Ahad, 17 Februari 2013

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Hamidah semakin gundah gulana sejak Anwar Ibrahim jejak kaki di Pengkalan Pegoh

Posted: 17 Feb 2013 12:22 AM PST

Umno/BN semakin malam dan gelap masa depan mereka 
sejak Anwar Ibrahim hadhir di Pengkalan Pegoh 
 
Yalah! Memang patut pun Hamidah gundah gulana.Bukan calang-calang orang yang datang. Ini bakal Perdana Menteri Malaysia yang datang ~ Anwar Ibrahim. Kesannya masih terasa oleh Hamidah.

Susah bagi mereka yang mendengar ucapan Anwar pada 13 Feb 2013 itu nak menafikan segala fakta yang Anwar bentangkan.Banyak isu yg Anwar sentuh diperjelaskan dengan baik.

Rakyat gembira bila Anwar menjajnjikan akan membela nasib rakyat dengan kekayaan yang ada pada negara. Boleh dengar  rakaman di sini

Rupa-rupanya, Hamidah berasa sangat cemas dan berasa semakin bimbang kerana ceramah Anwar Ibrahim Demi Rakyat pada malam itu telah berjaya menarik ribuan orang yang hadir untuk mendengarnya termasuklah dari kalangan orang-orang Umno dan di atas pagar.

"Ramai juga orang-orang Umno yang datang sebab nak dengar sendiri apa yang Anwar perkatakan sebenarnya selama ini," Ketua Cawangan PAS Pengkalan Pegoh, Anuar Ibrahim berkata. 

Terpaksa libatkan anak-anak yg masih bersekolah

Hamidah bimbang orang ramai terpengaruh dengan cerita Anwar sebab itu dia cuba nak kaunter balik, buat Gelombang Biru di Padang Bolasepak Kampung Pengkalan Pegoh, iaitu padang dimana anak pompuan derhaka menyibarkan fitnah mengenai Anwar pada 17 Feb 2013 lalu. 

Tapi kali ini Hamidah menampilkan artis AC Mizal.Difahamkan dia cuba nak libatkan Awi 'Wing' , tapi khabarnya demand terlalu tinggi, maka hasrat Hamidah itu terpaksa dilupakan. 

Habis rosak budak-budak yang baru masuk jawi disebabkan Hamidah

"Hamidah merupakan Adun yang paling tengin dalam Malaysia ni," Kata Ketua Cawangan PAS Pengkalan Pegoh tu. 

 "Apasobab ko kata gitu Anuar?" Aku bertanya. 

"Kesian kat budak-budak sekolah yang belum boleh mengundi tuh, lesen motor pun belum ada lagi , tapi Hamidah benarkan mereka ikut konvoi bermotor dan dilibatkan sama dalam program Gelombang Biru!" Jelas Anuar geram. 

"Budak-budak tu bukan tau apa pun! Janji depa dapat duit RM20.00 sebagai upah cukup!" Anwar berkata.

Tuntutan bangsa Moro : Malaysia sama macam Zionis Israel

Posted: 16 Feb 2013 08:47 PM PST

Usaha memujuk kumpulan bersenjata dari Filipina yang menceroboh Lahad Datu, Sabah supaya meninggalkan kawasan itu tidaklah semudah apa yang Menteri Pertahanan Zahid Hamidi katakan di sini.

Balik Kampong!~ Tentera Kesultanan diRaja Sulu dan Borneo Utara  menganggap 
kehadiran mereka bukan sebagai penceroboh tetapi sebagai perjalanan balik 
ke kampung halaman sendiri.Pihak keselamatan Malaysia mengepung
 "tentera diraja" ini meminta mereka kembali semula.
 
Tambahan pula jika terpaksa berlaku pertumpahan darah. Ini kerana kehadiran mereka di Sabah bukan untuk berperang.

Mereka hanya menganggap bahawa mereka pulang ke tanah air sendiri.Mereka tidak pernah menganggap diri mereka sebagai bangsa Filipina, tetapi mereka mengaku sebagai Bangsa Moro.

Bangsa Moro ini  adalah pejuang sebagaimana pejuang Palestin yang menuntut semula tanah pusaka nenek moyang mereka yang dirampas oleh rejim ganas Zionis Israel.

Bangsa Moro ini umpama rakyat Palestin yang menuntut pengiktirafan terhadap kenegaraan di Tebing Barat, Timur Baitul Muqaddis Timur dan Semenanjung Gaza.

Maka begitulah juga mereka menuntut hak yang bersejarah, keturunan dan kedaulatan ke atas Sabah.

Tidak guna PM Razak cakap berdegar-degar menyokong tuntutan rakyat Palestin jika tuntutan Kesultanan Sulu dan Borneo Utara tidak diambil peduli.Malaysia dilihat saling tak ubah macam  perangai negara Zionis Israel yang enggan mengiktiraf hak rakyat Palestin. 

  

Sultan Jamalul Kiram III, yang diakui selaku Kesultanan Sulu dan Borneo Utara menegaskan bahawa beliau dekri diraja yang membenarkan kehadiran adiknya, putera mahkota Rajah Mudah Agbimuddin Kiram dan pengikut gabungan orang awam dan tentera  di Lahad Datu, Sabah, Malaysia, kekal. 

 "Dekri saya bukan untuk berperang. Kami tidak melancarkan perang. Saya menghantar adik saya di Sabah di atas nama keamanan dan dalam menjalankan hak yang bersejarah, keturunan dan kedaulatan ke atas Sabah, " Jamalul memberitahu akhbar inquirer dalam sebuah wawancara telefon melalui ahli keluarga beliau yang berada di sisinya kerana dia sedang berehat selepas menjalani rawatan dialisis biasa. 

 Jamalul di Metro Manila dan dijaga oleh keluarga dan saudara terdekat. 

Ditanya sehingga apabila dekri itu kekal? Jamalul berkata, "Untuk selagi diperlukan. Sabah adalah tanah air kita dan masyarakat antarabangsa mengakui ini. 

Jika kita perlu pergi ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kita akan berbuat demikian. Ia terpulang kepada kita, pemimpin Sulu untuk menuntut kembali apa yang hak kita, "tambah sultan. Mengikut  sumber di sini


Sementara itu seorang peguam dengan link ke kesultanan berkata, ketibaan kumpulan bersenjata adalah permulaan untuk memfailkan petisyen sebelum Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi "dekolonisasi" Sabah oleh Kesultanan Sulu. 

Beliau berkata, pertama kesultanan perlu menunjukkan bukti bahawa ia menduduki wilayah berkenaan sebelum memfailkan petisyen PBB untuk tuntutannya. 

 "Kesultanan Sulu mahu memfailkan petisyen mereka bulan depan apabila tamat tempoh pajakan 50 tahun kerajaan British di pulau itu," katanya. 

 "Saya percaya kehadiran tentera Kesultanan diraja itu adalah untuk menyokong tuntutan mereka bahawa mereka telah semula menduduki tanah nenek moyang mereka," katanya. 

Beliau berkata pihak berkuasa Malaysia mungkin bertindak menangkap mereka tetapi tindakan itu hanya boleh mengesahkan kehadiran fizikal mereka di dalam wilayah.SUMBER

Tiada ulasan: