Ahad, 24 Februari 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Panas!! Pemuda Jatuh Jambatan yang dirasmikan Tok Pa... (Video Inside)

Posted: 24 Feb 2013 07:31 AM PST


"Saya reda tetapi berharap anak ditemui," kata Fatimah Hussin, 45, yang setia menanti anak sulungnya, Mohd Arif Mohd Nordin, 20, ditemui selepas dikhuatiri lemas akibat terjatuh ke dalam Sungai Kelantan, kelmarin.

Fatimah berkata, dia yang dalam perjalanan ke Kuala Besut, Terengganu, sebelum kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, terpaksa berpatah balik ke Kota Bharu apabila dikejutkan dengan berita itu yang dimaklumkan anak kedua, Mohd Afiq, 16.

Katanya, dia sempat melihat anaknya itu berehat di rumah di Taman Uda Murni dan Mohd Arif tidak memberitahu mahu keluar dengan rakannya.

"Setiba di tempat kejadian, saya melihat anggota bomba dan penyelamat sedang mencarinya," katanya. Mohd Arif yang juga bekas pelajar Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Kota Bharu dikatakan terjatuh ke dalam sungai itu ketika melalui pelantar besi pembinaan Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra dengan menaiki motosikal.

Dia melalui kawasan itu bersama dua lagi rakan yang berjalan kaki melintasi pelantar besi itu menuju ke arah Pasir Pekan, Tumpat ~ Berita penuh di ( SINI )

Tahukah anda?.. Siapa yang telah melakukan Majlis pecah tanah Jambatan  Kedua Sultan Yahya Petra?.. kalau tak tahu sila lihat video di bawah..

Pencacai Nong Chik mengadu kat Polis sebab Nurul Izzah cabar Nong Chik debat..

Posted: 24 Feb 2013 05:09 AM PST


Budak-budak biasanya kalau dia orang bergaduh atau bertengkar dengan kawan-kawannya bila dah nak kalah, diaorang pasti akan mengadu kepada Ibu atau Bapanya..

Biasanya diaorang akan kata "Mak!! tengok abang ni..." atau "Bapak!! tengok abang ni..."

Itu kalau diaorang bergaduh dengan abang diaorang.. kalau dengan kawan dia orang.. nama kawan diaorang akan disebut..

Nampaknya tiada bezanya tindakan budak-budak itu dengan pencacai Nong Chik ini..

"Polis!!! Tengok Nurul Izzah ni... dia cabar Nong Chik debat".. Kah.. Kah.. Kah...

Untuk menyelamatkan pemimpin mereka dari ditimpa malu besar, kerana takut untuk berhadapan dengan Nurul Izzah dalam 'Debat Perdana' yang telah dipromosikan melalui kain rentang yang digantung merata tempat disekitar Lembah Pantai, pencacai-pencacai Nong Chik telah melaporkan kepada Polis.

Kononnya menurut mereka Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar sebagai cuba mencetus provokasi apabila berdegil untuk meneruskan program "Debat Perdana" walaupun Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah pun menolak pelawaan tersebut.

Provokasi apa benda entah...

Ini laporan dari The Malaysian Insider..

Umno Lembah Pantai mendakwa Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar sebagai cuba mencetus provokasi apabila berdegil untuk meneruskan program "Debat Perdana" walaupun Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah pun menolak pelawaan tersebut.

Menurut Setiausaha Penyelaras BN Lembah Pantai, Datuk Haji Mohamad Sazali Kamilan, walaupun berkali-kali Raja Nong Chik telah menjawabnya secara terbuka kepada media beliau tidak menerima jemputan tersebut, pihak pembangkang masih lagi menggantung kain rentang dan poster program tersebut.

"Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah beberapa kali menjawab pertanyaan media berhubung debat ini.

"Bagaimanapun, Ahli Parlimen Lembah Pantai masih berdegil dan terus memperbesar-besarkan perkara ini dengan menggantung banner dan poster mengajak rakyat hadir sedangkan majlis debat ini tidak pun mendapat persetujuan secara bertulis," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Sazali juga mempertikaikan samada program tersebut mendapat persetujuan daripada pihak berkuasa.

"Seperkara lagi, adakah pihak penganjur mendapat permit kelulusan mengadakan majlis debat ini tanpa persetujuan sebelah pihak termasuk permit menggantung poster atau banner program tersebut?" tambah beliau.

Dalam kenyataan media itu juga, lampiran laporan polis bertarikh 22 Februari disertakan dimana Ketua Penerangan Umno Lembah Pantai Datuk Ibrahim Tambi Chik dalam laporannya mengatakan:

"Saya yang melaporkan ini berpendapat Nurul Izzah telah dengan sengaja melakukan provokasi dan fitnah yang merosakkan nama baik, maruah dan reputasi Datuk Raja Nong Chik sebagai seorang yang mungkir janji.

"Sedangkan Datuk Raja Nong Chik tidak pernah bersetuju dengannya."

Pada 13 Februari lalu, Nurul Izzah menyerahkan jemputan rasmi debat kepada Raja Nong Chik tentang program debat yang dijadualkan berlangsung hari ini.





Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR dalam jemputan itu berkata, debat tersebut adalah ruang untuk beliau menjawab segala persoalan serta tuduhan yang dibuat Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai itu ~ The Malaysian Insider

Ini bukti pencacai UMNO anggap rakyat macam binatang tersebar..

Posted: 23 Feb 2013 08:30 PM PST

Pada kulit majalah di bawah, pihak penerbit menggambarkan DS Anwar Ibrahim, TG Hadi Awang, dan Lim Kit Siang sedang menabur janji yang diumpamakan oleh mereka sebagai makanan ayam.

Selain tiga orang tokoh itu, kulit majalah Jelajah Janji Ditaburi ini turut memaparkan imej ibu ayam dan anak-anak ayam.

Apa motif penggunaan imej haiwan ini?

Berdasarkan gambar, penerbit berkemungkinan menggambarkan ayam itu sebagai rakyat kerana makan makanan ayam yang ditaburkan di tanah.

Jika begitu, bukankah jelas penerbitan majalah ini menghina rakyat dengan menggambarkan mereka sebagai ayam.

Menurut Admin laman Kami Boikot Buletin Utama TV3, majalah ini diedarkan kepada orang ramai semasa Jelajah Janji Ditepati di UTP Tronoh.

Berdasarkan logik, majalah yang menyindir Pakatan Rakyat ini sudah tentu diterbitkan oleh pihak yang menyokong dan rapat dengan BN.

Mengukuhkan lagi dakwaan, majalah ini diedarkan semasa program BN.

Siapa yang menghina rakyat dan menggambarkan rakyat itu sebagai binatang? PR atau BN?


Sumber: DCM

Najib Kata BR1M RM500 Cukup Untuk Rakyat Makan Setahun.

Posted: 23 Feb 2013 06:00 PM PST


Presiden Umno, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dengan bangganya memaklumkan kepada para hadirin, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 yang diberikan adalah cukup untuk 'makanan' satu tahun.

Beliau yang juga Perdana Menteri Malaysia berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah kira dengan bantuan BR1M sebanyak RM500 itu setiap isi keluarga akan memperolehi sejumlah RM41.60 sebulan.

Menurut Perdana Menteri, dengan duit RM41.60 itu telah cukup untuk membeli sekampit beras 10 kilogram, lima kilogram minyak masak, gula, tepung dan lain-lain.

"Bantuan Rakyat 1 Malaysia…RM500 tuan-tuan akan dapat. Kalau RM500 kita (kerajaan) telah kira, dalam sebulan dapat RM41.60 dan dapat beli sekampit beras 10 kilo (kilogram), minyak masak lima kilo, gula, tepung dan lain-lain lagi.

"Maknanya, kalau kita (rakyat) hendak beli makanan untuk kita dan keluarga kita cukup untuk 12 bulan (satu tahun) yang akan datang. Inilah kerajaan yang membela rakyat, kerajaan Barisan (BN)," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Pelancaran Program Jelajah Janji Ditepati Peringkat Negeri Terengganu di Dataran Shah Bandar, Kuala Terengganu, hari ini, Sabtu 23 Februari.

Bahkan, katanya bantuan BR1M 2.0 juga adalah lebih baik dari BR1M 1.0 kerana turut diagihkan kepada orang bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan RM2,000 ke bawah.

Beliau turut mengambil terjemahan al-Quran yang menyebut tentang pendustaan terhadap agama, menghina anak yatim serta tidak memberi makan orang miskin.

"Tahukah kamu tahu orang yang mendustakan agama, orang yang mengherdik anak yatim dan tidak menganjurkan, memberi makan orang miskin".

Ini firman Allah dalam al-Quran. Maknanya, kalau kita tidak tolong orang miskin dosa besar. Kalau kita sebagai sebuah kerajaan tidak bantu rakyat dosa besar.

"Nabi Muhammad SAW dalam sabdanya, 'Kalau kita bantu orang-orang miskin seumpama fisabilillah, seumpama kita solat malam tidak henti-henti dan berpuasa secara berterusan'. Itu Rasulullah kata. Maknanya, apa?...maknanya BR1M lah.

"Saya hendak beritahu tuan-tuan, BR1M 1.0 dan kini BR1M 2.0 diagih kepada 4.3 juta isi keluarga dapat faedah seluruh negara.

"BR1M 2.0 lebih baik dari BR1M 1.0 sebab kita tambah orang bujang. Orang bujang umur 21 tahun ke atas, pendapatan RM2,000 ke bawah dapat juga separuh BR1M iaitu RM250," jelasnya dihadapan 5,000 hadirin.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita15/takpeduli1.jpg


http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita15/takpeduli.jpg
Gambar - Buku "Janji Ditepati" yang diedarkan oleh PM dan MB kepada orang ramai akhirnya tidak dipedulikan oleh rakyat, bersepah dibuang orang

Sumber : BuletinOnline

Bila penyokong UMNO dah ketandusan isu.. inilah hasilnya..

Posted: 23 Feb 2013 10:01 AM PST

Inilah yang terjadi bila pencacai-pencacai UMNO telah kehabisan modal untuk dijadikan isu bagi menyerang Pakatan Rakyat dan pimpinannya.

Vandalisma yang dipercayai dilakukan oleh pencacai-pencacai UMNO ini dilaporkan telah berlaku di tanah perkuburan yang terletak dalam kawasan Parlimen Bakri, Muar, Johor.

Malang nasib papantanda ini, biarpun ianya berdiri kaku disitu tidak menganggau sesiapapun yang lalu lalang di kawasan itu, ianya tetap menjadi mangsa vandalisma pencaci-pencacai UMNO..

Nak berhujjah takut kalah sebab kebanyakkan yang tinggal dalam UMNO hanya golongan bodoh bak kata Tun Mahathir, nak berdebat pun takut juga.. takut dimarah Najib sebab Najib sendiri takut nak berdebat..

Hanya inilah yang mampu mereka lakukan...


Tiada ulasan: