Jumaat, 8 Februari 2013

Addin

Addin


Kantoi!! Pencacai Umno Ni Menyamar Jadi Ahli PAS.. Ini Buktinya

Posted: 08 Feb 2013 09:35 AM PST


Sekumpulan 20 orang lelaki yang pemalu mendakwa sebagai "mewakili para penyokong PAS Kuala Terengganu" telah mengadakan demonstrasi aman di hadapan Masjid Terapung Tengku Tengah Zaharah di Kuala Ibai, Kuala Terengganu semalam.

Kumpulan pemalu berseluar jean itu mahu pemimpin tertinggi PAS di peringkat pusat menyatakan pendirian tegas berhubung isu penggunaan kalimah Allah yang masih dibangkitkan DAP.

Punyalah pemalu para pendemo "ahli" PAS ini.. sampai terpaksa menutup wajah mereka dari dirakam.

Pada lazimnya kalau pejuang, pendokong, penyokong dan ahli PAS yang tulin, mereka tidak malu memaparkan wajah mereka malahan merasa bangga dan megah sekali, tetapi berlainan sedikit pada "demonstrasi" yang ini.

Berpakaian tidak seperti ahli PAS di Pantai Timur.

Perlu ingat.. kalau PAS yang menganjurkan demo bukan yang hadir setakat tak sampai 20 orang.. Paling kokak pun ratusan kalau bukan ribuan.

Kepada UMNO.. ini nasihat ikhlas Omakkau...Jangan ingat rakyat bodoh...Jangan nak hina dan perlekehkan kebijaksanaan rakyat.

YANG KELUARKAN FATWA HARAM UNDI DAP ITU SIAPA EK????

YANG GEMAR GUNAKAN PERKATAAN PAS PARASIT SIAPA EK????

~omakkau



Iklan C (ii)




Video Najib Cakap Macam Orang Mabuk Tersebar..

Posted: 08 Feb 2013 02:58 AM PST


Sila lihat dan dengar serta fahami fakta-fakta yang terdapat dalam video di bawah ini yang menjelaskan mengapa 'Air' menjadi satu masaalah di negeri Kelantan..

Antara fakta yang kelihatan seperti tindakan regime Zionist terhadap rakyat Palestine ialah sejurus selepas negeri Kelantan berjaya dikuasai oleh PAS pada tahun 1990 segala peruntukan untuk pembangunan air telah di sekat oleh UMNO/BN.

Dalam keadaan Negeri lain menerima peruntukan secara percuma, Kerajaan Negeri Kelantan diberikan pinjaman sebanyak RM600 juta yang didakwa oleh pemimpin UMNO sebagai pemberian percuma !

Saksikan!!

Lihat video di sini.

~anak sungai derhaka



Iklan C (ii)




Panas!! Sindiket Keluarga India Menyamar Masuk Islam Kini Berada Di Kuantan,Pahang

Posted: 07 Feb 2013 11:50 PM PST

Sebentar tadi Addin terima e-mel dari pembaca blog Addin. E-mel ini berkaitan pendedahan yang di lakukan oleh blog Manjung Mari pada Januari lepas.

Manjung Mari telah mendedahkan bagaimana satu keluarga India telah menyamar sebagai saudara baru cuba menipu umat Islam di sekitar Manjung, Perak.

Dan kini, keluarga India tersebut berada di Kuantan, Pahang. Menurut penghantar e-mel ini, individu yang sama didedahkan oleh Manjung Mari cuba menipu kariah surau beliau. Baca pendedahan penghantar e-mel ini..

Assalamualaikum
semoga addin sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT.
saya mohon jasa baik addin untuk menyebar luaskan lagi berita berkenaan satu keluarga india yang mengaku masuk islam ini... sebelum ini, cerita berkenaan keluarga ini saya baca di blog MANJUNGMARI bertarikh 8 jan 2013... alhamdulillah berita yang di siarkan itu lengkap disertakan gambar keluarga tersebut termasuklah kereta yang mereka naiki...

apa yang nak saya sampaikan di sini ialah saya dan jemaah surau di tempat saya (surau al ikhlas, taman kempadang perdana, kuantan, pahang). hampir di tipu oleh keluarga ini...

cerita bermula malam semalam selepas isyak....

salah seorang jemaah surau telah memanggil saya (kebetulan saya adalah bendahari surau) kerana ada seorang india di luar surau yang datang untuk meminta bantuan kewangan kerana ingin membawa sepupunya yang baru memeluk islam di johor untuk di bawa ke kelantan untuk belajar agama...

Pemuda india ini, mengaku telah memeluk agama islam dan dalam perjalanan membawa sepupunya yang baru di bawa "lari" dari johor (konon nya kerana takut di ketahui oleh keluarganya yang dia telah memeluk islam) untuk di bawa ke kelantan.  Pemuda ini menunjukkan satu surat ikrar memeluk islam dari jabatan agama johor (lihat lampiran).  
Apabila saya bertanyakan kepada beliau, "siapa yang dia bawa di dalam kereta ...?  beliau pun membawa saya dan dua orang jemaah surau untuk di perkenalkan dengan dua orang (seorang lelaki dan seorang perempuan) "sepupu" beliau.
Di sebabkan rupa beliau dan sepupu beliau itu ada iras dengan gambar yang di siarkan di dalam blog manjungmari, saya terus mengesyaki yang beliau cuba untuk menipu... saya pun mengarahkan dua orang sahabat saya itu untuk membawa ketiga2 nya ke dalam surau untuk menjamu selera (kebetulan kami baru selesai majlis tahlil dan doa selamat.) terlebih dahulu sementara saya balik ke rumah (kebetulan rumah depan surau) untuk mengambil "wang sumbangan".  Setelah saya mengambil no plat kereta yang di naiki (ABQ 8210), saya terus ke rumah dan membuat carian di dalam blog manjungmari...

Alhamdulillah, apa yang saya syak memang betul... namun, sebelum sempat saya memaklumkan kepada jemaah surau, pemuda india itu telah melarikan diri...

apa yang ingin saya maklumkan adalah supaya berita berkenaan keluarga india ini dapat di sebar luaskan sebelum mereka mengambil kesempatan lagi seperti yang telah berlaku di selangor dan juga di perak..

kesudian addin utk mengwar2kan berita ini, amat saya hargai. tk.


wassalam.


rosman mustaffa
019-9870487

Baca pula pendedahan blog Manjung Mari di sini.





Iklan C (ii)




Kantoi!! Video Perancangan Jahat Umno Untuk Gagalkan Ceramah Mazlan Aliman Tersebar..

Posted: 07 Feb 2013 10:30 PM PST


Pada 4 Februari yang lalu program ceramah oleh Pengerusia ANAK, Saudara Mazlan Aliman di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor dilaporkan telah diganggu oleh sekumpulan samseng-samseng upahan dipercayai dari UMNO, PERKASA dan juga MIC.

Tindakan yang tidak demokratik itu telah menyebabkan program tersebut terpaksa dibatalkan atas faktor-faktor keselamatan.Menurut saudara Mazlan ketika baru memberi salam, tiba-tiba hampir 200 orang yang dimaklumkan kebanyakkannya orang luar cuba menyerbu masuk membuat kecoh.

Mereka baling botol air, kerusi dan menjerit-jerit mahu beliau keluar dari tapak ceramah.Rakaman video di bawah adalah rakaman mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengurus Felda Sg Tengi yang dihadiri oleh Perkasa, UMNO, Seranta, Majlis Belia Felda dan lain-lain.

Agendanya ialah untuk menghalang Mazlan Aliman dan ANAK hanya semata2 ANAK kononnya pertubuhan haram.Mesyuarat kumpulan samseng ini akan di serah kepada Peguam ANAK untuk tindakan undang-undang...Saksikan apa perancangan mereka... ~anak sungai derhaka

Lihat video di sini.



Iklan C (ii)




Sebab Ni Raja Nong Chik Perlu Di Tolak Di Lembah Pantai

Posted: 07 Feb 2013 07:57 PM PST

KUALA LUMPUR 7 Feb: Skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), isu kontrak RM30 juta yang dianugerah kepada anak Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin dan banyak lagi penyelewengan Umno simbol ketamakan dan kebobrokan pemimpin parti itu, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.Beliau mengulas keyakinan Nong Chik, Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai bahawa skandal NFC yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil tidak akan menjejaskan peluangnya untuk merampas semula kerusi Parlimen Lembah Pantai dari KEADILAN.

"Semua pendedahan tentang penyelewengan adalah refleksi kepada BN, dan Nong Chik adalah simbol kepada BN. Dari situ rakyat boleh nilai kewibawaan dan integriti beliau," kata Naib Presiden KEADILAN itu.17 Mei lalu, Keadilan Daily melaporkan, Kementerian Belia dan Sukan menganugerahkan kontrak bernilai RM30 juta kepada Istijuara Sdn Bhd bagi projek memasang dan menyelenggara kelengkapan latihan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar, Johor.

Turut dilampir salinan surat tawaran rasmi daripada Kementerian Belia dan Sukan kepada Istijuara bertarikh 24 Ogos 2010 yang menunjukkan anak Nong Chik – Raja Farhana salah seorang daripada dua pengarah syarikat itu.Nong Chik yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, dalam kenyataannya pagi tadi turut menuduh Nurul Izzah kononnya lebih suka mengkritik berbanding berkhidmat untuk rakyat.

"Macam biasalah, ia hanya serangan negatif Umno yang menafikan hak saya untuk berkhidmat kepada rakyat. Mereka nafikan hak saya mendapat peruntukan RM2 juta setahun, penggunaan dewan, dan kerjasama dari DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur), juga akses kepada media," tempelak Nurul Izzah."Pembuli seperti Nong Chik guna taktik kotor untuk serang saya.

Dia juga menyalahgunakan kuasa sebagai menteri  memacakkan bendera BN di Lembah Pantai secara haram," tegasnya."Apa yang saya pegang ialah integriti dan amanah, itu paling penting. Walaupun dinafi hak, saya masih boleh menjalankan tugas dengan menggunakan elaun yang saya terima untuk berkhidmat kepada rakyat," katanya.

Pada pilihan raya umum lalu, Nurul Izzah membuat kejutan apabila menewaskan Shahrizat dan menawan kerusi Parlimen Lembah Pantai dengan kelebihan majoriti sebanyak 2,895 undi.Kini, kerusi itu bakal ditandingi Nong Chik sekalipun terpalit dengan skandal anaknya yang mendapat tender kontrak berbilion ringgit, selain isu rampasan tanah Kampung Baru. ~keadilandaily



Iklan C (ii)


Mahathir Makin Risau Umno BN Kecundang PRU13

Posted: 07 Feb 2013 06:52 PM PST

SHAH ALAM - Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menyifatkan dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Arab Spring akan berlaku di negara ini sebagai manifestasi beliau sahaja.Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, keadaan itu berlaku kerana Dr Mahathir takut pada perubahan yang akan berlaku selepas PRU13."Kenyataan itu menunjukkan mimpi ngeri beliau dan rasa takut yang Barisan Nasional (BN) tidak mampu berkuasa lagi."Beliau sengaja menggunakan pengaruhnya untuk menakutkan rakyat bahawa akan berlaku huru-hara," katanya.

Katanya, kewujudan NGO Bersih bukan daripada pemimpin PR tetapi kesedaran masyarakat yang ingin pilihan raya yang bersih dan adil.Dr Mahathir dalam kenyataannya di blognya mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan laksanakan Arab Spring jika gagal dalam PRU13.Beliau turut dakwa Anwar sengaja menggunakan Bersih bagi merealisasikan impiannya.

Menurut Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh, Dr Mahathir tidak sepatutnya berkata begitu kerana bukan jurucakap PR."Beliau bukan jurubicara PR dan bukan jurubicara untuk Anwar. Dr Mahathir sebagai bekas Perdana Menteri seharusnya lebih faham konsep demokrasi.

"Ini lah masalahnya bila dah lama sangat memerintah. Arab Spring tidak akan berlaku di Malaysia," tegas beliau.Sementara itu, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata, kenyataan yang dibuat Dr Mahathir sebagai tuduhan liar kepada Anwar.

"Kita sudah kata, PR tidak akan lakukan perubahan dengan cara yang ganas. Perubahan itu datang dari peti undi," katanya.Bagaimanapun, Tony berkata, kenyataan itu juga menunjukkan Dr Mahathir sendiri sudah hilang keyakinan terhadap BN dan percaya PR akan menang pada PRU13. ~sinar harian




Iklan C (ii)


Ketua Pemuda Umno Sertai KEADILAN

Posted: 07 Feb 2013 01:00 PM PST


BERA 8 Feb: 40 peneroka Felda termasuk Ketua Cawangan dan Ketua Pemuda Umno Triang 1, Bera keluar parti ekoran tidak puas hati dengan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH).

Kecewa dengan penipuan Felda, kumpulan itu menganggotai KEADILAN dalam majlis penubuhan Ranting Felda Triang 1, dekat sini, malam tadi sempena kemasukan mereka.

Borang keahlian diserahkan kepada Ketua Cabang Bera, Abas Awang. Hadir sama, Timbalan Ketua Cabang, Bob Manolan.

Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN, Suhaimi Said berkata, peneroka terbabit yang juga ahli Umno kecewa ditipu janji manis Felda berhubung FGVH.

"Banyak perkara peneroka tak setuju, antaranya FGVH. Sebelum ini Felda menjanjikan kekayaaan dan kesenangan kepada peneroka tetapi apa yang mereka dapat hanya bebanan hutang," katanya ketika dihubungi.

Menurut Suhaimi, antara punca lain mendorong peneroka kawasan tersebut menyertai KEADILAN kerana pemimpin Umno peringkat pusat dan bahagian Bera tidak bersunguh-sungguh peduli nasib peneroka.

"Kelmarin, peneroka Felda Triang 2 berdemo tak puas hati dengan gaji yang mereka terima. Sebelum ini mereka tak kisah mengenai kebajikan kerja tetapi sejak tanah mereka digadai kepada FGVH, mereka rasa teraniaya, lebih-lebih lagi bila KWSP dan Socso tidak disedia," jelas Suhaimi.

Suhaimi yakin dengan perkembangan ini, peluang kemenangan cerah di Triang 1 dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemayam dalam pilihan raya umum nanti.

"Harapan cerah untuk menang. Kita sebelum ini meramalkan peluang 50-50 tetapi dengan kesedaran yang kian meningkat, kita yakin pengundi semakin berpihak kepada Pakatan Rakyat," katanya.

"Ini hanya permulaan, ramai lagi yang akan menyertai kita (KEADILAN) selepas ini," tambah Suhaimi.

"Pada 17 Februari, dua lagi Ranting akan dirasmikan di Kampung Kuala Tahan, dalam DUN Tahan. Dijangka 200 kemasukan ahli baru di sana," jelasnya. ~keadilandaily



Iklan C (ii)




Tiada ulasan: