Jumaat, 1 Februari 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Siapa pakaikan Najib baju 'Cina Mati' ni??.. tak patut sungguh...

Posted: 01 Feb 2013 12:57 AM PST


Menurut beberapa komen daripada Facebook apabila melihat gambar di atas, telah memaklumkan bahawa pakaian Najib ini adalah untuk si mati bagi kaum Cina.

Malah salah satu daripada komen tersebut turut memberi pautan sebuah laman web www.yingruixiang.com, sebuah syarikat di China yang pakar dalam menyediakan pakaian dan kelengkapan untuk upacara kematian China.


Laman web tersebut menyediakan pelbagai kelengkapan kematian seperti pakaian si mati untuk lelaki dan wanita, topi untuk si mati, kasut, keranda, pasu abu mayat dan pelbagai kelengkapan lagi.

Antara gambar pakaian-pakaian untuk si mati lelaki yang di tunjukkan, adalah gambar pakaian seperti di bawah.


Jika benar pakaian yang dipakai oleh Perdana Menteri kita sempena ucapan Selamat Tahun Baru Cina ini adalah pakaian khas untuk si mati, maka pasti penasihat kepada Perdana Menteri tidak melakukan kerja.

Ini seolah-olah sengaja untuk memalukan imej Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib perlu berterima kasih kepada Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) yang telah bertindak menurunkan banner-banner ini.


Walaupun ia atas alasan ia tidak mendapat permit, namun sekurang-kurangnya banner Najib ini tidak menjadi bahan lelucon bagi masyarakat Cina.

Bagaimanapun jika pakaian ini adalah pakaian umum bangsa Cina, dan bukanlah pakaian untuk si mati, maka penasihat beliau juga perlu untuk memberi makluman ini kepada Perdana Menteri supaya beliau dapat membuat sama ada untuk memakai pakaian ini atau memakai pakaian lain yang lebih sesuai ~ Sumber info dari ( SINI )

Hmmmm... patutlah MPSP dan MPPP kelam kabut saja menurunkan banner tu sedangkan selama ini biarpun tak ada permit banner yang ada gambar Najib jarang diganggu mereka...

PANAS!! Artis Popular yang merupakan Ahli UMNO turut serta ketika Anwar serah sumbangan kepada Hamas..

Posted: 31 Jan 2013 11:24 PM PST


Dalam satu majlis yang serba ringkas sempena kunjungan wakil Hamas di Ibu Pejabat Parti KeADILan Rakyat, Tropicana, Dato' Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sumbangan bernilai USD700,000 ( RM2.2JUTA) kepada wakil pimpinan Hamas.

Tujuan tersebut adalah bagi pembinaan Masjid An-Nour Al-Muhammadi di Gaza, Palestin.


Menariknya turut serta adalah seorang seorang Ahli UMNO yang merupakan Pelakon dan juga Pelawak terkenal tanah air Afdlin Shauki.

Afdlin Shauki, dilaporkan pada 3 Januari 2012 telah menyerahkan borang keahlian untuk menyertai UMNO di Ibu pejabat UMNO.. sila baca laporannya di ( SINI )

Afdlin juga sebelum menyertai UMNO telah menyindir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam satu sketsa Maharaja Lawak Mega 2011,  sila lihat video di ( SINI )

Apakah selepas ini selebriti Afdlin Shauki sebagai akan diambil tindakan oleh UMNO kerana hadir sama dalam upacara yang bersejarahyang melibatkan musuh UMNO no 1 iaitu Anwar Ibrahim ini?

Bersamalah kita nantikannya...

Sementara itu The Malaysian Insider melaporkan..

Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dianggap oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai satu langkah baik diambil Putrajaya tetapi mempersoalkan mengapa terpaksa menunggu begitu lama untuk mengiktiraf Hamas sebagai sebuah pemerintah yang sah di Palestin.

Menurut Anwar, berbeza dengan Pakatan Rakyat yang sudah lama mengiktiraf Hamas sebagai sebuah organisasi sah, langkah kerajaan Malaysia baru-baru ini lambat dan tidak mencerminkan keikhlasan sebenar oleh Najib.

"Saya tidak bersetuju dengan orang ramai yang mengatakan langkah Najib tersebut sebagai gimik politik sebelum pilihan raya," kata Anwar.

"Sokongan kami kepada Hamas adalah sejak dahulu lagi, bersama-sama PAS. Berbeza dengan kerajaan Malaysia, kami tidak iktiraf mereka selepas Mac 2008."

Walau bagaimanapun, ketua pembangkang itu masih mengalu-alukan lawatan Najib ke Palestin dan memujinya sebagai langkah baik.

"Namun, saya mengalu-alukan lawatan Najib ke Palestin walaupun ia adalah yang kali pertama dalam sejarah pentabdiran negara," tambah Anwar meraikan kedatangan pemimpin utama Hamas di ibu pejabat PKR pagi tadi.

Nasharudin Mat Isa dipecat dari PAS, TG Nik Aziz sahkan..

Posted: 31 Jan 2013 06:47 PM PST


TG Nik Aziz kata "Soal surat sampai ke tidak, ia nombor dua. Yang penting ijab dan kabul sudah berlaku. Lafaz cerai pun sudah. Walaupun surat cerai tidak sampai, daripada segi hukum dan adatnya cerai tetap berlaku dan sah,"...

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengesahkan kepimpinan parti itu sudah menolak keahlian bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa walaupun tokoh berkenaan mendakwa masih belum menerima surat rasmi berhubung kedudukannya dalam parti berkenaan.

Nik Aziz berkata, sama ada surat diterima atau tidak oleh Nasharudin berhubung status keahliannya, ia bukan perkara utama.

"Soal surat sampai ke tidak, ia nombor dua. Yang penting ijab dan kabul sudah berlaku. Lafaz cerai pun sudah. Walaupun surat cerai tidak sampai, daripada segi hukum dan adatnya cerai tetap berlaku dan sah," katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman Rancangan Kawasan Khas Bandar Tok Bali antara Majlis Daerah Pasir Puteh dengan empat syarikat pelaburan di sini semalam.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nasharudin kelmarin yang mengakui masih ahli Pas berikutan tidak menerima sebarang surat rasmi berhubung kedudukannya dalam parti. ~ Kosmo

Tiada ulasan: