Selasa, 5 Februari 2013

Addin

Addin


Ustaz Nasha Kini Agen Umno

Posted: 05 Feb 2013 08:23 AM PST

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berkata, DAP sudah jelas mencabuli dasar hormat-menghormati yang dijalin melalui 'tahaluf siyasi' apabila ia secara terang mencabar beberapa asas dan dasar perjuangan Pas.

Tahaluf siyasi bermaksud kerjasama badan Islam dengan pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam dalam perjuangannya, bagi mencapai matlamat sama.

Beliau berpendapat tindakan itu adalah satu sikap yang tidak menghormati semangat kesepakatan antara parti yang sekaligus menandakan mereka tidak ikhlas dalam bertahaluf dengan Pas.

"Tahaluf siyasi yang disepakati oleh Pas pada peringkat awal tertubuhnya pakatan pembangkang bersetuju untuk menghormati dasar parti masing-masing," katanya dalam lintas langsung eksklusif melalui BH Online bertajuk 'Mengupas Kemelut Dalaman Pas' hari ini.

"Tetapi kelihatan mutakhir ini, dasar hormat-menghormati ini sudah tercabar dengan DAP secara khususnya secara terang mencabar beberapa asas dan dasar perjuangan Pas," katanya.

Menjawab pertanyaan faktor yang menyebabkan Pas telah keluar dari landasan perjuangannya, Nasharudin berkata, mungkin keadaan itu berlaku kerana tuntutan politik semasa yang kelihatan begitu mendesak bagi Pas meraikan tuntutan berkenaan.
  
"Akibatnya, kelihatan beberapa pendirian dan dasar Pas terpaksa diolah mengikut kehendak itu yang mengakibatkan persepsi yang timbul adalah Pas lari daripada landasan perjuangannya," katanya yang sedang menerima rawatan fisioterapi sakit belakang dan berkaitan saraf di sebuah pusat perubatan swasta, di sini.

Ditanya sama ada majoriti undi orang Islam akan berubah kepada Pas apabila parti itu bersendirian, beliau berkata, kekuatan Pas terletak kepada agenda perjuangan Islamnya yang menjadi sebab penubuhan Pas.

"Jadi, saya melihat kalau sekiranya Pas itu bersendiri, Pas akan lebih bebas untuk melaksanakan agenda terbabit," katanya sambil menambah sudah ada banyak suara yang merasakan Pas akan lebih terserlah jika bersendirian.

Berhubung laporan mengenai Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang seolah-olah marah kepada beliau, Nasharudin berkata, memang ada timbul tanda tanya pada dirinya tentang sikap Mursyidul Am itu terhadap beliau.

"Sejak daripada isu kerajaan perpaduan yang timbul satu ketika dulu, sehinggalah hari ini. Saya tidak tahu apa puncanya, namun saya masih menghormati beliau sebagai pimpinan tertinggi parti," katanya sambil memberitahu sehingga saat ini masih belum menerima sebarang hitam putih mengenai pemecatan beliau.

Ditanya sama ada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim pernah campur tangan dalam urusan dalaman Pas, beliau berkata, mungkin ada, dan itu tidak sepatutnya berlaku.

Mengenai pandangan beliau terhadap Anwar dan perjuangan yang dibawa olehnya, beliau berkata, berbangkit beberapa isu berkaitan Anwar yang menimbulkan keraguan.

"Saya berpandangan sebagai ahli Pas, sudah tentu kepimpinan tertinggi parti saya sebagai calon terbaik untuk memimpin," katanya.

Mengenai gambar beliau bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Mekah Ogos lepas, Nasharudin berkata, beliau menyertai banyak rombongan rasmi sebagai anggota Parlimen ke luar negara, termasuk secara kebetulan bersama perdana menteri.

Katanya, menyertai rombongan ke luar negara adalah tugas sebagai Ahli Parlimen untuk mewakili negara ke beberapa persidangan dan program.

"Saya pernah keluar negara dengan menteri, dengan speaker Parlimen dengan anggota Parlimen dan secara kebetulan, mutakhir ini dengan perdana menteri," katanya.

Kehadiran Nasharudin yang dilihat bersama Najib semasa pertemuan dengan beberapa ulama selepas sidang kemuncak luar biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menimbulkan pelbagai tanggapan pihak tertentu dalam Pas berhubung pendirian beliau.

Ditanya sama ada akan menerima pelawaan Umno untuk menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang sekiranya Pas memecat beliau, Nasharudin berkata, beliau tidak pernah dan belum pernah menerima sebarang pelawaan daripada Umno
untuk menjadi calon PRU13.

Sementara itu, Nasharudin berpendapat isu kalimah ALLAH yang dimainkan oleh pimpinan DAP adalah sekadar untuk meraih undi daripada mereka yang beragama Kristian.

"Pada pandangan saya, yang mereka mahukan sekadar meraih undi daripada rakan-rakan kita yang beragama Kristian. Karpal Singh yang kuat bersuara pun pada hemat saya, bukan beragama Kristian. Jadi, apa perlunya Karpal Singh bersuara dalam isu ini sedangkan dia sendiri tidak beriman dengan Kristian," katanya.

Beliau berkata, isu kalimah ALLAH harus dipertahankan daripada digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat Islam.

"Bagi saya, ia adalah isu akidah yang menjadi tanggungjawab kita semua," katanya yang mahu keputusan Majlis Syura Ulama ditaati dengan sepenuhnya oleh semua anggota dan pemimpin Pas. ~bernama



Iklan C (ii)



Kantoi!! Akhirnya Nazri Aziz Mengakui Media Perdana Jadi Alat Umno BN

Posted: 05 Feb 2013 04:13 AM PST

KUALA LUMPUR 5 Feb: Jawatankuasa Penilaian Pilihan Raya Muslim Eropah mendedahkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mengakui media arus perdana memang alat untuk kerajaan Umno BN.

Wakil jawatankuasa itu, Drs Fadime Orgu menjelaskan, kenyataan tersebut dinyatakan Nazri ketika pertemuan mereka di Parlimen, tengah hari tadi."Pimpinan pembangkang ketika kami temui hampir semua menyatakan tentang tidak ada kesamarataan media dan pembangkang tidak diberi ruang langsung untuk menjelas agenda mereka dalam media arus perdana terutama menjelang pilihan raya.

"Kami bertanya kepada Nazri, mengapa tidak diberi sebarang liputan kepada pembangkang.Fadime (tengah), bersama Zoulhair dan Fuziah di ibu negara hari ini."Beliau menjawab, Malaysia tidak sama dengan negara lain. 

Media awam arus perdana (TV3,Utusan) sememangnya alat untuk kerajaan," katanya pada sidang media di sebuah hotel di ibu negara, petang tadi, ditemani rakannya, Zoulhair Amri.

Menurut Fadime, Nazri juga menyatakan kesudiannya untuk membuat penyelidikan berkenaan proses pilihan raya yang tidak telus."Kami bertanya kepada beliau tentang pendedahan berhubung pilihan raya yang berjalan tidak bersih dan tidak adil.

"Beliau menyatakan bahawa penyelidikan 'akan' diadakan mengenai permasalahan tersebut," kata bekas Ahli Parlimen Belanda itu.Tambahnya, perkembangan beberapa pergerakan di Malaysia semakin lebih baik.

"Dalam siri pertemuan dengan beberapa pemimpin pembangkang dan NGO, kami dapati perkembangan demokrasi di sini semakin baik."Beberapa pergerakan yang berlaku di Malaysia contohnya seperti Bersih, pergerakan memperjuangkan hak alam sekitar dan gerakan dari mahasiswa merupakan perkara yang positif untuk negara.

"Kami akan menyiapkan laporan penuh pemerhatian selama tiga hari di Malaysia ini dalam masa beberapa minggu lagi," ujarnya.Turut hadir Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh dan Pengarah Hal Ehwal Parlimen Pejabat Ketua Umum KEADILAN, Abdul Malek Hussin. ~keadilandaily



Iklan C (ii)



Terbaru.. Maahad Tuan Guru Haji Hadi Di Rusila Terbakar

Posted: 05 Feb 2013 02:06 AM PST


Assalamualaikum, Takziah diucapkan kepada semua... pihak Pengurusan, tenaga pengajar serta pelajar Maahad Darul Quran Rusila diatas kebakaran asrama pelajar lelaki sebentar tadi. Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa yang berlaku.

Insya'Allah asrama ini akan dibangunkan secepat mungkin.

Kepada semua dermawan boleh menyumbang terus ke akaun Bank Muamalat : 13010004244716 (Unit Pembangunan MDQ) atau Bank Islam Malaysia : 13017010080345 (Dana MDQ).
Terima Kasih.


Ayah Chik meninjau keadaan kebakaran asrama bersama anggota Polis....




Mohon doa sahabat.. Kebakaran blok B, C dan D sekarang.... Mohon bantuan dan doa semua....

Innalillah..


~ FB



Iklan C (ii)



PKR Buat Kerja Bodoh.. Saksikanlah!!

Posted: 04 Feb 2013 11:57 PM PST


Tiga penari separuh bogel telah dilaporkan dijemput untuk mengadakan persembahan selama tiga jam dalam satu majlis menyambut Tahun Baru Cina oleh PKR Kulim Sabtu lalu..
Persembahan selama tiga jam oleh tiga penari wanita mendedahkan belakang dan perut mereka telah diatur oleh Exco Kerajaan Negeri dan ADUN PKR Kulim Lim Soo Nee untuk menangkis dakwaan bahawa kerajaan negeri telah mengeluarkan satu garis panduan menyekat persembahan awam semasa Tahun Baru Cina.

Lim juga menjemput Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek untuk merasmikan acara itu dan menyaksikan sendiri bahawa persembahan panas seperti itu dibenarkan dalam PAS memerintah Kedah.

Tujuannya nampak baik.. tapi bila dilaksanakan ianya nampak sebagai satu kerja bodoh.. Kenapa perlu dilayan kenyataan bintang porno itu?

Mungkin ada yang mengatakan tidak menjadi masaalah bagi PKR untuk menganjurkan persembahan seperti itu kerana PKR merupakan parti yang ahlinya terdiri dari berbilang bangsa..

Tapi.. bangsa apa yang ada dalam PKR mewarisi tarian separuh bogel itu?? ~anaksungaiderhaka



Iklan C (ii)



Kantoi!! Utusan Sedia Minta Maaf Kerana Fitnah MP Indera Mahkota

Posted: 04 Feb 2013 09:38 PM PST

KUALA LUMPUR 5 Feb: Keputusan kes saman fitnah Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail terhadap Utusan Malaysia ditangguh sekali lagi ke 18 Februari ini untuk menentukan jumlah bayaran ganti rugi dan permohonan maaf oleh akhbar kawalan Umno itu.

Keputusan kes itu sepatutnya diumum hari ini, tetapi terpaksa ditunda kerana salah seorang ahli lembaga pengarah Utusan tidak hadir.Bagaimanapun, menurut Azan, Utusan sedia membayar gantirugi dan permohonan maaf seperti yang dituntut sebelum ini, dan akan ditentukan pada tarikh yang ditetapkan.


Kita tak mendesak untuk mencapai keputusan cepat, jadi tak apa. Kita tunggu 18 Februari, untuk mengetahui jumlah gantirugi yang Utusan perlu bayar, beserta permohonan maaf yang mereka setuju untuk buat," jelas Azan mengulas penangguhan tersebut, di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Pengerusi KEADILAN Terengganu itu memfailkan saman fitnah berjumlah RM29 juta terhadap editor, Zulkiflee Bakar danUtusan pada April 2010 ekoran penyiaran artikel bertarikh 6 Mac yang mendakwa beliau keluar KEADILAN dan turut meletakkkan gambarnya bersama ahli politik yang keluar sebelum itu.

Pada 8 Mac 2010, Utusan sekali lagi menyiarkan berita kononnya Azan tidak keluar KEADILAN tetapi meletak semua jawatan termasuk sebagai Timbalan Pengerusi KEADILAN Terengganu dan Pengerusi Biro Keahlian Negeri ketika itu.Azan diwakili peguam, A Vasudevan. ~keadilandaily




Iklan C (ii)



Bekas Pelakon Popular Dapat Pembelaan Dari Kerajaan Negeri Selangor

Posted: 04 Feb 2013 07:59 PM PST


KUALA LUMPUR 5 FEB : Kerajaan Negeri menghulurkan sumbangan berjumlah RM4,000 kepada pelawak veteran, Datuk Yahya Sulong yang kini ditempatkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Setiausaha Persatuan Lawn Bowl Selangor, Hamzah Sajadi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Selangor.

Pemberian ini atas dasar tanggungjawab sosial dan prihatin Kerajaan Negeri berkenaan masalah kesihatan yang dialami.

Yahya, 84, mengidap asma dan sakit paru-paru manakala Hamzah mengalami cedera dan koma terlibat dalam satu kemalangan jalanraya pada 20 Januari lalu apabila kereta dipandunya dirempuh sebuah lori.

Kemalangan tersebut turut mengorbankan isteri Hamzah, Siti Hamidah Masnan, 50, dan anak perempuannya, Siti Amalina, 15, tercedera dan ditempatkan di HTAR.

Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan, Rodziah Ismail berkata, Kerajaan Negeri memutuskan menyalurkan bantuan itu pada Disember tahun lalu dan ia adalah satu usaha bagi membantu mereka yang memerlukan tanpa mengira sama ada anak Selangor atau tidak.

"Kerajaan Selangor hari ini menyumbangkan RM2,000 untuk memastikan keperluan mereka dapat dipenuhi. Nilai duit itu bukanlah isu cuma keprihatinan itu dan secara tidak langsung kita juga berbincang jika ada keperluan lain yang boleh diberikan," katanya selepas lawatan di HKL.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri dan rakyat Selangor mendoakan agar kedua-dua pesakit ini kembali sembuh dan menjalani hidup seperti sedia kala.

Sementara itu, anak kedua Hamzah, Faid, 26, berkata, dia dan ahli keluarga yang lain berasa sedih dengan kejadian menimpa keluarga mereka terutama kehilangan ibu mereka.

"Saya dan adik beradik lain sama-sama menjaga bapa dan adik kami yang kini menjalani rawatan di hospital. Saya juga berhenti kerja untuk memudahkan saya menjalankan tangungjawab ini.

"Kami bersyukur dengan bantuan diberikan Kerajaan Negeri yang prihatin dengan apa yang berlaku pada keluarga kami," katanya. ~selangorku



Iklan C (ii)



Tiada ulasan: