Addin |
- Gambar Terbaik Ceramah Anjuran Umno.. Saksikanlah!!
- Kakitangan Kerajaan Menyampah Dan Meluat Pada Najib.. Ini Buktinya
- Polis Berpeluk Tubuh Ketika Mahasiswa Di Serang Samseng Umno?
- PM Australia Kecam Pentadbiran Najib
- Mungkinkah Satu Lagi 'Dr. Hassan Ali' Bakal Muncul Dalam PAS?
- Lagi Kebobrokan Umno BN Di Bongkar..
- Gara-Gara Psy - Gangnam Style, Mahathir Makin Meroyan..
Gambar Terbaik Ceramah Anjuran Umno.. Saksikanlah!! Posted: 18 Feb 2013 08:56 AM PST Oleh kerana ceramah UMNO banyak kerusi dari orang menyebabkan UMNO semakin terdesak untuk membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa UMNO/BN masih dipercayai dan disokong ramai rakyat, ini telah menjadikan macai-macai UMNO semakin kreatif. Jika dulu hadiah cabutan bertuah biasanya diadakan di majlis makan malam tetapi kini untuk meramaikan hadirin UMNO terpaksa mengadakan cabutan bertuah dalam ceramah anjurannya. Cuba anda lihat gambar yang ditunjukkan ini,Berbagai hadiah disediakan dalam ceramah isu semasa yang menampilkan Zulkifli Noordin. Agaknya orang yang hadir itu sudah pasti bukan untuk dengar ceramah tetapi menunggu hadiah cabutan....persoalan nya duit sape yang yang digunakan untuk membeli semua hadiah itu??? Apa komen anda??? ~FB Mazlan Aliman |
Kakitangan Kerajaan Menyampah Dan Meluat Pada Najib.. Ini Buktinya Posted: 18 Feb 2013 07:12 AM PST KUALA LUMPUR 18 FEB: Kredibiliti Datuk Seri Najib Razak yang selama ini dipermainkan rakyat, turut diperolok-olok kakitangan kerajaan apabila laporan berhubung perletakan jawatan Perdana Menteri Malaysia disiarkan di laman Jabatan Penerangan pagi ini. Terkesan dengan penyebaran maklumat itu di beberapa laman sosial, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman dilapor menafikan laporan itu dan berkata, sistem penerbitan dalam taliannya menyiarkan 'kenyataan palsu'.Katanya, penyiaran kenyataan itu mungkin digodam, sebelum ia dipadam daripada sistem e-akhbar dan sistem e-press oleh Jabatan Penerangan, selepas dikesan tersebar. Kenyataan itu bertajuk 'Memo permohonan rakyat Malaysia' dan 'Perdana Menteri secara rasminya meletak jawatan'.Turut dimuatkan, alasan Najib meletakkan jawatan ekoran desakan rakyat.Najib juga menyatakan permohonan maaf kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan parti lawan yang difitnahnya. Mengulas isu ini, Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon berkata, penyebaran berita itu menerusi saluran kerajaan bukti kepimpinan Najib ditolak kakitangan kerajaan. "Kita tahu Najib tidak berupaya lagi dapat sokongan rakyat. Orang kerajaan sendiri sudah pandai permainkan Najib."Walaupun mereka kata itu semua palsu dan laman itu diserang, namun tidak terfikirkah kita bagaimana laman web kerajaan boleh digodam. Seperti ada yang tidak kena dengan penyerang itu. Adakah mereka daripada kalangan orang Najib," katanya ketika dihubungi. "Ini semua berlaku kerana Najib tiada tokoh kepimpinan. Orang bawahnya sendiri meluat dengan sikapnya hingga menjadikan Najib bahan jenaka mereka. Saya yakin pentadbiran Najib pasti berakhir pada pilihan raya umum akan datang," kata Khai Loon. ~keadilandaily |
Polis Berpeluk Tubuh Ketika Mahasiswa Di Serang Samseng Umno? Posted: 18 Feb 2013 03:15 AM PST Pada 15 Februari 2013, sekitar jam 11 pagi, seramai 50 orang mahasiswa Gerakan Mahasiswa PRU 13 (GM13) menuju ke Sungai Miang, DUN Peramu Jaya untuk menjalankan aktiviti ziarah mesra bersama penduduk di sana dan aktiviti edaran Surat Harapan Mahasiswa.Namun, kami telah dihalang oleh penduduk kampung dengan sekatan jalan raya dan pihak kami tidak dibenarkan daripada memasuki kawasan Sungai Miang. Walaupun rundingan telah dibuat beberapa kali, namun mereka tetap berkeras untuk tidak membenarkan pihak kami daripada memasuki kawasan Sungai Miang. Oleh demikian, pihak kami akur dengan keputusan itu untuk beredar secara damai.Sekitar jam 2 petang selepas solat Jumaat, kami telah mengedarkan risalah kepada masyarakat di Masjid Ketapang, Masjid Kg Padang Polo dan Masjid Besar Pekan Lama. Kami dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk mengedar Surat Harapan Mahasiswa dan risalah mahasiswa ke tiga masjid tersebut.Tiada sebarang provokasi dan kekacauan yang berlaku, malah masyarakat di masjid tersebut menerima dengan baik risalah yang kami edarkan dan mereka turut memberi kata-kata semangat kepada kami semua. Edaran risalah berjalan dengan lancar di semua masjid tersebut.Selepas itu, sekitar jam 3 petang, kami berkumpul berpusat di Masjid Besar Pekan Lama untuk terus menuju ke bangunan Mara,berhadapan dengan Pasar besar bandar Pekan.Kami dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk mengedar risalah mahasiswa dan Surat Harapan Mahasiswa kepada penduduk setempat.Salah satu kumpulan kami yang terdiri daripada Adam Adli, Mohd Bukhairy, Shukri Kamarudin dan beberapa yang lain telah ditahan oleh beberapa individu yang tidak dikenali yang dilihat datang dari Bangunan Umno bahagian Pekan dan salah seorang daripada mereka memakai baju yang tertera 'Pejabat Ahli Parlimen Pekan' dan berlogo 1Malaysia. Risalah kami telah dirampas, lalu mereka terus membakar risalah yang dirampas itu dan mereka meninggikan suara kepada kami.Mereka juga menarik serta mencekik Adam Adli secara kasar.Kami tidak diberi ruang untuk menerangkan idea dan agenda kami, malah telefon bimbit dan kamera kami turut cuba dirampas ketika kami ingin merakamkan kejadian yang berlaku. Kami terus ditengking dan dihalau oleh mereka dengan kata-kata, "Jangan hina PM kami!!"Kemudian kami semua berkumpul dihadapan bangunan kedai yang berdekatan dengan Pasar Besar Pekan. Dua orang mahasiswa iaitu Mohd Alif Asyraf dari UPSI dan Ahmad Saufi dari KUIS telah dirampas dompetnya. Meteka dengan jumlah hampir 100 orang telah mengepung, memaki dan menjerit di hadapan kami, mendesak kami untuk terus balik ke Kuala Lumpur dan mengeluarkan kata-kata kesat seperti "Ini tempat PM kami, kami akan jaga dan kawal tempat ini. Korang semua boleh berambus!".Selepas itu, beberapa orang mahasiswi, antaranya Fatehah Ahmad dari UPM dan Noor Afifah Jamaludin dari UM telah ditarik tudung dan baju mereka oleh samseng tersebut untuk merampas risalah yang ada pada tangan mereka. Kehadiran dua orang anggota polis, tidak mampu membuat apa-apa. Ekhsan Bukharee dari Unisel dan Sheikh Omar dari UniKL turut dikasari dengan ditumbuk di bahagian kepala dan di tendang di kaki oleh beberapa orang samseng yang dilihat datang secara berkumpulan dari Bangunan Umno Bahagian Pekan yang berada berhampiran dari tempat kejadian. Salah seorang daripada mereka juga telah mengarahkan kami untuk membuka salah sebuah kereta siswa yang telah diekori mereka dan mereka telah merampas dua buah kotak risalah serta Surat Harapan Mahasiswa dan semua risalah serta surat tersebut telah dibakar oleh mereka.Kami terus didesak untuk keluar dari Parlimen Pekan dan mereka terus nekad untuk mendesak kami keluar dari Pekan pada hari ini juga. "Aku tak nak tengok kau kat Pekan ni lagi, berambus bodoh!" kata salah seorang dari mereka. Selepas dikepung oleh samseng-samseng itu selama hampir dua jam, maka kami terus bergegas ke tempat penginapan sambil diekori oleh mereka.Sejurus tiba di tempat penginapan di Madrasah al Husna, Bandar Pekan, tempat penginapan kami terus dikepung oleh mereka dengan anggaran 10 buah kereta dan jalan keluar-masuk ke kawasan tersebut juga telah disekat dan mereka tetap menginginkan kami untuk keluar dari Pekan pada waktu itu juga. Selepas kami melakukan perbincangan bersama masyarakat setempat yang banyak membantu kami selama kami berada di Pekan, kami mengambil keputusan untuk terus balik ke Kuala Lumpur kerana khuatirkan keselamatan siswa-siswa yang telah diserang oleh samseng selama empat hari berturut-turut selama kami berada di Parlimen Pekan dan mengambil langkah berjaga-jaga kerana khuatir sesuatu yang lebih buruk akan berlaku kerana samseng-samseng yang menyerang kami telah memberi amaran untuk melakukan sesuatu yang lebih buruk jika kami tidak keluar dari kawasan Parlimen Pekan. Kami bertolak balik ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas persiaran dan dua buah kereta mahasiswa sambil diiringi oleh dua buah kereta peronda polis dan hampir 10 buah kereta penduduk setempat pada sekitar jam 10 malam. ~mkini |
PM Australia Kecam Pentadbiran Najib Posted: 18 Feb 2013 12:58 AM PST KUALA LUMPUR 18 FEB: Perdana Menteri Australia, Julia Gillard mengecam keras pengusiran Senator bebas, Nick Xenophon dan mahu kerajaan Malaysia beri penjelasan mengenainya."Jelas kita gagal untuk mendapatkan persetujuan kerajaan Malaysia untuk membenarkannya tinggal di Malaysia."Kita akan terus mengejar isu ini dengan kerajaan Malaysia," kata Gillard di Melbourne hari ini, dilapor agensi berita, AFP.Beliau juga 'terkejut dan kecewa' terhadap Malaysia mengatakan Canberra membuat 'tanggapan segera dan berat' berhubung pengusiran Xenophon. "Kami tidak berhasil mendapatkan persetujuan pemerintah Malaysia agar ia (Xenophon) tetap di Malaysia."Kami akan terus membahas masalah itu dengan pemerintah Malaysia," kata Gillard dalam akhbar Indonesia, Republika online yang turut mengutuk deportasi ke atas Xenophon.Xenophon mengatakan, lawatan beliau ke Malaysia untuk memantau sistem pilihan raya adalah urusan rasmi, menurut laporan media Australia. "Ia bukan tidak rasmi," kata Xenophon dilapor radio ABC di Australia."Ia adalah perjumpaan di mana keputusannya akan dibawa ke parlimen persekutuan berkenaan lawatan itu nanti," katanya lagi.Beliau juga percaya pengusirannya ekoran sokongan terhadap kumpulan pro demokrasi, Bersih. Xenophon ditahan 15 jam oleh Jabatan Imigresen ketika tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT).Laporan agensi berita AFP menyebut, Xenophon yang tiba di lapangan terbang Melbourne pagi semalam berkata, beliau terkejut dengan tindakan ke atasnya. "Nampaknya, satu-satunya risiko adalah untuk saya memalukan kerajaan Malaysia atas sokongan saya pada pilihan raya bebas di Malaysia," katanya dipetik.Senator bebas adalah sebahagian daripada delegasi empat anggota Australia yang mengambil inisiatif untuk meneliti sistem pilihan raya Malaysia. Tiga lagi anggota delegasi itu ialah Ahli Parlimen (MP) Mal Washer, Senator John Williams, dan MP Steve Georganas.Delegasi itu dijadual bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz pada hari Selasa, serta NGO lain dan Ahli Parlimen pembangkang.Ketiga-tiga MP berkenaan, menurut laporan AFP, telahpun membatalkan kunjungan mereka ke negara ini susulan tindakan ke atas Xenophon. ~keadilandaily </ |
Mungkinkah Satu Lagi 'Dr. Hassan Ali' Bakal Muncul Dalam PAS? Posted: 17 Feb 2013 11:07 PM PST Masih ingatkah kita dengan Semangat 46 ? Ketika itu Regim warisan penjajah ini (baca : Ubn) sudah begitu nazak. YBM Tengku Razaleigh Hamzah berjaya membawa keluar hampir setengah dari kabinet Dr. Mahathir bagi bersama denganya. Cuma kelemahan ketara beliau gagal menyatukan PAS dan DAP yang masih termakan propaganda hasutan maka terpaksa berlawan dengan dua gabungan iaitu S46 bersama PAS membentuk APU dan S46, DAP & PBS membentuk Gagasan. Kerugian pada ketika itu rakyat sudah mula ada riak perubahan cuma masalahnya masing - masing pada ketika itu (pemimpin yang melawan Bn) ego sempit pertahan idea yang masing - masing kata betul. Percayalah jika pada ketika itu masing - masing membuang ego membentuk satu pakatan keputusan mungkin berbeza. Maka kerana kegagalan penyatuan tersebut dengan mudah dipatahkan serangan dan pancingan 'black ops' regim mengena apabila KuLi mengenakan tengkolok punya corak 't' yang dikatakan salib. Kegagalan pada ketika itu rancak diaminkan dengan bahan bakarnya sentimen agama dan kaum yang menebal. Walaupun jika difikir dengan kepala otak (bukan kepala lutut) Umnolah malah Mahathirlah punca bangsa dan agama ini menjadi sedemikian rupa pada ketika itu.Kini keadaan berbeza, paling tidak Anwar Ibrahim berjaya menyatukan hampir kesemua parti yang melawan regim warisan penjajah ini dibawah panji Pakatan Rakyat. Namun regim tua ini masih menggunakan taktik yang sama tetapi pendekatan berbeza. Maka pimpinan harus beringat pepatah 'Pelanduk sering melupakan jerat tetapi jerat tidak pernah lupakan pelanduk'.Ini pusingan penting (menjelang PRU ke 13), kali pertama dalam sejarah semua parti melawan Bn bersatu malah organisasi bukan kerajaan juga menaungi hasrat sama, beda kaum dan agama berjaya diredakan, namun Bn yang sedang nazak pasti sedang berusaha dengan perbagai cara. Difahamkan 'war room' Najib kini diketua oleh Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis (JJ). JJ bukan calang perencana dia punya pasukan 'black ops' yang hebat.Kini beberapa watak penting dalam PR sedang didekati atas nama berkawan dan sama menyumbang atas kerja - kerja kebajikan berkaitan kononya.Sering kita terdengar 'saya baik dengan dia tu, bukan apa berkawan dia pun ada sumbang sikit untuk organisasi aku, dia pun goyah dengan najib kut'Itulah ayat yang porpular kini, tetapi tahukah kita bahawa mereka sedang merancang . Kadang kala kita terpedaya dibawa bercuti, makan bersama secara mewah dan akhirnya tertipu. Ada pula yang hantar tauke taja kereta mewah yang tak sepadan dengan pendapatan kita. sedangkan dalam pada masa sama gambar kita dirakam dan secara halus mereka sedang menggunakan gambar untuk kempen tertentu.Ada juga yang tak sedar termakan jarum pujukan pelahan - lahan dari makan umpan terus makan dengan joran sekali.Beberapa kaki berjaya lolos masuk ke 'war room' Najib dan mereka sedang persiap gambar beberapa watak untuk dibunuh karetor. Contohnya di atas ini gambar pimpinan Majlis Syura tak tahu mengapa mengambil gambar dengan membuat isyarat 1 Malaysia. Difahamkan gambar ini diambil di luar negara. Tak tahu betul atau tidak dan che'GuBard masih mengharapkan ia gambar yang dipalsukan.Ini antara berbelas gambar yang akan digunakan sebagai peluru akhir regim ini menjelang PRU nanti. Bayangkan 1001 cara gambar ini boleh digunakan.di tempat kubu kuat PAS digunakan gambar ini dengan isu penyatuandi tempat Melayu tegar akan digunakan 'hang tengok ust. PAS ni dia dengan Umno tak mau tapi dengan Chua Soi Leck yang hina Islam dia leh cungit jari siap bergambaq'di tempat Umno nak sokong PAS dia akan cakap tak payahlah hang sokong terus Umno sebab PAS nak joint Bn dah di kawasan DAP dan PKR kuat dia akan kata tengok PAS sudah main belakang. Ingat rakyat telah sedia tetapi lebih penting pimpinan atas harus berjaga - jaga. 'black ops war room' Najib kendalian JJ bukan bebal mcm 'war room' Pak Lah kendalian KJ. ~chegubard |
Lagi Kebobrokan Umno BN Di Bongkar.. Posted: 17 Feb 2013 05:35 PM PST KUALA LUMPUR 18 FEB: Campur tangan Umno BN yang keterlaluan dan meluas dalam Kementerian Pertahanan merosakkan sistem dan tugas profesionalisme tentera, kata Briged Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad.Bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) itu, berkata masalah itu bukan baru, sebaliknya sudah membuak dari dulu lagi berikutan kerakusan pemimpin Umno."Campur tangan melampau hinggakan pegawai kerajaan susah untuk menjalankan tugas masing-masing. Ini pencabulan terhadap golongan profesional."Ia berlaku secara berleluasa dan perlu diperbetulkan supaya mereka bebas berfikir, buat secara berilmu. Mereka ada pengalaman."Tapi orang politik yang duduk di kerusi menteri tak hargai kebolehan pegawai kerajaan," katanya yang bimbang kerosakan itu menjahanamkan negara. Beliau berkata demikian ketika berucap depan lebih 3,000 rakyat dalam program Siri Jelajah Merdeka Rakyat bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Rekreasi, Keramat Wangsa, 16 Februari lalu. Turut berucap, Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid (Darat); Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid (Laut) dan Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab (Udara). Menyedari ia serius dan tidak diatasi, beliau menyertai perjuangan Pakatan Rakyat demi membaiki kerosakan itu dengan melalui perubahan politik. Memberi contoh, beliau dipanggil pihak atasan kerana membenarkan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyampaikan khutbah di Kem Tentera Desa Pahlawan, Bukit Cina, Kelantan. "Anggota Kagat yang pernah ikuti kuliah Tok Guru di Madhad al-Muhammadi minta baca khutbah sebagai tanda hormat. Lagipun beliau Menteri Besar."Sebaliknya, orang atasan jadikan isu dan mempersoal tindakan Kagat benarkan Nik Aziz baca khutbah dan bersolat di kem tentera."Inilah cara berfikir yang rosak. Mereka fikir gunakan akal ketua bahagian Umno. Kita perlu keluar dari kepompong, buat perubahan," katanya. ~keadilandaily |
Gara-Gara Psy - Gangnam Style, Mahathir Makin Meroyan.. Posted: 17 Feb 2013 04:52 PM PST KUALA LUMPUR - Kebebasan yang ditawar media alternatif menerusi Internet telah menimbulkan beberapa situasi yang menyaksikan pembohongan boleh dilihat sebagai kebenaran dan sebaliknya, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata, menerusi media alternatif, sesiapa sahaja boleh memuat naik sebarang kenyataan yang mereka suka secara langsung di Internet, tanpa sebarang kawalan kerana tidak ada pengurus, editor atau penyunting untuk mengubah isi kandungannya. "Bahasa kesat dan berbaur perkauman juga menyebabkan ketegangan semakin meningkat di kalangan masyarakat. Segala jenis tuduhan dibuat tanpa sebarang asas. Ketika ini, kita boleh melihat klip video yang telah diubah, dimuat naik dalam YouTube," kata beliau dalam entri terbaharu blognya. Dr Mahathir merujuk klip video yang menunjukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyoal khalayak di Pulau Pinang baru-baru ini sama ada mereka bersedia untuk Barisan Nasional (BN), yang seolah-olah dijawab dengan perkataan 'tidak'. "Kini didapati perkara itu dilakukan dengan membawa satu kumpulan yang dilengkapi kamera video dan mikrofon ke dalam khalayak. Apabila PM menyoal 'Adakah anda bersedia untuk BN', kumpulan ini menjeritkan 'tidak' sebagai respons. "Ia kelihatan seolah-olah keseluruhan khalayak menjeritkan perkataan 'Tidak'. Walhal hanya satu kumpulan ini yang menjeritkan 'Tidak' kepada mikrofon mereka. Perkataan 'Ya' daripada sekumpulan besar khalayak lagi tidak dirakam dan dimasukkan dalam klip video yang dimuat naik di YouTube. "Rakaman ini segera dimuat naik ke YouTube dan merebak ke blog lain. Meskipun terdapat video lain, yang menunjukkan khalayak mengangkat tangan dan menjeritkan perkataan 'Ya', dimuat naik dalam YouTube selepas itu, kebanyakan orang tidak mempedulikannya. Mereka terus mempercayai klip video palsu ini," katanya. Menyedari perkara ini adalah hasil langsung kebebasan yang ditawar media alternatif, Dr Mahathir berkata, "Kebebasannya hampir mutlak." Dr Mahathir berkata, meskipun media alternatif memberi kebebasan kepada semua orang untuk menghebahkan apa sahaja yang mereka suka, penggodam dan yang lain juga boleh menyekat entri sesiapa yang mereka pilih. "Setakat ini, saya sendiri terpaksa menukar lima laman untuk blog saya kerana entah bagaimana ia diusik sehingga menyebabkan orang ramai tidak boleh mengakses blog saya, dan saya berjaya disenyapkan. "... Namun saya tidak boleh berbuat apa-apa untuk menghentikan orang yang mungkin ingin menghalang kebebasan saya menerusi media alternatif," katanya. ~bernama |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan