar Gaddafi, Diktator Libya yang telah terkorban juga mengambil pendekatan yang sama" Pendekatan yang sama disini bermaksud memberikan bantuan berupa wang tunai kepada rakyatnya ketika beliau diambang kejatuhan.. Jumlah yang diberikan oleh beliau kepada rakyatnya ialah 500 Dinar Libya.. Najib pula memberikan RM500 .. suratan atau kebetulan? Kerajaan Libya, yang pada ketika itu sedang bergelut dengan pemberontakan, untuk mengekalkan kuasa mereka telah mengarahkan pemberian wang tunai secara besar-besaran termasuk kenaikan gaji, subsidi makanan dan elaun, lapor stesen televisyen negara tersebut. Reuters melaporkan bahawa menurut laporan stesen televisyen negara itu setiap keluarga akan menerima 500 dinar Libya (£ 248 / $ 400) untuk membantu menampung kos makanan meningkat, dan bahawa upah bagi beberapa kategori pekerja sektor awam akan meningkat sebanyak 150 peratus. Laporan oleh Reuters itu telah dipetik oleh Al-Arabia News
Ianya juga telah disiarkan oleh The Telegraph
Dan ianya juga telah disiarkan oleh The Guardian UK dengan lebih lengkap tentang bayaran tersebut..
Lagi laman berita yang menyiarkan tentang hal ini.. korang copy ayat ini "Libyan state television said this morning the government is to raise wages, increase food subsidies and order special allowances for all families, in a belated attempt win back public support for the regime." Lepas tu paste dalam Google dan tengok sendiri berapa banyak laman berita yang siarkannya.. Menarik bukan?? Satu persamaan yang menghairankan samada ianya suratan atau kebetulan ataupun hasil nasihat dari 'War Room' Najib yang bengap itu.. Tak apalah.. kita berbaik sangka terhadap Presiden UMNO ini kali ini.. Kita anggaplah bahawa idea menghulurkan bantuan RM500 itu telah dipelopori oleh Presiden UMNO iaitu Najib Tun Razak kemudiannya ianya telah ditiru oleh Muammar Gaddafi yang memberikan bantuan berupa 500 Dinar Libya dan kemudiannya langkah Gaddafi itu telah ditiru pula oleh Firaun.. Kah... kah.. kah... |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan