Anak Sungai Derhaka |
- Najib! Upah pasang bendera 1Malaysia kat Penang ni RM150 atau RM250?
- Tengok nih! Ada Live Band pun ceramah UMNO/BN masih tak dapat sambutan.. kesiann..
- Macai UMNO ceroboh dan pasang bendera Barisan Nasional di Markas PAS..
Najib! Upah pasang bendera 1Malaysia kat Penang ni RM150 atau RM250? Posted: 10 Feb 2013 07:36 AM PST Ahad lalu seorang sahabat mengirimkan satu SMS kepada aku.. Menurutnya beliau mendapat maklumat bahawa UMNO Pulau Pinang sedang giat mencari para belia untuk diupah bagi melakukan kerja-kerja memasang bendera sempena Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional Pulau Pinang. Tambahnya lagi beliau mendapat maklumat tersebut dari seorang ahli UMNO dan nama-nama sedang dikumpulkan melalui UMNO Cawangan dan juga Bahagian. Upah yang ditawarkan ialah RM150 seorang menurutnya.. Jawab aku.. "Tunggu apa lagi?.. sapu saja la.." Dan pagi ini warga Pulau Pinang yang bangun diawal pagi terpinga-pinga bila menyaksikan ribuan bendera entah pertubuhan apa membanjiri Pulau Pinang. Bendera dengan logo 1Malaysia kebanggan Najib itu berlatar belakangkan warna biru Barisan Nasional itu memenuhi jalan utama sebelah kanan dari Jambatan Pulau Pinang. Memenuhi sepanjang Lebuhraya Jelutong, berhampiran tapak Pesta, Green Lane, sekitar perkarangan Sekolah Hang Chiang dan kebanyakkan kawasan di George Town. Menurut sumber yang melihat belia-belia yang diupah sebanyak RM150 itu telah memasang bendera tersebut sekitar jam 3.00 pagi. Sumber daripada pihak UMNO mengatakan sejumlah 15,000 bendera telah dipasang oleh lebih dari 200 orang belia yang diupah itu. Apa yang berbeza antara kenyataan dari sumber yang aku dapat dari pihak UMNO ini dengan maklumat yang sahabat aku dapat dari UMNO Cawangan ialah tentang upahnya.. Upah yang diberikan menurut sumber dari pihak UMNO yang aku dapat itu ialah RM250 seorang petugas dimana RM100 diberikan setelah menjalankan tugas memasang bendera tersebut. Manakala baki RM150 lagi akan dibayar kepada mereka setelah majlis sambutan Tahun Baru Cina yang dihadiri oleh Najib itu selesai. Tetapi upah yang diumumkan oleh beberapa UMNO Cawangan ialah RM150 saja.. RM100 lagi kemana?.. masuk poket ke? Lagi satu.. kerja-kerja pemasangan bendera ni dapat kebenaran dari Majlis Perbandaran Pulau Pinang tak?.. Sumber gambar dari Blog UMNO ( MatKilau Penang) |
Tengok nih! Ada Live Band pun ceramah UMNO/BN masih tak dapat sambutan.. kesiann.. Posted: 10 Feb 2013 05:18 AM PST Semalam (Sabtu,9 February 2013) UMNO & BN telah menganjurkan siri ceramah "Kembara Anak Muda Sayangi Selangor" bertempat di seksyen 24 Shah Alam.. Aku sengaja datang ke ceramah tersebut lewat sikit.. kerana jika aku datang awal dan ambil gambar kerusi seperti yang blogger UMNO selalu buat tu,itu bagi aku tidak jujur dalam menyampaikan maklumat keadaan semasa.. Jadi aku sengaja datang sekitar pukul 10 malam.. dan seperti yang diduga,ceramah sedang berlangsung... Aku juga dapati,bukan sahaja ceramah diadakan malam semalam,tetapi terdapat juga hiburan "live band" dari kumpulan ntah apa ntah,aku pun tak berapa pasti namanya... tapi yang pasti ianya dipimpin oleh "bekas" vokalis Jinbara,iaitu Yabang... Dengan banner yang dipasang di serata Shah Alam (tidak satu pun banner mereka diconteng atau diturunkan sepertimana lazimnya UMNO lakukan ke atas banner Pakatan Rakyat), dengan memasukkan elemen hiburan maksiat lagi melalaikan.. Maka inilah jumlah kehadiran yang sempat dirakam oleh lensa kamera aku... sangat menakutkan aku... kerana jumlah kehadiran telah melepasi 25 orang... Gambar-gambar seterusnya sila lihat di ( Liang Lahad ) |
Macai UMNO ceroboh dan pasang bendera Barisan Nasional di Markas PAS.. Posted: 09 Feb 2013 07:53 PM PST Semakin hampir dengan Pilihanraya semakin banyak provokasi yang hanya dilakukan oleh manusia tidak bertamaddun dilakukan oleh macai-macai UMNO terhadap Pakatan Rakyat. Di Felda mereka menghalang maklumat disampaikan kepada para Peneroka oleh Pengerusi ANAK dan juga Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mesyuarat mengenai perancangan tersebut sila lihat di ( SINI ) Semalam pula telah dilaporkan bendera-bendera PAS yang berjumlah hampir 200 helai telah dicabut dan dibuang ke dalam parit oleh macai-macai UMNO. Bendera tersebut telah dipasang oleh para petugas disepanjang jalan menuju ke tapak Himpunan Kebangkitan Rakyat -PAS Ganti Umno Kali Ke-7 (PGU7.0) di Kuala Nerus … sila baca di ( SINI ) Ini pula satu lagi bentuk provokasi yang dilakukan oleh macai-macai UMNO… Menurut seorang sahabat yang mengirimkan gambar-gambar ini, macai-macai UMNO telah memasang bendera-bendera Barisan Nasional di markas PAS. Kejadian tersebut dilaporkan telah berlaku di Markas PAS Cawangan Shahbandar, Pekan, Pahang negeri asal Perdana Menteri Malaysia. Bayangkan jika ada petugas PAS yang menanggalkan bendera-bendera ini, sudah pasti kekecohan akan berlaku dan PAS pasti akan dipersalahkan oleh media tunggangan UMNO/BN. Mereka mendakwa diri mereka adalah pejuang kepada Bangsa Melayu dan juga Agama Islam di negara ini.. Melayu jenis apakah yang mereka perjuangkan?.. hingga tidak tahu menghormati malah mencabul hak orang lain sedangkan Bangsa Melayu terkenal dengan adab dan sopan santunnya.. Islam apakah yang mereka perjuangkan sedangkan tiada ajaran dalam Islam yang membenarkan kita menceroboh hak individu lain? Di Israel, puak Zionist menjadikan tanah dan juga rumah milik rakyat Palestine sebagai hak milik mereka.. di Malaysia pula macai UMNO pula mahu menjadikan markas PAS sebagai milik mereka.. Terima kasih buat achek9546 yang sudi mengirimkan gambar-gambar ini.. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan