Rabu, 6 Februari 2013

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Misteri Samsung dan Altantuya

Posted: 06 Feb 2013 02:01 AM PST

PUTRAJAYA: Penyelaras Kebangsaan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)mengenai proses penganugerahan tender pembinaan stesen janakuasa elektrik, Prai Power Plant kepada syarikat asing, Samsung Engineering & Construction. 

Beliau membuat aduan tersebut di pejabat SPRM di sini hari ini. Badrul Hisham menyerahkan laporan setebal 20 muka surat yang mengandungi beberapa dokumen termasuk bukti proses pemberian tender bagi membantu siasatan.  

Selain itu, beberapa keping gambar yang menunjukkan pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak serta anaknya dengan Presiden Samsung untuk melobi di Korea Selatan turut diserahkan.Laporan penuh di sini

Hanya barua yang sanggup buat kerja lagu tu!

Posted: 05 Feb 2013 07:44 PM PST

Tu dia ! Muhyiddin Yassin kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow boleh jadi Ketua Menteri Pulau Pinang jika BN tawan semula Pulau Pinang. 

Ramai yang menganggap, Teng ini seorang tukang angguk sebab perlantikannya itu adalah oleh PM Najib sendiri pada hujung April 2012 dan bukan dari pemilihan parti. 

Semasa pemilihan parti pada September 2008, Teng Chang Yeow telah menarik diri dari pertandingan untuk memberi sokongan kepada Chia Kwang Chai menentang Teck Hock Nan dalam pemilihan Pengerusi Gerakan negeri. 

Chia Kwang Chai kalah 10 undi dibelakang Teng Hock Nan.Atas gesaan PM Najib, Teng Hock Nan terpaksa memberi laluan kepada Teng Chang Yeow si tukang angguk ini! 

Dulu Mamak-Mamak Penang pernah marah dan mengoyakkan gambar Presiden Gerakan Tan Sri Kon Tsu Koon …. tetapi adakah kali ini, mereka akan peluk dan cium gambar Teng Chang Yeow , bakal Ketua Menteri jika Umno/BN berjaya merampas Pulau Pinang? Hanya barua yang sanggup buat kerja lagu tu!

Kesian kat Mamak-mamak penang pejuang Melayu….ingatkan Umno akan angkat Shaik Hussein Mydeen jadi Ketua Menteri Pulau Pinang. 

Rupa-rupanya mamak ini hanya dijadikan barua sahaja! Kesian tengokan dia…. Macamana pula Teng , bekas exco kerajaan negeri Selangor, boleh dilantik sebagai pengerusi BN negeri ? 

Hangpa barua memang layak buat kerja lagu tu…..

Tiada ulasan: