Anak Sungai Derhaka |
- Video pencacai UMNO ditangkap dan diarah masuk parit kutip semula bendera dilontarnya tersebar!! Saksikan!!
- Patutlah jumlah pengundi baru meningkat mendadak... SPR daftar ikut suka depa rupanya..
- Bukti Blogger Pakatan Rakyat dibayar tersebar!!
- Akhbar Australia dakwa pengusiran Senator Nick Xenophon buktikan Najib pengecut.
- Berita dari Kem Tentera yang cuba digelapkan oleh media tunggangan UMNO..
- Tak cukup dengan Mahathir, filem 'Tanda Putera' .. UMNO juga edar risalah perbodohkan Melayu di Felda..
Posted: 19 Feb 2013 08:15 AM PST Padang Serai : Meskipun Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak masih belum mengumumkan tarikh pembubaran Parlimen, perang bendera antara parti politik yang akan bertanding di kawasan Parlimen tersebut telah tercetus. Kemeriahan tersebut tercemar dengan insiden bendera-bendera milik PAS telah dicantas tiangnya dan dilontarkan ke dalam parit oleh penyokong UMNO/BN. Bagaimanapun individu yang melakukan perbuatan khianat itu telah dilihat orang ramai yang lalu-lalang di situ. Berikutan itu kira-kira 40 orang penyokong PAS kawasan tersebut telah menyerbu pemuda yang berusia awal 20an tersebut dan memaksanya untuk turun ke dalam tali air dan mengutip kembali bendera-bendera PAS yang telah dilontarnya itu. Pemuda tersebut juga telah mendedahkan bahawa beliau telah diarahkan untuk mencantas semua bendera-bendera PAS yang dipasang bersilang dengan bendera Barisan Nasional. Seperti mana pencacai-pencacai UMNO yang lain, yang hanya berani baling batu tapi sembunyi tangan begitulah juga denagn Ketua Pemuda UMNO Bahagian Padang Serai ini. Apabila diserbu ketika beliau sedang minum, beliau menafikan pemuda tersebut telah diarahkan olehnya untuk mencantas bendera-bendera PAS.. Saksikan!! pencacai UMNO masuk parit untuk mengutip semual bendera PAS yang dilontarnya ke dalam parit.. Sumber info : Kedahkini |
Patutlah jumlah pengundi baru meningkat mendadak... SPR daftar ikut suka depa rupanya.. Posted: 19 Feb 2013 06:15 AM PST 14 Februari yang lepas, aku terpandang artikel yang disiarkan di muka hadapan The Star yang tajuknya 'Big jump in new voters'.. Aku rakam gambar muka hadapan The Star itu kemudian aku 'Tweet; kepada YB Fuziah.. aku tak harappun dia akan reply.. Tapi dia reply, jawapnya.. "Org tak memohon mendaftar pun, nama di daftarkan. Apa tak tinggi jumlah". "Teruk punya kerja kali ni.." jawab aku.. Lepas tu dia minta aku tolong cari nama pengundi baru yang tak memohon menjadi pengundi tapi namanya didaftarkan sebagai pengundi oleh SPR.. Memandangkan betul-betul teruk punya kerja tu.. aku tak jawab dah sampai hari ini.. Hari ini aku dapat satu kenyataan media dari YB Fuziah tentang 'Big jump in new voters' ni.. beliau mendedahkan kenapa pengundi baru meningkat secara mendadak.. OPERASI PENIPUAN PENDAFTARAN PEMILIH BARU.
|
Bukti Blogger Pakatan Rakyat dibayar tersebar!! Posted: 19 Feb 2013 03:19 AM PST Wah!! Nasib baik ada macai UMNO buat pendedahan pasal Blogger Pakatan Rakyat dibayar ni.. kalau tidak sampai mati pun aku tak tahu.. Kalau ikut apa yang tertera pada surat kat bawah ni aku di bayar RM3,000 sebulan.. Jadi tak sia-sia lah aku menulis selama ini.. Aku dah menulis blog ni lebih kurang tiga tahun.. Jadi.. RM3,000 x 36 bulan = RM108,000 dah yang aku patut dapat.. RM108,000??.. banyak tu.. boleh buat downpayment Vellfire lah pulak... kah..kah..kah... Tapi??.. kat mana aku nak claim?.. kah.. kah.. kah.. Kalau betul.. Alhamdulillah.. tapi masaalahnya tak betul.. Tapi aku tak kisah.. sebab aku tak diundang untuk berjuang bersama Pakatan Rakyat, aku menawarkan diri untuk bersama menumbangkan Parti yang kedua paling lama memerintah dalam dunia ini selepas Parti Komunis.. |
Akhbar Australia dakwa pengusiran Senator Nick Xenophon buktikan Najib pengecut. Posted: 18 Feb 2013 11:41 PM PST Pengusiran senator Australia Nick Xenophon minggu lalu menunjukkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak "takut" dengan rakyat Malaysia yang akhirnya mencapai kematangan untuk mencapai kebebasan demokrasi, kata akhbar Sydney Morning Herald hari ini. Pengarah akhbar antarabangsa Peter Hartcher berkata kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN), walaupun memerintah lebih setengah abad, tetapi masih belum membawa negara ke arah demokrasi matang, dan takutkan pilihan raya bersih dan adil yang akan mengugat mereka memegang kuasa. Beliau mengatakan peranan Xenophon sebagai pemerhati antarabangsa sistem pilihan raya Malaysia dan berkempen untuk pilihan raya adil, menyebabkan senator bebas itu diusir dari negara Sabtu lalu. "Puncanya kerana beliau adalah pemerhati antarabangsa berkempen untuk pilihan raya adil dan bersih," kata Hartcher dalam komentarnya hari ini. "Ini bukan ancaman keselamatan kepada Malaysia, tetapi ancaman ke atas parti yang memegang kuasa," katanya... ~ The Malaysian Insider Lagi Sydney Morning Herald tu tulis.. At the centre of the long success of the ruling party is racial politics. Read more HERE.. Macai UMNO jangan baca, nanti sakit hati pulak.. |
Berita dari Kem Tentera yang cuba digelapkan oleh media tunggangan UMNO.. Posted: 18 Feb 2013 08:16 PM PST Lumut - Ketika harta Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) digunakan sewenang-wenangnya untuk mengkayakan kroni, seorang isteri anggota maut akibat kerosakan lif di dalam kem mereka. Isteri seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berumur 38 tahun itu dilaporkan meninggal dunia tengah malam tadi setelah koma dua hari. Mangsa meninggalkan seorang anak yang berusia lima tahun dan mangsa juga dilaporkan sedang mengandung tujuh bulan. Beliau koma selepas lif yang dinaikinya di rumah kelamin kem TLDM Lumut tiba-tiba tidak berfungsi dan jatuh dari tingkat lima. Isteri malang itu koma sejak itu dan dimasukkan ke Hospital Manjung sebelum meninggal tengah malam tadi. - Mangsa (suri rumah separuh masa) dilaporkan kritikal disebabkan lif putus dari tingkat 5 sekitar pukul 3 petang (hari Khamis) - Berlaku pendarahan dalaman yang teruk. Koma. - Tulang rusuk dan tangan patah kerana mangsa jatuh terduduk. - Otak mangsa pula tidak berfungsi. - Hantar hospital Manjung. Akhirnya kena tahan ICU selama 12 jam di mana mangsa yang tidak stabil pada masa itu dan kritikal. 100% bergantung pada alat bantuan pernafasan dan ubat untuk menggerakkan jantungnya. Selepas berita ini diposkan ke facebook, komen-komen yang dibuat pembaca menjurus kepada permohonan agar kebajikan angkatan tentera dijaga bukannya mengambil kesempatan dari harta benda mereka untuk kepentingan pihak tertentu. "Perkara macam ini tidak seharusnya berlaku. Duit berbillion dia orang spent untuk beli kapal selam yang komisennya hanya untuk menyelenggara kemewahan Najib dan Rosmah tapi kenapa tak gunakan duit tu untuk menyelenggara kemudahan penghuni TLDM. Sangat terkilan dan sedih dengan kejadian yang menimpa mangsa. Kita pikir2 lah," tulis seorang pelayar facebook. Secara tidak langsung kejadian kabel lift putus di blok A25 dalam pengkalan Tentera Laut Di Raja Malaysia itu ianya membenarkan apa yang di dakwa oleh Bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat Malaysia
Takziah untuk suami dan juga keluarganya dan Al-Fatihah untuk Allahyarhamah.. AL-FATIHAH!! Sumber Info dari ( SINI ) |
Posted: 18 Feb 2013 06:00 PM PST Semalam Malaysiakini telah melaporkan Felda telah menganjurkan tayangan filem propaganda UMNO 'Tanda Putera' kepada kira-kira 3,000 orang peneroka tanah rancangan itu selepas satu majlis khas bersama bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Program tayangan khas itu diumumkan oleh timbalan menteri yang bertanggungjawab ke atas Felda Datuk Ahmad Maslan dalam ucapannya terdahulu, di Pusat Dagangan Dunia Putra. Beliau juga mengumumkan bahawa acara yang tidak disenaraikan dalam buku program itu diadakan untuk warga Felda atas permintaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri. Tayangan tersebut diadakan bermula jam 1 tengah hari selepas sesi ucapan pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dan juga ucapan Mahathir di program 'Warga Felda Bersama Negarawan Ulung Tun Mahathir Mohamad' itu. Filem itu mengisahkan peranan bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein dan Timbalannya Tun Dr Ismail Abdul Rahman memulihkan negara selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969. Sebelum itu Mahathir dilaporkan telah melabel para Peneroka yang menentang Kerajaan sebagai 'haiwan' bila berkata "Kita manusia tak buat macam itu, haiwan lainlah,".. Beliau juga turut menyeru warga Felda agar membalas budi pihak yang memberi nikmat kepada mereka dengan mengundi kerajaan BN dalam pilihan raya umum akan datang. Jasa atau tanggungjawab kerajaan? Sebenarnya sebelum majlis 'Warga Felda Bersama Negarawan Ulung Tun Mahathir Mohamad' yang mana Mahathir cuba memperbodohkan warga Felda itu berlangsung, UMNO dilaporkan telah mengedarkan risalah 'Memperbodohkan Melayu' di kebanyakan Felda di pantai timur... Menurut seorang sahabat yang mengirimkan risalah ini melalui e-mail beliau memperolehinya ketika pulang bercuti ketika perayaan Tahun Baru Cina yang lalu.. Dari apa yang tercetak pada risalah ini.. jelas ianya hanya memperbodohkan Melayu yang kurang mahir dalam mencari berita alternatif di internet.. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan