Addin |
- Makin Tua Mahathir Makin Merapu.. Ini Buktinya
- Panas!! Deepak Yakin Pegawai PM Ada Semasa Altantuya Di Bunuh
- Dr. Asri Belasah Ulama Umno Lagi.. Saksikanlah!!
- Berita Baik Ni Pasti Tak Di Keluarkan Oleh RTM, Utusan Dan TV3..
- Gempar!! Ceramah anjuran Perkasa dan Jati lebih banyak kerusi dari orang yang hadir.. Tengokle..
- (Video) MP Kelana Jaya Dedah Sistem Kehakiman Masih Korup
- Rumah Exco Kelantan Di Pecah Masuk, Pegawai Polis Muka Ketat Ambil Keterangan
- Bekas Ketua Pemuda Umno Saran Undi Tak Percaya Pada Najib
- Najib Tabur Janji Lagi, Tanjung Agas Terbengkalai Kini Gebeng Pula
- (Video) Ali Rustam Nyanyi Lagu 'Undi BN' Di Majlis Penyampaian BR1M 2.0
Makin Tua Mahathir Makin Merapu.. Ini Buktinya Posted: 06 Feb 2013 08:48 AM PST KUALA LUMPUR - Pas tidak berani keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) kerana bergantung kepada DAP, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau berkata, parti yang memperjuangkan Islam itu akan kekal bersama PR kerana 'menyayangi Karpal'. "Jika Pas keluar daripada PR, parti itu akan kalah. Dia (Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) meraikan hari jadi bersama Karpal (Pengerusi DAP, Karpal Singh) dan menyambut perayaan Thaipusam bersama. "Mereka tidak berani keluar PR, Nik Aziz bercerai dengan Nasha (Nasharudin Mat Isa) tetapi dia tidak mahu bercerai dengan DAP," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Buku bertajuk Antarctica: Malaysia's Journey to the Ice di sini, hari ini. Semalam, Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok meminta Pas keluar daripada PR. ~sinar harian | ||
Panas!! Deepak Yakin Pegawai PM Ada Semasa Altantuya Di Bunuh Posted: 06 Feb 2013 06:38 AM PST KUALA LUMPUR 6 Feb: Ahli perniagaan kontroversi, yang mendedahkan kaitan Datuk Seri Najib Razak dan isteri dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, Deepak Jaikishan mendakwa hampir 100 peratus yakin ada pegawai Perdana Menteri semasa wanita Mongolia itu dibunuh. "Saya 90 peratus yakin, pegawai dan pengawal keselamatan Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor berada di lokasi Altantuya dibunuh," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, bersama pemimpin parti itu, tengahari tadi. Ditanya lanjut berkenaan dakwaannya itu, beliau menjelaskan keyakinan tersebut berasas hubungan baik dengan Rosmah yang dianggap sebagai kakak. "Memang saya tidak ada di tempat kejadian tetapi berdasarkan hubungan rapat saya dengan keluarga Perdana Menteri, saya yakin saya kenal mereka yang terlibat," kata Deepak. Ditanya lagi bagaimana beliau mengenali pegawai terlibat sedangkan beliau tiada di tempat kejadian, Deepak sekali lagi menegaskannya. "Walaupun saya tiada di situ, saya pasti 90 peratus," katanya. Beliau turut mempersoal kehadiran pegawai terbabit di tempat Altantuya dibunuh. "Jika dilihat secara logik, apakah tujuan pegawai-pegawai perdana menteri dan isteri berada di lokasi pembunuhan seorang warga asing jika ia tidak berkaitan tugasan mereka," kata Deepak. Altantuya dibunuh secara kejam pada 2006 di kawasan hutan di Puncak Alam. Kepalanya ditembak dan selepas itu badannya diletupkan dengan bom C4 yang biasa digunakan anggota tentera dalam operasi mereka. Dua pegawai polis yang menjadi pengawal pengiring Perdana Menteri dibicarakan dan didapati bersalah dalam kejadian itu dan dijatuhkan hukuman bunuh. Beberapa bulan lalu, Deepak dalam siri pendedahannya mendakwa beliau terlibat dalam membantu Najib dan Rosmah dalam menyiapkan akuan bersumpah kedua P Balasubramaniam (PI Bala) yang menafikan pengakuan dalam SD 1 dibuat penyiasat persendirian itu. Kematian Altantuya terus dikaitkan dengan skandal pembelian kapal selam Scorpene melibatkan komisen lebih RM500 juta dibayar kepada syarikat milik rakan baik Perdana Menteri, Abdul Razak Baginda. Dalam pertemuan bersama Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar itu, Deepak turut membawa bukti-bukti penglibatan Perdana Menteri dan isteri dalam beberapa penyelewengan khazanah dan harta negara. Antara isu ditimbulkan Deepak adalah bukti campur tangan Najib dalam pengambilalihan secara paksa Astacanggih Sdn Bhd, syarikat miliknya oleh Boustead Holdings Berhad dan penjualan lapangan terbang di Sungai Besi oleh Lembaga Tabung Angkatan Malaysia (LTAT). Selain itu, beliau menyentuh salah guna kuasa tentera oleh Menteri Pertahanan, Datuk Zahid Hamidi dan mendakwa didalangi oleh Perdana Menteri. "Saya ada surat-surat dan semua dokumen Akta Rahsia Rasmi (OSA) yang sah, mereka tak boleh lawan kebenaran," tegas usahawan permaidani itu. Menurutnya, selepas siri pendedahan 'top-secret' olehnya, beliau berkali-kali ditekan memaksanya mendapat jaminan imuniti bagi membolehkan lebih banyak pendedahan membabitkan pemimpin nombor satu negara. Beliau hari ini berjaya mendapatkan sokongan daripada PAS dan peguamnya bagi tujuan itu selepas pertemuan kira-kira satu jam. Pertemuan itu turut dihadiri Penolong Setiausaha PAS, Dr Syed Azman Syed Nawawi, Ahli Jawatankuasa PAS, Dr Dzulkefly Ahmad dan Asmuni Awi yang juga peguam. Asmuni menyatakan kesediaan menulis surat kepada Peguam Negara bagi membolehkan Deepak mendapat imuniti di bawah Seksyen 2 (b) yang memberi perlindungan kepada saksi. ~keadilandaily | ||
Dr. Asri Belasah Ulama Umno Lagi.. Saksikanlah!! Posted: 06 Feb 2013 05:01 AM PST Inilah kenyataan Dr. Asri di tweeternya.. Di mana ulamak Umno boleh tolong jawab kan? Jangan duduk sedap menhentam orang kena kat batang hidung sendiri buat tak tahu pulak. Dr. Asri bidas ulamak Umno.. bila buat demo kata haram tapi bila pemimpin jemput PSY dari Korea mereka berdiam diri. Sebenarnya mereka-mereka bukannya ulamak tapi ular dalam semak. Wajarkah ini berlaku.. jom kita ubah.. | ||
Berita Baik Ni Pasti Tak Di Keluarkan Oleh RTM, Utusan Dan TV3.. Posted: 06 Feb 2013 03:21 AM PST SHAH ALAM 6 FEB: Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM70.4 juta sepanjang lima tahun ini khusus bagi bantuan pendidikan untuk rakyat di Selangor. Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, sehingga 31 Disember tahun lalu, sejumlah RM32.1 juta diperuntukkan untuk Hadiah Pengajian Intitut Pengajian Tinggi (HPIPT) kepada 32,130 anak negeri Selangor yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Katanya, program yang dimulakan sejak 1 Julai 2008 lalu diuruskan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) menerima sebanyak 45,164 permohonan daripada pelajar dan hanya permohonan yang menepati syarat dan lengkap sahaja layak dipertimbangkan untuk proses pemberian HPIPT sebanyak RM1,000. Manakala, sebanyak RM38.3 juta pula diperuntukkan untuk Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri yang diberikan kepada 4,770 orang pelajar sejak lima tahun kebelakangan ini. Dr Halimah berkata, seramai 758 pelajar diberikan pengurangan dan pelupusan bayaran balik atas sebab Penilaian Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) yang cemerlang mulai tahun 2004 hingga 2012. Katanya, sejumlah RM5.05 juta jumlah pinjaman pelajaran yang dilupuskan sejak lapan tahun lalu. "Bagi PNGK di antara 3.75 hingga 4.00 pinjaman diubah kepada biasiswa penuh dan bagi 3.49 hingga 3.74 diberi kadar pengurangan pinjaman sebanyak 50 peratus dan bagi 3.20 hingga 3.49 diberi pengurangan sebanyak 25 peratus," katanya dalam sidang media di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah petang tadi. ~selangorku | ||
Gempar!! Ceramah anjuran Perkasa dan Jati lebih banyak kerusi dari orang yang hadir.. Tengokle.. Posted: 06 Feb 2013 02:15 AM PST Ceramah anjuran PERKASA dengan kerjasama JATI di Taman Cempaka Sari 3, Jalan Hj Sirat Klang malam tadi dengan pencaramah-penceramah "hebat" dari JATI Ustaz Hassan Basri dan Exco Pemuda UMNO merangkap Ketua Unit Pemidato Pemuda UMNO dan Ahli Pemikir JASA, Lokman Adam atas tajuk JOM TOLAK PAKATAN telah menjadi JOM TOLAK UMNO/BN. Kehadiran yang boleh dibilang dengan jari.. Turut hadir Omakkau nampak ialah Pengerusi GAPS dulu orang kuat PKR yang selalu buat bising menyalak berdemo depan bangunan SUK kononnya rakyat dah tolak kepimpinan TS Khalid Ibrahim isu rumah murah PKNS. Banyak kerusi kosong dari diisi dengan penghuni. Sampaikan Lokman Adam macam tidak bersemangat nak memberikan ucapan walaupun suasana sebegini sudah menjadi lumrah kepada beliau. Makin nak dekat PRU makin rakyat menyepi dan meminggirkan ceramah-ceramah UMNO/BN. Petanda jelas, rakyat sudah tolak UMNO secara total. ~omakkau | ||
(Video) MP Kelana Jaya Dedah Sistem Kehakiman Masih Korup Posted: 05 Feb 2013 09:45 PM PST MP Kelana Jaya Loh Gwo Burne yang meraih populariti selepas mendedahkan klip video VK Lingam pada 2007, hari ini mendedahkan satu lagi video yang didakwa menunjukkan bahawa badan kehakiman mudah terlibat dengan rasuah.Video berkenaan direkodkan bapanya, Mui Fah beberapa tahun lalu semasa pertemuan dengan seorang akauntan untuk membincangkan satu kes sivil melibatkan beliau dan bapanya itu. Klip video sepanjang dua minit itu antara lainnya menunjukkan Mui Fah bercakap mengenai hubungan akauntan tersebut dengan seorang yang dinamakan sebagai "W" yang didakwa sebagai seorang hakim kanan."Anda amat mengenali W. Dia kawan baik anda! Jadi anda boleh minta W tolong," kata Mui Fah."Ya... tapi tidak perlu. J ada di situ! Kawan baik saya. J, broker licik saya sejak lama," jawab akauntan tersebut.Nama samaran "W" dan "J" itu tidak didengar daripada klip video berkenaan kerana disunting, namun dinyatakan dalam transkrip yang diedarkan Gwo Burne. Gwo Burne mengakui bahawa bapanya sengaja "mengenakan" akauntan tersebut sebagai satu jaminan, selepas akauntan berkenaan menyebut mengenai hubungan dengan seorang hakim kanan. ~mkini Lihat video di sini. | ||
Rumah Exco Kelantan Di Pecah Masuk, Pegawai Polis Muka Ketat Ambil Keterangan Posted: 05 Feb 2013 08:45 PM PST TUMPAT–Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi, Datuk Che Abdullah Mat Nawi kerugian RM25,000 apabila rumahnya di Taman Mimi, Wakaf Bharu dipecah masuk awal pagi semalam.Isterinya, Datin Saleha Yaakob berkata, dia percaya kejadian itu berlaku antara jam 4 pagi hingga 4.30 pagi ketika dia sekeluarga sedang tidur nyenyak."Ini kejadian yang ketiga kali rumah kami dipecah masuk sejak mendiami rumah ini lapan tahun lalu. Akibat kejadian itu wang tunai RM500, gelang emas, cincin perkahwinan saya dan cincin pusaka lesap dikebas pencuri tersebut," katanya.Saleha berkata, dia menyedari rumahnya dimasuki pencuri kira-kira jam 5 pagi selepas bangun dari tidur untuk menunaikan solat subuh. "Saya perasan laci almari terbuka, lalu saya memeriksa dan mendapati bekas tempat simpanan cincin hilang."Curiga dengan kehilangan cincin tersebut, saya periksa semua tingkap dan pintu dan syak ada pencuri masuk. Mungkin pencuri itu panjat balkoni dan masuk melalui tingkap bilik tidur di tingkat atas," katanya. Menurutnya, beg tangannya yang mengandungi wang RM500 yang hilang itu dijumpai di belakang rumah, ditinggalkan pencuri bersama dokumen penting yang lain. Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Sharipudin Yusof ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut."Siasatan dilakukan untuk mengenal pasti suspek dalam kejadian tersebut," katanya. ~sinar harian | ||
Bekas Ketua Pemuda Umno Saran Undi Tak Percaya Pada Najib Posted: 05 Feb 2013 07:22 PM PST KUALA LUMPUR: Ahli Umno dicadang supaya membuat undi tidak percaya kepada Datuk Seri Najib Razak ekoran kegagalannya dalam menguruskan negara ini. Mohd Soberi Shafii (gambar), bekas Ketua Pemuda Umno Ketereh dalam kenyataannya kepada Harakahdaily berkata, kegagalan Najib mentadbir negara dan Umno memalukan seluruh ahli Umno. "Bila Najib ke Kelantan baru-baru ini sekali lagi Najib memalukan Umno apabila membuat janji yang telah dibuat oleh Pak Lah sebelum ini," kata Soberi.Menurut Soberi, akibat kesilapan yang dilakukan oleh Najib kini menyebabkan Umno dan BN diambang kekalahan yang memalukan dalam sejarah negara. Ketika melawat Kelantan baru-baru ini, Najib membuat 7 Janji kepada rakyat Kelantan.Akibat dari janji-janji itu, Najib dan Umno dipermain-mainkan oleh rakyat Kelantan. Pelbagai pihak menjadikan 7 Janji itu sebagai bahan tulisan masing-masing dengan mempermainkan Najib. Akibatnya, ahli Umno di Kelantan sendiri merasa malu dengan 7 Janji Najib itu, kata Soberi yang juga bekas Setiausaha Kerja Pemuda Umno Kelantan. | ||
Najib Tabur Janji Lagi, Tanjung Agas Terbengkalai Kini Gebeng Pula Posted: 05 Feb 2013 06:01 PM PST KUANTAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diingatkan tidak terlalu ghairah mengumumkan janji projek mega baru sedangkan projek yang diumumkan sebelum ini masih belum terlaksana. Penganalisis politik negeri Pahang, Syed Ali Badaruddin Al-Habsyi mengulas tindakan Najib yang melancarkan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP), berjumlah RM10.5 bilion di Kawasan Perindustrian Gebeng di sini semalam. Katanya, sedangkan projek mega Taman Industri Minyak, Gas dan Logistik Tanjung Agas (TAOGLIP) yang dianggarkan bernilai RM8 bilion di parlimen Pekan yang dijanjikan Najib dahulu, terus gagal dilaksanakan. "Dulu Najib bukan main gah mengumumkan projek mega di Tanjung Agas kerana janji awalnya bakal memberi nikmat besar kepada penduduk termasuk 3,000 peluang pekerjaan baru di samping menyediakan peluang perniagaan. "Harapan penduduk Pekan pada masa itu bukan main ghairah kerana daerah mereka diuar-uarkan bakal setanding dengan bandar-bandar besar seperti Kelang apabila siapnya projek raksasa di Zon Ekonomi Khas Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Ecer) itu. "Namun setelah hampir tiga tahun diumumkan Najib, projek yang kononnya menerima pelaburan dari Korea di atas tanah seluas 4,700 ekar itu yang siap hanyalah lebuh raya yang rosak teruk sepanjang 15 kilometer menghubungkan Jalan Pekan-Rompin ke tapak projek," ujarnya. Syed Ali berkata, sekarang Najib berjanji pula satu lagi projek mega hasil pelaburan dari China di Gebeng. Najib dalam ucapan perasmiannya hari ini berkata, MCKIP berjaya menarik komitmen pelaburan berjumlah RM10.5 bilion yang akan mewujudkan 8,500 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Katanya, daripada jumlah pelaburan itu, lebih daripada RM4 bilion akan direalisasikan menjelang tahun 2015. Syed Ali menjelaskan, kebimbangan orang ramai ialah projek yang dijanjikan Najib hari ini menerima nasib yang sama seperti di Tanjung Agas. "Kalau nak tahu, sekarang ini orang-orang kampung tradisi di Tanjung Agas dan Orang Asli sekitarnya yang dulu kerja mereka mengutip kerang, ketam dan kepah kini terpaksa menyara hidup dengan mengutip sisa pepejal Alam Flora dekat di Permatang Keledang, dua kilometer dari situ. "Mereka yang mencari rezeki melalui hasil laut itu dah tak boleh masuk dengan bebas ke Tanjung Agas kerana dipagar dan dikawal. Batu pemecah ombak yang dibina panjang pula menghalang nelayan. Akhirnya terpaksa mencari rezeki dengan memilih dan menjual sampah pula," katanya. Sementara itu Syed Ali tidak menolak andaian projek MCKIP bertujuan politik menjelang pilihan raya umum (PRU) iaitu untuk mengembalikan keyakinan masyarakat Cina bahawa Lynas yang juga terletak di Gebeng tidak bahaya setelah mendapat bantahan keras. "Kita kena sedar kawasan Gebeng terletak dalam Dewan Undangan Negeri Beserah dan dalam Parlimen Indera Mahkota yang mana kedua-dua kerusi berkenaan di kuasai Pakatan Rakyat. Sebab itu ada kemungkinan projek itu bersifat politik untuk kembalikan kepercayaan dan undi penduduk untuk BN. "Sebab saya fikir dalam iklim kemuraman ekonomi seluruh dunia sekarang, tidak mungkin mana-mana negara berani melabur dengan begitu besar tanpa jaminan pulangan," katanya. Namun begitu, Syed Ali percaya orang-orang Cina tidak mengubah pendirian mereka kerana bagi masyarakat itu keselamatan daripada bahaya Lynas lebih diutamakan walaupun telah membudayakan ekonomi dalam kehidupan mereka. ~harakahdaily | ||
(Video) Ali Rustam Nyanyi Lagu 'Undi BN' Di Majlis Penyampaian BR1M 2.0 Posted: 05 Feb 2013 05:47 PM PST Gambar dan video ni di kirim oleh pembaca blog Addin, sungguh tak di sangka begini tahapnya keintelektualan seorang yang di gelar Ketua Menteri. Sanggup ambil kesempatan semasa penyerahan BR1M 2.0 baru-baru ini. Mengikut pengirim tersebut, kejadian ini berlaku semasa penyerahan BR1M 2.0 di kawasan DUN Bukit Baru, Melaka yang di wakili oleh Ali Rustam pada 5 Februari 2013. Menurut pengirim, sebelum penyerahan wang BR1M 2.0 Ali Rustam memulakan ucapan dengan membandingkan pencapaian Malaysia dengan Filipina. Ali Rustam juga berkata, Malaysia lebih baik dari segi kadar kemiskinan dengan Filipina. Malaysia telah memberi pelbagai subsidi kepada rakyat jesteru itu rakyat perlu kekalkan pemerintahan yang sedia ada. Akhir sekali, Ali Rustam menutup ucapannya dengan nyanyian lagu 'undi BN'.. Tak percaya? lihatlah video lawak di bawah..
|
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan