Rabu, 6 Februari 2013

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Kisah hidup : Bank Islam yang tak Islam

Posted: 06 Feb 2013 12:16 AM PST

[1]
Pasal kulit gua Chinese look, setiap raya Cina, gua mesti makan besar dengan keluarga. Tahun ni raya Cina mesti balik punya. Tapi pasal gua punya baby belum habis pantang, dan mak gua tahu perangai gua, mak gua pulak nak datang Kelantan. Mujur tak jadi sebab nasihat adik-beradik lain. Nak naik kete ke Kelantan raya cina ni? Jem woi. Nak naik kete api? Kompom tahun lepas lagi tiket habes.

Hari tu, gua pun dengan eksyen beli tiket keretapi. Ingatkan keluar dari Kelantan takda masalah berbanding masuk ke Kelantan. Rupa2nya habes gak. Ak alaa.. negeri miskin ni pulak.. nak naik bas, sebab 2 anak kecil, kena balik 3 dewasa. RM50x3 pergi balik dah RM300. Kete api RM30x3 pergi balik RM180. Naik Mazda Laimen pergi balik baru RM150.

[2]
Balik dengan Mazda kena buat persediaan. Sebab ada baby. Kos RM300 naik bas tu, baik tinted Mazda gua dan repair air-cond. Sebelum repair air-cond, gua g tinted. Kedai dekat dengan opis. Kesemua cermin, kecuali depan. RM120. Sekali rupa2nya duit tinggal RM70. Lupa tadi bayar pos laju.

"Hello. Akak Fujah. Kat mana tu?"

"Opis."

"Pinjam RM100 selama 4 jam boleh? Duit tak cukup plak. Jap lagi saya bayar."

"Beress."

[3]
Settle tinted. Bayar. Ambil kete. Tokey sound. Jangan buka tingkap. Nanti soyok (koyak). Rugi RM120. Belum kering lagi.

Mamposla.. gua kepanasan. Seb baik ATM dekat jer. Wakaf Che Yeh. Duit dalam Maybank. Sampai Wakaf Che Yeh, ada beberapa pilihan MEPS. Bank Islam, Bank Rakyat dan CIMB. Gua tak tahu Maybank terdekat kat mana. RM1 charge MEPS tu baik gua bagi Bank Islam. Mudah2 dapat pahala. Gua pilih Bank Islam.

Masuk2 panas. Air-cond rosak. Takpa. Kete gua tadi lagi panas. Masuk kad, pilih RM200, pilih TIDAK MAHU penyata. Sebab gua berfalsafah selamatkan alam dengan kurangkan kertas. Kecuali benar2 perlu.

Tiba2 kejadian kelakar terjadi. Hang. Pakcik ATM sebelah tengok gua, gua tengok pakcik tu, pastu tengok anak dara dia. Boleh tahan.

"Bakpo ni?" Pakcik tu tegur gua. Kedua-dua ATM hang. Pakcik tu tekan butang BATAL. Gua nak tekan BATAL takut, sebab dah settle. Tunggu duit dan kad.

3 minit berlalu, gua dah mula panas. Tit tit tit… Kad dari kedua-dua ATM keluar serentak. Pakcik tu masuk semula dan mulakan transaksi baru. Gua plak terkebil2 tunggu duit. Seminit tak keluar gak. Gua masuk semula kad. Cek baki. Susut sebanyak RM201. Parpukari punya ATM. Gua dah mula panas. Sabar Aduka. Anak dah 2 dah tu..

Gua kol no telefon yang diberikan. Mesin jawab. Suruh tekan no 1-3. Gua try tekan guna keypad skrin Samsung. Tak boleh pun. Baki tepon makin susut. Papagomo punya Maxis. Mencarut lagi.
Brader sebelah bagi no telefon Bank Islam Kubang Kerian. Kol. Lelaki jawab. Gua story.

"Oooo… kena wat report tu bey.. tunggu meta deh.. "

Dia letak ganggang, tubek muzik piano hiburkan gua. Baki makin susut.

3 minit dengar lagu, gua end call. Baki tinggal 1.30 sen. Hasan Ali punya Bank Islam. Gua dah mula ringan nak terajang mesin ATM tu. Tapi memikirkan malu sebab hanya RM201, gua tahan. Gua kol lagi Bank Islam Kubang Kerian. Berkali2, baru dapat.

Sebab suara gua dah mula keras, dia suruh gua ke Maybank Wakaf Siku. Report situ. Hati dah panas. Badan dah berpeluh. Air cond ATM pun rosak. Gua buka pintu Mazda, masuk dalam oven, start kereta. Menuju KB Mall.

Akalaa…. Jem pulak kat Bunut Payong. Gua rasa dah setengah masak dalam kereta. Tengok gu punya lengan. Sebijik ayam panggang madu Mok Nah. Peluh dah macam jimak 3 round. Rupa2nya jem sebab kereta beratur tengok eksiden tepi jalan. Nasha Bachok betul! Puiii! Ingat sarkas apa?

[4]
Sampai Maybank Wakaf Siku. Parking ikut suka. Pergi ke bahagian tanya.

"Adik kena report ke Bank Islam. Kan ke ATM tu Bank Islam. Nanti dia akan lampirkan ke kita."

Gua dah rasa nak jadi Hulk. Kecik jer gua tengok si tukang cakap tu.

"Masalahnya, Bank Islam kata system tu MEPS. Report ke Maybank pun takpa."

"Adik ambil borang ni."

Isi borang. Penyata takda.

"Sebab apa takda?"

"Sebab saya pilih tak mahu penyata." (Gua menyesal jadi pencinta alam sekitar).

"Ok. Ambil ini. G report Bank Islam."

"Pulak?"

"Kena report dua-dua. Dekat jer. Terus sikit lagi jer lagi."

[5]
Sampai Bank Islam.

"Tak perlu report 2 kali. Sebab system MEPS."

Gua diam. Sebelum ada orang makan penampar MEPS, baik gua bayangkan Wawa Zainal. Ulama sunni kata elak mudarat besar boleh dengan ambil dosa kecil. Cool Aduka.. cool.. RM200.. Malu jer. Bukan tak biasa susah.

"Saya nak buat report jugak."

"Takpala.. isi borang. Report Maybank ni, saya bagi awak semula."

Siap isi.

"Bila settle ni kak. Biar la RM200 pun. Tapi duit saya juga ni kak."

"Seminggu."

Yak!

[6]
Sampai opis.

"Kak.. kalau tak jadi pinjam 4 jam, tapi pinjam 4 minggu boleh ke?"

"Apsal pulak?"

"Pasal kulit saya Chinese look. Saya nak balik raya."

Sms masuk.

"Aduka. Ada setan dah nak mati. Sakit jantung."

Minta2 van jenazah dia air-rosak. Tinted masih basah.



Tiada ulasan: