Anak Sungai Derhaka |
- Pertahan kalimah 'Allah' tapi gantungnya di atas parit yang menyalurkan berbagai najis..
- Nyawa Psy terancam konon.. padahal BN nak cover malu..
- Lapan macai UMNO Kantoi menyamar sebagai ahli PAS..
- Video yang menyakitkan hati Najib dan macainya pula tersebar!!.. Saksikan!!
Pertahan kalimah 'Allah' tapi gantungnya di atas parit yang menyalurkan berbagai najis.. Posted: 15 Feb 2013 08:16 AM PST Bersungguh-sungguh benar macai UMNO mahu mempertahankan kalimah 'Allah'.. banyak tempat dilaporkan telah mengadakan demo mahu mempertahankan kalimah 'Allah'. Tapi dalam kebanyakkan demo yang diadakan ianya dilakukan oleh macai UMNO yang malu nak mengaku bahawa mereka adalah ahli UMNO.. Mereka mnyamar sebagai ahli PAS.. contohnya demo di ( SINI ) dan juga di ( SINI ). Selain demo ada juga banner-banner yang dinaikkkan contohnya seperti banner di atas yang tertera 'Demi kalimah Allah undilah Barisan Nasional'.. Malangnya kalimah Allah yang bersungguh-sungguh mereka hendak pertahankan itu digantung di atas parit yang menyalurkan berbagai jenis najis. Jika hendak dipertahankan kalimah tersebut tetapi dalam masa yang sama meletakkannya di tempat yang dicemari najis.. apa faedahnya? Akibat telah diperbodohkan oleh pemimpin mereka.. mereka gagal menyedari bahawa manusia yang telah membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah itu adalah pemimpin mereka sendiri.. Kerana telah diperbodohkan mereka tidak menentang malah jauh untuk menegur bilamana pemimpin mereka sendiri mempermainkan sunnah Rasulullah S.A.W.. Kerana telah bodoh akibat diperbodohkan oleh pemimpin mereka juga mereka menganggap kalimah Allah itu adalah milik Islam semata-mata.. sedangkan Allah adalah tuhan sekelian alam.. Mereka sibuk nak pertahankan kalimah Allah tapi dalam masa yang sama pemimpin mereka sendiri menolak hukum Allah.. |
Nyawa Psy terancam konon.. padahal BN nak cover malu.. Posted: 15 Feb 2013 05:53 AM PST Tengok gambar kat atas tu.. meskipun Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow kata nyawa Psy diancam.. tapi bersahaja saja dia berjalan.. tak ada pulak Polis mengelilinginya untuk melindungi beliau dari sebarang penembak curi.. Psy dah buat persembahan di serata dunia, namun tidak pernah kita dengar nyawa bintang terkenal ini diancam. Tapi bila di Pulau Pinang, Chang Yeow dakwa nyawa penyanyi terkenal ini terancam sehingga menyebabkan beliau takut untuk naik ke atas pentas bagi mengaul 'Yee Sang' bersama Najib dan gerombolannya.. Apalah bodoh punya alasan nak cover malu yang Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang berikan ini... Dakwaan ancaman nyawa: Guan Eng minta BN tunjuk bukti GEORGETOWN - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow perlu mengemukakan bukti untuk menyokong dakwaan kononnya terdapat ancaman nyawa ke atas penyanyi K-Pop terkenal dari Korea Selatan, Psy pada Majlis Rumah Terbuka di sini, Isnin lalu. Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, kenyataan Chang Yeow yang dipetik sebuah akhbar berbahasa Cina yang turut menyebut terdapat ancaman nyawa terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, adalah tidak bertanggungjawab kerana bukan sahaja menakutkan rakyat Pulau Pinang, bahkan menjejaskan imej negeri ini di mata dunia. Menurutnya, walaupun kenyataan Chang Yeow itu disahkan oleh polis, namun sehingga kini beliau tidak dimaklumkan oleh Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi mengenai ancaman itu. "Kita tahu keselamatan Perdana Menteri adalah penting tetapi saya ingin bertanya kepada dia (Chang Yeow), siapa yang mahu mengancam nyawa Perdana Menteri? "Siapa yang mahu mengancam nyawa Psy? Psy buat persembahan di serata dunia, namun tidak pernah kita dengar nyawa bintang terkenal ini diancam. "Tapi bila di Pulau Pinang, Chang Yeow dakwa nyawa penyanyi terkenal ini terancam sehingga menyebabkan majlis rumah terbuka mereka menjadi tunggang-langgang," katanya pada sidang media di sini, hari ini. Beliau turut mempersoalkan mengapa persembahan Psy atau nama sebenarnya Park Jae-Sang tetap diteruskan walaupun dikatakan berlaku ancaman terhadapnya. Menurutnya, kenyataan Chang Yeow itu mungkin untuk menutup malu BN apabila penyanyi yang terkenal dengan Gangnam Style tidak muncul apabila dijemput untuk menggaul yee sang bersama Perdana Menteri dan pimpinan BN lain. Dalam sidang media itu, Guan Eng turut menayangkan video kejadian 'memalukan' ( lihat video di SINI ) apabila Perdana Menteri dilihat menunggu kehadiran Psy untuk menggaul yee sang namun penyanyi itu tidak muncul walaupun dijemput berulang kali oleh pengacara majlis. Guan Eng berkata, dalam video berkenaan juga jelas menunjukkan Perdana Menteri sempat mengambil gambar orang ramai dan menunggu beberapa minit sebelum penyanyi itu muncul di pentas. "Kalau diamati video berkenaan, Perdana Menteri dalam keadaan ceria menantikan Psy dan dakwaan terdapat ancaman nyawa Perdana Menteri dan Psy juga mencurigakan kerana tidak kelihatan langsung anggota polis yang berkawal di sekitar kawasan pentas. "Mereka (BN) mahu menutup malu dengan membuat cerita bahawa Perdana Menteri dan Psy diancam tetapi ia bakal menjejaskan nama Pulau Pinang. "Ia turut mencalarkan usaha polis yang selama ini giat menurunkan kadar jenayah di negeri ini. Kenyataan Chang Yeow itu menggambarkan Pulau Pinang tidak selamat," katanya. ~ Sinar Harian |
Lapan macai UMNO Kantoi menyamar sebagai ahli PAS.. Posted: 15 Feb 2013 01:11 AM PST Ini adalah salah satu siri dari entah berapa episode yang kita akan saksikan dalam drama yang bertajuk 'Pertahan Kalimah Allah'.. drama ini diyakini akan diputarkan sehingga Pilihanraya umum tiba.. Dalam drama yang dilakonkan di Negeri Sembilan ini lapan pemuda yang mendakwa diri mereka adalah ahli PAS mendesak agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat.. Berikut adalah laporan dari Free Malaysia Today.. SEREMBAN: Sekumpulan lapan pemuda yang mendakwa diri mereka ahli PAS mengadakan bantahan mendesak PAS keluar daripada Pakatan Rakyat. Bantahan tersebut diadakan di sebuah tempat letak kereta berhampiran dengan Bangunan Majlis Perbandaran Seremban, petang semalam. Jurucakap kumpulan tersebut Mohd Abi Naufal Mohd Sohaimi yang mengaku ahli PAS cawangan Rasah dan Bahagian Seremban menyarankan agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat. "Kami kecewa dengan DAP; Pengerusi DAP, Karpal Singh; Setiausaha DAP, Lim Guan Eng serta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu Kalimah Allah kerana masih berdegil dan enggan menerima keputusan Majlis Syura PAS. "Kami petugas PAS Pilihan Raya Umum ke-12 (2008) ingin penjelasan daripada Majlis Syura, apa hukum kini (2013) jika kami membantu DAP dan PKR dalam Pilihan raya Umum ke-13? Apakah kami kufur? "Kami berasa serba salah dan keliru dengan Pakatan Rakyat yang tidak sepakat dalam isu ini. Kami tidak akan membantu DAP serta PKR dalam Pilihan Raya Umum nanti sebab jika mereka menang, Islam diperlekehkan. "PAS wajar mengetuai (Pakatan Rakyat), bukan Anwar atau pun DAP dalam Pakatan Rakyat," kata Mohd Abi Naufal. Mohd Abi Naufal yang juga mengaku beliau mewakili ahli dan petugas PAS Negeri Sembilan mempertikaikan tindakan DAP dan PKR yang tidak hormat isu Kalimah Allah. "Mereka (DAP dan PKR) tidak hormat isu Kalimah Allah. Keputusan Majlis Syura mereka tak hormat. Bagaimana mereka hendak menyelesaikan isu-isu lain? "PKR dan DAP tidak layak mengetuai Pakatan Rakyat jika mereka memerintah. Boleh dikatakan DAP dan PKR seperti memperkudakan PAS untuk kepentingan. Kita lihat Anwar Ibrahim, isu Kalimah Allah dia diam. "Kita lihat Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan Karpal Singh, mereka bermati-matian untuk gunakan Kalimah Allah. Kenapa? Adakah sekadar untuk menunjukkan di luar sana mereka wira? "Saya beri amaran kepada mereka, jangan sekali-kali gunakan Kalimah Allah kerana Kalimah Allah itu suci dan tidak boleh disentuh oleh sesiapa pun. "DAP dan PKR tidak mampu membuat perubahan di dalam Malaysia ini. Malah mereka adalah pencetus utama mengapa perpecahan berlaku di dalam negara kita yang tercinta ini. "Kami petugas PAS di Negeri Sembilan ini sebulat suara menolak DAP dan PKR menjadi ketua bagi Pakatan Rakyat. Saya juga menyeru kepada penyokong PAS yang lain supaya bersama-sama tidak memberi sokongan kepada dua parti yang sering membawa masalah kepada Pakatan Rakyat. "Saya juga berharap agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan kami mendesak Majlis Syura Ulama PAS menarik balik pendirian PAS di dalam Pakatan Rakyat demi untuk menjaga kepentingan orang Islam khususnya," katanya. Walaubagaimanapun tindakan tujuh pemuda yang memegang kain pemidang dengan pelbagai slogan yang menghentam PKR dan DAP di belakang Mohd Abi Naufal, yang tidak mahu wajah mereka dirakam menimbulkan tanda tanya wartawan-wartawan yang hadir. Sebaliknya mereka menutup muka mereka dengan kain pemidang tersebut ~ Free Malaysia Today.. Hmmm.. kurang pasti pula aku samada mereka ini buta IT atau buta perut.. sebabnya yang membenarkan bukan Islam di Pulau Pinang menggunakan kalimah Allah itu ialah Nazri Aziz, Menteri dari UMNO sendiri.. Jadi sepatutnya kalau mereka nak mengadakan demonstrasi mempertahankan Kalimah Allah itu, sepatutnya Nazri Aziz yang dikecam kerana membenarkan bukan Islam menggunakan Kalimah Allah itu.. tengok ni.. Bagaimanapun... mereka dah kantoi menipu bilamana Timbalan Yang DiPertua PAS Seremban, Ghazali Mohd Som berkatamereka itu bukanlah ahli PAS, macai-macai UMNO itu telah menipu dan satu laporan Polis telah dibuat.. "Terpaksa buat dengan lapan orang sahaja dengan menutup muka. Mata pun tak nampak. Mereka terdesak. Satu cara yang biadap dan murah untuk dapatkan sokongan pengundi. "Dia (Mohd Abi Naufal) mengaku ahli cawangan PAS Rasah. Sebenarnya cawangan PAS Rasah tidak wujud sama sekali. Yang wujud ialah PAS Kawasan Rasah. "Mohd Abi Naufal juga mengaku dia ahli PAS bahagian Seremban. Di dalam PAS tidak ada PAS bahagian Seremban. Yang ada ialah PAS kawasan Seremban. Dalam PAS tidak ada 'Bahagian'. "Ini satu-satunya kenyataan yang paling terang mengambarkan orang ini tidak tahu buat 'kerja' tapi dipaksa buat 'kerja' macam itu. Sila baca sepenuhnya di ( SINI ) |
Video yang menyakitkan hati Najib dan macainya pula tersebar!!.. Saksikan!! Posted: 14 Feb 2013 07:13 PM PST Perlu diingatkan disini bahawa rakyat Pulau Pinang yang di anggap sebagai cerdik oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam video ini ialah rakyat Pulau Pinang yang menolak Najib dan Barisan Nasional secara terbuka baru-baru ini.. Oleh itu ianya tidak termasuk rakyat Pulau Pinang yang menyokong kepimpinan Najib dan Barisan Nasional.. Dipermudahkan.. Kalau Anwar Ibrahim anggap yang menolak Najib dan BN itu cerdik.. yang menyokongnya pula sudah tentulah kurang cerdik.... he..he... Errr.. kurang cerdik tu sama dengan bodoh kan? |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan