Addin |
- Panas!! Hasil Risikan Tentera Dan Polis Sahkan Pakatan Rakyat Menang PRU13
- Berita Memalukan Ini Di Sorokkan Oleh Media Pencacai Umno BN.. Saksikanlah!!
- (Full Version) Buku Manifesto PAKATAN RAKYAT Untuk PRU13.. Sebarkan!!
- Penyanyi Popular Yassin Mempersembahkan Lagu 'Reformasi' Di Konvensyen Pakatan Rakyat
- LIVE!! Konvensyen Pakatan Rakyat Ke 4 Dari SACC
- Kisah Sebenar Di Sebalik Isu Pencerobohan Lahad Datu Sabah Dan Waris Sultan Sulu Filipina
Panas!! Hasil Risikan Tentera Dan Polis Sahkan Pakatan Rakyat Menang PRU13 Posted: 25 Feb 2013 08:13 AM PST SHAH ALAM 25 FEB: Tentera dan polis yakin Pakatan Rakyat akan menang pada Pilihan Raya Umum ke 13, kata Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid. "Risikan dari tentera dan polis mengatakan bahawa mereka yakin Pakatan akan menang. "Mereka juga merangka rancangan bagaimana untuk menjaga keamanan negara," kata bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat itu. Beliau berucap demikian depan hampir 2,000 perwakilan pada Konvensyen Pakatan Rakyat ke-4 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini hari ini. Ghafir berkata, peralihan kuasa nanti akan berjalan lancar tanpa sebarang kekacauan seperti yang didakwa Umno BN. "Saya percaya tidak akan ada revolusi yang akan terjadi kerana rakyat kita adalah rakyat yang berbudaya," kata Ghafir. "Saya juga ingin memberi jaminan bahawa angkatan tentera kita adalah profesional dan taat kepada Yang DiPertuan Agong. "Sekiranya pemimpin-pemimpin Pakatan dipanggil mengangkat sumpah untuk membentuk kerajaan, saya yakin angkatan tentera akan berada di belakang pimpinan ini," ujarnya disambut tepukan gemuruh. Dalam pada itu, beliau menyokong penuh Manifesto Pakatan Rakyat yang disifatnya terbukti menjamin keadilan untuk rakyat. "Tahniah kepada pimpinan Pakatan kerana berjaya hasilkan manifesto terbaik untuk mengangkat martabat rakyat khususnya rakyat miskin. "Ia ternyata bukan sekadar retorik, tapi ada implikasinya," kata Ghafir. ~keadilandaily |
Berita Memalukan Ini Di Sorokkan Oleh Media Pencacai Umno BN.. Saksikanlah!! Posted: 25 Feb 2013 06:29 AM PST Apabila beberapa sepanduk menuntut janji-janji yang pernah ditaburkan oleh Kerajaan UMNO/BN kepada rakyat Sabah masih belum tertunai lagi. Keberanian yang ditonjolkan oleh penduduk Sabah secara terbuka, tegas dan berani ini amat mengejutkan sekali. Senario sebegini belum pernah terjadi apabila pembesar negara membuat kunjungan maupun lawatan rasmi ke Sabah sebagai tanda rasa hormat yang amat tinggi. Tetapi itu semua sudah menjadi sejarah. Rakyat Sabah kini sudah mula bangkit mau melakukan perubahan. Rakyat Sabah sudah muak dan bosan sampai nak muntah dengan segala janji-janji manis UMNO/BN. Rakyat Sabah pun dah sedar yang janji-janji manis yang ditabur UMNO/BN langsung tidak boleh dipercayai. KEPERCAYAAN SIFAR ! Sabah kini jelas bukan lagi deposit kekal tetap UMNO/BN pada PRU 13 nanti. Perubahan besar bakal melanda politik Sabah sehingga tempiasnya mengenai tubuh Putrajaya.. Ins'y Allah. INI KALI LAH TUKAR..JOM UBAH.. SELAMATKAN MALAYSIA. ~omakkau |
(Full Version) Buku Manifesto PAKATAN RAKYAT Untuk PRU13.. Sebarkan!! Posted: 24 Feb 2013 10:39 PM PST Pakatan Rakyat hari ini mendedahkan kandungan manifesto bertemakan 'Pakatan Harapan Rakyat' yang menumpukan kepada usaha untuk mengurangkan beban rakyat bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang. Dokumen berkenaan dibentangkan bersama oleh tiga pemimpin utama Pakatan - Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, Ahli jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad dan Naib Presiden DAP M Kulasegaran. Sekiranya Pakatan Rakyat memerintah, gabungan parti pembangkang itu juga akan meningkatkan pendapatan isi rumah sehingga RM4,000 bagi mengurangkan kesenjangan ekonomi. Selain itu, katanya, Pakatan Rakyat berjanji akan menghentikan serta merta operasi kilang nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan jika berjaya menang dan menawan Putrajaya. Katanya lagi, Pakatan Rakyat juga akan mengkaji semula fasa-fasa pelaksanaan RAPID di Pengerang. Pakatan Rakyat akan turut mereformasikan semua undang-undang sedia ada berkait dengan pembalakan dan kawal selia aktiviti pembalakan, katanya. "Dasar ekonomi Pakatan Rakyat mensyaratkan kesinambungan lestari alam sekitar dan menitik beratkan kemaslahatan rakyat sebelum kelulusan diberikan. "Makanya, secara prinsipnya sebarang aktiviti ekonomi yang melibatkan radiasi yang membahayakan orang ramai atau apa-apa kegiatan yang dikira merosakkan alam sekitar tidak akan diluluskan oleh kerajaan Pakatan Rakyat baik diperingkat negeri dan persekutuan," manifesto itu dipetik. Selain itu, Pakatan akan menaikkan caruman kerajaan ke dalam Lembaga Tabung Angkatan tentera dari 15 peratus kepada 20 peratus untuk menjamin masa depan perajurit. Pakatan juga akan menghapuskan sistem permit teksi yang diberikan kepada syarikat tertentu dan permit teksi akan diberikan terus kepada pemandu teksi, tambahnya. ~mkini Download dan hebahkan buku manifesto Pakatan Rakyat (full version) di ( SINI ) |
Penyanyi Popular Yassin Mempersembahkan Lagu 'Reformasi' Di Konvensyen Pakatan Rakyat Posted: 24 Feb 2013 10:00 PM PST SHAH ALAM 25 FEB: Penyanyi Yassin Sulaiman buat pertama kali tampil dalam Konvensyen Pakatan Rakyat hari ini.Beliau yang dilantik sebagai Duta Angkatan Muda KEADILAN (AMK) dengan penuh semangat mempersembahkan dua lagu pada konvensyen itu di Pusat Konvensyen Shah Alam, dekat sini, hari ini.Bersama rakan-rakannya, Yassin menyampaikan lagu pertama berjudul 'Satu Perjuangan' yang pernah popular sekitar tahun 2000.Beliau menyanyikan lagu kedua berjudul 'Reformasi', merupakan lagu rasmi kempen AMK di seluruh negara. Ketika lagu kedua dinyanyikan, Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan dan Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff turut naik ke pentas dan menyanyi bersama-sama penuh semangat. Selain Yassin, seorang lagi artis, Ito akan membuat persembahan di hujung konvensyen.Yassin dilantik menjadi duta rasmi kempen pilihan raya AMK pada pelancaran video klip lagu 'Reformasi', nyanyiannya di ibu pejabat KEADILAN 17 Februari lalu. Beliau bersama AMK akan bergerak mengelilingi negara dan turun ke setiap kawasan ditandingi calon AMK. ~keadilandaily |
LIVE!! Konvensyen Pakatan Rakyat Ke 4 Dari SACC Posted: 24 Feb 2013 09:01 PM PST SHAH ALAM 25 FEB: Manifesto Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan dibentang pada konvensyen kali keempat di Pusat Konvensyen Convention Centre (SACC), hari ini. Pembentangan itu yang dijadual bermula jam 12 tengah hari itu bakal menjadi tumpuan media dan seluruh rakyat negara ini. Mengikut atur cara, program bertema 'Pakatan Harapan Rakyat' bermula jam 9 pagi untuk pendaftaran peserta dan acara dimulai dengan nyanyian lagu kebangsaan, Negaraku serta bacaan doa. Antara jam 10.50 hingga 11.20 pagi, Ketua Jentera Pilihanraya dari ketiga-tiga parti dijadual menyampaikan amanat masing-masing, diikuti pembentangan manifesto. Selepas persembahan akuistik, pemimpin DAP dan PAS pula akan menyampaikan ucaptama antara jam 11.55 pagi hingga 12.35 tengah hari, diikuti gimik persembahan. Ucaptama pimpinan KEADILAN pula berlangsung mulai jam 12.40 petang, disusuli bacaan ikrar dan nyanyian Negaraku. Program yang boleh diikuti secara langsung itu dijadual berakhir jam 1.30 petang selepas bacaan doa. Untuk tonton siaran langsung, KLIK INI (Livestream), KLIK INI (Radio Suara Rakyat FM) dan KLIK INI (Radio Bangsar Utama). ~keadilandaily |
Kisah Sebenar Di Sebalik Isu Pencerobohan Lahad Datu Sabah Dan Waris Sultan Sulu Filipina Posted: 24 Feb 2013 06:10 PM PST Kecewa, kecewa dan sangat – sangat kecewa melihatkan perkembangan pencerobohan Lahad Datu oleh penceroboh (waris Sultan Sulu) ini. Terus-terang kami katakan askar kita tiada masalah. Mereka menjalankan tugas dengan sebaiknya atas arahan. Cuma…..kami bermasalah dengan Menteri Dalam Negeri ketika ini yang boleh kami katakan sangat lemah….Mengapa? Datuk Seri Najib Razak, terus-terang kami katakan sepupu Datuk Seri sangat-sangat lemah. Ada lebih ramai lagi pemimpin yang lebih layak menggalas Kementerian ini, mengapa beliau yang dipilihnya? Kami agak musykil sebenarnya pemimpin yang sebegini boleh dipertanggungjawab menjaga satu kementerian yang cukup penting. Sekarang ini beliau telah berikan "baton" pula kepada Wisma Putra untuk menyelesaikannya isu pencerobohan Lahad Datu Sabah ini. Jadi apa peranan beliau jadi Menteri Dalam Negeri? Berita terkini pencerobohan Lahad Datu Sabah….Pencerobohan Lahad Datu Sabah : KDN serah kepada Wisma Putra Lanjut Tempoh Pengusiran
Dalam keadaan pencerobohan Lahad Datu Sabah genting sebegini, masih lagi mahu runding lagi? Boleh pula minta tangguh dan biarkan askar penceroboh Lahad Datu Sabah ini begitu sahaja.
Mengapa apabila dengan rakyat sendiri seperti apa yang berlaku di terhadap kes Memali contohnya semudah itu mereka ditembak mati? Tidak pula untuk kali ini? Mengapa tidak bertindak tegas untuk kes yang terang-terang telah menceroboh kedaulatan dan keamanan negara? Mengapa? Lanjut tempoh dengan harapan pencerobah Lahad Datu Sabah akan menyerah kalah dan mereka akan pulang dengan aman? Adakah itu harapan yang cuba diberikan disebalik isu pencerobohan Lahad Datu Sabah ini? Selepas itu akan akan datang, mereka akan buat lagi….. Adakah ini ada kaitan dengan kegusaran Menteri yang masih lagi tidak memberikan arahan tembak kepada kalangan askar terlatih kita, dek kerana risiko & bahaya lambakan kumpulan Filipina ketika ini yang berkampung di Sabah sejak sekian lamanya "Projek IC sabah" seperti dibongkarkan DI SINI? Dan kepada penceroboh Lahad Datu Sabah oleh penceroboh Sulu ini. Anda perlu fahami jikalau mahu semak sejarah semula, Filipina tiada kena mengena dengan Sabah sekarang.
Punca Pencerobohan Lahad Sabah Oleh Penceroboh Sulu?
Koleksi Gambar Isu Pencerobohan Lahad Datu Sabah VS Waris Sultan Sulu? Jikalau berdegil juga, ada baiknya askar Malaysia tembak sahaja demi keselamatan semua rakyat Sabah amnya. Tidak akan ada pihak akan menyalahkan Malaysia jika kita menembak tentera jiran yang menceroboh jauh ke dalam tanah kedaulatan negara. Ini melibatkan maruah negara. Sudah terlepas masuk ke dalam negara penceroboh yang mengatakan mereka waris raja Sulu sudah dikira penghinaan kepada keselamatan negara Malaysia. Yang menarik perhatian kami mengenai pencerobohan Lahad Datu Sabah oleh waris Sultan Sulu ini apabila kami bandingkan situasi pencerobohan di negara lain :
Apa pandangan anda pula mengenai perkembangan isu pencerobohan Lahad Datu Sabah ini? ~berita semasa |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan