Khamis, 14 Februari 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Malu punya pasal.. Ketua Pemuda BN Pulau Pinang tak mengaku bendera '1Malaysia' ni milik BN?

Posted: 14 Feb 2013 07:32 AM PST


Sehari sebelum Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak tiba ke Pulau Pinang iaitu Ahad lalu.. rakyat Pulau Pinang yang bangun di awal pagi dikejutkan dengan ribuan bendera '1Malaysia' yang di pacak sehingga menyemak mata memandang..

Bendera dengan logo 1Malaysia kebanggan Najib yang berlatar belakangkan warna biru Barisan Nasional itu memenuhi jalan utama sebelah kanan dari Jambatan Pulau Pinang dan berbagai tempat lagi.. sila lihat di ( SINI )

Bendera yang dipacak diawal pagi tersebut menjadi kebanggaan ramai Blogger dari Unit Media Baru (UMB) yang telah tidak dibenarkan masuk untuk bersama Najib dalam satu perjumpaan antara Najib dan Jentera BN pada malam sebelum Majlis Sambutan Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional itu diadakan.

Dengan megahnya dan dengan berbagai tajuk mereka mengaku dan berbangga sekali dengan ribuan bendera '1Malaysia' yang dipacak itu..

Ada yang menulis kononnya bendera 1Malaysia BN ini boleh menjadikan DAP mengalami sakit jantung..


Ada yang menulis mendakwa bendera 1Malaysia milik BN tersebut dipacak sempena dengan kehadiran Psy ke Malaysia..


Dan blogger UMB yang dikhabarkan sekarang cuba mengambil alih teraju UMB Pulau Pinang dari Dr. Novandri menulis 'BN dah tukar bendera kepada 1Malaysia sempena kehadiran Psy..


Bagaimanapun itu semua telah dilaporkan sebelum Najib ditimpa kemaluan yang besar kerana terang-terang beliau di tolak oleh majoriti rakyat Pulau Pinang yang hadir untuk menyaksikan persembahan Psy di majlis anjuran Barisan Nasional itu.. video di ( SINI )

Selain dimalukan oleh rakyat Pulau Pinang, Najib dan Rosamah serta gerombolannya juga telah dimalukan oleh Psy sendiri dengan tidak mengendahkan panggilan yang dilakukan berulang kali oleh pencara untuk Psy bersama Najib mengaul 'Yee Sang'.. video di ( SINI )

Meskipun Blogger-blogger dari UMB amat berbangga dan mengaku bahawa bendera yang menyemak Pulau Pinang itu adalah milik UMNO/BN, hari ini Ketua Pemuda Barisan Nasional Pulau Pinang, Oh Tong Keong dilaporkan oleh The Star menafikan bendera tersebut milik Barisan Nasional.

Oh yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Rumah Terbuka Tahun Baru Cina yang telah diadakan Isnin lalu menegaskan bahawa bukan Barisan Nasional yang mengarahkan kerja-kerja memasang bendera haram itu..

The Star On Line
Apasal tak nak mengaku bendera 1Malaysia kebanggaan Najib tu angkara Barisan Nasional?.. Malu ke?

Kesian kat Najib.. sudahlah dimalukan oleh rakyat Pulau Pinang dan Psy.. sekarang pula bendera kebanggannya pula dinafikan ada kaitan dengan Barisan Nasional... Kah..Kah..Kah..

Ni versi cetak The Star..

Sebab Psy tak gaul 'Yee Sang' dengan Najib didedahkan oleh Pengerusi BN Pulau Pinang..

Posted: 14 Feb 2013 03:38 AM PST


Jika semalam Pengerusi Barisan Nasional, Teng Chang Yeow telah memberikan penjelasan tentang insiden 'Yes for Psy.. No for BN' (sila baca di SINI ), hari ini beliau telah menjelaskan tentang mengapa Psy tidak turut serta untuk menggaul 'Yee Sang' bersama Najib pula..

Psy telah dilaporkan membiarkan Najib dan Rosmah serta gerombolannya ternganga-nganga selama lebih dari lima minit di atas pentas, namun begitu hingga ke akhirnya Psy tetap tidak hingain menggaul 'Yee Sang' bersama Najib.. video kejadian sila lihat di ( SINI )

Ini apa yang dinyatakannya kepada The Malaysian Insider..

Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow mengatakan hari ini mereka telah diberitahu untuk memastikan polis bersiap sedia kerana penyanyi rap itu menerima ancaman maut sebelum tiba di Malaysia.

Beliau menafikan spekulasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meninggalkan pentas selepas Psy tidak keluar apabila dijemput untuk menyertai "Yee Sang" dengan pemimpin BN.

Teng mengatakan kelewatan Psy muncul disebabkan faktor keselamatan untuk mencegah ancaman terhadap dirinya.

"Terdapat ancaman terhadap nyawa Psy, jadi polis terpaksa bertindak untuk memastikan kawasan tersebut selamat kerana khemahnya jauh sedikit daripada pentas, itu sebabnya kita suruh Perdana Menteri untuk turun dari pentas," katanya.

Beliau mengatakan Psy telah menerima ancaman bunuh jika beliau datang ke Pulau Pinang untuk membuat persembahan.

Beliau menafikan penyanyi pop Korea Selatan itu enggan untuk "low sang" (melambung Yee Sang) dengan pemimpin BN, mengatakan acara tersebut tidak termasuk dalam program Psy.

Beliau mengatakan Psy tidak tahu apa itu "low sang" oleh kerana ia tiada dalam aturcara programnya, mka pasukannya terpaksa menerangkan kepada penyanyi tersebut.

"Selepas selesai menerangkan kepadanya, semua sudah habis," katanya.

Beliau mengatakan pengacara majlis tidak mengikut aturcara sehingga menyebabkan 'salah faham'.

Teng menambah membawa Psy ke Pulau Pinang adalah cara menunjukkan kepada rakyat Pulau Pinang beliau menunaikan janjinya.

"Apa yang saya mahu beritahu rakyat Pulau Pinang, apa yang saya janjikan, akan saya tunaikan," katanya.

Beliau menambah, jika rakyat yakin kepadanya, beliau akan membawa penyanyi terkenal lain ke Pulau Pinang dan tidak semestinya hanya semasa sambutan Tahun Baru Cina.

Teng mengatakan beliau mempunyai kawan dalam industri yang menawarkan untuk membawa penyanyi terkenal Korea Selantan itu dan semuanya ditanggung oleh penderma swasta..

"Ia ditaja oleh penderma swasta yang tidak mahu dikenali kerana takut dijadikan "mangsa" jika identiti mereka didedahkan," katanya ~ The Malaysian Insider

Menariknya dalam cubaannya untuk memperbodohkan rakyat itu, pembohongannya terdedah bilamana Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi mengatakan Polis hanya menerima laporan tentang cubaan sabotaj.. tapi tak ada laporanpun kononnya nyawa Psy diancam..

Baca nih!!

The Malaysian Insider


Apa?.. dia ingat semua rakyat Malaysia ni boleh diperbodohkan macam macai-macai UMNO ke?

Video ADUN UMNO maki hamun Mahasiswa tersebar!!.. Saksikan!!

Posted: 14 Feb 2013 12:19 AM PST


Sebelum korang lihat perangai Pemimpin UMNO yang merupakan ADUN Pulau Manis ini baca dulu apa kenyataan Pengerusi Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13, Syis Abd Kadir ini..

Pengerusi GM13, Syis Abd Kadir berkata, mahasiswa tidak sesekali mahu bermusuh dengan rakyat sebaliknya ingin menyampaikan harapan mereka kepada rakyat khususnya di Pekan yang merupakan kawasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Pendirian GM13 jelas iaitu tidak mahu bermusuh dengan rakyat dan kami akan meneruskan program seperti yang dijadualkan.

"Kami akan cuba pergi ke tempat-tempat di Dun di Pekan dan kalau dihalang, kami berundur. Kami bukan pergi untuk bergaduh," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Pagi semalam, dua siswa dan dua siswi dari kumpulan GM13 diserang dengan parang oleh samseng di Felda Chini 4.

Kumpulan itu diserang ketika mengedar risalah dan surat 'Harapan mahasiswa untuk rakyat Pekan' dari rumah ke rumah di kawasan Felda berkenaan pada jam 11 pagi.

Pada hari Selasa sebelumnya, seorang aktivis GM13, Ekhsan Bukhari diserang di Kampung Datuk Keramat dalam Dun Pulau Manis.

Menurut Syis juga, selepas kejadian tersebut, pihaknya lebih berhati-hati sewaktu masuk ke kampung-kampung.

"Kami memang ada unit keselamatan sendiri tapi selepas serangan demi serangan, anggota Unit Amal di Pekan membantu menjaga keselamatan kami," katanya yang gusar dengan keselamatan siswi yang turut menyertai program tersebut.

Program tersebut akan berakhir pada 17 Februari ini.

Syis juga berkata, GM13 mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai bagi melancarkan gerak kerja GM13 bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bendahari GM13, Ahmad Shukri Kamarudin iaitu CIMB:05010001387201 atau BIMB:12029020545096 ~ Harakahdaily

Saksikan bagaimana seorang pemimpin yang kononnya memperjuangkan bangsa Melayu menyambut kehadiran orang dari luar ke kawasannya...

'Yes for Psy, No for BN..' Ini komen Anwar Ibrahim

Posted: 13 Feb 2013 08:00 PM PST


Semasa di perjumpaan dengan masyarakat Cina setempat di Lengkok Tenggiri, Seberang Jaya sempena Sambutan Tahun Baru Cina Ahad lalu, DS Anwar memberikan komen ringkas mengenai insiden memalukan yang telah menimpa Najib itu..

Katanya " Saya ni orang Politik.. Najib pun orang politik jugak.."

"Bila orang ramai dah kata 'NO' bila dia tanya tu.. ubahlah topik.. yang dia gatai nak pi tanya lagi sapa suruh??.. kan dah malu.."

"Siapa yang advise dia buat macam tu, tak tau lah.. kurang cerdik sungguh"


Presiden Parti Keadilan Rakyat, DS Wan Azizah turut hadir dalam perjumpaan tersebut yang pada awalnya telah muncul beberapa individu dari UMNO untuk menghalang perjumpaan diadakan di kawasan Tokong Cina di situ.

Kerana menurut mereka Tokong tersebut dijaga oleh ADUN Seberang Jaya, Ariff Shah Omar Shah dari UMNO.. (ADUN sepetutnya jaga rakyat YB... bukan jaga Tokong..)

Kemunculan ADUN Seberang Jaya sendiri telah meredakan keadaan.. pandai YB berlakon.. dia hantar orang suruh buat kacau lepas tu dia sendiri datang redakan keadaan..


Seramai kira-kira 200 orang dari masyarakat Cina setempat telah hadir kemajlis santai tersebut..

Dan ini pula laporan dari Keadilandaily tentang ceramah di Batu Uban pada sebelah malamnya..

Perdana Menteri patut berasa malu apabila rakyat Pulau Pinang terang-terangan menolak kepimpinannya depan matanya sendiri, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Patutnya Datuk Seri Najib (Razak) malu apabila rakyat negeri ini bukan saja berani tetapi bijak untuk menyambut kehadiran Perdana Menteri dengan kejutan yang tidak pernah dijangka," katanya.

Beliau merujuk kejadian penonton konsert Gangnam Style yang menyatakan 'No' sebanyak tiga kali apabila Najib bertanya 'Are You Ready For BN' pada sambutan Tahun Baru Cina di Kolej Han Chiang di sini, baru-baru ini.

"Jawapan 'No'membuktikan rakyat bijak menyatakan pendirian mereka.Bukannya di belakang tapi di hadapan Perdana Menteri," katanya.

Anwar berkata, Najib harus menyedari penolakan rakyat Pulau Pinang terhadap kepimpinan Umno BN, bakal menjadi realiti yang berulang pada PRU 13.

Bukan saja Najib, kata Anwar, seluruh kepimpinan Umno BN cemas dengan jawapan berani yang ditunjukkan rakyat Pulau Pinang secara terbuka itu.


Kehadiran Anwar pada Siri Jelajah Merdeka Rakyat di Padang Awam Seri Nibong, Taman Nipah, Batu Uban disambutan lebih 2,000 rakyat yang tidak berganjak walaupun hujan.

Semangat itu membuktikan rakyat Pulau Pinang mahukan pembaharuan di peringkat persekutuan, bukan semata-mata menerajui beberapa negeri termasuk Pulau Pinang. ~ Keadilandaily

Komen Anwar tentang insiden Psy memalukan Najib dan Rosmah tak ada lagi.. Sila lihat video insiden Psy memalukan Najib dan Rosmah itu di ( SINI )

Tiada ulasan: