Sabtu, 9 Februari 2013

Addin

Addin


Bekas Jeneral Bakal Sertai Pakatan Rakyat

Posted: 09 Feb 2013 07:06 AM PST

PKR dan PAS masing-masing akan menerima seorang anggota baru dari pasukan keselamatan apabila seorang lagi bekas jeneral dan seorang bekas pegawai tinggi polis akan menyertai parti berkenaan. Perundingan untuk mereka menyertai kedua-dua parti itu sudah dijalankan dan hampir beres.

PAS dijangka akan membuat pengumuman kemasukan bekas pegawai tinggi polis berkenaan dalam satu sidang akhbar selepas mesyuarat Jawatankuasa Agungnya sehari dua lagi. Manakala PKR pula sedang mengadakan rundingan di peringkat akhir dengan bekas jeneral berkenaan.

Menurut maklumat ibu pejabat PKR, rundingan akhir mengenai penyerataan bekas jeneral itu akan diadakan lewat petang ini manakala pengumuman kemasukan itu akan menyusul.

Sebelum ini sekurang-kurang dua pegawai tinggi tentera berpangkat panglima dan seorang pegawai tinggi polis telah menyertai Pakatan Rakyat, seorang melalui PKR dan seorang menerusi PAS. Penyertaan anggota pasukan keselamatan ini memberi suntikan semangat baru untuk PR.

Penyertaan bekas-bekas pegawai tinggi pasukan keselamatan ini juga menggambarkan perubahan besar dalam minda mereka terhadap pembangkang yang mana sebelum ini mereka dipaksa menyokong parti pemerintah tanpa boleh menyatakan apa-apa bantahan.

Penyertaan pegawai tinggi itu juga menyerlahkan bahawa pembangkang kini cukup berwibawa dan menjadi pilihan umum untuk menjadi kerajaan menggantikan Umno dan BN. ~mso


Ini Bukti Polis Bagi Arahan Huru Harakan Ceramah PR?

Posted: 09 Feb 2013 05:17 AM PST

SELANGOR 9 Feb: Satu rakaman video mesyuarat untuk membincangkan huru-hara ketika ceramah Anak di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor pada 4 Februari lalu tersebar di internet.Rakaman 15 minit itu dimuat naik ke Youtube dengan tajuk "Perancangan jahat 'Umno Untuk Serang Ceramah ANAK di Felda Sungai Tengi Terbongkar'.Ia memaparkan penerangan  pengerusi mesyuarat yang dipercayai Pengurus Felda Sungai Tengi, berhubung tindakan menghalang ceramah Presiden Anak, Mazlan Aliman.Antara lain, pengerusi mesyuarat tersebut berkata tindakan itu direstui pegawai polis.

"Gerak kerja kita, kalau dia (Mazlan) terlepas juga masuk sepertimana pegawai polis cakap tadi, kita buat seolah-olah macam membantah lah, kita buat huru hara,""Tapi jangan bergaduh, saya minta sangat lah jangan bergaduh.."Kenyataan itu segera disampuk salah seorang daripada mereka yang berkata "Kalau dah huru hara bergaduh jugak.." dan disambut ketawa mereka yang berada di situ.

Pengerusi Felda berkenaan kemudian menyebut arahan itu datang dari pegawai Polis Daerah Kuala Kubu Baru."Kalau dia buat ceramah tu kita buat bising lah, Itu yang pegawai polis daerah Kuala Kubu Baru, pesan kat saya tadi," katanya dipetik dalam rakaman itu sambil menambah ia dilakukan dengan tujuan membatalkan program tersebut.

Dalam pada itu maklumat di Facebook menyatakan mesyuarat itu dihadiri pengurusan Felda Sungai Tengi, Perkasa, Umno, Seranta dan Majlis Belia Felda.Pada 4 Februari lalu, Mazlan Aliman dilapor diserang kumpulan didalangi Umno ketika hendak memulakan ucapan di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor.

Mazlan berkata kira-kira 100 samseng membaling botol, kerusi, kun dan pelbagai objek lain. Malah mereka juga menumbuk dan menendang Unit amal Pas.Oleh kerana samseng-samseng berkenaan enggan beredar dan bimbang keselamatan hadirin, ceramah itu kemudian di batalkan. ~keadilandaily




Iklan C (ii)








Panas!! Mamat Pakistan Pun Dapat BR1M?

Posted: 08 Feb 2013 10:33 PM PST


Assalamualaikum King... sekadar ingin berkongsi maklumat... Pakistan jual karpet kat Mersing,Johor boleh dapat BR1M,,.. Bukan stakat BR1M 2.0....BR1M 1.0 pun dia dpt gak...

Aku agak muskil macamane warga asing yang berniaga kecil-kecilan kat m'sia ni boleh dapat BR1M ni....mohon siasat...

Ni aku bagi rakaman perbualan antara aku dengan mak aku tadi...kalo boleh disclose klip ni as audio aja,harap king cencored nama yang ada dalam perbualan ni...

Lhat video di sini.


~king of goblok


Iklan C (ii)








Panas!! Pencacai Umno Guna Treler Halang Ceramah PR

Posted: 08 Feb 2013 07:18 PM PST


Seorang facebooker melaporkan bahawa Jelajah Merdeka Rakyat di Kuantan telah dihalang oleh manusia-manusia yang berlainan pandangan politik.Beliau melaporkan tujuh buah treller digunakan untuk mengepung jalan di Bukit Kuantan menyebabkan DSAI membuat keputusan membatalkan program di sana.

Beliau turut melaporkan bahawa enam buah kereta team A telah dikepung oleh seteru politik.Anwar dijangka meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu rumah Hj Kassim di Bukit Setongkol (belakang restoran Sobariyah) menghadiri HiTea.



Seterusnya beliau akan ke  Surau Haji Ali, Kampong Tengah, Kuantan untuk mengadakan Takzirah Maghrib, dan ke Taman Berjaya Permai, Kempadang, Kuantan (berdasarkan jadual program HKR hari ini)Ni lah rupa orang-orangnya..... 

Semakin hari semakin terserlah siapa sebenarnya mereka..



Iklan C (ii)




Tiada ulasan: