Anak Sungai Derhaka |
- PANAS!! Ezam Md Nor berdebat dengan 'Diri Sendiri' di Kelang..
- Video Samseng UMNO serang Mahasiswa di Pekan tersebar!! Saksikan!
- Senator Australia Nick Xenophon ditahan di KL LCCT kerana dianggap sebagai "enemy of the state" of Malaysia ..
PANAS!! Ezam Md Nor berdebat dengan 'Diri Sendiri' di Kelang.. Posted: 16 Feb 2013 08:38 AM PST Telah dihebahkan kepada umum satu lagi siri 'Debat Rakyat, Jom Tolak Pakatan' akan diadakan pada 15 Februari 2013 bertempat di Padang Rekreasi Rakan Muda, Taman Seri Andalas, Klang. Debat tersebut menampilkan dua tokoh penting buat UMNO masakini iaitu Senator Ezam Md Nor dan juga Dr. Hassan Ali. Bagaimanapun pada hari berlangsungnya debat tersebut, kelibat Hassan Ali tidak kelihatan dan ini menjadikan Ezam Md Nor terpaksa berdebat seorang diri. Tidak ada sebarang alasan yang dikemukakan oleh pengerusi majlis tentang mengapa Presiden JATI itu tidak muncul. Mungkin beliau merasakan pentas yang disediakan untuk berdebat tersebut adalah satu penghinaan buat beliau yang merupakan seorang Presiden sebuah pertubuhan yang memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja.. Oleh kerana yang muncul hanyalah Ezam Md Nor, acara debat terpaksa diadakan juga kerana ribuan telah hadir untuk menyaksikan acara debat tersebut. Oleh itu terpaksalah Ezam Md Nor memainkan dua peranan sekaligus iaitu sebagai Pencadang dan juga Pembangkang.. Ramai juga macai UMNO yang kelihatan hadir untuk mendengar kehebatan debat antara Ezam Md Nor dan juga Ezam Md Nor itu.. Dan bagi mengelakkan dari blog-blog Pro Pakatan Rakyat melaporkan Ezam Md Nor bercakap dengan kerusi lagi.. contohnya seperti laporan di ( SINI ) Kerusi- kerusi tidak diatur di bawah khemah tetapi ianya hanya diberikan kepada yang hadir mendengar pidato Ezam tersebut.. Tetapi kerusi dikekalkan di atas lori... Sumber gambar : Omak Kau!! |
Video Samseng UMNO serang Mahasiswa di Pekan tersebar!! Saksikan! Posted: 16 Feb 2013 04:57 AM PST Amat menghairankan, ketika kebanyakan macai-macai UMNO/BN mendakwa bahawa UMNO/BN masih kuat dan akan kekal berkuasa selepas PRU13 nanti.. macai-macai UMNO di Pekan, Pahang takut kepada gerakan yang dijalankan sekumpulan Mahasiswa. Ketakutan mereka terhadap terhadap gerakan tersebut semalam telah diterjemahkan melalui perbuatan tidak bertamaddun mereka.. Semalam mahasiswa yang menamakan kumpulan mereka 'Gerakan Mahasiswa 13' itu menghadapi kemuncak dugaan berhadapan samseng-samseng Umno apabila dikepung, diserang, dicederakan dan diusir pulang ke Kuala Lumpur serta merta. Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, semua tindakan itu mencerminkan ketakutan Umno khususnya di kawasan Perdana Menteri bagi menghadapi kebangkitan rakyat untuk menolak BN. "Tindakan terdesak ini tunjukkan kepada kita melalui penolakan secara paksa, kalau di Pulau Pinang secara perkataan jelas. Di Pekan walau tidak ada perkatan 'no' tetapi tindakan samseng-samseng itu merupakan bantahan secara senyap oleh orang Pekan, sebab itu Umno tak bagi maklumat disebarkan, dia takut maklumat sampai kepada rakyat. "PAS hairan kenapa takut sangat sedangkan media elektronik setiap saat berkempen untuk Umno BN. Walaupun penambahan undi luar biasa iaitu menjangkau 18,000 pengundi baru di Pekan termasuk warga Myanmar, Kemboja, kem tentera dan Orang Asli. "Tetapi pelik, dengan budak-budak pelajar 30 orang pun Umno rasa terancam dan cemas sangat," katanya. Saksikan!! Video ihsan webtvpaspekan.blogspot.com |
Posted: 15 Feb 2013 07:40 PM PST Mula-mula kita ucapkan tahniah kepada Kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana telah menjadikan negara ini lebih selamat dengan penahanan seorang 'musuh negara' (enemy of the state) pagi ini. Kemudian fikirkan semula adakah Najib telah benar-benar menjadikan negara ini sebuah negara yang selamat dengan menahan seorang Senator tapi dalam masa yang sama membenarkan lebih dari 100 lelaki lengkap bersenjata mendarat di Lahad Datu. Meskipun mereka lengkap bersenjata api namun mereka tidak ditahan kerana telah menceroboh negara Malaysia hanya kerana mereka mendakwa mereka adalah waris Sultan Sulu.. Lebih menarik.. tiada kekerasan yang dikenakan terhadap penceroboh-penceroboh itu, tetapi rundingan telah dijalankan.. Apa kena mengena Sultan Sulu tu dengan Malaysia?? Senator Australia Nick Xenophon telah ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) dan sedang menunggu untuk deportasi kerana didakwa menjadi "musuh negara". Xenophon, yang tiba di KLIA awal pagi ini, ditahan pihak imigresen sejak beberapa jam yang lalu. Xenophon memberitahu akhbar Sunday Mail Australia bahawa beliau sedang ditahan di kawasan dengan semua sel tahanan penuh dengan wanita. Katanya, beliau dimaklumkan yang beliau merupakan "musuh negara" dan akan dihantar menaiki penerbangan berikutnya untuk pulang ke negaranya. Menurut senator itu, walaupun tidak dibenarkan membuat sebarang panggilan telefon, tetapi beliau sempat menghubungi akhbar Australia itu ketika ditinggalkan bersendirian dalam bilik soal siasat. Xenophon dijadualkan untuk bertemu dengan ahli-ahli parlimen, Suruhanjaya Pilihan Raya dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz mengenai isu-isu pilihan raya. Here are the news.. EXCLUSIVE: Independent Senator Nick Xenophon is being detained under police guard and awaiting deportation from Malaysia as an "enemy of the state", over a series of planned meetings with pro-democracy MPs in Kuala Lumpur. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan