Ahad, 17 Februari 2013

Addin

Addin


Panas!! Penyanyi Popular, Yasin Jadi Duta Rasmi Kempen Pilihanraya AMK

Posted: 17 Feb 2013 08:00 AM PST

KUALA LUMPUR 17 FEB: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) hari ini melancarkan Gagasan Anak Muda Malaysia atau 'Dokumen Merah' yang mengandungi lima tawaran kepada anak muda Malaysia sempena pilihan raya umum ke-13 (PRU 13). Lima perkara itu ialah gagasan pemberdayaan pendidikan, gagasan kualiti hidup, gagasan kesaksamaan poltitk dan demokrasi, gagasan perumahan strategik dan gagasan merakyatkan kebudayaan dan sukan anak muda. 

"Pelancaran rasmi akan dibuat di Melaka oleh Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin," kata Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip sambil memaklumkan arikh tersebut akan dimaklumkan kemudian. 

AMK turut melancarkan video klip lagu 'Reformasi' di ibu pejabat KEADILAN hari ini, nyanyian artis Yasin yang menjadi lagu rasmi kempen AMK di seluruh negara. "Yasin adalah duta rasmi kempen pilihan raya AMK.


Beliau bersama AMK akan bergerak mengelilingi Malaysia dan turun ke setiap kawasan ditandingi calon AMK," kata Rozan. Beliau menjangka, selepas berita penyanyi Yasin sebagai 'duta rasmi' AMK dan 'Dokumen Merah' dilancarkan, undangan persembahan dan jemputan kempen program akan meningkat.

Justeru sebarang komunikasi melibatkan jemputan termasuk kempen pelancaran ;Dokumen Merah' AMK boleh dibuat melalui Setiausaha AMK, Julailey Jemadi atau Setiausaha Kerja AMK, Syed Badli Shah Syed Osman.Tonton lagu Reformasi nyanyian, Yasin, KLIK SINI.



Iklan C (ii)



Kerana Sokong Pakatan Rakyat, Bekas Jeneral Di Tuduh Dalang Enjin Jet Hilang

Posted: 17 Feb 2013 06:03 AM PST


HULU KELANG 17 FEB: Seorang bekas jeneral angkatan tentera udara yang sekarang aktif di dalam PKR difitnah sebagai dalang di dalam kes kecurian enjin jet lima tahun dahulu.

Dipercayai fitnah terhadap Briged Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Al- Khatab dilakukan bagi menakutkan dan mencalar reputasinya supaya beliau berhenti daripada mendedahkan penyelewangan yang berlaku di dalam institusi ketenteraan.

Fitnah tersebut disebarkan melalui risalah pada siri ceramah Jelajah Merdeka Rakyat bersama bekas pegawai tinggi tentera yang lain dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Rekreasi, AU3 Keramat, malam tadi.Risalah tersebut cuba mengaitkan Abdul Hadi dalam skandal dua enjin F-SE jet Northrop yang dicuri dari sebuah pengkalan udara tentera pada tahun 2007.

Kedua-dua enjin tersebut didakwa dijual di pasaran gelap untuk sebuah syarikat di negara Uruguay."Masa nak datang sini, saya dapat satu risalah fitnah mengenai ketenteraan yang disebar, jangan cuba cabar kesabaran saya, saya tidak gentar dan takut.

"Abdul Hadi mencabar Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya mendedahkan dalang sebenar dalam skandal kehilangan enjin jet F-SE pada tahun 2007 lalu.Beliau juga menuntut penjelasan daripada Panglima Angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengenai skandal itu.

"Saya nak beritahu Zahid Hamidi, saya nak tanya kepimpinan angkatan tentera yang ada sekarang, saya nak tanya bekas Panglima Angkatan Tentera yang dah bersara."Dia bertanggungjawab, saya nak cabar dia, kalau dia berani, jangan permainkan orang, kalau saya takut saya tidak berani berdiri dihadapan ini, cabar saya dimana-mana," tegasnya.

Sehingga kini mahkamah tidak dapat memberi apa-apa keputusan mengenai kehilangan enjin jet tersebut, kata Abdul Hadi yang merupakan Pengerusi Majlis Rundingan Keselamatan PKR."Kes seperti Scorpene, pembelian helikopter dan banyak lagi sehingga hari ini tidak ada jawapannya, masa depan negara dan generasi akan datang bergantung pada PRU-13," katanya dihadapan hampir 4,000 hadirin.

Ceramah itu turut disertai mantan Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid, mantan Pengarah KAGAT, Briged Jeneral (B) Datuk Najmi Abdul Hamid, dan Laksamana Pertama (B) TLDM, Imran Abdul Hamid. ~mp




Iklan C (ii)



Anwar Ibrahim Minta Maaf

Posted: 17 Feb 2013 03:22 AM PST

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pengundi di Wangsa Maju memberi sokongan penuh kepada Penyelaras PKR kawasan itu, Datuk Dr Tan Kee Kwong pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).Sambil menyifatkan Kee Kwong adalah calon yang tepat bertanding di Wangsa Maju, Anwar berkata, tindakannya dulu meletakkan Wee Choo Keong bertanding di Wangsa Maju pada PRU12 adalah satu kesilapan.

"Saya memohon maaf kepada penduduk di Wangsa Maju kerana telah meletakkan Choo Keong bertanding di Wangsa Maju lalu menang menjadi Ahli Parlimen di sini tetapi akhirnya beliau melompat parti. "Tetapi pada kali ini, saya berharap pengundi Wangsa Maju akan memberi sokongan penuh kepada Kee Kwong pada PRU13 kerana beliau adalah seorang pemimpin yang baik.

Malah kita kenal latar belakang keluarganya," katanya semasa berucap ketika menghadiri Majlis Sambutan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Prima Setapak, semalam. Kira-kira 5,000 orang hadir pada majlis tersebut yang turut dihadiri Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Hadir sama Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian dan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Idris Ahmad.

Pada majlis tersebut, Kee Kwong dibayangkan merupakan calon yang dijangka bertanding di kerusi panas Wangsa Maju setelah Ketua Umum PKR itu meminta pengundi Wangsa Maju memberi sokongan kepadanya. Sementara itu, Timbalan Ketua Cabang PKR Wangsa Maju, Mazlan Abdul Jalil berkata, Kee Kwong adalah calon yang tepat untuk mewakili Pakatan Rakyat (PR) pada PRU13 nanti.

"Beliau adalah calon tunggal yang akan meneruskan penguasaan PR di Wangsa Maju malah setakat ini parti komponen dalam PR juga tidak menuntut kerusi di Wangsa Maju," katanya, Kee Kwong ketika ditemui berkata, beliau menerima dengan hati terbuka untuk bertanding di Wangsa Maju di atas kepercayaan penuh parti.

"Jentera parti telah melakukan persiapan pada PRU13 dan saya berjanji akan bekerja untuk parti, rakyat dan negara bagi memastikan negara ini ditadbir dengan bermaruah. "Malah saya sangat optimis PR akan menang di Wangsa Maju pada PRU13," katanya. ~sinar harian



Iklan C (ii)








Najib Elak Bertemu Anwar, 'I Love New PM' Sambut Anwar Di Majlis Dong Zong

Posted: 16 Feb 2013 11:57 PM PST


KAJANG - Ketibaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Dong Zong kira-kira sejam selepas perdana menteri meninggalkan majlis itu mendapat sambutan yang agak luar biasa.

Kehadiran Anwar bersama isteri dan pimpinan Pakatan Rakyat disambut dengan tiga plakad bertulis 'I Love New PM'.Plakad sama sebelum itu digunakan ketika menyambut kehadiran Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ia diubah suai dengan menambah perkataan 'new' iaitu baru bagi menyambut kehadiran Anwar.

Salah satu plakad itu juga menambah 'I Love New PM Anwar'.Anwar tiba kira-kira jam 11.30 pagi. Sama seperti Najib, Anwar juga tidak menyampaikan sebarang ucapan kepada kira-kira 5,000 hadirin yang menghadiri sambutan Tahun Baru Cina kali ketiga anjuran Dong Zong yang bertempat di Kolej New Era di sini. 

Sama seperti ketika menyambut kehadiran Najib, acara "Lao Shang" dan aneka persembahan turut disajikan kepada rombongan Anwar. Meskipun begitu, masyarakat yang hadir dilihat begitu teruja melihat Anwar dan bersalaman dengan pemimpin itu. 

Bahkan laungan reformasi turut kedengaran. Turut mengiringi Anwar ialah Adun Kajang, Lee Kim Sin; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dan Naib Presiden PKR, Tian Chua. ~sinar harian



Iklan C (ii)








Gambar Anwar Ibrahim Bersantai Dengan Anak Muda Di Uptown Danau Kota

Posted: 16 Feb 2013 10:18 PM PST


KUALA LUMPUR 17 FEB: Kunjungan mengejut Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Uptown Danau Kota tengah yang sesak dengan pengunjung khususnya golongan muda pada hujung malam minggu, tengah malam tadi menarik perhatian ramai.

Ia berikutan kedatangannya  itu tanpa sebarang protokol dan mudah didekati biarpun Anwar pernah memegang jawatan penting dalam kerajaan dan terkenal di peringkat antarabangsa.

Orang ramai khususnya anak muda, baik lelaki mahupun perempuan begitu teruja dengan kehadiran Ketua Umum KEADILAN itu berikutan mereka menganggap Anwar sebagai ikon mereka.


Tidak seperti pemimpin Umno BN yang angkuh dan sombong, Anwar yang berpakaian simple pula tidak keberatan untuk beramah mesra dan melayan permintaan pengunjung Uptown itu untuk bersalaman mahupun bergambar.

Kira-kira sejam sebelum itu, Anwar berceramah di Taman Rekreasi, Keramat Wangsa bersama-sama empat bekas pegawai tertinggi tentera berpangkat jentera sempena Jelajah Merdeka Rakyat.

Sebahagian turut mengambil kesempatan bersalaman dan bergambar manakala segelintir yang terlepas peluang itu meluahkan kehampaan di media sosial terutama twitter.

Ini bukan pertama Anwar muncul di khalayak ramai tanpa protokol, bahkan beliau dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail juga kerap melakukan demikian, antaranya mengunjungi pasar malam Kampung Baru tidak lama dahulu. ~keadilandaily



Iklan C (ii)








Akhirnya.. Senator Australia Di Halau Keluar

Posted: 16 Feb 2013 06:39 PM PST


Senator Australia, Nick Xenophon telah diusir pulang pada pukul 10.30 malam ini selepas iditahan selama 15 jam di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) kerana didakwa menjadi 'musuh negara'.

Xenophon, yang mendarat di terminal LCCT di Sepang pada jam 6:40 pagi tadi dengan penerbangan AirAsia, ditahan pihak berkuasa Imigresen sebaik saja tiba.

Xenophon memberitahu akhbar Sunday Mail Australia bahawa beliau sedang ditahan di kawasan dengan semua sel tahanan penuh dengan wanita.Katanya, beliau dimaklumkan yang beliau merupakan "musuh negara" dan akan dihantar menaiki penerbangan berikutnya untuk pulang ke negaranya.

Menurut senator itu, walaupun tidak dibenarkan membuat sebarang panggilan telefon, tetapi beliau sempat menghubungi akhbar Australia itu ketika ditinggalkan bersendirian dalam bilik soal siasat.Ketua Kakitangan pejabat Ketua Pembangkang, Ibrahim Yaakob, yang bergegas ke LCCT untuk menguruskan perkara itu, memberitahu Malaysiakini bahawa pegawai imigresen mendapati nama Xenophon telah disenaraihitamkan dalam sistem jabatan tersebut.

"Para pegawai tidak menyatakan sebarang sebab lain, tetapi Xenophon memberitahu kami bahawa dia dimaklumkan bahawa dia ialah musuh negara ini," kata Ibrahim ketika dihubungi.Ibrahim juga berkata Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia telah tiba di LCCT dan sedang berusaha untuk menghubungi kementerian luar Malaysia.Sementara itu, peguam Mohd Radzlan Jalaludin, yang berjaya bertemu dengan Xenophon, memberitahu Malaysiakini bahawa senator itu ditahan di bawah Seksyen 8 (3) Akta Imigresen sebagai seorang yang "dilarang '.

"Beliau baik, dilayan dengan baik. Mereka sediakannya makan tengah hari, "katanya.Akan dihantar pulangMenurut AFP, Menteri Luar Australia, Bob Carr berkata pegawai Australia telah berhubung dengan Xenophon, serta menteri  luar dan menteri dalam negeri Malaysia, dan sedang mengusahakan 'pembebasanya' dengan segera."Penahanan Senator Xenophon adalah satu tindakan yang mengejutkan dan mengecewakan dari sebuah negara yang Australia sentiasa mengekalkan hubungan diplomatik yang kukuh," katanya dalam satu kenyataan.

Senator bebas adalah sebahagian daripada delegasi empat anggota Australia yang mengambil inisiatif untuk meneliti sistem pilihan raya Malaysia selepas kerajaan Australia menolak permohonan Anwar mendapatkan pemerhati bebas bagi memantau pilihan raya umum akan datang.Tiga lagi anggota delegasi itu ialah MP Mal Washer, Senator John Williams, dan MP Steve Georganas.

Delegasi itu dijadualkan bertemu dengan Anwar pada hari Isnin, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Abdul Aziz pada hari Selasa, serta NGO lain dan ahli parlimen pembangkang.Bagaimanapun, ketiga-tiga mereka masih belum berlepas ke Malaysia.Menurut Ibrahim, mereka telah memutuskan untuk membatalkan lawatan mereka selepas apa yang berlaku kepada Xenophon."Ini akan menjejaskan nama Malaysia di peringkat antarabangsa," katanya.

Xenophon menghadiri perhimpunan BERSIH 3.0 tahun lepas sebagai pemerhati antarabangsa dan turut menjadi sasaran gas pemedih oleh polis anti-rusuhan, yang menyuraikan peserta demonstrasi menuntut reformasi pilihan raya itu. 'Arahan dari atas'Xenophon memberitahu ABC News 24 Australia bahawa beliau tidak menjangka akan ditahan semasa ketibaannya di Kuala Lumpur.Katanya, pegawai imigresen berkenaan "sangat sopan" tetapi mereka memberitahunya bahawa mereka menerima "arahan dari atas" untuk menahannya.

"Saya mendapatinya luar biasa. Saya pernan ke sini sebelum ini [dan] Saya telah membuat kenyataan mengenai keadaan demokrasi di Malaysia sebelum ini."Tetapi pada kali ini jelas seseorang yang berkuasa dalam kerajaan Malaysia tidak mahu saya di sini," katanya.Xenophon cemar imej MalaysiaKetua Pengarah Imigresen, Alias Ahmad berkata dalam mesej teks kepada AFP bahawa Xenophon telah "mencemarkan imej negara ini" dan telah diklasifikasikan sebagai "pendatang yang dilarang".

Beliau kemudian menjelaskan dalam satu kenyataan bahawa Xenophon telah disenaraihitamkan kerana beliau menghadiri "protes jalanan haram" di Kuala Lumpur tahun lepas."Malaysia adalah sebuah negara yang bebas dan demokratik, tetapi tiada siapa yang mengatasi undang-undang. Pihak berkuasa akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mana-mana individu yang dianggap telah melanggar undang-undang negara," kata Alias."Xenophon telah memasuki Malaysia untuk beberapa kali sebelum ini dan dia telah mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti haram yang melanggar undang-undang Malaysia," katanya dalam kenyataannya.

Alias menjelaskan bahawa senator itu juga didapati telah membuat dakwaan tidak berasas dan menyebarkan pembohongan mengenai Malaysia."Larangan masuk terhadap Xenophon adalah prerogatif kerajaan Malaysia, selaras dengan undang-undang dan perlembagaan negara," katanya.Xenophon berkata beliau menghadiri perhimpunan reformasi pilihan raya April lalu sebagai pemerhati sambil mengkaji sistem pilihan raya Malaysia."Ia nampak seolah-olah bahawa kerajaan takut diteliti," katanya melalui telefon dari lapangan terbang. "Ini dalam fikiran saya mengesahkan bahawa mereka (pilihan raya) tidak akan menjadi adil."  ~mkini





Iklan C (ii)








3 Bekas Jeneral Hasut Warga Tentera Berubah

Posted: 16 Feb 2013 05:56 PM PST

KUALA LUMPUR 17 FEB: Hanya perubahan di peringkat kerajaan Persekutuan dapat mendedahkan pelbagai penyelewengan berkaitan pembelian kelengkapan ketenteraan, kata Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab.Pengerusi Majlis Perundingan Keselamatan Tentera KEADILAN itu mengajak semua anggota tentera termasuk pesara supaya melakukan perubahan politik demi kebaikan negara."Ada 250,000 bekas pesara tentera di negara ini.

Semuanya harus bersama melakukan perubahan. Hanya melalui perubahan politik, segala salah laku Umno BN melibatkan ketenteraan, dapat didedah."Kes seperti Scorpene, pembelian helikopter dan banyak lagi sehingga hari ini tidak ada jawapannya. Masa depan negara dan generasi akan datang bergantung pada PRU 13.

"Kalau mahukan jawapan, ayuh bersama-sama menyumbangkan undi kepada Pakatan Rakyat kerana kita boleh membongkar segala penyelewengan selama ini," katanya.Beliau berkata demikian depan lebih 3,000 rakyat dalam program Siri Jelajah Merdeka Rakyat bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Rekreasi, Keramat Wangsa, malam tadi.

Ia turut disertai tiga lagi bekas pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid (Darat); Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid (Laut) dan Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad (Kagat).Dalam pada itu, Hadi turut mencabar Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya mendedahkan dalang sebenar dalam skandal kehilangan enjin jet F-SE pada 2007."Sebelum tiba, saya dapati banyak risalah fitnah mengenai ketenteraan disebar.

Jangan cuba cabar kesabaran saya. Saya tidak gentar dan takut. Jangan cuba bermain fitnah."Saya cabar Zahid Hamidi dan Panglima Tentera Udara (Diraja Malaysia) beritahu, siapa hilangkan enjin jet itu? Saya mahu menteri jawab, saya cabar jawab," katanya. ~keadilandaily




Iklan C (ii)







Tiada ulasan: