ANAK SENGAT |
Posted: 11 Feb 2013 04:51 PM PST Tindakan Bn menjemput PSY Gang Nam Style bertujuan menarik undi peminatnya. Malang bagi BN, yg diharap tak jadi, yang marah pulak muncul sana sini...ishh...ishhh... Gitu le tanda ajal dah nak sampai...bacale petikan dari Sinar Harian ni... Tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan yang memanggil artis Korea, Psy, untuk mengadakan persembahan sempena sambutan Tahun baru Cina di Pulau Pinang, Presiden Seniman, Zed Zaidi, terus mempersoalkan perkara itu. Katanya, bayaran RM2 Juta untuk penyanyi itu langsung tidak masuk akal dan 'buang duit' semata-mata. "Dengan nilai sebanyak itu, kita mampu memanggil lebih daripada 10 artis tempatan. Bagaimana artis nak sokong kerajaan sedangkan mereka tidak memberikan keistimewaan itu? "Artis luar senang mendapat imbuhan di negara kita sedangkan artis kita sukar mendapatkan keistimewaan itu di luar negara. Malah, ada di antaranya hanya ditabur janji manis, namun hanya indah khabar dari rupa. "Saya pernah menyuarakan Skim Insurans Seniman, namun sehingga kini masih belum dilaksanakan. Begitu juga dengan Bajet 2013 yang diumumkan baru-baru ini. Mana bajet RM6 Juta yang dijanjikan?," soal Zed. Tambah Zed lagi, Seniman turut menghadapi kesukaran mendapatkan dana daripada kementerian dalam usaha membantu golongan artis yang memerlukan. Jurey Latiff: Mana peranan kementerian? Tidak melepaskan peluang untuk hadir dalam pertemuan ini, Presiden Gafim, Jurey Latiff Rosli, turut mempersoalkan mengenai penstrukturan semula industri hiburan. "Saya masih ingat kata-kata PM mengenai penstrukturan semula industri hiburan. Namun, saya terkilan kerana ia dikeluarkan oleh PM, bukan dari kementerian. "Di situ, kita boleh nampak bahawa PM mengetahui masalah industri sedangkan kementerian hanya berdiam diri," katanya. Jurey turut menggesa agar artis tempatan diberi keutamaan dalam negara termasuk mengadakan persembahan. "Pemilihan artis antarabangsa adalah sikap berat sebelah yang diamalkan golongan penganjur. "Sekiranya persatuan mendapat dana kerajaan, sudah tentu kita dapat merencanakan aktiviti kepada artis tempatan. "Secara tidak langsung, ia memberi peluang pekerjaan kepada golongan anak seni ini," katanya. |
You are subscribed to email updates from ANAK SENGAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan