Isnin, 25 Februari 2013

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Mat Sabu jadi PM Malaysia...amacam?

Posted: 25 Feb 2013 04:34 AM PST

Isu siapa calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya didedahkan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pada konvensyen Pakatan Rakyat pagi tadi.

Mohamad Sabu berkata , "Kenapa tidak tanya jika saya berminat jadi PM. Saya berminat cuma nak jadi Agong tidak boleh.

"Perbincangan dari semasa ke semasa akan dibuat sehingga pilihan raya dan ia tidak jadi perkara utama tapi yang penting kita ambil alih Putrajaya," katanya di sini

BN ‘kenyang’ jika PAS, DAP, PKR bergaduh, nasihat Hadi

Posted: 25 Feb 2013 03:02 AM PST

Oleh Mohd Farhan Darwis
February 25, 2013
 
SHAH ALAM, 25 Feb — Pemimpin-pemimpin Pakatan rakyat (PR) dinasihatkan tidak bertelagah kerana sebarang pertelingkahan yang berlaku antara parti-parti komponen politik pembangkang itu hanya akan memberikan kelebihan kepada seteru mereka, Barisan Nasional (BN), kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi (gambar) ketika ucapannya dalam majlis pelancaran manifesto PR di sini menegaskan, meskipun parti pembangkang itu turut melalui saat-saat pertelingkahan dan berdebat, ianya tidak akan menghancurkan kemuafakatan yang telah disepakati mereka.

"Kita buktikan perpaduan dalam PR ... walaupun kita berbeza pendapat, bertelingkah, berdebat, boleh berbalah, tetapi apabila mengacau gula, teh dan kopi, kita tidak memecahkan cawan itu," katanya di hadapan 1,500 perwakilan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).

"Jika PAS, DAP, PKR bergaduh ... BN yang kenyang," tegasnya lagi.

Tegas Ahli Parlimen Marang itu lagi, PR juga tidak berhasrat untuk memerintah sepanjang hayat sekiranya berpeluang menawan Putrajaya, sebaliknya bersedia dihukum melalui demokrasi yang adil.

"Jika kita menang kerajaan PR tidak berlagak jadi Tuhan, tetapi kita sedia dihukum dengan demokrasi yang adil.

"Kita juga bukan mahu memerintah sepanjang hayat," kata pemimpin veteran PAS itu lagi.

Abdul Hadi turut mengulas berkenaan pemberian bantuan sara hidup, Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang mana menurutnya bukanlah suatu perkara baru kerana Firaun juga pernah memberikan BR1M ketika memerintah mesia suatu masa dahulu.

"BR1M bukan perkara baru, Firauan pernah bagi BR1M ... kekayaan digunakan untuk menyesatkan rakyat, bukan membina rakyat.

"BR1M itu duit kamu, ambil ... kamu (penerima BR1M) bukan ayam, itik ... bagi makan dedak, kita makan ayam itu balik," katanya di sini

Mulanya hambar...akhirnya ruang penuh!

Posted: 24 Feb 2013 10:20 PM PST


SHAH ALAM: Konvensyen Pakatan Rakyat bermula sebentar tadi dengan sambutan agak hambar meskipun dengan kehadiran tiga pemimpin utama PKR, DAP dan PAS.

Hanya kira-kira 300 orang mengisi dewan persidangan Pusat Konvensyen Shah Alam apabila Setiausaha Agong PKR Saifuddin Nasution memulakan ucapan, sambil diperhatikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kebanyakkan perwakilan yang datang berlegar di luar dewan sehingga memaksa juruacara untuk membuat pengumuman meminta mereka masuk ke dewan.

Konvensyen itu akan mendengar "mesej peperangan"  dengan PAS menyifatkan pembangkang kini di tahap pecutan terakhir untuk menghadapi pilihanraya umum.



Kehadiran penuh sewaktu konvensyen sedang berjalan

"Pilihan raya …diadakan dalam tempoh 60 hari. Pakatan Rakyat telah menyediakan semua ramuan…kita sudah menyelesaikan jentera pilihanraya," kata Pengarah Pilihanraya PAS Dr Hatta Ramli. SUMBER

Kalau tak betul, kenapa tak tangkap Bala?

Posted: 24 Feb 2013 07:39 PM PST

Najib memang kenal dengan Altantuya dan ada membuat hubungan seks dengan Altantuya. Malah  mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya.

Itulah antara kenyataan dalam Akuan Bersumpah Pertama bekas Penyiasat Persendirian, Balasubramaniam yang kini muncul semula satelah lari keluar negara bersama keluarganya selepas membuat penafian mengenai Akuan Bersumpah Pertama itu.

Kali ini Bala menegaskan dengan memegang kitab suci Hindu, bersumpah bahawa Akuan Bersumpah Pertamanya itu adalah benar.

Dakwaan-dakwaan menggemparkan ini terkandung dalam akuannya setebal 16 halaman - Akuan berkanun tersebut difailkan pada 1 Julai 2008. Antaranya boleh lihat  di sini

Tiada ulasan: