Addin |
- Berita Menyedihkan Buat Najib Dan Kak Mah..
- Akhirnya.. Zahid Hamidi Berani Saman Rafizi
- Esok.. Bala Menanti Najib
- Biadap!! 2 Pelawak Popular Ni Bakal Di Boikot Oleh Penyokong Pakatan Rakyat
- Pencerobohan Lahad Datu Hanyalah Sandiwara.. Ini Buktinya
- Kenyataan Paling BODOH Dari Ali Rustam.. Bacalah!!
- Berita Memalukan Ini Juga Di Sorokkan Oleh Media Pencacai Umno BN.. Video Inside
Berita Menyedihkan Buat Najib Dan Kak Mah.. Posted: 26 Feb 2013 08:02 AM PST SHAH ALAM - Sementara rakyat menanti tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kajian terbaru Merdeka Center menunjukkan populariti pengundi ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merosot lagi, dua mata, berbanding dua bulan yang lalu. Hasil kajian itu menunjukkan pengundi yang berpuas hati dengan pencapaian perdana menteri pada bulan lalu adalah dalam lingkungan 61 peratus berbanding 63 peratus Disember lalu. Oktober lalu, paras itu adalah sebanyak 65 peratus, yang naik satu mata berbanding Jun lalu. Setahun lalu, kajian yang sama menunjukkan paras populariti Najib pada paras 69 peratus. "Kajian menunjukkan sementara kadar rasa puas hati di kalangan pengundi Cina dan India, masing-masing kekal pada paras 34 peratus dan 75 peratus, sentimen di kalangan orang Melayu menurun empat mata daripada 77 peratus kepada 73 peratus," kata kenyataan dikeluarkan oleh Merdeka Center hari ini. Menurut kenyataan itu, kajian terbaru ini juga mendapati sentimen pengundi ke atas kerajaan adalah sebanyak 48 peratus manakala ke atas Barisan Nasional (BN) pula 45 peratus. "Kajian juga menunjukkan penurunan (arah aliran sokongan) di kalangan responden Melayu terhadap kerajaan dan Barisan Nasional," katanya lagi. Kajian terbaru ini dikendalikan antara 23 Januari dan 6 Februari lalu bagi menilai pandangan pengundi menjelang PRU13. Kajian ini diadakan selepas Himpunan Kebangkitan Rakyat dan ketika berlangsungnya ikuiri suruhanjaya diraja berkenaan warga asing di Sabah dan di sebalik kontroversi kalimah ALLAH. Merdeka Center berkata kajian ini selesai dijalankan sebelum sambutan Tahun Baru Cina. Seramai 1,021 pengundi yang terdiri daripada 59 peratus orang Melayu, 32 peratus Cina dan sembilan peratus India ditemu bual. ~sinar harian |
Akhirnya.. Zahid Hamidi Berani Saman Rafizi Posted: 26 Feb 2013 05:10 AM PST KUALA LUMPUR 26 FEB: Setelah hampir sebulan menunggu saman daripada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, akhirnya surat saman Menteri Pertahanan itu diterima Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli semalam. Saman itu berkaitan pendedahan mengenai penyelewengan wang pesara tentera dalam Boustead Holdings Berhad. Sebelum ini, Rafizi hanya diberi surat tuntutan oleh Zahid. Rafizi minggu lalu menyatakan kesediaannya untuk ke mahkamah walaupun masih menanti surat saman daripada Zahid. Katanya, beliau lebih bersedia selepas mendapat akses maklumat perjanjian dalam Boustead. "Saya tak sabar nak tunggu Zahid mempertahankan dirinya di mahkamah kelak," kata Rafizi sambil menegaskan Zahid gagal menjaga kebajikan anggota tentera. "Hari ini (semalam) juga saya terima writ saman dari Zahid Hamidi, case management hari Rabu," kata Rafizi di twitternya. "Yeah jumpa di court," tulis Rafizi lagi kepada Pengarah Guaman KEADILAN, Latheefa Koya, selaku peguamnya. Rafizi sebelum ini membeli 100 unit saham Boustead dengan harga RM4.86 seunit, bagi membolehkannya menjadi pemegang kepentingan Boustead dan mendapat dokumen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Zahid dilaporkan memfailkan writ saman menerusi Tetuan Majid Krishna Menon & Lee di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi pada 25 Januari lalu. ~keadilandaily |
Posted: 26 Feb 2013 01:40 AM PST KUALA LUMPUR 26 FEB: Bekas penyiasat persendirian, P Balasubramaniam (PI Bala) akan tampil di forum 'Rungkai Misteri di Sebalik Pembunuhan Altantuya' esok, di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH). Bala yang membuat dua akuan bersumpah (SD) yang bercanggah berkaitan dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu tiba di Malaysia petang Ahad lalu selepas empat tahun tinggal di India. Empat lagi ahli panel forum anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu ialah Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin; Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel; Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Khalid Ismath dan Kartunis Zunar. "SAMM mempersiapkan sebuah pentas jelajah buat PI Bala sebagai saksi tragedi pembunuhan Altantuya, dengan sokongan pelbagai NGO dan kumpulan mahasiswa. "PI Bala merupakan saksi paling berwibawa dalam kes pembunuhan Altantuya yang berkait rapat dengan skandal penyelewengan pembelian kapal selam Scorpene," kata Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan. SAMM menjemput orang ramai menghadiri forum yang akan bermula jam 8.30 malam. ~keadilandaily |
Biadap!! 2 Pelawak Popular Ni Bakal Di Boikot Oleh Penyokong Pakatan Rakyat Posted: 26 Feb 2013 12:32 AM PST Artis lawak popular Malaysia telah dikecam di facebook kerana melakonkan aksi lawak versi mengutuk pemimpin Pakatan Rakyat. Nabil dan Saleh Yaakob menjadi bahan kritikan hebat facebooker kerana lakonan mereka itu. Seruan memboikot kedua-dua artis ini dilaung hebat penyokong pakatan rakyat. Kemarahan yang tidak dapat dikawal membuatkan ada antara mereka yang menggelar mereka bedua sebagai 'artis lembu umno' Saksikan video lakonan mereka yang menyebabkan kemarahan penyokong pakatan rakyat. Lihat video di SINI. |
Pencerobohan Lahad Datu Hanyalah Sandiwara.. Ini Buktinya Posted: 25 Feb 2013 10:18 PM PST KUALA LUMPUR 26 FEB: Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM, Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid tidak menolak kemungkinan pencerobohan 100 lelaki bersenjata di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara. "Ini kes yang dirancang. Saya tak percaya TLDM tak efisien. Kita ada bot laju, CB90 (combat boat) Saya tak fikir mereka (penceroboh bersenjata) boleh terlepas. "Ini semua untuk manfaat politik. Sama macam Al-Maunah. Tak masuk akal satu Land Rover boleh bawa ratusan rifle, orang tak perasan dan masuk (kem) buka armory. "Fikir punya fikir, macam sandiwara," katanya kepada Keadilan Daily. Imran berkata, perairan negara dikawal empat agensi penguatkuasa iaitu Polis Marin, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Kastan Diraja Malaysia dan TLDM. "Kita ada 'Operasi Pasir Laut' antara tentera dan polis. Tak malukah tentera sudah jaga, orang lain boleh masuk?" katanya. Ops Pasir Laut ialah operasi keselamatan perairan dan kepulauan pantai utara dan timur Sabah oleh Markas Angkatan Bersama (MAB) Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Ops Pasir Laut dikawal selia Pusat Kawalan dan Sistem Pengawasan (JRCC) dengan kelengkapan pesawat tanpa juruterbang (UAV), bot tempur kapal peronda ATB dan helikopter Nuri. Antara peralatan canggih ditempatkan sepanjang 'laluan panas' ialah 12 radar dengan kemampuan mengesan pergerakan kapal mahupun bot kecil pada jarak 100 kilometer. Kawasan seliaan MAB meliputi 22 pulau dan 11 pesisiran pantai sepanjang 1,577 kilometer dari Tawau hingga Kudat. Pandangan itu turut dipersetujui bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat, Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid. "Ikut senario, ia mungkin satu perancangan. Ada kemungkinan ia direka-reka. Walaupun tak boleh buat spekulasi, saya boleh beri jawapan jika ada di sana," katanya. Lebih 100 lelaki dari selatan Filipina berpakaian ala tentera dan bersenjata api menceroboh ke Lahad Datu, Sabah pada 12 Februari lalu. Polis pada 17 Februari membuat kenyataan untuk mengusir pulang ke negara asal penceroboh yang dikepung di Kampung Tanduo, Lahad Datu. Pada 23 Februari, Wisma Putra bersetuju dengan permohonan kerajaan Filipina yang meminta tangguhan proses masa pengusiran kumpulan penceroboh berkenaan. ~keadilandaily |
Kenyataan Paling BODOH Dari Ali Rustam.. Bacalah!! Posted: 25 Feb 2013 07:43 PM PST MELAKA, 25 Feb — Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam (gambar) menyifatkan manifesto pilihan raya umum ke-13 pakatan pembangkang sebagai lemah dan tidak menarik. Beliau berkata janji-janji dalam manifesto bertemakan 'Pakatan Harapan Rakyat' tersebut sebenarnya telah dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak dulu lagi. "Hapus tol, BN pun ada mengurangkan dari masa ke semasa dan akhirnya esok (nanti) tidak ada tol juga...pendidikan percuma, sekarang pun dah percuma," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Sebaliknya beliau berkata pembangkang gagal mengambil kira keperluan utama rakyat yang kini diperjuangkan kerajaan BN. "Perlu difikirkan ialah kediaman, makan minum, pengangkutan, belanja harian...ini pembangkang tidak sentuh, harap (rakyat) jangan keliru. Nampak manifesto ini lemah dan tidak menarik, ternyata pembangkang tidak ada pakar ekonomi," katanya Dalam pada itu, Mohd Ali yakin pembangkang juga tidak mampu melaksanakan segala janji yang dibuat berdasarkan rekod mereka memerintah beberapa negeri. "Warga emas RM1,000 dijanjikan pada pilihan raya dulu dan pelajar tadika dapat elaun tetapi tidak ditunaikan," katanya. Sementara itu di GEORGE TOWN, Pemuda Barisan Nasional Pulau Pinang (BN) hari ini menyifatkan janji pembangkang dalam manifesto pilihan raya umum ke-13 adalah tidak masuk akal dan kebudak-budakan. Timbalan Ketuanya Shaik Hussein Mydin berkata, antara janji seperti memberikan pendidikan percuma, memberi rumah percuma kepada ibu tunggal adalah satu janji palsu kerana mereka tidak melaksanakannya walaupun telah memegang tampuk kerajaan di Pulau Pinang dan beberapa buah negeri lain. "Walaupun mereka berkuasa di Pulau Pinang, kerajaan pakatan pembangkang itu tidak pun memberi pendidikan percuma dan membina rumah untuk golongan miskin di negeri ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini. Beliau berkata, janji-janji karut itu dibuat kerana pakatan pembangkang kini tertekan dengan kejayaan program transformasi yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, ditambah dengan kerja keras BN yang dapat melaksanakan semua janji-janji. Pakatan pembangkang hari ini melancarkan sepuluh manifesto menjelang PRU-13 antaranya pendidikan percuma bermula dari prasekolah sehingga menara gading, kad ahli DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS boleh diguna pakai di mana-mana plaza tol untuk mendapatkan tol percuma dan bantuan perniagaan RM10,000 kepada setiap peniaga yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Shaik berkata pakatan pembangkang seharusnya melaksanakan terlebih dahulu kesemua manifesto itu di setiap negeri yang ditadbir mereka bagi menunjukkan kemampuan mereka dalam menepati semua janji itu. Sementara itu, Ketua Biro Penerangan BN negeri Tan Cheng Liang berkata rakyat tidak akan terpedaya untuk kali kedua dengan manifesto itu memandangkan janji-janji pakatan pembangkang pada pilihan raya umum ke-12 belum ditunaikan. Beliau menyifatkan manifesto itu sebagai retorik dan percaya kesemua manifesto itu tidak akan dilaksanakan. "Mereka tidak akan laksanakan kerana track record mereka dalam menunaikan semua janji tak ada, dulu punya janji pun tak kotakan. Macam mana rakyat nak percaya mereka. Satu kali ditimpa tangga cukup la, tidak ada kali kedua," katanya. Tan yang juga Ketua Wanita MCA berkata rakyat kini semakin bijak untuk menilai parti mana yang benar-benar ikhlas menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat. ~bernama Addin : Sejak bila Umno BN laksanakan sepertimana manifesto PR ni? Ali Rustam dan bodohkan siapa ni? Atau Ali Rustam membodohkan diri sendiri. |
Berita Memalukan Ini Juga Di Sorokkan Oleh Media Pencacai Umno BN.. Video Inside Posted: 25 Feb 2013 04:58 PM PST Selepas Najib di aibkan semasa konsert Psy - Oppa gangnam Style di Pulau Pinang tempoh hari dengan jeritan Are u ready for BN? crowd jerit "No!!" , kini tiba giliran Naib Presiden MCA pula di aibkan, Dr Ng Yen Yen pula menerima nasib yang serupa di Jonker Walk, Banda Hilir, Melaka. Saksikanlah video tersebut..
Lihat video memalukan ini di SINI. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan